CT217. ALLAHU AKBAR ! POLIS SYARIAH WUJUD DI ACHEH

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuuh

AchehFatima1PolisSyariah

*

“ACHEH HIKMAH TSUNAMI”

Demikian tajuk dokumentari satu jam yang disiarkan oleh Radio TV Malaysia (RTM), chanel TV 1 pada 26 Disember 2013, jam 11 malam yang lalu. Dokumentari tersebut mengimbas kembali Acheh yang pernah dilanda musibah besar Tsunami pada tarikh 26 Disember 2004 dan pembangunannya sepanjang 9 tahun.

Memang besar kesan yang diterima oleh penduduk Wilayah Acheh khususnya dan negara Indonesia amnya atas tragedi bencana laut paling buruk yang meragut lebih dari 220,000 nyawa.

Pelbagai pihak dari seluruh dunia termasuk Malaysia yang paling aktif, telah memberi bantuan bagi meringankan beban kerana banyak kawasan penduduk telah musnah ranap selain ramai yang kehilangan keluarga.

AchehFatima2HikmahTsunami

*

MEMBANGUN PESAT

Sejak perisiwa tersebut Wilayah Acheh mula dibangun semula dalam segala bentuk aktiviti kehidupan. Setelah 9 tahun berlalu, saya kagum dengan perkembangan yang dipaparkan tentang Banda Acheh dan wilayah sekitarnya yang kian berkembang pesat.

Antara yang menarik adanya Muzium Tsunami untuk mengingati kejadian tersebut. Semua nama yang dikenal pasti menjadi mangsa telah dicatat di dalam Muziun Tsunami. Selain itu, Muzium Tsunami akan menjadi kubu pelindung sekiranya tsunami melanda lagi wilayah tersebut.

Paparan suasana kehidupan harmoni penduduk Acheh masa kini terutama mereka yang berkecimpung di bidang perniagaan (bisnis) juga memberi gambaran tentang kemajuan yang sedang berlaku di wilayah tersebut. 

Salah satu perniagaan yang maju dan menarik perhatian ramai pengunjung ialah kedai ROTI CANAI MAMAK KUALA LUMPUR. Pemiliknya adalah warga Acheh yang pernah menjadi pekerja membuat roti canai ketika bekerja selama 2 tahun di Restoran Mamak di Kuala Lumpur.

*

SERAMBI MAKKAH

Paling menarik perhatian saya dan baru diketahui ialah wujudnya POLIS SYARIAH atau WILAYAH HISBAH (WH) di dalam jawatan polis di negeri yang mendapat gelaran SERAMBI MAKKAH ini.

Dalam paparan tengah dokumentari tersebut diperlihatkan Polis Syariah sedang menjalankan tugas dengan membuat sekatan jalan raya bagi memeriksa kenderaan bagi menahan wanita yang berpakaian ketat dan seluar ketat. Selain itu, dipaparkan seorang perempuan berpakaian dan berwatak lelaki dengan rambut pendek telah diahan untuk siasatan.

Dalam satu maklumat yang saya baca, wanita yang ditahan kerana berpakaian dan berseluar ketat akan dibawa ke sebuah pos keselamatan dan butiran peribadi mereka akan direkodkan. Mereka akan diberi penerangan ringkas tentang undang-undang Syariah dan diminta menandatangani satu perjanjian agar tidak mengulangi kesalahan mereka.

Pemerintah Aceh Barat, Ramli Mansyur berkata, peraturan tersebut diperkenalkan kerana beliau ‘malu dengan gaya pemakaian di Aceh yang terlalu terbuka’. Melalui peraturan yang diluluskan, selepas Ogos 2010, pesalah terbabit yang mengulangi kesalahan yang sama boleh dikenakan hukuman penjara selama seminggu.

*

PENEGAK SYARIAT

Untuk mengetahui lebih lanjut, saya berusaha mencari pelbagai informsi tentang kewujudan Polis Syariah di Daerah Acheh Barat. Lebih menarik lagi, Daerah Acheh Barat merupakan satu-satunya daerah yang mengamalkan undang-undang syariah di negara Indonesia. 

Polis Syariah atau Wilayah Hisbah dikenali sebagai “Penegak Hukum Plus”, kerana bertugas bukan hanya sekadar menegak isi Qanun (undang-undang), tetapi juga menjadi da’i (pendakwah), pendidik dan penyuluh masyarakat. 

Tugas utama mereka sama seperti polis biasa dalam menegak undang-undang di negeri masing-masing tetapi lebih menjurus kepada BIDANG SYARIAH ISLAM  bagi menangani masalah (kes) khalwat, minuman keras, perjudian dan pakaian muslim. 

*

Video klip ini memaparkan hukuman ta’zir (sebat rotan) sedang dijalankan oleh Polis Syariah ke atas sepasang remaja yang ditangkap khalwat di Acheh. Semoga menjadi pengajaran buat semua.

*

TUGAS POLIS SYARIAH

Walaupun berperanan sebagai polis, tugas mereka bukan untuk menangkap pesalah tetapi untuk memberi nasihat kepada masyarakat Aceh dalam hal yang melanggar hukum di atas.

Hal ini terkandung dalam Qanun no 11 tahun 2002 tentang Pelaksanaan Syariah Islam bidang Aqidah, Ibadah dan Syiar Islam menjelaskan bahawa Wilayah Hisbah hanya bertugas untuk menegur dan menasihati pelanggar hukum. Namun jika pelanggar tidak berubah setelah diperingatkan, maka Wilayah Hisbah akan menyerahkan kes (masalah) tersebut kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Asas permulaan pembentukan Hukum Wilayatul Hisbah (WH) atau Polis Syariah adalah keputusan Gubernur no 01 tahun 2004 tentang Organisasi dan Tata Kerja Wilayatul Hisbah. Wilayatul Hisbah mempunyai tugas hampir sama seperti polis tetapi lebih kepada menegakkan undang-undang (qanun) Syariah.

Alhamdulillah, sekurangnya syariat Allah SWT telah ditegakkan di sebuah negeri kecil dalam negara besar Indonesia. Walaupun hanya sebahagian syariat sahaja dilakukan, namun bakal memberi impak yang besar untuk membina generasi muslim yang hebat di kemudian hari.

*

HUDUD DI BRUNEI DARUSSALAM

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM telah mengisytiharkan Hukum Hudud dijalankan di negaranya. Penisytiharan ini telah diwartakan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

*

 HukumHududBruneiDarussalam

Semoga dirahmati Allah SWT. Aamiin.

*

harapanhatiFatima

Saya berharap negara Malaysia yang telah diisytiharkan sebagai NEGARA ISLAM pada tahun 2001, tidak melengahkan pelaksanaan Undang-undang Syariat Islam yang termasuk di dalamnya Hukum Hudud, Qisas, Diyat dan Ta’zir.

Undang-Undang Syariat Islam perlu dilaksanakan bagi membendung gejala sosial yang semakin berleluasa seperti zina, bersekedudukan, buang bayi, pakaian membuka aurat, khalwat dan sebagainya yang semakin meningkat dan dilakukan tanpa rasa malu di khalayak ramai. Allahu Akbar ! Sampai bila kita hendak bersubahat dengan perkara mungkar dan maksiat.

TAKUTLAH DENGAN AZAB ALLAH

Fenomen yang berlaku dalam Tamadun Malaysia kini memperlihatkan segelintir umat Islam semakin hanyut dalam kemajuan yang tidak seimbang antara duniawi dan ukhrawi. Mereka sudah tidak takut kepada Allah SWT dan musibah yang bakal diterima di kemudian hari.

*

MALAYSIAKU, BILA LAGI ?

PERLUKAH KITA MENUNGGU MUSIBAH ALLAH, BARU HENDAK MELAKSANAKAN SYARIATNYA ?

*

*

SalamFatima3SalamFatima28 Disember 2013 (Sabtu)/ 25 Safar 1435H/ 9. 38 malam – Sarikei, Sarawak

AKU…. tahu pengalaman adalah guru yang kejam. Setiap kali aku cuba meraih kejayaan, aku harus melalui denai dan ranjau. Setiap kali aku cuba mencari kebahagiaan, aku harus menempuh pilu dan resah. Setiap kali aku cuba menemukan cinta, aku harus meredah rindu dan lara. Namun, pengalaman itu juga guru yang mengajar aku erti sabar dan senyum. Setiap kesukaran akan ada kesenangannya. Percayalah.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu….yang jauh tetap jauh kecuali engkau tidak ke mana-mana. Bahkan diam itu mempunyai iramanya tersendiri. Aku masih di sini, mendengar suara hati yang ingin berbicara. Percayalah, setiap hari ingatan itu berkelana mencari rupanya. Wassalaam. 😀

RinduIbtisamFatima1padamu

*

HATI YANG MENYATU KERANA ALLAH, TIDAK AKAN PERNAH MATI

*

19 thoughts on “CT217. ALLAHU AKBAR ! POLIS SYARIAH WUJUD DI ACHEH

  1. Moh Natsir seorang mantan pemimpin di negeri ini pernaha berkata : dirikan lah daulah Islamiyah pada diri kalian niscaya daulah islamiyah akan tegak pada negeri2 kalian.
    Dan kalau semua negeri sudah tegak daulah Islamiyah, tentunya akan mudah untuk menegakan khilafah Islamiyah

    • Allahu Akbar ! Harapan yang besar dari Bapak Mohd. Natsir yang tentunya mas AbiFasya tidak pernah lupa. Kata-kata itu adalah merupakan azimat dari kalimat yang hebat untuk melihat sebuah daulah Islamiyyah tertegak di bumi pertiwinya.

      Mudahan akan terlaksana di suatu ketika nanti oleh generasi Ulul Albab yang mencintai Allah dan Rasul-NYA.

      Kesedaran Islam mesti ditingkatkan kepada umat Islam oleh pemerintah yang dipertanggungjawabkan untuk menegakkan syariat Islam.

      Terima kasih atas perkongsian dan kunjungan.
      Salam hormat. 😀

  2. Ternyata syariah itu memang dirindukan dan tak menjadi menakutkan kala dijalankan ya bunda
    Semoga ini menjadi solusi yang baik dan semoga bisa dijalankan dengan baik di daerah2 yang sudah menerapkannya.

    Salam hormat dari Bogor 🙂

    • Apabila hukum syariat dijalankan sesuai dengan perintah Allah SWT iaitu mesti dijalankan di hadapan orang ramai, tujuannya adalah untuk menjadi pengajaran kepada orang lain agar tidak melakukan al yang sama.

      Aamiin. Mudahan syariat Islam dapat menyelamatkan umat islam dari azab api neraka Allah di akhirat kelak.

      Salam ceria nanda Achoey dan terima kasih. 😀

    • Iya, memang bukan untuk umat Islam semata, tetapi juga menjaga maslahat umat lain yang bernaung di dalam negara islam. Islam adalah agama yang aman dan selamat untuk seluruh alam.

      Salam sejahtera dan terima kasih Purnomo.

  3. Assalamualaikum wr.wb,
    Mba Fatimah apa kabar?
    Ah ya saya juga banyak membaca lewat media massa mengenani Polisi Syariah di Aceh ini. Semoga ini suatu awal yang baik bagi negeri kami untuk juga mempertimbangkan hal yang sama kpd daerah-daerah lainnya yg relevan.
    Terima kasih mba telah menuliskannya di blog ini.

    Salam persahabatan dari saya di Sukabumi, West Java.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa…

      Alhamdulillah, saya baik sahaja. Didoakan juga mas Titik Asa dan keluarga dalam rahmat Allah SWT. Aamiin.

      Mudahan dengan berawalnya di Aceh akan berkembang kepada negeri dan negara lain yang pemerintahnya muslim. Semoga Allah SWT selalu melindungi kita dari musibah yang dilakukan oleh orang lain.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam hormat. 😀

  4. Assalamu ‘alaikum wr. wb. umiku syng, umiku yang selalu kurindu

    pemerintahan Syari’ah memang selalu dinanti dan dirindukan, seperti masa Rasulullah SAW, dan para sahabatnya,.. dan banyak merindukan akan hal itu, namun jika kita ingin menerapkan hukum syari’ah mereka juga yng menentang, sehingga kadang sulit menerapkan sistem syar’iah dalam kehidupan sehari-hari,
    mengajak ke tempat ngajipun susah, mengajak menghadiri majelis ‘ilmu juga susah, fenomena yng terjadi di kalangan kaum muslimin/muslimah…

    begitu banyak musibah yng menimbah, namun bnyk yng tidak mampu mengambil ibroh dari musibah tersebut, sungguh menyedihkan ummi, sangat sedih… 😦

    ya Alloh, lindungi saudara(i) seiman kami dari pemikiran yng merusak aqidah dan akhlaknya.. aamiin

    salam rindu dan salam sayang dari Makassar ^_^
    miis ummii…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, anakku Neni yang baik….

      Semoga harapan dan doa kita yang menginginkan syariat Allah SWT ditegakkan di akhir zaman ini akan diperkenankan Allah.

      Insya Allah, masanya akan tiba cuma kita tidak tahu bilakkah masanya. mungkin setelah kita tidak ada lagi di dunia ini. Ia menjadi warisan generasi kita yang akan datang untuk melaksanakannya.

      Marilah berdoa dalam kesabaran agar saudara saudari kita yang ingkar dengan perintah dan larangan Allah SWT akan kembali sedar dan ke pangkal jalan untuk melaksanakan kehidupan Islam secara sempurna mengikut syariat Allah SWT.

      Jika tidak berjaya dengan generasi masa kini, kita didiklah anak cucu kita untuk menjadi insan soleh dan solehah agar syariat Allah akan ditegakkan di jauh hari. Dengan didikan itu, mudahan kita juga akan diganjari atas keinginan dan harapan yang pernah kita lafazkan di masa lalu.

      Terima kasih Neni atas kunjungan yang selalu Umi rindukan.
      Salam sayang dan rindu selalu dari Umi buat neni disayangi. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.