CT30. DARI BLOG KE BUKU : KRONOLOGI KEGIATAN MENULISKU (2)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Hari ini jam 14.27 petang, Ahad… Apa khabar sekalian sahabat ? Didoakan semuanya sehat dan bahagia. Aku kembali menyapa sahabat sekalian setelah sekian lama menyepi dari bercuti menulis di maya. Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog Laman Menulis Gaya Sendiri dan menitipkan pesan di posting CT29. DARI BLOG KE BUKU: KRONOLOGI KEGIATAN MENULISKU (1). Insya Allah, sambungan dari intipati kegiatan menulisku akan bersambung hari ini. Silakan membaca sahabat dan semoga beroleh manfaatnya.

Dunia belajar dan dunia pekerjaan adalah dua dunia berbeza. Kesibukannya juga berbeza. Malah, kesibukan dunia pekerjaan lebih terasa berbanding dunia belajar. Hal ini aku alami apabila mulai terjun ke dunia pekerjaan. Kesibukan tugas yang melanda mengakibatkan dunia penulisanku kurang diberi perhatian bagi penghasilan tulisan di media massa.

Sepanjang 12 tahun awal kerjayaku, tumpuan penulisanku lebih bersifat akademik dan ilmiah iaitu menyediakan kertas kerja bagi kursus-kursus pendek, pembentangan seminar penyelidikan, jurnal dan menjalankan penyelidikan jabatan atau persendirian yang tentunya memerlukan tumpuan penuh untuk disiapkan dalam masa yang telah dijadual.

Untuk melepaskan kerinduanku dalam menulis, aku sekadar aktif menghasilkan buletin Jabatan iaitu INFPROSIN (Info Profesional Insan) yang diterbitkan sebulan sekali. Penerbitan buletin ini diluluskan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral yang sangat memahami betapa aku memerlukan satu wadah untuk mencurahkan kreativitiku dalam penulisan.

Alhamdulillah, INFPROSIN yang terhasil dari ideaku diisi dengan bahan-bahan  terpilih dari pelbagai sumber yang berbentuk motivasi, peringatan, nasihat dan tulisan ideaku sendiri telah mendapat sambutan yang sangat baik dari warga IPG Kampus Rajang. Situasi ini telah mengurangkan tekananku dalam bekerja dan menghasilkan rasa keseronokan yang tidak terhingga kerana aktiviti menulisku kembali meriah sepanjang menjadi Ketua Editor INFPROSIN selama 3 tahun.


Tarikh 27 Disember 2007,  menyaksikan jejak ketigaku di menara gading Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor dalam meneruskan impianku di peringkat Sarjana  setelah berjaya mendapat Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sungguh, kesibukan sebagai pelajar sarjana tidak menghalang aku untuk meneruskan aktiviti menulis. Malah sayap penulisanku semakin jauh menerawang ke alam maya. Aku juga berusaha menulis di suratkhabar walau tidak sekerap dulu kerana tumpuanku lebih kepada penulisan kerja kursus dan skripsi tesis yang tentunya menjadi keutamaan untukku menggapai impian yang ku cita-citakan selama ini.

Setelah 2 tahun bergelumang dengan ilmu, sekali lagi impianku telah diraih setelah berani  bermimpi untuk menjala bintang dilangit tinggi. Aku mencapai kejayaan Cemerlang dalam peperiksaan dan pembentangan tesis. Tarikh 9 Ogos 2010 menyaksi aku berdiri megah di pentas Konvokesyen UKM ke 38 untuk menerima Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam).


Di persada bumi UKM, aku mula berjinak-jinak dengan dunia internet. Awal pembabitanku dalam penulisan di maya adalah menerusi sebuah blog MENEROKA MINDA SUKSES (kini: KUASASUKSES.COM), kelolaan seorang  perunding latihan dan motivasi profesional juga seorang penulis buku motivasi terkenal di Malaysia, Ahmad Fadzli Yusuf.  Selain itu, mengenali Tuan Ersis Warmansyah Abbas, penulis terkenal dari Banjarmasin, Indonesia menerusi blog MENULIS TANPA BERGURU makin menyemarakkan lagi keinginanku dalam dunia penulisan blog.

Kesedaran baru timbul apabila seseorang menyedari dia tidak mempunyai tujuan dan tidak tahu hendak kemana. – GEORGE GURDJIEF

Dek kerana memikirkan sudah terlalu banyak komentar ditulis dalam kedua-dua blog di atas, akhirnya aku mendapat kesedaran untuk mencari satu wadah bagi menghasilkan karyaku sendiri. Kedua-dua sahabat maya ini telah menjadi sumber inspirasi untuk berbagi ilmu  di dunia maya. Ternyata menulis di blog menyerlah banyak kelebihan yang tidak pernah ku bayangkan sebelum ini sambil meletak slogan MENULIS UNTUK PERKONGSIAN BIJAK dengan menyedari diri sebagai :

“Seorang PENULIS TANPA BUKU yang mahu berkongsi ilmu penulisan kepada dunia dan tamadun manusia sejagat”.

Akhirnya, tarikh 14 Jun 2008 – jam 15:48:43, sejarah mula bertaut dengan langkah pertamaku menguasai dunia maya di wadah ilmu bernama SOSBLOG.COM sebagai gudang ilmu bagi  melabuhkan segala  idea yang tersimpan digaleri minda.  Setelah 6 bulan menadah hikmah di persada maya melalui Sosblog.com,  dengan hati yang berat aku berpindah dan bermastautin di WORDPRESS.COM. Alhamdulillah, WordPress.com kini menjadi rumah ilmu untuk sebuah perkongsian bijak di maya.


“HIDUP HANYA SEKALI. Jadi biarkanlah saya melakukan kebaikan dalam mencari kebenaran dan membantu meneruskan kebaikan untuk kesinambungan kemajuan intelek dan peradaban manusia. USAHA INI adalah sejarah masa depan yang akan membuktikan kewujudan saya di muka bumi sebagai tatapan generasi manusia akan datang. INILAH USAHA yang boleh saya lakukan. Maka jangan biarkan saya tunda atau mungkiri jalan pilihan ini kerana saya TIDAK AKAN MELALUI JALAN INI LAGI.”

Demikianlah kata semangat yang ku tulis pertama kalinya di Sosblog.com dan ku heret hingga ke WordPress.com pada ruang PROFIL sebagai  TUGU PERINGATAN KATA yang menunjukkan betapa kecintaanku kepada dunia baca dan tulis yang ingin ku kongsikan bersama sesiapa sahaja yang sudi menerima cara  fikir dan gaya menulisku sendiri.

Sepanjang 2 tahun menabur benih kata-kata di ladang maya ini, harapanku perkataan PENULIS TANPA BUKU akan segera bertukar kepada PENULIS ADA BUKU, sekiranya draf penulisanku diterima oleh syarikat penerbitan bagi menerbitkan hasil karyaku “MENULIS GAYA SENDIRI : DARI BLOG KE BUKU.” Blog adalah satu wadah penulisan tanpa buku yang memberi banyak inspirasi untuk berbagi kepada semua. Manfaatnya sangat banyak kerana tulisan kita mendapat komentar yang terus dari para pembaca.

Saya yakin, kita semua adalah PEMBURU IMPIAN. Burulah impian itu dengan langkah pertama  kerana langkah pertama dalam setiap pekerjaan ke arah kejayaan adalah mencintai pekerjaan yang kita lakukan. Dengan impian itu, aku berusaha mengorak langkah bagi merealisasikan impian sebagai penulis yang punyai buku untuk disebarkan kepada umum walau hanya sebuah.

Sebuah buku amat bermakna bagiku. Dengan sebuah buku itu nanti, akan menjadi sejarah kepada wujudnya aku di dunia nyata dan aku pernah menyumbangkan sesuatu untuk kebaikan manusia sejagat. Buku adalah harta karun yang perlu diwariskan kepada generasi berikutnya.

Mohon doa tulus dari sahabatku sekalian, agar impianku ini tercapai. Amiin.

*

SalamFatima3SalamFatima  19 Disember 2010 (Ahad)/ 1424  petang – SARIKEI, SARAWAK

AKU… yang menulis sendiri sejarahku. Setiap manusia mempunyai pengalaman tersendiri. Maka menulis sejarah sendiri yang berhubung dengan pengalaman hidup adalah satu dari kaedah mengajak kepada kebaikan.

– SITI FATIMAH AHMAD –

TULISLAH SENDIRI SEJARAH KAMU. Kerana seorang Muslim umpama lebah. Segala sesuatu yang ada pada dirinya mengandungi banyak faedah yang boleh dikongsikan bersama. Pada intinya, seorang Muslim memanfaat umur yang dimilikinya untuk kebaikan. Segala bentuk kebaikan dan keluhuran yang mampu dilakukannya tidak akan disia-siakan. PENGALAMAN ADALAH GURU TERBAIK.

– DR. ‘AIDH ABDULLAH AL-QARNI –


48 thoughts on “CT30. DARI BLOG KE BUKU : KRONOLOGI KEGIATAN MENULISKU (2)

  1. Salam bahagia, untuk karibku Bu…guru, dosen dan sahabat,
    o…ya lama tak jumpa, Ia saya mohon maaf posting terakhir tersebut kelihatan lain itu adalah terpaksa diposting dari Reviw kalau tidak blog kita di blogkir.

    Okey… dalam rangka menyambut tahun baru Hijriah ini saya bangga dengan rencana dengan peluncuran bukunya …semoga sukses

    • Salam hormat Pakwo…
      Alhamdulillah, kembali menerima kunjungan dari Pakwo setelah sekian lama tidak bersapa untuk perkongsian idea. Semoga akan sentiasa sukses dengan tugasan seharian.

      Selamat menyambut tahun baru hijrah juga kepada Pakwo. Diharap selalu beroleh kebaikan dengan kehadiran tahun baru bagi peningkatan diri dan ilmu.

      Terima kasih kerana sudi hadir ke blog baru saya. Semoga mendapat manfaatnya. Salam mesra dari saya.

  2. Assalamulakum Bunda SFA,
    alangkah hebat perjalanan karir ibu dlm ‘dunia tulis-menulis … 🙂
    semoga bunda SFA semakin berjaya …
    salam taqzim dari pinggiran Jakarta … 😛

  3. Assalamulakum Bunda SFA,
    alangkah hebat perjalanan karir ibu dlm ‘dunia tulis-menulis … 🙂
    semoga bunda SFA semakin berjaya …
    salam taqzim dari pinggiran Jakarta …
    sungguh membuat saya iri … rasa iri yg positif … 😛

    • Hai mbak Irma…

      Salut mbak, bercita-cita menjadi penulis adalah langkah awal untuk menulis mudah dan menyeronokkkan. Menulis di blog memberi kelebihan dari menulis di buku kerana kita mendapat feedback dari pembaca dari tulisan yang kita paparkan. Semoga sukses ya mbak dan bersemangat.

      Terima kasih sudah hadir kemari.
      Salam manis dari saya. 😀

  4. Asaalamualikum Bunda,
    Luar biasa, sungguh salut saya terhadap karier Bunda dalam hal tulis menulis,Semoga Tuhan selalu memberikan kesehatan sehingga Bunda tetap bisa menuangkan tulisan-tulisannya yang bermanfaat.
    Salam persahabatan selalu dari Pekalongan, Maaf Bunda satu bulan lebih saya tidak mengunjungi dunia maya, karena sesuatu hal. Semoga kita tetap bisa berbagi informasi.

    • Wa’alaikum salaam Mas Teguh…

      Amiin… Ya Rabbal ‘alamiin. Alhamdulillah atas doa yang baik dari Kang Guru yang dihormati. Semoga Mas Teguh juga selalu sehat dan kembali menulis untuk perkongsian bijak bersama.

      Mudahan setiap tulisan yang dihamparkan oleh kita bersama di medan maya ini akan bisa memberi manfaat untuk diri dan sahabat semua.

      Terima kasih mas, atas kunjungan yang menyenangkan dan salut atas komitmen dalam pendidikan untuk memartabatkan ummah.

      Salam takzim dan mesra selalu. 😀

    • Wa’alaikum salaam Mas Argun…

      Terima kasih kerana selalu betah kemari mas. Maafkan saya selalu tidak dapat koneksi yang baik ke blog Argun. Selalu hanging, apa yang berat ya. Insya Allah masih berusaha untuk ke sana sehingga berjaya.

      Amiin… Ya Rabb atas doa yang baik dan didoakan kembali mas Argun mendapat rahmat dan barakah Allah dalam berkongsi ilmu di mana jua medannya.

      Salam ceria dan mesra selalu. 😀

  5. Assalamu Alaikum…

    bunda …….neni datang bertamu lagi….

    iya nich bunda, dah lama tidak pernah menulis lagi, pulang kerja capek langsung instirahat….hehe..

    • Wa’alaikum salaam Neni…

      Bunda gembira Neni hadir menyapa bunda. Bunda kangen lho. Apa sibuk banget ya kerjanya. Semoga sukses Neni, kerja sungguh2 agar dapat kebaikan dari pengalaman yang dilalui.

      Jangan putus asa untuk menulis Nen, kalau ada luang waktu masa rehat itu, menulis aja agar apa yang tersimpan di menara otak tidak membeku. Luahkan agar dapat berbagi kepandaian ilmunya.

      Salam sayang buat anak bunda yang baik ini. 😀

  6. Langit sedikit cerah. Semenjak malam tadi bumi Pasir Puteh, Kelantan khususnya Kg. Gaal mewah dengan air hujan.Dari lewat Isyak malam tadi, membawa ke Asar petang ini.

    Rintik-rintik hujan masih mengetuk atap rumah. Biar iramanya tidak sederas malam tadi, ia masih kedengaran. Pulang dari berjemaah Asar di masjid terus mengadap skrin laptop.Hati terus cenderung mahu mampir ke mari, laman maya bunda….

    Lalu, mata terus terpaku pada bait-bait ayat yang elok bunyinya serta berinti motivasi, khususnya kepada Sang Pemburu Impian…

    “Dari Blog ke Buku”
    Sebuah buku amat bermakna bagiku. Dengan sebuah buku itu nanti, akan menjadi sejarah kepada wujudnya aku di dunia nyata dan aku pernah menyumbangkan sesuatu untuk kebaikan manusia sejagat. Buku adalah harta karun yang perlu diwariskan kepada generasi berikutnya.

    Tentu saja tempias motivasi itu, terkena kepada Sang Pemburu Impian kerana punya cita-cita yang sama.

    Terima kasih Bunda, terima kasih jauh dari dasar hati. Sesungguhnya skrip hidup bunda manis untuk dikecap, indah untuk ditonton, malah wanginya menyebar ke seluruh buana. Kerasnya kemahuan bunda rupanya terlindung dek wajah yang lembut dan bicara yang gemalai.

    “Ya Allah, hambaMu itu ingin kebaikan . Mudahkanlah segala urusannya ya Allah….pandanglah dengan belas kasihMu agar ‘harta karun’ itu dapat diwarisi oleh generai berikutnya… Amin,amin, amin Ya Allah”

    • Salam hormat buat nanda Fathuri…

      Subhanallah, bunda sungguh asyik sekali membaca untaian kata yang ditulis pada dua perenggan awal tulisan Fathuri, bagaikan membaca sebuah cerpen yang indah dari bendang sawah yang hangat di siang hari yang menggigit dan dingin kala malam menghening.

      Bunda suka dengan ayat-ayat yang dilabuhkan. Indah sekali. Malah penulisan nanda semuanya memberi inspirasi buat bunda terus bersemangat menulis dan mengejar impian. Kata penghargaan dari nanda membuat bunda terharu dan mengharapkan apa yang difikir positif terhadap bunda akan membentuk bunda menjadi insan yang baik dan berperanan.

      Amiin… Ya Rahman Ya Rahiim. Alhamdulilah, bunda sangat terharu dengan doa yang dikirimkan lewat tulisan di atas dan dengan hati yang merendah, bunda mengaminkannya agar dimakbul Allah segala cita-cita yang menjadi impian selama ini. Didoakan nanda juga beroleh kejayaan yang sama dalam memburu impian seperti bunda.

      Terima kasih Fathuri kerana selalu hadir dan memberi kekuatan untuk menggerakkan roda impian bunda selama ini. Tulisan nanda sendiri di blog nanda punya kekuatan untuk menempuh segala halangan bagi merealisaikan impian seorang Pemburu Impian. Syabas dan tahniah kerana banyak langkah sudah dijejak menuju bumi harapan. Semoga sukses nanda.

      Salam mesra dan bahagia selalu dari bunda. 😀

  7. amiiiin,.. postingan bunda kali ini temanya sama kya wit, tentang menulis. setuju bun, dengan menulis kita bisa berbagi dg semua orang. ini berarti menunjukkan eksistensi kita dalam kehidupan ini. Makasih bunda udah mo kunjung balik ke blog wit. Jujur, wit seneng blogwalking ke sini, bisa nambah kosakata juga dengan bahasa malaysia.
    Oya, ogos itu sama ya dengan august atau bahasa indonesiany agustus?makasih bwt jawabannya..

    • Hai Wits…

      Alhamdulillah, menulis selalu menjadi topik yang mudah untuk ditulis. menulis tentang menulis banyak memberi inspirasi untuk kita menceritakan mudah dan payahnya menghasilkan sesuatu tulisan. Semoga terus menulis Wits untuk berbagi sesama dan menguatkan sel-sel otak agar terus segar dan mantap.

      Terima kasih ya Wits kalau selalu betah kemari, cuma saya rasa kurang enak kerana tidak dapat membalas kunjungan Wits di blogspot.com. Saya tidak ada akaun untuk masuk blogspot. Kalau ada shout box, maka mudah saya bersilaturahmi di sana. mungkin Wits boleh wujudkan kotak tersebut.

      Benar sekali, Ogos = August = Augustus. 😀

      Salam manis selalu.

      • Makasih bunda. Iya, wit udah coba buat shout box, tp kok tampilan shout box nya yg masih empty ada iklan dari google ya bun, makanya wit hapus, gak cantik jadi penampilanya:(
        atau bunda Fatimah bs bantu gimana buat shout boxnya, maklum wit ini br ngeblog, trus belajarnya jg otodidak via buku, learning by doing.
        Maaf ya Bun, mo nanya, bunda pake wordpress kan?ada bbrp komen di blog wit dari wordpress tampil itu komen.
        Makasih buat waktu dan perhatian bunda:)

        • Hai Wits….

          Terima kasih sudah coba dan bunda terharu sekali atas keperihatinan ke atas komen bunda di atas. Hehehe… bunda juga tidak tahu buat kotak jerit itu. Bisa tanya teman lain yang sudah ada kotak jerit di blog mereka.

          Menurut bunda, adanya komen dari teman yang punya blog wordpress adalah mungkin mereka punya akun lain kerana bunda hanya punya akun yahoo aja. Wits di blogspot.com guna akun apa ya ? kalau akunnya lain, mungkin bunda bisa buat akun baru untuk ke sana. bantu bunda ya ?

          Salam mesra dari bunda. 😀

          • masalah shout box sampe skg jg masih cb cari bantuan buda, meski hasilnya blm seperti yg diharapkan:)
            Maaf, mksd bunda dengan kalimat :’di blogspot.com guna akun apa ya?” itu sama gak indonesianya dengan kalimat ini :”klo mo buat blogspot menggunakan akun apa?”. Klo mksd kedua kalimat itu sama. Wit jawab ya. Setahu wit, klo untuk blogspot itu kita harus punya akun gmail. Cara membuatnya, daftar dulu. Ketik: gmail.com pada browser, setelah itu baru buat akun baru. Disitu nanti ada daftar personal, sama sepertimembuat akun yahoo kira2 bunda. semoga jawaban wit bisa membantu, makasih bunda:)

            salam jg bwt bunda:)

            • Ohhh… begitu ya. Guna akun gmail rupanya kalau di blogspot.com. Ok. nanti bunda guna kerana akun gmail, bunda sudah ada kok. Mudahan akan dapat bersilaturahmi dengan teman3 di blogspot selepas ini. 😀

              Terima kasih ya Wits atas maklumannya. Semoga sukses selalu.
              Salam kasih dari bunda. 😀

  8. Assalamu alaikum bunda,

    Ide yang sangat bagus sekali bunda, menulis dari blog ke buku,, Sepertinya kegiatan menulis di blog ini patut di sebarluaskan, terutama di kalangan pelajar sekolah karena bisa menumbuh kembangkan bakat kepenulisan seperti bunda, 😀

    Sukses buat bunda untuk bukunya,, ^_^
    Salam,

    • Wa’alaikum salaam Masyhury…

      Usaha harus ditingkatkan untuk memberi galakan kepada pelajar agar rajin menulis kerana tidak semua orang bisa dipupuk minat secara konsisten kecuali kemahuan diri sendiri. Oleh yang demikian, membina blog mungkin salah satu caranya. Idea yang bagus untuk memulakan sesuatu yang baru dan menarik dalam hidup.

      Terima kasih atas kunjungan dan semoga sukses selalu.
      Salam ceria selalu. 😀

  9. Aslkm bunda…selamat pagi…

    Berkesan sekali dengan pengalaman yang sudah didapat sampai sekarang. Memang betul..jangan takur bermimpi…
    I HAVE A DREAM…

    Salam…

    • Wa’alaikum salaam Dykpd…

      Selamat sore.
      Semoga Dykpd juga akan terus sukses mengejar impian. Mimpi-mimpi itulah yang menggerak kita untuk menjadikannya kenyataan.
      Terima kasih sudah mampir ya setelah sekian lama tidak bersapa di maya.

      Salam ceria selalu.

  10. Assalamu’alaikum wr wb, Fatimah

    Hai… amacam bercuti? Happy anak-anak kalau diajak bercuti, jangan lupa kongsi ceritanya ye!

    Saya doakan semoga tercapai cita-cita Fatimah untuk menulis dari blog ke buku, Insya Allah kerana anda memang sudah dikenali ramai, tak mustahilkan…

    Saya minat dengan kata-kata mimpi yang di atas tu, dan Sang Pemimpi itu buku ke atau apa ye?

    Yehh..as I always say “I’m a dreamer but I’m not the only one”!

    • Wa’alaikum salaam sahabatku Zohra…
      Alhamdulillah, cutinya sukses sekali. Yang seronoknya adalah anak-anak, orang tuanya terasa penat sekali. Insya allah akan dikongsikan di masa mendatang yang sesuai. Tunggu aja. 😀

      Amiin.. Ya Malik. Mudahan doa dari Zohra yang baik itu dimakbulkan Allah dan semua akan dapat manfaatnya.

      Sang Pemimpi itu adalah sebuah novel juga sebuah filem dari hasil karya Andrea Hirata. penulis novel tersohor Indonesia yang saya kagumi idea dan bahasanya. Asyik sekalikerana novel itu adalah hasil dari kisah hidupnya.

      Iya.. kita semua adalah Sang Pemimpi yang bergelar Pemburu Impian untuk menjadi kenyataan.

      “Bermimpilah, kelak Tuhan akan memeluk mimpi-mimpimu.”

      Terima kasih ya atas kunjungannya. Saya senang sekali menerima sapaan sahabat dari Singapura.

      Salam manis dari saya.

  11. mantap bunda, hidup di dunia hanya sekali dan harus dimanfaatkan sebaik-baiknya dan berfaidah bagi orang lain..

    kalau saya, belajar dan bekerja sama sahaja, dalam kerja ada belajar, dan kita belajar sembari bekerja.. 🙂

    salam dari amboina manise..

    • Hai Muhammad…

      Semoga kita akan memanfaatkan kehidupan yang hanya sekali itu agar tidak menyesal di kemudian hari kerana telah menyia-yiakan masa dengan begitu sahaja.

      Saya setuju kalau kedua-duanya juga tidak punya perbezaan. tetapi itu harus menuruti kepada pengalaman seseorang kerana tentu sekali tidak sama cara fikir dan gaya hidupnya.

      Semoga Muhammad selalu sukses dalam belajar dan bekerja. Jika kita selalu positif mendepani sesuatu tugas, maka ia akan mudah dilaksanakan.

      Salam mesra selalu. 😀

  12. Mbak Siti Fatimah mengatakan bahwa dunia belajar dan dunia itu berbeda, dengan memfocuskan kesibukan lebih terasa pada dunia pekerjaan.

    Tetapi sering kali Saya mengalami dan merasa keduanya tidak berbeda, atau malah sebaliknya. Yaitu pada waktu saya belajar untuk bekerja. Bekerjanya sendiri tidak berat karena belum tahu banyak apa yang harus dikerjakan. Tetapi justru belajar untuk tahu apa yang harus dikerjakan ini rasanya menjadi lebih berat terutama ketika saya merasa menjadi lebih bodoh dengan belajar itu.

    Maka seiringlah dan searah orang mengatakan bahwa bejar itu proses yang berjalan selama hidup sepanjang umur. Saya sudah meyakini hal ini namun saya mengalami banyak kesulitan. Karena saya sering mengalami: “Saya kadang2 tidak tahu yang kutahu, Tetapi seringkali aku tahu yang tidak kutahu”.

    Orang mungkin sulit memahami makna pernyataan di atas. Setelah direnungkan dan bisa menghubungkan satu dan yang lain, mungkin akhirnya bisa sependapat dengan pernyataan. Saya itu.

    • Salam hormat buat Eyangkung…

      Iya.. begitulah yang saya rasai Eyang. Dunia pekerjaan lebih menyibukkan kerana saya belajar dan mengajar ( 2 in 1) juga di tambah dengan menyediakan kursus, menghadiri seminar, membentang, membuat kertas kerja dan segala macam lagi.

      Sangat berbeza jika dibandingkan ketika belajar kerana fokus saya hanya belajar dan mengerjakan segala tuntutan pembelajaran. dalam cuti belajar saya tidak lagi terikat dengan dunia pekerjaan yang rutinnya bekerja dari jam 0730 pagi dan balik jam 1700 setiap 5 hari seminggu. ia sungguh memenatkan. Namun tetap seronok dilalui kerana bidang keguruan ini adalah dunia kecintaan saya.

      Pengalaman hidup seseorang adalah berbeda, maka tentu sekali ada kelainan dalam menyanggupi setiap kesibukan tersebut. Semoga pengalaman yang kita kutip dalam kehidupan kita bisa membantu generasi akan datang untuk memanfaat umur dan waktu yang ada agar tidak sia-sia.

      Terima kasih eyang atas pengalaman yang dikongsikan, saya asyik sekali membacanya. Sungguh mengesankan jiwa dan nilainya tentulah berbobot apabila masa itu berlalu dan kita kenangi kembali.

      Salam takzim penuh damai didoakan Eyang selalu sehat dan bahagia selalu. 😀

  13. Assalamu’alaikum wr. wb,

    Senang sekali membaca lanjutan tulisan Bunda ini, selalu bertabur semangat dan berbagi inspirasi. Inilah sesungguhnya hal yang penting untuk dibagi seorang penulis kepada pembaca tercinta. Baik pembaca di blog maupun pembaca buku. Makasih banyak ya, Bunda, atas semangatnya.

    Salam hormat dari Daerah Istimewa Yogyakarta,
    Akhmad Muhaimin Azzet

    • Wa’alaikum salaam wr.wb…

      Alhamdulillah, terima kasih mas Amazzet atas kata penghargaan yang menyemarakkan semangat untuk terus menulis dan berbagi untuk sesama dalam mencapai kebaikan.

      Sokongan mas amazzet amat saya hargai agar punya buku walau tidak sebanyak mas di sana. Semoga saya bisa membaca buku2 dari mas Amazzet.

      Semoga selalu betah berbagi kata di sini. senang dengan kunjungan yang dialu-alukan.

      Salam hormat kembali dari saya.

  14. Assalamu’alaikum bunda Siti, senang bisa mengunjungimu stlh lama saya absen krn banyak hal yang musti dikerjakan..
    Saya salut banget dengan bunda, diantara banyak kesibukan masih bisa meluangkan waktu untuk menulis dan berbagi informasi yang bermanfaat..
    Teruslah berkarya bunda Siti, banyak hal yang saya dapat darimu ex kesabaran, lemah lembutmu, semangatmu dll.
    Semoga sukses dalam segala hal ya bunda..
    Sayang selalu untukmu…

    • Wa’alaikum salaam mbak UmmuRizka…
      Alhamdulillah, kembali bersua di maya. Semoga tugasan dan urusan sudah banyak yang diselesaikan dan tentunya akan meringankan beban yang disandang.

      Amiin… Ya Rahman Ya Rahimm. Mudahan doa yang baik selalu melingkungi kita semua. Didoakan mbak juga akan selalu sukses dalam segala urusan.

      bahagia menerima kata semangat dan sokongan dari mbak yang selalu menyirami hati saya dengan kata-kata yang bermotivasi tinggi sehingga membuat saya rasa malu pula dengan pujian yang diberi. sedangkan saya hanya sederhana sahaja mbak, seperti mbak juga.

      Salam sayang kembali dan mesra selalu sari saya. 😀

  15. “HIDUP HANYA SEKALI. Jadi biarkanlah saya melakukan kebaikan dalam mencari kebenaran dan membantu meneruskan kebaikan untuk kesinambungan kemajuan intelek dan peradaban manusia….”

    Saya suka sekali dengan kata2 diatas, entah karena saya mengikuti blog ini sejak generasi pertamanya maupun karena alasan lainnya juga.

    Saya juga berpendapat yang sama, karena dengan blog dan menulis, maka tulisan kita akan bisa dibaca orang manakala kita sedang tidur, berbaring, bahkan kita tiada sekalipun.

    Oleh karena itu tetaplah menulis baik itu di blog ataupun merambah dunia buku.

    • Hai Azzahra…

      Alhamdulillah, senang menerima kunjungan dari Azzahra setelah sekian lama tidak menyapa di maya. pastinya banyak sekali urusan yang harus diselesaikan didunia nyata. Semoga semuanya beres dan dimudahkan Allah.

      Semoga kata-kata yang menjadi inspirasi kepada saya bakal menyerlah kebaikan ke jiwa Azzahra untuk menjadi insan bertakwa dan berilmu untuk dikongsikan bersama. Saya bahagia mengetahui kalau Azzahra juga menyukai kata-kata itu. 😀

      Harapan saya, Azzahra juga akan selalu menulis untuk maslahat diri dan masyarakat.Dengan menulis di mana-mana medah penulisan tentu akan mendapat hasil yang sama iaitu mencurahkan idea, ilmu dan perkongsian bijak. Menulis menyerlahkan kebijakan kita dalam berbahasa dan bergaya kata.

      Terima kasih ya Azzahra atas kunjungan yang menyejukkan hati melalui bicara yang berbobot tinggi.

      Salam mesra dan ceria selalu dari saya. 😀

  16. Ass…

    Biografi singkat tentang perjalanan meniti profesi dalam berbagi ilmu pengetahuan.

    Banyak hal yang diambil dari biografi pengalaman Bunda, yaitu semangat dan pantang menyerah dalam berkarya dengan goresan tinta.

    Dengan mengatasi permasalahan yang kecil; maka, kita dapat mengatasi permasalahan yang besar.

    Salam

    “Ejawantah’s Blog”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.