CT429. HUJUNG MINGGU DENGAN NASI LEMAK

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

MELAYAN PERMINTAAN ANAK

Apa lagi yang membahagiakan saya apabila dapat melayan permintaan makan anak di hujung minggu (hari Sabtu dan Ahad).

Hanya itulah masa paling lama yang dapat saya lakukan bersama anak-anak kerana lima hari  yang berikutnya penuh dengan kesibukan tugas dari pagi hingga petang. Masak makanan pun menyempat sahaja atau kata lain, yang ringkas.

Hari ini, Ieesyah teringin hendak makan Nasi Lemak masakan saya. Biasa juga membeli di pasar minggu tetapi kurang sedap sambalnya.

Oleh itu, saya ketepikan dahulu niat untuk merumput dan berkebun bagi memenuhi keinginan Ieesyah. Anak- anak yang lain turut menyokong seratus peratus kerana tahu kesedapan masakan Mama mereka.  😀

*

SIAP UNTUK DIMAKAN

Alhamdulillah. Inilah Nasi Lemak Mama yang disiapkan dalam masa 1 jam 30 minit (termasuk masa menyedia bahan, memasak dan menghidang). Sudah siap untuk dimakan dan dihidang panas-panas.

Bismillahi Rahmaani Rahiim.

*

*

KONGSI RESEPI

Dengan senang hati, saya berkongsi resepi sambal nasi lemak saya yang ringkas kepada teman pembaca sekalian. Bahannya tentu sama atau ada sedikit berlainan, tetapi yang penting adalah hati yang ikhlas ketika menyedia dan memasaknya.  Itulah petua makanan lazat dan enak dimakan. Alhamdulillah.

*

*

TERIMA KASIH MAMA

…….. ucapan gembira, bahagia dan ceria dari suara keriangan Ieesyah, kakak-kakak, abang dan Abah, membuang segala lelah setelah bertungkus lumus menyediakan sarapan buat keluarga. Kami makan dengan penuh ceria, syukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah hari ini.

Kebiasaannya, inilah makanan kami dari pagi hingga ke malam. 😀 Saya pasti anda juga mempunyai makanan sarapan kegemaran di hujung minggu.

Alhamdulillahi Rabbil’alamiin. Terima kasih Ya Allah.

*

Ragam makanan sampingan boleh dipelbagaikan ikut cita rasa. Untuk mengganti ikan masin, saya menggoreng sayur kobis masin dengan telur.

*

SELAMAT BERSARAPAN

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima 16 April 2017 (Ahad)/19 Rejab 1438H/ 11.54 pagi, Sarikei, Sarawak

AKU…. menikmati keindahan hidup ini dengan mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT. Redhalah dengan setiap yang dianugerahkan sama ada banyak atau sedikit. Semua itu merupakan ujian Allah untuk melihat kesabaran kita dalam mengurus pemberian-Nya.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

 DEDIKASIKU UNTUKMU…. Dengan hati yang indah, ku penakan aksara rinduku di atas pelangi yang cerah setelah hujan merintik curah di pagi yang meriah. Di situ doa ku lirik tanpa lelah.  Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

14 thoughts on “CT429. HUJUNG MINGGU DENGAN NASI LEMAK

  1. assalamu alaikum,

    sambal lamak itu menggoda sekali kak… , akak ini pintar memasak ya, anak2 menanti masakan olahan ibundanya
    nasinya tidak ditambah bumbu khusus?

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Monda….

      Nasinya memang ada bahan tersendiri kerana lemak santannya. Kalau untuk nasi lemak sama cara memasak nasi biasa mbak.

      Cuma bedanya menggunakan santan cair dengan memasukkan sedikit hirisan halia, beberapa biji bunga cengkih untuk meningkatkan aroma, secubit garam dan daun pandan. Selamat mencuba, jika mahu merasai resepi Nasi Lemak saya. 🙂

      Mungkin di sana cara masakan nasi lemaknya juga sama.

      Salam manis dan terima kasih sudah berkunjung. 🙂

    • Nama yang unik dan pasti yang memakannya menjadi gemuk. Itu simbolik kepada makanan yang banyak mengandungi lemak. Sama seperti Nasi lemak jugak.

      Terima kasih Dhonnies sudah berbagi makanan sarapan pagi di sana.
      Salam sejahtera.

  2. Assalamu’alaikum wr wb puan Fatimah,
    enaknya nasi lemak, jadi kepengeennn … di Jakarta agak susah untuk mendapatkan nasi lemak, disini banyaknya nasi Padang .. haha

    salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb….

      Tentu sahaja menu sarapan di sana berbeda dengan di Malaysia. Namun, bagi yang pernah berkunjung dan bekerja di Malaysia pasti biasa makan Nasi Lemak ini. Mungkin boleh dicuba memasaknya di sana kerana resepi Nasi Lemak banyak di internet.

      Terima kasih dan salam sihat kembali.

  3. Assalamualaikum. Salam kenal ya. Nasi Lemak memang enak. Saya dulu sering makan nasi ini waktu di Tanjungpinang-Riau. Sengaja pergi ke tempat makannya yang terkenal yaitu di desa Gesek, batu 10 dari kota Tanjungpinang. sudah lama tidak makan. Pingin makan lagi, di Jakarta tidak ada yang jual. Wassalam.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Dela….

      Tentu selalu merindui Nasi Lemak apabila sudah lama tidak merasainya. Kita akan pergi sejauh mana untuk mencari makanan yang enak dan disukai. mas Dela boleh membuatnya sendiri di rumah. Cuba buat mengikut resepi yang saya tulis di atas untuk sambal nasi lemak dan pada komentar mbak Monda di mana saya titipkan cara memasak nasi lemaknya.

      Selamat mencuba dan salam kenal kembali.
      Terima kasih sudah berkunjung.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.