CT282. SORRY ! I SAY NO TO BBM & WHATSAPP

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SorryBWFatima1SayNo

*

DUNIA TANPA SEMPADAN

Dunia semakin ligat dengan kemudahan teknologi yang memeriahkan kehidupan manusia plus melalaikan juga. Dulu kita diperkenalkan di medan maya dengan kemudahan komunikasi media sosial yang dapat menghubungkan kita ke serata dunia tanpa sempadan tanah dan udara.

Media sosial seperti Friendster, MySpace, Twitter, Facebook, Instagram dan seumpamanya diguna secara berleluasa dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja.

Namun tidak ada satu pun daripada perkhidmatan media sosial tersebut saya miliki kecuali satu blog ilmu yang dibina atas nama LMGS G2 sebagai medan wahana ilmu di dunia maya.

Saya pernah melayari DUNIA FACEBOOK selama 7 hari genap. Pengalaman di Dunia FB pernah saya tulis dalam posting CT38. AKU DAN DUNIA FACEBOOK.

Tulisan tersebut merupakan pendapat peribadi saya tanpa menyentuh mana-mana individu terbabit sehingga saya mengambil keputusan drastik untuk tidak memasuki dunia itu lagi.

*

APLIKASI POPULAR

Kini muncul aplikasi baru pesanan segera yang mengungguli dunia telefon pintar yang dikenali sebagai APLIKASI BLACKBERRY MESSENGER (BBM) dan WHATSAPP MESSENGER. Kedua-dua aplikasi ini mempunyai ciri-ciri tersendiri sehingga memudahkan sesiapa untuk menggunakannya.

Apakah yang menarik tentang aplikasi BBM dan WHATSAPP  ?

Saya cuba memahami maksud dan fungsi kedua-dua aplikasi yang berjaya menarik ramai pengguna kerana memberi perkhidmatan secara percuma.

SORRY ! BUT NOT ME.  

Kerana itu, jika ada sesiapa yang mengatakan saya kolot dan ketinggalan zaman, dengan senang hati saya mengakuinya kerana itulah kenyataan yang harus diterima. Walaupun tidak menggunakan dua aplikasi tersebut, saya tetap berminat untuk mengetahui operasinya.

*

SorryBWFatima2ApaItuBW*

TIDAK TERTARIK

Sejak memiliki telefon bimbit Blackberry Torch dua tahun lalu, ada beberapa rakan pensyarah wanita yang memiliki telefon BB meminta nombor PIN yang juga eksklusif dimiliki oleh pemegang telefon Blackberry.  Saya jawab tidak berminat.

SORRY ! I SAY NO TO BBM.

Saya pernah dengar sebelum ini tentang BBM. Jujur, saya  sangat naif dalam hal ini. Saya tidak tahu bagaimana mahu mencari nombor PIN tersebut sehinggalah secara tidak sengaja terjumpa dalam OPTION.

Begitu juga dengan aplikasi WHATSAPP. Saya baru mengetahui penggunaannya secara luas tahun 2012 apabila beberapa rakan pensyarah bertanya saya, “adakah saya memiliki WHATSAPP ?”. Saya jawab tidak ada dan tidak berminat.

 SORRY ! I SAY NO TO WHATSAPP

*

RIMAS

Dalam beberapa minggu yang lalu, entah kenapa ramai pula yang bertanyakan saya tentang WHATSAPP. Seperti ada promosi dan dirancang. Rimas sungguh saya dengan pertanyaan tersebut.

ROS: “Kak Timah, ada WHATSAPP tak, boleh kita sembang-sembang hal keluarga lama-lama.”

ZAH: “Kak Tim, download WHATSAPP senang sahaja, percuma dari internet. Tak perlu bayar.”

SHARIFAH: “Kak, buat WHATSAPP-lah, senang hendak kirim bahan kuliah, gambar dan sebagainya.”

ALICE: “Bagus juga puan tak masuk dalam WHATSAPP grup pensyarah tu, entah apa-apa yang ditulis.”

KAK DEE: “Apalah awak ni, WHATSAPP pun tak ada, ni baru ketinggalan zaman.”

dan ramai lagi. Saya pun memberi beberapa alasan yang munasabah, namun mendapat pelbagai reaksi dari yang mendengarnya.

*

HAK DAN PILIHAN

Mungkin alasan saya bercanggah dengan pendapat anda. Namun perlu ingat…. saya BUKAN ANTI atau MUSUH kepada BBM dan WHATSAPP. Keduanya tidak bersalah. Ia hanya alat untuk mencapai matlamat manusia. 

Saya masih berpegang kepada prinsip bahawa PILIHAN itu adalah HAK MILIK sesiapa yang MENERIMA atau MENOLAK. Semua orang mempunyai alasan tersendiri yang patut dihormati dan diberi peluang.

Setiap alasan yang dikemukakan tentulah mempunyai sebab yang hanya difahami oleh pemberi alasan sendiri tanpa membawa pengaruh kepada orang.

Jika orang lain pula terpengaruh, itu terserah kepada mereka sendiri kerana mereka mempunyai HAK untuk MENERIMA atau MENOLAK setelah berfikir dengan semasak-masaknya sebelum menerima alasan dan fikiran yang diutarakan.

 BACAFATIMAKU

*

APAKAH ALASAN SAYA

….. apabila berkata TIDAK kepada BBM dan WHATSAPP ?*

Berikut EMPAT ALASAN yang saya kemukakan SECARA PERIBADI untuk menjawab persoalan di atas, setelah  memikir  baik buruknya kedua-dua aplikasi yang berpengaruh ini dalam kehidupan saya.

1. TIDAK BERMINAT – Saya tidak berminat untuk bersosial dalam dunia maya atau dunia nyata. Saya lebih senang menghabiskan masa dengan membaca, menulis, melancung dan riadah bermotor. Kerana itu, saya tidak berminat untuk menggunakan BBM dan WHATSAPP selain tidak mempunyai keperluan dan komitmen dalam kehidupan atau pekerjaan saya.

2. MELALAIKAN – Jika teknologi tidak diguna secara bijak dan berhemah, pasti berlaku kelalaian dan merugikan masa tanpa manfaat untuk kehidupan di dunia dan akhirat. Gejala maksiat dan mungkar senang berlaku. Penggunaan BBM atau WHATSAPP sama ada antara individu atau berkumpulan mempunyai impak tersendiri yang dapat melalaikan kita dari urusan kerja yang sepatutnya disegerakan.

Contoh: Pengalaman yang saya lihat, ada segelintir rakan sekerja yang melayani WHATSAPP ketika sedang bermesyuarat (meeting) sehingga tumpuan kepada perbincangan tidak lagi menjadi keutamaan. Begitu juga dalam acara majlis rasmi organisasi sehingga doa dibacakan, ada rakan yang masih sempat ber-WHATSAPP sambil meng’amin’kan doa.

Kehadiran sidang seperti seminar, kursus, bengkel dan seumpamanya memperlihatkan kelalaian yang luar biasa. Kehadiran ke sidang dilihat sekadar duduk untuk memenuhi jemputan sedangkan fikiran kosong melayang. Manakala tangan dan mata berfokus kepada laman bual di BBM atau WHATSAPP.

3. BICARA SONGSANG – Saya pernah diperlihatkan oleh seorang rakan beberapa bicara songsang dalam WHATSAPP yang dihantar melalui laman bual secara kumpulan. Yang pastinya semua ahli kumpulan dapat membaca teks, foto, audio, video dan sebagainya tanpa sebarang tapisan.

Saya berasa malu kerana bicara songsang itu sepatutnya bersifat privasi bukan disebar secara umum. Apakah tujuan mereka ? Saya yakin mereka sengaja berbuat demikian sekadar untuk mencari perhatian atau niat tertentu yang hanya mereka sahaja yang tahu.

4. BIMBANG TIADA KAWALAN – Secara personal, saya mengenali kelemahan dan kekuatan diri sendiri. Memikir banyaknya kelemahan yang membawa impak negatif dalam kehidupan dan mungkin tidak mampu saya tangani kerana asyik “bersosial” dengan telefon pintar, lalu keputusan saya ambil…

SORRY ! I SAY NO TO BBM and WHATSAPP

*

HIDUP NYAMAN

Berdasarkan 4 alasan utama di atas, saya bebas dari “gangguan” manusia dan bunyi-bunyian “ding-dong” yang merimaskan. Saya juga dapat merasai ketenangan hidup dalam dunia nyata secara peribadi dan keluarga. Hidup lebih damai dan sejahtera. Tidur juga nyenyak dan lena. Alhamdulillah. 🙂

*

BacaFatimaku2

*

BAGAIMANA PENDAPAT ANDA  ?

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima14 September 2014 (Ahad)/  19 Zulkaedah 1435H/ 10.47 malam, Sarikei, Sarawak

AKU….. meyakini apabila kesabaran menjadi kekuatan dalam menghadapi setiap cabaran hidup, dunia pasti dipenuhi kebahagiaan yang indah. Tidak akan kau dapati kebencian yang menghasilkan dendam kesumat sehingga muncul jiwa merana yang menciptakan bahagia berubah sengsara. Masihkah ada esok yang bersisa untuk menjadi saksi wujudnya kedamaian di dunia ini ? Aku sudah lelah dengan kematian yang tidak berupa manusia. Aku berlindung dengan-MU, ya Allah.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu.. Tiada yang lebih indah apabila melihat senyummu menyemarak dunia hatiku, walau tidak terlihat namun hati terasa dekat. Doaku selalu untukmu.  Wassalaam. 🙂

RinduFatima1dirimu

*

SETIAP HARI…. ZIKIR ITU MENGALUN NAMAMU

*

38 thoughts on “CT282. SORRY ! I SAY NO TO BBM & WHATSAPP

  1. assalamu’alaikum wr wb
    jika berbicara mengenai bbm, whatsapp atau yang lainnya.
    mungkin saya juga termasuk orang yang kolot dan ketinggalan zaman (itu memang benar).
    saya punya hape hanya untuk mengelola blog tentunya dan lainnya untuk sms atau telfon.

    salam sejahtera dari Indonesia

  2. assalamu alaikum umiki sayang

    alhamdulillah dapat bersua lagi dilaman ini dipagi hari yang cerah..

    hhmmm… bener cakap ummi, bila tak mampu bijak pd media sosial tersebut, bnyklah waktu yng terbuang percuma, yng mungkin waktu tersebut dpt digunkan buat ibada, baca, dzikir tp tak, karena keasyikan ma medsos.. hehe

    nanda sih, jika ad kegiatan meeting, seminar dll, kadang tablet ngk dibawa pergi atau tablet tak simpen dalam tas aj, agar konsentrasi tak terganggu.

    kadangpun lalai, terlebih jika teman medsos aktif membls pesan..
    semoga, kedepannya, nanda lebih bijak lg menggunakan media tersebut… aamiin

    salam sayang salam rindu, salam semanis madu kurma… ^_^

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, anakku Neni sayang….

      Alhamdulillah, senang menerima kunjungan Neni walau tidak jadi yang pertama di komentar, namun tetap pertama di hati Umi. Anak yang baik tentu akan selalu membahagiakan uminya. 🙂

      Apabila kita sudah mengetahui akan kelemahan diri itu lebih banyak dari kekuatan dalam menghadapi media sosial, maka langkah bijak harus diambil kerana masih banyak wadah lain yang dapat dimanfaatkan untuk bersosial sehingga kita tidak sampai lalai dan alpa.

      Jika masih mampu mengawal diri, silakan mengurusnya dengan baik dan bijak. Kelalaian mungkin disebabkan kita terlalu asyik hingga lupa dengan waktu dan kerja.

      Terima kasih sudah mampir, Umi rindu dan sayang selalu.
      Salam semanis gula pasir. 🙂

  3. Assalamualaikum bunda Fatimah
    Saya termasuk yang kolot juga sepertinya untuk medsos2 tersebut.
    Saya punya akun medsos untuk sharing link tulisan dari blog aja,
    FB sempat mencari teman2 lama, setelah itu ya sudah,
    komunikasi tetap kembali ke telp aja 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….

      :D, banyak sekali orang seperti saya terhadap media sosial ini rupanya. Saya ingat hanya sedikit sahaja. Mungkin masa juga membuat kita kurang menggunakan media ini kerana tidak mempunyai kepentingan untuk berlama-lama dengannya. Pilihan itu di tangan kita sendiri, ya mbak.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam manis selalu. 🙂

  4. Kak Fatimah, saya juga tidak terlalu suka ikut-ikutan, ramai-ramai menggunakan social media seperti yang Kakak sebutkan itu. Sampai sekarang pun saya tidak menggunakan BBM. Tapi akhirnya saya pakai Whatsapp. Hehehe. Facebook juga masih ada. Tapi hanya sesekali mengunjungi.

    Kalau menurut pendapat saya, itu tergantung kebutuhan si pengguna sih, Kak. Ada kakak saya yang berjualan online sehingga dia mau tidak mau ya selalu autis dengan gadgetnya.

    • iya, saya setuju Sophie… terserah kepada keperluan yang kita fikir dapat membawa kebaikan kepada kita apabila menggunakannya. Asal tahu mengawal diri dan tahu sebab menggunakkan pasti tidak berlaku kelalaian.

      Setiap ciptaan Allah SWT melalui tangan manusia mempunyai sebab dan akibat yang menjadi tanggungjawab sendiri untuk memikirkan baik dan buruknya.

      Terima kasih sudah berkongsi cerita di sini.
      Salam ceria selalu. 🙂

  5. kebalikan dengan dina neh bunda, semuanya dicobain he, betul adakalanya bisa melalaikan , tapi ada juga manfaatnya. apapun yg dipilih tentunya dua2nya diharapkan adalah kebaikan,

    • Itu namanya meneroka dunia maya untuk mencari kebaikan penggunaannya. Pilihan atas kita sendiri untuk mengetahui apakah kandungan yang membuat banyak orang menggunakkannya dan kita juga turut serta.

      Tidak salah Dina, teruskan jika bermanfaat. Ia samalah seperti mempelajari sesuatu yang baru, kan. 🙂

      Salam manis. 🙂

  6. Tidak gampang menentukan pilihan seperti itu Bu Fatimah, Saya sangat salut akan keputusan itu. Sebab jika kita tidak mampu memilah dan memilih media sosial, kita akan sulit menentukan mana yang memberikan kemanfaatan dan mana yang lebih banyak mudharatnya. Saya juga menggunakan FB hanya untuk menuliskan link postingan di blog. BBM tidak, sedangkan WA dalam waktu dekat insya Alloh akan saya hapus karena membuat berisik hape seringkali berbunyi dan tulisan-tulisan di dalamnya banyak mudharatnya.
    Terima kasih telah mengingatkan kebaikan ini, semoga Alloh Ta’ala melimpahkan keteguhan dan istiqomah di jalan kebaikan.

    • Tentu sekali kita lebih mengetahui keperluan kita menggunakan media sosial dan aplikasi pesan segera ini. Pilihan kita sama mahu atau tidak mempunyai impak yang sepatutnya sudah kita fikirkan sebelum menggunakannya atau mahu mencuba dahulu agar dapat diberi keputusan sebelum penggunaan berterusan.

      Jika pasti tidak diperlukan, lebih baik ditinggalkan dengan lapang hati dan ringan jiwa. Jika masih berbelah bahagi dan berat hati, tentu hidup tidak aman dan mengganggu kehidupan di dunia nyata.

      Alhamdulillah, sedikit pandangan saya di atas, jika memberi kebaikan kepada Kang Pakies, membuat saya gembira kerana ada impak baik yang membantu untuk menyamankan hidup di kemudian hari. Mudahan pilihan yang diambil diredhai Allah SWT. Aamiin Allahumma Aamiin.

      Sama-sama kembali dan salam hormat takzim. 🙂

    • Salut buat mbak Ely dan 4 jempol dari saya. 😀
      Ternyata mbak Ely bahagia dengan Dunia Kebun Ely dan kurang memberi perhatian kepada media sosial seperti ini kecuali dunia blognya sahaja. Kita ini lebih kurang sama, ya mbak.

      Didoakan mbak Ely semakin sihat dan diberkahi Allah dengan kebaikan yang banyak. Salam sejahtera. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ditya….

      Jika pekerjaan seharian memerlukan semua aplikasi tersebut seperti Ditya, Itu namanya penggunaan berhemah yang sesuai dengan pekerjaan dan memudahkan prosesnya.

      Terima kasih Ditya dan salam sukses. 🙂

  7. Assalamualaikum … Bu Siti , tentang BBM dan WHATSAPP ya..? Saya termasauk dulu yang anti sama BBM-an – karena pengguna BBM nuansanya ‘tukang selingkuh … namun 2tahun ini terjadi perobahan – saya sudah jadi penguna BBM dan WA … saya mencoba membatasi diri saja gunakan BBM dan WA untuk hal yg positif. 🙂
    Wass … salam taqzim selalu

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman Jaya….

      Apabila kemudahan media sosial dan aplikasi pesan segera memberi kebaikan, manfaat dan keuntungan, teruskan penggunaannya sebagai wadah yang memudahkan Soeman. Yang penting kita tahu mengawal dan memahami kenapa kita memerlukannya.

      Terima kasih Soeman atas kunjungan dan salam sejahtera. 🙂

  8. wa ‘alaikum salam warahmatullah..

    saya juga tidak berminat dua media tersebut. karena saya punya android, jadi saya tak punya bbm, dan saya tak berminat memepelajarinya.

    adapun whats app, saya tak terlalu berminat dengan ini. tapi, karena sudah ada aplikasi bawaan, maka saya coba mengaktifkannya.. hanya sekedar memiliki,dan saya tak berminat bersosialisasi dengan ini. tetapi, bebarapa bulan terakhir ini, ternyata mempunyai maanfaat. saya punya cikgu dari Malaysia. hari-hari saya mensempatkan menyetor hafalan kepada beliau.. walaupun sekadar 1 halaman. setidaknya untuk menjaga hafalan, karena saya juga kesulitan untuk mendatangi seorang ustadzah.
    adapun gangguan lain sebagainya, saya mengaktifkannya kalau saya ingin memakainya, jika sudah selesai, saya offkan kembali. kecuali menunggu tanggapan hafalan saya dari cikgu tersebut.:)

    • Pilihan kita tentu mempunyai nilai tersendiri yang dapat membawa ketenangan dalam kehidupan kita, ya mbak.

      Tidak mudah untuk membuat keputusan atas sesuatu yang menjadi ke”gila”an ramai di dunia maya dan tentu sedikit sebanyak menyentuh hati untuk meneroka sesuatu yang baru.

      Alhamdulillah, mudahan pengajian mbak Ummu secara jarak jauh itu memberi manfaat yang besar. Jauh gurunya mbak, di Malaysia. Ternyata jarak tidak lagi menghalang kita untuk belajar. Itukan satu manfaat dari penggunaan yang positif. Teruskan mbak, semoga beroleh kebaikan di dunia dan akhirat. Aamiin.

      Terima kasih dan senang dengan kunjungan mbak Ummu.
      Salam manis. 🙂

  9. whatsapp dan bbm sama halnya seperti sms hanya ditambah fitur lain yang dapat mengirim foto, video.. semua tergantung dari kebutuhan individu masing2, untuk saya pribadi tidak menggunakannya karena hp saya hanya bisa untuk telepon dan sms saja 🙂

    • Awalnya, segala kemudahan teknologi yang dicipta adalah untuk memudahkan segala komunikasi manusia. Ini dinamakan fardhu kifayah dan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT (jika muslim).

      Tetapi apabila ada yang memanipulasi penggunaannya sehingga berlaku perkara-perkara negatif, pasti merosakkan fungsi awalnya.

      Oleh itu, hanya peribadi kita sahaja yang perlu memilih sesuai dengan keperluannya. Jika hp kita tidak mempunyai kelengkapan seperti telefon pintar, menurut saya itu lebih bijak dan terhindar dari kelalaian dunia maya. Salut dari saya.

      Terima kasih atas kunjungan perdana dan salam sejahtera. :).

  10. Setelah 3 bulan menggunakan whatsapp saya memilih untuk mengundur diri setelah melalui baik buruknya. Sekarang saya rasa lebih tenang, bebas, gembira mengharungi realiti kehidupan yang sebenar. Alhamdulillah, thank you Allah, all praises to Allah. Terima kasih kak Timah atas tinta pena ini kerana telah memberi pencerahan kepada saya bahawa tidak semua yang dipandang baik untuk ramai orang maka ia juga baik untuk kita dan juga sebaliknya. Hidup memberi kita pilihan. Mudahan Allah memimpin kita memilih yang terbaik di sisi-Nya. Amin.

    • Alhamdulillah, akak bangga dengan pilihan Ros. Setiap pilihan kita menemtukan apa yang bakal berlaku dalam hidup kita. Semoga Allah SWT meindungi kita dari hal yang membawa kepada perkara mudharat sehingga kita tersasar jauh dari kebaikan.

      Hehehe…. rasa skema ajak mbaca apa yang Ros tulis di atas. Sengkol rasanya dan pelik… 😀

      Terima kasih berlomentar di blog akak. Akak doakan Roa ceria dan sukses selalu. Salam sayang dan rindu dari akak untuk Ros di Kuching. 🙂

    • Kita harus tegas dengan pilihan sendiri walau apa pun pandangan orang lain. Benar, yang utamanya selamat dunia dan akhirat dari menjadi subahat dalam hal yang dapat membawa mungkar dan maksiat.

      Terima kasih Jimmy dan salam sejahtera. 🙂

  11. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Beberapa alasan yang disampaikan Bu Fatimah sangat bisa dipahami. Antara manfaat dan mudharat memang perlu untuk dipertimbangkan. Semoga dengan punya prinsip hidup ini jadi terasa lebih indah.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, ..

      Alhamdulillah, membuat keputusan bukan mudah. Ia memerlukan perhatian dan pertimbangan yang bijak untuk dihalusi. Namun setelah berjaya melaluinya, hidup terasa aman dan mengharap yang terbaik.

      Terima kasih atas kunjungan dan doanya
      Salam ukhuwwah berpanjangan. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.