CT398. RAYA 2016 (4): SATU-SATUNYA KAD HARI RAYA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

KadRayaFatima1hanyasatunya2016

*

HILANG DITELAN ZAMAN

Memberi kad hari raya kepada sanak saudara, sahabat taulan dan kenalan sudah tidak lagi popular sejak adanya teknologi internet, kemudahan media sosial yang pelbagai jenis dan bentuk aplikasinya.

Nampaknya, kemeriahan memberi dan menerima kad raya tidak lagi menimbulkan keterujaan di hati generasi zaman serba canggih ini. Sangat rugi bila suasana tersebut hampir luput ditelan zaman. Kerakusan teknologi maya dalam mempengaruhi jiwa manusia, rupanya mampu menghilangkan kemeriahan suasana hari raya.

Kad hari raya dianggap sebagai pengganti diri yang jauh di mata dan menjadi tali penghubung kemesraan dan tanda ingatan yang berkekalan. Malah tidak ketinggalan mereka yang dekat depan mata kita pun mendapat kad hari raya juga. Kalau tidak, ada yang sedih dan berjauh hati.

Paling seronok, semua kad hari raya yang kita terima akan menghiasi ruang tamu dengan pelbagai gaya hiasan. Ada yang ditampal di dinding, diselit pada celahan dahan pokok-pokok bunga atau digantung di siling rumah dengan benang bersama hiasan ketupat dan lain-lainnya. Rumah jadi cantik dan berwarna warni.

*

NOSTALGIA KAD RAYA

Teringat saya zaman penggunaan kad raya, saya pasti sibuk menyenaraikan nama-nama yang bakal menerima kad raya tersebut. Jika boleh, tidak ada yang tertinggal. Nama-nama terpilih kadang kala menjangkau seratus dan lebih. Tidak sampai hati jika ada nama yang tertinggal.

Dahulu, kad raya harganya murah dan boleh dibeli mengikut paket-paket pelbagai jenis. Ada yang kecil comel, memanjang, bujur, bulat, melintang dengan dekorasi yang menawan hati dan sangat kreatif.

Ketika saya berada jauh dari keluarga kerana melanjutkan pelajaran di Kelantan dan Kuala Lumpur, sudah pasti nama paling teratas adalah nama keluarga terdekat.

Saya ada 10 ahli keluarga, semuanya mendapat kad hari raya seorang satu. Setelah menyenaraikan nama, saya akan ke pasar mencari kad hari raya yang menarik dan sesuai dengan nama yang disenaraikan.

Untuk Emak, Bapak, Pak Nek, Mak Nek, adik beradik dan guru-guru, mereka akan mendapat kad hari raya yang tertulis nama-nama khas buat mereka. Begitu juga teman-teman terdekat, selebihnya yang umum untuk teman-teman biasa dan saudara mara yang lain.

*

KadRayaFatima9BukuKoleksiKadRayaFatima

Antara Buku Koleksi Kad Hari Raya yang saya simpan, kini hampir berusia 30 tahun

*

KadRayaFatima10KadRayaDahlea1988

Kad berusia 28 tahun ini kiriman dari sahabat baik, Dahlea Mahmud ketika saya sedang belajar di Nilam Puri, Kelantan.

*

KAD ELEKTRONIK

Namun semua itu hanya tinggal kenangan dalam nostalgia yang belum tentu akan berkunjung lagi selagi adanya media sosial yang dianggap lebih pantas dan menjimatkan. Apa yang pastinya, kad-kad elektronik walau secantik manapun ciptaannya tidak dapat ditampal di dinding atau digantung di dahan pokok dan di siling.

Jika tidak dicetak, kad elektronik hanya kekal di dalam laptop atau telefon. Hanya kita seorang sahaja yang membaca dan menatapnya. Kini, saya sendiri dapat merasakan suasana rumah tidak lagi berseri dan kelihatan suram tanpa kad hari raya. Betul tak !

Kali terakhir saya mengirim dan menerima kad hari raya adalah 8 tahun yang lalu. Banyak yang saya kirim tetapi hanya beberapa orang yang membalasnya. Hati saya semakin sayu kerana penggunaan kad hari raya sudah tidak mendapat sambutan lagi.

*

BERBESAR HATI

Walaupun  sambutan terhadap penggunaan kad hari raya semakin kurang, namun masih ada segelintir yang masih meneruskan amalan mengirim kad hari raya ini seperti Datuk Dr. Nor Hisham Mohd. Nor.

Saya sangat gembira dan berbesar hati apabila membaca tulisan Datuk Dr. Nor Hisham di ruang komentar dalam posting CT391. BERBUKA DENGAN NASI GORENG ULTRAMAN berikut:

*

KadRayaFatima8KomentarLMGSG2Julai2016

*

Saya tidak menyangka, Datuk Dr. Nor Hisham juga merupakan salah seorang pembaca di LMGS G2 yang sekali sekala menulis komentar di sini. Terima kasih diucapkan kerana sudi berkunjung dan membaca tulisan yang dipaparkan.

Ketika itu saya berfikir, saya mendapat Hadiah Dari Langit walaupun hanya sekeping kad raya. 😀 Setelah memberi maklum balas dan alamat, saya menunggu kedatangan kad hari raya tetapi tidak kunjung tiba. Hehehhe….  maklumlah ini adalah satu-satunya kad hari raya yang akan saya terima tentulah ia mengujakan.

Tunggu punya tunggu, hingga tiba hari raya tidak juga kad hari raya dari Datuk Dr. Nor Hisham sampai ke alamat tempat kerja. Saya fikir kerana menggunakan kiriman biasa, sudah tentu lambat tiba.

*

HADIAH DARI LANGIT

Setelah kembali masuk kerja pada 7 Syawal yang lalu, barulah saya menerima kiriman dari Datuk Dr. Nor Hisham yang dikirim menggunakan khidmat Pos Laju. Sebenarnya kiriman itu diterima ketika sedang cuti sekolah. Saya tidak menyangka bahawa kiriman tersebut bukan sekadar kad hari raya tetapi lebih dari itu.

Saya dan keluarga mengganggap kiriman Datuk Dr. Nor Hisham dan isteri pada hari raya tahun 2016 ini sebagai Hadiah Dari Langit. Allah memberi kami rezeki yang baik dan tidak diduga. Alhamdulillah. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

 

KadRayaFatima2SampulKadRaya

Sampul kad hari raya

*

KadRayaFatima3DariDatukDrNorHisyam

Muka depan kad hari raya

*

KadRayaFatima4KurmaSyafawi

Buah kurma Syafawi

*

KadRayaFatima5KismisKuning

Kismis Kuning

*

KadRayaFatima6tasbihSurahYasin

Tasbih, brooch dan 4 buah buku Surah Yassin

*

TERIMA KASIH

Terima kasih yang tidak terhingga atas kiriman kad raya dan pelbagai barang lagi. Semuanya kami terima dengan hati gembira dan suka cita.

Tidak sempat membalas kiriman kad raya Datuk Dr. Nor Hisham dan isteri, hanya tanda penghargaan dari kami sekeluarga yang dapat saya nukilkan di posting ini atas kebaikan yang diberikan.

Doa kami, semoga Datuk Dr. Norhisham dan isteri serta keluarga di sana diberkati, dimurahkan rezeki, dirahmati dan diberi kebahagiaan oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat. Aamiin Ya Rabbal’alamiin.

*

KadRayaFatima7UcapanBalasTerimaKasih

Terima kasih dari kami sekeluarga

*

TQ3

*

BAGAIMANA DENGAN ANDA, BILAKAH KALI TERAKHIR MENERIMA KAD HARI RAYA ?

**

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima25 Julai 2016 (Isnin)/ 20 Syawal 1437H/ 9.30 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. bersyukur dengan nikmat kebaikan yang dikurniakan dalam kehidupan ini. Apabila kita bersangka baik, pasti yang baik itu akan dihidangkan kepada kita. Allah memberi apa yang kita fikirkan. Oleh itu, bersangka baiklah kepada Allah kerana Allah sangat baik kepada kita.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU….  Walau sejauh mana kita menerima kesakitan yang menusuk hati, redhailah kerana yang memberi sakit kepada kita dalam apa jua bentuk dan caranya adalah Tuhan Yang Maha Penyayang. Jika kita sabar, Allah akan memberi gandaan kegembiraan yang lebih dari rasa sakit sebagai penawarnya. Doaku selalu untukmu setiap waktu. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

14 thoughts on “CT398. RAYA 2016 (4): SATU-SATUNYA KAD HARI RAYA

  1. Assalamu’alaikum Kak…
    Jadi ingat masa dulu, hampir semua berlomba-lomba saling bermuram kartu lebaran/kad raya. Ada yang membeli bahkan ada yang kreatif membuat sendiri dari berbagai bahan. Kawan yang pandai menggambar biasanya akan kebanjiran pesanan kartu lebaran.

    Saya lebih sering membeli. Hanya untuk yang istimewa saja saya buat sendiri. Rasanya lebih pas dan lebih puas. Tapi lebih senang lagi jika bisa bertemu langsung dan saling bermaafan.

    Sayang, jaman sekarang jarang orang mengirim kad raya. Tergeser oleh teknologi…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Dyah….

      Wah….. bagus ya kalau yang rajin dan kreatif, pasti mendapat upah membuat kad hari raya. Memang betul, membuat sendiri lebih rasa kepuasannya. Kakak juga ada mereka cipta sendiri kad hari raya kepada mereka yang istimewa.

      Ternyata semangat berkirim kad hari raya sudah luntur juga di sana ya kerana kemudahan teknologi yang kini menguasai dunia.

      Terima kasih Dyah sudah berkongsi pengalaman yang berbobot. Semoga satu hari nanti kita juga dapat berkirim kad hari raya.

      Salam manis dan ceria selalu. 🙂

  2. Assalamualaikum wr wb, kak Siti
    Sejak ada sms orang semakin malas mengirim kad ucapan selamat hari raya. Saya juga mengucapkan selamat hari raya tak pakai kartu lagi.

  3. Assalamualaikum, Bunda Fatimah,,
    Kayaknya sudah tahunan tidak pernah mengirim dan menerima kartu ucapan selamat lebaran 😦
    Benar, jaman sudah berubah yaa.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…

      iya mbak, kebanyakannya kita jarang sekali menerima kad hari raya sekarang ini. Zaman memang tidak pernah peduli kepada perubahan manusia ya.

      Salam manis dan terima kasih sudah berkunjung, mbak. 🙂

    • Salam Sabtu kak Paridah Ishak…

      Untungnya jadi blogger ya, dapat juga kenalan dan berkirim kad raya. Mudahan tahun depan kita dapat berkirim kad raya juga ya kak.

      Salam manis dan terima kasih atas kunjungan akak. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.