CT364. KEBUN FATIMA (9): BUNGA MATAHARI (6) – SERI TAMAN HATI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SeriFatima1TamanHatikuBM6

*

PENYERI TAMAN HATI

Hati senang apabila cuaca tidak seperti dulu, hujan semakin kurang menjejak bumi. Sinar mentari kian bersahabat dan memberi saya peluang untuk meneruskan aktiviti berkebun di musim cuti panjang hujung tahun ini.

Foto di bawah ini pernah saya lampirkan di posting CT363. KEBUN FATIMA (8): BUNGA MATAHARI (5) – PINDAH KE TANAH.

Antara 6 pokok yang berhasil dari 100 biji benih yang ditanam, hanya 2 pokok yang mula menunjukkan putik bunga yang membanggakan hati saya. Putik itu muncul pada hari ke- 122.

Senyum terukir indah di bibir saya saat meneliti putik yang pastinya mengubat duka lara di hati atas segala risiko musim hujan yang dilalui.

Dua kuntum bunga awalan ini sememangnya PENYERI TAMAN HATI saya. Alhamdulillah.

*

Terbayang di mata, kuncup putik itu akan mengembang mekar menjadi bunga yang indah dan mengesankan sesiapa yang memandangnya.

Silakan nikmati keindahan foto kronologi pertumbuhan awal DUA KUNTUM bunga matahari melalui ketikan LENSA MATA FATIMA.

*

(1) SI KECIL CILI PADI

SeriFatima2Hari122

*

SeriFatima3PucukSeri

*

SeriFatima4TunasBunga

*

SeriFatima5JendelaDunia

*

SeriFatima6Pelukanku

*

SeriFatima7Tarikanmu

*

SeriFatima8Menyerah

*

SeriFatima9KembangSeri

*

SeriFatima10KuningRaja

*

(2) SI KEMBANG HATI

Daripada dua pasu yang ditanam dengan dua anak pokok di dalamnya, hanya satu pasu yang menjadi.

Alhamdulillah, walau tidak cukup nutrien untuk membesar, bunganya tetap mengembangkan jiwaku, mengindahkan taman hatiku.

*

SeriFatima11KembarSeri

*

SeriFatima12Segar

*

SeriFatima13Dakapanku

*

SeriFatima14MembukaGaya

*

SeriFatima15IndahCahaya

*

SeriFatima17WarnaHatiku

*

harapanhatiFatima

@ HARAPAN FATIMA

Insya Allah, di masa akan datang saya akan menebus kesilapan yang dilakukan dengan menanam semula benih bunga matahari yang masih berbaki untuk melihat hasil yang lebih memuaskan hati.

Benar…. setiap kesilapan yang dilakukan di masa lalu menjadi pengalaman untuk meningkatkan kecerdikan dan kecerdasan kita untuk lebih teliti di masa akan datang.

PENGALAMAN adalah GURU PALING BAIK buat kita belajar untuk mengenal erti TIDAK PUTUS ASA.

*

bunga

*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima15 Disember 2015 (Selasa)/ 3 Rabiulawal 1437H/ 3.00 petang, Sarikei, Sarawak

AKU…. sudah lalui kronologi kepayahan hidup yang tidak pernah terfikir jalan kejayaannya. Takdir tetap takdir, tetapi Tuhan Yang Maha Pengasih memberi jalan keluar untuk kita memilih menuju takdir yang sudah tersurat dalam qadar-NYA. Oleh itu, aku tidak pernah putus asa dan kecewa jika menghadapi kegagalan. Bukan gagal yang ku beri tumpuan tetapi bagaimana aku bangun dari kegagalan itu, menjadi tujuan kejayaanku. Aamiin Ya Rabb.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Saat khabar mu ku dengari, riang hati tidak terperi. Walau jauh di hadapan mata, namun kasih dekat di hati. Penawar rindu padamu seorang, mengapa selalu semangatku dikau puja. Terima kasih untuk keindahan yang hadir menyapa. Doa sejahtera dari hatiku yang dalam untukmu yang menyentuh hati. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

RinduFatima1DiHatiku

*

2 PENAWAR RINDU… dedikasiku untukmu…

Nyanyian Datin Rafeah Buang – genre Irama Asli

*

Nyanyian Wann – genre Pop Asli

*

RINDUKU ADA DI HATI…. SELALU UNTUKMU

*

37 thoughts on “CT364. KEBUN FATIMA (9): BUNGA MATAHARI (6) – SERI TAMAN HATI

  1. Senangnya melihat apa yang kita tanam bisa berjaya tumbuh dan berkembang.
    Ternyata bunga matahari ini lama juga keluar bunga.

    Kalau di Malaysia cuti di penghujung akhir tahun lama. Di Indonesia cuti akhir tahun untuk pegawai kerajaan hanya 3 hari sahaja, 🙂
    Untuk pegawai swasta ada cuti akhir tahun.

    • Hampir semua bungaan berbatang akan mengeluarkan bunga pada bulan ketiga setelah ditanam benihnya. Semua itu sunnatullah yang mengajar kita untuk belajar bersabar dalam memelihara dan merawatnya sehingga kita sangat sayang pada bunga tersebut.

      Cuti hujung tahun yang panjang (45 hari) itu adalah cuti akhir tahun untuk sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Apabila murid bercuti, guru secara otomatiknya juga turut bercuti kecuali jika ada panggilan oleh pihak pengurusan sekolah seperti mesyuarat. Jika tidak ada, maka selama itulah cuti guru berjalan sehingga sekolah dibuka kembali pada 4 Januari 2016.

      Kalau saya di Institut Pendidikan Guru, ada kuliah tambahan iaitu mengajar di waktu cuti bagi guru-guru yang mengambil Kursus Dalam Cuti. Habis jadual mengajar maka cuti berjalan seperti biasa.

      Begitulah cuti sekolah di Malaysia di hujung tahun. Sangat berbeza di negara mas Alris ya. Semua itu tertakluk kepada sistem pemerintahan sesebuah negara.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam hormat.

    • Betul si Beje, saya setuju. Hati jadi girang dan puas setelah melihat hasil kerja tangan sendiri. Apabila kita berbakti kepada tanah, pasti akan dibalasnya jua dengan keindahan dan kesuburan.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam sejahtera.

  2. Assalamu’alaikum wr. wb. Apa kabar Mbak Fatimah?
    Wah sepertinya Mbak sedang rajin merawat taman, Indah-indah foto bunga nya Mbak.
    Semoga keindahan taman membawa efek positif kepada sesiapa yang menikmatinya.

    Salam persahabatan dari saya di Sukabumi,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa…

      Aamiin walhamdulillah. Didoakan mas Titik sekeluarga juga dalam kondisi yang dirahmati Allah. Aamiin.

      Mudahan melihat bungaan menjadi terapi minda dan jiwa. Sangat bahagia apabila setiap pagi melihat bunga berkembang.

      Terima kasih mas Titik atas apresiasi dan kunjungannya.
      Salam takzim.

    • Alhamdulillah, yang berputik dulu semuanya sudah mekar dan sudah layu kini.

      Hehehe…. si cili padi tu bukan pokok buah cili kak Paridah tetapi gelaran saya kepada anak pokok bunga matahari yang masih kecil tetapi cepat mengeluarkan putik dan bunga berbanding pkok yang sudah besar di sisinya. maaf kak, kalau tulisan dan foto saya mengelirukan.

      Terima kasih sudha berkunjung dan salam manis selalu. 😀

  3. Assalamualaikum ummi siti fatimah, salam maulid ar-Rasul saw 1436H
    Seronok melihat bunga-bunga yang kembang. Pasti ia memerlukan kesabaran dan ketabahan yang maksimum menjaganya agar dapat melihat hasil yang baik. Begitulah juga dengan diri kita. Sekiranya ingin melihat tempat ‘kembali’ yang baik dan mendapat ‘hasil’ yang baik, tentulah kesabaran, ketabahan dan kerja keras sangat diperlukan. Teringat kata-kata murabbi dulu, “ingin hasil yang hebat, maka memerlukan usaha yang hebat…”
    Tahniah ummi siti fatimah kerana bunga dah pun mekar…seronok!

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Abu Ikhwan….

      Alhamdulillah, tidak dinafikan apa yang dijelaskan oleh Abu ikhwan di atas sangat benar. Sifat sabar dalam bercucuk tanam memberi kesan dalam kehidupan harian kita. Ia mengajar kita menghargai apa yang kita lakukan sehingga berjaya. Kalau pun gagal tetap bersyukur dan berusaha untuk meningkatkan kemajuannya, bukan terus mundur dan berputus asa.

      Terima kasih Abu Ikhwan atas apresiasi dan kunjungannya.
      Salam hormat dan salam maulidur Rasul SAW.

      Selawat atas nabi yang tercinta.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.