CT207. PERMATA HATI (1): PETI ADUAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

AduanFatima1PetiAduan

PERMATA HATI – INI KISAHKU DAN ANAK-ANAK

Menghadapi karenah anak-anak yang pelbagai ragam merupakan satu cabaran buat ibu bapa. Saya mempunyai 4 orang anak. Tiga perempuan dan seorang lelaki. Melayan mereka memang tidak menang tangan. Letih amat terasa apabila kenakalan mereka muncul. Rumah menjadi riuh rendah dan perlu ditenangkan dengan bijaksana.

Bayangkan kalau anak ramai. Tentu pening memikirkan segala olah tingkah yang inginkan perhatian. Terutama apabila mereka mengadu bahawa mereka telah dianiaya oleh adik beradiknya. Ketika itu saya seakan menjadi peti aduan di mana segala surat suara dimasukkan dengan aduan-aduan yang kadang kala menyesakkan dada dan kadang kala menghiburkan hati.

Biasanya, ibu menjadi tempat anak mengadu berbanding bapa. Ini disebabkan ibu lebih rapat dengan anak. Anak lebih senang mendatangi ibu untuk sebarang masalah yang hendak diluahkan.

Dalam menangani hal ini, ibu harus banyak berperanan untuk mengendurkan keadaan tegang, meleraikan pemikiran kusut dan menceriakan hati meradang. Ibu harus cepat berfikir secara bijak dan berilmu untuk menyedarkan anak apa yang salah dilakukan.

Jangan lupa kaitkan Cinta Allah, Rasulullah dan Sirah dalam nasihat. Besarkan hati mereka dengan kebaikan yang dibuat. Jangan hina mereka dengan perkataan yang melukakan hati. Kasihanilah mereka yang baru mengenal dunia. Bawakan dialog lucu dan menyenangkan agar suasana menjadi lebih harmoni.

AduanFatima2Fotoanakku

Anak-anakku dari kiri Akram (11 tahun),Β  Iffah (16 ahun), Izzah (15 tahun) dan Ieesyah (8 tahun)

*

DIALOG ADUAN

Beberapa contoh dialog di bawah ini adalah cara saya berkomunikasi dengan anak-anak. Saya harus belajar mengawal emosi saat menghadapi kemarahan anak-anak dan rungutan mereka terutama apabila terjadinya perselisihan faham yang memerlukan saya untuk menyelesaikannya.

Ada ketika, emosi saya tidak terkawal apabila anak-anak tidak mahu beralah dalam usaha mencari jalan penyelesaian. Namun ini cuba dielakkan kerana tidak memberi contoh yang baik kepada anak-anak. Tetapi ada kalanya terbabas juga. Namanya kan ibu, suka mencicit seperti burung. πŸ˜€

*

Aduan 1 . BODOH

“Mama, abang Akram kata Ieesyah bodoh.”, adu Ieesyah. “Ieesyah rasa Ieesyah bodohkah ? tanya saya. “Tidak. Mana ada Ieesyah bodoh.” sangkal Ieesyah. “Kalau begitu, tidak perlu Ieesyah marah pada abang, kerana Ieesyah tahu yang Ieesyah pandai.” balas saya dengan senyum. “Kalau macam itu, abang yang bodoh.’ balas Ieesyah dengan selamba”.Β  Allahu Akbar, geramnya saya mendengar jawaban Ieesyah.

*

Aduan 2. MUKA MACAM CICAK

“Mama, Kak Izzah marahkan Ieesyah, lebih baik tidak ada kakak macam itu, dahlah muka macam CICAK.” adu Ieesyah sambil menangis dan memeluk saya. Saya hanya ketawa. “Kenapa bergaduh dengan kakak dan cakap muka kakak macam CICAK. Tidak baik sayang. Allah marah.” pujuk saya. “Kenapa Kakak marah Ieesyah ?” cungkil saya.

“Kak Izzah tidak mahu kongsi main PS3, dahlah marah macam muka CICAK,” jawab Ieesyah. “oooo… macam tu. Kasihan Kak Izzah, mukanya cantik dikatakan macam CICAK. Kalau begitu, muka Mama pun macam CICAK, sebab kakak macam muka CICAK.” sambung saya sambil buat muka sedih sedangkan dalam hati menahan ketawa. “Mana ada muka Mama macam CICAK. Mama ni tak fahamlah, Tak mahu kawan dengan Mama lagi.” jawab Ieesyah dan berlalu pergi. Saya pula ketawa seorang diri. πŸ˜€

*

Aduan 3. MASUK NERAKA

“Mama, cuba Mama nasihatkan Akram. Suka sangat bangkang cakap Izzah. Geram betul.” adu Izzah. “Apa yang Akram bangkang? tanya saya. “Akram kata Kak Izzah suka marah dia tidak tentu pasal, nanti masuk neraka. Sedangkan Kak Izzah nasihat dia yang betul. Dia yang masuk neraka” balas Izzah geram. Saya menarik nafas panjang untuk mencari helah menyelesaikan masalah.

“Izzah hendak masuk neraka atau syurga ?” tanya saya. “Mestilah Kak Izzah hendak masuk syurga” jelas Izzah. “Kalau macam tu, jangan marah-marah dan senyum selalu. Kalau Izzah senyum, Mama lihat sangat cantik, Allah pun suka. Cuba bercakap lembut dengan adik, tegur elok-elok pasti adik suka. Kalau Mama cakap sambil marah-marah tentu Izzah tak suka, kan” jelas saya untuk menenangkan hati Izzah dan membuka fikirannya.

“Ok, Ma. Tapi Mama mesti janji nasihatkan Akram, jangan buat Kak Izzah marah lagi.” jawab Izzah lalu memeluk dan mencium pipi saya. “Ok, nanti Mama nasihatkan Akram.” jawab saya sambil membalas pelukan dan ciuman Izzah.

*

Aduan 4. TIDAK ADIL

“Mama tidak adil sebab suka sokong Ieesyah.” adu Akram apabila dinasihati agar tidak bergaduh dengan adiknya, Ieesyah. “Kenapa pula kata Mama tak adil ni.” tanya saya. “Kalau adik Ieesyah cakap semua Mama percaya, kalau abang cakap, Mama tak percaya pun. Sedangkan abang mana ada buat seperti yang Ieesyah katakan tadi.” gerutu Akram dengan geram.

Saya sabarkan hati mendengar aduan Akram sambil menarik nafas panjang. Sebuah “tuduhan” yang memang tepat kena batang hidung sendiri. Memang saya selalu menyebelahi Ieesyah dalam banyak hal sebagai cara menenangkan Iessyah. Lagipun Ieesyah masih kecil πŸ˜€

“Bukan Mama hendak menangkan adik. Adikkan masih kecil dan belum sempurna akal. Muhammad kena beralah dengan adik, barulah adik ikut cakap Muhammad.” ujar saya membuat helah bela diri…hehehe.Β  “Abang minta maaf, Ma. Sebab cakap Mama tidak adil.” kata Akram sambil mencium tangan saya. “tak apa, memang Mama tak adil pun. Adikkan masih kecil.Β  jawab saya.

LoveFatima1padamu*

PERKONGSIAN

Begitulah beberapa dialog aduan suara yang saya terima dari anak-anak untuk menyelesaikan masalah mereka. Walaupun hati terasa juga geramnya tetapi harus disabarkan agar tidak berlanjutan kerana anak-anak mahu nasib mereka terbela dan tidak dianiaya.

Saya tidak pernah membina dinding atau jurang antara saya dan anak-anak. Mereka adalah anak-anak dan sahabat saya. Kami sering berbincang dan bergurau senda. Kami sangat rapat dan selalu berkongsi cerita. Kami saling nasihat menasihati, ingat mengingati dan pesan memesan jika berlaku kesilapan. Saya bahagia bersama mereka walaupun kenakalannya membingitkan hati.

Tetapi jika ada masalah berhubung anak-anak yang tidak dapat saya selesaikan, saya akan maklumkan kepada SPH untuk mencari penyelesaian bersama. Berdasarkan maklumat tersebut, SPH akan menasihati mereka dengan cara tersendiri.

Saya yakin, anda juga mempunyai pengalaman yang sama dalam menyelesaikan aduan anak-anak. Mungkin boleh dikongsikan sebagai panduan untuk mendidik anak dengan lebih efektif dan dapat memahami keperluan jiwa mereka. Mendidik anak sejak kecil sangat penting kerana memberi impak yang besar di masa hadapan.

Jika pandai mendidik anak sekarang, masa tua akan lebih bahagia.

****************

SalamFatima3SalamFatima 9 November 2013 (Sabtu)/ 5 Muharram 1434H/ 10.46 malam Sarikei, Sarawak

AKU… senang menanggapi kehidupan yang ada cabaran untuk diredah. Di dalamnya ada harapan yang memungkinkan kejayaan menjadi kenyataan. Tidak akan aku mengalah walau terbentang luas kegagalan yang mengheret segala lelah. Akan ku teruskan langkah yang gemilang untuk menjadi yang terbilang. Tidak akan aku mengalah walau air mata menjadi taruhan. Ya Rabb, restulah seluruh nafas kehidupanku menuju redha-MU. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

DEDIKASIKU UNTUKMU….. Dikenyataan ini, ada hikmah tersirat yang Allah SWT selalu takdirkan buat kita. Redhailah. Semoga ada kebaikannya. Wassalam. πŸ˜€

RinduFatima7Cintamu

DIBAYANGAN HUJAN, ADA SANG PELANGI YANG BAKAL TERSENYUM

*

15 thoughts on “CT207. PERMATA HATI (1): PETI ADUAN

  1. Assalamu ‘alaikum wr. wb. umiku syng
    Alhamdulillah, masih diberi kesempatan tuk menorehkan kata di laman ummi

    afwan, neni bukan meregang masa ke ummi atau merajuk
    hanya beberapa hari ini, neni malas sahaja beradu dunia maya,
    neniiii………………. πŸ™‚
    ada sesuatu yang harus diselesaikan didunia nyata, inipun, harus membatasi bergaul didunia maya, biar fokusnya semakin fokus didunia nyata,

    nenipun kangen dan rindu pada ummi, neni tak pernah merajuk pada ummi
    neni syng dan cinta pada ummi πŸ˜‰

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni anak solehah….

      Alhamdulillah, senang membaca komentar Neni yang sudah lama tidak mengunjungi Umi. Mudahan segala kemalasan yang menyemat di hati akan sirna dengan kemantapan azamnya.

      Mengaji S2 ini harus kuat dan semangat tinggi jika mahu cemerlang dalam viva. Di akhir pengajian S2 akan banyak tugas yang menunggu terutama kerja lapangan dan penyediaan tesisnya.

      Umi doakan Neni berjaya menempuh apa juga tribulasi dlam mencari hakikat kehidupan yang dikaji dalam bidang yang dipilih. Semoga dimudahkan Allah SWT dalam setiap laluan yang ditempuh.

      Salam sayang dan rindu dari Umi dan Umi percaya Neni dapat melakukan yang lebih baik dari yang difikirkan. πŸ˜€

  2. Assalamu’alaikum wr wb, mba Fatimah,

    Membaca posting ini jadi teringat sekian tahun lalu saat anak-anak saya masih kecil. Setiap anak memunyai karakter yg berbeda. Tapi perbedaan ini yang membuat berwarna cara kita menangani masalah-masalah pada setiap anak.

    Kini anak-anak saya sudah besar. Yang pertama, sedang menyusun skripsi. Ia kuliah di jurusan teknik informatika. Yang kedua, kulian di jurusan bahasa Inggris, Ia kuliah sambil bekerja di perusahaan swasta. Yang ketiga, yang paling kecil, sudah di bangku SMA.

    Demikian mba Fat, sekelumit tentang anak-anak saya.

    Salam persahabatn selalu,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa..

      Alhamdulillah, salut dan selamat buat mas Asa dan isteri kerana semua anak-anak sudah berjaya dalam bidang yang diceburi. Inilah nikmat kebahagiaan buat ibu bapa setelah berpenat lelah mendidik, menjaga dan memastikan kehidupan mereka akan bermakna di masa kecil hingga dewasa. Semoga semuanya berjaya di dunia dan akhirat.

      Setiap fasa kehidupan anak-anak memerlukan perhatian khusus ibu bapa dalam menempuhinya kerana onak dan ranjau hidup yang melingkari mereka masa kini amat mencabar berbanding zaman kita dahulu.

      Terima kasih atas perkongsian dan kunjungan mas Titik Asa. Semoga bermanfaat buat yang ,membacanya untuk diambil ibrah bagi menambahbaik pendidikan kepada anak-anak.

      Salam hormat takzim kembali. πŸ˜€

    • Terima kasih Ihdin…

      Satu idea untuk Ihdin memoto dalam bayangan hujan. Pasti menarik dan indah. Salut ya, foto-foto ketikan Ihdin sangat bagus. Teruskan usaha mencapai kepuasan hati dalam bidang yang diminati.

      Salam sejahtera. πŸ˜€

    • Benar, lain anak lain kelakuannya. Semua mahukan perhatian dan memihak kepada apa yang dilakukan. Memang tidak mudah untuk menyelesaikan aduan dalam masa yang singkat, ia memerlukan penelitian dan ilmu agar tidak ada yang rasa dirinya teraniaya.

      Terima kasih mbak Akin. Salam manis selalu. πŸ˜€

  3. Assalamu’alaikum, Mbak Fatimah

    Ini saya Akhmad Muhaimin Azzet, kini hadir dengan blog yang berbeda dari biasanya. Semoga silaturahim terjalin di antara kita.

    Aduan ini terjadi karena betapa orangtua dan anak mempunyai hubungan yang baik. Sungguh sedih jika ada anak tidak mau mengadu atau membangun komunikasi dengan orangtuanya, tapi justru ke orang lain. Iya jika solusi yang diberikan positif, jika negatif kan jadi repot dan menimbulkan persoalan baru.

    Semoga selalu bahagia bersama keluarga ya, Mbak.
    Salam hormat dari Yogyakarta.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Alhamdulillah, mudahan blog barunya bermanfaat untuk semua pembaca yang menyukai tulisan-tulisan rohani dari mas Amazzet.

      Iya, sepatutnya ibu bapalah tempat anak-anak mengadu keran di sini kita akn dapati hubungan yang akrab di dalam keluarga. Mungkin ada ibu bpa yang sibuk tetapi masa berkualiti harus dilakukan untuk berbual dengan anak-anak walau melalui telefon atau jejaring sosial yang memudahkn hubungan dua hala.

      Jika biarkan anak-anak keseorangan dalam dunia ini kerana kitalah mereka hadir dalam hidup kita. Allahu Akbar, terasa nyeri dan ngiris apabila ada ibu bapa yang sanggup mendera dan menganiaya anak sendiri.

      Aamiin Ya Rabb. Terima kasih kunjungan dan doanya. Semog mas Amazzet dan keluarga juga dilimpahi kebahagiaan.

      Salam hormat kembali. πŸ˜€

  4. Akak Siti..
    teringat muka cicak… lia teringat kat saiful apek…
    dulu waktu kuliah di KL… pernah nonton Movie nya… best gilerrr… hehhehe

    membaca cara menasehetai kak siti dengan penuh kata2 yang bermakna tersebut.. dapat dijadikan contoh buat lia yang baru ada 1 … terima kasih kak…

    ohya terima kasih juga untuk header nya..^_^ really appreciated πŸ™‚

    • Masya Allah, Bagus sekali bahasa Melayu Delia…mungkin sudah lama kuliah di KL ya. Semoga pengalaman ini bermanfaat buat Delia untuk berkomunikasi bersama anak-anak Panti.

      Sama-sama kembali, semoga gembira ya.
      Salam manis. πŸ˜€

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.