CT337. HOTEL MERDEKA PALACE: DARI SUPERIOR KEPADA SUITE

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SuiteFatima1dariSuperior

*

KEJUTAN

“Cuba Mah lihat nombor bilik ini dan apa yang ditulis di atasnya” tunjuk SPH sambil tersenyum memanjang ke arah bilik bernombor 1101 kepada saya. Di atas nombor 1101 tertulis SUITE.

“Masya Allah, bang, benarkah kita dipindahkan ke bilik Suite ini. Kenapa tidak bilik Superior ? Bagaimana boleh jadi macam ini. Tambah bayaran lagi ke ?” tanya saya bertalu-talu kerana terkejut bercampur bimbang. Iyalah, bayaran hotel 5 Bintang kan mahal.

“Tidak, kita memang dipindahkan ke sini. Di”upgrade”kan tanpa bayaran kerana ada kesilapan yang tidak dijangka. Alhamdulillah, ini rezeki namanya. Allah nak bagi, kan. Masuk dulu, nanti abang cerita.” balas SPH dengan ketawa yang ditahan-tahan. Suka benar hatinya melihat saya terpinga-pinga ingin tahu.

Anak-anak (Iffah, Izzah, Akram dan Ieesyah) turut terkejut. Mereka berteriak gembira dan berlari-lari masuk ke Suite pangsapuri yang mempunyai dua bilik tidur yang bakal kami diami selama 17 jam. Ucapan alhamdulillah, tak henti-henti dilafazkan.

*

“Ya Allah, aku yakin, ada amalan-amalan yang kami lakukan tetapi tidak diketahui yang mana satu amalan itu diterima di sisi-MU sehingga ENGKAU memberi kurnia ini walau hanya sebentar. Alhamdulillah wa Syukrulillah. Terima kasih Ya Allah.”

*

RezekiFatima2Taqwa

*

RezekiFatima1Istighfar

Saya mula mengingati kembali kisah disebalik semua kejadian yang berlaku. Inilah namanya rezeki di bulan ramadhan, kurniaan Tuhanku Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tanpa diketahui sudah disediakan Allah dengan sebab yang telah ditentukan.

*

HOTEL 5 BINTANG

Saya sangat gembira apabila SPH telah menempah bilik di Hotel Merdeka Palace (hotel 5 bintang) yang berada di tengah Bandaraya Kuching untuk penginapan satu malam kami sekeluarga (6 orang).  

Saya selalu berangan-angan ingin menginap di Hotel Merdeka Palace. Tidak pernah sekali pun urusan kerja saya selama 19 tahun, membawa saya ke hotel ini. SPH sudah beberapa kali ke sini atas urusan mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan dan menginap di Suite Pangsapuri atau Apartment.

Hujung minggu lepas, kami ke Kuching untuk melawat anak sulung, Iffah yang baru 3 minggu menjadi mahasiswi Asasi Sains dalam Bidang Sains Fizikal di Universiti Malaysia Sarawak (UMS) yang terletak di Kota Samarahan.

“Bang, kita tidur di mana di Kuching nanti. Hotel Grand Continental ke ? tanya saya dengan teruja.

“Tidak, kita tidur di Hotel Merdeka Palace. Abang tempah bilik Superior Twin sahaja. Harga RM180 tanpa sarapan. Bolehkan walaupun murah” jelas SPH apabila saya bertanya tentang hotel penginapan. Biasanya SPH booking secara online.

“Alhamdulillah, bestnyaaaa. Terima kasih sayang. Mah memang lama hendak menginap di hotel itu. Alaah, tak apa. Kita hanya tidur satu malam sahaja. Esok sudah balik Sarikei semula. Anak-anak pasti seronok kalau tahu. Kita rahsiakan dari anak-anak, ya bang. Biar  anak-anak terkejut.” ujar saya dengan gembira.

Biasanya kami menempah bilik di Hotel Grand Continental yang sudah menjadi tempat tinggal kedua kami apabila berkunjung ke Kuching setiap kali cuti persekolahan.

*

SuiteFatima5HotelMerdekaPalaceKuching

*

ADA PENGHUNI

Setelah mengambil Iffah di asrama, kami terus ke Hotel Merdeka Palace. Sampai jam 4.50 petang. SPH membuat urusan pendaftaran. Kami mendapat bilik bernombor 409.

Kami bergegas menaiki lif yang berada di sayap kiri bangunan untuk segera menyimpan beg-beg pakaian kerana perlu berehat sebentar. Perjalanan darat selama 6 jam dari Sarikei ke Kuching amat meletihkan. Kemudian kami akan ke Bazaar Ramadhan di Jalan Satok untuk membeli juadah berbuka puasa.

Suara riang anak-anak kerana menginap di Hotel Merdeka Palace membuat saya ketawa kerana kejutan yang dirancang telah berjaya.

“Abah, biar Izzah buka pintu bilik.” pinta Izzah. SPH memberi kad bilik. Saya berada di sebelah Izzah. Sebaik pintu bilik terbuka, Izzah segera masuk. Saya menahan langkah Izzah. Mata saya cepat menangkap keanehan di dalam bilik yang sepatutnya kami huni.

“Jangan masuk, ada orang di dalam tu. Lihat ada tudung atas tempat letak seterika dan ada beg-beg atas meja para. Tutup pintu cepat, nanti orang nampak” jelas saya kepada Izzah. Izzah mematikan langkah lantas menutup pintu.

Kami ketawa memikirkan kejadian yang sedang berlaku. Mungkin kami tersalah bilik atau tersalah diberi kad bilik. Tapi mustahil. SPH mengarah kami menunggu di depan lif sementara SPH turun ke kaunter untuk meminta penjelasan.

“Allah, letihlah Mama, kena pindahkah ?” komen Izzah. Yang lain merungut sama. “Sabar, kita tunggu Abah. Memang kena pindah biliklah ni. Bilik itu tadi, kan masih ada orang. Pelik ya.” balas saya cuba mententeramkan hati anak-anak yang sudah keletihan. Saya pun letih.

*

SuiteFatima2SuperiorTwinRoomMP

Bilik Superior Twin yang asal kami tempah dengan bayaran RM180 semalam. Namun takdir menentu segalanya, kami berpindah ke Suite Pangsapuri.

Bi*

PINDAH BILIK

Setelah menunggu dalam 10 minit, SPH menelefon meminta kami turun ke lobi. Anak-anak kembali ceria. SPH menunggu kami di pintu lif sambil tersenyum-senyum. Saya jadi pelik dengan tingkah laku SPH. Tapi tidak mensyaki apa-apa.

“Kenapa ni, bang, senyum semacam je. Mereka tukar bilik kita tak.” tanya saya dengan tidak sabar-sabar. “Iya, mereka tukar bilik. tapi bilik lain.” jawab SPH dengan senyuman yang tak henti-henti. Macam ada misteri sahaja.

Kami berjalan menuju arah sayap kanan bangunan pula untuk menaiki lif. Semasa melalui kaunter pendaftaran, petugas sempat menegur saya dan meminta maaf atas kesilapan yang berlaku. Saya hanya mengangguk kepala dan membalas senyuman mereka. ‘Tidak apa. Terima kasih.” jawab saya..

“Bilik nombor berapa, bang? tanya saya. “Nombor 1101.” jawab SPH ringkas dengan senyuman yang masih melekat di wajah.

“Wah… dari tingkat 4 kita pindah ke tingkat 11. Dari bangunan kiri kita pindah ke bangunan kanan. Bilik yang sama jugakah ?” tanya saya lagi. “Tak, bilik lain. Lihatlah nanti.” balas SPH masih berteka teki.

Setelah keluar dari lif, anak-anak sibuk mencari bilik bernombor 1101. Bilik itu di sebelah kanan dan berhampiran dengan lif. Saya ingat bilik Superior juga sehinggalah SPH berkata:

“Cuba Mah lihat nombor bilik ini dan apa yang ditulis di atasnya” tunjuk SPH sambil tersenyum memanjang ke arah bilik bernombor 1101 kepada saya. Di atas no.1101 tertulis SUITE.  (dialog ulangan di awal penulisan) 😀

*

SuiteFatima4Suite2BilikMP

Bilik Suite Pangsapuri 2 Bilik Tidur (bilik tidur utama dan bilik kedua) mencecah RM380.00 semalam. Kemudahann dapur, ruang tamu, ruang makan dan lain-lain.

*

“Allahu Akbar, alhamdulillah. Ini memang satu kejutan dan hadiah terindah dari-MU, Ya Allah. Nikmat-Mu yang mana lagi hendak ku dustakan setelah Engkau “menghadiahkan” kami dengan bilik mewah ini tanpa kami sedari rencana-MU yang hebat.” bisik hati saya penuh syukur.

Petang itu, kami sekeluarga berbuka puasa di atas meja makan dengan penuh syukur dan bahagia. Ternyata Ramadhan 2015 mempunyai cerita tersendiri yang indah untuk dikenang sampai bila-bila.

*

UCAPAN TAHNIAH

TERIMA KASIH saya ucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Merdeka Palace yang mengambil tindakan segera atas kerumitan yang berlaku kepada kami sekeluarga. Layanan mesra, ramah tamah dan sikap perihatin petugas yang bertanggunjawab memang patut dipuji.

Pengalaman pertama di Hotel Merdeka Palace memberi nilai positif yang tinggi dari pandangan saya terutama budi bicara yang luhur pihak pengurusan kepada para pelanggannya. TAHNIAH ! Insya Allah saya akan kembali lagi.

Memang sesuailah HOTEL MERDEKA PALACE ini menjadi HOTEL 5 BINTANG. Saya juga memberi nilai LIMA BINTANG.

*

5 bintang

untuk HOTEL MERDEKA PALACE 

*

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima30 Jun 2015 (Selasa)/ 13 Ramadhan 1436H/ 11. 50 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. mengerti tika Tuhanku ingin membahagiakan hamba-NYA dengan apa yang dikehendaki-NYA. Tidak ada sesiapa pun mampu menghalang apabila pilihan itu jatuh kepada giliran kita. Bersyukurlah atas nikmat yang sedikit dari kurniaan-NYA tetapi memberi kesan yang besar dalam jiwa hamba yang mencintai-NYA. Hatiku semakin tenang ya, Allah kerana ENGKAU sentiasa dekat denganku.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU… Saat dan ketikanya, kita perlu redha dengan apa yang berlaku dalam kronologi hidup kita. Bahagia dan derita, suka dan duka adalah rencah kehidupan yang mendewasakan kita. Pertemuan denganmu mengajar aku erti rindu dan sendu. Sakitnya di sini… DI HATIKU. Selalu mendoakanmu tanpa jemu. Wassalaam. 🙂

*

RinduFatima1Dekatpadamu

*

NAMAMU TERUKIR DI LANGIT BIRU

*

21 thoughts on “CT337. HOTEL MERDEKA PALACE: DARI SUPERIOR KEPADA SUITE

  1. Duh happy ya. ini rezeki bulan ramadhan lah tu kak Siti, Best lah tu. Tahniah untuk kak Siti dan family.
    Location hotel itu dekat kat muzium seni Sarawak, itu yang saya suka. Tamannya juga luas. Best lah hotel ni.

    • Benar, lokasinya sangat dekat dengan Muzium Negeri Sarawak, Muzium Islam dan lain-lain kemudahan. Di depan Hotel ada padang Merdeka tempat berlakunya banyak acara/event besar.

      Apakah mas Alris pernah ke Kuching, Sarawak ?. Wah… tulisan Bahasa Malaysia mas Alris juga bagus.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam sejahtera. 🙂

      • Saya belum pernah berkunjung ke Sarawak, kak. Saya banyak menonton jalan-jalan cari makan tv3, video bercakap tun M, dan mat Sabu di youtube.
        Saya tahu tempat tempat di Sarawak ni, Saya tahu kalau bandar Sarikei letaknya kat pinggir sungai dari google earth. 🙂

        • Alhamdulillah, saya kagum atas usaha mas Alris untuk menguasai Bahasa Melayu Malaysia dengan baik. Bukan mudah dan memerlukan minat yang jitu untuk dapat memahami penggunaan sesuatu bahasa.

          Iya, tidak sukar untuk kita mengetahui kedudukan sesuatu lokasi dengan adanya google earth yang mendekatkan kita pada sesuatu maklumat yang dikehendaki.

          Terima kasih mas Alris dan selamat menjalani ibadah puasa. :).

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa…

      Alhamdulillah, itu salah satu dari secuil rezeki yang dikurniakan Allah dengan izin-NYA. Sedangkan sudah banyak rezeki Allah kepada kita di sepanjang hidup ini. Dan kita wajib mensyukurinya.

      Terima kasih mas Titik dan salam Ramadhan. 🙂

  2. Assalamu ‘alaikum warahmatullah, Kak.. subhanallah, rezeki, datang dengan cara yang sangat mengagumkan..

    Tahniah Kakak, salam Ramadhan yang penuh berkah.. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak El Nurien…

      Alhamdulillah, tidak pernah terlintas di hati untuk menginap di Suite. Tetapi Allah SWT mengurniakannya tanpa kita sedari sudah direncanakan-NYA. Rasa tidak percaya dan terharu sekali dengan kurnia ini. Allahu Akbar. Hal seperti ini semakin menambah iman dan cinta kepada-NYA.

      Terima kasih mbak dan salam manis selalu. 🙂

  3. Assalamu alaikum
    Dah lama juga tak merasakan tidur di hotel ini terakhir di petaling jaya setelah itu tak ada masa lagi nak tidur di hotel he he semoga suatu hari bisa melancong ke negeri jiran lagi dah rindu dengan nasi lemak dan teh tarik Salam dari Pinrang

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, akhi Abdullah….

      Makan nasi lemak (sambal pedas) dengan teh tarik yang panas memang sangat lazat dan menyelerakan. Iya, mudahan ada kesempatan lagi melancunglah ke Malaysia.

      Terima kasih dan salam takzim. 🙂

  4. Assalamualaikum kak Fatimah
    Wah syukur Alhamdulillah, ya kak dapat rezeki yg tak terduga datangnya:)
    Terlebih pelayanannya juga sangat memuaskan disana 🙂

    Salam dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Sussi….

      Alhamdulillah, nikmat Allah itu ada di mana-mana ya mbak. Cuma kita tidak tahu bila kita akan memperolehinya.

      Terima kasih dan Salam Ramadhan yang indah. 🙂

  5. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Alhamdulillaah…, ini termasuk rezeki yang perlu disyukuri ya, Mbak Fatimah. Apalagi didukung dengan pelayanan dari pihak hotel yang baik, ramah, dan penuh perhatian. Ikut senang saya membacanya 🙂

    Salam bahagia dari Jogja ya, Mbak.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Alhamdulillah wa syukrulillah.atas rezeki yang tidak disangkakan. Mudahan ini akan menambah kuat iman kita kepada Allah SWT dan embanyakkan amalan yang diperintahkan tanpa rasa jemu.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam takzim. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya…

      Alhamdulillah, Maha Pemurahnya Allah kepada kami sekeluarga Ramadhan tahun 2015 ini. Mudahan mbak juga dapat memperolehi rezeki yang baik. Aamiin.

      Salam semanis Ramadhan. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.