CT314. KEBUN FATIMA (2): BUNGA KEMBANG PUKUL 8 PAGI

11 Feb

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

KembangFatima1Pukul8Pagi

*

8 PAGI ATAU 10 PAGI ?

Selain menyukai bunga Matahari, saya juga banyak meminati bunga-bunga lain. Lebih mudah lagi semua bunga yang mengeluarkan bunga dan berwarna warni. Antara bunga yang sangat saya sukai dan mudah ditanam adalah BUNGA KEMBANG PUKUL 8 PAGI.

Bagaimana bunga ini mendapat nama BUNGA KEMBANG PUKUL 8 PAGI ? tidak saya ketahui sejarah asalnya. Saya cuba mencari melalui carian googles tetapi kurang maklumat tentangnya. Yang banyak saya perolehi adalah maklumat berkaitan dengan BUNGA KEMBANG PUKUL 10 PAGI atau nama lainnya BUNGA ROS JEPUN.

Saya jadi keliru, yang mana satu nama betul bagi bunga ini. Pukul 8 pagi atau pukul 10 pagi ?

*

Apa yang saya pasti kebanyakan penduduk di Sarawak sejak dahulu lagi hingga sekarang menyebut spesis bunga yang saya postingkan hari ini dengan nama BUNGA KEMBANG PUKUL 8 PAGI. Kedekatan nama bunga ini dengan jam pukul 8 pagi adalah disebabkan bunga ini akan mulai mengeluarkan kembang bunganya pada pukul 8 pagi.

*

HASIL PEMERHATIAN

Saya membuat pemerhatian ke atas bunga kembang pukul 8 pagi. Adakah benar ia kembang pada pukul 8 pagi atau sebaliknya ? Saya mendapat TIGA hasil jawaban. PERTAMA, kembangnya benar-benar berlaku dalam sekitar pukul 8 pagi kala cahaya matahari muncul awal di pagi hari.

KEDUA, sebalinya berlaku apabila matahari masih “tidur” di peraduannya dan belum berhajat untuk menghangatkan bumi Sarikei. Maka, kembang bunga juga turut malas membuang selimutnya sehingga masuk tengah hari barulah ia mengeluarkan senyum pagi yang terlewat… Saya yang menunggu jadi kelat wajah. Resah.😀.

dan hasil pemerhatian KETIGA. Jangan harap hendak melihat bunga kembang pukul 8 pagi akan mengembangkan kelopaknya dari pagi hingga petang apabila hujan menyusun jutaan titisannya membasahi bumi. Tunggulah harapan yang tidak muncul hingga keesokan hari.

 *

MUDAH DITANAM

Bunga kembang pukul 8 pagi ini merupakan bunga yang sangat mudah ditanam. Anda hanya memerlukan keratan batang bunga baru. Lebih elok yang masih belum mengeluarkan bunga kerana  nanti akan berkembang mengeluarkan bunga segar.

Sebenarnya ada risiko yang sedang saya tempuhi tanpa saya sedari sedang menunggu di depan sana sehingga meruntun hati. Nanti akan saya tulis di dalam posting yang lain.

Di dalam posting ini saya lampirkan 31 foto terpilih dari koleksi BUNGA KEMBANG PUKUL 8 PAGI yang saya tanam sejak awal memulai minat menanam bunga ini. Mudahan ia dapat menyemarakkan semangat di hati anda yang turut minat dalam hobi menanam bunga terutama spesis bunga KEMBANG PAGI.

*

KembangFatima31Keratanbunga

*

Kerana saya tidak mempunyai benih pokok bunga kembang Pukul 8 Pagi maka saya terpaksa membeli dari penjual bunga yang sangat banyak di Pasar Sentral Sarikei terutama pada hari minggu.

Untuk foto di atas keratan bunga ini saya beli dengan harga RM2.50. Walaupun mahal namun harus diterima juga kerana itulah modal bunga yang bakal ditanam. Setakat ini saya sudah berbelanja hampir RM50.00 untuk membeli keratan bunga tersebut.

*

CARA MENANAM BUNGA KEMBANG PAGI

KembangFatima2MulaTanam

Keratan bunga kembang pukul 8 pagi yang telah dicucuk tanam di dalam pasu

*

KembangFatima3MulaBunga*

Tidak perlu masa lama untuk dicucuk tanam, keesokan harinya jika pucuknya sudah ada kuncup bunga yang muncul, pasti anda akan tersenyum melihat seri bunga yang berkembang.

*

Untuk anda yang belum tahu cara menanam bunga ini. Hanya perlu potongkan sedikit di hujung batang biar keluar getah dan calitkan pada serbuk penumbuh akar. Akarnya akan cepat muncul. Jika tidak ada serbuk tersebut. Tidak mengapa, bunga masih tetap berkembang.

SAYA NASIHATKAN… jika boleh untuk keratan bunga yang sedia ada jangan lagi dipotong dua. Terus sahaja tanam. Jika dipotong dua akan melambatkan proses perkembangan untuk menghasilkan daun dan bunga baru.

JANGAN IKUT SEPERTI SAYA. Kerana tamak hendak menanam banyak bunga, saya memotong dua keratan bunga sehingga memerlukan masa yang lama bagi bunga tersebut melalui proses pertumbuhan.

Lihat contoh bunga-bunga yang sudah saya kerat dua. kelihatan pendek dan kurang ceria walaupun ia tetap mengeluarkan bunga. Saya tidak akan mengulangi kesilapan seperti ini lagi.

*

KembangFatima30CantikFatima3

Keratan bunga yang saya potong dua tetap mengeluarkan bunga kerana pucuk asalnya sudah berkembang. tetapi mengambil masa lama untuk proses meninggi dan tumbuh subur.

*

KembangFatima6MulaKembang

Bunga sudah mulai merimbun daun

*

KembangFatima4Mulakembang

Keratan yang kian tumbuh subur dan meninggi

*

KembangFatima5KembangBunga1

Alhamdulillah, bunga Kembang Pukul 8 Pagi saya, sudah memperlihatkan warna warni kehidupan yang malar segar dan cantik mekar

*

CARA MEMBAJA

Jika anda ingin melihat bunga kembang Pukul 8 pagi ini semarak mekar dan tahan lama. Beberapa perkara berikut perlu di ambil perhatian.

1. Oleh kerana batang pokok bunga ini jenis lembut, maka jangan diberi baja bunga (warna merah jambu) atau daun (warna hijau) yang mengandungi bahan kimia. Cukup dengan baja “tahi ayam” yang berbentuk tablet. Baja bahan kimia sangat panas dan boleh merosak sistem kesuburan  bunga tersebut.

2. Siram pokok bunga ini dua kali sehari. Sekali di waktu pagi dan sekali di waktu petang. Sambil menyiram itu, maniskan wajah dan bertanya khabarnya. Hahaha… anak saya kata, saya macam orang tidak siuman berbual dan menyanyi di hadapan pokok bunga. Sabaaaar sahajalah.😀

3. Lebih elok siram dengan air basuhan beras kerana petua turun temurun dari datuk moyang kita sudah membuktikan kesuburan yang lebih menyerlah dalam pertumbuhan daun dan bunganya.

4. LAGI PENTING DAN DAHSYAT HASILNYA… sebelum menyiram BACA DULU BASMALAH dan jangan lupa BERBUAL-BUALLAH dengan pokok-pokok bunga sambil menumpahkan kasih sayang dengannya. 

5. JANGAN LUPA…. semua tanaman juga adalah makhluk Allah yang holeh hidup dan mati. Ia “bernyawa”. Boleh mendengar dan memerlukan kasih sayang. Besarkan jiwanya, insya Allah anda akan dapati bunga anda segar bugar dan cantik berseri sehingga membuat sesiapa melihat akan kagum dan tersenyum senang.

*

Silakan menikmati keindahan yang menyerlahkan keanggunan….

BUNGA KEMBANG HATIKU

KembangFatima7KembangCantik1

*

KembangFatima8KembangCantik2

*

*KembangFatima9KembangCantik3

*

KembangFatima10KembangCantik4

*

KembangFatima11KembangCantik5

*

BILA TIBA MASANYA… AKAN MEKAR JUA

KembangFatima12KembangCantik6

*

KembangFatima13KembangCantik7

Dua foto di atas menjelaskan awal penanaman dan hasil yang didambakan. Semekar hatiku, sang pemiliknya.😀

*

KembangFatima14KembangCantik8

*

KembangFatima15KembangCantik9

*

KembangFatima16KembangCantik10

*

KembangFatima17KembangCantik11

*

POTRET INDAH DARI KEBUN FATIMA

Semua 31 keping foto di atas menggunakan kamera DSLR Canon EOS 650D. Hampir semua foto-foto ini saya menggunakan teknik “CLOSE UP” secara makro.  Satu teknik pengambilan foto yang paling saya sukai kerana dapat memuaskan hati saya apabila melihat hasilnya.

 

KembangFatima18CantikPagi1

*

KembangFatima19CantikPagi2

*

KembangFatima20CantikPagi3

*

KembangFatima21CantikPagi4

*

KembangFatima22CantikPagi5

*

KembangFatima23CantikPagi6

*

KembangFatima24CantikPagi7

*

KembangFatima25CantikPagi8

*

KembangFatima26CantikPagi9

*

KembangFatima27CantikPagi10

*

KembangFatima28BungaFatima1

*

KembangFatima29BungaFatima2

Marilah menyerikan halaman rumah kita dengan tanaman pokok dan bunga yang mekar indah agar kita dapat melestarikan alam sekitar yang kian tercemar. Selain itu jiwa kita turut damai dan sentosa saat memandangnya. INGATLAH, bahawa tumbuhan juga berzikir menyebut nama Allah SWT.

*

BUNGA-BUNGA TAMAN HATIKU… SERILAH IA DENGAN SENYUMAN MILIKMU

 

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima10 Febuari 2015 (Rabu)/ 20 Rabi’ul  Akhir 1436H/ 10.55 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. menulis rasa di hati tentang sebuah rindu yang masih terbuku. Lama nian saat bertemu untuk menatap seri wajah pada senyuman yang menguntum tenang jiwa. Bilakah kita kan berbicara untuk mengisahkan bahagia yang sekian lama terpendam di jiwa. Wahai kekasih yang menyentuh hati… di kau sungguh terpuji dalam warna hidupmu sendiri. Ku sebut namamu, namun ada rindu yang lebih dari ini.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU… bacalah dengan nama Tuhanmu yang melingkari kehidupan ini dalam kesejahteraan. Berbicaralah melalui Kalam Suci-NYA agar segala perjalanan musafir ini diredhai dan dirahmati. Doaku selalu mengiringi kehidupanmu.  Aamiin. Wassalam.🙂

*
RinduFatima1Padamu
*

PELANGI ITU WARNA HATIKU YANG SELALU INDAH

*

36 Responses to “CT314. KEBUN FATIMA (2): BUNGA KEMBANG PUKUL 8 PAGI”

  1. winterwing February 11, 2015 at 11:08 am #

    assalamualaikum, Bu Siti. Bu Siti punya blog lama yang tidak terpakai tidak? saya pingin punya blog dengan tema lama seperti andrea04, benevolence dan kubrick tapi blog terbitan 2012 ke atas tidak bisa pakai. yang bisa pakai blog buatan sebelum tahun 2012. kalau Bu Siti punya saya bisa kasih banyak blog punya saya buat Bu Siti.

    • SITI FATIMAH AHMAD February 11, 2015 at 12:18 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Wahyu…

      Alhamdulillah, cukuplah saya dengan satu blog ini sahaja. Walau bagaimana pun terima kasih atas tawaran Wahyu. Kenapa Wahyu membina blog yang begitu banyak ? Pasti memerlukan banyak masa untuk menguruskannya, ya. Apakah tidak cukup dengan satu atau dua blog sahaja ? Saya yakin tentu Wahyu ada sebabnya.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam sukses.🙂

      • winterwing February 11, 2015 at 1:35 pm #

        saya sebenarnya satu blog saja cukup, Bu Siti. pakai winterwing saja saya sudah senang. cuma kadang saya suka tampilan wordpress lama. jadi perlu blog lama. untuk isian sudah ada, Bu.

        • SITI FATIMAH AHMAD February 11, 2015 at 2:38 pm #

          Iya terkadang theme lama wordpress memberi kesan yang baik kepada kita kerana tampilannya mungkin menyenangkan mata atau memudahkan pengopreasiannya.

  2. eviindrawanto February 11, 2015 at 9:53 pm #

    Assalamualaikum,
    Subhanallah. ..Aku suka semua bunga dalam foto-foto ini, Mbak Fatimah . Cantik semuanya

    • SITI FATIMAH AHMAD February 11, 2015 at 10:39 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Alhamdulillah, saya senang dapat membuat mbak gembira dengan foto-foto bunga di atas.

      Terima kasih mbak Evi dan salam manis selalu.🙂

  3. soeman jaya February 12, 2015 at 12:06 am #

    Assalamualaikum … bu SFA … alangkah indah taman bunga dihalaman rumah ibu … sayang saya tidak hobby bunga …jadi tidak tahu nama ‘bunga jam 8 / 10 pagi itu di Jakarta Timur … tapi saya penggemar indahnya bunga warna-warni …🙂
    Salam sejahtera selalu …

    • SITI FATIMAH AHMAD February 13, 2015 at 1:46 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman Jaya…

      Biasanya yang tahu nama-nama bunga ini adalah kaum wanita. malah tidak apa-apa kalau Soeman tidak tahu. Sekurang menyukai dan menghargai keindahan bunga itu sudah cukup bagi kaum lelaki.

      Terima kasih dan salam sejahtera kembali.🙂

  4. Lidya February 13, 2015 at 4:06 pm #

    Assalamualaikum bunda.
    SAya baru tahu kalau bunga matahari disebut juga kembang pukul 8.

    • SITI FATIMAH AHMAD February 13, 2015 at 5:14 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya….

      Hehehe… pasti kurang hadam bacaan dan pemerhatiannya ya, mbak. Bunga Matahari dan Bunga Kembang Pukul 8 pagi adalah dua bunga yang berlainan dan berbeza, mbak.

      Salam manis selalu.🙂

  5. winterwing February 13, 2015 at 9:10 pm #

    bunganya taat jam ya Bu? punya arloji sendiri mungkin di dalam? dia selalu tepat waktu, mengingatkan manusia untuk disiplin.

    • SITI FATIMAH AHMAD February 14, 2015 at 12:37 pm #

      Iya, mungkin juga telahan Wahyu betul kerana itu orang dulu-dulu memberi namanya Bunga Kembang Pukul 8 pagi setelah membuat pemerhatian terhadap bunga tersebut.

  6. Andika Xp February 22, 2015 at 8:10 pm #

    Assalamualaikum mbak sifa… ikut meramaikan aja boleh ya.. jujur saya tidak paham dengan bunga-bungaan seperti ini. tapi di tempat saya ada bunga yang seperti ini ni. tapi kembangnya cuma sampai pukul 7 pagi. mungkin karena mataharinya selalu kepagian kali ya. hhaa… tapi ini beneran ada…😀

    • SITI FATIMAH AHMAD February 23, 2015 at 8:55 am #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Andika…

      Iya tidak apa-apa. Biar ramai yang mengkagumi bunga tentu alam akan berseri-seri dan terjaga rapi.

      Demikianlah Allah mengatur takdir sang bunga yang dapat hidup dalam masa yang ditentukan. Malah bunga juga mempunyai masa kehidupannya. Maha Suci Allah atas semua kejadiannya yang mengasyikkan.

      Terima kasih Andika dan salam sejahtera.🙂

  7. ZURAIRAH BINTI SALEHAN September 6, 2015 at 10:30 pm #

    Salam, sy berminat dgn bunga kembang 8 pagi n 10 pagi. Adakah puan menjual benihnya, jika ya bagaimana boleh sy membeli benihnya?

    • SITI FATIMAH AHMAD September 7, 2015 at 1:41 pm #

      Wa’laikum salaam wr.wb, Zurairah Salehan…

      Jika mahu nanti saya kirimkan keratan kedua bunga itu dan mengirimkannya melalui pos. Mohon Zurairah memberi alamat kepada saya.

      Salam sejahtera dari Sarikei, Sarawak.🙂

      • ninugfdsfrfhj October 18, 2015 at 12:56 pm #

        Slaam, akak guna tanah apa?

        • ninugfdsfrfhj October 18, 2015 at 12:58 pm #

          akak,kenapa rj sya x brapa sbur?

          • ninugfdsfrfhj October 18, 2015 at 1:56 pm #

            🙂

            • SITI FATIMAH AHMAD October 19, 2015 at 11:14 am #

              Terima kasih berkunjung dan bertanya. Mudahan bunga kembang pagi anda subur dan sihat. :d

          • SITI FATIMAH AHMAD October 19, 2015 at 11:12 am #

            untuk kesuburan bunga, siram 2 kali sehari. Tambah baja kompos beserta baja bunga + daun sebulan sekali. Bunga pasti subur dan cantik mengembang.

        • SITI FATIMAH AHMAD October 19, 2015 at 11:10 am #

          Saya guna campuran tanah bakar, baja kompos (lebih banyak) dan debu sabut kelapa. Bunga akan mudah subur. tanah tidak keras.

          • ninugfdsfrfhj October 20, 2015 at 6:49 pm #

            akak,mcmana nak hilangkan bena kat pokok?

            • SITI FATIMAH AHMAD October 21, 2015 at 12:49 pm #

              Boleh tahu, BENA itu apa ya ?

              • ninugfdsfrfhj October 21, 2015 at 1:10 pm #

                yang putih2 tu…

                • SITI FATIMAH AHMAD October 21, 2015 at 2:52 pm #

                  ok… Akak tahu itu. Serangga putih yang merosakkan pokok. Pokok bunga akak juga pernah diserangnya.

                  Akak beri petua untuk menghapus ulat atau serangan serangga iya. Ia seakan racun serangga tetapi boleh dimakan dan langsung tidak merbahaya. Bahannya ada dalam rumah kita sendiri.

                  Ambil sebiji (sebuku) bawang putih, 5 biji chili hidup (pilih yang dah busuk pun boleh) atau chili kering. 2 bawang besar, 2 sudu minyak masak dan satu liter air.

                  Blendkan semua bahan tersebut atau sedikit-demi sedikit sehingga hancur dan cair. Kalau pekat boleh tambah air lagi.

                  Setelah itu spraykan kepada pokok yang kita kehendaki. Insya Allah ulat atau serangga tidak akan datang menyerang. Malah pokok akan jadi segar dan bercahaya.

                  Cubalah, akak sudah melakukannya dan tiada serangan lagi. Mungkin bau chili yang pedas dan bawang putih itu menghalau kehadiran mereka.

                  Selamat mencuba dan maklumkan nanti hasilnya ya.🙂

                  • ninugfdsfrfhj October 22, 2015 at 7:56 pm #

                    ok…nanti sya cba…..klau ada hasilnya insyaallah saya beritahu🙂

  8. rohaida November 27, 2015 at 9:37 pm #

    Salam. Jika bunganya telah layu, perlu kah ianya dibuang. Tksih…

    • SITI FATIMAH AHMAD November 28, 2015 at 2:54 pm #

      Salam Rohaida….

      Biasanya pokok bunga ini bertahan sehingga 3 bulan. Jika sudah layu (tidak sihat), bolehlah ditanam semula batang pokok yang masih segar untuk pertumbuhan yang baru. Selamat mencuba.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam sejahtera.

  9. SITI January 20, 2016 at 9:09 am #

    Asslamualaikum. Cantik bunga-bunga tu bila berkembang. Warna -warni . Betul tu Puan Fatima bunga harus dibelai . Saya juga pengemar bunga-bunga ini. Suka tengok bila ianya kembang . Rasa tenang mengusahai jiwa.

    • SITI FATIMAH AHMAD January 20, 2016 at 2:11 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb… Siti,

      Alhamdulillah, menanam bunga memang baik untuk terapi minda. Melihatnya berkembang membuat kita tersenyum dan ceria. Mudahan cara itu akan menghilangkan tekanan setelah seharian sibuk dengan tugas yang disandang kita.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam sejahtera.

  10. eiwan September 25, 2016 at 1:26 pm #

    Cantik2 bunga tu semua. Bg saya kembang jam 8 atau jam 10 sama saja. Dia tetap rose jepun. Waktu di area borneo kan awal berbanding semenanjung n maybe sebabtu nama waktu tu tak sama. Alhdulillah saya dah ada lebih 50 jenis rose jepun sejak baca blog ni…

    • SITI FATIMAH AHMAD September 26, 2016 at 1:43 pm #

      Alhamdulillah, Eiwan ternyata peminat rose jepun ini juga. Sangat banyak sekali jenis rose jepunnya sehingga 50 jenis. Apakah Eiwan ada blog juga kah, boleh juga saya kunjungi dan melihat paparan rose jepunnya.

      Kalau diberi “booster” aji no moto, bunga dan daunnya lagi semarak indah dan lebat.

      Terima kasih Eiwan sudah berkongsi maklumat dan selalu berkunjung ke LMGS G2 ini. Semoga bermanfaat.

      Salam kenal dan didoakan sihat sejahtera. Aamiin.

Trackbacks/Pingbacks

  1. CT320. KEBUN FATIMA (3): BUNGA KEMBANG 10 PAGI @ ROS JEPUN | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2 - March 20, 2015

    […] Tips penjagaan bunga ini sama seperti penjagaan bunga Kembang Pukul 8 Pagi.  Jika anda ingin mengetahui CARA MENANAMA BUNGA dan CARA MEMBAJA bunga ini, sila merujuk di posting  CT314. KEBUN FATIMA (2): BUNGA KEMBANG PUKUL 8 PAGI. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: