CT494. MENCINTAI ALLAH DENGAN HATI DAN TINDAKAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

Apakah kita benar-benar sudah mencintai Allah SWT dengan sesungguhnya ? Jika benar, apakah bukti yang telah kita lakukan sebagai tanda mencintai-NYA ? Saya berkata begini kerana selalu ingin Cinta Allah mengatasi cinta kepada dunia.

Saya ingin Cinta Allah dilebihkan kedudukannya daripada mencintai manusia. Dengan mencintai Allah, segala-gala isi dunia dapat kita raih dengan iman dan takwa. Allah juga menghapus kesalahan dan mengampuni dosa-dosa kita.

*

Firman Allah SWT: “Wahai orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, nescayakan Dia akan memberikan kepadamu Furqan (beza yang hak dan batil) dan menghapuskan segala kesalahan kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu. Dan Allah mempunyai kurniaan yang besar.”

*

Seiring dengan peradaban dunia yang kian berkembang dan berteknologi tinggi. Hidup manusia semakin moden dan dipenuhi dengan segala keperluan yang menyonsong segala kehendaknya.

Bersama perjalanan waktu di penghujung usia dunia, Islam pula semakin asing di hati umatnya. Ramai yang melanggar perintah Allah dan meninggalkan larangan-NYA tanpa merasa takut kepada peringatan dan amaran-NYA. Umat Islam umpama buih yang banyak di lautan tetapi sangat lemah dalam perjuangan untuk menegakkan syiar Islam.

Jangan takut mencintai Allah SWT dan menunjukkan kecintaan yang terbuka kepada-NYA. Mencintai Allah bermakna kita sanggup berjuang untuk mempertahankan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Kesanggupan kita untuk menerima cercaan, makian dan hinaan dari musuh Islam kerana ingin menegakkan kebenaran tidak akan pernah melunturkan semangat untuk mempertahankan Islam.

Yakinlah, setiap perjuangan dalam menegak agama Allah akan diberi ganjaran yang besar. Bersabarlah kerana Allah sentiasa bersama mereka yang sabar.

Malah, tuntutan dakwah untuk menyedarkan umat Islam masa kini kepada mematuhi perintah Allah dan meninggalkan larangan-NYA lebih  mencabar daripada berdakwah kepada non-Muslim.

Realitinya, umat Islam ramai yang tidak mencintai Allah walaupun mereka mengatakan cinta kepada-NYA. Cinta yang dilafazkan hendaklah dibukti dengan zahir yang berbuat.

Sebaliknya, ramai yang tidak menunjukkan ketaatan dalam menunaikan tanggungjawab sebagai muslim sejati. Ada yang sudah terlalu jauh dari kehidupan Islam. Islam hanya pada nama sahaja, disebut di pinggir bibir. Namun jelas terpesong dari perbuatan yang terlihat. Bertaubat dan kembalilah kepada Allah SWT, pasti kamu akan beruntung.

*

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-NYA. (jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada wakyu yang telah ditentukan…”

– Surah Hud, ayat 3

*

Marilah sahabat, kita berusaha menganjakkan perubahan besar dalam diri untuk mencintai Allah SWT dengan hati dan tindakan secara tulus dan ikhlas. Berpada-padalah dengan dunia dan berlumba-lumba untuk akhirat.

Segala kurnia Allah berbentuk kekayaan, kesenangan dan kelapangan di dunia ini mesti digunakan untuk meninggikan syiar Islam agar kehidupan kita senang dan lapang pula di akhirat sana.

Saya berharap semoga Alllah SWT memudahkan segala urusan kita untuk menuju jalan yang diredhai-NYA. Aamiin.

“….. hai yang empunya diri, segala impian yang menelentang usahlah dibiarkan melayang. Tingkatkan usaha teguhkan keimanan, kau pasti menemui kejayaan.” (ikku)

*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima3 Mac 2019 (Ahad) / 26 Jamadilakhir 1440H/ 12.52 petang / Kota Samarahan, Sarawak –  SITI FATIMAH AHMAD

23 thoughts on “CT494. MENCINTAI ALLAH DENGAN HATI DAN TINDAKAN

  1. Assalamualaikum wr.wb Bu Hajjah Fatimah.

    Apa kabar? Semoga selalu dalam lindungan Allah swt. Aamiin.
    Saya sampai meneteskan air mata membaca post ini. Mengingatkan saya yang masih sering kufur nikmat ini untuk selalu berprasangka baik terhadap segala ujian-Nya. Terima kasih sudah membuat post ini.

    Salam hangat selalu dari Jakarta Pusat 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany Fatmaningrum….

      Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja. Didoakan mbak juga selalu dalam rahmat Allah SWT.
      Mudahan kita selalu bersyukur atas segala nikmat iman, islam dan kehidupan yang dikurniakan kepada kita selama ini dengan mentaati-NYA.

      Terima kash mbak, sudah berkunjung dan salam manis selalu. 🙂

  2. Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

    Siap Bunda, In Sya Allah akan selalu meningkatkan Cinta kepada Allah Azza Wa Jalla.
    Apa kabar Bunda, semoga rahmat Allah selalu tercurah kepada Bunda dan Keluarga ya.

    • Aamiin Allahumma Aamiin. Didoakan Ardiansyah juga dalam kondisi yang dirahmati Allah SWT.
      Alhamdulillah wa syukrulillah, semoga hidup yang kita jalani ini akan diredhai Allah dan diberkati-NYA selagi kita beriman dan bertakwa.

      Terima kasih Ardiansyah telah kembali menyapa. Lama sekali sudah tidak bersilaturahmi ke sini. Insya Allah, semoga selalu sukses dan sejahtera.

      Salam sejahtera.

  3. Assalamualaikum ummi siti fatimah, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Alhamdulillah, coretan tentang cinta.
    Sebuah perkataan yang memaknakan kehidupan manusia. Ia suatu perasaan jiwa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada sesiapa sahaja. Di dalam cinta terkandung kegembiraan, kebahagiaan dan ketenangan. Cinta juga dimaknakan dengan tarikan, keinginan dan keterikatan, kerana ia mengikat kepada sesuatu yang dicintai.
    Allah SWT menciptakan cinta, maka Dialah yang mengetahui rahsia cinta itu. Dia yang mengurniakan rasa cinta, Dia juga yang menganugerahkan ‘hukum’ cinta. Walau dimana dan apa jua keadaan, andai mematuhi ‘hukum’ cinta, maka ianya akan indah dan terpelihara. Cinta mestilah dibina atas dasar cinta kepada Allah atau lebih tepat cinta Allah mesti mengatasi segala-gala kecintaan.
    Sesungguhya cinta kepada Allah adalah pergantungan hati yang mutlak kepada-Nya sehingga melahirkan kedamaian dan ketenangan tatkala terasa diri dekat kepada-Nya. Manakala timbul perasaan resah dan gelisah ketika terasa jauh dari-Nya. Inilah nilai cinta yang hakiki, iaitu rindu kepada-Nya yang sentiasa menggetarkan perasaan. Andai memiliki cinta seperti ini maka layaklah kita menyahut panggilan-Nya:
    “Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (al-Fajr: 27-30)
    (sekadar penambah perisa)

    Salam ukhuwwah dari Kuantan Pahang
    abu ikhwan

  4. Wa’alaikum salaam wr.wb, Kopral Cepot.
    Alhamdulillah wa syukrulillah, saya masih ingat dan senang menerima kunjungan Kang KC kemari. Lama sudah tidak bersilaturahmi.

    Terima kasih atas kesudian menulis komen dan mudahan akan terus juga aktif. Sekarang ini, tugas semakin sibuk dan perkongsian saya juga semakin sedikit. Namun akan tetap berusaha untuk menulis juga.

    Didoakan juga Kang KC dalam kondisi sihat wal’afiat dan dirahmati Allah SWT.
    Salam takzim dan sejahtera selalu hendaknya. 🙂

      • Alhamdulillah, saya doakan Kang KC senang memulakan aktiviti menulis lagi. Sekurang-kurangnya aktiviti menulis ini akan memugarkan sel sel otak kita. Selain itu kita mendapat ibadah apabila dikongsi dan dibaca. Hal-hal yang baik seperti ini pastinya disukai Allah SWT.

        Terima kasih kembali Kang KC, semoga sihat selalu. 🙂
        Aamiin Allahumma Aamiin.

  5. Assalamualaikum ustazah. Terima kasih diatas perkongsian yang sangat baik dan bermanfaat bagi saya dan juga semua yang membacanya. Perkongsian daripada ustazah ini sangat memberi kesan dan juga memberikan semangat ke dalam hidup saya untuk sentiasa memperbaiki diri dan meningkatkan lagi keimanan dan juga ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

    Saya sangat setuju dengan kata- kata ustazah dalam penulisan tersebut. Pada zaman ini, ramai manusia yang masih leka dengan arus kemodenan yang melanda dunia sehingga sanggup mengabaikan perintah agama. Seperti yang kita dapat lihat pada hari ini, ramai pemuda dan juga pemudi yang sanggup membazirkan masa kerana taksub dengan gadjet, game ataupun dengan pelbagai aplikasi yang lain seperti tik tok dan sebagainya sehingga mengabaikan kewajipan sebagai seorang islam.

    walaubagaimanapun, Allah sentiasa memberikan peluang untuk kita berubah. Jadi, kita tidak boleh mensia- siakan peluang yang diberikan oleh Allah untuk sentiasa memperbaiki diri dan memperbaiki ibadah kepadanya. Hal ini kerana, Islam merupakan agama yang indah kerana diciptakan oleh Allah tanpa tolok bandingnya. Oleh yang demikian, Allah lebih tahu dan lebih berkuasa untuk menentukan apa yang terbaik bagi setiap ciptaanya. Oleh itu, sebagai tanda ataupun cara untuk kita mencintai Allah ialah dengan melakukan perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Kita mestilah melakukan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah dengan bersungguh- sungguh dan juga dengan hati yang yakin kepadanya. Dengan itu, barulah kita dapat merasakan ketenangan dan juga kemanisan dalam iman.

    AMRYNA ROSHADA BINTI CHE AWANG
    PA SK(2) PISMP JUN 2020
    SEMESTER 1 TAHUN 2
    IPG KAMPUS BATU LINTANG

  6. Assalamualaikum ustazah. terima kasih atas perkongsian ustazah mengenai “Mencintai Allah Melalui Hati dan Tindakan ini”. Perkongsian ustazah memberikan mesej yang bermakna kepada saya dan rakan-rakan lain. Saya amat terkesan berkenaan mencintai Allah lebih daripada manusia. Kadang-kadang, kita juga lupa bahawa Allahlah tempat kita berserah dan meminta pertolongan. Terdapat banyak pengajaran yang saya peroleh daripada blog ini.

    Antaranya ialah kita perlu mendidik hati untuk sentiasa percaya dan cinta kepada Allah. Kecintaan kepada Allah menjadikan seseorang Mukmin itu sentiasa berdamai dengan takdir Allah. Orang yang selalu dalam hatinya penuh sifat reda tidak akan merungut atau berasa keluh kesah biarpun keinginannya tidak tertunai kerana yakin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat dirinya.Nilai orang yang hampir dengan Allah selalu berasa damai dengan kehendak Allah.Sudah pasti bahawa setiap manusia tidak akan dapat memenuhi segala tuntutan nafsunya yang terlalu banyak.Namun, rasa cinta yang tinggi kepada Allah dapat menutup nafsu dan kehendak diri yang pelbagai. Dalam kehidupan seseorang yang merasai keimanan kepada Allah SWT akan meletakkan Rasul dan ummah itu sebagai keutamaan dalam hidup.

    Dari sini juga mengingatkan saya untuk sentiasa berusaha untuk melakukan amal kebaikan untuk berasa hampir dengan Allah SWT. Kita boleh mengikut cara Rasulullah dengan merasai atau membayangkan bahawa Allah SWT begitu hampir dengan kita.Dengan cara ini akan membina satu perasaan kerohanian yang tinggi bahawa setiap amal perbuatan kita berada di bawah pandangan Allah.Jika berasa diri kita hampir dengan Allah, apa juga yang kita lakukan sama ada ibadah harian atau melaksanakan urusan harian dalam kehidupan akan melahirkan rasa ketekunan dan keikhlasan kerana setiap amalan itu tidak lain dipersembahkan hanya untuk Allah SWT semata-mata.

    Kita juga perlu yakin dengan ketentuan yang Allah tetapkan untuk kita. Jika mahu menilai sama ada kita yakin atau sebaliknya dengan Allah SWT, ia dapat dilihat melalui sikap kita ketika berdepan sebarang ujian atau musibah.Iman seseorang itu tidak akan dapat dinilai melainkan pada saat dia menerima ujian. Orang yang ikhlas dan dekat dengan Allah akan menerima apa juga ujian itu dengan hati yang tenang dan lapang.Setiap kesulitan dilalui dengan penuh rasa reda dan sabar, kerana dia percaya setiap yang berlaku itu adalah kehendak Allah yang pasti akan ada kebaikan di hujungnya.

    kKita juga boleh membuktikan kecintaan kita terhadap Allah dengan membasahkan mulut kita dengan zikrullah. Bahkan, menyebut-nyebut nama Allah, membesarkan Allah dan mengingati Allah akan menyuburkan hati untuk terus hidup dengan kebesaran Allah SWT.Orang yang hatinya hidup dan subur dengan selalu mengingati Allah akan berasa bahagia yang hakiki dalam kehidupan ini. Oleh kerana itulah orang alim dan warak, wajah mereka selalu tenang pada saat berdepan ujian kerana berasa dunia ini hanya tempat persinggahan untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala dan kebaikan sebelum menuju ke alam akhirat yang kekal abadi.

    SOFIAH INSYIRAH BINTI ZULKEFLI
    PA SK(2) PISMP JUN 2020
    SEMESTER 1 TAHUN 2
    IPG KAMPUS BATU LINTANG

  7. Assalamualaikum ustazah semoga ustazah dan keluarga sentiasa memperoleh rahmat dan sentiasa diberkati oleh Allah swt.Terima kasih ustazah atas perkongsian penulisan ustazah yang bertajuk mencintai allah dengan hati dan tindakan.Sememangnya banyak hikmah dan pengajaran yang boleh saya ambil daripada penulisan ini.Antaranya ialah kita perlulah sentiasa mendekatkan diri kepada allah.Allah SWT telah memberikan kepada hambanya limpahan nikmat dan yang sangat banyak bahkan tanpa henti. Nikmat yang diberikan oleh allah adalah merupakan cara Allah untuk dekat kepada hambanya. Namun banyak manusia pada masa kini masih tidak berasa syukur dan sentiasa merasa kurang terhadap sesuatu perkara.Ini yang terjadi apabila manusia jauh daripada allah. Akan ada saja hal yang membuat manusia mengeluh atas apa yang diberikan Allah kepada mereka. Sehingga menimbulkan rasa hidup yang lebih berat dan kurang nikmat. Selain itu dapat memunculkan sifat-sifat yang tercela seperti, rakus, dengki, serta marah akibat kehidupan dunia yang tidak dipenuhi. Sesungguhnya kunci untuk hidup dengan penuh rahmat dan berkat adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ini adalah kerana dengan dekat kepada Allah SWT kita akan lebih bersyukur atas apa yang diberikan dalam hidup serta memiliki ketenangan lahir dan batin. Saya masih ingat ustaz saya pernah berkata”kita kalau minta cawan hanya akan diberikan cawan,tetapi jika kita minta air kita akan diberikan gelas dan juga air.Begitulah juga konsep dunia,jika kita mengejar dunia kita hanya mungkin akan dapat dunia,tetapi jika kita mengejar akhirat insyaalah akhirat dan seisi dunia akan mengikut kita”.

    HAFIZD HAZLIMI BIN MAT ALI HANAFIAH
    PA SK(2) PISMP JUN 2020
    SEMESTER 1 TAHUN 2
    IPG KAMPUS BATU LINTANG

  8. Assalamualaikum ustazah, terima kasih atas perkongsian yang amat bermakna ini. Jujur saya katakan, hampir menangis ketika membaca penulisan yang menyentuh perasan ini. Hal ini kerana , ia menyedarkan diri ini akan dosa yang dilakukan terhadap-Nya.

    Benar ustazah, sekarang terutamanya anak muda lalai dalam mencintai manusia dan bukannya Allah swt. Contohnya, apabila ibu atau ayah suruh untuk solat, mereka hanya mengiyakan tetapi tidak mengerjakan. Tetapi, apabila pasangan mereka minta tolong untuk teman makan di kedai, bukan main cepat bergerak. Nauzubillahminzalik. Jauhkan diri ini dari terjebak perbuatan sebegitu. Saya takut akan azab Allah. Hanya kerana cinta kepada manusia yang tidak tentu itu jodohnya, sanggup melanggar perintah Allah swt yang menjanjikan bahagia, ketenangan dn kebahagiaan.

    Kita sebagai umat Islam seharusnya bersyukur kerana Allah memberikan tempat tinggal, makan minum, keluarga dan harta untuk hambanya, tetapi apa yang kita balas, kita tidak sedar diri (lupa daratan) akan nikmat yang diberikan, malah kita langgar pula perintah-Nya. Sepatutnya, semakin banyak nikmat yang diberikan kepada kita, semakin banyak amalan kita kepada Allah untuk menunjukkan syukur atas nikmat yang diberikan. Terima kasih Allah.

    Jadi, ingin ingatkan diri ini dan rakan yang lain, jangan lebihkan cinta kepada manusia dan harta dari mencintai Allah swt. Hal ini kerana, ketenangan, kedamiaan dan kebahagian datang apabila kita menjaga hubungan dengan Allah swt.

    AUNI AFIQAH BINTI SAPAR
    PISMP PA SK(2) JUN 2020
    SEMESTER 1 TAHUN 2
    IPG KAMPUS BATU LINTANG

  9. Assalamualaikum ustazah. Alhamdulillah saya sudah selesai membaca hasil penulisan ustazah bertajuk ‘MENCINTAI ALLAH DENGAN HATI DAN TINDAKAN’. Ia mempunyai makna yang mendalam serta memberi kesan dan ikhtibar kepada diri saya. Cinta kepada sesama manusia, harta benda dan alam semesta ini, sifatnya fana. Bila-bila masa Allah dapat menarik nikmat tersebut dari manusia. Bila Allah ingin mencabut nyawa orang yang kita cintai, tidak ada kuasa yang dapat menghalangnya. Ciri utama orang beriman adalah mencintai Allah dan Rasulnya. Rasa cinta itu harus dibuktikan denga keteguhan iman dan ketabahan serta keikhlasan dalam menjalani segala ujian. Cinta kepada Allah harus dibuktikan dengan ketekunan melaksanakan ibadah, kerelaan berkorban harta benda bahkan kalau perlu jiwa. Makin tinggi rasa cinta kepada Allah, makin berat pula ujiannya, terutama ujian dalam bentuk godaan pangkat, harta dan wanita. Contohnya Para Nabi, mereka menjalani berbagai ujian untuk membuktikan cinta mereka kepada Allah. Bila seseorang sudah sempurna kecintaannya kepada Allah dan, disitulah manusia akan merasakan manisnya iman. Di saat itulah, orang-orang beriman tidak lagi mencintai dunia melebih kecintaannya kepada Allah. Oleh itu, saya berdoa agar dapat mencapai kesempurnaan iman bagi membuktikan cinta dan kasih saya kepada Allah dan pada masa yang sama saya juga ingin merasai kemanisan iman.

    MUHAMMAD NOR IQMAL BIN NOR RASID
    PISMP PA SK(2) JUN 2020
    SEMESTER 1 TAHUN 2
    IPG KAMPUS BATU LINTANG

  10. Assalamualaikum ustazah .Terima kasih ustazah atas perkongsian penulisan ustazah yang bertajuk mencintai allah dengan hati dan tindakan.Sememangnya banyak hikmah dan pengajaran yang boleh saya ambil daripada penulisan catatan yang ke 494.apa yang saya dapat faham disini bahawa fitrah manusia adalah mencintai dan dicintai.Manusia akan merasakan nikmat mencintai kekasihnya, orang tuanya, orang sekitarnya dan sesamanya.Manusia mencintai orang tua kerana keduanya telah melahirkan, mendidik, dan membesarkannya. tapi rasa cinta itu takkan pernah terjadi kalau bukan disbbkan oleh rahmat Allah SWT. Kerana itu barangsiapa yang mencintai Allah dan Rasulnya serta berjihad dijalan Allah nescaya dia akan merasakan manisnya iman itu.

    MUHAMMAD ZUBAIR AKID BIN ZAINUDIN
    PISMP JUN 2020 PA SK 2
    SEMESTER 1 TAHUN 2
    IPG BATU LINTANG

  11. Assalamualaikum ustzah, alhamdulillah saya berasa tertarik dengan tajuk ni ustazah. Sebagai mana yang kita, dalam kehidupan ini kita perlu sentiasa mengingat kepada ALLAH dan rasul. Jika satu hari kita tidak menyebut atau tidak mengingat akan ALLAH s.w.t , hati kita akan berasa resah dan gelisah. Sesungguhnya mengingati ALLAH dan baca ayat ayat al quran ni akan menambahkan lagi keimanan kita kepada ALLAH S.W.T . Jika mahu menilai sama ada kita hampir atau sebaliknya dengan Allah SWT, ia dapat dilihat melalui sikap kita ketika berdepan sebarang ujian atau musibah.

    Iman seseorang itu tidak akan dapat dinilai melainkan pada saat dia menerima ujian. Orang yang ikhlas dan dekat dengan Allah akan menerima apa juga ujian itu dengan hati yang tenang dan lapang.

    Setiap kesulitan dilalui dengan penuh rasa reda dan sabar, kerana dia percaya setiap yang berlaku itu adalah kehendak Allah yang pasti akan ada kebaikan di hujungnya.

    Kecintaan kepada Allah menjadikan seseorang Mukmin itu sentiasa berdamai dengan takdir Allah. Orang yang selalu dalam hatinya penuh sifat reda tidak akan merungut atau berasa keluh kesah biarpun keinginannya tidak tertunai kerana yakin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat dirinya.

    Jadi, kita perlu bertindak seiring dengan hati kita. Cinta akan ALLAH boleh diluahkan atau dilafazkan dengan perbuatan kita. Kita melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang itu dikira kita sudah ada sifat cinta akan ALLAH s.w.t . Semoga kita selalu berada di bawah lindungan nya . Insha Allah.

    MOHAMAD HAKIMI BIN HASBULLAH
    PISMP PA SK 2 JUN 2020
    SEMESTER 1 TAHUN 2
    IPGK BATU LINTANG

  12. Assalamualaikum Ustazah. Terima kasih atas perkongsian penulisan ini.
    Menerusi pembacaan ini, saya sedar bahawa kita semua tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Ujian yang datang adalah untuk bantu kita menghapuskan dosa-dosa kita seterusnya mengangkat darjat kita. Kesenangan yang diberikan kepada kita datang dalam pelbagai cara. Bila diberi kesenangan, kita tidak boleh lupa diri sebaliknya berusaha memanfaatkan perkara tersebut untuk mendekatkan diri kepada pencipta.
    Kita juga sewajarnya sedar dan muhasabah diri apakah sumbangan yang kita telah lakukan untuk agama kita. Jangan hanya Islam sekadar dalam tulisan dan pengucapan tetapi harus dibuktikan melalui tindakan. Kadang, malu dengan diri sendiri kerana jika dihitung apalah sangat insan yang kerdil ini telah sumbangkan untuk agama. Yang ada hanyalah mensia-siakan nikmat kurniaan Allah tanpa sedar.
    Justeru itu, saya berharap agar kita semua akan cuba untuk berubah untuk mencintai Allah dengan hati dan tindakan serta istiqamah. Semoga sebuah keikhlasan ditemui dalam mencintai Allah, Insya Allah.
    Terima kasih Ustazah, semoga kita semua menjadi hamba Allah yang diredhaiNya. Insya-Allah.

    SITI AISHAH BINTI MOHAMAD SAYUTI
    PISMP PA(SK)2 JUN 2020
    SEMESTER 1 TAHUN 2
    IPGK BATU LINTANG

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.