CT270. SALAM SYAWAL TERINDAH UNTUKMU

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Raya2014Fatima1SalamSyawalTerindahUntukmu

*

SALAM SYAWAL TERINDAH UNTUKMU…. setelah menempuh segala cabaran puasa yang mengajar kita erti ketabahan jiwa, kesabaran hati dan keteguhan tekad.

30 hari tidak lama berbanding 330 hari kita menghidang perut dengan pelbagai santapan yang boleh menyakitkan jiwa dan rohani. Hingga ada di kalangan kita terdampar di rumah sakit kerana terlalu kenyang. 30 hari tidak lama, kini kian menghampiri kemuncak. Kian terasa kehilangannya.

Apakah kita membaca al-Quran, solat sunat Terawih, memperbanyakkan solat sunat dan berqiyamulail selama Ramadhan berlangsung dalam hidup kita tahun ini?

Jawablah dengan jujur hati sendiri dan kesali jika kita meninggalkannya keran belum tentu kita akan bertemu Ramadhan seterusnya.

*

Mungkinkah kita sudah mula menyedari kepahitan hidup yang dilalui oleh si fakir atau si miskin yang hidupnya ibarat “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.” Rindukan kita nanti setelah pemergiannya atau gembira tidak terkira kerana tidak perlu lagi berlapar dahaga ?

Semoga setiap perlakuan puasa dan segala amal ibadah di bulan Ramadhan, dapat mengubah persepsi kita terhadap kehidupan ukhrawi yang bakal ditempuh tidak lama lagi di kemudian hari, yang tidak diketahui tarikh, saat dan tempatnya. Sudah bersediakah kita ? Sedangkan masa berlalu sangat pantas.

Oleh itu, sempena menjelmanya HARI KEMENANGAN yang bakal tiba, marilah kita menuju fitrah dengan mensucikan lahir dan bathin dari jelaga rasa yang selama ini memenuhi kolam minda.

*

DENGAN SETULUS HATI DAN IKHLAS, DIUCAPKAN

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATHIN BERSAMA UCAPAN PENGGANTI DIRI…..

 *

Raya2014Fatima2MaafDariku

*

Raya2014Fatima3KadUntukmu

*

Raya2014Fatima4SalamFatima

*

SALAM SYAWAL…..

Dari jauh ku pohon maaf, andai hatimu terguris duka.
Hanya doa dari jauh ku sampaikan untuk kasih yang tidak pernah berpaling. Di situ ada hatiku…..

TERINDAH UNTUKMU

*

siti fatimah ahmad
26 ramadhan 1435h / 24 julai 2014 – khamis
10.00 malam, sarikei, sarawak

 

eid-29

 

***************

SalamFatima3SalamFatima24 Julai 2014 (Khamis)/  26 Ramadhan 1435H/ 10.20 malam, Sarikei, Sarawak

AKU….. bersyukur kerana masih dihidupkan sehingga saat ini. Aku mengerti hidup adalah proses panjang bagi mencapai keletihan yang melelahkan. Setiap dari kita merupakan arkitek yang membentuk kehidupannya sendiri. Jika kita inginkan kebahagiaan, kita akan merencana banyak aktiviti yang menghasilkan kejayaan dan membuat kita tersenyum sepanjang zaman. Hidup terlalu pendek untuk kenangan yang menyedihkan. Bangkitlah dalam hidup yang penuh dengan harapan.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu… Gemersik takbir mengundang hiba. Salam diutus tanda ingatan. Syawal dinanti menjelang tiba. Salam diutus pohon kemaafan. Maaf zahir dan batin. Selalu ada doa untukmu di hari yang mulia ini. Wassalaam. 🙂

*

Gema takbir raya oleh Sheikh Ali Ahmad Mulla, Ketua Bilal dan Bilal Besar dari Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah

*

Alunan Takbir Raya Malaysia diselit foto masjid-masjid tercantik yang dibangunkan di negeri-negeri dalam negara Malaysia

*

GEMA TAKBIR MENGIRINGI KERINDUAN PADAMU

*

25 thoughts on “CT270. SALAM SYAWAL TERINDAH UNTUKMU

  1. Assalamualaikum bunda Fatimah,
    salam syawal terindah juga dari saya,
    Mohon di Maafkan juga kalau ada kata yang tak berkenan di hati,
    Semoga kita semua kembali ke Fitrah di Syawal nanti, inshaa Allah.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Mudahan kita mencapai redha dan keampunan-NYA hasil dari ibadah sepanjang Ramadhan yang baru ditinggal pergi.

      Terima kasih, mbak atas kunjungan di ambang Syawal yang indah. Didoakan mbak Ysalma sekeluarga dirahmati Allah SWT.

      Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Bathin. 🙂

    • Aamiin Allahumma Aamiin.
      Mudahan kita menjadi lebih baik dari semalam, ya mbak Anis.

      Terima kasih kunjungan di permulaan gerbang Aidil Fitri yang mulia. Didoakan mbak Anis diberkahi Allah SWT dengan kegembiraan bersama keluarga di hari raya ini.

      Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Bathin. 🙂

  2. Assalamualaikum ukhti Fatimah,
    tak terasa Ramadhan sudah mulai berkemas akan meninggalkan kita,
    sedangkan syawal sudah mulai menghampiri di ambang pintu,
    walau riang menyambut syawal, namun berat hati melepas kepergian Ramadhan,
    dalam kesempatan ini, isinkan saya memohon maaf bila ada salah dan khilaf kata selama nge-blog, mohon dimaafkan lahir dan batin,…
    selamat menyambut hari raya Idhul Fitri..
    keep happy blogging always…salam dari Makassar, Indonesia 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Hariyanto…

      Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Bathin atas segala silap salah sepanjang bersilaturahmi ke blog mas Hariyanto. Mudahan semuanya baik dan diberkati Allah SWT.

      Terima kasih atas kunjungan ke LMGS G2 yang lalu, maaf baru kini dapat membalas komentarnya.

      Salam Syawal dan salam takzim. 🙂

  3. Assalamualaikum wr.wb….mbak Siti..

    ramadan hampir usai, keriangan menyambut datangnya syawal yang menyongsong.semoga semangat ramadan selalu ada di hati, terus bersama kita untuk sebelas bulan selanjutnya..

    di hari yang telah lalu saya yakin tergores sebait kata yang menoreh luka, dan meminta maaf adalah pilihan..
    Mari lengkapi kemenangan dengan saling memaafkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon keikhlasan untuk memaafkan atas segala kesalahan..yang pernah saya lakukan..

    Salam sejahtera dari Sintang..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Zainal….

      Alhamdulillah, Ramadhan sudah ditinggalkan bersama hadirnya Syawal hari kemenangan. Mudahan apa yang telah dilalui menjadi semangat baru untuk meningkatkan sifat kehambaan kita kepada Allah SWT.

      Terima kasih atas ucap selamat dan maaf zahir bathin atas silap salah sepanjang silaturahmi sesama kita.

      Salam sejahtera dan semoga diberkati Allah SWT. 🙂

  4. Tak terasa bulan ramadhan akan pergi meninggalkan kita,,_
    jika terucap kata yang kurang berkenan, tryaz minta maaf kepada akak dan khususnya kepada teman-teman semua,,_

    SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI 1435H

  5. taqabbalallahu minna waminkum, shiyamana wa shiyamakum
    Semoga ramadhana tahun ini kita mendapatkan banyak hal yang jauh lebih baik dalam rangka menuju ridha Alloh Ta’ala.
    Saya mohon maaf sebesar-besarnya jika ada salah kata selama bersilaturahim ke rumah Bunda Fatimah

    • Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Mudahan kebaikan selalu mengiringi kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Alhamdulillah, saling bermaafan menjadikan kehidupan kita tenteram dan tenang begi menyingkir kesilapan dan kesalahan selama bersilaturahmi. Saya juga demikian sama Kang Pakies.

      Salam sejahtera dan takzim. 🙂

  6. Assalamualaikum Wr Wb

    Fajar ramadhan segera menghampiri dunia, selembar sutra menghapus noda, sebening embun penyejuk kalbu, sucikan hati bersihkan jiwa di bulan yang suci. selamat menunaikan ibadah puasa 1434 H semoga amal kita diterima Alllah SWT. Amiiin …

    Mohon Maaf Lahir Batin 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, KF….
      Selamat menyambut Syawal dan maaf, zahir bathin. Semoga dimudahkan segala urusan kehidupan di dunia dan akhirat. Aamiin Allahuma Aamiin.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam ceria di Syawal mulia ini. 🙂

  7. Ufuk Ramadhan mulai memudar, Cahaya Syawal kian memancar, Dosa dan Khilaf saatnya dibakar, Marah dan Dendam saatnya dikubur. Kadang hati berburuk sangka, Langkah membekas lara, Tutur kata tidak terjaga, Tingkah laku membawa luka. Andai tangan tak dapat berjabat, Setidaknya kata masih terucap : “Selamat IDUL FITRI 1435H, Minal Aydin Walfaidzin, Mohon Maaf Lahir dan Batin ya bund 🙂

    • Selamat Menyambut Aidil Fitri, maaf zahir bathin juga buat Purnomo Jr di sana. Mudahan semuanya berjalan baik sepanjang sambutan Syawal dan meriah dengan kunjungan sesama keluarga dan sanak saudara.

      Terima kasih hadir berkunjung di hari mulia walau hanya di maya pada.
      Salam sejahtera dan ceria selalu bersama keluarga. 🙂

    • Begitu juga saya mbak Ely jika terdapat kesilapan kata dan tulisan yang tidak berkenan di hati saat membacanya di blog mbak. Terima kasih menyapa kembali dalam kesibukan berhari raya.

      Salam manis selalu, mbak. 🙂

  8. salam syawal terindah juga dari jhuanita di indonesia

    semoga dihari yang fitri ini, kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.

    Taqobalallahuminna wa minkum Shiyamana wa shiyamakum

    selamat hari raya idul fitri 1435H

    mohon maaf zahir dan bathin.

    • Alhamdulillah wa Syukrulillah. Aamiin.
      Terima kasih atas kunjungan jhuanita kembali menyapa di sini. Senang sekali mendapat kunjungan di Syawal yang mulia. Didoakan jhuanita sihat dan sukses selalu.

      Maaf zahir dan bathin dan salam ceria. 🙂

  9. Assalamu’alaikum wr.wb, mbak Fatimah…

    Mohon maaf lahir bathin mbak. Walau terpisah jarak namun persagabatan kita via blog ini semoga saja tetap terjalin.

    Salam persahabatan dari jauh,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa…

      Terima kasih hadir menyapa kembali di LMGS G2.
      Selamat hari Raya, maaf zahir bathin kembali. Mudahan kebaikan dalam silaturahmi sesama kita diberkati Allah SWT.

      Salam Syawal yang mulia. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.