CT234. BAHAYA (1), JIKA LUPA “GEAR PARKING”

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Bahaya1Fatima1LupaGearParking

*

BAHAYA, JIKA LUPA….

MEMANG BAHAYA, jika kita lupa kepada apa yang sepatutnya kita berhati-hati dengannya.

Kejadian tiga hari lalu setelah mengisi minyak kereta di sebuah stesen minyak SHELL di bandar Sarikei memberi satu pengajaran buat saya. Juga panduan kepada mereka yang memandu kereta transmisi AUTOMATIK.

MEMANG BAHAYA, jika kita lupa apa yang perlu kita lakukan.

…. Setelah menghentikan kereta di hadapan pam minyak, saya terus mematikan enjin kereta dengan menekan tombol automatik “Engine START/STOP”, menarik “hand break” dan menarik punat tangki minyak di sebelah kanan kaki saya. Tanpa disedari saya terlupa sesuatu yang amat penting ketika berhenti lama.

Bahaya1Fatima5GearParking

TIPS 1. Apabila berhenti lama, sebaiknya guna “gear PARKING“. Jika berhenti sekejap/sebentar, guna “gear NEUTRAL

*

SAYA LUPA mengalih “GEAR DRIVE” ke “GEAR PARKING”. Rupanya sepanjang mengisi minyak tersebut, kereta saya dalam keadaan “GEAR DRIVE”.

*

Bahaya1Fatima4GearDrive

Tips 2. Pastikan masuk “gear DRIVE” sebelum memandu. Jangan tersalah “gear REVERSE” agar terhindar dari kemalangan yang tidak terduga. Kesilapan ini sering berlaku kepada pemandu yang sudah biasa dengan pemanduan “gear MANUAL”.

*

Setelah selesai mengisi minyak dan membayar wang kepada pembantu pam, saya pun menghidupkan enjin kereta tetapi tidak berfungsi. Tombol “Engine START/STOP” terasa keras, tidak dapat ditekan. (sebenarnya, ini satu dari ciri keselamatan kereta automatik jenama Hyundai dari Korea.)

Allahu Akbar, saya JADI PANIK. Beberapa kereta sedang berbaris di belakang kereta saya, menunggu giliran. Saya cuba beberapa kali, masih seperti tadi. Tombol “Engine START/STOP” terasa keras, tidak dapat ditekan. LEBIH TEPAT, tidak berfungsi langsung.

*

LEBIH BAHAYA…

…… jika kita tidak tahu apa yang perlu kita lakukan.

Dalam KEADAAN PANIK tersebut, saya sempat memikirkan mungkin kuasa bateri kunci kereta saya sudah lemah dan perlu menggunakan cara manual jika berlaku sebarang masalah menghidupkan enjin secara automatik. Cara ini sebagai usaha sementara sebelum bateri kunci itu di “re-charge”.

Dengan pantas, saya mengambil kunci kereta di dalam tas tangan. Saya KEMBALI PANIK. Orang perempuan, memang CEPAT PANIK terutama kalau dia seorang diri. 😀  LEBIH MEMALUKAN, apabila saya TIDAK TAHU hendak memasukkan kunci itu…. di mana ????

Bahaya1Fatima6Salahtempatkunci

Saya ingat petak kecil (dalam bulatan) adalah tempat kunci. Saya cuba membuka tetapi tidak berjaya. Rupanya bukan. Entah tempat apa itu ya. Akhirnya kerana panik , saya mengalah dan tidak mencari lagi.

*

Bahaya1Fatima7KotakPenyimpan

Setelah sampai ke parking ofis, baru saya mencari semula tempat re-charge bateri sementara kunci kereta. Ingatan saya sudah kembali. Rupanya di dalam kotak penyimpan di antara dua tempat duduk hadapan. Patutlah tidak jumpa. Tempatnya tersembunyi. 😀

*

Bahaya1Fatima10KunciKeretaTucson

*

Bahaya1Fatima8TempatReCharge

Inilah tempat re-charge bateri kunci sementara sebagai “nyawa simpanan” apabila bateri kunci kereta lemah.

*

 CEMAS

Saya berusaha mencari “lubang kunci”, tetapi tidak kelihatan di atas dashboard gear automatik. Saya jadi LEBIH PANIK. Otak saya sudah tidak dapat berfungsi untuk memikirkan tempat untuk memasukkan kunci tersebut.

LEBIH TERUK, saya hanya mempedulikan penerangan menggunakan kunci kereta secara manual di saat kecemasan, pada hari pertama saya membeli kereta automatik ini. Bayangkan perkara itu berlaku sudah SATU TAHUN 6 BULAN yang lalu. Tentu semua ingatan itu sudah kabur dan tidak sempat “link” ke otak secara spontan.

Saya mula cemas apabila enjin tidak dapat dihidupkan. Saya memanggil pembantu pam tadi untuk bertanya kalau dia tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah saya. Pembantu pam itu menggaru kepalanya dan menyatakan tidak tahu.

Kenyataannya itu membuat saya jadi LEBIH PANIK. Apa saya hendak buat ni ?, fikir saya dengan hati risau. Pemandu kereta di belakang masih menunggu saya beredar untuk mengambil giliran. Saya pula masih tidak berganjak dari pam minyak teesebut.

Bahaya1Fatima9GearNeutral

“Gear NEUTRAL”  untuk berhenti sebentar.

*

Sedang saya berusaha mencari salah silap kereta, pembantu pam rupanya memandang arah kotak gear automatik. Beliau memaklumkan gear saya berada di “DRIVE” bukan “PARKING” dan menyarankan saya memindahkan gear tersebut ke NEUTRAL.  Mana tahu, itulah punca masalah kenapa enjin kereta saya tidak dapat dihidupkan.

Allahu Akbar, saya menjerit riang. Saya pasti itulah puncanya. Saya segera menekan brek dan mengalih gear DRIVE ke NEUTRAL. Tombol “Engine START/STOP” sudah dapat berfungsi dan enjin kereta mulai hidup semula.

ALHAMDULILLAH WA SYURULILLAH

Bahaya1Fatima2TombolEngineStartStop

Tombol “Engine START/STOP” dengan sekali tekan untuk hidupkan enjin. Kunci hanya dalam tas tangan dan “SMILE”. 😀

*

PENGAJARAN

Sebelum berlalu, saya mengucapkan terima kasih kepada pembantu pam yang lebih bijak dari saya tentang fungsi kereta automatik sedangkan dia tidak mempunyai kereta apapun. Saya memandu keluar dari stesen minyak tersebut dengan senang hati. 

Hyundai Tucson, kereta keluaran Korea jenis SUV (Sport Utillity Vehicle). yang saya beli pada September 2012 adalah kereta transmisi automatik pertama yang saya miliki. Sebelum ini, selama 26 tahun setelah mendapat lesen memandu di usia 19 tahun pada akhir tahun 1985, saya hanya memandu kereta gear manual.

Alhamdulillah, dengan kejadian tidak diduga itu, Allah memberi pengajaran buat saya untuk lebih berhati-hati dan memahami fungsi kereta automatik dengan lebih baik. Kejadian ini juga tentunya bermanfaat buat pemandu yang baru mengenali kereta transmisi automatik seperti saya.

Menulis pengalaman ini, akan menjadi SUMBER RUJUKAN saya di kemudian hari jika masih berlaku hal yang sama. Mengingati kejadian itu, saya rasa berdebar dan memikirkan….

BAHAYA, JIKA LUPA “GEAR PARKING”

*

HATIFATIMA6

*

***************

SalamFatima3SalamFatima12 Mac 2014 (Rabu)/  11 Jamadil Awwal 1435H/ 10.56 malam, Sarikei, Sarawak

AKU….. dapat merasai degup jantungku seakan berbicara agar aku bertenang dalam setiap detik yang meragut rasa hingga hatiku jadi tercalar dengan olah manusia yang menyalah kuasa. Aku…. dapat merasai denyut hatiku yang seakan berbisik agar aku bersabar dalam setiap minit yang menyelongkar raga hingga hatiku terguris luka  dengan kata berbisa manusia yang menongkah rupa. Ingatlah, kita hanya manusia yang diberi milik sementara sebelum Yang Lebih Berkuasa merampasnya semula dari sisi kita.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…. Senyum selalu dan sukses menempuh hidup ini. Ingat padamu. Wassalaam. 😀

RinduFatima4smiletoyou

*

SENYUMLAH…. AGAR ADA HATI YANG BAHAGIA IAITU AKU

*

39 thoughts on “CT234. BAHAYA (1), JIKA LUPA “GEAR PARKING”

  1. saya juga sering begitu bu. sering lupa, panik dan desperate. capek deh.
    saya belum punya mobil sih jadi nggak ngerti. maaf deh. Ibu, tunjukin foto mobilnya dong. pingin tau kayak apa SUV Bu Siti.

    • Iya, begitulah. Saya juga berfikir memandu kereta automatik ini susah. Akibatnya 26 tahun memandu secara gear manual. Rupanya lagi mudah pemaduan secara automatik seperti kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Tak cuba maka tak tahu. 😀

      Terima kasih ‘Ajo’ Ramli atas kunjungan.
      Salam ceria.

  2. Assalamualaikum Bunda,

    Mobil baru yang biasanya tanpa masalah ya Bund, lancar jaya dijalan.
    Begitu panik susah untuk menemukan solusinya karena belum familiar.
    Saya tidak bisa nyetir mobil sendiri bunda, bisanya mengayuh sepeda 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…

      Benar, satu belum biasa keduanya kurang peduli dengan kemudahannya. Asal senang dan mudah sahaja. Apabila mengalami kesulitan yang paling senang jadi payah. ini semua berlaku seperti “Setelah terhantuk baru tergadah”.

      Mengayuh basikal (speda) lagi sihat mbak dari memandu kereta. saya selalu sakit belakang kalau lama duduk dan memandu selama 50-120 km. Sangat letih.

      Terima kasih atas kunjungannya, mbak.
      Salam manis selalu. 😀 .

  3. Assalamualaikum kak fatimah
    Pengalaman yang menarik ya tentunya..
    Jujur saya,belum dapat mengemudikan kendaraan roda empat sampai saat ini hehe

    Inti nya memang kalo sudah panik..jadi membuat membuat kita grogi ya kak 🙂
    Salam..

    • Wa’alaikum salaam wr. wb, Purnomo Jr….

      Pengalaman merupakan tenaga hidup yang mengubah persepsi kita terhadap sesuatu yang belum terjadi, selain mengajar kita untuk berhati-hati. Maka, di masa hadapan, kita tentu lebih bersedia agar tidak berulang kedua kali.

      Penyakit panik ini mesti diatasi dengan tenang dan sabar. Malah, kalau sudah panik pasti terjadi sikap kelam kabut (huru hara) kerana fikiran kita tidak dapat bercambah baik untuk mencari penyelesaiannya. Biasanya perempuanlah. 😀

      Terima kasih Purnomo atas kunjungan.
      Salam sejahtera. 😀

    • Secara peribadinya, berdasarkan pengalaman 26 tahun memandu kereta manual, saya dapati pemanduan kereta otomatik lebih mudah dan menyenangkan. Menyesal tidak membeli kereta auotomatik sejak dulu lagi. 😀

      Terima kasih atas kunjunan dan semoga sukses.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Yahya…

      Untuk tidak melanggar pokok, hendaklah belajar memandu terlebih dahulu dan memahami fungsi yang ada dalam kereta. Lebih bahaya kalau tidak berhati-hati. 😀

      Terima kasih.

  4. alhamdulilah itu mobilnya automatik bu, bayangkan jika itu mobil manual dan kondisi gigi masih dalam keadaan tidak netral maka yang terjadi saat start mobil akan loncat kedepan dan bisa menyebabkan kecelakaan.
    dalam berkendara kita memang harus lebih berhati-hati lagi

    • Iya, Ferdy. Hati-hati sangat penting dalam memandu terutama bagi kenderaan yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang boleh mengurangkan risiko kemalangan (baca: kecelakaan).

      Lebih bahaya jika kereta bergear manual yang memungkinkan kesilapan sedikit boleh berakibat bahaya yang besar apabila gear drive tidak dipakir betul dalam kedudukannya.

      Terima kasih ferdy atas kunjungan.
      Salam ceria. 😀

  5. Assalamualaikum,
    Cerita pasal kereta.. ..saya memang takut bawa kereta manual. Guna kereta manual untuk test lesen je. Mujurlah lulus. Tapi kadang -kadang rasa rugi pula asyik bawak kereta auto je.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Nsdk…

      Memang rugi tidak pandai bawa kereta manual. Kereta manual lebih menguji kecekapan pemandu dalam mengawal kereta mengikut kondisi yang sedang dihadapi berbandi kereta automatik yang hanya takan minyak dan semuanya dikawal sendiri secara autimatik.

      Alhamdulillah, saya mempunyai kedua-dua kemahiran dalam pemanduan kereta manual dan autiomatik. Kereta manual lama saya masih digunakan agar tidak terlupa memandunya. Sekadar untuk bersiar-siar di kawaan dekat sahaja.

      Terima kasih Nsdk atas kunjungan.
      Salam kenal dan ceria selalu. 😀

    • Alhamdulillah, setiap pengalaman yang dilalui pasti ada pengajaran yang dapat diambil iktibar darinya. Begitu juga dengan kejadian di atas, banyak mengajar saya kefahaman tentang penggunaan pemanduan kereta automatik. Setelah itu, saya akan lebih berhati-hati.

      Terima kasih Abi Fasya atas kunjungan.
      Salam hormat takzim. 😀

  6. mau ketawa, maafkan kak..
    he..he..karena aku pun pernah mengalami hal yang sama, senasib kita ya
    aku panik saat memutar kunci kontak, tapi mesin tak mau hidup,
    berulang2 tak bisa juga, akhirnya senderan dan diam merenung
    barulah terlihat gear masih posisi D..
    #tepuk jidat

    • Hehe… ternyata mbak Monda juga punya pengalaman yang sama ya. Pasti panik juga wujud saat itu. Maklumlah orang perempuan memang begitu walau dalam kondisi apa pun.

      Memang saat mengalaminya penuh dengan rasa panik, tetapi setelah selesai dan beberapa minit ke depan, ia mendatangkan kielucuan seakan membayang betapa cemasnya wajah dan debaran hati yang tidak keruan. Semuanya mengelirukan. Tinggal kenangan yang mengusi jiwa.

      Saat menulis pengalaman di atas, saya ketawa sendirian mengenangnya. Sekurangnya menjadi pengajaran ya, mbak.

      Terima kasih atas kunjungan dan kongsian pengalamannya.
      Salam manis dan mesra buat Monda. 😀

  7. assalamualaikum ummi, apa kabar? salam hangat dari Aceh. wah, kalau soal gear mobil liza ngga paham ummi, belum punya mobil sih, liza cuma tau cara mengendarai motorbike. btw ummi kapan main-main ke tanah nenek moyang? insyaallah liza bersedia menjadi tour guide. akhir tahun 2013 liza sempat jalan2 ke KL juga, tapi karena tidak tahu kediaman ummi, cuma sebentar saja disana

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Liza…

      Alhamdulillah, Umi baik. Didoakan Liza juga demikian sama, sihat di sana. Apapun kenderaannya baik kereta atau motosikal memerlukan kemahiran tersendiri tentang fungsi-fungsi khususnya. Umi juga punya motosikal cuma sudah lama tidak dipandu kerana lebih senang memandu kereta. 😀

      Insya Allah, Umi memang berhajat untuk sampai ke Tanah Acheh melihat kampung asal leluhur Umi yang tentunya ingin juga bertemu sanak saudara, kalau masih ada. Entah ingat entah tidak lagi, ya.

      Bagaimana Kuala Lumpur, ada yang menarik untuk Liza kenang sepanjang berwisata di sana. Tempat Umi sangat jauh dari Kuala Lumpur. Umi di Pulau Borneo. 😀

      Terima kasih Liza atas kunjungan dan salam hangat kembali dari Umi. 😀

  8. Assalamualaikum…
    Waduh bunda, hati hati jika berkendara, kelupaan sedikit bisa berbahaya, terima kasih untuk pelajarannya, memang asmie belum mempunyai mobil, tapi kisah bunda diatas bisa buat pelajaran untuk asmie.

    Tapi syukurlah masalah bunda bisa teratasi.

    Salam hangat dari Surabaya ya bunda…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Asmie…

      Insya Allah, selepas kejadian tersebut memang bunda berhat-hati apabil sedang parking agar tidak berulang lagi. jadi serik meningatkan panik yang melanda. Sangat mencemaskan.

      Terima kasih atas ingatan dan kunjungan Asmie. Bunda juga harap Asmie akan berhati-hati apabila naik apa jenis kenderaan sebagai keselamatan.

      Salam hangat kembali buat Asmie. 😀

  9. Alhamdullillah disaat panik ada yang membantu ya bunda, yang pasti saat panik itu ya tidak boleh panik ya bunda, semakin tidak menentu jadinya.
    Bunda menjabarkan dengan lengkap sebagai pengajaran bagi kami ya bunda.

    • Alhamdulillah, tentulah Allah SWT yang menghadirkan bantuan melalui orang lain. Iya, panik memungkinkan banyak masalah akan muncul. maka, berusaha tenang dan sabar. Hehehe… tapi saat mengalaminya memang akan panik terutama kalau keseorangan.

      Semoga bermanfaat buat pengajaran kita bersama.

      Terima kasih mbak Puteri atas kunjungannya.
      Salam manis selalu. 😀

  10. Pingback: CT268. BAHAYA (2), JIKA SALAH MASUK “GEAR” | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.