CT432. KEBUN FATIMA (14): PERTAMA KALI MENANAM BUNGA ROS

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

8 BULAN LALU

Sudah lama teringin hendak mencuba menanam pokok bunga Ros. Selalu tertunda. Sebabnya, harga anak pokok bunga Ros sangat mahal kalau di Sarikei ini antara RM10 hingga RM25. Nak harga lebih murah dari itu, jarang sekali.

Pernah saya sedang tawar menawar untuk membeli anak pokok bunga Ros, datang seorang pembeli lain, terus mengambil tanpa peduli saya yang sedang membuat tawaran. Penjualnya pula tanpa basa basi terus memberi anak pokok bunga Ros tersebut kepada pembeli tadi. Langsung tidak menghiraukan saya.

Marah bukan kepalang, tetapi saya pendamkan sahaja.Β  Bukan rezeki. Kemudian saya lupakan dahulu niat hendak menanam pokok bunga Ros. Kira sedih hatilah ni. Kecewa. Tapi tidak sampai merajuk. πŸ˜€

“Lain kali sahajalah beli yang lain, mana tahu jumpa yang lebih murah.” pujuk hati saya.

Kisah ini berlaku 8 bulan yang lalu. Lamanya memendam hati…hehehe.

*

AKHIRNYA…. BELI JUGA

Alhamdulillah…. seminggu yang lepas, saya terjumpa anak pokok bunga Ros ini (foto di bawah) di Pasar Sarikei dengan harga yang sangat murah. RM5.00 sahaja. Saya rasa sangat gembira.

Tanpa berlengah saya terus membelinya. Saya menanyakan nama bunga Ros ini, malangnya penjual bunga itu sendiri pun tidak tahu nama bunga Ros tersebut. Tak apalah nanti saya cari di internet.

Bentuk bunga Ros ini kecil dan berwarna merah tua. Contoh ada diberikan bersama anak pokok tetapi saya terlupa untuk mengambil fotonya. Setelah seminggu kemudian (hari ini) baru terfikir tentang hal itu. Ahhh…. menyesal. Tak apa, nanti boleh “surprise” saat kemunculan bunganya.

Yang penting projek menanam bunga Ros pertama mesti dilakukan. Tidak dapat ditangguh lagi. Hati sudah nekat untuk mencuba menanam pokok bunga Ros.

Tambah lagi, setiap petang apabila pulang dari kerja saya akan melalui sebuah rumah di Jalan Fortune yang menarik perhatian saya. Di dalam rumah di hadapan pagarnya nampak segar pokok-pokok bunga Ros berwarna merah berkembangan sehingga ada bunga yang keluar dari pagar. Sangat cantik.

Saya juga sering berkunjung ke blog para blogger yang memaparkan keindahan bunga Ros di rumah mereka terutama blog NORIN’S GARDEN. Allahu Akbar… cantik-cantik sahaja bunga yang ditanam oleh Norin Asni ini. Buat saya jadi cemburu.

Apabila membaca tulisan dan pengalaman Norin, tak adalah susah sangat untuk menanam dan menjaganya. Jika minat ada dan bersungguh-sungguh, yang susah akan jadi senang, kan.

Oleh sebab itu, saya semakin teringin untuk menanamnya sendiri dan memilikinya sendiri. Tentu ada kepuasan apabila melihat bunga Ros berkembang di depan mata.

*

Anak pokok bunga Ros pertama saya. Harga RM5.00. Contoh bunga Ros ada di sisi tetapi sudah layu dan berwarna kecoklatan.

*

CARA MENANAM

HARI INI DALAM SEJARAH, 7 MEI 2017 (AHAD), jam 8.21 pagi.

Berpandukan maklumat dari internet, terutama blog yang berkaitan dengan taman bunga Ros ini, saya cuba memahami cara menanamnya dahulu. Maklumlah, saya masih novis (pemula) dalam projek sendirian berhad ini.Β  Masih belajar.

Dengan Nama Allah…. saya memulakan aktiviti menanam anak pokok bunga Ros.

*

1. Sediakan pasu yang sesuai dengan besar anak pokok bunga Ros. Kalau pasu lebih besar sebenarnya lebih baik lagi. tetapi kerana saya baru belajar mencuba, saya guna pasu kecil dahulu. Bila besar nanti saya pindahkan ke pasu besar. (suka menyusah diri sendiri ni. :D)

*

2. Sediakan media tanah untuk menanam. Saya guna tanah campuran yang biasa saya guna dan fahamkan sendiri cara penyediaannya. Mudahan betul dan menjadi pokok bunga Ros saya nanti. Aamiin.

*

3. Saya masukkan dahulu separuh tanah ke dalam pasu dan siramkan air di dalamnya sehingga air dilihat mengalir keluar. Itu bermakna saliran air baik. Kemudian saya keluarkan anak pokok bunga Ros dari botol asalnya dan masukkan ke dalam pasu baru.

*

4. Penuhkan tanah lagi sehingga mencapai 1 / 4 dari pasu tersebut agar mudah untuk menyiram dan membaja. Alhamdulillah, SIAP.

*

HARAPAN HATIKU

….. agar anak pokok bunga Ros yang pertama ini bakal menjadi subur, kemudian berputik akan menjadi mekar dan indah seperti ini….. πŸ™‚

*

Saya sangat berharap suatu hari nanti taman rumah saya juga akan dipenuhi dengan beraneka jenis pokok bunga Ros. Apapun harapan itu, kita lihat dulu perkembangan pokok bunga Ros PERTAMA saya ini.Β 

Macam mana agaknya rupa bunga Ros saya nanti ya…. Eeee… tak sabarnya. Doakan menjadi. Aamiin Allahumma Aamiin.

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima 7 Mei 2017 (Ahad)/10 Syaaban 1438H/ 12.50 petang, Sarikei, Sarawak

AKU…. menanti hadirnya Ramadhan yang kian menjelma. Rasa rindu setahun yang lalu kian dekat menghambat rasa yang tidak mampu ditenangkan. Hadirlah wahai yang menyentuh hati untukku sebar cintaku sejauh pelusuk buana ini.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Β *

Β DEDIKASIKU UNTUKMU…. Inilah bumi tempat kita menitip kasih yang tidak terjangkau rasanya. Suburlah ia dengan harum cinta yang ditintakan wangian aksara yang indah tanpa jemu bertongkat noktah. Sepikan malammu menyambut doa tulus dariku. Aamiin. Wassalaam. πŸ™‚

*

17 thoughts on “CT432. KEBUN FATIMA (14): PERTAMA KALI MENANAM BUNGA ROS

  1. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Mbak Fatimah,

    Pokok bunga mawar memang cantik. Apalagi kalau mahkotanya sudah bermekaran, membuat halaman sekolah selalu tersenyum. Aku menanam beberapa batang di dalam pot dan sekarang tidak berhenti berbunga. Suka banget Kalau mereka sudah mekar, pagi-pagi saya mampir ke bawah pohon, dan mencium kelopaknya satu persatu. Indah sekali πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam warahmatullahi wabarakatuh Mbak Evi…

      Sungguh beruntung, mbak sudah lama menanam pokok bunga Ros, pasti indah pemandangan di pagi hari dan senang di hati apabila dapat menatapnya setiap hari terutama saat bunga sedang bermekaran. Mungkin mbak Evi dapat berkongsi tanaman bunga Ros di blog mbak agar kita dapat bertukar pengalamannya. Lagi best kalau tahu nama bunga-bunga tersebut ya. Saya masih mencari rupa dan nama bunga Ros saya itu. Misteri…hehehe.

      Terima kasih mbak Evi dan salam sayang selalu. πŸ™‚

  2. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh kak Fatimah, senangnya bisa mendapatkan bunga yang diidamkan idamkan. Sekedar saran kak, bunga ros lebih cepat berkembang Kalo tumbuh di tanah. Maksudnya terlepas gitu tidak dalam pot. Kalo akak punya ada sedikit halaman boleh lah tuh tanam langsung disana. Komposisi tanah Suai dengan yang kak masukan dalam pot tadi ke tanah halaman yang mau ditanam. Boleh liat nti hasilnya, beda dengan pokok Ros tumbuh dalam pot. Salam kak

    • Wa’alaikum salaam warahmatullahi wabarakatuh Sarah….

      Sudah pasti Sarah juga meminati bunga Ros dan mempunyai tanaman ini kerana saranannya cukup menyenangkan hati kakak. Insya Allah, akak akan cuba cari ruang tanah untuk menanam bunga Ros tersebut. Bagus juga tu. Ingat nak beli lagi anak-anak pokok bunga Ros supaya nampak perlbagai warna dan jenisnya.

      Terima kasih Saran tentang saranan tersebut dan kunjungannya juga. Kalau ada tips yang lain, sila maklumkan juga. Akak masih baru belajar.
      Salam manis selalu. πŸ™‚

  3. ASSALAM..MOGA CT FATIMAH SHT SEJAHTERA HENDAKNYA…KAT RUMAH KAK DULU BNYK KAK TAAM ROS MCM2 WARA JADI TERAPI MINDA YG SEGARKAN JIWA KALA LIHAT IA KEMBANG MEKAR…NATI BILA POKOK ROS CT DH BYK CABANGNYA BOLEHLH POTONG DAN SEMAI LAGI…CARANYA KOYAK SIKIT SIKIT KULIT 1 INCH N RENDAM DLM LARUTAN PENGGALAK AKAR…CUCUK DLM TANAH SELUT YANG PADAT BUKAN RELAI BERPASIR..DH BERTUAS DAN BNYAK DAUNNYA UBAHLH KE PASU BARU..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah yang dikasihi….

      Alhamdulillah, saya sihat kak. Bestnya akak juga ada menanam pokok bunga Ros. Jadi teruja sangat saya bila dapat banyak nasihat dari akak. Mudahan saya juga akan mempunyai pengalaman seperti akak tidak lama lagi. Nasihat akak akan saya ingat dan praktikkan apabila sampai masanya nanti.

      Di Sarikei ini, memang susah nak dapat anak pokok bunga Ros dan kebanyakannya bunga Ros kampung. Tak apalah, beli apa yang ada dulu, kan.

      Terima kasih kak sudah berbagi pengalaman dan salam sayang selalu. πŸ™‚

  4. Assalamualaikum wr, wb, bunda Fatimah.

    Bunga ros memang cantik.
    Dulu saya punya beberapa pokok dari yg masih asli hingga hasil silangan. Tapi karena ditempat yang lama, yang menjual bunga ros berlimpah, harganya murah. Saya tidak membawa pot2 ros saat pindahan. Sekarang, mau nyari yng jualnya aja harus pesan dulu. Masih sebatas niat utk punyak pokok mawar lagi.
    Ditunggu kuncup ros nya dari kebun bunda Fatimah πŸ˜€

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….

      Ternyata mbak jugak peminat bunga Ros. Mudahan nanti, halaman rumah baru mbak juga ditanam dengan bunga Ros. Pasti indah pemandangan rumah dan mengasyikkan saat membelainya bunganya.

      Terima kasih mbak sudah berbagi pengalaman dan salam manis selalu. πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris….

      Setuju, bunga selalu memberi aura sihat kepada kita. Rasa letih pulang dari kerja menjadi ceria saat melihat bunga dan bercakap dengannya.

      Terima kasih mas Alris sudah berkunjung dan salam sejahtera. πŸ™‚

  5. Pingback: CT440. KEBUN FATIMA (15): POKOK BUNGA ROS PERTAMA SUDAH BERBUNGA | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.