CT265. BUKA PUASA RASULULLAH SAW vs BUKA PUASA KITA

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

PuasaFatima1BukaRasulullah

*

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Sudah beberapa hari kita menunaikan ibadah puasa. Tentu banyak pengalaman menarik yang kita lihat di sekeliling tentang sesiapa sahaja yang menjalani ibadah puasa sehingga hari ini.

Bagi mereka yang sudah biasa melakukan amalan berpuasa sebelum tibanya Ramadhan seperti puasa sunat Isnin dan Khamis, Puasa Nabi Daud dan sebagainya, tentu tidak merasa sukar untuk berpuasa Ramadhan.

Berbanding mereka yang tidak pernah berpuasa sebelum Ramadhan tiba atau jarang berpuasa atau baru hendak mula belajar berpuasa, pasti menemui beberapa cabaran yang mungkin baginya berat untuk dilaksanakan.

Hendak tak hendak, wajib juga melakukannya atas sebab tuntutan agama. Jika bukan kerana itu, sudah pasti puasa akan diabaikan dalam kamus hidupnya. Kita perlu faham, antara tujuan berpuasa adalah untuk merasakan kesukaran yang dilalui fakir miskin yang benar-benar kekurangan makanan.

Salah satu amalan yang menarik perhatian saya untuk dibincang dan dikongsikan bersama tentang puasa di bulan Ramadhan ialah

BEZANYA CARA BERBUKA PUASA RASULULLAH SAW DENGAN CARA KITA BERBUKA PUASA

*

AMALAN DAN NASIHAT RASULULLAH SAW

Sebelum saya mengajak anda melihat (dengan mata dan hati) bagaimana CARA KITA BERBUKA PUASA pada hari (zaman) ini, marilah kita lihat dahulu CARA RASULULLAH SAW BERBUKA PUASA. Mudahan kita dapat mengambil pengajaran darinya.

Daripada Anas RA berkata, “Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji rutab (kurma basah) SEBELUM SOLAT (MAGHRIB). Jika tiada rutab Baginda berbuka dengan tamar (kurma kering), dan sekiranya tiada tamar, baginda akan berbuka dengan air.” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi. Menurut Tirmidzi hadis ini adalah hadis hasan]

*

Saya mengambil satu lagi hadis no. 198, halaman 384 dalam bab yang membicarakan KITAB PUASA dari buku IBANAH AL-AHKAM SYARAH BULUGH AL-MARAM SUBULUS SALAM, Jilid 2, terbitan Al-Hidayah (2010).

Daripada Sulaiman bin “Amir al-Dhabbi r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika seseorang di antara kamu BERBUKA, maka hendaklah dia BERBUKA dengan MEMAKAN BUAH KURMA dan jika tidak memilikinya (buah kurma), maka hendaklah BERBUKA dengan MEMINUM AIR kerana sesungguhnya air itu menyucikan.”

(Hadis di atas, diriwayatkan oleh al-Khamsah dan dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan al-Hakim)

*

PENJELASAN HADIS

Kedua-dua hadis hasan dan sahih di atas menjelaskan amalan berbuka puasa Rasulullah SAW adalah dengan mengambil buah kurma terlebih dahulu ATAU air (zam-zam atau air putih). Kemudian barulah Rasulullah SAW menunaikan solat Maghrib. Ini bermaksud Rasulullah SAW belum lagi DIHIDANGKAN dengan makanan.

Jika makanan telah dihidangkan, maka hendaklah kita segera makan. Ini dilakukan supaya terjamin tumpuan ketika sedang menunaikan solat.  Namun perlu diingat, makanlah sekadar beberapa suap untuk memberi tenaga. Rasulullah SAW menyarankan  dengan bersabda,

“Apabila dihidangkan makanan maka mulailah dengannya (makanan itu) sebelum kamu solat Maghrib dan janganlah kamu tergopoh-gapah ketika makan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)  

Allahu Akbar, betapa sayangnya Rasulullah SAW kepada kita sehingga memberi nasihat dan bimbingan demi menjaga kesihatan dan keuntungan kita di dunia dan di akhirat. Rasulullah SAW menyarankan kita untuk MEMAKAN BUAH KURMA dan MEMINUM AIR ketika BERBUKA PUASA.

*

KHASIAT BUAH KURMA

Memberi sesuatu yang manis pada tubuh dalam keadaan perut kosong LEBIH MUDAH DIHADAM dan dapat memberikan kekuatan terutama pada PENGLIHATAN MATA yang lemah akibat berpuasa.

Buah kurma mempunyai khasiat tersendiri antaranya merupakan makanan paling cepat diproses sebagai bekalan tenaga, membantu memanaskan badan, membuat otak cerdas dan tubuh cergas. Oleh sebab itu, ia sangat sesuai untuk perut kosong, memberi tenaga dan menyegarkan penghadaman.

*

PuasaFatima2Kurma1

*

PuasaFatima3Kurma2

*

KELEBIHAN AIR ZAM-ZAM

Jika buah kurma tidak dapat diperolehi, maka berbukalah dengan MEMINUM AIR (putih). Meminum air ketika berbuka dapat MENYEJUKKAN HATI agar kembali segar. Air mempunyai daya pembersih yang kuat dan menyucikan.

Air putih mempunyai khasiat yang tinggi sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia. Namun begitu, jika anda mempunyai air Zam-Zam, maka minumlah dengan air zam-zam. Air zam-zam mempunyai khasiat yang sudah diketahui ramai, antaranya;

Nabi saw bersabda: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.

*

Nabi saw bersabda: “Air zam-zam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.

(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

 *

Doa-minum-air-zamzam

*

BUKA PUASA CARA KITA

Berdasarkan sedikit maklumat tentang CARA BERBUKA RASULULLAH SAW di atas, saya yakin kita dapat merasai jauhnya perbezaan dengan CARA BERBUKA KITA pada hari ini. Lebih bersifat MEMBAZIR dan banyak terbuang begitu sahaja.

Hal ini menjadi perhatian dan renungan saya sejak kecil apabila pengalaman dalam keluarga sendiri memperlihatkan kemewahan “yang melampau” saat berbuka puasa. Ini berlaku bukan sahaja dulu tetapi masih sekarang.

Saya tidak mengambil contoh orang lain tetapi merujuk kepada keluarga sendiri. Mungkin pengalaman kita berbeza tetapi cara melakukannya tetap sama. Pengalaman saya merupakan secebis dari CARA KITA BERBUKA PUASA.

*

Ini cerita saya masih kecil, tetapi masih berlaku juga sampai sekarang. Semuanya berlaku, apabila ada Emak. Sebelum masuk waktu berbuka puasa, Emak dengan mewahnya menghidangkan kami sekeluarga (10 orang) dengan minuman yang pelbagai jenis dan perisa.

Ditambah lagi dengan aneka hidangan berbentuk kuih muih dan lauk pauk. Semuanya mengikut selera masing-masing. Meja makan dipenuhi dengan minuman dan makanan yang beraneka warna.

Tidak sabar kami (anak-anak) menanti waktu berbuka sambil mata merenung dalam segala hidangan seperti hendak menelan seluruhnya dengan perut yang kelaparan. Saat berbuka pula, minuman menjadi tumpuan utama sehingga kenyang dengan minum sahaja.

Makanan belum lagi disentuh. Jika menyantap makanan, hanya beberapa suap sahaja yang masuk ke dalam perut. Ini disebabkan sudah mula rasa hendak muntah akibat kekenyangan.

Akhirnya tersandar tidak bermaya, malas hendak bergerak dan pergi solat. Makanan masih banyak berlebihan dan tidak pernah habis. Akibatnya, makanan itu dibuang begitu sahaja. Astaghfirullah.

*

adab berbuka puasa

*

APA KATA RASULULLAH SAW

Mengenai jumlah makanan yang perlu dimakan oleh seseorang, Baginda SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidaklah anak Adam itu mengisi satu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Sudah cukuplah bagi anak Adam itu dengan beberapa suap (makanan) yang dapat meluruskan tulang belakangnya (sekadar memberi tenaga), jika tidak boleh, maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk pernafasan.” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi. Kata al-Tirmizi: hadis hasan sahih)

*

IKTIBAR DAN PENGAJARAN

Apabila mengingatkan suasana makan berbuka puasa dalam keluarga saya di kampung, sungguh menginsafkan. Saya rasa malu dengan Rasulullah SAW yang hidup miskin namun masih mengutamakan kesihatan. Saya mengambil banyak iktibar dan pengajaran dari PEMBAZIRAN yang dilakukan.

Untuk keluarga kecil saya sendiri (6 orang), saya cuba sedaya upaya untuk menyediakan menu yang sedikit dan habis untuk dimakan pada hari itu sahaja. SPH selalu mengingatkan tentang buruknya amalan membazir ini. Buah kurma dan air zam-zam menjadi menu utama waktu berbuka dan bersahur.

Saya tidak pernah membeli makanan di Bazaar Ramadhan. Saya lebih senang memasak sendiri, walaupun penat pulang dari kerja dan sampai ke rumah jam 5.15 petang. Memasak sendiri dapat mengawal kualiti dan kuantiti makanan yang kita sediakan. Lebih utamanya adalah “air tangan” kita buat keluarga. Pasti ummmph, walau hanya telur goreng. Kerana apa ? kerana ada DOA bersama makanan tersebut. 🙂

Untuk sahur, saya menyediakan sedikit makanan yang berbentuk roti, sanwich atau baki dari makanan berbuka yang disimpan sedikit untuk sahur. Kebiasaannya makanan sahur tidak banyak kerana anak-anak tidak suka makan nasi semasa sahur.

Minuman panas menjadi kemestian. SPH memilih kopi. Manakala saya minum milo yang suam-suam kuku dicampur dengan serbuk OatBarley sebagai bekalan sepanjang puasa. Anak-anak suka minum air “buang panas” atau Laici Kang. Akhir sekali, saya mengambil buah kurma dan air zam-zam sebagai makanan terakhir sebelum masuk waktu imsak.

Mudahan kita mengambil kebaikan dari CARA RASULULLAH SAW BERBUKA PUASA. Cubalah elakkan diri dari membazir dan berlebih-lebih dalam berbuka. Cukuplah makan sekadar memberi tenaga untuk melaksanakan ibadah di malam Ramadhan.

Berpuasa bukan untuk memuaskan nafsu tetapi untuk menjadi TERAPI tubuh dan minda agar kita lebih cergas dan cerdas. Badan yang sihat dapat membentuk minda yang kuat.

*

Kartu Ucapan Selamat Berbuka Puasa 2014

*

***************

SalamFatima3SalamFatima9 Julai 2014 (Rabu)/ 11 Ramadhan 1435H/10.39 malam Sarikei, Sarawak

AKU…. bahagia kerana mempunyai cinta yang luhur. Dengan cinta itu, aku sebarkan kasih sayang kepada dunia. Dunia yang tidak dilumuri cinta akan menjadi busuk kerana dipenuhi bangkai hasad manusia yang keji. Basahi jiwamu dengan zikrullah yang tidak pernah luntur segarnya agar berkembang mekar di jagat raya. Jadikan cinta yang wujud di hatimu untuk mendamaikan dunia dan penghuninya.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Dedikasiku Untukmu… Senyumlah seindah pelangi kerana senyumanmu walau jauh dari pandangan mataku tetap indah di mata hatiku. Wassalam. 🙂

*

RinduFatimaa3untukmu

*

SETIAP HARI ADALAH RINDU

*

27 thoughts on “CT265. BUKA PUASA RASULULLAH SAW vs BUKA PUASA KITA

  1. Assalamualaikum bunda Fatimah,
    Puasa untuk melatih, menghistirahatkan tubuh yang sudah bekerja selama 11 bulan ya Bund, dengan puasa fisik sehat jiwa juga tenang 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….

      Begitulah fungsi berpuasa yang dianjurkan oleh Islam untuk maslahat tubuh yang sudah keras bekerja sepanjang tahun. Namun, sifat membazir tetap berleluasa terutama di bulan Ramadhan dengan hidangan yang berlebihan semasa berbuka puasa. Di sinilah, gagalnya kita mengekang nafsu dan gagal juga mengambil iktibar dari kehidupan orag miskin.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam manis selalu. 🙂

  2. Assalamualaikum wr. wb.
    Senang sekali membaca tulisan yang penuh manfaat ini. Terimakasih pencerahannya..
    Benar sekali Ibu, bulan Ramadhan harusnya bulan di mana kita menjaga hawa nafsu… tapi kebanyakan kita justru tidak bisa menjaga nafsu makannya ketika berbuka puasa… Padahal, saat berbuka puasa itulah indikator berhasil atau tidaknya puasa kita. Bila kita masih tidak bisa menjaga hawa nafsu, berarti puasa kita belum menemui hasil..
    Salam hangat dari Banjarmasin. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Zian…

      Alhamdulillah, mudahan bermanfaat untuk menambah ilmu.
      Saya setuju, kejayaan bagi kemuncak puasa kita sepanjang hari adalah terletak pada waktu berbukanya.

      Tujuan puasa adalah untuk mendidik dan mengekang nafsu. Maka seharusnya, waktu berbuka kita tidak mengikut nafsu tetapi sebaliknya berlaku di mana kita tidak dapat mengawal nafsu makan. Akibatnya penyakit lain yang muncul.

      Melalui cara berbuka Rasulullah, kita sepatutnya faham bagaimana Rasulullah SAW mengajar umatnya menjaga kesihatan.

      Terima kasih atas kunjungan Zian, semoga terus sukses dan salam Ramadhan. 🙂

  3. Assalamu’alaikum wr.wb.
    Berpuasa itu artinya menahan diri: dari makan dan minum serta berhubungan suami istri di siang hari. Ketika boleh makan dan minum saat berbuka dan sahur, hendaknya juga tetap bisa menahan diri untuk tidak makan dan minum yang berlebihan. Secukupnya saja. Puasa tidak sekadar membalik makan makan siang menjadi malam. Selamat berpuasa ya, Mbak. Salam hormat dari Jogja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Mudahan kita dapat memahami erti puasa sebenar agar tidak berlebih-lebihan sehingga menjadikan ibadah puasa sesuatu yang dianggap menyukarkan.

      Memang benar, kebanyakan orang seakan membalikkan makan siang menjadi makan malam. Oleh itu, mereka akan makan secara lahap, seolah-olah sangat lama tidak makan sedangkan hanya dalam tempoh hampir 9 jam sahaja.

      Terima kasih atas kunjungan dan kongsian yang bermanfaat buat semua. Selamat menjalani ibadah puasa, mas Amazzet.

      Salam hormat takzim. 🙂

  4. Assalamu’alaikum Wb.Wb., Mbak Fatimah

    Alkhamdulillah,
    Setiap hari ada pengajian di masjid menjelang Berbuka Puasa dan selalu disediakan kurma kering untuk berbuka. Jadi setidaknya berusaha untuk mengikuti apa yang telah Rasul Muhammad lakukan….bahagia sekali…:)

    Salam
    Yuni Andriyani

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Yuni…

      Alhamdulillah, apabila sunnah Nabi menjadi ikutan dan amalan kita seharian, kita dapat merasai cara hidup Rasulullah SAW dalam kehidupan kita. Kita jadi sangat dekat dengan baginda, bahagia sekali. 🙂

      Salam manis dan terima kasih atas kunjungan. 🙂

  5. Tulisannya berguna sekali mbak Siti, terima kasih banyak 🙂

    Kalau belum bisa makan kurma bagaimana mbak? terlalu manis rasanya di lidah, di sini ada kurma olahan, ada juga di toko buah kurma segar, bisa didapat kapan saja, nggak hanya di bulan puasa Ramadhan.

    • Alhamdulillah, semoga bermanfaat mbak Ely. 🙂

      Memang ramai yang kurang makan kurma ini disebabkan manisnya. Boleh dicuba untuk mencampurkan kurma tersebut ke dalam air putih begitu sahaja atau digoreng tepung menjadi cucur mbak. Biasanya di Malaysia ramai yang membuat goreng kurma seperti goreng pisang.

      Untungnya mbak di sana, dapat merasa kurma segar bila-bila masa. Di sini, tidak ada, mbak. Masih terasa saya kurma segar dilidah bila mengingatkan tentangnya. Ada yang manis, ada yang kelat manis.

      Kurma segar juga boleh dijadikan makanan berbuka puasa dan masih sama manfaatnya seperti sabda Rasulullah di atas. Silakan, mbak. 🙂

      Terima kasih mbak Ely atas kunjungan dan salam semanis kurma. 🙂

      .

  6. Assalamualiakum wr wb
    Bunda Fatimah..

    Alhamdulillah berbuka puasa dengan menyantap kurma memang sudah merupakan kebiasaan di keluarga saya…sejak kecil dulu kedua orang tua selalu menyediakan untuk anak anaknya…. 🙂

    dan untuk jenisnya saya lebih suka dengan jenis majhool… 🙂
    SALAM DAN SELAMAT BERPUASA BUND… 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr….

      Alhamdulillah, mudahan sunnah ini akan terus dilanjutkan hingga
      generasi keluarga Purnomo Jr seterusnya agar sunnah Rasulullah
      SAW terjaga. Untung ibu bapa yang sudah membaisakan anak-anaknya buah kurma. 🙂

      Di sini, jualan kurma tidak dengan timbangan kerana itu kurang diketahui jenis kurma yang dibeli. Semuanya dalam kotak atau sudah siap dibungkus.

      Kalau saya suka memilih bungkusan kotak kurma tanpa tangkai (kering) dari syarikat Yusuf Taiyyob yang berjenama Wassem. Buah kurmanya manis dan rangup.

      Biasanya kalau kurma warna kuning memang rangup. Itu pengalaman saya memakan kurma kuning segar semasa di Tanah Suci.

      Terima kasih Purnomo Jr atas kunjungan dan kongsiannya.
      Salam sejahtera. 🙂

  7. Assalamu’alaikum Wb.Wb

    Alhamdulilah, puasa tahun ini selalu sedia kurma untuk berbuka puasa…Rasanya memang luar biasa nikmat, baru makan 2 biji saja sudah lenyap rasa haus dan laparnya 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb KF….

      Alhamdulillah, demikianlah manfaat buah kurma yang baik untuk kesihatan. Seeloknya amalkan makan kurma setiap hari 7 biji.
      Jangan hanya di bulan Ramadhan sahaja.

      Terima kasih untuk kongsiannya dan salam ceria selalu. 🙂

  8. Assalamua’laikum wr wb … bu Siti ,,, saya mampir lagi nih 🙂
    Kata teman yang seorang dokter ahli penyakit paru-paru berpesan, berbuka puasa paling baik adalah minum air putih bersama kurma, (persis uraianmu diatas)
    .
    Kenapa..? Karena tenggorokan kita setelah seharian menahan haus dan lapar telah kering, sehingga kalau pertama berbuka dibasahi dengan air es akan terjadi iritasi. Yang pada akhirnya menimbulkan infeksi disekitar kerongkongan yang terasa rasa sakit waktu menelan makanan dan minuman.

    Subhanallah …

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman Jaya….

      Iya, para doktor sudah mengesahkan secara saintifik tentan khasiat buah kurma dan air putih sejak dulu lagi. Malah, umum (umat Islam) mengetahuinya melalui apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW lebih awal dari para doktor…. hebatnya Islam.

      Terima kasih Soeman atas penjelasan dan konsian di atas. Sangat bermanfaat untuk pengetahuan semua yang membaca. Mudahan kita akan selalu mengamalkannya untuk kebaikan kesihatan secara berterusan.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam sejahtera. 🙂

  9. Assalamualaikum bunda Fatimah, Salam kenal saya Tanty dari Kudus, Jawa Tengah. Bisa belajar banyak pengetahuan Islami terutama puasa yang baik untuk kesehatan manusia.

    • Wa’alaikum salam wr.wb, Tanty….

      Alhamdulillah, mudahan bermanfaat dan dapat memberi pencerahan.
      Senang menerima kunjungan juga salam kenal dari Tanty.

      Terima kasih dan salam Ramadhan. 🙂

  10. Assalamu’alaikum Bunda Siti, apakabarnya? semoga kabarbaik selalu menyertai. Lama tidak berkunjung kesini.:)

    Menyegerakan berbuka sudah pasti, biasanya saya tajil minum air putih dulu, minum sirup atau es campur, shalat magrib, baru makan. Masih jauh dari yang dicontohkan Rasululullah Muhammad SAW, tapi Insya Allah akan selalu mencoba untuk meniru beliau.
    Terima kasih telah berbagi.

    Salam hangat & selamat menunaikan Ibadah Ramadhan 1435 H.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Dedekusn….

      Senang menerima kunjungan dari nanda Dedekusn kembali. Alhamdulillah, Bunda baik dan sihat. Didoakan nanda juga siihat dalam rahmat Allah SWT di san bersama keluarga.

      Alhamdulillah, mengamalkan sunnah Rasulullah SAW memerlukan kesabaran dan keinginan yang kuat. Sekurangnya sedikit dari sunnah Rasulullah sudah menjadi amalan nanda Dedekusn. Semoga dipermudahkan Allah SWT untuk meneruskannya lagi di masa depan.

      Selamat menunaikan ibadah puasa dan salam hangat kembali. 🙂

  11. Posting yang bermanfaat. Kadang saya pada waktu buka makan buah kurma plus teh hangat, dilanjutkan dengan sholat Maghrib. Namun jika keadan sangat lapar, maka sholat saya tunda dulu setelah makan hehee….Salam

    • Alhamdulillah, kalau buah kurmanya tidak ada, sekurangnya minum air putih, mas Anton agar sunnah Rasulullah SAW tetap terjaga.

      Jika perut lapar, dan makanan sudah dihidangkan, sebaiknya makan dahulu agar hati tenang semasa mendirikan solat. Jika tidak, bimbang akan terbayang makanan di tikar sejadah, solatnya jadi tidak khusyuk pula. 🙂

      Terima kasih atas kunjungan mas Anton dan salam hormat. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra Kesuma….

      Ahamdulillah, mudahan sunnah Rasulullah SAW selalu menjadi amalan kita hingga akhir hayat dan disambung pula oleh generasi kita seterusnya.

      Terima kasih mas Indra dan salam hormat. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.