CT374. KEMBARA MIRI (6): MIRI CITY FAN (TAMAN KIPAS MIRI)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

CtFanFatima1MiriCityFan

*

BERENANG DULU

HARI KETIGA. Alhamdulillah. Seperti hari kedua, cuaca Bandaraya Miri masih baik dan bercahaya cerah. Oleh itu, sebelum meneruskan lawatan ke lokasi menarik, kami sekeluarga melakukan aktiviti berenang terlebih dahulu di kolam renang Hotel Mega.

*

CrocFatima2KolamRenangHotelMegaMiri

Seawal 9.00 pagi kami sekeluarga menjadi pengunjung pertama di kolam renang.

*

TAMAN LANDSKAP TERBAIK

Setelah selesai berenang dan mengisi perut dengan makanan ringan di bilik hotel, kami dengan langkah penuh semangat meneruskan aktiviti lawatan di Bandar Peranginan ini menuju DESTINASI PERTAMA di hari ketiga iaitu MIRI CITY FAN atau TAMAN KIPAS MIRI.

Tidak menyangka perjalanan kami dari Hotel Mega ke MIRI CITY FAN (MCF) sangat dekat. Tidak sampai 7 minit kereta Innova kami sudah menjejak parkir yang luas tidak jauh dari bangunan Pustaka Miri. 

Setelah mencari maklumat berhubung MCF, ternyata taman ini mempunyai tarikan tersendiri. Taman Kipas berada dalam keluasan 10.4 hektar yang terletak di pusat bandaraya Miri. MCF pernah dianugerahkan sebagai TAMAN BANDARAYA BERLANDSKAP TERBAIK DI MALAYSIA pada tahun 2001.

Kenapa ia dinamakan Taman Kipas ? Sudah tentu kita dapat membayangkan bentuk kipas yang tertera pada namanya. Begitulah rupa bentuk geografi Taman Kipas yang boleh anda lihat melalui foto di bawah.

*

cityfandiagram

Sumber: Miri Resort City

*

TamanAwamMiri

Sumber: Miri Resort City

*

DI BAWAH TERIK MENTARI

Cuaca panas memancar cerah di luar cermin kereta. Saya memerhati di hadapan kami ada (H) Formal Garden. Sebelah kiri terdapat (I) Public Swimming Fool (Kolam Renang Awam). Sedangkan di sebelah kanan berdiri megah dan indah bangunan (H) Pustaka Miri.

Saya dapati MCF ini kelihatan besar dan luas walau hanya dipandang sekali imbas. Peta lokasi MCF belum lagi kami lihat kerana peta lokasi dipacak di dua tempat iaitu Chinese Garden (warna merah) dan Islamic Garden (warna hijau).

Percaya atau tidak, hanya kami sekeluarga yang mengunjungi MCF. Hanya kereta kami sahaja yang berada di kawasan parkir. Kenapa ? ….. kerana kami berkunjung pada jam 12.15 petang.

Inikan masa orang makan tengah hari. Lain pula dengan kami sekeluarga yang memilih berada di MCF di bawah terik mentari. …hehehe. 

Cuaca sangat panas dan terasa menyengat kulit. Syukur alhamdulillah, anak-anak tidak komplen dan merungut walau pun terpaksa berjalan di tengah panas. Malah anak-anak sangat ceria dan cergas dengan aktiviti yang dilakukan.

*

TAMAN-TAMAN DI TAMAN KIPAS

Kami sekeluarga sangat teruja apabila merujuk kepada peta lokasi Taman Kipas banyak taman-taman lain di dalamnya. Kami berusaha menakluki seluruh taman itu dan menikmati keindahan yang terdapat di dalamnya.

Sebagai jurufoto amatur yang masih belajar, sudah tentu peluang ini tidak saya lepaskan untuk dijadikan kenangan bersama keluarga. Taman Kipas mempunyai landskap yang indah dan menarik untuk dijadikan tempat mengambil gambar.

Silakan teman pembaca LMGS G2 menikmati foto-foto taman dalam taman yang kami sekeluarga lalui dan mungkin dapat menimbulkan keinginan untuk melawat Taman Kipas apabila anda berkunjung ke Bandaraya Miri suatu hari nanti.

*

1. CHINESE GARDEN (J)

Kami menapak jejak di Chinese Garden pada jam 12.46 petang. Syukurlah taman ini ditanami rimbunan buluh-buluh halus yang meneduhkan pemandangan.

*

CtFanFatima23ChineseGarden3

Jambatan penghubung kolam kecil yang dihuni kura-kura sebelum memasuki kawasan Chinese Garden yang pertama kami jejaki.

*

CtFanFatima3ChineseGarden

Berehat sebentar

*

PERHATIAN: saya akan mengguna abjad seperti yang disediakan di dalam peta lokasi MCF (foto di bawah) untuk menjelaskan kedudukan taman-taman yang ada di MCF.

CtFanFatima2PetaLokasi

 Peta lokasi Taman Kipas berwarna merah diletakkan di Chinese Garden.

*

2. HEALTH GARDEN (K)

Setelah berehat selama 10 minit di Chinese Garden, kami beralih ke Health Garden yang tentunya menjadi aktiviti menarik jika dilakukan di sebelah petang. Tetapi kami sekeluarga melakukan yang sebaliknya. 😀

CtFanFatima4HealthGarden

Dalam terik mentari pukul 1.00 petang, sudah pasti batu-batu refleksilogi itu menggigit kaki kerana kepanasannya.

*

Sekadar 5 minit untuk merasai pengalaman berjalan di atas batu refleksiogi dan berfoto, kami berpindah ke taman permainan pula. Anak-anak sangat teruja berada di sini.

*

CtFanFatima5HealthGarden2

Taman permainan yang disediakan di Health Garden

*

CtFanFatima6Health3

Iffah dan Izzah bermain buaian

*

CtFanFatima7HealthGarden4

Akram dan Ieesyah bermain gelunsur

*

CtFanFatima8HealthGarden5

Anak-anak bermain jongkang-jongket. Anak-anak sangat gembira namun mereka mengajak kami beralih ke kawasan lain kerana kepanasan. Ieesyah sudah mula menunjukkan tanda-tanda kepenatan.

*

3. THE CIVIC PROMENADE (B)

Setelah berehat dan bermain selama 20 minit, kami beranjak menuju ke kawasan lapang yang dikenali sebagai The Civic Promenade. Di sini saya dapat melihat replika pokok Krismas yang besar dibina dengan begitu cantik hiasannya.

Selain The Civic Promenade, terdapat juga Civic Centre. Kedua-duanya yang berada di sebelah kiri saya.

*

CtFanFatima9TheCivicPromenade1

The Civic Promenade

*

CtFanFatima10TheCivicPromenade

Replika pokok Krismas dalam kawasan The Civic Promenade. Hanya beberapa hari lagi sambutan Hari Krismas. Sudah pasti pembinaan replika di atas menambah tarikan kepada Bandaraya Miri.

*

CtFanFatima13CivicCenter

The Civic Promenade dan Civic Centre

*

4. PUSTAKA NEGERI (G), AMPHITHEATRE (D), MUSICAL FOUNTAIN (C)

Semasa melalui The Civic Promenade di sebelah kiri saya, terdapat tiga binaan di sebelah kanan apabila kita melaluinya serentak iaitu Pustaka Negeri, The Garden Of Vision (Amphitheatre) dan Musical Fountain.

Kerana panas semakin terik, kami tidak singgah di kawasan lapang ini. Hanya melintasinya sahaja untuk menuju ke Islamic Garden.

*

CtFanFatima11PustakaMiri

Pustaka Miri dan Garden Of Vision (Amphitheatre)

*

CtFanFatima12MusicalFountain

Di depan ini adalah Musical Fountain yang hanya dibuka apabila ada keramaian sahaja.

*

5. ISLAMIC GARDEN (E)

Kami sampai ke Islamic Garden pada jam 1.20 petang. Kami berhenti rehat. Hawa panas kian terasa menyebabkan badan cepat terasa letih dan penat.

Ketika sedang berehat di sini, kami ternampak dari jauh bangunan masjid bertentangan dengan Islamic Garden. Saya dan SPH mengambil keputusan agar kami bersolat jamak qasar di sana sebaik selesai mengunjungi Islamic Garden.

*

CtFanFatima14IslamicGarden1

Terdapat beberapa batang pokok bunga kemboja di tanam bagi meneduhi Islamic Garden. Kami berhenti rehat sebentar di bawah lindungan pokok kemboja yang berbunga dengan warna campuran kuning putih.

*

CtFanFatima15IslamicGarden2

Kolah air di Islamic Garden dengan tampalan ukiran bunga yang indah dan mozaik yang disusun menghiasi kolah tersebut.

*

CtFanFatima16IslamicDome3

Dari jauh kita dapat melihat binaan berbentuk bulat dengan dome berwarna biru yang terukir indah. Tidak ada bangku disediakan di ruang dalam sebagai tempat berehat. Bangku diletakkan di bawah pokok kemboja.

*

CtFanFatima17DomeIslamicGarden4

Berfoto dengan latar belakang binaan dome yang indah

*

CtFanFatima18PetaLokasiIslamicGarden5

Satu lagi peta lokasi berwarna hijau diletakkan di Islamic Garden

*

CtFanFatima19IslamGarden6

Keindahan binaan landskap yang ditumbuhi pohon palma yang tinggi dengan kolah kecil segi empat memanjang mengakhiri perjalanan kami di Taman Kipas Miri.

*

CtFanFatima20IslamicGarden7

Satu lagi landskap indah di sebelah kanan saya di Islamic Garden.

*

TAMAT LAWATAN

Setelah berehat selama 10 minit di Islamic Garden, kami kembali ke parkir kereta bagi mengakhiri lawatan kami selama 1 jam 15 minit di Taman Kipas.

Hanya dua lokasi tidak kami jejaki iaitu (A) Civic Centre dan (F) Botanical Ethnic Garden kerana sudah letih, kehausan dan kepanasan. Anak-anak mula merasa lapar dan ingin segera mencari juadah makan tengah hari. Kami perlu solat dahulu sebelum singgah di mana-mana kedai makan.

Saya dapati banyak pengetahuan menarik yang anak-anak perolehi di Taman Kipas ini. Paling menarik, anak-anak berebut mencari arah setiap taman yang ditunjukkan di dalam peta lokasi kerana ingin tahu apa yang ada di dalamnya.

Kami berangkat menuju ke Masjid Bahagian Miri pada jam 1.30 petang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Masjid tidak jauh hanya 5 minit masa diambil untuk mencari jalan arah ke masjid.

Alhamdulillah wa syukrulillah, perjalanan kami semuanya dimudahkan oleh Allah tanpa mengalami sebarang kesukaran dalam bermusafir. Hanya pada-MU ya Allah kami memohon pertolongan dan perlindungan. Aamiin.

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima17 Febuari 2016 (Rabu)/ 17 Jamadilawal 1437H/ 2.15 petang, Sarikei, Sarawak

AKU…. merisik hujan yang rintik, adakah pesan yang disirat melalui angin yang menderu. Sendu berpadu dalam jiwa yang merindu, tak tahan ku simpan ingin bertemu. Resah berkumpul dalam hati yang menyinta, tak upaya menutur untaian kata. Di sini…. di hatiku, selalu ada kasih untukmu.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Setiap ujian yang kita terima, pasti ada kesabaran yang kita pelajari. Setiap dugaan yang kita rasa, pasti ada kegembiraan yang sedang menanti. Percayalah, Tuhan tidak pernah mengecewakan kita, hamba yang selalu mencintai-NYA. Doaku selalu untukmu. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

*

19 thoughts on “CT374. KEMBARA MIRI (6): MIRI CITY FAN (TAMAN KIPAS MIRI)

  1. Assalam apa khabar ct fatimah n famili semoga sht walafiat hendaknya…nampak taman kipas Miri cantik pemandangannya dan lengkap keperluan kpd pengunjungnya…teringin nak melawat taman ni tapi ntah bila…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah….Aamiin walhamdulillah, kami sihat semuanya kak dan didoakan Kak Paridah dan keluarga di sana begitu juga.

      Memang cantik kak, tamannya sangat luas dan besar. Penat juga menjelajahi kawasan taman itu. Syukur ada daya tarikannya hingga tak terasa kita sudah jauh berjalan di antara taman-taman. Kalau waktu malam saya fikir lebih cantik lagi dengan musical fountainnya.

      Mudahan akak ada kesempatan bersama keluarga melancung ke Miri nanti. Aamiin.

      Terima kasih kak kerana telah berkunjung dan Salam manis selalu. 🙂

  2. Assalamu’alaikum wr.wb. mba Fatimah…

    Berdiri lima menit di atas batu-batu refleksi itu pasti terasa enak karena secara otomatis melakukan pemijatan. Enaknya karena badan lagi pegal-pegal setelah traveling kemana-kemana ya mba, lalu ada batu refleksi yang memijat, hehee.

    Salam untuk keluarga di Sarikei Malaysia.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas AR Syamsuddin….

      Benar, walaupun hanya sekejap tetap merasai juga kesannya di kaki iaitu kepanasan batu refleksiologi di bawah terik mentari. Kerana itu tidak dapat berlama-lama, jika lebih petang lagi pasti ia aktiviti yang menarik dilakukan.

      Terima kasih dan salam takzim.

  3. Jenuh juga ni kalau nak pergi semua tempat
    Kakak rasa sebaik selesai semua tempat dijejaki kalau macam kakak ni mahu mengurut kaki hihi…. tapi macam anak-anak mana ada penat – seronok yg lebih.

    Kakak tengok semua gambar pun terasa seronok sama:)

    • Memang jenuh kak, taman kipas ni sangat luas dan jarak antara satu taman itu sangat jauh berjalan kaki. Syukurlah banyak pemandangan di sekeliling, maka jarak jadi terasa dekat. Kami tidak larat lagi nak masuk ke Botanical Ethnic Garden kerana terlalu penat dan lapar.

      Saya berurut kaki di dalam Masjid At Takwa Miri sambil rehat di sana. Namun tidak dinafikan, pengalaman di Taman Kipas itu memang menyeronokkan. Mudahan Kak Zakie dan keluarga dapat juga menjejak kaki ke Miri suatu hari nanti. Aamiin.

      Terima kasih kak sudah berkunjung dan salam manis. 🙂

  4. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Alhamdulillaah…, jalan-jalan yang menyenangkan sekaligus menyehatkan keluarga ya, Mbak Fatimah, jasmani dan ruhani tentunya. Tempatnya indah dengan beberapa sudut yang asyik juga untuk berfoto. Di antara satu tempat yang sepertinya saya suka itu adalah tempat untuk refleksi itu. Berjalan-jalan di atasnya kerasa manfaatnya 🙂

    Salam hormat dari Jogja ya, Mbak.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Batu refleksiologi itu memang menarik untuk senaman tubuh. Jika hari tidak panas pasti kami sekeluarga akan berlama-lama di atasnya. Memang banyak manfaatnya apabila kita berjalan di atasnya. Kerana itulah saya mendapat idea untuk membuat taman mini refleksiologi di rumah saya. Agar setiap hari dapat melakukan senaman menggunakan batu tersebut.

      Terima kasih dan salam hormat.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya…

      Memang beruntung ya mbak kalau kita ada teman yang ramai di mana-mana belahan dunia ini. Kita boleh bertukar idea dan pengalaman yang menambah pengetahuan kita tentang sesuatu yang berlaku di sana yang tentunya berlainan dengan tempat kita.

      Terima kasih mbak dan salam manis.

  5. Assalamu’alaikum wr.wb. puan Fatimah…
    nggak nyangka Miri punya taman indah dan luas seperti ini.
    thematic garden-nya membuat menarik dan ingin explore ..
    kota2 besar di Indonesia harus punya yang seperti ini

    • Wa’alaikum salaam wr.wb…

      Saya juga demikian, tidak menyangka Taman Kipas sudah dibina di bandaraya Miri pada awal tahun 2000. Saya yakin ketika itu, taman kipas lebih indah dari sekarang.

      Saya bersetuju, sepatutnya kota-kota besar mempunyai taman indah yang boleh menjadi daya tarik pelancungan untuk berkunjung ke sana.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam sejahtera.

  6. Pingback: CT377. KEMBARA MIRI (9): SINGAPORE CHICKEN RICE | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.