CT458. TUJUH (7) PERKARA YANG KITA SEDARI TAPI GAGAL DIUBAH (1)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

Siapa yang tidak pernah mengalami kegagalan. Semua manusia pasti melaluinya. Sedar atau tidak, kegagalan berlaku dalam sela-sela kehidupan kita sepanjang 24 jam. Dari sekecil-kecil yang tidak kita sedari hingga sebesar-sebesar yang kita tahu tapi kita sering gagal mengubahnya.

*

Berikut 7 perkara yang sering gagal dilakukan dan gagal juga untuk diubah kecuali dengan semangat yang sungguh-sungguh, antaranya:

*

1. Setiap hari kita berjanji untuk bangun jam 5.00 pagi. Jam loceng sudah di”set”. Bila telinga kita mendengar bunyi jam loceng, kita tetap bangun tetapi memilih untuk tidur sekejap kerana masih mengantuk. Akhirnya kita jadi kelam kabut apabila terbangun pada jam 6.00 pagi. Solat Subuh lewat atau Qadak. Lebih teruk, langsung tidak solat-solat.

*

2. Kita senang jika dapat menunaikan solat Fardhu di awal waktu sebagai menyahut keutamaan yang ada padanya. Tetapi selalunya apabila azan sudah berakhir, kita masih tetap lalai dengan tugasan lain dan menangguhkan solat kemudiannya. Akhirnya kita menyesal dan menumbuhkan azam lagi untuk waktu seterusnya.

*

3. Kita berazam untuk membaca al-Quran setiap hari, tidak banyak hanya sebanyak 5 lembar (mengikut jumlah waktu solat). Tetapi ada sahaja perkara yang menggugat azam kita sehingga kadang baca, kadang kala tidak. Maka, bila lagi hendak khatam Quran ? Umur sudah meningkat 40 tahun ? Nak jawab apa dengan Allah nanti. Aduuuh malunya.

*

4. Setiap hari kita berjuang untuk menurunkan berat badan dan berusaha untuk tidak makan nasi atau mengurangkan jumlah nasi kerana takut melihat angka kilo yang semakin parah dan kadar kolestrol akan naik lagi. Belum pun sampai jam 10 pagi, kita sudah terliur dengan nasi lemak yang enak bersama sambal pedas kegemaran, ayam goreng berempah, kuih muih yang menyelerakan di kedai makan semasa sarapan, akhirnya kebimbangan kita ketepikan azam sudah kalah.

*

5. Kita berazam untuk bersabar di jalan raya dan memastikan tidak menyakiti pemandu lain. Tetapi berapa kali kita membunyikan hon kereta apabila berhadapan dengan pemandu yang lambat macam kura-kura di hadapan kita. Kemudian ketika memotong, dengan “geram”nya kita menekan pedal minyak sehingga berbunyi “preeet” tayar kereta untuk mengisyaratkan bahawa kita marah.

*

6. Kita berusaha mematuhi peraturan lampu isyarat. Tetapi apabila melihat lampu hijau bertukar kuning, kita dengan tergesa-gesa memecut kereta dengan lebih laju untuk “selamat” dari berhenti. Lampu kuning bermaksud bersedia untuk berhenti bukan untuk memecut. Faham ?

*

7. Setiap hari kita berniat untuk membaca doa naik kenderaan (atau doa-doa lain) sebelum memandu kereta, menaiki kepal terbang, menunggang motosikal atau basikal atau berjalan kaki. Kita tahu membaca niat dan berdoa menjadikan kerja kita satu ibadah dan mendapat pahala. Adakah hari ini kita melakukannya ? Ya Allah…. lupa lagi (sambil tepuk dahi).

*

Sebenarnya masih banyak lagi perkara yang ingin saya teliti dan akan disambung lagi. Pengetahuan ini merupakan pengalaman sendiri dan orang yang berada di sekeliling, baik secara langsung atau secara tidak langsung.

*

Tulisan ini sekadar mahu mengingatkan diri sendiri dan menjadi pesan juga buat sahabat semua agar kita menjadi hamba Allah SWT yang selalu bersyukur dengan nikmat-NYA.

*

***************

SalamFatima3SalamFatima19 November 2017 (Ahad)/ 30 Safar 1439H/ 7.30 petang/ Sarikei, Sarawak

– SITI FATIMAH AHMAD –

 

12 thoughts on “CT458. TUJUH (7) PERKARA YANG KITA SEDARI TAPI GAGAL DIUBAH (1)

  1. Assalamualaikum wr. wb Bu Hajjah Fatimah
    Saya pun sama dengan bu Haji. Namun saya pikir, niat bila tak disertai dengan usaha dan komitmen tentu sia-sia. Godaan untuk manusia tak akan ada habisnya. Semoga kita semua selalu dalam lindungan Allah swt. Aamiin.
    Salam hangat dari Jakarta Pusat

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany Fatmaningrum….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Mudahan kita akan terus berusaha untuk mencapai apa yang diniatkan. Insya Allah semuanya akan menjadi mudah jika kita selalu mahu mengubah diri ke arah kebaikan.

      Terima kasih mbak sudah berkunjung,
      Salam manis selalu. 🙂

  2. Assalamualaikum wr. wb Kak Siti,

    Sejak bekerja di perbatasan, -dekat Lundu Sarawak- beberapa kebiasaan positif berusaha saya terapkan. Alhamdulillah ada teman yang mau berkongsi dan saling mengingatkan untuk membangun kebiasaan positif dalam hal ibadah. Semoga kita semakin baik dari hari ke sehari.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris….

      Alhamdulillah, itulah teman sejati yang mahu bersama saat susah dan senang. Mudahan pekerjaan di perbatasan akan berjaya. Sudah dekat dengan bandar Kuching – ibu negeri Sarawak tu. Ada ruang masa bolehnya jalan-jalan ke Kuching. Saya juga sudah sampai ke Lundu dan Sematan yang merupakan daerah paling selatan di Sarawak.

      Terima kasih mas Alris atas kunjungan dan salam takzim.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah dikasihi….

      Alhamdulillah, kami semua sihat dan didoakan akak sekeluarga juga begitu hendaknya dalam rahmat Allah SWT. Insya Allah, dengan muhasabah diri, hidup kita akan diberkati Allah SWT.

      Terima kasih kak sudi bertandang dan salam manis selalu. 🙂

  3. Assalamualaikum Kak Siti,

    benar sekali, terkadang hal paling sederhana yg jadi sulit untuk dilakukan. kecuali untuk poin 4 sih. kalau soal makanan laki-laki biasanya cuek saja. hehe

    Salam dari Makassar – Indonesia

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Brizki….

      Hehehe…. makan sudah tentu amat berat untuk dihindari ya baik lelaki mahu pun perempuan. Biasanya makanan yang terkait dengan penyakit juga sukar dihindari.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam sejahtera.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.