CT294. SANDWICH TELUR

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SandwichFatima1Telur

*

PERBUALAN SEBELUM TIDUR, 9..30 Malam antara Mama dan Ieesyah….

Saya sedang menerika baju dan Ieesyah bersedia untuk tidur sambil menunggu saya selesai dengan kerja saya. Tiba-tiba saya teringat bekalan Sandwich Telur yang saya buat untuk bekalan Ieesyah pagi tadi. Saya ingin mengetahui perkembangan Sandwich Telur tersebut, sama ada habis dimakan atau masih berbaki.

Saya tersenyum seorang diri mengingatkan telur yang saya lecek untuk dihancurkan bukannya telur masak keras tetapi telur separuh masak yang hampir keras. Syukur Ieesyah tidak tahu. Kalau tidak pasti Ieesyah tidak mahu makan. 😀

Bukan salah saya kerana Ieesyah baru memaklumkan saya untuk membawa bekalan Sandwich Telur sedangkan masa hanya tinggal setengah jam untuk berangkat ke sekolah. Semuanya jadi kelam kabut  apabila persediaan dibuat pada saat-saat akhir.

Alhamdulillah, semua bahan membuat Sandwich Telur seperti roti buku perisa pandan, telur ayam, planta, mayonis, garam, gula dan bekas bekal semuanya ada. Dengan senang hati dalam masa kurang dari 30 minit semuanya selesai dilakukan walaupun telur ayam rebus tidak seperti yang diharapkan.

Keadaan telur yang tidak cukup masak dan keras, sedikit mengecewakan saya sebagai seorang “Chef Ternama dan Profesional” di dalam rumah. Memalukan betul jika tukang masak gagal menyediakan yang terbaik untuk kustomernya. 😦

*

HATI BERBUNGA

Saya bertanya Ieesyah yang sedang leka membaca buku komik seram di sisi saya untuk mengetahui tentang Sandwich Telur yang menjadi bekalannya pagi tadi.

Mama: “Ieesyah sayang, Mama nak tanya, Sandwich Telur bekal pagi tadi sudah habis atau ada baki ?

Ieesyah: “Habis, Ma. Ieesyah makan dua keping sahaja, selebihnya Nadirah dan Najihah yang makan.”

Mama: “Iya ! Ieesyah tak marahkah sebab kawan-kawan habiskan ?”

Ieesyah:  “Tidak, Ieesyah yang suruh mereka makan.”

Mama: “Nadirah dan Najihah kata apa, sedapkah ?”

Ieesyah: “Sangat sedap, Ma. Nadirah dan Najihah minta Mama buat lagi esok, bolehkan, Ma. Nadirah tanya macam mana mama buat Sandwich Telur. Mungkin dia hendak suruh emaknya buat juga.”

Mama: “Alhamdulillah, oooohhh begitu ya. Boleh sayang, esok Mama buat lagi. Roti pun masih ada. Esok, Ieesyah lihat Mama buat dan beritahu Nadirah. Senang sahaja. Ok.”

(hehehe… hidungku kembang kempis dan hatiku pula berbunga-bunga mendengar pujian kawan-kawan Ieesyah)

Ieesyah: “Ok Ma. Terima kasih, sayang Mama.”

Mama: “Sama- sama, Mama sayang Ieesyah juga.”

*

RESEPI SANDWICH TELUR

Berikut  adalah rentetan kejadian yang berlaku. Hmmm…. dalam kekalutan selama hampir 20 minit itu, sempat lagi saya merakam bahan dan langkah sehingga resepi SANDWICH TELUR buat Ieesyah siap disediakan.

Mungkin ada di kalangan teman pembaca yang tidak tahu membuat resepi Sandwich Telur paling ringkas dalam dunia ini, maka foto ketikan di bawah boleh membantu anda untuk membuat sendiri di rumah.

Jangan risau, apa pun makanan yang kita buat dengan hati ikhlas dan redha, semuanya menjadi sedap walau hanya sekadar makan nasi dengan kicap. Insya Allah. Apa tah lagi makan Sandwich Telur yang terkenal dengan kelazatannya. 😀

*

SandwichFatima2RebusTelur

Basuh bersih telur, sebelum direbus hingga masak

*

SandwichFatima3KupasTelur

Kupas semua kulit telur sebelum dilecek separuh hancur

*

SandwichFatima4BahanPerasa

Masukkan garam, gula dan mayonis secukup rasa ke dalam telur yang dilecek separuh.

*

SandwichFatima5LecekTelur

Gaul rata hingga sebati. (Maaf, telur di atas separuh keras kerana kesempitan masa, sebab itu ramuannya sedikit cair) Jika telur masak keras, ramuan di atas akan kelihatan kering dan sedikit lembab kerana mayonis.

*

SandwichFatima6Rotikeping

Sediakan roti keping mengikut perasa masing-masing. Ieesyah menyukai roti perasa pandan kerana itu roti keping di atas berwarna hijau.

*

SandwichFatima7RotidanCheese

Saya pula menyukai cheese untuk dilapis pada Sandwich Telur

*

SandwichFatima8Planta

Sediakan sedikit planta untuk disapu pada kedua-dua permukaan roti

*

SandwichFatima9TelurBiasa

Setelah permukaan roti disapu planta (jika suka sapukan juga sos cili pedas untuk rasa pedas) dan lapiskan telur lecek di atasnya sebelum ditutup. JIKA hendak menambah bahan lain seperti hirisan tomato, mentimun dan daun salad, silakan mengikut selera anda.

*

SandwichFatima10TelurCheese

Saya pula menambahkan cheese atas lapisan telur untuk menambahkan kelazatannya.

*

SandwichFatima11SandwichSiap

Sandwich siap untuk dipotong dan dihidangkan atas meja atau sebagai bekal ke sekolah

*

SandwichFatima12SandwichIeesyah

Sandwich Telur bekalan Ieesyah sebanyak 8 keping potongan kecil

*

SandwichFatima13SandwichMama

Sandwich Telur + Cheese bekalan Mama ke pejabat (ofis). Alhamdulillah.

*

PesanFatimaku

*

KEPADA PARA IBU BAPA DAN PENJAGA

Lebih baik menyediakan sendiri bekalan makanan dan minuman untuk anak-anak ke sekolah. Ini dapat menjamin kebersihan dan khasiat makanan yang dimakan oleh anak-anak supaya terhindar dari pelbagai penyakit seperti cirit birit dan keracunan makanan.  Selain itu, kita dapat menjimatkan belanja untuk tabungan masa depan.

*

SELAMAT MENCUBA DAN MENIKMATI SAJIAN  SANDWICH TELUR

*

***************

SalamFatima3SalamFatima27 Oktober 2014 (Isnin)/  3 Zulhijjah 1436H/ 10.28 malam, Sarikei, Sarawak

AKU….. percaya setiap kasih sayang yang dipamerkan mendapat balasan setimpal dari Allah SWT. Jika kamu mahu dikasihi dan disayangi orang lain, hendaklah kamu terlebih dahulu menjelmakan kasih sayang untuk disebarkan kepada sesiapa yang berada di sekelilingmu. Pasti kasih sayang akan menghampar seluruh dunia hingga menjadi ceria.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu… Jangan mudah kalah dengan resah yang melanda hati. Kecekalan pasti membuahkan sikap optimis untuk menjadi kuat dan mampu berhadapan dengan segala cabaran. Selalu ada doa buatmu di hati ini. Wassalaam. 🙂

*

RinduFatimaku2setiaphari

*

YANG PALING SUKAR DALAM HIDUP ADALAH MEMBUANG RINDUKU PADAMU

*

21 thoughts on “CT294. SANDWICH TELUR

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo…
      Alhamdulillah, dengan senang hatinya mengharap akan dapat menikmati sajian Sandwinch Telur nanti.

      Sampaikan salam saya buat isteri mas Purnomo.
      Terima kasih sudah berkunjung dan salam sejahtera. 🙂

  1. Assalamua’laikum wr wb
    Kak fatimah

    Melihat bahan pembuatannya selalu tersedia dirumah ditambah caranya praktis lagi sederhana, jadi mendadak pingin membuatnya juga kak, bisa buat bekal anak dan sarapan suami cocok sepertinya 🙂
    Izin serap resep masakannya ya kak
    Salam dari Jakarta 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Sussi…

      Memag sangat mudah mbak. Sesiapa boleh membuatnya termasuk anak-anak. Cuma perlu disediakan bahan sahaja.

      Silakan mencuba resepi di atas untuk bekalan anak dan suami. pasti mereka akan semakin sihat dengan menu berkhasiat dari rumah.

      Selamat mencuba, mbak Sussi. Semoga sukses.
      Terima kasih sudah hadir mneyapa di sini.
      Salam manis selalu. 🙂

  2. Assalamu’alaikum Wr.Wb. Mbak Fatimah,

    Sepertinya lezat sandwichnya…anak-anak saya juga sering minta dibawain bekal Sandwich. Hanya saja lebih suka yang pakai mesis coklat….
    tapi resep mbak fatimah nampaknya asik untuk di coba….

    salam dari yogyakarta…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Yuni…

      Memang lazat mbak, silakan mencuba Sandwich Telur di atas. Saya yakin anak-anak mbak menyukainya sepertimana Ieesyah. Selamat menikmatinya, mbak.

      Terima kasih mbak Yuni sudah berkunjung.
      Salam manis selalu. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kangjum…

      Silakan mencubanya Kangjum. Sangat mudah membuatnya dan diyakini lazat. Boleh juga ditambah bahan-bahan lain jika suka. Selain itu, boleh juga dibuat Sandwich ikan atau ayam. Terpulang kepada selera masing-masing.

      Terima kasih Kangjum dan salam ceria. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Iya mbak, cuma pastikan segala bahannya cukup.
      Ieesyah memang sangat menyukai Sandwich Telur ini. Kadang kala dimakan begitu sahaja tanpa roti. Heee… buat sendiri yo mbak, mbak kan sudah “besar” berbanding Ieesyah…. 😀

      Terima kasih mbak Evi atas kunjungan.
      Salam semanis gula aren. 🙂

  3. Assalamualaikum Bunda Fatimah,
    Alhamdulillah bekal dari bunda bukan hanya disukai anaknya tetapi juga kawan-kawannya.
    Resep sarapan praktis dan penuh gizi yang boleh dipraktekkan nih bund,
    Makasih telah berbagi resepnya Bund 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…

      Alhamdulillah, anak-anak memang menyukai makanan dari rumah, tambah lagi kalau makannya “free” – percuma. 😀

      Silakan kalau mahu mencuba untuk bekalan anak ke sekolah, ya mbak.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam hangat selalu. 🙂

  4. Assalamu’alaikum wr.wb.
    Alhamdulillaah…, resepnya bisa dicoba itu ya, Mbak Fatimah. Terus terang, selama ini saya belum pernah makan sandwich, apalagi mencoba untuk membuatnya, hehehe…
    Makasih resepnya ya, Mbak. Salam dari Jogja, Indonesia.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Silakan mencubanya, sesuai untuk dimakan dalam pelbagai majlis. Sangat mudah dan praktis dilakukan. malah murah sekali segala bahan buatannya.\

      Terima kasih kembali mas Amazzet atas kunjungan dan salam hormat. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.