CT147. CABARAN HAJI (8): WUDUK

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

WudukFatima1CabaranHaji8

WUDUK dari segi bahasa bermaksud KEBERSIHAN. Istilah ilmu Fikah mendefinisikan WUDUK  sebagai  kebersihan yang dilakukan dengan CARA TERTENTU setelah berlakunya HADAS KECIL, bagi membolehkan kita melaksanakan SOLAT atau ibadah lain.

Dengan sebab itu, WUDUK mempunyai keutamaan tersendiri yang amat besar bagi sesiapa yang melakukannya. Pengambilan WUDUK jangan dianggap remeh kerana dengannya, barulah IBADAH YANG DIWAJIBKAN atasnya dianggap SAH.

WudukFatima2Keutamaan

*

IBADAH YANG DIWAJIBKAN BERWUDUK

BERWUDUK dihukum WAJIB ke atas muslim yang hendak menunaikan 3 ibadah berikut.

1. SOLAT sama ada solat fardhu, solat sunat atau solat Jenazah.  Hal ini dijelaskan melalui firman Allah SWT dalam surah al-Maidah, ayat 6 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak menunaikan SOLAT, maka hendaklah kamu membasuh muka kamu,dan kedua-dua tanganmu hingga kedua-dua mata siku. Dan sapulah kepala kamu dan basuhlah kedua-dua kakimu hingga kedua-dua buku lali (mata kaki).”

 2. TAWAF mengelilingi Baitullah di Masjidil Haram sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, yang bermaksud:

“TAWAF itu merupakan SOLAT, kecuali didalamnya (Tawaf) dihalalkan oleh Allah untuk berbicara. Maka sesiapa yang berbicara hendaklah yang dibicarakan itu yang baik-baik.” – HR al-Tirmizi

3. MENYENTUH MUSHAF AL-QURAN dengan mengambil dalil yang didasarkan kepada firman Allah dalam surah al-Waaqi’ah, ayat 79 yang bermaksud:

“Tidak boleh menyentuhnya (al-Quran) melainkan orang-orang yang suci.”

WudukFatima3HadisRasulullahSAW

*

CABARAN WUDUK DI TANAH HARAMAIN

WUDUK MERUPAKAN CABARAN HEBAT kepada jemaah haji di bumi Haramain. Untuk sampai ke tempat wuduk dan tandas awam rasanya sangat jauh di luar Masjid Nabawi dan Masjidil Haram walaupun jarak tempatnya hanya beberapa meter dari rumah ibadah tersebut. Jauhnya bukan kerana tempat tetapi kerana terlalu ramainya manusia dan harus mencelah-celah untuk sampai ke sana sehingga menjadikan masa terlalu lama di ambil untuk sampai. 

Mengetahui keadaan ini, apabila saya sendiri mengalami perjalanan jauh untuk keluar dari Masjid Nabawi bagi membuang air. Saya harus mengharung ribuan jemaah haji untuk keluar dan masuk semula ke dalam Masjid. Lebih merimaskan apabila disoal siasat oleh polis wanita yang menunggu di pintu masjid. Kita harus mempunyai alasan untuk dapat masuk semula. Syukurlah ada seorang nenek yang kebetulan dipertemukan Allah SWT kerana kehilangan besannya. Maka, saya bertanggungjawab menjaga nenek tersebut sehingga bertemu semula dengan besannya.

Selain dari itu, kemungkinan tempat saf yang kita duduki akan diambil jemaah lain sepanjang pemergian kita ke tandas atau mengambil wuduk. Kerana itu tidak hairan, ramai jemaah haji berusaha untuk mengekalkan wuduk mereka sepanjang berada di dalam masjid.

Malah, tidak kurang juga ramai jemaah haji mengambil kesempatan menggunakan tong-tong simpanan air zam-zam yang ada di dalam kedua-dia masjid tersebut untuk berwuduk. Walaupun perbuatan itu dilarang kerana dibimbangi kebanjiran (basah), tetapi jemaah tidak mengambil peduli.

Imam EMPAT MAZHAB dan ijmak ulamak telah menetapkan kefardhuan wuduk sehingga ia merupakan perkara yang wajib diketahui oleh seluruh muslimin. Kerana itu, orang yang menentang atau mengingkarinya dianggap telah keluar dari Islam (murtad). Masya Allah.

*

SOLAT TANPA WUDUK

Saya menekur diri sambil mengingati beberapa situasi – SOLAT TANPA WUDUK – yang berlaku kepada beberapa jemaah haji wanita yang berada di samping  saya ketika di Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidil Haram, Makkah atau kebetulan saya terlihat perbuatan mereka kerana berhampiran dengan saya

(1) SOLAT SETELAH TIDUR TANPA BERWUDUK

Beberapa kejadian berlaku di depan mata saya di dalam dua masjid Haramain, apabila bertemu dengan segelintir jemaah haji wanita yang pada awalnya hanya mengantuk “patuk ayam”, terhangguk-hangguk kepala dari tegak  menjadi seperti dedaunan yang longlai ditiup bayu. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, sekejap ke depan dan sekali sekala kepala itu mendongak ke belakang sehingga hampir terbaring.

Pelbagai gaya mengantuk ini membuat saya tersenyum dan ketawa sendiri. Kemuncak rasa mengantuk, akhirnya mereka berbaring dan tidur dengan nyenyak.  Malah ada yang berdengkur lena.  Sebagai teman satu saf, saya sangat perihatin untuk membangunkan mereka memandangkan tempat berwuduk yang jauh sehingga memerlukan jeda masa setengah atau satu jam sebelum masuk waktu solat agar sempat mengambil wuduk.

Terdapat mereka yang berwuduk, tetapi kebanyakan tidak menghiraukan. Ada yang bangun, terus mencapai al-Quran dan membacanya. Malah ada yang menyambung tidur. Ketika azan berkumandang baru mereka bangun, duduk dan siap-siap untuk bersolat. Astaghfirullah. Dengan wajah selamba, tanpa rasa bersalah (dengan Allah) dan malu dengan sesiapapun di sekeliling, mereka terus mendirikan solat berjemaah.

Bayangkalah bagaimana keadaan saf saya dan jemaah lain yang berada di antara mereka ketika itu ? Tentulah terputus dengan sebab mereka solat tanpa wuduk. Masya Allah. Saya berserah diri kepada Allah, berharap ibadah saya diterima-NYA.

“Sesiapa yang menyambung suatu saf, maka Allah akan menyambungnya. Dan sesiapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskannya.”

ANTARA PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK, salah satunya adalah tidur nyenyak hingga tidak sedar dan tidak tetap tempat duduknya. Jika sekadar mengantuk, terhangguk-hangguk kepala, maka tidak membatalkan wuduknya. SEBAB, perasaannya tidak turut terbawa tidur.

*

(2). BERTAYAMMUN SEDANGKAN ADA AIR

Semasa menunggu masuk waktu solat Mahgrib di dalam Masjid Nabawi, Madinah; saya terpandang dua keadaan yang hampir serentak berlaku di depan mata. Ketika itu saya berada di saf pertama. Kedua-dua keadaan itu memperlihatkan dua orang jemaah haji wanita sedang melakukan tayammum dengan cara berbeza.

Pertama; hajjah dari Timur Tengah sedang menggunakan dua ketul batu putih, lalu digosok-gosok menjadi butiran debu dan melakukan tayammum sehingga selesai. Manakala, hajjah kedua, dari Asia Tenggara kelihatan sedang menuju ke dinding pemisah saf lelaki dan wanita, terus sahaja menepuk-nepuk dinding tersebut dan bertayammum.

Saya terpana menyaksikan perbuatan mereka. Rasa pelik dan ganjil timbul di hati dan minda. Kenapa mereka melakukan tayammum sedangkan saya dan jemaah lain tidak melakukannya. Lagipun, ada air yang banyak di sekeliling Masjid Nabawi. Tidak pernah lagi saya dengar berita tentang ketiadaan air yang melanda Madinah sepanjang saya berada 9 hari di sana.  Kedua-duanya sihat wal’afiat, cergas bergerak dan tidak ada penyakit yang menghalang mereka untuk berwuduk.

Mazhab Syafie dan Hanbali, mensyaratkan ALAT BERSUCI UNTUK BERTAYAMMUM HENDAKLAH BERUPA TANAH BERDEBU. Hal ini berdasarkan hadis dari Huzaifah r.a bahawa Rasuullah SAW bersabda:

“Dan dijadikan kita tanah berdebu sebagai alat bersuci, jika kita tidak mendapat air.” – HR Muslim

Jika kita teliti, SYARAT-SYARAT TAYAMMUM adalah mesti masuk waktu solat dahulu,berusaha mencari air terlebih dahulu. Tidak ada penghalang pada salah satu anggota tayammum, suci dari hadas kecil dan besar dan ada keuzuran atau halangan. Jika syarat-syarat di atas tidak dipenuhi, maka tayammumnya TIDAK SAH.

Menurut ulama Syafie dan Hanbali, seseorang TIDAK BOLEH BERTAYAMMUM  selama masih ada air. Oleh kerana itu, hendaklah menggunakan air sekalipun waktu solat akan habis kerananya. Mengenai batas jauh untuk dibolehkan bertayammum mengikut Mazhab Syafie adalah SATU SETENGAH FARSAKH bersamaan 3 batu atau 2772 meter jaraknya dari kawasan masjid.

Setelah merujuk kepada sedikit penjelasan di atas, apakah solat tanpa wuduk atau bertayamum dalam keadaan ada air itu dianggap SAH ? Masya Allah, tentu sekali TIDAK SAH dan jelas solat yang dilakukan adalah sia-sia. 

WudukFatima4Tayammum

*

PENYELESAIAN MASALAH BERWUDUK

Satu dari usaha untuk memudahkan jalan mencapai wuduk yang sempurna tanpa perlu pergi ke tempat wuduk adalah dengan membawa bekal air di dalam bekas botol berbentuk semburan (spray – seperti di bawah). Bagi jemaah haji Malaysia, semua bakal haji dibekalkan botol “spray” untuk dibawa kemana-mana sahaja mengikut urusan tersendiri.

BotolSprayFatima1TabungHaji

Namun begitu, kita perlu ingat bahawa penggunaan botol “spray” sebagai satu dari alternatif mengambil wuduk hendaklah difahami caranya agar wuduk tersebut sempurna dan sah untuk melakukan solat, tawaf dan memegang mushaf al-Quran.

Menerusi ceramah haji dan penjelasan dari Ustaz Pembimbing Haji bagi Maktab 95 di Makkah, Ustaz Khairul Azhar, penggunaan air melalui “spray” sebagai alternatif wuduk hendaklah dengan memastikan air yang disembur kepada setiap anggota wuduk dalam keadaan basah (banyak) dan mengalir. Senangkan. Bukan susah untuk melakukannya jika bersungguh-sungguh. tetapi banyak yang tidak berbuat demikian kerana merasa malu menggunakannya di khalayak ramai.

Kefahaman ilmu tentang wuduk dalam waktu yang dianggap sesak dalam ribuan atau jutaan manusia hendaklah dipandang serius. Jangan malu dan segan melakukannya pada ketika yang memerlukan. Alhamdulillah, jarang juga saya mengambil wuduk menggunakan spray ini kerana saya dapat mengekalkan wuduk sehingga selesai solat. Seingat saya hanya 5 kali saya pernah mengambil wuduk dengan botol “spray”.

Walaupun jarang menggunakan botol “spray”, saya tetap membuat persediaan bagi memudahkan urusan wuduk saya. Biasanya saya akan membawa tuala kecil untuk menggelakkan lantai basah dan menggelap. Dengan “tidak malu” saya masuk ke dalam telekung dan mengambil wuduk dengan cara semburan. Alhamdulillah, semuanya selesai dengan mudah.

Aktiviti “dalam telekung” ini…. :D, hanya berlaku di Masjidil Haram sahaja kerana terdedah dalam pandangan lelaki secara terbuka tanpa halangan. Tapi sebaliknya di Masjid Nabawi yang ada ruang solat khusus untuk jemaah wanita.

Bagi jemaah haji Malaysia, hal sudah diketahui. Berbeza dengan jemaah haji negara lain, mereka merasa pelik melihat aktiviti “di dalam telekung” dan ingin tahu. Saya menjelaskan apa yang sedang saya lakukan. Keadaan tersebut mengundang ketawa dan rasa ingin tahu di hati mereka. Saya ketawa bersama. Perkara itu dilihat baru sehingga  ada yang mencuba juga. Mereka tampaknya sangat gembira apabila mengetahui adanya alternatif untuk berwuduk ini.

bunga

****************

6 Januari 2013 (Ahad)/ 24 Safar 1434H/ 4.45 petang- Sarikei, Sarawak

AKU…. merenung jauh bulan di pagar bintang, tampak malu disapa awan. Hatiku menyanyi sendu berlagu sayu bagai pungguk memujuk rayu. Indahnya malam menyimpan misteri kalbuku, memerap segala pesona jiwa. Sampai bila mengusik bayu yang lalu lalang, tampak senyumnya yang ranum menawan. Sampai bila menanti kunjungan hujan, membawa khabar sang pelangiku akan muncul merangkul sayang. Ingin ku hapus rindu yang mendatang agar tidak terlalu ingat.  Namun ingatan tidak pernah reput….. kerana dirimu selalu disebut.

– SITI FATIMAH AHMAD –

****************

IngatanFatima3Menunggu

TIDAK ADA HARI YANG BERLALU TANPA AKU MERASA RINDU KEPADAMU

26 thoughts on “CT147. CABARAN HAJI (8): WUDUK

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb…

    HIDUP selalu diwarnai dengan ujian untuk menyedarkan kita bahawa kita tidak punyai apa-apa kekuatan bagi menempuhnya kecuali dengan petunjuk dan bimbingan Allah SWT. Oleh itu, hargailah kehidupan ini.

    TRIALS OF LIFE by SAMI YUSUF

    DEDIKASIKU UNTUKMU….

    Keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri adalah kekuatan untuk menumbuhkan pemikiran positif dan kemajuan yang luar biasa selain mewujudkan kemenangan yang besar. Orang yang berfikir dan merenung diri dapat memberi penilaian dan mudah memperbaiki kehidupannya. Semoga selalu sukses.

    Wasalaam. 😀

  2. as salam ..
    saya ada gunakan spray semasa d MINA.. kita semua maklum di sana memang ade sedikit cabaran untuk berwuduk dan mandi dan sebagainya. macmanapun kalau mampu saya akan ke tandas. Alhamdulillah semuanya beres.

  3. as salam
    saya ada banyak citer untuk dikongsi besama semasa menunaikan fardhu haji bersama isteri, pakcik kepada isteri, adik dan anak lelaki pada adik saya . kami ber5 semuanya. saya ade menulis log jugak mendokumenkan aktiviiti saya sehari d sana. untuk cerita lanjut saya suka untuk bercerita terus secara peribadi kepada sesiapa. Hubungi saya saya 013-6672116. In sya Allah

    • Alhamdulillah, tentu menarik kisahnya kerana masing-masing kita mempunyai cerita tersendiri walaupun melalui di tempat yang sama.

      Silakan sesiapa yang sudi bertanya dan mendapat pengalaman untuk mengunjungi blog (link ke blog ?) dan bertanya sendiri.

      Semoga beroleh kebaikan dan ganjaran dari Allah SWT dari perkongsian yang dilakukan.

      Salam hormat. 😀

  4. Assalamu Alaikum wr. wb.
    ummi yang cantik, baik hati dan murah senyum, aku datng menjenguk ummi
    gimn kabar ummi ? apa tak lelah nak lomba neni jadi yang pertama yach 🙂
    dduuhh, kasihan ummi nich, aku mahu sayang2 ummi dlu achh…
    ummi, posting tak bilang2 pula sm aku, jadinya aku telat mampir,mmmhhh…..

    terima kasih untuk info tentng wudhunya ummi
    ilmu dari ummi, sudah tak terhitung, dah berapa yach 😉
    menjadi pedoman neni , jika nak ke tanah haram.. (angkaat tangn sambil berdo’a…. amin ya Allah )

    salam sayang dan rindu selalu buat ummi
    neni kangen 🙂 😉

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni yang dirindui…

      Hmmm… kenapa pagi ini, Umi rasa seperti berada ringan di awangan aja ya. Dunia hari ini seakan berbunga-bunga dan wangi harumnya. 😉

      Aamiin wal Alhamdulillah, rupanya mendapat siraman pujian dan kasih dari anak solehah Umi yang jauh di sana. Semoga Allah memberi rahmat dan lindungan buat Neni di sana.

      Masya Allah, apa bener ya, Umi jadi yang pertama di gelanggang Umi sendiri….hehehe. Nah, bukankah Umi sudah bilang, selepas ini, Umi akan selalu menjuarainya. 😀

      Neni sengaja tidak dimaklumkan agar telat ke mari. (oppsss… bukan. sebenarnya Umi sudah maklumi dua kali, tapi Neni yang lupa.) 😉

      ok. semoga mendapat manfaat dan akan dikabulkan hasrat untuk ke sana nanti. Sekarang ini, belajar rajin-rajin agar lulus pengajiannya dulu. Umi mengaminkan doa Neni.

      Terima kasih sudah menyapa Umi untuk kesekian kalinya.
      Salam sayang dan rindu kembali dari Umi. 😀

      • mmhh… tak apelah umi nak juara 1, neni ridho, yang kalah tak selamanya kalah kan umi 😉
        hari ini, neni nak baik ma ummi, takut neni kena garang muka merah ummi, iikkhh, bagai macam dan singa mau menerkam aku hidup2,, takuuuttt…. lariiiii… kabooorrr… 😉

        ahh, neni tak lupa, umi tak pernahlah info ke aku, iya kan iya kan…macam mana pula umi nich.. huahua, aku dah pandai cakap macam umi 🙂

        amin..amin…amin..amin…
        neni pengen banget, banget dan banget nak kesana

        kembali kasih buat ummi
        demi ummi neni rela mendaki gunung dan luasnya samudera tuk sampai kesana tp dlm mimpi aja yach ummi 🙂

        salam rindu dan syng selalu buat ummi

        • Yes! Menaaaang. 😉 (sambil aamiin.)

          Alhamdulillah, begitulah sepatutnya adab anak dengan uminya.
          Ibu harus dimenenagikan supaya hati ibu bahagia. Maka, anak kenalah banyak mengalah. 😀

          Insya Allah, jika ada izin Allah dan takdirnya sudah tersurat, tiada siapa yang dapat menghalangi kudrat Allah dalam merencana sesuatu. Aamiin.

          Salam cinta manis dari Umi. 😀

    • Salam hormat mas Muhammad…

      Alhamdulillah, mudahan bermanfaat untuk yang bermusafir.
      Sebenarnya, ramai umat Islam tidak mengetahui adanya alternatif yang memudahkan wuduk dalam waktu terdesak.

      Terima kasih. 😀

  5. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Sebagai Muslim kita selalu melakukan wudu, tapi kadang belum menyadari sepenuhnya tentang hakikat wudu tersebut. Pandangan umum, berwudu hanya pada pemahaman bersuci saat akan melaksanakan kewajiban solat, padahal tidak hanya itu, ya Mbak?

    Terima kasih atas manfaat yang telah disebarkan melalui tulisan ini, sehingga saya bisa mengingat kembali makna wudu dalam menjalani kewajiban sebagai orang Muslim.

    Salam sejahtera selalu…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden….

      Berwuduk adalah permulaan hendak solat. Kerana itu, dalam sirah Nabawi dan sirah sahabat, apabila mereka mengambil wuduk, mereka mengambilnya dengan khusyuk sekali seolah Allah berada di depan mereka sama seperti mereka merasainya ketika sedang solat.

      Wuduk adalah wajib bagi sahnya solat. Maka, sempurnakanlah wuduk kita. Jangan bermalasan dan sambil lewa dalam mengambil wuduk. Kesannya, solat tidak khusyuk dan dibuat juga dengan hati yang tidak tenang kerana tiada tumpuan kepada Allah.

      Terima kasih mas Raden untuk kunjungan dan perkongsian mindanya.
      Salam sejahtera di hujung pekan. 😀

  6. Assalamualaykum wbhth!
    Yang berbahagia Tuan2 Admin dan para ahli Kenangan Haji dan Umrah,
    Mohon laluan untuk mendapatkan maklum balas daripada Tuan2/Puan2/En2/Cik2 berhubung pengalaman Umrah dan Haji dengan mengisi maklumat seperti yang terdapat di dalam e-survey berikut:
    https://www.surveymonkey.com/s/ehaj
    Tolong sebarkan link ini dikalangan sahabat-sahabat FB, semoga bakal-bakal jemaah Haji dan Umrah akan mendapat manfaat dari maklumat yang diberikan.
    Segala perhatian dan kerjasama diucapkan jutaaan terima kasih.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.