CT363. KEBUN FATIMA (8): BUNGA MATAHARI (5) – PINDAH KE TANAH

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

TanahFatima1PindahKeTanah

*

MENARUH HARAPAN

Keadaan cuaca yang suram dan muram dengan hujan yang tidak berhenti-henti beberapa hari menjadikan aktiviti merumput halaman hadapan yang hendak dijadikan tapak menanam anak-anak pokok bunga matahari terbengkalai. Tanah jadi becak dan berair.

Anak-anak pokok bunga matahari yang sudah dipindahkan ke dalam plastik polybag seperti yang dicatat di dalam posting CT362. KEBUN FATIMA(7): BUNGA MATAHARI (4) – PINDAH KE POLYBAG sudah lama menanti sinar mentari menyirami seluruh jasadnya yang kian lemah.

Saya mengambil keputusan untuk memindahkan dahulu anak pokok bunga matahari  ke tengah laman agar mendapat cahaya matahari penuh sebelum ditanam ke tanah. Dengan menaruh harapan yang tinggi agar matahari muncul lagi tidak pernah lekang dari doa yang dipanjatkan ke hadrat Ilahi.

*

TanahFatima2Matahari39hari

Anak-anak pokok bunga matahari diletakkan di laman tapak.  Kini jumlah anak pokok semakin susut dari 40 batang kepada 35 batang.

*

TanahFatima3JemurMatahari

Anak-anak pokok bunga matahari yang masih sabar menunggu untuk dipindahkan ke tanah. Pokoknya semakin tinggi dan kurus. Daunnya kurang sihat dan menguning. 😦

*

BERPINDAH

Alhamdulillah… setelah bergelut dengan masa, cuaca dan kesibukan, hari ini hari ke-50 saya berkesempatan memindahkan anak-anak pokok bunga matahari ke tapak yang telah saya bina. Hanya satu tapak yang dapat dibuat dahulu.

Cuaca tidak mengizinkan saya untuk meneruskan aktiviti membina satu tapak lagi. Hujan dan panas yang tidak pernah berkompromi dan menjadi sunnatullah menjalankan tugas masing-masing seperti yang diperintahkan Allah SWT.

Saya perlu menerima realiti yang sedang didepani dengan mengharap cuaca akan baik untuk meneruskan aktiviti berkebun. Mudahan baki anak pokok bunga matahari akan mampu bertahan sebelum dipindahkan ke satu tapak yang sedang dalam perancangan.

 

TanahFatima4Matahari50hari

Hanya 10 anak pokok yang dapat ditanam sesuai dengan panjang dan lebar tapak yang saya bina.

*

Untuk membina tapak tanaman ini saya perlu merumput sahaja untuk meluaskan tanah sedia ada. Kemudian saya hanya menambah tanah masak yang dicampur dengan baja organik. Walaupun begitu, pekerjaan ini amat memenatkan seluruh anggota badan.

*

TanahFatima5TanamPasu

Empat batang lagi saya tanam di dalam pasu. Hanya satu pasu yang subur dan menjadi bunga. Satu lagi mati ditelan cuaca.

*

TanahFatima6Matahari53hari

3 hari kemudian, saya meneruskan kembali aktiviti membina tapak tanaman setelah cuaca kelihatan panas. 10 anak pokok lagi saya tanam di atasnya. Keseluruhan anak pokok yang sudah ditanam adalah 24 batang. Baki 11 batang akan ditanam dengan membina tapak yang lain pula.

*

TanahFatima7Matahari53hari

Inilah keadaan halaman depan yang selama ini terbiar tanpa sentuhan. Saya mengambil keputusan untuk mengembalikan taman bunga yang pernah wujud sepuluh tahun lalu. Mengusahakannya tidak mudah, ia memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Tetapi kerana cinta dan minat untuk berkebun, semua kelelahan itu diketepikan setelah melihat hasil kerja tangan sendiri. 🙂

*

KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG

Apa yang diharapkan tidak semuanya akan tercapai dengan baik. Pokok-pokok anak bunga matahari yang saya tanam sebanyak 24 batang, kini seakan HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU. Dalam tempoh 20-23 hari setelah dipindah ke tanah, hujan turun dengan lebat dan tidak menentu waktunya.

Batang anak pokok yang belum kuat semakin lemah dan banyak yang tumbang. Hati saya sangat sedih. Impian untuk melihat anak pokok berbunga banyak tidak kesampaian. Saya redha dan pasrah.

 

TanahFatima8Matahari73hari

Kelihatan 9 batang anak pokok bunga matahari masih bertahan dalam keadaan yang kurang segar dan menyedihkan.

*

Satu lagi kesilapan yang saya kenal pasti apabila menabur baja bunga yang terlalu banyak di sekeliling anak pokok yang masih muda. Ini juga membantut pertumbuhannya apabila menggunakan baja kimia tanpa mengikut peraturannya.

*

TanahFatima9Matahari73hari

Manakala, tapak kedua memperlihatkan 5 batang anak pokok yang masih berisaha berdiri gagah. Selebihnya patah ditimpa hujan lebat. Oleh itu, saya perlu menggantikannya dengan baki anak pokok yang masih ada di dalam plastik polybag.

*

TanahFatima10Matahari73hari

Alhamdulillah, 4 batang anak pokok bunga matahari di dalam pasu masih bertahan dan membesar dengan baik walaupun pertumbuhannya kurang sihat.

*

HARI BAIK

Hari berganti hari, saya sering memerhati perkembangan anak bunga matahari yang masih bertahan. Daripada 100 biji benih yang saya tanam pada hari pertama, hanya 6 batang sahaja yang berjaya mengharungi cabaran cuaca dengan gagah.

Foto ini diambil pada hari ke-116 dan seterusnya tidak lagi akan saya hitung harinya, menunjukkan 6 batang anak pokok yang masih kecil dan mula untuk hidup dalam cuaca yang semakin baik dan hangat.

Kini saya sudah boleh tersenyum dengan harapan 6 batang pokok ini dapat membanggakan saya dengan bunga-bunga matahari yang indah dan berseri.

*

TanahFatima11Matahari116hari

Hanya sebatang anak pokok yag hidup subur dari 10 batang yang ditanam. Untuk memenuhi tanah yang kosong, saya menanam bunga kembang 8 pagi dan kembang 10 pagi (Ros Jepun).

*

TanahFatima12Matahari116hari

Tanpa saya sedari, di celahan pokok bunga itu rupanya, ada anak bunga matahari yang sedang mengembang. Walaupun kelihatan cacat dan tidak sempurna bentuknya, saya redha dengan hasil pertama yang diperolehi. Foto ini diambil sebagai tanda kenangan abadi yang tidak akan pernah dilupakan untum dikongsikan bersama. Terima kasih ya Allah atas nikmat yang diperolehi ini.

*

TanahFatima13Matahari116hari

Pada tapak pertama, hanya 3 yang hidup. Syukurlah. Di kemudian hari, tiga pokok bunga ini menghasilkan bunga matahari yang banyak dan menyerlahkan warna kuning yang membanggakan saya.

*

TanahFatima17Matahari122hari

Jika diperhati dekat, anak pokok bunga matahari di bahagian tengah (paling kecil) sudah mengeluarkan putik pada hari ke 122. Sedangkan dua batang yang besar belum berputik lagi. Saya sangat senang sekali dan tidak sabar melihat perkembangannya. Itu namanya kecil-kecil cili api. walaupun kecil namun berisi.

*

TanahFatima16Banding2Masa

Hanya satu pasu sahaja yang subur dan menjadi. Dua perbezaan masa dan hari sebagai perbandingan perkembangan dan pertumbuhan bunga ini. Ternyata pada hari ke-122, satu tangkai dari sebatang bunga itu juga sedang mengeluarkan putiknya. Alhamdulillah. Saya tersenyum riang dan sabar menanti kemunculan bunganya.

*

RISIKO MUSIM HUJAN

Setelah melalui masa yang panjang selama 4 bulan lebih, tidak ada yang perlu dikesalkan apabila yang direncana tidak menjadi kenyataan. Menanam dalam musim hujan memang banyak risiko.

…… dan saya telah melaluinya dengan perasaan yang gusar berbaur kesal. Itu kenyataan yang harus saya terima. 

Semoga ini menjadi pengajaran kepada saya juga sesiapa yang ingin bertanam bunga di musim hujan.

*

 SOKONGAN

Semua kerja berkebun bunga ini saya lakukan secara sendirian berhad (seorang diri). Tidak meminta bantuan dari SPH dan anak-anak. saya ingin merasai kepuasan dari hasil kerja yang dibuat dengan tangan sendiri.

Sokongan SPH dan anak-anak tetap ada. Anak-anak membantu apabila dikehendaki. SPH pula sentiasa memahami, menolong dan tidak pernah mengeluh dengan hobi saya.

SPH akan menemani saya untuk membeli segala keperluan berkebun, mengangkat pasu dan tanah. Memberi nasihat jika diperlukan. Yang lebih dihargai adalah memberi pujian dari kejayaan yang saya lakukan dan memujuk apabila saya rasa sedih dengan kegagalan tanaman saya.

TERIMA KASIH DARI HATIKU YANG TERDALAM

*

bunga

*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima2 Disember 2015 (Rabu)/ 20 Safar 1437H/ 3.43 petang, Sarikei, Sarawak

AKU…. yakin apabila ada usaha yang diinginkan untuk mencapai apa yang diipmikan, pasti ada jalan menuju ke arahnya. Jangan pernah putus asa dan mengalah selagi keputusan yang benar belum menyerlah. Jika itulah takdir yang dijanjikan Tuhan Yang Maha Pengarah, maka kita sedang menuju takdir yang diarah-NYA. Janji Allah pasti berlaku. percayalah.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. walau tak pernah ku dengar khabar darimu kerana kita berjauhan, namun ingatanku padamu tidak pernah padam. Ku selit namamu di sini…. DIHATIKU. Doaku selalu mengiringi langkah kepergianmu walau di mana engkau berada. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

CintaFatima1Padamu

*

*

29 thoughts on “CT363. KEBUN FATIMA (8): BUNGA MATAHARI (5) – PINDAH KE TANAH

  1. Assalamu’alaikum wr.wb. mbak Fatimah…

    Lama tak berkunjung ke LMGS-G2, apa kabar mbak,semoga tetap sehat.wal afiat, aamiin. Begitu indah bunga-bunga itu meski ada di antaranya, yaitu si anak bunga matahari yang masih terlihat kurus karena kurang mendapat sinar matahari. juga mungkin karena cuaca yang kurang bersahabat ya mbak, Tapi saya melihat sudah mulai bisa terselamatkan ya mbak dengan membuatkan wadah baru yang lebih baik dan bisa mendapakant sinar matahari yang cukup di musim hujan seperti saat ini.Selamat melajnutkan aktivitas dan hobi-hobinya ya mbak.

    Salam takzim dari saya di Dompu-NTB.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas AR Syamdussin…

      Alhamdulillah, saya baik dan sihat. Didoakan mas AR Syamsuddin dan keluarga di sana juga dalam barakah da rahmat Allah SWT.

      Walaupun banyak yang mati dan berbaki 6 anak batang pokok sahaja di akhirnya, saya tetap bersyukur kerana masih ada yang dapat dijadikan kebanggaan dan kegembiraan apabila melihat bunganya yang cantik.

      Semua itu menjadi pengajaran buat saya agar tidak mengulangi perkara yang sama di kemudian hari.

      Terima kasih atas kunjungan dan apresiasi, salam sejahtera.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ardiansyah….

      Bukan 3 anak pokok tetapi 6 anak pokok yang berbaki sehingga ke akhir hayatnya. Alhamdulillah, 6 anak pokok itu menghasilkan banyak bunga matahari yang menyerikan taman rumah saya.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam sejahtera.

    • Begitulah pengaruh bunga matahari kepada manusia umumnya. Keindahan bentuk dan warna terang kuningnya selalu menyapa hati sesiapa yang memandang. Hangatnya menyerlah mentaati mentari yang dipuja arah alun hidupnya.

      Terima kasih Sang Nanang atas kunjungan dan salam kenal.

  2. Pingback: CT364. KEBUN FATIMA (9): BUNGA MATAHARI (6) – SERI TAMAN HATI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.