CT391. BERBUKA DENGAN NASI GORENG ULTRAMAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

NasiUFatima1NasiGorengUltraman

*

HIDANGAN SEDERHANA

Kelmarin saya memasak juadah sederhana yang dinamakan NASI GORENG ULTRAMAN untuk hidangan berbuka puasa kami sekeluarga. Menu berbuka yang sangat ringkas namun mengenyangkan. Alhamdulillah.

Saya yakin anda pasti rasa aneh dengan nama NASI GORENG ULTRAMAN pada tajuk di atas.Β  Jika dilihat dari fotonya seperti NASI GORENG PATTAYA (Thailand Cuisine) pula.

Hakikatnya NASI GORENG ULTRAMAN itu adalah NASI GORENG PATTAYA. Kenapa dinamakan NASI GORENG ULTRAMAN ? Sudah tentu ada sejarahnya. πŸ˜€ Cuma saya sahaja menjenamakannya semula atas satu alasan.

*

MINAT KARTUN ULTRAMAN

NasiUFatima9Muhammadku

*

Satu-satunya anak lelaki saya bernama Muhammad, semasa kecil dahulu susah hendak disuruh makan nasi. Tidak suka makan nasi. Muhammad sangat suka makan telur goreng dadar dan ayam goreng tanpa nasi. Saya jadi bingung tapi tidak mahu menyerah kalah. Muhammad mesti belajar makan nasi.

Satu idea muncul… ting !.. Melihat Muhammad suka menonton kartun Ultraman, saya memperolehi idea dengan membuat Nasi Goreng Pattaya iaitu nasi goreng campuran (ikut kegemaran) dan bersalut telur. Lalu saya namakan NASI GORENG ULTRAMAN…. hehehe.

*

ultraman-logo*

Sejak itu, Muhammad mula suka makan nasi. Alhamdulillah, ibu memang tidak pernah putus asa memikirkan cara untuk menggalakkan pembesaran dan pertumbuhan anak-anaknya. Lebih mudah difahami… IBU SUKA MEMAKSA…hehe.

*

MENU BERBUKA

Alhamdulillah, setakat ini saya belum lagi mengunjungi Bazaar Ramadhan iaitu pasar sementara yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman khusus hanya wujud pada bulan Ramadhan.

Memasak dan menyediakan sendiri juadah berbuka atau bersahur memberi keistimewaan tersendiri kepada saya, selain itu menjimatkan wang dan hidangan yang dimasak terjamin bersih serta halal.

Selain Nasi Goreng Ultraman atau Nasi Goreng Pattaya (menu nasi goreng Seafood) saya juga menyediakan Cucur Pisang Goreng dan makanan pencuci mulut iaitu Dadih segera dengan dua lapisan perisa yang lazat (perisa buah-buahan dan keladi/yam).Β 

*

NasiUFatima2NasiGorengSeafood

Nasi Goreng Seafood sebagai kandungan dalam Nasi Goreng Pattaya

*

NasiUFatima3NasiGorengPattaya

Beginilah telur dadar yang membaluti Nasi Goreng Seafood (bukan telur itu di”timpa” atasnya) sehingga bertukar nama menjadi Nasi Goreng Pattaya atau Nasi Goreng Ultraman.

Sesungguhnya,Β  membalut Nasi Goreng dengan telur dadar memerlukan kepakaran dan kaedahnya. Ramai yang tidak menguasai kepakaran ini. Ia bukan buat asal-asal sahaja lalu jadi. Kena belajar dan mahir menggoreng telur tersebut.

*

NasiUFatima5CucurPisangGoreng

Kegemaran saya dan anak-anak. Untuk menambah lazatnya, anak-anak menabur lapisan cheese dengan susu pekat dan serbuk milo.

*

NasiUFatima4DadihBuahYam

Inilah bungkusan Dadih Segera dengan berat 340 gram berperisa Yam dan Buah-buahan

*

NasiUFatima6DadihBuahanYam

*

NasiUFatima7cawan30Dadih

Daripada 2 paket Dadih Segera itu, saya boleh menghasilkan 30 cawan dadih. Lebih jimat daripada membelinya di bazaar ramadhan di mana satu cawan dijual dengan harga RM1.50 (RM45.00 = 30 cawan). sedangkan kos membuatnya sendiri hanya RM14.00 sahaja.

*

AIR BUANG PANAS

Untuk minuman pula, SPH membeli air tebu dan air buang panas sebagai tambahan minuman berbuka puasa untuk digandingkan bersama buah kurma dan air putih.

Keluaga saya sangat suka minum air buang panas ini. Tentu kita faham kenapa air itu disebut air BUANG PANAS. Tujuannya untuk menyejukkan badan. Boleh diminum secara sejuk atau panas. Saya suka meminumnya sama ada sejuk atau panas.

*

NasiUFatima8AirBuangPanas*

Kandungannya pula mengikut bahan para penjual. Biasanya bahan yang dicampur dalam air buang panas ini ialah biji selasih, biji kembang semangkuk, biji barley, buah goji yang direbus, sagu, agar-agar dan sebagainya. Rasanya manis dan menyegarkan.

Ada yang menyebutnya dengan nama Lai Chi Kang, Laici Kang. Namun nama sebenar dan sebutan yang tepat adalah LEN CHE (biji teratai kering – dried lotus seeds) KANG.

*

Adakah di tempat anda juga ada air buang panas atau yang seumpamanya ?

*

bulan-ramadhan

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima9 Jun 2016 (Khamis)/ 4 Ramadhan 1437H/ 9.20 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. berharap keampunan dari-MU dengan kehadiran Ramadhan yang penuh barakah. Limpahi hamba-MU ini dengan rahmah yang indah. Kurnia kepadaku kasih sayang-MU agar aku terus berada dalam jalan lurus-MU. Sesallah hati ini jika tidak diperhatikan oleh-MU. Wahai Kekasih jiwaku, jangan Kau berpaling dariku. Aamiin Ya Rabb.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Β *

DEDIKASIKU UNTUKMU….Β  Wahai dirimu yang dikasihi, raikan Ramadhan Kareem dengan amal ibadah. Tunduklah dengan pasrah dalam tahajjud indah di malam sunyi dengan seru tasbih cinta dan tarannum ayat suci yang menggegar jiwa. besarkan Tuhanmu dalam tidur dan jagamu. Sejahteralah dirimu di sepertiga malam. Aamiin. Wassalaam. πŸ™‚

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

30 thoughts on “CT391. BERBUKA DENGAN NASI GORENG ULTRAMAN

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Adi Setiadi….

      Silakan, membuatnya sendiri juga mudah. Hanya perlukan bahan2 sahaja dan dicampur dengan air dan air gula pasir. itu sahaja.

      Terima kasih adi sudah berkunjung dan salam Ramadhan.

  1. Assalamu’alaikum Kak…
    Saya sering melihat gambar nasi goreng berbalut telur di internet berikut resepnya tapi belum pernah membuat sendiri. Karena anak2 dan keluarga lebih suka telur dadar diiris tipis menyerupai mie(noodles).

    Kalau pisang goreng, biasanya keju/cheese akan saya parut. Sebelum ditabur lebih dulu diberi susu kental manis rasa coklat, baru taburi keju parut. Lezat untuk buka puasa.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Dyah…

      Senang sahaja membuatnya, mbak. Hanya perlu menggoreng telur dadar dan dimasukkan nasi goreng di atas telur lalu dibungkus. Cuma kemahiran membungkus itu perlu ada. ia atas kreativiti sendiri mbak.

      insya Allah akan saya paparkan cara membuatnya. saya yakin anak-anak mbak akan suka Nasi Goreng Pattaya @ Nasi Goreng Ultraman. ini.

      Saya malas memarut cheese. oleh itu menggunting cheese lebih senang. πŸ™‚

      terima kasih mbak Dyah dan salam ramadhan.

  2. Assalamualaikum Mbak Fatimah,

    Wah minuman air buang panas itu menarik sekal. Baru sekali ini saya buat lihat. Oh ya kreatif ya dirimu, mensiasati agar Muhammad mau makan dengab membuat nasi goreng Ultraman πŸ™‚

    Selamat menjalankan ibadah puasa,Mbak. Maaf lahir batin.
    Salam manis dari Serpong πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi….

      Silakan mencuba membuat sendiri air buang panas itu, mbak. senang sahaja. kalau tidak ada ais (es) kepal boleh sahaja terus disejuk di dalam ruangan freeze atau diminum secara panas-panas.

      Hehehe… menjadi ibu ini perlu banyak berfikir secara kreatif dan inovatif, mbak. Melayani anak-anak semasa kecil amat menyenangkan hati kerana olah mereka selalu mencuit hati.

      Terima kasih sudah hadir menyapa dan salam Ramadhan.
      Maaf zahir dan bathin juga, mbak Evi. πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya….

      Senang sahaja membujuk anak-anak untuk makan nasi mbak. Namakan perkara yang mereka suka pada nasi atau makanan yang tidak suka dimakan mereka. Saya yakin pasti berhasil.

      Emak-emak memang selalu aneh ya dalam membuat hidangan keluarga. Silakan mbak, boleh dicuba sendiri nasi goreng Seafood itu. πŸ™‚

      Terima kasih mbak dan salam Ramadhan al Mubarak.

  3. Assalamu alaikum kak..
    Muhammad ganteng ya…, makannya habis banyak ya dikasih nasi goreng ultraman..
    air buang panas.., istilah baru buatku kak…, mentimun parut ditambah lengkong/cincau mungkin semacam air buang panas juga

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Monda…

      Alhamdulillah, nasi goreng Ultraman @ Pattaya selalu menjadi pilihan Muhammad jika makan di luar rumah (kedai makan).

      Kalau air buang panas di atas, itu memang special namanya Air Buang Panas di tempat saya, mbak. Saya yakin apa sahaja bahan lain yang dapat membuang panas di badan boleh dinamakan air buang panas. πŸ™‚

      Terima kasih mbak Monda atas perkongsiannya. Saya suka minum milo campur cincau mbak. Sangat lazat.

      Salam Ramadhan al Mubarak. πŸ™‚

    • Wa’alikum salaam wr.wb, mas Alris…

      Iya, sangat banyak di pasaran. Boleh didapati dengan mudah. Bukan sahaja di Sarikei tetapi seluruh negeri Malaysia. Dadih sudah menjadi makanan pencuci mulut (dessert) di sini.

      Iya, memang menyihatkan sekali, malah lazat dimakan ketika berbuka puasa. Dadih yang saya buat di atas itu sudah dipaket segera yang dijual dengan harga RM6.50 dalam pelbagai rasa.

      Terima kasih mas Alris atas kunjungan dan salam Ramadhan al Mubarak.

  4. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Dengan ide dan kreativitas seorang ibu, jadilah Muhammad suka dengan nasi goreng ultraman itu ya, Mbak πŸ™‚ Hmmm… jadi terbayang betapa segar air tebu, hehe…

    Selamat memperbanyak ibadah dan amal shalih di bulan Ramadhan ini ya, Mbak.

    Salam dari Jogja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Memang begitu sifat setiap ibu, akan berusaha menjalan agar anak-anaknya mengambil makanan yang berkhasiat dan selalu berusaha memenuhi keinginan mereka dalam pemakanan.

      Bulan Ramadhan ini apa yang tidak kita inginkan pada hari-hari biasa pasti menjadi teringin apabila tibanya berpuasa.

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Iya mudahan alam ibadah kita diterima dan diredhai Allah SWT hendaknya.

      Terima kasih mas Amazzet dan salam Ramadhan al-Mubarak.

    • iya mbak Eka. Itu mungkin idea alternatif yang difikir amat sesuai untuk menggalakkan anak makan. Dengan menjenamakan makanan khusus dengan sesuatu yang disukai anak-anak akan lebih menarik perhatian dan mendekatkan mereka kepada rasanya.

      Buktinya, saya sudah berjaya. Alhamdulillah. silakan dicuba, mbak Eka.

      Terima kasih sudah berkunjung, salam Ramdhan dan salam kenal mbak. πŸ™‚

    • Benar mbak, cerdas dan penuh kejutan yang kreatif.
      Jika masak sendiri, memang untungnya sangat banyak dan kita boleh makan sepuas-puasnya. Selain itu dijamin halal dan bersih. Kita jadi sihat dan ceria. πŸ™‚

      Terima kasih mbak Firsty dan salam manis. πŸ™‚

  5. Assalamualaikum Puan.. Mohon jika ada alamat untuk saya pos kan kad ucapan selamat hari raya.. Terima kasih.

    • Waa’alaikum salaam wr.wb, Datuk Dr. Nor Hisham…

      Alhamdulillah, dengan senang hati dan ucapan terima kasih didahulukan. Alamat sudah saya kirim melalui emel.

      Salam takzim dan Ramadhan Kareem.

  6. Pingback: CT398. RAYA 2016 (4): SATU-SATUNYA KAD HARI RAYA | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.