CT251. 16 MEI 2014: SELAMAT HARI GURU – GURU ADALAH PEJUANG BANGSA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

HGuru2014Fatima1GuruPejuangBangsa

*

SELAMAT HARI GURU”  BUAT SEMUA SAHABATKU GURU…. WALAU DI MANA SAHAJA BERADA.

Sahabatku guru…

*

PesanFatima

 

Bila jadi guru, jadilah…

GURU SEBENAR GURU:  KE SEKOLAH TIDAK JEMU, MENGAJAR TIDAK LESU.

Jangan kita dilihat sebagai guru pemalas. Malas belajar, malas mengajar, malas menyediakan BBM, malas menghargai diri, malas berfikir dan sebagainya. Sifat malas boleh membawa impak besar dalam pandangan pelajar, ibu bapa dan masyarakat.

*

811

*

SEMANGAT GURU ADALAH SEMANGAT PEJUANG.

Tidak pernah lelah menggunakan fikirannya untuk menghasilkan sesuatu bahan yang kreatif dan inovatif bagi mencapai keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Belajar menjadi pejuang di medan didik.

*

827

*

INILAH DUNIA KITA.  DUNIA PENDIDIK.

Dunia yang penuh ragam manusia sama ada pentadbir, guru mahupun pelajarnya. Berusahalah menjadi guru yang bersemangat guru kerana kita juga adalah…..

PEJUANG BANGSA.

*

764

*

WAHAI SAHABATKU GURU YANG BERJASA: berbanggalah menjadi guru yang tidak pernah lelah menyapa ilmu. Tidak pernah payah meredah waktu. Jadilah guru yang menjadi kebanggaan muridmu.

*

Sekian, salam hormat penuh takzim.

SITI FATIMAH AHMAD.
Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang.
Bintangor, Sarikei, Sarawak

*

thank-you-103

***************

SalamFatima3SalamFatima15 Mei 2014 (Khamis)/  15 Rejab 1435H/ 9.15 malam, Sarikei, Sarawak

AKU….  mengerti bahawa KEBAHAGIAAN hanyalah sebuah khayalan minda yang difikirkan untuk menjadi realiti. Ia hanya sebuah ilusi dan fantasi. Bagaimana hendak merealisasikan KEBAHAGIAAN ? Tentulah tidak semudah yang disangkakan….. kerana KEBAHAGIAAN hanya dapat dirasa di sini : DI HATI.  Jika aku bahagia, aku merasainya. Jika engkau bahagia, aku juga merasainya. Menyimpan sebuah rindu padamu merupakan KEBAHAGIAAN bagiku yang tidak pernah dapat memilikinya.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu….. menjadi guru kepada diri sendiri menyerlahkan kepintaran kita dalam mengendalikan kehidupan yang  cemerlang, gemilang dan terbilang. Ku ingatimu dalam doaku. Wassalaam. 🙂

HGuru2014Fatima2GuruPencetus

*

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU DI MANA SAHAJA BERADA

*

33 thoughts on “CT251. 16 MEI 2014: SELAMAT HARI GURU – GURU ADALAH PEJUANG BANGSA

  1. Assalamualaikum,
    Ikut mrngucapkan selamat hari guru pada Mbak Fatimah dan semua guru dimana saja berada. Semoga selalu dilimpahkan kesehatan dan semangat yang riang dalam berbagi ilmu kepada muridnya. Amin

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi….

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin wlhamdulillah. Terima kasih atas ucapan dan doa yang baik dari mbak Evi buat saya dan para guru yang berjasa semuanya.

      Salam semanis gula semut, mbak. 🙂

    • Insya Allah, jika guru tersebut mempunyai daya kreativiti tinggi untuk menambah kemahiran diri dalam bidang kepakarannya, kualitas itu akan mengiringi ketrampilan pengajaran guru tersebut.

      Terima kasih atas kunjungan dan doa buat guru-guru kita.
      Salam sejahtera. 🙂

  2. Assalamualaikum Bunda. lama tidak berkunjung ke blog ini dan berbagi komentar. semoga keadaan bunda baik selalu..
    Selamat hari guru di Malaysia… kebetulan kedua orangtua saya juga guru di sekolah dasar.
    Di Indonesia pada tanggal tesebut adalah hari Buku 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Zian X-Fly….

      Alhamdulillah, saya sihat. Didoakan Zian juga demikian sama. Terima kasih sudah mengunjungi kembali laman ini.

      Selamat Hari Guru juga buat orang tuan Zian di sana. Kenangi jaa mereka sebagai guru hebat di rumah.

      Bagus juga adanya Hari Buku ini. Mudahan Malaysia juga ada Hari tersebut.

      Salam sejahtera dan terima kasih. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra….

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Iya mudahan begitulah hendaknya dalam menyebarkan ilmu bermanfaat buat anak didik.

      Terima kasih atas kunjungan dan doa dari mas Indra.
      Salam sejahtera. 🙂

  3. selamat hari guru Bu Siti.
    saya pernah tahu ada guru yang pada bab baru meninggalkan muridnya. sebagainya gantinya guru itu memberi tugas. murid-muridnya harus baca sendiri dan cari jawaban sendiri. jadinya murid itu tanya guru lesnya. jadi guru les yang menerangkan dan menjelaskan bab itu.
    saya ucapkan terima kasih bwt support Bu Siti sehingga saya bisa terus menulis. sebagai ucapan terima kasih saya, saya hanya bisa memberikan hadiah kecil berupa link ke blog Bu Siti di cerpen cerpen sastra: menulis ulang sejarah. tidak apa-apa ya?

    • Terima kasih atas ucap selamat dan kongsian karenah guru yang memang berlaku dalam masyarakat guru secara umum. Guru sebenar guru akan menampakan komitmen dan kewibawaan tinggi dalam berbakti kepada dunia pendidikan.

      Memang banyak berlaku seperti hal yang dijelaskan oleh Wahyu di atas. Cuma kita berharap kepada guru sedemikian agar sedar diri bahawa profesion keguruan bukan tugas mudah dan dibuat sambil lewa. Tugas gutu adalah membina manusia dan kemanusiaannya.

      Alhamdulillah, walaupun hadiah kecil berupa link sahaja, sudah cukup merasakan saya dihargai untuk sedikit support yang tidak sepertinya, Wahyu.

      Terima kasih dan semoga terus sukses dalam dunia penulisannya.
      Salam sejahtera. 🙂

  4. Assalamu’alaikum wr.wb., Mbak Fatimah…

    Selamat hari Guru ya Mbak, tetap semngat berjuang demi kemajuan bangsa.
    Saya bukan guru, Mbak. Tapi ada juga waktu dimana saya harus memberikan training kepada rekan-rekan di pabrik. Biasa saya memberikan training mengenai pemahaman standar mutu ISO 9000.
    Aktifitas mengajar tersebut sungguh menyenangkan. Lebih menyenangkan lagi bila rekan-rekan yang saya bimbing tersebut memahami dan mampu meng-implementasikan apa yang telah saya sampaikan.

    Walau kegiatan mengajar bagi saya hanya kegiatan selingan saja, namun tetap memberikan warna lain kepada bidang pekerjaan utama saya di pabrik.

    Salam persahabatan selalu,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa….

      Sesiapapun boleh jadi guru kepada sesiapa sahaja. Malah dari penjelasan mas Titik di atas, ternyata mas juga termasuk dalam kategori guru, cumanya uru dalam bidang yang lai dari bidang profesional guru di sekolah.

      Ibu bapa juga guru, anak-anak kecil yang menunjuk arah jalan ke mana-mana destinasi juga guru. Guru itu asal sahaja menjadi petunjuk kepada sesuatu yang bermanfaat kepada oran lain. Tidak salah saya juga mengucapkan Selamat Hari Guru buat mas Titik Asa di sana.

      Mengajar orang sehingga mereka faham lalu lebih pandai dari kita sebaai guru adalah sangat membahagiakan. Semua pengajaran kita yang baik apabila diimplimentasikan mereka dan menyebarkan lagi kepada yang lain akan menghasilkan ganjaran berganda semasa kita hidup sehingga matipun masih tetap mengalir pahalanya. Alhamdulillah.

      Terima kasih mas Titik atas kongsian yang bermanfaat untuk pencerahan semua. Salam hormat selalu. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.