CT351. TRAGEDI MAKKAH 2015: APABILA MAUT TIDAK BERBAU

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

TragediFatima1TragediMakkah2015

*

FAHAMI TAKDIR

Setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan kita mempunyai sebab dan asbab yang sudah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi. Hal ini dikaitkan dengan Rukun Iman ke 6 iaitu Percaya kepada Qada’ dan Qadar atau Takdir.

Takdir merupakan peristiwa yang berlaku di jagat raya merangkumi semua aspek kejadian sama ada berbentuk ukuran, masa, tempat dan keadaan.

Allah telah menentukan takdir sebelum makhluk diciptakan. Allah telah menulis semua takdir makhluknya dari permulaan kejadian hingga ke hari akhirnya. 

*

Umar bin Abdullah berkata : aku mendengar Rasulullah saw bersabda : “Allah telah menetapkan ukuran-ukuran (takdir) 500 tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi”. (Hadis Riwayat Al-Turmuzi)

*

Takdir dialami oleh segala ciptaan Allah yang bernyawa atau benda mati. Semuanya ada tarikh luput dan sebab keluputannya. Oleh itu, tidak ada sesiapa pun tahu takdir yang bakal diterimanya walau dalam tempuh satu saat (detik). 

Takdir itu tidak ada sesiapa yang mengetahuinya kecuali Allah. Takdir hanya diketahui setelah berlakunya sesuatu kejadian.

*

MAUT TIDAK BERBAU

Saya tidak membahaskan tentang Qada dan Qadar (takdir) dengan spesifik. Hanya sekadar menulis untuk revisi sebagai mengingat kembali sebelum anda membaca tulisan saya yang berikutnya.

*

Firman Allah SWT di dalam surah al-Nisaa, ayat 78 yang bermaksud:

“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh.”

*

Tidak ada sesiapa yang dapat menghidu bau kedatangan malaikat maut yang bakal menyapa kita di depan sana.

Setiap hari berita kematian kita perolehi melalui media cetak (surat khabar, majalah ) dan media elektronik (radio, tv, telefon). Tidak ada manusia terlepas dari mati. Takdir yang “wajib” mengikuti manusia.

Andaikan ditakdir maut itu mempunyai bau seperti bau darah, bau kemenyan atau bau kapur barus, kemudian kita dapat menghidu kedatangannya saat kita keluar dari rumah, pasti kita tidak jadi keluar dan menunggu penuh sabar malaikat maut itu beredar dari waktu yang ditentukan.

Tetapi ia tidak pernah berlaku kerana urusan mati bukan urusan manusia. Mati adalah ketentuan yang menjadi milik Allah Yang Maha Mengetahui. Kita hanya dikehendaki untuk bersedia menghadapi mati. Bila ? Wallahu’alaam.

SUNGGUH, maut itu TIDAK MENGELUARKAN APA BAU PUN. Ia datang begitu sahaja apabila ketentuan Allah sudah menamatkan tempoh hidupnya. Saya menekur diri mengambil iktibar.

Hari ini 11 SEPTEMBER 2015 (Jumaat), telah berlaku dua tragedi yang menyayat hati dan menggegarkan hati saya.

*

TRAGEDI 1: KEMALANGAN JALANRAYA

11 SEPTEMBER 2015 (jumaat), saya dan warga IPG Kampus Rajang dikejutkan dengan berita kemalangan jalan raya yang melibatkan rakan setugas Mr. Ting.

Anak muda berusia 31 tahun ini memegang jawatan Pegawai Teknologi Maklumat di Jabatan Teknologi Pendidikan. Orangnya peramah, suka tersenyum dan mudah membantu dalam urusan teknologi komputer. 

Berita kemalangan Mr. Ting saya terima melalui Ketua Jabatan pada jam 8.04 pagi. Kemalangan itu mungkin berlaku lebih awal lagi (sekitar 7.20 pagi) kerana perjalanan pagi adalah waktu masuk pejabat.

Tiba-tiba dada saya berdebar kuat. Saya sangat terkejut kerana baru memandu melalui jalan antara Simpang Pakan dan Simpang Skim B tersebut 30 minit yang lalu. Alhamdulillah, Allah menyelamatkan saya dari musibah tersebut.

Hujan turun renyai-renyai. Jalan utama (highway) Pan-Borneo menjadi basah serta licin. Dimaklumkan terdapat 3 lagi kemalangan di jalan yang sama tetapi berlainan lokasi dalam waktu yang hampir sama.

Namun, kemalangan yang menimpa Mr. Ting amat tragis sekali. Maklumat menjelaskan kereta beliau telah dilanggar secara berhadapan dengan lajunya oleh sebuah lori pick-up “Hilux” yang tidak lepas untuk memotong kereta di hadapan.

Beginilah keadaan kondisi kereta Mr. Ting yang sudah tidak serupa kereta lagi. Mr. Ting mendapat kecederaan parah dan serius. Kini beliau dirawat di sebuat pusat rawatan swasta di Sibu dan masih dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

*

TragediFatima2Aksiden1

Kereta MyVi yang dipandu oleh Mr. Ting remuk teruk dan beliau mengalami kecederaan yang serius.

*

TragediFatima3Aksiden2

Mr. Ting yang tersepit dikeluarkan dengan bantuan dari anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, cawangan Sarikei.

*

TragediFatima4Aksiden3

Lori “pick-up” Hilux yang melanggar kereta MyVi Mr. Ting. Pemandunya mengalami kecederaan ringan.

*

TragediFatima5Aksiden4

Rakan sekerja turut membantu Mr Ting dalam kemalangan yang sedang berlaku

*

TragediFatima6Aksiden5

*

Semoga Mr. Ting akan cepat sembuh dan kembali bertugas. Melihat foto-foto kemalangan yang menimpa Mr. Ting menjadikan saya lebih berhati-hati memandu dan memotong (over take) kereta.

*

Ya Allah lindungilah kami dari musibah yang tidak mampu kami hindari. hanya pada-MU kami memohon keselamatan kehidupan di dunia dan akhirat.

*

TRAGEDI 2: KREN TUMBANG DI MASJIDIL HARAM

*

TragediKren2Makkah2015

*

11 SEPTEMBER 2015 -Jumaat. Tidak sampai 10 jam pada hari yang sama  dari kejadian kemalangan menimpa rakan setugas (Mr. Ting), umat Islam di seluruh dunia dikejutkan dengan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram.

Saya bagai hilang nafas mendapat khabar yang menjadi berita hangat di media massa dan media sosial. Tambah lagi menyaksikan foto yang dipaparkan dan video dari You Tube yang menjelaskan kejadian tersebut.

Allahu Akbar, melihat maut menjemput tanpa tanda (dari video) menjadikan hati saya kian takut dan gementar. Menanti kematian adalah rasa ketakutan yang tidak mampu dijelaskan oleh perasaan kita. sangat ngeri dan memilukan.

*

KHABAR DARI MAKKAH

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang waktu tempatan (Jumaat 10 malam waktu Malaysia). Kejadian itu berlaku kira-kira sejam sebelum waktu solat Maghrib pada Jumaat lepas.

Syed Saleh berkata kejadian itu berlaku selepas solat Asar selepas umat Islam selesai mengerjakan solat berkenaan.
 *
“Sebuah kren tumbang dalam kejadian ribut pasir dan hujan lebat selepas waktu Asar itu, kren itu dipercayai menghempap kawasan saie, dan sebahagiannya runtuh di kawasan tawaf.”
*

Hujan di Makkah itu dilaporkan berlaku kali keempat dalam tempoh sebulan, dan hujan pada hari ini dilaporkan paling lebat, berlaku kira-kira setengah jam.

Insiden kren tumbang tersebut mengorbankan 107 nyawa dan mencederakan 237 yang lain. Jemaah haji Malaysia terlibat di dalam kejadian ini di mana 5 jemaah haji (semua hajjah) disahkan meninggal dunia dan 10 jemaah haji lagi mengalami kecederaan.

*

Jemaah-Haji-Malaysia-di-Mekah-2015

*

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam sidang media tergempar di TH Hotel berharap para waris mangsa agar dapat terus bersabar dan berdoa kerana Tabung Haji (TH) akan terus berusaha sedaya upaya untuk mencari mangsa yang terlibat.

“Kita akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa,” kata Jamil Khir.

*

Makluman: Semua foto-foto di bawah ini diambil dari pelbagai sumber melalui Googles. Terima kasih.

*

TragediFatima7KrenJatuh1AlHaram2015

*

TragediFatima10KrenJatuh4Alharam2015

*

TragediFatima8LokasiKrenjatuh2AlHaram2015

*TragediFatima9MangsaKrenjatuhAlHaram2015

*

TragediFatima11KrenJatuh5AlHaram2015

*

TragediFatima12KrenJatuh6AlHaram2015

*

BULETIN UTAMA TV3: 11 September 2015 – Jumaat

*

SIDANG MEDIA TABUNG HAJI (Terkini): 13 September 2015 – Ahad

*

DIPULIH SEGERA

Laporan Kosmo Online menyatakan tindakan pantas dalam masa 24 jam yang diambil oleh pihak berkuasa Arab Saudi membersihkan kawasan di dalam masjid dan semua kawasan tempat kren tumbang telah menjadikan suasana sekitar Masjidil haram kembali seperti sedia kala.

Semua jemaah daripada pelbagai negara fokus untuk menunaikan ibadah dan situasi kelihatan normal seperti sebelum insiden tersebut berlaku.

*

krenjatuh2pulihbangunan
Suasana sekitar Dataran Kaabah yang dipenuhi oleh jemaah haji yang sedang menunaikan ibadah berlatar belakang bangunan Saie yang runtuh akibat kren tumbang pada 11 September2015 (Jumaat) yang lalu.

*

pesanfatimaku*

INGATAN BUAT…

Saudaraku sekalian dan diri saya sendiri. KEMATIAN itu adalah pasti. Tidak dapat dikurang atau dilebihkan masa kejadiannya. Tidak dapat dihindari dengan memberi sogokan wang kepada malaikat.

Tidak ada yang mampu menghalang kematian kita apabila Allah SWT sudah menentukan tibanya tarikh, umur, masa dan tempat kejadian.

Marilah kita menyediakan diri untuk akhirat kita. Bila-bila masa giliran kita pula akan tiba. Semalam sudah tentu bukan hari kita. Tetapi hari ini, esok, lusa dan entah bila masanya panggilan RUMAH KATA PERGI KUBUR KATA MARI akan menjemput kita menghadap Ilahi.

Dunia yang fana bukan rumah kekal kita. Namun akhirat yang abadi menjadi istana menanti yang tidak pernah lagi ada dunia selepasnya.

*

Firman Allah SWT di dalam surah Ali Imran, ayat 145 yang bermaksud:

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”

*

Firman Allah lagi di dalam surah al-Waaqiah, ayat 60 yang bermaksud:

“Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan.”

*

AL-FATIHAH. MARILAH KITA BERDOA AGAR ROH JEMAAH HAJI YANG TERKORBAN MENERIMA KEMULIAAN DI SISI ALLAH SWT. AAMIIN ALLAHUMMA AAMIIN.

*

AlFatihahFatima1KepadaMukembali

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima14 September 2015 (Isnin)/ 30 Zulkaedah 1436H/ 9.38 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. sangat lemah menghadapi ujian hidup ini, tetapi aku ada Allah yang memberi kekuatan untuk menghadapinya. Aku sangat resah menatapi kegagalan hidup ini, tetapi aku ada Allah yang mengurniakan kelapangan jiwa untuk tenang menghadapinya hingga berjaya. Ya Allah, hanya pada-MU seluruh kecintaanku bertumpu. Rindu pada-MU.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. renunglah wahai yang menyentuh hati. tidak ada yang lebih kita cinta kecuali Allah yang memberi cinta di dalam hati kita. Maka, andainya aku pergi dulu sebelummu, maafi dan redhailah aku yang pernah hadir dalam hidupmu. doaku juga untukmu. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

JiwaFatima1YangTenang

*

TITIS HUJAN ITU TANDA RINDUKU PADAMU

*

26 thoughts on “CT351. TRAGEDI MAKKAH 2015: APABILA MAUT TIDAK BERBAU

  1. Kami turut berduka-cita atas wafat-nya 5 org Malaysia..
    Dan atas meninggalnya 10 orang Indonesia
    Dan atas semua mereka yang luka-luka.

    Semoga para keluarga dan sanak saudara,
    Dikuatkan menerima berita tragedi itu.
    Dan kepada kita: “Memento Mori”

    Salam Damai!

    • Aamiin Allahumma Aamiin.
      Semoga roh semua para duyufurrahman itu dimuliakan Allah SWT dan mendapat haji mabrur atas niat yang sudah dipatrikan. Beruntungnya mereka kerana mendapat syahid akhirat. Tenang dan berbahagialah.

      Terima kasih mas Maren dan salam damai kembali.

      • Dan pd setiap kematian adalah merupakan khotbah terbesar bagi kita terutama bagi keluarga yg mengalaminya. Kerena semua kita akan menghampirinya. Kematian itu pasti, tidak ada jalan lain utk bisa tiba di sana dan berkehidupan dengan-Nya. Untuk itulah kita belajar mendengar dan melihat, berkata dan berpikir, bekerja untuk menjadi rahmat lil alamin seperti yang dikehendaki-Nya.

        Salam Damai!

        • Terima kasih Maren Kitatau atas setiap kalimah yang berbobot untuk perhatian kita semua. Mati adalah pasti dan tidak akan pernah terlewat atau tercepat satu detik pun apabila Tuhan sudah menghendakinya.

          Salam sejahtera, semoga dirahmati Allah SWT. Aamiin.

    • Maut tidak berbau

      Ya!
      Terlalu banyak cara maut merengut jiwa. Semua cara tak dapat diduga kedatangan-nya. Korban maut yang tertimpa kren ada 100-an jiwa dan banyak yang luka-luka. Tragedi ini diluar kontrol manusia. Badai pasir menghembus kren, lalu kren roboh menimpa segala yang ada.

      Korban maut yang terinjak-injak massa ada 700-an jiwa dan banyak juga yang luka-luka. Tragedi ini pun diluar kontrol manusia. Rombongan massa bertabrakan dengan rombongan massa lainnya yang tergesa. Sebahagian massa mengejar waktu demi ke-afdol-an waktu lempar jumroh dan untuk segera menyelesaikam perjalanan haji-nya, maka mendorong massa lainnya dan terjadilah tragedi itu.

      Tradisi lempar jumrah di Mina pada hari raya korban yang kerap menelan korban ini dipercaya sebagai perintah Allah SWT menirukan teknik Ibrahim mengusir setan. Ada yg mengusulkan teknik Ibrahim ini ditiadakan saja, atau setidaknya ke-afdol-an waktu-lempar-nya yg ditiadakan atau diperbesar toleransi-nya agar keharusan tamu Allah SWT melakukan teknik itu lebih longgar dan tidak perlu tergesa oleh presisi waktu hingga massa yang kuat rela berdesakan demi ke-afdol-an lempar jumrah.

      Kami turut berduka bagi keluarga
      Atas meninggal-nya 700-an jiwa
      Dan bagi mereka yang luka-luka.

      Salam Damai!

      • Salam Maren Kitatau….

        Kita sepatutnya melihat semua kejadian sebagai takdir Allah SWT agar kita redha dan mengambil hikmah di sebalik setiap kejadian. Tidak ada siapa yang mampu menahan kedatangan maut apabila ajalnya sudah ditentukan Allah.

        Baik kejadian di Masjidil Haram dan Mina, semua itu satu cara dari banyak cara yang Allah lakukan untuk menguji manusia. Hanya manusia yang terbuka hati dan mindanya dapat menerima ini sebagai takdir bukan sebaliknya.

        Kami juga turut berdukacita atas kejadian yang menimpa para jemaah haji dari pelbagai negera yang terlibat. Semoga roh mereka dimuliakan di sisi-NYA serta mendapat haji mabrur. Aamiin.

        Terima kasih mas Maren atas kongsian dan salam takzim.

    • Aamiin Ya Rabb. Antara syahid akhirat adalah apabila seorang muslim mati disebabkan terkena runtuhan bangunan. Mudahan para tetamu Allah yang pergi takkan kembali mendapat syahid di sisi-NYA.

      Setiap hikmah kejadian pasti ada kebaikan untuk dipelajari agar tidak berulang di masa akan datang.

      Terima kasih mas Alris dan salam takzim.

    • Aamiin Ya Rahmaan Ya Rahiim. Mudahan roh para tetamu yang paling istimewa ini mendapat rahmat dari-NYA. Setiap kematian yang hadir dalam lingkaran hidup kita memberi khabar untuk kita bersedia pula menunggu giliran kita, ya kak.

      Kak Paridah, saya sudah beberapa kali berkomentar di blog akak tetapi tidak berjaya. Mohon maaf mungkin ada masalah untuk wordpress mengisi komentar di blogspot agaknya.

      Terima kasih kak dan salam manis selalu.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kipss…

      Aamiin Ya Rabb. Apa yang berlaku kepada orang lain mudahan menjadi pengajaran juga buat kita untuk tabah dalam apa juga ujian dari Allah SWT.

      Terima kasih Kipss dan salam sejahtera.

    • Aamiin Allahumma Aamiin. Iya, begitulah harapan dan doa kita semua. Agar kepergian mereka selalu dalam redha Allah atas musibah yang menimpanya.

      Terima kasih Aiharun dan semoga sihat di Jepun bersama keluarga. 🙂

  2. assalamu’alaikum wr.wb…
    .
    Salam hangat dari Sintang..
    Apa kabar Mbak Siti..? Semoga sehat dan sukses selalu. Lama tidak saling bertegur sapa meski hanya lewat media maya sahaja, kesibukan di dunia nyata kadang memaksa utk sejenak berhenti dari aktifitas dunia maya yang semakin tanpa batas ini. Dan tentu kita tak pernah bermimpi sebelumnya bahwa akan hidup pada jaman di mana segala informasi, berita, dapat diakses dengan alat kecil dalam genggaman tangan. Patutlah kita bersyukur akan kemudahan teknologi yang dapat kita rasakan manfaatnya ini, jika tidak karena kemajuan teknologi informasi tentunya kita belum tentu dapat saling tahu kabar kita yang berada di satu pulau namun beda negara ini.
    .
    Demikian pun musibah para jamaah haji kita di Tanah Suci yang beberapa waktu lalu menjadi korban robohnya crane di Masjidil Haram.. kemudian di susul tewasnya ratusan jemaah di Mina. Rasa prihatin dan duka mendalam utk mereka para tamu Allah yang menjadi korban pada tragedi tsb, Semoga arwah mereka dimulyakan oleh Allah Swt dan menjadi haji mabrur sebgaimana niat tulus menunaikan ibadah haji yang telah dipatrikan sejak lama.
    .
    Setiap yang bernyawa pastilah akan merasakan kematian. Tak ada satupun makhluk bernyawa yang dapat bersembunyi atau lari darinya. Terlepas dari itu semua, sangat disayangkan jika tragedi di Tanah Suci yang merenggut banyak korban jiwa para jamaah haji itu banyak dijadikan alasan saling menuding dan saling menyalahkan oleh pihak – pihak tertentu. Semoga kita semua terjaga dan dijauhkan dari sikap dan sifat yang tidak terpuji, fitnah dan cela mencela.
    .
    Di balik setiap peristiwa pastilah ada hikmah yang dikandung di dalamnya. Setidaknya ini bisa menjadi pelajaran berharga bahwa maut akan datang menjemput kapan pun tanpa kita duga sebelumnya. Kita memang tidak pernah tahu apa yang telah dituliskan oleh Allah untuk kita esok, namun setidaknya kita senantiasa menjaga semangat agar tetap memiliki niat baik dalam hidup. ‘isy kaariiman au mut syahiidaan.’

    Semoga kita tetap terjaga agar tetap berada di jalan yang diridhoi oleh -Nya. Aamiin.
    .
    Salam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Zainal….

      Alhamdulillah, saya sihat dan didoakan mas Zainal juga keluarga di sana dalam kondisi yang sama dan diberkahi Ilahi dengan rezeki yang luas. Aamiin.

      Iya benar sekali kenyatan mas Zainal di atas. Setiap yang berlaku dari musibah yang menimpa seharusnya diterima dengan pasrah dan redha kerana dari Allah kita datang dan kepada Allah kita pulang.

      Tidak ada yang perlu dipertikaikan kenapa umat Islam dan Kerajaan Arab Saudi menerima musibah ini. Semuanya ditakdirkan Allah pada waktu dan kejadiannya sejak di laoh mahfuz lagi.

      Ini namanya takdir mubram. Yang tidak dapat dihindar dan sudah ditetapkan tanpa sesiapa yang mampu menghalanginya seperti hujan ribut, ribut pasir dan kejatuhan kren yang kedua terbesar di dunia itu. Tidak ada sesiapa yang tahu bahawa kren yang kukuh itu boleh jatuh seperti sehelai kertas.

      Mudahan kita mengambil iktibar dan hikmah di sebalik semuanya dan tidak menyalahi sesiapa atas kejadian yang telah berlaku. Terima kasih mas zainal sudah kembali berkunjung dan berkongsi informasi berbobot di sini. Mudahan kita selalu dilindungi Allah dan dimatikan dalam keadaan muslim dan beriman.

      Salam takzim.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.