CT29. DARI BLOG KE BUKU : KRONOLOGI KEGIATAN MENULISKU (1)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

MENULIS SANGAT MUDAH. KENAPA AKU BERKATA DEMIKIAN ? KERANA…. Aku menulis sudah lama. Berpuluh tahun. Malah minat menulis terus dipupuk setiap hari.  Begitu juga dengan membaca. Dua aktiviti yang menjadi kegilaan dan kemestian bagiku dalam kehidupan ini. Kemana-mana, buku adalah kawan karibku.

Aku mula mengenal dunia baca dan tulis secara serius ketika berusia 10 tahun dalam darjah 4 di Sekolah Rendah Abang Aing, Sri Aman, Sarawak.  Sejak mengenal bagaimana menulis catatan harian (diari) di sekolah rendah yang terhasil dari sebuah karangan yang disuruh oleh guru Bahasa Melayu, aku mula mengulit diri mencatat setiap aktiviti kehidupanku 24 jam.

Satu aktiviti menarik yang menjadi permulaan kepada kecintaanku dalam dunia penulisan. Walau bukan buku  diari yang khusus  seperti yang terjual di pasar. Tetapi hanya sekadar menggunakan cebisan-cebisan kertas dari buku yang sudah tidak diguna, kemudian dicantum dan di”staple” menurut ketebalan yang dikehendaki. Itulah buku diari pertamaku.

Sayangnya catatan-catatan peribadi masa kecilku telah hilang dan entah ke mana perginya. Tiada seorang dalam keluargaku yang menghargai buku-buku tulisan kanak-kanak hingusan dan tiada siapa yang faham bahawa catatan itulah nanti bertahun2 kemudian boleh menjadi bahan sejarah yang penting untuk dikenang.  Untuk itu, aku terpaksa menggunakan segala kekuatan memori  agar apa yang tersimpan di galeri otak tentang masa silamku dapat dikembalikan.


Alhamdulillah, kegiatan menulis aku semakin rancak ketika berada di sekolah menengah.  Sekolah Menengah Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Matang, Kuching, Sarawak menjadi wadah tempat aku mengasah bakat dan potensi menulisku yang sedia ada. Memanjangkan bakat menulis semakin menjadi mudah apabila karya tulisanku  bergenre puisi dan seloka sering dimuatkan dalam majalah SERAPI hampir setiap tahun. Minatku ketika itu hanya bertumpukan kepada penulisan puisi dan kebanyakannya masihku simpan baik dalam sebuah buku kecil.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu… hehehe. Begitulah tuahku yang dikurniakan Allah, apabila dapat melanjutkan pelajaranku ke Pra Akademi Islam Universiti Malaya, Cawangan Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. Hampir 2 tahun di sana, peluang menulisku kurang berkembang kerana lokasi kampus yang kecil, walau bagaimanapun karyaku tetap ku hantar untuk mengisi ruang buletin Persatuan Mahasiswa  Islam Nilam Puri dan sempat memenangi tempat pertama dalam pertandingan menulis CERPEN. Alhamdulillah, kemenangan yang tidak pernah dijangka dan mengejutkan kerana itulah hasil cerpen pertamaku yang dipertandingan dan terakhir ku tulis. 😀

Sayap penulisanku semakin berkembang apabila berjaya menempatkan diri di Fakulti Usuluddin, Akademi Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Empat tahun berada di lembah ilmu, Lembah Pantai memberi peluang untuk meluaskan bakat penulisanku dari hanya berfokus kepada penulisan sajak dan puisi, kemudian melangkah kepada penulisan yang lebih serius iaitu artikel-artikel semasa yang berhubung dengan penulisan dakwah, kritikan, ruang pembaca dan pelbagai lagi.

Selain itu, aku tetap mencuba untuk mengikuti setiap pertandingan puisi. Aku pernah memenangi tempat pertama bagi pertandingan puisi di Kolej Tunku Kursyhiah dan tempat kedua  di Kolej Bestari, Universiti Malaya. Alhamdulillah, semua percubaan pertamaku selalu menjadi kenyataan  di mana aku yang tidak pernah mengimpikan kemenangan tersebut kerana saingan yang sangat banyak dari peserta mahasiswa.

Sebagai penulis muda yang masih merangkak menongkah arus dengan berbekalkan pengalaman sedia ada dan pembacaan yang luas disertai minat dan keseronokan berbagi ilmu, aku menghasilkan pelbagai jenis penulisan. Alhamdulillah, semua penulisanku yang pertama semuanya berhasil disiarkan di pelbagai media massa dan media cetak. Antaranya majalah Dakwah, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Ummi, buletin Suara Masjid Negara, Buletin Suara Mahasiswa dan Buletin Suara Usuluddin. Di samping itu, beberapa hasil penulisanku juga dimuatkan di dalam suratkhabar nasional dan negeri seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Utusan Sarawak .


Seusai tamat pengajianku yang penuh cabaran,  aku berjaya dengan cemerlang dalam memeluk impian pertama ku untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Kelas Kedua Tinggi dengan kepujian. Alhamdulillah, kesibukan sebagai mahasiswa yang aktif dalam berpersatuan tidak pernah menjadi batu penghalang untuk aktif menulis dan berjaya dalam pelajaran.  Dunia penulisan tetap menjadi keutamaanku walau sudah menjawat sebagai  Guru Siswazah Tidak Terlatih (GSTT) di SMK Simanggang, Sri Aman, kota kelahiranku yang tercinta.

Selama mengajar hampir satu tahun di SMK Simanggang, aku terus aktif menulis dengan menghantar karyaku ke majalah dan suratkhabar juga Suara Masjid Negara. Walau bagaimanapun kebanyakan karyaku dikirim ke majalah Dakwah. Sekali lagi tiada siapa yang tahu tuah manusia, tanpa ku duga,  aku mendapat tawaran untuk menjadi penulis tetap bagi satu kolum khas  untuk setiap keluaran majalah tersebut, malahan juga ditawarkan pekerjaan sebagai wartawan. Sayangnya terpaksa ku tolak kerana minatku yang lebih mendalam dalam bidang pendidikan.

Kemudian, aku berjaya mendapat tawaran menyambung pengajianku bagi memperolehi Diploma Pendidikan dalam bidang Pengajian Islam  melalui Kursus Perguruan Lepas Ijazah selama satu tahun di Maktab Perguruan Islam, Bandar Baru Bangi, Selangor. Sayap penulisanku kembali aktif apabila semua hasil penulisanku disiarkan dalam Buletin  Berita Maktab yang dikeluarkan setiap 2 minggu dalam sebulan.  Namaku mula dikenali ramai sebagai guru pelatih yang sangat aktif dalam penulisan dan karya puisi. Aku juga pernah meraih tempat kedua dalam pertandingan sayembara puisi ketika majlis Suaikenal/Silaturahmi Guru Pelatih baharu.

Alhamdulillah, kesibukan sebagai pelajar dan penulis sampingan di suratkhabar tidak pernah membuat aku lelah untuk terus meraih kejayaan keduaku dalam bidang pelajaran. Di akhir pengajian tersebut, aku berjaya meraih kejayaan dengan kelulusan Cemerlang dalam kalangan 13 pelajar dari 320 pelajar KPLI keseluruhannya. Sekali lagi, aku menyakinkan diri bahawa kejayaan akan dapat dicapai jika keinginan melangit tinggi yang disertakan kepercayaan terhadap kemampuan diri.

“Kita boleh memilih sama ada ingin membina kekuatan yang kita miliki atau menumpukan perhatian kepada kelemahan diri sendiri.”

Siri kedua akan bersambung ……

*

SalamFatima3SalamFatima  11 Disember 2010 (Sabtu)/ 1424  petang – SARIKEI, SARAWAK


Perahlah susu ilmu dari puting kertas-kertas buku kerana di dalam buku terdapat kerajaan hasil karya akal fikiran. Orang yang mempunyai buku dan sentiasa berdampingan dengannya jauh lebih kaya berbanding Qarun bersama dengan gudang hartanya. Lebih mulia berbanding Nu’man bersama para jurutulisnya dan lebih baik keadaannya daripada Baramikah.

– DR. ‘AIDH ABDULLAH AL-QARNI –

Sahabat sekalian, untuk beberapa hari saya akan offlne kerana mahu berehat sebentar bagi mengisi masa cuti yang masih bersisa. Insya Allah, akan membalas kunjungan balik dari sahabat yang sudi bertandang dan berkomentar ketika saya tiada di rumah ilmu ini. Mohon kemaafan buat sementara waktu jika ada kesilapan dan terkasar bahasa selama bersama di dunia online.


57 thoughts on “CT29. DARI BLOG KE BUKU : KRONOLOGI KEGIATAN MENULISKU (1)

    • Hai Andi…

      Alhamdulillah, kembali menyapa setelah lama tidak di maya.
      Terima kasih ya. Mudahan Andi juga akan selalu bersemangat dan optimis dengan kemampuan diri. saya mendoakannya. Amiin.

      Salam sukses selalu. 😀

      • assalamu’alaikum
        saya terngiang dan tersanjung sekali bunda karena anda masih turut peduli mendo’akan saya yang kadang enggan menulis dikarenakan bingung mau berbagi apalagi..

        salam sejahterah dan sukses selalu bun

        • Wa’alaikum salaam Andi…

          Usah bingung Andi… semua kita punya potensi. Cuma ada sesetengah orang yang tidak menyadari akan potensinya jika tidak digerakkan dengan keyakinan dan percaya diri.

          Cobalah menulis pengalaman diri seperti yang pernah Andi tulis dulu, sangat menarik sekali tulisannya. Saya suka membacanya. Andi punya bakat yang besar jika praktik menulis selalu menjadi rutinitas.Menulis sangat mudah Andi. Percayalah.

          Selamat berjaya Andi dan raihlah impian dengan menghadapi semua rintangan di hadapan. Pasti akan sampai ke destinasinya. Contohilah semut dengan keajaiban ciptaannya.

          Salam mesra selalu. 😀

  1. assalamualaikum

    jika bunda bisa, kenapa saya yang hanya bocah pengangguran aktivitas hanya sebagai siswa tidak bisa terus menulis diblog 🙂
    salam

    • Wa’alaikum salaam Andi…

      Insya Allah, Andi lagi muda dan kuat, pasti lebih bisa dari saya. Teruskan menulis tanpa jemu dan jangan banyak alasan untuk tidak menulis kerana menulis itu santai aja. 😀

      Salam mesra dari saya.

  2. Ass….

    Saya jadi teringat pesan dari salah seorang guru saya, bahwa kita dapat mengenali seseorang dalam waktu beberapa menit dari tulisannya dan sikapnya, buku apa yang yang mereka baca, dan dengan siapa mereka selalu bergaul.

    Maaf baru dapat ziarah, dikarenakan keterbatasan diri di akhir-akhir ini untuk melakukan blogwalking.

    Dengan mengatasi permasalahan yang kecil; maka, kita dapat mengatasi permasalahan yang besar.

    Salam

    Ejawantah’s Blog

    • Wa’alaikum salaam saudara R.Indra Kusuma Sejati…

      Saya sangat senang membaca pesan guru saudara. Kata-katanya penuh cahaya yang melimpah pesona sinar bagi menyemarak hati untuk terus berbuat sesuatu yang baik untuk diri dan bermanfaat untuk orang lain.

      Terima kasih atas kunjungan yang penuh hikmah. Semoga segala tugasan dapat diselesaikan dengan bijak dan saksama.

      Salam ceria di sore Ahad yang indah.

    • Hai Mas Zulfa…

      Hmmm… seperti mengalah aja ni mas. Jangan pernah berputus asa. Semua rasa itu datangnya dari kita bukan orang lain. Maka, manfaat atau tidak bukan kita yang menentukannya. biarlah kata-kata itu belayar di maya ini dengan sendiri setelah kita meluncurkan layarnya. tujuan kita menulis adalah untuk berbagi hikmah yang di dalamnya ada manfaat untuk memandaikan diri.

      Kalau ada yang ingin menumpang baca dan mahu meninggalkan jejak, itu bermakna tulisan itu punya daya tarikannya tersendiri. Tulis aja mas, jangan pernah menyerah pada malas.

      Selamat menulis dan terus menulis.
      Terima kasih sudi berkunjung kala saya tiada.
      Salam mesra selalu.

    • Hai Fitr4y…
      Amiin…Alhamdulillah, pengalaman yang baik harus dikongsikan buat semua agar bisa juga memperolehinya. Namun begitu, laluanya tidak mudah kerana banyak ranjau dan denai yang harus ditempuhi untuk mencapai kejayaan dalam perjalanan itu.

      Terima kasih Fit atas sapaan kala bunda tidak ada di rumah ilmu ini. Semoga Fitr4y juga sukses.

      Salam manis dari saya. 😀

    • Salam hormat Eyangkung…
      Alhamdulillah, cutinya sudah usai dan kembali bersama mencatat sesuatu untuk kongsian bersama.

      Terima kasih atas semangat dan sokongan dari Eyang. Insya Allah, akan lebih segar lagi dengan aroma tulis yang mencerahkan.

      Senang dengan kunjungan Eyang yang selalu betah kemari. Semoga Eyang sehat dan dirahmati Allah SWT. Amiin.

      Salam harmoni di sore minggu yang cerah ini. 😀

    • Salam takzim mas Nurhayadi…

      Saya suka dengan mutiara kata di atas. Sungguh mencerahkan minda dan menjernihkan jiwa.

      Jika menulis itu suruhan Tuhan, maka jangan diabaikan titah-Nya kerana banyak manfaat diperolehi untuk kebijakan manusia. Semoga aktiviti menulis kita selalu memberi nyawa kepada mereka yang memerlukan semangat untuk terus hidup dari kelelahan kelmarin.

      Terima kasih atas kunjungan kala saya tiada di maya. Semoga diredhai Allah selalu.
      Salam mesra dari saya. 😀

    • Hai Fety…

      Terima kasih ya atas doanya dan kata semangat. Alhamdulillah, saya sudah kembali dari berlibur. Insya Allah ada cerita yang bakal dikongsikan nanti.

      Senang menerima kunjungan dari Fety, kala saya tiada di maya. Semoga diberkati Allah selalu dan sukses dalam urusannya.

      Salam manis dari saya selalu. 😀

  3. Assalamualaikum wr wb,
    Selamat bercuti, saya pun baru pulang dari semenanjung Malaysia bercuti selama 2 minggu tapi wordspress jalan terus. Fatimah bercuti ke mana ye?
    Ok, semasa saya di bangku sekolah dahulu, majalah Dewan Pelajar dan Dewan Siswa adalah langganan bulanan sekolah kami untuk setiap seorang murid-muridnya.
    Tak sangka ye kita ketemu di sini.

    • Wa’alaikum salaam sahabatku BintangZohra…
      Alhamdulillah, cutinya sudah selesai. Hanya bercuti dalam negeri Sarawak sahaja. Insya Allah akan ada posting tentang percutian itu nanti.

      Iya… saya juga senang bertemu Zohra di sini. terima kasih sudi bersahabat dengan saya. Semoga ceria selalu.

      Salam manis dari saya. 😀

  4. Pingback: Kembali Ke T.K.P « Biar sejarah yang bicara ……..

    • Sahabat Halaman Putih…

      Benar mas, oleh kerana sudah menjadi rutinitas dan minat yang tinggi diserta banyak membaca dan berfikir, aktiviti menulis menjadi mudah. mahu kosisten atau tidak, itu bergantung kepada diri sendiri.

      Kalau konsisten, maka kemahirannya akan bertambah dan penulisannya semakin mantap. Menulis dan membaca adalah aktiviti yang menyegarkan sel-sel otak dan menyehatkan jiwa.

      terima kasih ya atas kunjungan.
      Salam hormat dari saya.

  5. sungguh pengalaman yang sangat indah untuk menjadi tauladan bagi saya.

    Saya setuju sekali,jiika ingin diri kita maju dan berkembang,maka fokuslah pada kelebihan jangan terhambat karena kekurangan diri.

    Terima kasih bunda,salam bahagia.

    • Hai Lyna…

      Semoga beroleh kebaikan dari apa yang dibaca ya. Saya sekadar berkongsi kebaikan untuk sama-sama diambil manfaatnya bagi diri saya dan juga sesiapa yang membacanya.

      Keindahan pengalaman itu hanya akan dirasai setelah berjaya melaluinya. sepanjang proses yang berjalan bersama masa, banyak ranjau duri yang harus di tempuh.

      Terima kasih lyna, senang atas kunjungan yang baik sepanjang saya tidak di maya.

      Salam manis selalu dari saya.

  6. assalamu’alaikum bunda, apa kabar?
    maaf baru berkunjung lagi ini..
    mudah2an bunda dan keluarga selalu dalam keadaan sehat wal afiat..

    membaca postingan bunda, saya jadi termotivasi..
    terima kasih bunda..

    • Wa’alaikum salaam Muhammad…

      Alhamdulillah, saya sehat dan harap Muhammad juga demikian.

      Inda apa, kalau ada luang masa, silakan kemari untuk berkongsi hikmah. Semoa beroleh kebaikan dari sajian ilmu yang ada di sini. hanya sekadar mencurah hati. menulis kan satu hal yang santai aja kan.

      terima kasih kembali atas kunjungan Muhammad.
      Salam ceria selalu.

  7. Bunda sangat berbakat dan banyak sekali pengalaman menulisnya ya.. wah, saya jadi termotivasi untuk bisa seperti bunda siti.. 🙂

    mohon doanya ya bunda.. 🙂
    selamat Cuti Bunda, semoga semakin ceria dan kembali fresh lagi..

    salam sayang saya

    • Hai Tyha…
      Saya kembali bersama di maya untuk menyapa Tyha.

      Subhanallah walhamdulillah atas apa yang dikurniakan Allah buat kita semua. Oleh itu, jangan disia-siakan bakat yang ada Tyha. contohnya Tyha berbakat dalam menulis lirik lagu, maka gunakan sebaik mungkin untuk mengajak manusia kepada kebaikan. semua itu ada ganjaran dari Allah SWT. Semoga sukses selalu.

      Terima kasih sudah sudi berkunjung kala saya tiada di rumah ilmu ini. Semoga bahagia dan sehat selalu.

      Salam sayang kembali dari saya buat Tyha. 😀

  8. Wah, panjang sekali sejarah kepenulisan seorang Bunda. dari kelas 4SD ya? Kalau di hitung, pasti sudah tak terkira lagi berapa jumlah buku diari yang sudah bunda tulis.. 😀

    Selamat Bercuti bunda, Have a nice Day,,

    • Hai Masyhury…

      Iya deh, memang panjang sekali ceritanya kalau mahu dilanjutkan. 😀 Buku Diari saya sangat banyak sekali dan masih disimpan baik sebagai bahan rujukan.

      Terima kasih atas kunjungan yang menyenangkan dan alhamdulillah, cuti ini tadi memberi banyak inspirasi untuk menulis lagi.

      Salam ceria selalu. 😀

  9. Assalaamu’alaikum Bunda…!

    Ternyata Bunda ini pandai sekali berbuah tangan.
    dahulu, sekitar tahun 1995 saya rajin sekali mengirimkan artikel opini ke berbagai media massa, akan tetapi kegiatan itu akhirnya hilang seiring dengan bertambahnya kesibukan saya bermain bersama teman-teman 😀

    Semoga buah tangan Bunda tetap berjaya demi pendidikan generasi mendatang, Amin.

    Salam hangat dari Varis Van Java…

    • Wa’alaikum salaam Mas Argun…

      Alhamdulillah… mudahan kegiatan menulis Argun kembali menyerlah di blog. membaca tulisan Argun cukup menarik sekali gaya bahasa dan cara fikirnya. Kalau terus dipupuk dan jadikan satu aktiviti yang menyenang, pasti kesibukan bersama teman akan dapat dikurangkan. 😀

      Amiin… Ya Rabb atas doa yang dilampirkan bersama. Semoga Argun juga sukses.

      Salam hangat kembali dari saya.

    • Hai Loewyi…

      Iya… tambah semangat kini setelah istirehat dari ngeblog. Insya Allah, jika ada rezekinya akan loewyi baca juga nanti. Berdoalah untuk bunda ya. 😀

      Terima kasih sudah hadir tika bunda tiada. Semoga sukses selalu. Salam mesra selalu. 😀

    • Iya Kang Ian. Mohon didoakan ya agar semuanya berjalan baik. Teruskan usaha menulis itu Kang, tulisan kang cukup menarik sekali. potensinya sudah terserlah. maka jangan dilewatkan kebolehannya. Terus menulis dan menulis. Semoga berjaya selalu.

      Salam mesra dari saya. 😀

    • Amiin… Ya Rahman.
      Saya mengaminkan doa Akhmad agar diperkenankan Allah atas niat yang baik untuk selalu menulis.

      salam kembali dari Ieesyah buat Dida. Semoga semakin cerdas dan membanggakan. Tak usah bimbang, Rasulullah SAW menyatakan bahawa nakal anak-anak kecil tandanya ia cerdas.

      Salam harmoni.

  10. blue datang emnyapa bunda
    tetap semangat y bunda
    blue selalu mensuport bunda
    salam kangen
    salam kehangatan
    salam penuh cinta tuk bunda sekeluarga disana dari blue disini
    salam hangat dari blue
    selalu ada doa tukl kesehatan serta keselamatan bunda disana

    • Nanda Blue…

      Alhamdulillah, senang menerima kunjungan dari Blue. Terima kasih atas sokongan yang selalu bersemangat dari nanda. Bunda menghargainya.

      Salam hangat dan kangen juga dari bunda. Didoakan nanda Blue dan keluarga di sana dalam kondisi yang baik dan sehat semuanya. 😀

  11. Salam sejahtera selalu Bunda, mohon maaf satu bulan lebih tidak berkunjung, alhamdulillah sekarang sudah sehat kembali, semoga kita tetap bisa bersahabat dan bertukar informasi. Salam persahabatan selalu dari pekalongan

    • Salam hormat Kang Guru, Mas Teguh…

      Alhamdulillah dapat kembali menerima sapaan baik dari sahabat guru di Pekalongan. Semoga selalu sehat dan ceria untuk dapat berkongsi ilmu juga hikmah di maya. Selamat kembali ngeblog mas Teguh.

      Salam persahabatan juga dari saya. 😀

  12. Pingback: CT30. DARI BLOG KE BUKU : KRONOLOGI KEGIATAN MENULISKU (2) « LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  13. Assalamu’alaikum….

    Tetap semangat terus menulis, Bunda, sesungguhnya tulisan-tulisan Bunda enak dibaca, sungguh layak untuk dijadikan sebuah buku. Saya juga terus belajar untuk terus bisa menulis. Dan memang betul, untuk bisa menulis dengan baik, kita harus banyak pula membaca. Makasih, Bunda, telah berbagi semangat.

    Wassalam,
    Akhmad Muhamin Azzet

    • Wa’alaikum salaam mas Amazzet…

      Subahnallah, pujian mas Amazzet membuat saya rasa malu kerana saya masih memburu impian sedangkan mas sudah punya banyak buku di pasaran. Namun begitu, saya menghargai kata penghargaan yang disampaikan dan mengganggap ia sebagai satu semangat untuk mendorong saya terus berusaha menulis juga.

      Salam ceria dan semoga dirahmati Allah SWT. 😀

  14. Kembali mengunjungi blog yang telah lama ‘dunia’ ini kutinggalkan karena kesibukan yang sangat banyak.

    Kembali ke blog mbak yang telah lama mencurahkan apresiasi yang banyak pada dunia pendidikan dan pengajaran.

    Selamat saya ucapkan atas keberhasilannya mendapatkan meraih kejayaan dengan kelulusan Cemerlang dalam kalangan 13 pelajar dari 320 pelajar KPLI keseluruhannya

    Semoga kecemerlangan ini dapat ditularkan kepada anak-anak didik untuk memajukan umat.

    Amiiin.

    • Tiada yang bisa diucapkan atas kata penghargaan dari Azzahra melainkan kalimah yang mulia, Amiiin… Ya Rahman Ya Rahiim. Alhamdulillah dan terima kasih. Terharu. 😀

      Insya Allah, melalui kejayaan yang telah diraih selama ini akan dikongsi semaksimanya bagi memotivasikan anak didik supaya mereka juga akan melalui jalan yang sama malah lebih baik dari saya.

      Semoga Azzahra bisa beroleh manfaat dari sajian ilmu yang dihidangkan di blog sederhana ini. Terima kasih sekali lagi kerana sudi berkunjung dan saya menyenanginya.

      Salam damai dan ceria selalu. 😀

  15. Assalamualaikum Bunda Siti,
    Berkali-kali bunda bilang menulis itu mudah, berkali pula nanda menyanggah bahwa menulis itu tidak mudah 😦

    Tetapi seiring berjalannya waktu, perlahan nanda belajar menulis walaupun dengan gaya yang sangat novis dan alhamdullilah sekarang sudah ada sedikit perkembangan walaupun sangat lamban.

    • Wa’alaikum salaam Nanda Aldy…

      Tidak apa nanda Aldy… asal semua perkara yang kita lakukan adalah berawal dengan susah. Insya Allah, lambat laun akan menjadi mudah asal sahaja mahu melakukan tanpa mengenal lelah.

      Jangan merendah diri nanda, tulisan nanda dalam setiap posting selalu menyenangkan bunda membacanya. Bahasa yang baik dan mudah difahami untuk diambil iktibar juga sempadannya.

      Teruskan menulis dengan senang hati dan berhati-hati. 😀
      Salam mesra dari bunda.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.