CT213. KEMUDAHAN MASJID NABAWI (4): RAK ALAS KAKI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

MudahNabawi4Fatima1AlasKaki

– Laa nazhab ilal YABAAN lil tamjiid wa laa lil taqliid. Wa  laakinna lina’huz minhum kullu mufiid-

“KAMI BUKAN KE JEPUN UNTUK MEMUJA DAN MENGIKUT SEMATA-MATA TETAPI UNTUK MENGAMBIL  SESUATU YANG BERMANFAAT DARI MEREKA”

*

Ayat di atas adalah permulaan kepada montaj rancangan KHAWATER musim ke-5 (dari Arab Saudi – berbahasa Arab) tentang “PLANET JEPUN” yang ditayangkan setiap hari sebanyak 30 episod. Rancangan ini ditayangkan selama 30 minit bermula jam 7.30 malam hingga 8.00 malam di TV al-Hijrah, Chanel 114.

Menurut Ahmad Asy-Syughairi, host Khawater memaklumkan Khawater musim ke-5 memberi tumpuan kepada hal-hal positif dalam masyarakat Jepun untuk diambil iktibar oleh masyarakat Arab khasnya dan umat Islam umumnya.

Banyak manfaat dan pengajaran yang positif dalam budaya masyarakat Jepun yang dapat kita ambil untuk diamalkan dalam kehidupan. Sepatutnya, umat Islam menjadi contoh teladan kerana banyak amalan Islam yang diamalkan mereka. Jika dilihat secara mata hati, sepertinya orang Jepun lebih Islamik daripada umat Islam sendiri. Rasa malu menyelinap dalam diri.

Salah satu dari budaya Jepun yang dipaparkan ialah ‘MEMBUKA ALAS KAKI DAN MELETAKKANNYA DI DALAM RAK YANG DISEDIAKAN”. Mari kita lihat video klip yang dimaksudkan dalam episod ke 18, Khawater musim ke-5.

Semoga kita beroleh manfaat darinya. Aamiin.

*

BELAJAR MENINGGIKAN ILMU

Kita harus belajar sesuatu yang baik dan positif walau dari bukan Muslim. Semua agama menuntut penganutnya berbuat baik dan berakhlak mulia dalam kehidupan harian. Bukan “genius” – kecerdikan akal yang menjadi perbandingannya tetapi kesungguhan dan kerajinan.

Ada orang cerdik tetapi tidak mahu mengamalkan kebersihan diri dan tempat.Ada orang bijaksana tetapi tidak tahu bagaimana melakukan perkara paling mudah dalam hidupnya seperti meletakkan sesuatu, betul pada tempatnya. Atau berfikir untuk melakukan sesuatu yang boleh “mengubah cara” susah menjadi semudah petikan jari.

Ada orang “smart” dalam pekerjaan tetapi tidak “smart” dalam pengamalan rutin harian sehingga hidupnya seakan haru biru. Bagaimana masyarakat Jepun boleh mendidik anak mereka sejak kecil dengan begitu mengkagumkan, apabila remaja dan dewasa mereka sangat berdisiplin.

Banyak gambaran budaya Jepun yang sepatutnya menjadi amalan umat Islam kerana rata-rata perkara yang menjadi fokus Ahmad Asy-Syughairi adalah bersamaan dengan apa yang diajar oleh baginda Rasul SAW.

“Kegagalan” kita dalam menterjemahkan hadis-hadis Nabi SAW ke dalam kehidupan kita membuat saya merasa malu dengan apa yang berlaku, seperti kisah ibu yang malang di dalam posting CT212 KEMUDAHAN MASJID NABAWI  (3): KHIDMAT PENGANGKUTAN. Contoh lain dan paling ketara yang hendak saya kongsikan di posting kali ini adalah berkaitan dengan:

*

RAK ALAS KAKI DI MASJID NABAWI

MudahNabawi4Fatima2RakDalamMasjid1

Rak alas kaki di dalam Masjid Nabawi bahagian lelaki. Masih banyak kosong tetapi ramai yang tidak mahu meletakkan kasut/selipar mereka di dalamnya. Takut hilang ? Masya Allah.

*

MudahNabawi4Fatima3AlasDalamMasjid2

Rak alas kaki di sudut lain dalam Masjid Nabawi, bahagian lelaki. Alhamdulillah, sudah banyak terisi tetapi ruangan masih banyak kosong. Harus difahami, rak ini adalah umum, sesiapa boleh menumpang sama di dalam ruangan rak tersebut. Bukan milik siapa-siapa @ bukan satu kasut/selipar satu rak. Mungkin itu yang selalu di dalam minda para tetamu Allah ini.

*

JANGAN MENYUSAHKAN, PERMUDAHKAN

Tidak dinafikan, rak-rak alas kaki memang tidak mencukupi untuk menampung semua kasut/selipar para hujjaj yang memasuki masjid. Berbanding bahagian lelaki, rak alas kaki untuk jemaah hajjah sangat sedikit.

Menurut pengalaman saya, hanya tempat solat bahagian Nisak sebelah timur sahaja yang mempunyai rak alas kaki di luar dan di dalam masjid seperti foto yang tertera di atas (bahagian lelaki). Bahagian nisak di mana saya selalu berjamaah pula, hanya terdapat rak alas kaki kecil yang tersebar di beberapa tempat di dalam masjid.

Oleh sebab kekurangan rak alas kaki, kebanyakan jemaah membawa sendiri kasut atau selipar mereka masuk ke dalam masjid. Kita sedia maklum bahawa kasut/selipar yang digunakan telah memijak lantai atau tanah yang tentu tidak bersih dan meragukan. Mungkin juga melekat najis yang tidak kelihatan terutama yang memasuki tandas @ “toilet”. Bayangkanlah, jika najis di bawa masuk ke dalam masjid. Masya Allah.

Kami iaitu saya, Kak Kasma dan Kak Senah juga termasuk dalam jemaah yang membawa masuk selipar ke dalam masjid. Semasa menjalani Kursus Asas Haji, Kursus Intensif dan Kursus Perdana Haji, semua bakal haji diingatkan agar membawa “beg plastik” atau kantung khas untuk membungkus kasut/selipar apabila dibawa ke dalam masjid.

Tujuannya untuk menjaga kebersihan dan tidak mengganggu jemaah lain apabila meletakannya di hadapan atau sisi kita di dalam saf solat. Jangan mengganggu ketenteraman jemaah untuk beribadah jika prasarana yang disediakan menjadi seperti ini;

*

YANG PATUT

MudahNabawi4Fatima4RakQuranAconNabawi

SEPATUTNYA, tiang air-cond (penghawa dingin) kekal kemas, bersih seperti ini untuk menghembus kedinginan yang menyamankan para tetamu Allah sepanjang melaksanakan ibadah di dalam Masjid Nabawi.

Tetapi terdapat segelintir hujjaj yang tidak menggunakan “kebijaksanaannya” untuk membezakan perkara PATUT atau TIDAK PATUT dilakukan sehingga menjadi hal yang memalukan SEPERTI FOTO DI BAWAH; 

*

TIDAK PATUT

MudahNabawi4Fatima5TiangAcon1

PATUTKAH BEGINI ? Selipar dengan selambanya di daratkan oleh mereka yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesejahteraan orang lain. Air-cond tidak dapat berfungsi dengan baik kerana disumbat aliran keluarnya. Mengapa harus memilih sikap begini yang boleh mengganggu hati dan perasaan orang lain.

Lebih menduka citakan, mereka tidak menhormati rak al-Quran di atas. Sudahlah selipar tidak dibungkus kemas. Mungkin ada selipar tersebut yang telah disaluti najis yang di bawa dari mana-mana arah dan udara pasti tercemar kerana angin air-con yang kuat pasti menghembus tapak-tapak selipar itu. Allahu Akbar.

  Inilah yang dinamakan “ZALIM” – iaitu meletak sesuatu bukan pada tepat yang betul.

*

USAHAKAN CARA BEGINI

Keselesaan semua tetamu Allah SWT menjadi tanggungjawab Kerajaan Saudi sebagai Penjaga Haramain. Namun begitu, untuk memuaskan hati semua pihak tentulah amat mustahil kerana manusia mempunyai pelbagai ragam dan cita rasa. Walaupun prasarana tidak sampai ke tahap maksima sehingga memudahkan semua tetamu Allah, sekurangnya sudah berusaha memenuhi sebahagian keperluan tersebut.

Oleh itu, dengan menggunakan BEKAL AKAL DAN ILMU yang bermanfaat sepatutnya tetamu Allah SWT melakukan AMALAN yang lebih baik dan mengundang pahala. Ini menjamin keselamatan hati agar sentiasa tenteram dari penyakit rohani yang menjadi lubuk syaitan untuk memecah belahkan perpaduan umat Islam walaupun sedang berada di Tanah Suci.

Hanya disebabkan perkara kecil seperti ALAS KAKI – dapat mengundang perselisihan faham dan perbalahan yang menjadi larangan Allah SWT semasa berhaji. Usahakan sebaik mungkin untuk memudahkan sesama hujjaj. Jangan menyusahkan, permudahkan.

*

MudahNabawi4Fatima9rakdalammasjid4

Rak alas kaki kecil di bahagian lelaki. Gunakan kemudahan sedia ada dengan meletakkan alas kaki di dalam rak yang disediakan. Eloknya, dibungkus dalam plastik untuk menjamin kebersihan agar tidak mencemar lantai Masjid dan tetamu Allah.

MudahNabawi4Fatima7rakdalammasjid2

Rak no. 54. Setiap rak mempunyai nombor untuk senang diingat saat mengambil semula alas kaki yang diletakkan di atasnya. Insya Allah, pasti mudah untuk menemuinya semula.

MudahNabawi4Fatima8rakdalammasjid3

Rak no. 297

MudahNabawi4Fatima6rakdalammasjid1

Rak no. 298

SEBAIKNYA, kepada jemaah yang tidak membungkus kasut/selipar mereka meletakkan kasut/selipar tersebut di dalam rak yang disediakan. Jangan membawa ke tempat solat dan meletakkannya di hadapan tempat sujud atau di belakang jemaah bersolat kerana dibimbang akan tersejud di atasnya atau diduduk oleh jemaah di hadapan.

JANGAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN. PERMUDAHKANLAH

*

USAHA ELAK CARA BEGINI

MudahNabawi4Fatima10Elakkanbegini

Banyak jemaah berbuat seperti di atas seolah tidak bimbang kasut/selipar mereka telah terpijak najis dan membawanya di dalam Masjid Nabawi. Hal seperti ini sangat mengganggu kosentrasi jemaah dalam melaksanakan solat apabila kasut/selipar di bawa ke tempat saf.

Masya Allah. Usahalah membawa plastik sendiri. Mudahan diganjari Allah SWT kerana menjaga kebersihan masjid dan kesejahteraan jemaah lain.

*

harapanhatiFatima

KEPADA TETAMU ALLAH

MUDAHAN sedikit ingatan untuk diri sendiri yang ingin dikongsikan melalui paparan foto yang diambil oleh SPH dapat dijadikan panduan untuk meningkatkan kefahaman tentang kebersihan yang boleh membawa kepada sah atau tidak sahnya solat kita jika alas kaki yang kita bawa, mungkin tersangkut najis yang tidak nampak dan tanpa disedari.

Selain itu, keselesaan dan ketenteraman akan terjamin apabila semua tetamu Allah tahu menghormati orang lain dengan mendisiplinkan diri untuk menyimpan alas kaki (kasut atau selipar) dengan plastik yang dibekalkan.

Pihak berkuasa Masjid Nabawi tidak membekalkan plastik alas kaki di pintu masjid. Berbeza dengan Masjidil Haram, beberapa roll plastik disediakan untuk tetamu Allah menyimpan alas kaki sebelum memasuki masjid. Tetapi masih ada juga yang tidak peduli hal kebersihan ini. Allahu Akabar.

*

SalamFatima3SalamFatima 6 Disember 2013 (Jumaat)/ 3 Safar 1435H/ 7.47 pagi – Sarikei, Sarawak

AKU…. selalu cuba menghindari hal yang membuat hati menderita, kecewa dan sengsara jiwa. Walau tidak mampu menegah kehadirannya, namun ia tetap manis untuk dikenang. Maka, aku benamkan rasa ini di sayap pelangi, memohon harapan agar rindu yang bersarang tetap berseri dengan senyuman. Percayalah, aku tidak pernah berpaling dari menyayangimu. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Dedikasiku Untukmu…. sepanjang waktu, doaku mengiringi kehidupanmu. Semoga berbahagia dan senyum selalu. Semuanya indah namun yang terindah adalah DIRIMU yang selalu ada dalam ingatanku. Wassalaam. 😀

*

IngatanFatima1Padamu

SEKALI KAU JAUH, TERLALU BANYAK YANG KU INGAT TENTANG DIRIMU

*

25 thoughts on “CT213. KEMUDAHAN MASJID NABAWI (4): RAK ALAS KAKI

  1. Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakaatuh,
    membaca artikel ini, aku jadi teringat saat sholat di beberapa masjid, terlihat alas kaki para jamaah yg datang di letakkan di dalam masjid, namun bukan di tempat atau rak alas kaki, melainkan di lantai masjid, padahal bukan dalam masjid itu termasuk dalam batas suci, namun entah kenapa pengurus masjid membiarkan hal tersebut, mungkin mereka kurang tahu, atau bagaimana…
    namun saya punya pengalaman saat mengunjungi masjidil haram dan masjid nabawi pada tahun 90-an, saya menempatkan alas kakiku pada rak yg disediakan untuk sholat subuh, namun ternyata usai sholat, saya tak menemukan alas kakiku, saya pun kembali ke hotel tanpa memakai alas kaki apapun juga,
    namun pada saat usai sholat dhuhur di hari yg sama, aku menemukan alas kakiku telah kembali….,
    jadi dengan demikian saya berpkiran, bahwa bila barang yg kita miliki kita peroleh dari jalan yg halal, maka insya Allah barang itu takkan kemana-mana,
    namun bilapun barang itu harus hilang entah kemana, berarti barang itu lebih dibutuhkan bagi orang yg mengambilnya…..karena bukankah segala sesuatu itu hanyalah titipan Allah semata kepada kita, yg sewaktu-waktu bisa DIA ambil kembali….
    wallahualam…
    salam takzim dari Makassar-Indonesia untuk keluarga besar ukhti Fatimah

    • Wa’alaikum salaam wr.wb wa ridhwaanuh, mas Hariyanto….

      Seperti apa yang menjadi pengalaman mas Hariyanto di atas, sama sahaja dengan situasi yang berlaku di mana-mana masjid di Malaysia. Malah di Masjid Putrajaya dan Masjid Besi di Putrajaya juga demikian sama. Ada rak alas kaki tetapi tidak berfungsi dengan baik.

      Menurut saya, semuanya tergantung kepada diri sendiri untuk mengamalkan apa yang baik dan sesuai denganajaran Islam. Jika kebersihan dan disiplin diri tidak dilaksanakan sejak kecik, sampai bilapun perlakuan ini tetap sama di mana pun kita berada.

      Selalu berlaku di Tanah Suci, jemaah kehilangan kasut dan selipar. Ada yang tidak mengingat nombor rak sehingga mencari di rak lain. Kisah mas Hariyanto juga pernah terjadi kepada beberapa jemaah lain yang pernah saya dengar ceritanya.

      Semuanya atas rahmat Allah SWT untuk melihat keredhaan kita dalam menerima ujian-NYA. Sungguh pengalaman yang dapat menambah kuat iman dan sabar kita.

      Terima kasih mas Hariyanto atas kongsian yang menjernihkan minda. Mudahan banyak iktibar yang dapat kita perolehi darinya. Semoga kehidupan semakin sukses dalam keberkahan Ilahi. Aamiin.

      Salam hormat takzim. 😀

  2. Assalammualaikum Wr Wb….

    Belajar dari sebuah pengalaman dan hal-hal yang kecil, dimana sering kali orang menganggap wajar, namun dapat merugikan suatu nilai ibadah kita senidiri ya bun. Apalagi di mana sendal dan kasut tersebut kita tidak tahu dengan masalah kesucian dari hadas kecil atau najis. Dan hal ini sering sekali tidak diperhatikan oleh orang. Terimakash atas berbegi cerita pengalamannya.

    Salam,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra….

      Hanya ilmu dan pengetahuan mampu menggerakkan akal menuju jalan kebenaran. Jika kita faham akan hukum sebab dan akibat, tentu melalui ilmu yang menjadi bekal dan akal yang menjadi bual tidak akan berlengah untuk melakukan yang benar dan betul menurut ajaran agama dan norma masyarakat.

      Mudahan kita semakin dewasa dan matang dalam berfikir dan bertindak. Kebanyakkan kitahanya membaca hadis-hadis Nabis SAW tentang kebersihan tetapi jarang mahu menterjemahkannya di dalam kehidupan harian kita. Masya Allah, alangkah ruginya, ya.

      Semoga selepas ini kita semua akan melakukan yang terbaik buat ibadah dan selalu menjaga kesejahteraan masjid juga jemaah lainnya. Aamiin. Satu iktibar yang berguna untuk mendidik diri.

      Terima kasih mas Indra atas pandangandan kunjungan.
      Salam takzim. 😀

  3. Assalamualaikum Wr. Wb.

    Memang kebayang ya umi jika alas kaki tersebut disimpan di luar Masjid Nabawi. Haduh ntar susah menemukannya kembali karena bisa jadi ada ribuan pasang alas kaki. Dengan adanya rak alas kaki ini jelas membantu. Dan benar tak patut jika alas kaki di bawa ke masjid dan di simpan di sembarang tempat.

    Salam hormat dari Bogor 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Achoey….

      Sebenarnya tidak susah dan tidak hilang. Insya Allah. Yang pentingnya ingat tempat, nombor rak dan pastikan plastik atau beg menyimpan alas kaki itu ada identiti kita. Tidak ada orang akan mengambilnya. Bertawakallah kepada Allah SWT.

      Alhamdulillah, Umi dan SPH tidak pernah kehilangan beg alas kaki setiap kali menyimpan di dalam Masjidl Haram yang sangat luas itu, sama ada di atas rak atau menggantungkannya di sisi palang pagar tangga. Ingat tempat dan nomor di mana kita menyimpannya, itu sangat penting. 😀

      Semoga bermanfaat nanda dan terima kasih sudah berkunjung.
      Salam sejahtera dan sukses selalu. 😀

  4. assalamualaikum,
    semua kabar tentang keberadaan masjidil Haram dan masjid Nabawi membuat hari ini semakin rindu untuk bisa segera kesana, apalagi begitu banyak kesan dan pengalaman dari orang2 yg sudah kembali dari Tanah Suci dengan segala kisah ceritanya….,
    mungkin suatu saat nanti aku pun bisa kesana, tentunya bersama suami….
    terimakasih sudah berbagi kabar cerita tentang tanah suci….
    salam hangat dari Kalimantan Selatan

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Wieka Wintari….

      Alhamdulillah, kerinduan kepada Tanah Suci menunjukkan seruan Nabi Ibrahim sudah sampai kepada kita mbak. Cuma bagaimana mengusahakan diri untuk hadir ke sana harus dilakukan dengan menyimpan wang, berdaftar, dan berdoa agar Allah SWT mengizinkan kita menjejak kaki ke bumi-NYA yang tercinta.

      Saya doakan mbak Wieka dan mas Hariyanto akan dimudahkan ke sana di kemudian hari. Aamiin.

      Terima kasih atas kunjungan dan komentarnya.
      Salam manis dan hangat selalu. 😀

  5. wa alaikum salam warahmatullah..

    seringkali terjadi kehilangan alas kaki di masjid, tanpa hendak bersuu dzon, namun hendaknya setiap pribadi kembali menata niat dan keihklasan pergi ke rumah Allah, hendak beribadah ataukah “mengganti ” alas kaki dwngan mengambil yang bukan miliknya.
    saya juga pernah mengalami hal serupa, kehilangan sandal di masjid pada saat hari raya idul fitri, ketika keluar dr masjid hendak pulang sandal sudah hilang.
    nilai dan harga sandalnya memang tidak seberapa, hanya sandal jepit, tetapi tetap saja ada ketidakikhlasan saat megetahui sandal tersebut hilang. ada perasaan tidak senang dan dongkol..walaupun akhirnya berusaha utk merelakan dan ikhlas, toh barang yg sudah hilang tidak akan kebali lagi.

    berkaca pada diri sendiri, bahwa umat Islam semakin jauh dr ajaran agamanya, meninggalkan sunnah Rasul dan melanggar larangan agama.

    • Ternyata mas Zainal juga mengalami pengalaman dari sekian banyak orang yang pernah melaluinya. Kehilangan apapun tentu mengundang kemarahan, keresahan dan “keheranan” kepada mereka yang sanggup melakukan hal yang ditegah agama.

      Apapun alasan yang diberi untuk mengambil hak orang lain, haram tetap haram. Kejadian seperti ini banyak menyusahkan orang lain walau hanya sepasang selipar atau kasut.

      Oleh itu, ibu bapa mesti mengajar dan mendidik dari rumah perihal memelihara harta benda diri sendiri dan orang lain kepada anak-anak bersama menumbuhkan rasa takut kepada Allah Yang Maha Melihat segala perbuatan.

      Semoga kita mengambil iktibar dari setiap kejadian yang berlaku agar lebih berhati-hati di masa akan datang.

      Terima kasih mas Zainal atas kongsian pengalaman di atas dan kunjungan. Salam hormat takzim. 😀

  6. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Alhamdulillaah, jumpa kembali dengan Mbak Fatimah meski melalui blog. Membaca artikel dan foto2 di atas, betapa rak alas kaki itu ditata dan didesain sedemikian bagus ya, Mbak. Amat sayang jika masih ada jamaah yang tidak memanfaatkannya dengan baik. Padahal, jika mengikuti hal yang telah disediakan maka akan tertata dengan rapi dan indah.

    Salam takzim dari Jogja ya, Mbak.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Alhamdulillah, terima kasih kembali berkunjung dalam kesibukan sebagai kepala sekolah yang dedikasi dengan tugas bakti kepada anak didik. Semoga sukses dan dirahmati Allah SWT.

      Kesejahteraan dan kebersihan masjid akan bertata baik andainya umat Islam yang berkunjung tahu apa yang perlu dilakukan. Seperti yang jelas dalam pengetahuan kita, di mana-manapun penggunaan rak alas kaki masih ditahap minima.

      Diharap, di sekolah mas Amazzet akan diajar dengan lebih efektif perihal tatacara memasuki masjid dan menyusun alas kaki di tempat yang sewajarnya agar anak-anak yang masih kecil ini mudah didisiplinkan untuk meninggikan syiar Islam di mana sahaja mereka berada. Aamiin.

      Salam takzim kembali. 😀

  7. Pingback: CT402. CABARAN HAJI (20): BEG PLASTIK DAN ALAS KAKI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.