CT219. AZAM 2014: SELESAIKAN PERKARA YANG BELUM SELESAI

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuuh

2014Fatima1SelesaikanBelumSelesai

*

 2013

….ditinggalkan dengan seribu kenangan. Seperti hadirnya Tahun Hijriyyah 1435 yang lalu, kemunculan tahun 2014 tetap sama. Tahun baru bersilih ganti dan bertukar nombor, tetapi kita tetap manusia yang sama, nama yang sama dan jantina yang sama.

Cuma yang membezakannya, kita menjadi SEMAKIN TUA dengan umur yang berganda angka.

*

Alhamdulillah, Disember 2013 telah mengundur diri untuk memberi laluan Januari 2014 menuju gerbang kegemilangannya. Dengan bertukar satu angka, seluruh jiwa seakan ditiup roh semangat untuk menjadi lebih baik dari semalam. Lebih hebat dari sebelumnya. Lebih bermakna kehidupan masa depan. Insya Allah.

*

AZAM

Rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana masih bernafas bagi meneruskan kehidupan HARI INI. Mudahan ESOK yang bakal menjelma, jasad ini tetap menghirup udara segar dan menjalani kehidupan muslim dengan menuruti segala perintah dan meninggalkan larangan Allah SWT sebagai tanda tunduk dan taat kepada-NYA.

Menggempal azam dekejayaan13ngan pelbagai rancangan di dalam senarai semak sepanjang tahun untuk dicapai seluruhnya, tidak lagi menjadi pilihan saya kerana ia seakan angan-angan yang hanya dicatat semata-mata.

Memang baik tetapi tetap akan membuat hati kecewa apabila sampai di penghujung tahun masih banyak yang tertinggal tanpa sebarang tindakan untuk memastikan ia benar-benar direalisasikan.

*

TIGA AZAM 

Oleh itu, azam saya tahun ini hanya ada TIGA. saya ingin pastikan apa yang mahu dicapai (dengan izin Allah SWT) dapat dilakukan sesuai dengan kesibukan kerja di tahun 2014.

*

 (1) FOKUS UTAMA AZAM – MENYELESAIKAN APA YANG BELUM SELESAI 

…. Menamatkan penulisan saya tentang perjalanan ZIARAH KOTA MADINAH sebelum melanjutkan misi seterusnya, menulis perjalanan iman MENUJU  KOTA MAKKAH UNTUK MENUNAIKAN HAJI bagi perkongsian bersama agar beroleh manfaat dan pengajaran.

(Penulisan ZIARAH KOTA MADINAH bermula di awal tahun 2012 dan sepatutnya berakhir pada hujung tahun 2013. Insya Allah hanya beberapa tulisan lagi sebelum Kota Madinah ditinggalkan dengan kerinduan yang dalam kepada Rasulullah SAW )

*

(2) CEMERLANG PELAJARAN

…. mengharap kejayaan cemerlang dari anak sulung, CAHAYA ‘IFFAH dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan anak ketiga, MUHAMMAD dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan ditempuhi pada penghujung tahun 2014. Kedua ujian ini adalah ujian peringkat nasional. SPM merupakan ujian paling penting untuk menentukan kejayaan pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti, dan

*

(3) KHATAM AL-QURAN

…. ingin melihat si kecil Ieesyah (9 tahun) khatam al-Quran, kerana kakak dan abangnya ketika seusia Ieesyah sudah khatam al-Quran. Saya yakin Ieesyah dapat melakukannya. Kini Ieesyah baru memasuki juzuk ke 5. You can do it, sayang. Mama yakin, Iessyah boleh. 😀

*

Selebihnya adalah azam jangka pendek yang harus diselesai mengikut “deadline” yang ditetapkan. Mudahan semuanya akan dimudahkan Allah SWT dalam segala urusan di dunia dan akhirat.

AAMIIN YA RABBAL’ALAMIIN.

*

kejayaan12

*

SELAMAT TAHUN BARU 2014

*

SalamFatima3SalamFatima31 Disember 2013 (Selasa)/ 28 Safar 1435H/ 8.46 pagi – Sarikei, Sarawak

AKU…. berusaha untuk menjadi manusia yang lembut hati, belas ihsan, penuh cinta dan kasih sayang. Semua itu adalah sifat yang dikehendaki Allah SWT untuk menjadikan dunia ini harmoni dan damai. Rasul SAW mengajar, andai aku bertemu dengan manusia yang keras hati, janganlah aku membalas kekerasan mereka. Hanya kelembutan yang mampu mencairkan kekerasan.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…. Ia sebenarnya tidak mudah. Namun dalam kepayahan ia tetap diusahakan untuk menjadi tabah dan redha. Kerana tidak ada siapapun sepertimu di hatiku. Semuanya indah dan membuat duniaku jadi meriah. Wassalaam. 😀

*

IngatanFatima1Padamu

PADA LAUT TIDAK BERTEPI KU KIRIM RINDU SETIAP HARI

*

19 thoughts on “CT219. AZAM 2014: SELESAIKAN PERKARA YANG BELUM SELESAI

    • Wa’alaikum salaam wr.wb Neni sayang Umi…..

      Maaf, koneksi Umi tidak baik dan tentunya kini jarang menyapa.
      Terima kasih suda berkunjung pertama di pagi yang indah ini.

      Salam rindu dan sayang buat Neni. Sukses selalu ya. 😀

  1. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Wah, banyak juga rencana Mbak di tahun ini yang harus diselesaikan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, sehingga dapat terselesaikan dengan baik.

    Selamat Tahun Baru 2014…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden….

      Aamiin Ya Rabbal’alaamin.
      Kalau diikutkan dalam fikiran ini, sangat banyak dan ingin semuanya direalisasikan tetapi saya ingin memberi fokus kepada yang utama dahulu. Sambil-sambil itu yang lainnya akan dilaksanakan sesuai mengikut masanya.

      Terima kasih atas kunjungan dan doa yang baik dari mas Raden. Didoakan sukses juga di tahun 2014.

      Salam hormat. 😀

  2. Bunda, lama tak jumpa hehe. sekarang saya jarang menulis di blog. Azzamnya bagus-bagus. saya sendiri semoga di tahun ini bisa peroleh junior 😀 doakan ya bun..
    salam

    • Alhamdulilah, dengan izin Allah, Ari sudi berkunjung lagi ke sini. Mudahan silaturahmi di tahun 2014 akan memberi kebaikan bersama.

      Bunda doakan Ari dan Arina dikurniakan junior yang menyerikan tahun 2014.

      Oh ya, jangan lupa minum air zamzam dan berniat dengannya secara tulus ikhlas. Mudahan Allah memperkenankan. Aamiin.

      Terima kasih atas kunjungan Ari. Salam manis bunda buat Arina. 😀

    • Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
      Begitulah harapan kita semua untuk sesuatu yang baik dalam kehidupan di setiap hari baru yang ditempuh.

      Terima kasih Gusti ‘ajo’ Ramli atas kunjungan dan doanya.
      Semoga dirahmati Allah SWT.

      Salam sejahtera. 😀

  3. Assalamualaikum,
    semoga semua bisa selesai sesuai dengan harapan ya, apalagi tulisan mengenai perjalanan ke Madinah dan Makkah sungguh asyik dibaca, juga tak lupa saya doakan agar Iffah dan Ahmad sukses dalam pendidikannya dan Iesyah bisa khatam Al Quran, subhanallah kecil2 sudah rajin belajar Quran……,
    salam takzim dari Banjarbaru, Kalimantan Selatan – Indonesia

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Wieka….

      Aamiin Ya Rabbal’alamin. Semoga semuanya akan tercapai hingga ke penghujung tahun. Terima kasih mbak atas doa dan kunjungan di awal tahun 2014.

      Didoakan mbak Wieka juga mendapat barakah atas kebaikan yang disertakan dalam kata-kata dan niatnya.

      Salam manis selalu. 😀

  4. Assalamualaikum wr wb
    Mbak fatimah 🙂

    Saya hanya ikut mendoakan harapan dan keinginan yg sudah di legendakan..akan terwujud,berjalan lancar dan selalu di berikan kemudahan.. 🙂
    Amin

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr….

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Semoga semuanya diizinkan Allah SWT berjalan lancar sebagaimana yang direncanakan. Menulisnya mudah tetapi melaksanakannya pasti ada tantangan yang tidak diketahui akan muncul. Insya Allah, akan diusahakan dengan sebaiknya.

      Terima kasih Purnomo Jr dan salam sejahtera selalu. 😀

  5. Assalamualaikum wr wb
    Bunda, dengan ini saya aminkan seluruh azam bunda. Agar apa yang telah ditargetkan dan ingin dicapai benar-benar dapat tercapai dengan indah di tahun ini. Target bunda, target buah hati bunda, target keluarga bunda.
    Salam semangat selalu 😉

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.