CT100. DI SEPANJANG PERJALANAN INI…. MOLTAQA KE MASJID NABAWI (4) – HEMAT BERBELANJA

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Penulisan posting ke-4, DI SEPANJANG PERJALANAN INI…. MOLTAQA KE MASJID NABAWI, Madinah akan mengakhiri episodnya di sini. Tetapi menyambung semula episod baru akan datang, jauh ke depan dengan tajuk,

SEPANJANG JALAN KENANGAN… SEVILLA KE MASJIDIL HARAM

*

BERHEMAT DALAM BERBELANJA

Tulisan diteruskan bagi mengakhiri 4 siri perjalanan rohani antara Hotel moltaqa al-‘Alam ke Masjid Nabawi.

Madinah Al-Munawwarah, buminya diberkati Allah dengan doa yang dipohon oleh Rasulullah saw seperti mana Makkah didoakan oleh Nabi Ibrahim a.s. Hasil keberkatan doa baginda Rasul saw, Madinah menjadi semakin maju dan berkembang pesat dalam segala aspek pembangunan ekonomi.

Daripada Abu Qatadah r.a bahawa Rasulullah saw telah berwuduk kemudian bersolat di tanah milik Sa’ad di penghujung Hirrah di sisi-sisi rumah telaga, kemudian baginda berdoa:

“Ya Allah, sesungguhnya Ibrahim sahabat-MU, hamba-MU dan Nabi-MU telah berdoa untuk Makkah dan aku Muhammad adalah hamba-MU, Nabi-MU dan pesuruh-MU, berdoa untuk penduduk Madinah seumpama doa yang telah dilakukan oleh Ibrahim untuk penduduk Makkah…”

(Hadis diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Jundi san Said bin Mansur dan rijalnya rijal shahih)

Daripada Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah saw telah berdoa:

“Wahai Allah, jadikanlah keberkatan di Madinah dua kali ganda dari keberkatan di Makkah.”

****************

Di sana sini, kita dapat perhatikan aktiviti muamalat berlaku. Penukaran wang untuk memudahkan pembelian dari wang negara sendiri kepada Riyal Saudi berjalan setiap jam sehingga memenuhi ruang kedai Money Changer (pengurup wang berlesen) yang terlibat.

Nilai tukaran SATU RIYAL SAUDI  (RS1) bersamaan 0.846 @ 85 sen Malaysia. Biasanya saya akan mengeluarkan wang RS1000 dalam satu-satu masa yang diperlukan di kaunter Perkhidmatan Tabung Haji Malaysia. Penukaran RS1000 bersamaan dengan RM846.00. Tukaran ini menunjukkan tingginya nilai Ringgit Malaysia berbanding Riyal Saudi. Alhamdulillah.

(Masya Allah, tadinya membaca sehingga pening kepala memikirkan tukaran antara wang RS dan RM. Harap perbetulkan jika saya salah. Jujurnya, saya tidak suka bermain dengan NOMBOR. :D)

Walau bagaimana pun, tidak membantu pembelian barang yang banyak kerana harga pasaran jualan barangan di Madinah dan Makkah, sangat mahal. Mahalnya nilai pembelian barang menunjukkan taraf hidup yang tinggi di Arab Saudi. Kerana itu, saya menasihati agar para jemaah haji berjimat cermat dan berhemat dalam perbelanjaan semasa di Madinah.

Jangan berbelanja secara berlebihan kerana kita masih memerlukan wang untuk perbelanjaan di Makkah. Hal ini sudah saya jelaskan dalam posting CT99. DI SEPANJANG PERJALANAN INI…. MOLTAQA KE MASJID NABAWI (3). Mudahan kita dapat menunaikan ibadah haji dan ibadah-ibadah yang lain dengan tenang sekiranya tidak dibelenggu oleh kekurangan wang.

Berlaku di kalangan jemaah haji yang terpaksa berhutang dengan kenalan mereka akibat dari perbelanjaan yang boros semasa di Madinah. Merujuk kepada fenomena ini, pihak Tabung Haji Malaysia terpaksa mengambil inisiatif mengurangkan pengeluaran RS1000 kepada RS500 sahaja semasa di Madinah. Jemaah haji yang lain terpaksa akur dengan arahan tersebut (ketika itu) walaupun ada yang tidak berpuas hati.

Saya merasa simpati melihat keadaan ini. Kita sudah  menggumpul wang yang banyak untuk perbelanjaan haji dan menampung segala keperluan kehidupan selama di Haramain, kemudian terpaksa berhutang dengan orang lain disebabkan kurang bijak berbelanja. Wang semakin sedikit dalam tabungan dan tentu akan membuat hati resah. Secara tidak langsung mengganggu tumpuan ibadah yang sepatutnya menjadi keutamaan kedatangan kita sebagai Tetamu Allah.

Keadaan ini juga berimpak kepada orang yang dihutang. Tentu dia juga memerlukan wang dan kita telah mengurangi pula perbelanjaannya semata-mata membantu kita yang sudah hilang pertimbangan ketika berbelanja. Semoga kita mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku. Oleh itu, berhati-hatilah ketika berbelanja terutama di Madinah. Pembelian hadiah atau ole-ole, boleh dilakukan di Makkah dan Mina. Menurut saya, di sana lebih banyak lagi pilihan yang memenuhi cita rasa dan aktiviti ekonominya lagi luas.

BIJAK BERBELANJA SELAMAT WANG KITA

****************

AWAS !!!!!… BERHATI-HATI

Pemandangan sesak oleh para hujjaj yang baru keluar dari masjid Nabawi selepas solat Isyak. Kesesakan berlaku kerana adanya proses jual beli antara hujjaj dengan penjual “tanpa lesen” yang menjual pelbagai jenis barangan seperti baju-baju abaya, jubah lelaki, wanita dan kanak-kanak, kain sal dan tudung, stokin pelbagai bentuk, kopiah, sejadah, tasbih, pewangi dan banyak lagi.

Mereka hanya muncul di luar pagar Masjid Nabawi selepas para hujjaj selesai solat fardhu sahaja. Kemunculan mereka seperti “now you see, now you don’t”.  Sangat lucu dan drastik sekali gerakan mereka apabila polis peronda Arab Saudi tiba untuk menghalau atau merampas barang dagangan mereka. Penjual ini baik lelaki atau perempuan akan lari lintang pukang bersama barang dagangan yang kebanyakan menggunakan kain sebagai pembungkus.

Melihat keadaan tersebut, hati saya sangat belas kasihan kerana itulah sahaja cara mereka mencari rezeki di rantau orang. Mereka terpaksa selalu berwaspada akan kehadiran Polis peronda Arab Saudi. Yang lebih menyentuh hati saya adalah para penjual wanita yang tentunya lebih lambat gerakan mereka berbanding lelaki. Berlari dengan baju abaya yang labuh (berpurdah) sambil membawa barang dagangan yang banyak atau menyorong kereta sorong dengan laju untuk menyingkir dari kepungan polis.

Subhanallah, benar-benar membuat saya sedih. Ada ketika airmata terbit juga. Alangkah berruntungnya saya berbanding mereka. Subhanallah. “Nikmat Tuhan yang manakah hendak saya dustakan lagi.” Allah memilih saya untuk hdup dalam keadaan yang lebih baik dari mereka.

Capaian Googles -Penjual-penjual tanpa permit yang duduk aman menjual barangan mereka. Kebanyakannya didominasi oleh kaum wanita dari luar negara Arab terutamanya benua Afrika. Mereka berpakaian hitam dan berpurdah. Di tempat seperti inilah saya membeli “Kasut Tawaf” saya. 😀

KETIKA BERLAKU ADEGAN KEPUNGAN POLIS… beberapa kemungkinan akan berlaku kepada kita yang sedang berurusan dengan mereka. Andai bernasib baik, barangan yang berada di tangan kita sempat dikembalikan atau wang yang sedang bertukar sempat dipulangkan bakinya. Yang tidak bernasib baik, barangan yang berada di tangan kita, ditinggal begitu sahaja dan membuat kita bingung bagaimana mengembalikannya semula sedangkan wang belum lagi dibayar.

Yang lebih menyedih dan menyayat hati dan membuat hati panas apabila baki wang kita yang berada di tangan mereka tidak sempat diserahkan semula kepada kita. Akhirnya, kedengaran suara sumpah seranah dan kemarahan kerana mengganggap mereka ditipu dan wang dirompak. Jadi terfikir, siapakah yang harus disalahkan, kita atau mereka ?

Sepanjang menunggu SPH di lokasi yang dijanjikan setelah solat, saya membuat pemerhatian rawak ke atas aktiviti perniagaan tanpa permit ini. Jika saya mahu membeli sesuatu barangan, saya akan pastikan wang di tangan cukup jumlahnya untuk diberi kepada penjual, tanpa baki. Itu lebih selamat. Yang penting, kita sudah mengetahui harga dan jenis barangan yang hendak kita beli.

BERTINDAK BIJAK SEBELUM RUGI

**************

17 April 2012 (Selasa)/ 25 Jamadil Awwal 1433H/ 9.45 malam – Sarikei, Sarawak

AKU…. DAN DI SETIAP KESEMPATAN. Tidak ada waktu yang kosong begitu sahaja kecuali terisi namamu di hatiku. Engkau mengiringiku di waktu siang menjadikan hidupku terisi kesegaran. Engkau menemaniku di waktu malam menjadikan tidurku terisi kedamaian. Engkau menyirami kasihmu di sepertiga malam menjadikan aku bahagia dalam dakapan cintamu yang sempurna. Ya Rahman Ya Rahiim… ketahuilah bahawa ….di setiap kesempatan, seluruh rona jiwaku berzikirkan tasbih cintamu.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

DI SETIAP HELA NAFAS INI, ADA CERITA YANG INGIN KU KONGSIKAN BERSAMAMU

***************

40 thoughts on “CT100. DI SEPANJANG PERJALANAN INI…. MOLTAQA KE MASJID NABAWI (4) – HEMAT BERBELANJA

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb…

    Ya Habibi Ya Muhammad, nyanyian Mohamad al Mazam, DEDIKASIKU UNTUKMU.

    Ya Rasulullah, padamu kerinduan tidak bertepi.
    Semoga ada pertemuan buat kita di sana.
    Aku ingin sekali berbicara denganmu, menatap wajahmu dan memberi senyum padamu.
    Ya Allah, terimalah doaku untuk bersama Kekasihku, Muhammad Rasulullah. Aamiin.

    Wasaalam dariku. 😀

    • Insya Allah, Idah bisa merasai apa yang bunda alami ini di kemudian hari. Cuma harus ngumpul uang dari sekarang agar bisa pergi haji dalam usia muda.

      Mumpung masih muda, lebih cergas untuk bergerak kerana ibadah haji memerlukan tenaga yang banyak dalam pelaksanaan manasiknya.

      PUSAT PERKHIDMATAN maksudnya SERVICE CENTRE.

      Hehehe… pengajian yang Idah maksud itu, apa ya ? Bunda kurang ngerti kok. 😀

      Terima kasih ya.
      Salam senyum selalu dari bunda. 😀

      • Assalamua’laikum Mbak CT,
        Selamat mencapai CT100…
        Semoga berlanjut hingga CT1000 🙂

        Sedikit pencerahan tentang pengajian.
        Pengajian adalah sebuah kegiatan bersama untuk membaca ayat suci Al Quran dan belajar memahami maknanya. Kegiatan ini dipimpin oleh uztad/uztadzah. Biasanya dilakukan secara berkelompok.
        Semoga lebih ngerti.
        Wassalam,

        • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Cenya…

          Subhanallah, saya sendiri tidak perasan (tidak merasai) akan jumlah postingan saya sudah mencecah 100. 😀

          Alhamdulillah, tak terasa masa berlalu, sudah banyak juga yang saya tulis di blog ini. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca LMGS G2.

          Terima kasih mas Cenya atas penjelasan tentang ‘pengajian’ yang dimaksudkan. Saya menjadi semakin ngeti sekarang kerana sama maksudnya dengan pengajian di Malaysia. 😀

          Salam sejahtera.

  2. assalamua’laikum bunda
    saya suka dengan bukan masalah prestis, namun kita di layani Allah, dan saya pernah di tegur keras oleh seorang bapak-bapak seorang pengusaha yang kala itu melayani saya, dan saya menolak karena saya masih muda merasa tidak pantas di di layani beliau, dan beliau bilang kala itu saya sedang mengangkat kamu jadi kamu jangan merendah diri seperti itu.

    berarti dalam kejadian baki itu memang kita nya yang harus inisiatif ya bunda
    🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ardian…

      Demikianlah jika kita selalu qanaah dengan segala pemberian Allah. Beriman dengan-Nya, mentaati perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya dan AMAT MENCINTAI-NYA,

      Pasti ada pertolongan dan limpah kurnia yang diberikan kepada kita yang tidak kita ketahui bila, di mana dan ketikanya untuk dilimpahkan kepada kita.

      Subhanallah, jangan menolak jika ada kebaikan yang telah didatangkan Allah kepada kita. Allah suka memberi kepada siapa yang dia pilih dari kemuliaan-Nya. Kepada siapa yang dikehendaki dari rahmat-Nya. Terimalah, jangan menjauhi kurnia Allah ini. Sangat rugi dan akan menyesal di kemudian hari.

      Berdoalah kepada Allah agar selalu dilimpah rezeki yang luas, ilmu bermanfaat dan kesihatan yang mencergaskan kita untuk beribadah.

      Terima kasih Ardian untuk kongsiannya.Semoga sukses selalu dan rajin-rajin belajar. 😀

  3. Perjalanan haji yg penuh warna-warni ya Mbak, seperti tulisan ini. Perjalanan yg penuh hikmat dan memperkaya jiwa juga…Semoga suatu saat saya bekesempatan juga datang kesana. Amin

    • Aamiin, saya mendoakan mbak Evi juga akan di jemput Allah ke sana. Warna warna kehidupan di sana lebih meriah mbak. Rasa mahu terus tinggal dalam suasana yang Islamik seperti itu. 😀

      Terima kasih mbak untuk komentarnya.
      Salam manis selalu.

  4. Assalamualaikum Hjh..t/kasih dgn paparan gambar2 yg menarik dan jua catatan Ya Allah kak yun trlalu rindu dgn suasana di sana tringat masa p umrah dhulu …yg kain rentang tu mmg hjh yg sponsor ya???

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Yun…

      Alhamdulillah, sedikit pengalaman yang dapat dikongsikan bersama Kak Yun dan sahabat pembaca lain. Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. Mudahan segala ibrahnya menjadikan kita semakin dekat dengan Allah dan dapat menjalani kehidupan Islami yang menuruti kehendak syari’at. Aamiin.

      Hehehe… tak adalah Kak Yun. kain rentang itu memang sudah ada di sana ketika kami sampai. Alhamdulillah, memang kenangan di bumi haramain selalu menjadi ibgatan dan igauan untuk kembali semula. Mudahan Kak Yun dan saya akan dapat ke sana lagi. 😀

      Terima kasih selalu menyapa blog saya. Didoakan Kak Yun sihat dan diberkati Allah di dunia dan akhirat.

      Salam hormat dari saya. 😀

  5. malam bunda
    bagaimana kabar malam ini sekeluarga disana?
    semoga selalu sihat y bunda…amien
    oya terasa seperti kitalah yg disana setelahjh membaca dan melihat photo dan tulisan bunda……………….terima kasih snagat y bundaku tersayang
    oya blue datang dalam kapasitas yang sangat lelah………………..
    salam hangat dari blue
    selalu ada senyum dan doa untuk bunda sekeluarga disana dari blue

    • Selamat malam kembali, nanda Blue…
      Alhamdulillah, bunda dan keluarga di sini, semuanya sihat wal’afiat. Didoakan nanda Blue dan keluarga juga dalam kondisi yang sama dan diberkahi Allah swt.

      Sekurangnya foto-foto dan tulisan bunda menjadi inspirasi sebelum berada di sana. Silakan terus mengikuti pengembaraan bunda kerana perjalanan coretan ini masih panjang. 😀

      Terima kasih sudi mengunjungi bunda dan doa yang dilampirkan.
      Hidup ini memang lelah Blue. Maka harus disegarkan dengan keinginan yang kuat untuk menempuh segala tantangannya.

      Salam hangat kembali dari bunda.

  6. selamat siang bunda, menyempatkan mampir disela aktifitas…

    wah pengalaman yang luar biasa bunda, kapan bisa ke masjid nabawi ya..

    semoga saya dan istri segera bisa melengkapi rukun islam..

    • Alhamdulillah, mudahan bisa dikongsi untuk diambil kebaikan dan sempadannya.

      Insya Allah, jika tiba waktunya “dijemput” Allah, pasti akan ke sana juga Akhmad dan isteri. Bunda doakan semoga sampai ke sana. Banyakkan berdoa. 😀

      Terima kasih dan salam sejahtera.

  7. Sudah sepantasnya kita sebagai tamu Allah, maka Allah jualah yang akan melayani kita. namun terkadang bahasa seperti ini banyak disalah artikan oleh orang. Sedangkankan Allah sendiri selau berbicara kepada kita melalui apa saja ya Bun.

    Sukses selalu
    Salam
    Ejawantah’s Blog

    • Subhanallah walhamdulillah, betapa senangnya menjadi Dhuyufur Rahman di tanah suci. Sesungguhnya Allah memberi jaminan akan memakbulkan segala doa-doa hamba-Nya. Hanya kita sahaja yang mahu berbuat atau tidak.

      Berbicaralah dengan Allah, di mana-mana sahaja kita berada terutama di Tanah Haram, tempat sudi, mulia dan diberkati.

      Terima kasih mas Indra.
      Salam hormat dan sukses kembali. 😀

  8. Wah, menarik pengalaman yang didapat di sana.
    Saya jadi ikut terenyuh dengan pedagang wanita yang dirazia polis di situ. Harus lari lintang pukang kalah gesit dengan lelaki.
    Jadi ingat kisah putri Nabi Ayub AS, yang kalah gesit ketika berebut dapatkan air sumur dari gembala lelaki. Di mana-mana gembala penghidupan selalu menyisakan kaum perempuan kalah bersaing dalam mencari sesuap rezeki.
    Terus eksis dengan keperduliannya mbak Siti, walau itu hanya sekedar berempati, agar rasa prihatin kita tetap terjaga dari ketakacuhan.
    Maaf, jadi telat sadari postingan baru mbak telah terbit.
    Salam hangat selalu. 🙂

    • Salam hormat mas Rahman…

      Jika melihat kepada kegigihan wanita, rasanya melebihi lelaki dalam banyak hal. Kerana itu, wanita ini mempunyai kekuatan yang tidak pernah diduga sumbernya… hehehe.

      Subhanalah, betapa wanita ini diberi Allah kelembutan hati tetapi sangat keras dalam menghadapi onak dan duri kehidupan. Kerana sifat penyayang dan hebatnya wanita ini, maka lelaki lahir dari rahim wanita. 😀

      Terima kasih atas kunjungan mas Rahman walaupun telat. Tidak apa jika tidak punya kesempatan. silakan hadir dalam waktu yang menyelesakan.

      Salam hangat kembali dan takzim dari saya.

      • Hahaha, kita jadi duel soal kuat mana laki apa wanita. :p
        Jadi sadar koment saya agak terasa nyelekit. Maaf yaa? 🙂
        Saya tuuh bawaanya suka membayangkan ada di posisi yang lemah kalau ada pihak yang terpinggirkan. Jadi tidak bermaksud menempatkan wanita sebagai pihak yang lemah. Nanti berantem kita jadinya. 🙂
        Salam hangat pula dari saya.

        • Maaf juga mas Rahman, sebenarnya saya tidak menyadari komentar balas saya seperti beradu kuat antara lelaki dan wanita. hehehe… saya hanya menjelaskan keunikan kaum wanita dari sudut pandang seorang wanita juga.

          Ternyata wanita sekaliannya sangat tabah menghadapi hidup walau susah manapun keadaannya berbanding lelaki. Itu artinya bukan beradu kekuatan fizikal lho, tetapi kepada kekuatan dalaman yang menghasilkan banyak manusia hebat dari didikannya.

          Kalau berantem dalam bab ilmu yang bisa memberi manfaat, saya kira ngak apa-apa, mas Rahman. Itukan memberi ruang untuk memecah segala yang tidak puas di hati jika menghadapi satu-satu permasalahan yang bisa dibincang bersama untuk dikongsikan. 😀

          Terima kasih memberi pendapat yang bisa difikirkan dengan baik untuk kemurniannya.

          Salam hormat dari saya.

  9. assalamualaikum kak hjh….ya allah keciknya dunia x dpt jumpa live kt blog pun jadilah. Apa khabar tek? Tuk Mas tuk.Geng sebilit masa g hj dolok. boring tuk kak sorg2 dlm rumah. nak maca buku dah habis di baca. Kebetulan terbuka blog kak hjh tek. Bestnya blog ktk. Ada episod gik ya. Best na. Ada smbungan agik kah kak hjh?. ya jak lok kak. Agik nak nyambong baca kmk tek. Best na juak. X mok miss tuk…

    salam rindu dr kmk….

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Mas..

      Subhanallah, terkejut akak maca komentar dirik. Mastika dari Sibu tok kah ? Alhamdulillah, sik sangka dirik dapat carik blog akak. Gembira rasa akak sebab dapat berhubung kembali walau hanya di maya sahaja. Akak doakan dirik dan keluarga sihat semuanya.

      Hehehe… terima kasih mun Mas sudi membaca Travelog Hajjah (1) dan (2) dari akak di sitok. Menulis sekadar untuk berkongsi pengalaman yang bermanfaat tentang kita di sinun sak ada juak yang dapat dijadikan teladan dan sempadan.

      maaf dari akak mun ada salah silap selama kita bersama di Madinah dan Makkah. Mudahan kita selalu dalam rahmat Allah dan dibekati hidup di dunia dan akhirat.

      Masih makei abaya (jubah) hitamkah ? Akak nang selalu makei abaya hitam kinik tok, sama ada kerja atau berjalan. Selesa berpakaian macam ya. Rasa di sinun ko. 😀

      Terima kasih Mas, sebab sudi jengok akak di blog tok. Datanglah lagik di lain masa dan baca mana yang disuka. Rindu ko dengan suasana di sinun marek.

      Salam rindu dan sayang dari akak selalu untuk Mas. 😀

      • assalamualaikum kak hjh;

        Aok kak, Mas lah tuk. Yalah x sangka ko kak dpt jumpa blog kak hjh. Ng best. Byk gmbr best2 gik ya. Kmk x sempat nak ambik gmbr kat sia gilak.

        Bena ya kak, byk manfaat pengalaman kita di sinun. X kan dilupak sampei akhir hayat. Kmk kerap bermimpi tawaf & solat kat sinun. Mcm real jak rasa kmk. Setiap saat kmk rindu nak ke sinun agik. Bln 3 ria nak molah umrah embak dak anak2 tapi dah full. X da lambei kata org. Insya allah di lain masa tetap g sinun agik klak.

        Sama lah kita kak hjh, kmk pun nak minta maaf mun ada salah silap masa kita di sinun. Ni ndak sama2 gago molah ibadah . Rugi rasanya mun kita x melakukan byk ibadah masa kat sinun.

        Aok , kmk makei setiap hari jumaat & masa2 tertentu. Ng selesa makei jubah knek tuk. Masih terasa aura kat sinun. Insya allah…

        Sama2 kak hjh…Best blog ktk. Kebetulan kmk carik artikel berkenaan memori haji 2011. Nmpknya x sia2 pencarian kmk…hehehe…kmk pun, setiap detik rindu kaabah, rindu raudah, rindu Masjidil haram & segalanya yg ada kat sinun.

        Salam syg & rindu kembali buat kak hjh…

        • Wa’alaikum salaam wr.wb, Mastika…

          Alhamdulillah, senang disapa Mas agik. hehehe… akak dengan suami akak nang suka ngambik gambar. Sebab ya banyak gambar sebagai kenangan dan tujuannya juak untuk menambah seri penulisan tentang travelog hajjah tok.

          Terima kasih Mas, sebab selalu datang menjengok akak di sitok. Harap dapat mengambil apa-apa yang patut untuk dibuat kenangan.

          Kenangan di sinun tetap akan bersemadi hingga akhir hayat. Suk na dirik dah nak molah umrah pulak. Akak tok belum ada usaha dolok kerana masih sibuk dan sangat sibuk dengan urusan kerja.

          Akak doakan Mas dan keluarga akan dijemput Allah dalam masa terdekat. Kerja baik pasti Allah akan tunaikan segera. Aamiin.

          Salam sayang dan rindu kembali untuk Mas di Sibu. 😀

  10. Al hamdulillah saya dan isteri berkesempatan menjadi tetamu Allah pada 22 Oktober 2011 hingga 3 Disember 2012. Hotel Sevilla Barkat tempat tinggal kami semasa di Makkah dan Hotel Movenpick di Madinah.Banyak kenangan pahit dan manis semasa berada tanah suci tersebut.
    Baru baru ini saya search Hotel Sevilla Barkat dalam Google Maps,alangkah terkejutnya saya bahawa hotel tersebut tiada dalam peta kerana sudah dirobohkan bagi pembangunan sekitar Makkah.

    • Alhamdulillah, semoga saudara Zahrin dan isteri mendapat haji mabrur atas pekerjaan haji yang telah dilakukan setahun lalu. Aamiin.

      Saya memang sudah mengetahui awal tentang perobohan hotel Sevilla Barakat dan hotel-hotel lain di sekitarnya melalui supervisor hotel tersebut. Beliau memaklumkan bahawa jemaah haji tahun ini adalah jemaah haji terakhir yang menduduki hotel tersebut.

      Mana kala para pekerja hotel terpaksa berhenti dan ramai yang akan balik ke negara asal atau mencari pekerjaan di hotel lain. memang setiap hotel yang diduduki akan meninggal kenangan indah di hati.

      Hanya foto-foto yang diketik sepanjang berada di hotel tersebut sahaja dapat dijadikan kenangan yang membuktikan kita pernah melalui kehidupan di sana. Subhanallah, memang sangat menyentuh hati.

      Terima kasih saudara Zahrin kerana sudi singgah dan mencapai blog saya yang sederhana ini. Semoga beroleh manfaat dari sajian ilmu yang dihidangkan.

      Salam kenal dan hormat dari saya. 😀

  11. Assalamualaikom Hajah,Saya juga penghuni Sevilla barakat maktab 95 kt 47 1432/2011, agaknya kita Mungkin pernah terserempak d hotel ttp tidak mengenali..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Hajjah Norzainab…

      Alhamdulillah, kecil benar dunia maya ini kerana dipertemukan dengan jemaah semaktab 95 walaupun ini kali pertama berkenalan. Senang dapat mengenali hajjah Norzainab di blog saya ini.

      Terima kasih kerana sudi singgah dan mudahan mendapat manfaat dari pengalaman yang saya lalui untuk ibrah dan pengajaran di masa akan datang.

      Didoakan hajjah sihat dan bahagia bersama keluarga di penghujung minggu ini. Silakan hadir lagi untuk menyambung silaturahmi sesama kita di Malaysia. 😀

      Salam kenal dan hormat selalu dari saya buat hajjah. 😀

      • Saya adalah penghuni Sevilla Barakat maktab 95 kt 66 1432/2011.Banyak kenangan yang tak dapat saya lupakan ketika menginap di hotel tersebut. Salah satunya ialah selepas solat subuh di Masjidil Haram ramai jemaah berpusu pusu ke restoran yang terletak di groundfloor hotel.
        Saya dan isteri hanya beli roti yang sebesar pinggan di kedai runcit.Roti tu keras tak seperti di Malaysia.Makan sebelah pun boleh kenyang hingga ke tengahari.Kami hanya beli kuah dal atau kari di restoran tersebut dengan harga 2rial.
        Selepas itu kami pun naik ke atas dan bancuh teh.Kami bentangkan sejadah TM yang berwarna oren itu di luar bilik dan bersarapan bersama.
        Lebih kurang pukul 9.00pg. saya dan penghuni lain dalam sebilik mula tidur sementara untuk menunggu waktu zohor.

        • Alhamdulillah, senang membaca kenangan yang Tuan Haji Zahrin kongsikan di sini. Membuat saya tersenyum sendirian mengingatkan perkara yang sama telah dilakukan. Tuan Haji dan isteri duduk di tingkat berapa ya di Hotel Sevilla ? KT 66 itu dari Kedah kah ?

          Saya suka makan nasi lemak dan sambalnya (pedas) dan kuah kacang dal dari Restoran tersebut. manis dan lazat. Saya terkejut melihat telur ayamnya berkulit putih. Kalau di Malaysia, telur kulit putih itu adalah telur itik (yang dimasinkan).

          Iya, kami juga akan tidur sebentar selepas sarapan. Acara minum atau makan juga di luar bilik dengan hamparan tikar oren pemberian TM. Sangat seronok bila mengingatkan ramainya bersantai di luar bilik masing-masing.

          Selalunya selepas balik solat zohor, saya dan suami akan membeli ayam panggang. Pembelian itu disertai dengan 2 roti sebesar pinggan yang diberi secara percuma.

          Biasanya kami tidak mengambil roti itu kerana telah membeli nasi. Kami kembalikan semula kepada pekedai. Ayam panggang itu kami makan untuk tengah hari dan malam. Sangat kenyang walaupun ayamnya sangat kecil.

          Terima kasih Tuan Haji kerana kongsian pengalaman di sini. Semoga bahagia dan dirahmati Allah SWT. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

          Salam hormat takzim. 😀

  12. Kalau tak silap saya tinggal di tingkat 5.Saya,isteri dan sebahagian jemaah yang lain datang dari Neg.Selangor.

    • Tidak sangka pula jemaah dari Selangor KT 66 juga mendiami Hotel Sevilla, saya ingat hanya KT 94 dan KT 95 sahaja. Dan kebanyakan yang tinggal di hotel tersebut adalah dari Sarawak.

      Terima kasih Tuan Haji kerana masih sudi bertandang ke sini. Mudahan kemabruran haji sentiasa mendiami diri kita di sepanjang hidup ini. Aamiin.

      Salam hormat dan salam Ramadhan yang mulia. 😀

  13. Pingback: CT252. SEVILLA BARAKAT: TINGKAT 9, BILIK 927 | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  14. Pingback: CT325. SEPANJANG JALAN KENANGAN…. SEVILLA KE MASJIDIL HARAM (1): JEJAK YANG HILANG | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.