CT428. MITOSIS DAN MEIOSIS KE ATAS BAWANG MERAH DAN BUNGA LILY

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

BELAJAR BIOLOGI

Saat mencari informasi tentang proses mitosis dan meiosis ke atas akar bawang merah dan bunga Lily, saya seperti kembali belajar semula. Apakah itu MITOSIS dan MEIOSIS ? Saya langsung tidak tahu, malah tidak pernah mendengar…hehehe.

Ini gara-gara puteri kedua saya yang dipanggil Intan (19 tahun) mengirimkan foto-foto eksperimennya bersama teman sekuliah yang gagal ke atas akar bawang merah dan kromosom bunga Lily.

Kami semua ketawa (group WhatsApp keluarga) membaca cerita eksperimennya. Sekurang-kurangnya Intan faham kenapa eksperimen yang dilakukan gagal dan tidak mencapai objektif pembelajarannya. Tentu sahaja dalam membuat kajian kita mesti teliti dan faham proses yang dilakukan jika mahu mencapai hasil yang betul dan benar.

*

PAKAR SAINS FORENSIK

Intan berada di Semester 2, mengambil Diploma Sains Gunaan di Universiti  Teknologi Mara (UiTM) yang kebanyakan sabjeknya adalah sains tulin seperti Biologi, Fizik, Kimia dan Calculus. Intan sangat berminat untuk mengambil bidang perubatan terutama bidang sains forensik. Intan bercita-cita menjadi seorang Pakar Forensik. Cita-cita ini sudah ditanam sejak di sekolah menengah.

Cita-cita ini, dikongsi bersama puteri sulung saya, Cahaya (20 tahun) yang juga ingin menjadi seorang Pakar Forensik. Asal mula kedua-dua puteri saya sangat berminat dalam bidang forensik kerana sering menonton siri drama penyiasatan forensik kesukaan saya di saluran Astro iaitu Crime Scene Investigator (CSI) seperti CSI Miami, CSI New York dan CSI Las Vegas.

Namun hasrat Cahaya tidak tercapai apabila terpaksa berpindah bidang. Ini disebabkan keputusan peperiksaan Asasi Sains tidak mencukupi syarat untuk beralih ke bidang perubatan. Kini, Cahaya sedang melanjut pelajaran di Tahun 1 dalam Program Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat di Universiti Malaysia Sarawak.

Sekarang, hanya Intan seorang yang meneruskan cita-cita kakak dan dirinya sehingga berjaya. Tidak ramai pelajar wanita yang mengambil bidang forensik kerana bidang ini sangat mencabar dan mempunyai risiko tersendiri. Walaupun begitu, kami sebagai ibu bapa tetap menyokong.

Kata Intan, untuk mencapai cita-cita tersebut, Intan mesti mengikuti pengajian dalam bidang berkaitan dalam tempoh 5 hingga 7 tahun. Semoga cita-citamu akan tercapai, nak. Aamiin Allahumma Aamiin.

*

Permata Hati

*

APAKAH ITU BIDANG FORENSIK ?

Mungkin anda juga tidak tahu bidang FORENSIK ? Kerana saya juga tidak tahu. 🙂 Apabila anak-anak saya cenderung dengan cita-cita ini, saya mencari maklumat tentangnya. Di sini saya kongsikan bersama anda dengan mengambil sedikit maklumat dari blog PILIHAN KERJAYA ANDA.

Forensik adalah merupakan bidang yang dikaitkan dengan bidang perundangan dan penting dalam kerja – kerja siasatan dan ini digunakan bagi membantu pengumpulan bahan bukti dalam menyelesaikan kes – kes yang berkaitan. Tugas pakar sains forensik mencari, mengenalpasti dan menganalisa jejak serta mendapatkan bukti untuk dibawa ke muka pengadilan.

Pada awal dekad ini, bidang sains forensik telah bercambah kepada beberapa lagi disiplin pengkhususan yang spesifik. Mereka dikenali sebagai penyiasat perubatan yang pakar dalam bidang Ballistics, toxicology, serology dan lain – lain lagi.  

Banyak contoh-contoh kes yang menggunakan kepakaran Pakar Forensik dalam menyelesaikan kes-kes yang rumit. Malah pakar forensik Malaysia, kini sudah diiktiraf di peringkat dunia kerana pembabitan mereka dalam kes-kes berprofil tinggi di peringkat antarabangsa.

*

EKSPERIMEN MITOSIS DAN MEIOSIS

Intan mengirim kepada kami sekeluarga foto-foto eksperimen mitosis dan meiosis ke atas akar bawang merah dan kromosom bunga Lily yang dilakukannya bersama rakan sekuliah. Tetapi semua ekperimen mereka tidak berjaya.

*

Intan membuat eksperimen  dengan melakukan mitosis ke atas akar bawang merah dan meiosis ke atas kromosom bunga Lily

*

1. SEL AKAR BAWANG MERAH

Sel akar bawang merah yang baru terbentuk mempunyai 16 kromosom,  8 darinya disumbangkan oleh bapa tumbuhan bawang dengan menyediakan kromosom jantan atau kromosom paternal. Manakala 8 lagi disebut kromosom maternal.

Berbagai peringkat kejadian semasa proses mitosis dijalankan dalam empat fasa berurutan iaitu profase, metafase, anafase dan telofase. Masa di antara pembelahan-pembelahan tersebut dinamakan interfase.

*

HASIL YANG DIPEROLEHI OLEH INTAN – GAGALA

*

*

SEPATUTNYA, BEGINI HASIL YANG DIPEROLEHI….

Sumber: http://www.zonabiokita.web.id/2016/04/pembelahan-mitosis.html

SUBHANALLAH, INDAH DAN CANTIKNYA CIPTAAN ALLAH.

*

 

2. KROMOSOM BUNGA LILY

Pembelahan meiosis lebih kompleks berbanding pembelahan mitosis. kerana berlaku dua kali kitaran pembahagian. Meiosis berlangsung pada sel-sel yang terdapat di dalam rangkaian pembiakan pada suatu organisma bagi menentukan pengagihan kromosom yang tepat ke dalam sel-sel anak.

Pembelahan meiosis akan menghasilkan 4 sel anak yang mempunyai bilangan kromosom yang hanya separuh dari kromosom tertuanya. Ini bertujuan untuk menjaga jumlah kromosom individu tetap dan kekal dari generasi ke generasi.

Hahaha…. entahlah saya pun susah nak menjelaskan perbezaan mitosis dan meiosis seperti yang pernah Intan jelaskan kepada saya. Intan juga pening kepala untuk memahamkan saya tentang perbezaan kedua-duanya. Jika anda ingin tahu, silakan mencari sendiri. 😀

 

HASIL YANG DIPEROLEHI OLEH INTAN – GAGAL

*

*

SEPATUTNYA, BEGINI HASIL YANG DIPEROLEHI….

Sumber: http://biojojo.blogspot.my/2013/12/perkembangan-pollen-bunga-lily-lilium-sp.html

*

SUBHANALLAH, INDAH DAN CANTIKNYA CIPTAAN ALLAH.

*

MANFAAT

Alhamdulillah, apabila anak-anak mempelajari bidang sains terutama biologi, secara tidak langsung pengetahuan sains saya dan keluarga semakin bertambah. Jika kita membaca di dalam al-Quran banyak sekali Allah menyebut tentang ciptaan-NYA yang agung dan indah itu sebagai tanda KEKUASAAN dan KEBESARANNYA.

*

“Dan apakah mereka tidak memperhatikan bumi, berapakah banyaknya Kami tumbuhkan di bumi itu berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang baik? Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat suatu tanda kekuasaan Allah, dan kebanyakan mereka tidak beriman.”

[Asy-Syu’araa’: 7-8]

*

Allah, Allah, Allah….. begitu indah sekali ciptaan-MU. Setiap inci ciptaan-NYA penuh dengan misteri yang tidak terjangkau dek akal manusia yang terbatas. Maka, nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang hendak kita dustakan setelah melihat kejadian dari ciptaan-NYA yang halus ini.

Semoga iman kita semakin bertambah dan banyak bersyukur kepada Allah. Insaflah, kita hanya sebahagian dari ciptaan Allah yang sangat mudah bagi-NYA untuk dijelmakan mengikut kehendak-NYA. Kun fa ya kun.

*

MENGAPA MASIH ADA YANG SOMBONG KEPADA ALLAH ? Wal’iya zubillah.

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima9 April 2017 (Ahad)/ 12 Rejab 1438H/ 9.49 pagi, Sarikei, Sarawak

AKU…. melihat dunia kian sakit dengan pelaku-pelaku yang rakus untuk membinasakannya. Kini, dunia sedang menuju jalan ke kubur bagi memenuhi janji Tuhannya bahawa kemusnahan sudah hampir, hanya menunggu tiupan sangka kala dari bibir sang petaka yang taat. Wahai manusia, di bumi mana lagi hendak kau lari ?

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

 DEDIKASIKU UNTUKMU…. Senyumlah, walau hatimu perit menggenggam gelisah kerana dengan senyumanmu, hatiku tidak gundah. Doa selalu untukmu.  Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

6 thoughts on “CT428. MITOSIS DAN MEIOSIS KE ATAS BAWANG MERAH DAN BUNGA LILY

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany….

      Alhamdulillah, saya sekeluarga sihat wal’afiat. Didoakan mbak Frany juga demikian sama di sana.

      Aamiin Allahumma Aamiin atas doa buat puteri-puteri saya. Mudahan dikabulkan Allah SWT.

      Terima kasih mbak sudah berkunjung dan salam mesra selalu. 🙂

  1. Assalamualaikum ummi siti fatimah, moga sentiasa di dalam kesihatan yang baik.
    Saya biasa mendengar mitosis dan meiosis tetapi tidak tahu apakah ia. Setelah membaca apa yang teroret di sini, maka dapatlah sedikit-sedikit gambarannya. Subhanallah! betapa agungnya ilmu Allah yang Maha Mengetahui. Benar, tiap-tiap ciptaan-Nya pasti ada rahsia dan misteri yang dapat diungkap ataupun tidak. Teringat firman-Nya: “Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. Dan sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Kamilah yang kekal memiliki segala-galanya.” (15: 22-23)

    Teruskan usaha sehingga berjaya buat anakanda Intan!

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Abu Ikhwan….

      Alhamdulillah, Ummi sihat wal’afiat. Didoakan Abu Ikhwan dan keluarga di sana sihat dalamlindungan rahmat Allah SWT.

      Sesungguhnya, setiap ciptaan Allah mempunyai maksud tersirat untuk menyakinkan hamba-NYA tentang kebesaran dan kekuasaan-NYA. Jika benar akal kita diguna dengan cara yang waras, pasti kita dapat berfikir dengan sempurna dan yakin bahawa Allah adalah Tuhan sekalian alam.

      Alangkah ruginya manusia yang sudah diberi ilmu pengetahuan dan akal, tetapi tidak tahu, juga mahu membezakan yang benar dan salah. Semoga kita tetap pada jalan-NYA yang lurus.

      Terima kasih Abu Ikhwan sudah berkunjung dan doa yang dilampirkan buat anakanda Intan, semoga doa tersebut dimakbulkan Allah SWT. Aammin.

      Salam sejahtera.

  2. Assalamu’alaikum wr.wb puan Fatimah

    banyak istilah2 biologi yang bikin bingung …. jadi ingat waktu ngajarin anak pelajaran ilmu biologi untuk ujian … bukannya mengajari tapi malah jadi belajar bersama .. hehe

    salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb….

      Betul, istilah-istilah biologi sangat unik dan sukar disebut. Berbelit-belit rasa lidah untuk menyebut perkataannya. Alhamdulilah, sekurang-kurangnya kita memperolehi ilmu baru apabila anak-anak kita mempelajarinya dan dapat berkongsi informasi. Ini pasti mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak.

      Terima kasih mas sudah berbagi pengalaman dan salam takzim.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.