CT393. KURMA GAJUS FATIMA: CARA DAN PENYEDIAANNYA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

KurmaFatima1KurmaGajusFatima

*

SUNNAH NABI

Saya sangat suka makan buah kurma terutama jenis kering. Tetapi bekalan kurma di bandar kecil Sarikei ini sangat kurang. Hanya ketika tertentu sahaja saya dapat membeli buah kurma yang berkualiti. Itu pun jika ada rezeki dari Allah buat saya.

Makan buah kurma baik jenis ruthab (basah) atau tamar (kering) adalah amalan Rasulullah SAW bukan hanya di bulan Ramadhan tetapi di hari-hari biasa. Kita sedia maklum bahawa kurma mempunyai khasiat yang tinggi kepada kesihatan kita.

Oleh kerana kita jarang memperolehi bekalan buah kurma setiap hari maka kesempatan di bulan Ramadhan jangan kita tinggalkan kerana jualan kurma sangat banyak. Belilah buah kurma untuk santapan waktu berbuka puasa.

Malahan produk kurma juga sangat banyak di jual di pasaran. Salah satu produk terkenal menjual kurma dan sering muncul iklannya di televisyen Malaysia menjelang bulan Ramadhan ialah produk syarikat Yusuf Toiyyob.

Kita juga dapati buah kurma ini dijual dalam berbagai cara. Ada kurma bertangkai, ada yang tidak bertangkai. Ada yang kering, ada yang basah. Ada kurma semata-mata buah kurma, ada kurma yang disalut dengan coklat di luarnya.

Ada juga yang berintikan kekacang seperti walnut, badam atau gajus seperti contoh produk di bawah. Kemudian dinamakan agar lebih bernilai komersial iaitu Kurma Wallnut Ahmad, Kurma Gajus Azhar dan Kurma Badam Akbar. Menarikkan.

*

KurmaFatima2PakejKurmaOnline

*

KENANGAN BERBUKA DALAM KOMUTER

Setiap kali melihat buah kurma berintikan kekacang di dalamnya, mengingatkan saya kepada pengalaman pada tahun 2009. Saya sempat berbuka puasa di dalam komuter dari Kuala Lumpur menuju Stesen Universiti, Kajang.Β  Saya berdiri di tengah laluan bersama puluhan penumpang lain dalam kesesakan.

Tiba-tiba terdengar bunyi suara azan berkumandang, lalu kami yang beragama Islam masing-masing membaca niat berbuka puasa dan minum semampunya. Suasana sangat meriah kala berbuka dengan cara tersendiri. Saya hanya meneguk air botol mineral yang memang sudah saya sediakan.

Tanpa di duga seorang lelaki berumur yang kami panggil Pak Cik menghulurkan sekotak buah kurma yang di dalamnya terkandung buah kurma yang berbungkus rapi. Hal ini menambah keceriaan kami kerana mendapat rezeki yang tidak disangka.

Kami mengambil seorang satu. Alhamdulillah, ternyata ia buah kurma yang berintikan kacang badam. Itulah pertama kali saya makan kurma yang berinti. “Pasti mahal harga kurma ini.” gumam saya.

*

KURMA GAJUS FATIMA

Hasil pengalaman makan kurma berinti kacang badam itu, saya terus mendapat idea untuk makan buah kurma dengan kekacang. Senang sahaja melakukannya, seperti kacang juga…hehehe.

Saya dapati harga sekotak kurma yang sudah diisikan kekacang (seperti foto di atas) di dalamnya dijual dengan harga yang mahal dan tentu saya tidak mampu untuk membelinya selalu. Maka saya membuatnya sendiri dan ia lebih praktikal, jimat dan memuaskan hati.

Berikut saya kongsikan cara membuat KURMA BERINTI BUAH GAJUS… hehehe. tak perlu ajar pun tak apa kan. Hanya sekadar berkongsi pengalaman, mana tahu ada juga teman pembaca yang tidak tahu. πŸ˜€

Berikut bersama foto di bawah, saya susun mengikut langkah dan penyediaan yang perlu kita ambil sebelum menghidang buah kurma dan makan untuk berbuka puasa.

SELAMAT MENCUBA !

*

KurmaFatima3Safawi1kgRM45

Alhamdulillah, hari ini saya dapat membeli buah kurma Safawi yang dibawa terus dari Kota Madinah kerana tuan kedainya baru pulang dari melakukan umrah. Harga kurma Safawi sekilo ialah RM45.00. Menurut saya, harganya masih murah dan mampu dibeli.

*

KurmaFatima4KurmaSafawi

Beginilah bentuk kurma Safawi. Buahnya besar, isinya sedang-sedang kering, sedikit rangup. Buahnya bersih dan masih baik.

*

KurmaFatima5

Saya beli kacang gajus di dalam bungkus, jenama Tong Garden. Anda boleh juga menggunakan kekacang yang lain seperti almond (badam), walnut, kacang tanah atau sebagainya. Ikut kesukaan anda. Nak letak ais krim atau coklat pun boleh. tetapi manis pula kan. Tepuk dada tanya selera. πŸ™‚

*

KurmaFatima6kacanggajusTongGarden

Inilah kandungan kacang gajus produk Tong Garden. Kecil sahaja bijinya, bergaram dan ranggup.

*

KurmaFatima7KurmaSafawi

Seterusnya saya memilih buah kurma yang sesuai ikut selera mata. Pilih yang cantik bentuk dan berkenan di hati.

*

KurmaFatima8Susuncara

(1) Pilih kurma, (2) belah ditengah dengan hati-hati untuk mengeluarkan bijinya, (3) buang biji dan (4) masukkan kacang gajus. SENANG KAN ! SEMUDAH PETIK JARI SAHAJA. πŸ™‚

*

KurmaFatima9Kemasan

Inilah beberapa hasil pertama kurma gajus Fatima…

*

SIAP UNTUK HIDANGAN BERBUKA PUASA

KurmaFatima10SiapHidang

KURMA GAJUS FATIMA yang sudah siap untuk dihidang. Hehehe…. sudah macam satu produk sendiri sahaja.Β  Makanan sunah yang mudah disediakan. Hanya perlu MENGELUARKAN WANG untuk membeli bahan-bahannya (kurma dan kacang).

*

KurmaFatima11KurmaGajuFatima

Boleh juga dihidang dengan cara begini. Bebas untuk dilakukan sendiri dengan memilih kurma dan kacang yang berkenaan.

*

SELAMAT BERBUKA PUASA

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima23 Jun 2016 (Khamis)/ 18 Ramadhan 1437H/ 3.23 petang, Sarikei, Sarawak

AKU…. simpan semua rindu di hati. Kan ku kirim pada awan untuk dinukil di dada kanvasnya. Kan ku pesan pada angin untuk disampaikan melalui deru hembusnya.Β  Aku berharap kau mengerti bahawa rindu itu tidak pernah mati walau jasad ku tidak bergulir lagi. Percayalah, semuanya untuk sebuah pertemuan denganmu di sana nanti. Aamiin Rabbi. Perkenankanlah.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Β *

DEDIKASIKU UNTUKMU….Β  Ku doakan kesejahteraan untukmu di bulan barakah yang penuh rahmah. Semoga amal ibadahmu diterima Allah dan menjadi hamba yang ikhlas serta redha. Sesungguhnya hidup ini dipenuhi ujian agar kita selalu dekat pada-NYA.Β  Kau selalu ada di sini…. di hatiku. Aamiin. Wassalaam. πŸ™‚

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

10 thoughts on “CT393. KURMA GAJUS FATIMA: CARA DAN PENYEDIAANNYA

  1. Kacang Gajus di Indonesia disebut kacang mede atau mete. Harganya lumayan mahal, jauh di atas kacang tanah biasa.
    Tapi idenya boleh juga tuh Kak. Lumayan buat isi toples di hari lebaran.
    Makasih idenya…

  2. Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh…

    Aku juga suka makan kurma dengan kacang di tengahnya seperti itu Mbak Fatimah. Antara manis dan gurih dari kacang berpadu jadi satu sungguh nikmat. Di Serpong sini banyak juga sih yang menjual seperti itu. Cuma lain merk ya

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi….

      Makanan yang mempunyai tambahan tersendiri pasti menghasilkan rasa yang berbeza dan enak ya mbak. Semua itu berasal dari kreativiti dan inovasi untuk mencipta rasa yang hebat dan lazat dari yang biasa.

      Terima kasih mbak dan salam mesra selalu. πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris….

      Iya, satu kreativiti dalam menambah lazat makanan. Di Malaysia, kurma berinti ini sudah lama di pasaran tetapi disebabkan mahal harganya, maka ia kurang mendapt sambutan. Namun, jika kita mahu, sudah pasti ada jalan untuk merasainya juga seperti yang saya sarankan di atas. Silakan mencubanya.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam ramadhan.

    • Kalau nak sedap dan lazat sedikit dari biasa, saya akan beli kacang badam (almond) atau kacang gajus untuk inti buah kurma kak. Baru selera tu naik dan bersemangat. πŸ™‚

      Terima kasih atas kunjungan dan salam Ramadhan kembali kak. πŸ™‚

  3. Bila sebut aneka kurma otomatik minda kita mesti ingat tanah suci kan CT. Ingat tak di pasar kurma dan kebun kurma yg berlambak-lambak jenis kurma di sana? Halal..halal… mereka suruh kita rasa. Makanlah banyak mana pun. Itu di sana hihi..

    Di sini tempat kita kenalah beli. Cuma kalau di JB tempat kakak sentiasa ada beraneka macam sana juga cuma agak mahal. Rumah kakak memang sentiasa ada tak kira puasa ke tak puasa. Kakak pun suka makan kurma campur kismislah, kacang gajuslah, kacang badamlah.. sedap kan sebab ada manis dan lemak-lemak…

    Selamat menjalankan ibadah CT:)

    • Benar kak. Saya selalu ingin makan kurma Ajwa. Harganya mahal di sini ya lebih kurang RM100 sekilo. Tapi di Madinah ia lebih murah dalam SR75 – SR85.

      Untungnya tinggal di Semenanjung, terutama di bandar besar sangat mudah membeli buah kurma. Semasa tingga di Bandar Baru Bangi, saya selalu membeli pelbagai jenis kurma terutama membelinya di Mall Alamanda, Putrajaya.

      Makan buah kurma dengan kekacang memberi rasa yang berbeza dan mengasyikkan. Sekali rasa, nak tambah lagi, tambah lagi.

      Terima kasih kak, sudah berkongsi pengalaman dan kunjungan. Salam manis di Ramadhan yang mulia.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.