CT116. KURNIA RAMADHAN – AHLAN WA SAHLAN YA AL-MUBARAK

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Hari bersilih minggu, minggu berpindah bulan, bulan berganti tahun…. semua itu peraturan waktu yang penuh setia memegang janji pada Tuhannya dalam lingkaran masa yang diperintahkan. Tidak ada saat yang terlambat atau waktu yang tercepat bahkan tidak ada detik yang terlepas dari peredaran Sunnatullah. Akhirnya, kita kembali diizinkan mengisi ruang usia yang semakin dekat jaraknya untuk menuju ke lembah ghaib yang menunggu sejuta cerita dari kita untuk dikisahkan di hadapan Yang Maha Esa. 

Sebelum waktu itu menjemput tiba, inginku hulur jari sepuluh dengan harapan menggunung kepadamu – SAHABATKU YANG JAUH DI MATA , DEKAT DI HATI – kemaafan yang mendamaikan seluruh sendi anggotaku jika ada bicara yang meracun hati, gurau senda yang memiris rasa dan coretan kata yang melukai jiwa. Kemaafan darimu adalah mutiara terindah buatku. Semoga berbahagia untukmu di dunia dan di akhirat. Aamiin.

MAAF ZAHIR DAN BATHIN

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

**************

17 Julai 2012 (Rabu)/ 27  Syaaban 1433H/ 10.46  malam – Sarikei, Sarawak

AKU….  seorang hamba yang ingin memberi apa yang dikehendaki oleh Tuhanku, Yang Maha Pencipta. Ingin menyerah apa yang dimahu oleh Tuhanku, Yang Maha Memberi. Ingin setia pada apa yang diperintah oleh Tuhanku, Yang Maha Perkasa. Ingin menurut apa yang  diingini oleh Tuhanku, Yang Maha Penyayang. Ingin mengikut apa yang ditunjuki oleh Tuhanku, Yang Maha Penunjuk. Aku ingin menjadi hamba yang tahu bersyukur dengan segala apa yang dikurniakan oleh Tuhanku, Yang Maha Agung dari segala nikmat yang dilimpahkan kepadaku di dunia dan di akhirat. Aku ingin menjadi hamba yang mencintai Tuhanku dengan sebenar-sebenar cinta. Aamiin. Ya Rabbal’alamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

DAN ENGKAU,  PERNAH AKU TEMUI DI SELA-SELA NAFAS INI

****************

Pengumuman Puasa 2012 | Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa (1 RAMADHAN 1433H) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada 21 JULAI 2012 – SABTU, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan RUKYAH DAN HISAB.

SELAMAT BERPUASA

****************

36 thoughts on “CT116. KURNIA RAMADHAN – AHLAN WA SAHLAN YA AL-MUBARAK

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb….

    PENGUMUMAN PUASA TAHUN 2012M/1433H bagi negara Malaysia. Alhamdulillah

    AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN dari Rabbani untuk kita hayati keberkatan bulan Ramadhan yang mulia. Semoga amalan kita semakin berganda dengan “hadiah” dari Yang Maha Esa, melimpah penuh rahmah dan mendapat keredhaan-NYA. Aamiin.

    DEDIKASIKU UNTUKMU… Selamat Berpuasa dan semoga hidupmu sentiasa dilindungi Allah dalam rahmat-NYA di dunia dan akhirat. Jalanilah kehidupan ini dengan tenang dan sentiasa sabar dalam menghadapi setiap cabaran. Maaf zahir dan bathin.

    Wassalaam. 😀

  2. moga ramadhan yang dinanti, berbuahkan kebajikan yang diridhoi, mengharap jannahNya yang abadi, hidup damai bahagia hakiki…..

    • Aamiin… Ya Rabbal’alamiin.
      Semoga Ramadhan tahun ini dapat meningkatkan lagi amal ibadah kita untuk menjadi hamba Allah yang berjaya melalui segala cabaran dari-NYA.

      Salam Ramadhan buat Mila.
      Terima kasih dari bunda. 😀

  3. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Hatur tangkyu bunda yang senantiasa mengisi ruang “rumah maya” dengan kehangatan dan pencerahannya.

    Ruang maaf tak pernah tertutup bagi siapapun, terlebih buat bunda sekeluarga 😉 dan tentunya dengan segala kerendahan hati pula kiranya bunda memaafkan saya lahir dan batin.

    Berulang kali ketemu ramadhan dan setiap bertemu maka harapan selalu mematrikan semangat untuk menyambutnya dengan gembira, semoga mulianya ramadhan memberikan kemuliaan bagi kita yang menyambutnya dengan amal sholeh yang dikehendaki-Nya.

    Salam ramadhan … salam penuh harapan dan persiapan… moga kemuliaan dan keberkahan bagi kita semua…

    Salam juga buat semua 😉

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang KC…

      Aamiin, Ya zaljalaaliwal ikraam.

      Terima kasih Kang KC, senang menerima kunjungan, lampiran doa dan semangat Ramadhan yang dikongsikan di sini. Mudahan segala persiapan untuk menuju Ramadhan menambah keinginan kita untuk melakukan amal ibadah bagi mengisi ruang kosong dalam bekalan ke sana nanti.

      Alhamdulillah, kemaafan adalah penyucian diri bagi sesiapa yang mahu mendapat keredhaan Tuhannya. Semoga kita sentiasa muhasabah diri untuk menjadi “baru” dalam setiap hari yang hadir dalam kehidupan ini.

      Satu tahun tidak terasa, Ramadhan telah kembali mengunjungi kita semula. Semoga yang dilalui dan dilakukan, menjadi kebaikan di bulan suci ini. Marhaban yaa Ramadhan.

      Salam hormat takzim dari saya. 😀

  4. assalamu alaikum wr.wb.
    semoga di bulan penuh barakah ini lebih optimal dalam usaha pembersihan dan penyucian jiwa (tazkiyatun nafs ) serta tazkiyatul mujtama’…walaupun tidak harus menunggu bulan Ramadhan untuk melakukannya..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, …

      Aamiin, Ya Rahmaan Ya Rahiim…
      Mudahan kehadiran Ramadhan yang ditunggu sekian lama ini, dapat memberi pencerahan kepada jiwa dan penjernihan kepada hati untuk menambah amal dan ibadah serta suka bersedekah.

      Semoga kita diberi kekuatan iman untuk menjalankan ibadah Ramadhan ini dan segala amal ibadah diterima oleh Allah SWT. Aamiin.

      Terima kasih Zainal atas pesan yang bermanfaat ini.
      Selamat menyambut Ramadhan. 😀

  5. Asm….
    Apa khbar semua? Selamat Menyambut Ramadan Mubarak dari kami sekeluarga di Teluk Intan…mohon maaf.

    Doa…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Tuan Haji Faisal….

      Alhamdulillah, kamek semua sihat dan baik2 ajak. Selamat berpuasa juak untuk kitak, Ani dan anak-anak di Teluk Intan. Lamak sik ndengar berita dari kitak sekeluarg di sinun.

      Semoga kita semua dapat menjalani ibadah dan amalan2 lain dalam keadaan sihat dan cergas sepanjang Ramadhan berlangsung ini. Mudahan dirahmati dan diberkati Allah hendaknya.

      Kirum salam dengan Ani.
      Salam Ramadhan yang mulia. 😀

  6. Assalamualaikum wr. wb, kawan yang jauh di seberang,

    Selamat menunaikan ibadah puasa, alhamdulillah kerana kita masih lagi dapat menyambutnya pada tahun.

    Nampaknya saya tak dapat “berbual” panjang di sini.

    Semoga kita sentiasa bersyukur di atas limpah rahmatNYA yang tidak henti-henti kepada kita hambaNYA yang daif ini, kerana DIA sentiasa mengasihani lagi amat mengasihani.

    Salam dari Temasek

    • Wa’alaikum wr.wb, sahabatku Zohra….

      Alhamdulillah, kehidupan yang masih diizinkan ini hendaklah kita hargai dengan penuh syukur dan mentaati perintah-NYA.

      Aamiin… Mudahan kita menjadi hamba yang taat dan sentiasa qanaah dengan setiap kurnia-NYA baik berupa penderitaan atau kebahagiaan. Senua itu sebagai perhatian Allah kepada kita.

      Silakan hadir jika ada ruang waktu yang bersahabat, Zohra. 😀
      Wah… lama tidak mendengar nama Temasek ini. Hanya sebuah sejarah indah buat Kota Singa yang moden.

      Selamat berpuasa dan Salam Ramadhan, kawan yang jauh di sana. 😀

    • Selamat berpuasa juga Yudha Qirana…

      Aamiin, Ya Rabbal’alamiin. Mari kita banyak beramal ibadah untuk menambah iman dan taqwa kita di sisi Allah swt.

      Terima kasih.
      Salam kenal dan salam Ramadhan. 😀

    • Selamat berpuasa juga untuk GaleriSiswa. Semoga ibadah puasa dan amalan kita diterima Allah swt. Kemaafan sama-sama kita poho ke hadrat Ilahi atas silap dan salah selama ini.

      Terima kasih.
      Salam Ramadhan. 😀

  7. Selamat pagi bunda siti….
    berkunjung dengan nama blog sekolah bunda…
    blog pribadi lumayan terbengkelai.
    Ini fauzi abinya dida,,,,
    kami sekeluarga mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa buat bunda diserawak…
    mohon maaf lahir bathin ya bund,..
    semoga ibadah kita diterima Alloh SWT…AMIN
    Salam buat ais dari dida jagoan kecilku yang besok tanggal 30 ultah
    sekarang sudah kelas 1 di madrasah bunda..
    tambah nakal..
    ikut puasa kemarin puasa pertama sampai jam 10 puasa ke dua sampai jam 5..
    (dikira udah buka puasa karena dapat tajil/makan buka puasa) dari masjid..
    liat pas buka ngemesin makannya banyak diibaratkan kayak balas dendam siang ngga makan…..

    • Selamat pagi juga Akhmad Fauzi…

      Senang menerima kunjungan di awal ramadhan dan mendengar khabar tentang Dida yang semakin nakal juga menceriakan kehidupan orang tuanya.

      Wah… sudah besar dan seusia Ieesyah juga si Dida ini ya. Mereka sama-sama dalam kelas 1. Lucu sekali membaca kisah Dida di atas. pasti pening kepala melihat olahnya. Sabar aja, anak-anak memang demikian. 😀

      Bunda lihat, Dida ini lebih maju dari Ieesyah. Ieesyah hanya bisa puasa selama 2 jam aja sejak 2 hari ini. selepas itu dia minta bunda tolong bacakan doa buka puasa untuknya.

      Mungkin hari sekolah, Ieesyah lebih lama lagi puasanya kerana cikgunya pesan mesti puasa semasa di sekolah. Lihatlah apa yang berlaku hari ini.

      Aamiin… semoga Allah menerima ibadah puasa dan amalan kita di bulan barakah ini.

      Terima kasih Akhmad. Salam buat Dida dan bundanya.
      Salam Ramadhan yang mulia. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.