CT471. PERJALANAN HAJI (1): MEMAHAMI RUKUN HAJI DAN WAJIB HAJI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

BERSEDIA

Beberapa hari sebelum dan hingga tibanya HARI TARWIYYAH , kami jemaah haji Maktab 95 yang mendiami Hotel Sevilla Barakat telah diberi taklimat oleh pegawai Tabung Haji agar membuat persediaan mental, fizikal dan spritual (rohani)  untuk memahami cara pelaksanaan Rukun Haji dan Wajib Haji yang akan ditempoh selama berada di Arafah, Muzdalifah, Mina dan kembali semula ke Makkah.

Saya ingin mengingatkan para hujjaj agar sentiasa peka dengan setiap tarikh taklimat yang dijadualkan oleh pihak Tabung Haji untuk mendapat maklumat dari masa ke semasa tentang apa sahaja yang bakal diberi. Tujuan taklimat ini adalah membantu para hujjaj memahami pelaksanaan haji di setiap masya’ir haji yang akan ditempati.

Jangan ambil mudah atau rasa tidak perlu menghadiri sebarang taklimat, walaupun kita “sudah faham” sebab banyak membaca buku tentang haji, berbincang dengan orang yang pernah pergi haji atau menonton di kaca tv atau di you tube. Berdasarkan pengalaman saya, semua yang dianggap “sudah faham” tidak sama apabila kita berada dalam “situasi sebenar” atau di “tempat kejadian berlaku”.

JANGAN SOMBONG dengan ilmu yang dianggap sudah dalam pengetahuan diri sehingga tidak mahu menghadiri sebarang taklimat atau ceramah yang dijadual dan diberikan kepada jemaah haji di hotel kita menginap. Anggap semua taklimat yang diberi adalah perkara baru dan untuk menambah ilmu agar kita sentiasa dapat mengingatkan diri sebelum masalah menjelma.

Sangat menyedihkan kerana akibat tidak atau jarang menghadiri taklimat dan ceramah haji semasa di hotel, segelintir hujjaj telah membuat kesalahan yang mereka tidak fahami situasi dan hukumnya. Terus menghukum dan menyebabkan orang lain jadi keliru.

Sangat besar impaknya apabila berlaku kepada diri sendiri. Ia boleh menghantui dan menimbulkan penyesalan sampai bila-bila saat mengenang “kebodohan” diri yang tidak cukup ilmu dan maklumat.

 Akibatnya, ada jemaah haji yang takut kalau-kalau haji mereka tidak sempurna lalu terpaksa membayar dam (walaupun sebenarnya tidak perlu membayar dam). Ini berlaku hingga ke saat akhir selepas menunaikan Tawaf Wada’ iaitu Tawaf Selamat Tinggal sebelum berangkat pulang ke Tanah Air.

*

MESTI FAHAM

Catatan CT286. IBADAH HAJI adalah IBADAH PROFESIONAL boleh dirujuk agar anda memahami mengapa HAJI BUKAN IBADAH SEBERANGAN. Ia tidak boleh dilaksanakan dengan cara semborono atau “cincai”.

Seorang bakal haji atau hajjah, seharusnya SEORANG YANG PROFESIONAL dalam ibadahnya. PEKERJAAN HAJI BUKAN PEKERJAAN BIASA. Ia pekerjaan LUAR BIASA. Segala peraturannya datang dari ALLAH SWT.

Ibadah haji adalah ibadah yang disertai dan mesti dilaksanakan menurut yang telah di syariatkan. Segala kerja haji termaklum dari arahan Tuan Milik Rumah yang menjemput untuk menjadi tetamu kehormat-NYA. Oleh itu,  setiap muslim yang telah terpilih hendaklah bersedia lahir dan batin.

Pekerjaan haji merupakan satu tanggungjawab fardhu ‘ain yang dilakukan secara individu dengan kemampuan. Kemampuan diri hendaklah disertai dengan kesihatan yang  baik dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual agar apa sahaja halangan dalam hubungan kita dengan Allah, manusia dan alam sekitar terjaga baik.

CT86. FORMULA JERI’S  dapat membantu anda memahami tentang pekerjaan haji yang tidak semudah yang kita sangkakan. Tanpa bekalan ilmu yang cukup kita pasti kecundang dalam kealpaan dan kelalaian.

Satu kerugian yang besar apabila kita melakukan sesuatu ibadah, kita tidak mengetahui atau berbuat sambil lewa terhadap keutamaan dan kepentingan ibadah tersebut. Tujuan kita mengerjakan haji sepatutnya menjadi PENGETAHUAN NOMBOR SATU.

*

RUKUN HAJI DAN WAJIB HAJI

Maklumat dari tulisan ini, diharap dapat membantu bakal jemaah haji untuk mengetahui dan memahami MENGAPA kita WAJIB tahu tentang  6 Rukun Haji dan 6 Wajib Haji. Tujuannya adalah untuk mendapat KEREDHAAN Allah SWT dan supaya haji kita tidak sia-sia.

*

*

PILIH DAHULU CARA PELAKSANAAN HAJI

Sebelum memahami RUKUN HAJI DAN WAJIB HAJI kita perlu mengetahui pilihan cara pelaksanaan haji yang kita inginkan. Cara pelaksanaan haji dibahagikan kepada tiga iaitu HAJI TAMATTUK, HAJI IFRAD DAN HAJI QIRAN.

*

*

*

*

Saya dan SPH memilih pelaksanaan HAJI TAMATTUK. Kami sudah menyelesaikan ibadah UMRAH WAJIB (kerana kami pertama kali mengerjakan umrah).

Kini tiba masanya untuk mengerjakan HAJI. Maka, niat berihram haji bagi Haji Tamattuk perlu dilafazkan di tempat penginapan kita di Makkah sebelum berangkat ke Padang Arafah iaitu pada HARI TARWIYYAH (8hb Zulhijjah)

*

URUTAN PEKERJAAN HAJI

Apabila anda sudah memilih cara pelaksanaan haji, maka anda perlu faham bagaimana melakukan URUTAN pekerjaan Rukun Haji dan Wajib Haji dengan betul dan sempurna kerana ia beriringan mengikut keutamaan masing-masing seperti gambar di bawah:

*

*

CARA PELAKSANAAN HAJI TAMATTUK

Berikut dikongsikan bagaimana CARA MENGERJAKAN HAJI TAMATTUK  melalui bahan yang saya perolehi dari Kursus Haji yang dikendalikan oleh pihak Tabaung Haji Malaysia agar anda dapat menggambar serta memahami kronologi pelaksanaannya.

*

(1) LAKSANA UMRAH DAHULU

*

(2) KEMUDIAN LAKSANA HAJI

*

TERTIB RUKUN HAJI

Tulisan-tulisan akan datang adalah menjelaskan bagaimana bakal jemaah haji melaksanakan urutan pekerjaan haji dengan betul dan mengikut tertib yang menjadi Rukun Haji. Ia mesti dilakukan dengan ilmu, kefahaman dan keyakinan agar haji dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Rukun Haji hendaklah dilaksanakan oleh jemaah haji. Jika tidak ditunaikan, sama ada dengan sengaja atau terlupa atau tidak dilaksana, atau dilaksanakan tetapi tidak sempurna maka hajinya TIDAK SAH.

Manakala meninggalkan salah satu kewajiban dari Wajib Haji hingga terlambat melakukan perbuatan yang diharamkan sebab ihram maka sah haji tetapi wajib MEMBAYAR DAM. Hukum meninggalkannya disebabkan uzur seperti lupa dan sebagainya atau meninggalkannya tanpa uzur seperti sengaja maka jemaah itu BERDOSA.

*

PERJALANAN HAJI

Mudahan pengalaman dari PERJALANAN HAJI saya dan SPH semasa mengerjakan RUKUN HAJI dan WAJIB HAJI pada episod yang seterusnya dapat memudahkan kefahaman anda untuk memperolehi HAJI MABRUR. Aamiin.

Sebelum mengundur diri untuk entri hari ini, saya lampirkan PERJALANAN HAJI RASULULLAH SAW sebagai panduan dan pengetahuan kita untuk mengambil pengajaran dan kefahaman. 🙂

*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima17 April 2018 (Selasa)/ 1 Syaaban 1439H/ 11.50 malam/ Kuching, Sarawak –  SITI FATIMAH AHMAD

 

 

 

 

YA ALLAH, AKU MENUNGGU PANGGILANMU

*

11 thoughts on “CT471. PERJALANAN HAJI (1): MEMAHAMI RUKUN HAJI DAN WAJIB HAJI

  1. ASSALAM…MOGA SHT SJHTERA BERSAMA SYAABAN INDAH MENANTI TAMU RAMADAN MEMBAWA BERKAH-NYA…PERKONGSIAN N3 DIK CT SGT BRMNFAAT MMBNTU KEFAHAMN HUJJAJ TNTG IBADAT HAJI MOGA DIK SITI N KITA SEMUA DISERU-NYA KE TANAH MEKAH YG MULIA

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Mudahan kita sihat semuanya dan diizinkan untuk melalui Ramadhan yang barakah pada tahun ini.

      Harapannya begitulah kak, jika ada rezeki lagi dapatlah berkunjung kembali ke Tanah Suci. Hanya kepada Allah kita mengharap sepenuh hati.

      Terima kasih kak Paridah kerana sudi berkunjung dan salam manis selalu. 🙂

  2. Assalamualaikum wr.wb Bu Hajjah Fatimah.

    Izin bookmark post ini, karena sangat bermanfaat bagi yang belum melaksanakan ibadah Haji seperti saya.

    Semoga Allah swt memberikan saya kesempatan dan rezeki untuk menyempurnakan rukun Islam kelima ini, berhaji. Aamiin.

    Salam hangat dari Jakarta Pusat 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany Fatmaningrum….

      Silakan mbak, mudahan banyak manfaat buat pengetahuan apabila tiba masanya nanti. Saya doakan agar dapat panggilan hajinya. Aamiin.

      Salam hangat kembali dan terima kasih atas kunjungannya, mbak. 🙂

  3. Assalamualaikum wr.wb Bu Hajjah

    Tulisannya memberikan panduan yang lengkap untuk orang yang mau naik haji.
    Apalagi dengan bantuan visual visualnya .. benar2 membuat kita lebih mengerti .. terutama bagi saya yang tipe visual .. kalau baca tulisan atau mendengar ucapan agak sulit untuk mengerti

    salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb…..

      Alhamdulillah, semoga bermanfaat. Saya juga begitu, dengan visual kita lebih faham dan ingat. Oleh kerana itu, saya ingin memudahkan sesiapa yang membaca tulisan ini agar dapat memahami apa yang akan dilakukan dalam pekerjaan haji.

      Terima kasih mas atas doa dan kunjungannya.
      Salam takzim.

  4. Pingback: CT478. PERJALANAN HAJI (2): MEMAHAMI IHRAM HAJI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.