CT6. MISI KEMANUSIAAN (3): MANGSA BENCANA ALAM (BANJIR) PAKISTAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Setiap penderitaan yang dialami oleh orang lain, pasti hati ini juga menggamit sama turut merasai apa dirasai. Mata ini pun mulai digenangi kolam airmata yang cuba ditahan, namun kadang kala tumpah jua tak tertahankan. Sedih mengenang nasib orang lain yang tidak sebaik kita.

Subhanallah….. bagaimana Allah SWT menguji mereka dengan pelbagai penderitaan, lalu mereka dapat menerimanya dengan pelbagai rencah rasa yang tak terhitung beratnya.   Rasa ingin berkongsi penderitaan walau hanya dengan menghulurkan sumbangan.

Walau kita bukanlah orang senang dan kaya seperti orang lain yang lebih mewah lagi hidupnya, tapi masih mampu untuk berbagi nikmat rezeki yang dihulurkan Allah SWT sebagai rasa tanggungjawab sesama insan. Kerana Allah menjaminkan rezeki yang dicurah untuk kebajikan, pasti akan dilipatgandakan lagi melalui pelbagai nikmat yang tidak disangka bentuk dan tiak dijangka waktunya.

Alhamdulillah…hari ini, 1 September 2010  dengan izin Allah, Majlis TABUNG SUMBANGAN AMAL MISI KEMANUSIAAN MANGSA BENCANA ALAM (BANJIR) DI PAKISTAN dapat direalisasikan dengan jayanya dalam satu acara khas yang dirasmikan oleh Tuan Pengarah IPG Kampus Rajang, Encik Raymond Gai Panting yang baru melapor diri hari ini juga.  Beliau menjadi penyumbang pertama untuk merasmikan Tabung Amal tersebut. Manakala, Timbalan Pengarah, Tuan Haji Mat Akhir Haji Abdullah sebagai penyumbang kedua.

Dari kiri: Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,  Timbalan Pengarah (berbaju uniform), Tuan Pengarah, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Pegawai Eksekutif  Kanan di majlis sumbangan amal.

Seminggu sebelum majlis ini bermula (25 Ogos 2010 -Rabu), idea mengadakannya datang ketika saya sedang menonton iklan di TV3 dan tidak semena-mena iklan mengumumkan Tabung Bantuan Amal Mangsa Bencana Alam (Banjir) di Pakistan. Tanpa membuang masa saya terus mencadangkan pengutipan dana sumbangan di bawah anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Mora dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar kepada Ketua Jabatan saya.

Alhamdulillah, setelah menerangkan tujuan kutipan tersebut tanpa banyak karenah bicara,  cadangan saya dipersetujui oleh Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan diluluskan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Rajang dengan diadakan satu majlis khas sempena menyambut kedatangan Tuan Pengarah IPG yang baru dalam Perhimpunan Bulanan hari Rabu.

Tujuan kutipan sumbangan ini adalah berikutan banjir besar yang melanda Pakistan dan merupakan yang terburuk dialami Pakistan dalam tempoh 80 tahun. Banjir besar tersebut telah meragut sekurang-kurangnya 1,600 nyawa, manakala dua juta lagi kehilangan tempat tinggal. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah melaporkan hampir 15 juta penduduk telah terjejas setakat ini.

Subhanallah…. apa yang baik selalu Allah bantu dengan mudahnya. Misi kemanusiaan ini adalah misi ke-3 yang saya cadang  dalam tempoh dua tahun. Semua urusan yang berkaitan dengan kerja amal ini dilalui dengan mudah dan dipermudahkan oleh Allah SWT tanpa ada sekatan halangan. Semua pihak memberi kerjasama yang sangat baik dan jitu. Saya amat terharu dan mengucapkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas bantuan yang diberikan. Mudahan semua yang membantu diberi ganjaran yang besar  dari Allah SWT.


Kemudahan laluannya juga sama dirasai semasa saya menganjurkan Misi Kemanusiaan (1) : Mangsa Gempa Bumi di Bandung bagi pembinaan Masjid Nurul Hidayah, KP. Sidakmukti RT.05  RW.04 Desa Pangalengan, Kecamatan Pangalengan, Kabupaten Bandung, Indonesia dan Misi Kemanusiaan (2) : Mangsa Gempa Bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia pada 2 Oktober 2009 yang lalu dengan kerjasama Persatuan Pelajar Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universti Kebangsaan  Malaysia.

Saya sangat ingin mengetahui perkembangan pembinaan masjid Nurul Hidayah di atas. Oleh kerana hubungan talian dan email dengan saudara Daniel terputus, saya tidak tahu perkembangan hal itu lagi. sekiranya ada dalam kalangan teman pembaca dari bandung yang tahu tentang pembinaan masjid ini, sila maklumi saya.

Individu dan pertubuhan yang berminat membantu mereka yang menjadi mangsa banjir buruk di Pakistan itu boleh menghulurkan sumbangan dengan memasukkan wang atau memindahkan dana ke nombor akaun Maybank 514271339000 atas nama “Tabung Bantuan Bencana Pakistan” atau mengirimkan cek dibayar atas nama “Tabung Bantuan Bencana Pakistan” kepada (d/a) Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Aras 5 Utara Sri Pentas, 3, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800, Selangor Darul Ehsan.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 03-77266333 atau melayari laman web www.mediaprima.com.my.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan kata penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan Misi Kemanusiaan (3) ini terutama kepada Tuan Pengarah dan Timbalan pengarah IPG Kampus Rajang, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, para pensyarah, para staf sokongan dan para pelajar serta guru KDP yang telah sudi menderma bagi maslahat ummah di Pakistan. Semoga dengan sumbangan itu, kehidupan yang ceria akan terpancar di wajah mereka yang sedang menderita di sana. Amiin.. Ya Rabbal’alaamin.

*

SalamFatima3SalamFatima   1 SEPTEMBER 2010 (RABU)/ 1050 PAGI BINTANGOR, SARAWAK


MENYELESAIKAN SESUATU TUGAS ADALAH HEBAT .TETAPI MEMULAKANNYA ADALAH LEBIH HEBAT.

Hasil kutipan sumbangan yang diberikan oleh para penderma yang budiman adalah berjumlah:

RM1540.00

(Ringgit Malaysia: Satu Ribu Lima Ratus Empat Puluh sahaja)


TERIMA KASIH KEPADA PARA PENDERMA SUMBANGAN. HANYA ALLAH SAHAJA YANG MAMPU MEMBALAS KEBAIKAN ANDA SEMUA.


Advertisements

42 thoughts on “CT6. MISI KEMANUSIAAN (3): MANGSA BENCANA ALAM (BANJIR) PAKISTAN

  1. Semoga di bulan suci Ramadhan ini, banyak para umat yang terbuka hatinya untuk membantu sesama makhluk Allah yang tertimpa Musibah. Ketabahan dan keteguhan, serta kesabaran semoga selalu diberikan kepada yang mengalami musibah.Salam Hangat dari Pekalongan-Indonesia Bunda

    • Amiin… Ya Rabbal’alamiin.
      Mudahan doa yang dilampirkan kehadrat Ilahi diperkenankan buat kita selalu melakukan kebajikan bagi membantu insan yang memerlukannya.

      Terima kasih mas Teguh atas semangat yang dilemparkan untuk terus menjalani kebaikan dalam kehidupan ini.
      Salam hangat kembali dari saya di Sarikei, Sarawak.

    • Na’am mbak… hati kita juga merasai tenteram dan bahagia kerana telah berusaha membantu dan mengharapkan mereka yang susah hidupnya akan tersenyum ria menerima sedekah kita walau tidak seberapa.

      Salam manis buatmu mbak. Terima kasih ya sudah berbagi hikmah di sini. Kita semua juga membutuhkan sedekah ilmu. Saya bahagia membacanya. 😀

    • Amiin.. Alhamdulillah.
      Terima kasih mas Zulfa atas doa yang baik di bulan barakah ini. Semoga mas juga dirahmati Allah.

      Mudahan Mak Cik ini selalu melakukan kebaikan di masa hadapan. 😀

      Salam mesra selalu.

  2. salam kak, pertama kali datang menjengah blog akak… saya suka dengan cara penulisan akak sama seperti yg ingin saya perjuangkan.. tapi terpaksa saya lupakan disebabkan oleh mentaliti pembaca & penulis blog kita ini yg agak pelik dimata saya….apa2 pun teruskan menulis kak, keep up the good work

    • Mama Murai…. Salam kenal dari akak.
      Terima kasih atas kunjungan perdana ke blog akak.
      Alhamdulillah… itulah harapan dan hasrat akak membuka blog ini untuk berkongsi penulisan dan idea yang ingin akak pejuangkan bagi membangun kemanusiaan dalam membentuk modal insan terutama dalam motivasi menulis.

      Jangan putus asa Mama…ayuh, mari kita pejuangkan apa yang ingin kita capai untuk kebaikan bersama. Dengan menulis kita boleh menyampaikan sesuatu yang berguna sebagai perkongsian bijak.

      Selamat berkarya dan salam mesra dari akak di Sarawak. 😀

    • BintangZohra…
      Alhamdulillah… sumbangan amalnya sungguh di luar jangkaan kerana semua pihak memberi komitmen yang baik. Mudahan hasil kutipannya dapat membantu meringankan beban.

      Foto-foto ini diperolehi di carian googles atau lainnya. Hanya perlu anda tulis dengan nama yang anda kehendaki kemudian klik pada imajan. Akan keluar beratus imej yang boleh dipilih. Saya biasanya mencari imej yang kosong sahaja dan diisi dengan tulian saya sendiri.

      Selamat mencuba dan berkarya.
      Terima kasih dan salam mesra dari saya.

    • Alhamdulillah, Nanda Aldy.
      Mudahan Allah selalu memberi bunda keinginan untuk membantu insan yang memerlukan. Bunda sangat menyukai aktivitas kemasyarakatan seperti ini. Doakan bunda ya.

      Hehehe… insya Allah, jika diizinkan suatu ketika nanti, bunda sanggup dan ingin menyertai misi kemanusiaan atau misi keamanan ke luar negara. Setakat ini belum berkesempatan. 😀

      Salam mesra dari bunda di Sarikei.

  3. Tidak semua orang bisa diberikan kelebihan waktu dan tenaga dalam membantu saudara-saudara di belahan tempat yang lain, tapi bunda Fatimah selalu sigap dalam membantu sesama. Sukses selalu bunda semoga mendapatkan kemudahan dalam menjalankannya 😛
    Salam hangat serta jabat erat selalu dari Tabanan

    • Mas Sugeng…. Alhamdulillah, Amiii. Ya Rabb.
      Mudahan Allah SWT akan memudahkan jalan untuk terus melakukan amal bakti pada masa depan.

      Terima kasih berkunjung.
      Salam hangat kembali serta jabat erat selalu dari Sarawak. 😀

    • Orange Float… mudahan begitulah hendaknya, kita bisa membuat orang lain bahagia melalui kebahagiaan yang ada pada kita. Itulah namanya perkongsian dan kebersamaan.

      Terima kasih ya.
      Salam mesra selalu dari saya. 😀

    • Sahabat guru, Pak M Mursyid…

      Amiin… Ya Rabb.
      Begitulah doa dan harapan kita bersama terhadap saudara kita di sana. Kesabaran dan ketabahan adalah teman akrab yang bisa mendamaikan hati yang resah.

      Terima kasih atas kongsian minda an jiwa.
      Salam hormat takzim dari saya. 😀

  4. Musibah memang tidak mengenal bangsa dan agama. Kapan pun Allah SWT menghendaki, maka ianya akan terjadi. Dan sepatutnyalah, kita sebagai sesama muslim, turut membantu meringankan penderitaan mangsa2 korban banjir di Pakistan tersebut. Mereka adalah saudara kita. Dan saya salut dengan kepedulian ibu untuk menggalang dana buat korban banjir tersebut. Kepedulian ini hendaklah terus disebarluaskan dan didukung semua pihak. Karena, kalau bukan kita, siapa lagi yang akan menolong mereka. Dan jikalau memang belum mampu membantu secara materi, bantuan berupa doa pun, Insya Allah akan diterima Allah SWT dengan memberikan keringanan2 hidup kepada mereka kedepannya. Amin Ya Rabbal Alamin.

    • Ifan Jayadi…. Dengan saling bantu membantu, kita mampu memberi kehidupan kepada orang lain yang memerlukan walau hanya kiriman sekudus doa. Apatah lagi jika dilaksanakan dengan materi, akan menjadikan kehidupan mereka lebih ceria dari bebanan yang dihadapi.

      Terima kasih Ifan, usaha ini hanyalah kecil dan kerjasama dari semua pihak telah memberi kemudahan untuk melaksanakannya. Doakan agar saya tetap selalu melakukan amal kebajikan bagi maslahat ummah sejagat. Semoga kita semua bisa saling berbuat baik. Amiin

      Terima kasih Ifan atas komentar yang menusuk hati untuk difikirkan dengan akal budi.

      Salam mesra dan salam ramadhan. 😀

    • Amiin.. Ya Rabbal’alamiin.
      Alhamdulillah.
      Sumbangannya memang menggalakkan dari semua warga IPG. Saya tidak menyangka sambutannya sangat baik dan hasilnya sangatlumayan.

      Terima kasih Kakaakin.
      Salam manis dari saya selalu. 😀

  5. Akhirnya blog ini kembali..senang bersua.
    Di belahan bumi manapun semua muslim bersaudara. Tak ada batas-batas georgafis karena seperti tubuh kita, jika tangan kita merasakan sakit maka seharusnya seluruh badan merasakannya.
    Semoga banyak muslim di luar sana yang tergerak hatinya untuk membantu saudara kita di Pakistan ya Mba.

    • Hai Budi… senang kembali menyatu di maya dan menemui sahabat lama yang selalu perihatin dengan nilai persahabatan.

      Alhamdulillah Budi… sesungguhnya kebaikan yang dilakukan dengan niat untuk membantu insan yang menderita pasti akan Allah lowongkan jalan yang mudah dan dipermudahkan. Mudahan akan ramai lagi yang ringan tangan untuk membantu. Amiin.

      Terima kasih ya Budi kerana ingat mahu singgah dan berkongsi hikmah di sini kembali.

      Selamat berpuasa dan salam mesra dari saya di Sarikei. 😀

  6. semoga segala upaya bunda Siti mendapatakan balasan pahala dari Allah SWT,
    dan semoga bantuan ini bisa meringankan penderitaan saudara kita di Pakistan, amin ya rabbal alamin

    • Monda…
      Amiin.. Ya Rabb. Allah SWT tumpuan kita dalam memohon segala pertolongan bagi meneruskan usaha amal kebajikan ini. Mudahan sumbangan kita dapat meringankan beban yang ditanggung.

      Terima kasih mbak Monda.
      Salam manis dari saya selalu. 😀

    • Amiin… Ya Rabb, atas doa tulusmu Sang Pelangi indahku, Kelly.

      Terima kasih hadir menyapa. Semoga kita bersama-sama dapat melakukan amal jariah untuk membantu insan yang memerlukan.

      Salam Ramadhan yang barakah dan salam manis buatmu, Sang Pelangiku. 😀

    • Mbak Dian.. Insya Allah, andai ramai yang mahu menghulurkan sumbangan pasti akan meringankan beban mereka. Amiin… Mudah-mudahan.

      Terima kasih mbak kerana kembali berkunjung.
      Salam syahdunya aidil fitri yang bakal menjelma sebentar lagi. 😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s