CT 11. HANYA KERANA SENYUMAN…

21 Sep

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Perjalanan menaiki pesawat menuju ke Kuala Lumpur dan pelbagai destinasi di seluruh negeri di Malaysia sudah tidak asing lagi bagi ku  sama ada atas urusan peribadi, belajar, bercuti, menghadiri mesyuarat, kursus, seminar, bengkel, pembentangan kertas kerja atau mengiringi aktiviti GERKO pelajar baik di peringkat institut atau  kebangsaan.

Kapal terbang ibarat kenderaan kedua sesudah kereta. Jarang sekali menaiki keretapi atau bas.  Pelbagai pengalaman yang aku lalui dalam perjalanan menaiki kapal terbang; ada yang menarik, lucu, sedih dan tidak kurang masam manisnya sebagai menyempurnakan nikmat sebuah kehidupan seorang manusia.

Pengalaman yang cukup menggamit naluri keibuanku apabila beberapa kali dalam pesawat aku dikurniakan Allah swt dengan perhatian dari anak-anak kecil yang cukup membahagiakan aku. Aku sangat mencintai anak-anak. Mereka sungguh suci jiwanya, murni hatinya, tulus kasihnya dan jujur katanya. Subhanallah….  Seringkali aku mendapat senyuman dan perhatian dari anak-anak kecil yang seusia dua hingga 5 tahun apabila kami saling berbalas pandang secara tidak sengaja pada awalnya lalu menjadi mesra sesudah itu. Bertukar senyum, kerdipan mata dan lambaian tangan.

Kadang kala aku jadi letih melayan tingkah mereka yang dibiarkan oleh ibunya untuk berdiri di kerusi dan berpaling wajah ke belakang sambil memandangku yang juga sedang memandangnya.  Lalu drama senyuman dan gurauan acak-acakan berlaku. Aku tidak mampu menahan diri untuk melayan karenah mereka yang sepertinya mahukan perhatianku… Ahh… anak-anak kecil ini selalu membahagiakan aku. Aku selalu kalah dengan senyum dan pancaran matanya yang indah, apa tah lagi disertai suara ketawanya yang selalu indah dipendengaranku sehingga aku juga ketawa sama menyertainya. Semua ini mengingatkan aku kepada Ibtisamku… Siti Nor Ieesyah.  Persis aku semasa kecil.

SenyumFatima2IbtisamkuIeesyah

Kadang kala aku jadi ketawa sendirian, malah sangat bersyukur mengingatkan betapa Allah swt memberikan aku sifat yang cepat mesra dengan anak-anak, mudah mendekati mereka dan menarik perhatian mereka walau kami tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Aku sangat bahagia dengan hadiah kasih sayang Allah swt tersebut. Drama kasih sayang itu berlaku sebentar cuma, tidak sampai tiga jam kerana hanya berlaku dalam pesawat yang secara kebetulan terserempak dengan anak-anak comel ini yang duduk di hadapan kerusi atau tempat duduk di sebelah ruang bersebelahan tempat dudukku.

Satu peristiwa yang cukup menggamit kebahagiaanku, apabila suatu ketika, aku dalam satu perjalanan ke Kuala Lumpur telah bertemu dengan seorang anak comel bernama Alin dalam pesawat MAS yang penuh dengan penumpang. Biasanya aku akan membaca buku atau menulis sesuatu yang ku lalui dalam pesawat. Setelah perjalanan lebih kurang hampir satu jam dan ketika aku sedang khusyuk membaca buku, aku merasakan ada seseorang memandangku. Lalu aku angkat kepala dan mencari arah yang ditunjukkan oleh naluriku.

Tiba-tiba pandanganku bertembung dengan sebuah wajah indah, putih, jernih dan bersih milik seorang puteri comel berketurunan Cina yang duduk selang satu kerusi di ruang sebelah kerusiku yang jangkaan ku usianya lebih kurang 4 tahun. Wajah itu memandangku seakan-akan tidak berkerdip-kerdip sambil melemparkan sebuah senyuman manis. Aku terus sahaja membalas senyumannya. Kami kemudiannya hanya berbalas senyuman dan kerdipan mata. Sekali sekala dia bercakap dengan ibunya (dalam bahasa Inggeris) seakan memaklumi aktiviti yang dilakukannya kepadaku. Lalu ibunya berpaling padaku dan menghadiahkan sebuah senyuman, aku hanya menggangguk dan membalaskan senyuman itu.

SenyumFatima1Fatimaku

Setelah hidangan selesai disantap, aku mengambil keputusan untuk tidur sebentar setelah letih melayan anak kecil tersebut kerana dia asyik melambai dan senyum padaku.. aku sekali sekala memberi juga perhatian dan sambil itu membaca buku. Ketika tidurku hampir melelapkan aku, tiba-tiba serasakan ada satu sentuhan di tanganku. Lembut dan menepuk-nepuk tanganku. Aku jadi tersentak sambil memandang arah sentuhan tersebut.

Subhanallah. Puteri comel yang manis itu berada di sebelahku dengan menghadiahkan  sebuah senyuman yang ranum manis dan tangannya masih memegang lenganku.. Dia berkata: “Hai Auntie”. Suaranya lembut dan manja sekali. Aku secara spontan terus senyum dan ketawa padanya (sebenarnya terkejut juga). Aku memandang ibunya, rupanya si ibu memandang ke arahku sambil tersenyum (entah berapa lama agaknya) dan menggangguk kepala kepadaku sambil aku membalas senyuman dan anggukkannya.

Lalu jawabku : “Hai.. what’s your name, sayang ? “Alin”.. jawabnya ringkas. “Auntie” ? Tanyanya pula. “Wah cerdik juga budak ni”, bisik hatiku. “Call me Auntie Siti”, jawabku. “Hai Auntie Siti”…  Dia senyum padaku dan berpaling memandang ibunya. “How old are you Alin?” Aku terus bertanya sambil membiarkan tangannya memegang lenganku. Diapun mengangkat 4 jari tangan kirinya. Betul jangkaan ku tadi.


Perbualan kami tidak lama hanya setakat itu sahaja apabila terdengar suara ketua pramugara mengarahkan semua penumpang pesawat kembali ke tempat asal kerana pesawat akan menerjah tanah berpijak.  Lalu ibunya memanggil anak kecil itu agar kembali ke sisinya sambil memandangku. Aku mengucapkan pada ibunya : “Terima kasih, puan”. Ibunya menjawab ‘Ya, terima kasih juga” sambil tersenyum.

Si Alin memandangku dan berkata “bye Auntie” sambil melambai padaku dan duduk di sisi ibunya. Aku cukup bahagia dan tersenyum sendirian kerana mendapat kasih sayang Allah dalam perjalanan dari seorang anak kecil dan kebaikan ibunya melepaskan dia kepadaku walau sekelumit bicara cuma. Setelah itu, tiada pertemuan lagi antara kami hanya sebuah pertemuan yang berlaku dalam beberapa detik. Aku bersyukur dengan nikmat kasih sayang tersebut sambil tidak berhenti-henti memuji kebesaran Allah swt.

Mengingatkan wajah-wajah comel yang suci dan tulus hatinya, aku jadi terharu dan sedih mengenangkan anak-anak yang menjadi mangsa buangan ibu-ibu yang tidak bertanggungjawab. Sehingga aku selalu mengharapkan, kalaulah anak-anak ini boleh aku jadikan anak angkat, akan ku pelihara mereka dengan kasih sayang dan penuh amanah. Ingatlah… anak-anak adalah amanah yang menjadi penyambung generasi kita di masa depan. Kasihi dan sayangilah mereka sepenuh hati dan berilah didikan yang sewajarnya yang patut mereka perolehi sebagai insan yang bernama MANUSIA.

*

SalamFatima3SalamFatima  20 SEPTEMBER 2010 (SELASA)/ 2243 MALAM SARIKEI, SARAWAK

AKU…. yang selalu berusaha menghargai segala ANUGERAH TERINDAH daripada Allah SWT kepadaku. Alhamdulillah wa syukrulillah.

– Siti Fatimah Ahmad –

*

SENYUMLAH…. AKU BAHAGIA

SenyumFatima3IbtisamdanAku


80 Responses to “CT 11. HANYA KERANA SENYUMAN…”

  1. tuyi September 21, 2010 at 8:33 am #

    Smile…….
    keep smile….
    Anaknya lucu bunda….nice…
    salam silaturahim….

    • SITI FATIMAH AHMAD September 21, 2010 at 3:06 pm #

      Kang Tuyi…
      iya… marilah kita membungakan senyuman.
      Terima kasih kang.
      Ieesyah memang anak yang lucu dan memnghiburkan.
      Salam mesra selalu.😀

  2. loewyi September 21, 2010 at 10:28 am #

    cerita yang menarik bun…🙂 i like it…😀
    itu foto anaknya bunda??
    cantik bun… imut…😀

    • SITI FATIMAH AHMAD September 21, 2010 at 3:07 pm #

      Terima kasih nanda Loewyi.
      Cantik macam mamanya juga.😀

      • loewyi September 21, 2010 at 7:53 pm #

        Ya pastilah bun… mamanya cantik anaknya juga pasti cantik….😀
        wah coba aku masih sekecil itu, besok – besok anak bunda pasti aku pinang tuch bun…:mrgreen: bercanda loch bun…:mrgreen: maaf…🙂
        salam…😀

        • SITI FATIMAH AHMAD September 21, 2010 at 8:52 pm #

          Wah… gawat kalo punya menantu seperti Loewyi.😀 Pasti ceria rumahtangga dengan candanya. Bunda senang kalo anak bunda bahagia. Tapi sayang sekali, anak bunda masih BALITA. Masih main anak patung arnab namanya SEIPI.😀

          • loewyi September 21, 2010 at 9:28 pm #

            Hahahahaha…. bisa aja bunda. ya kan tadi aku udah bilang bun andai saja aku masih kecil seperti itu….😀

            • SITI FATIMAH AHMAD September 21, 2010 at 10:04 pm #

              Hehehe… iya, iya.. bunda ngerti, kan tadi bilangnya bercanda aja lho. makanya, bunda juga bercanda sama.😀

  3. amazzet September 21, 2010 at 10:37 am #

    Kepada anak-anak pun kita perlu belajar tentang pentingnya tersenyum dengan ketulusan. Dengan demikian, semoga kehidupan di antara kita senantiasa dalam kebahagiaan.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 21, 2010 at 9:07 pm #

      Salam Amazzet…
      Senyuman anak-anak sangat tulus dan mulus. Memandangnya sahaja membuat hati kita bahagia dan ceria. Semoga setelah dewasa ini, senyuman kita tetap seperti dulu juga walau banyak badai yang melanda. Melihat senyuman, membuat hati kita tenang.

      Terima kasih mas Akhmad. Salam ceria selalu.😀

  4. anung September 21, 2010 at 2:15 pm #

    subhanallah..alangkah nikmatnya diberi rasa sayang kepada sesama. bersyukurlah bunda, mudah-mudahan bunda termasuk yang disebutkan Nabi kita:
    “Berkasih sayanglah kalian, niscaya Yang memiliki kasih sayang(Allah) akan menyayangi kalian. ” (HR.Bukhari muslim)

    • SITI FATIMAH AHMAD September 21, 2010 at 9:12 pm #

      Anung…
      Amiin… Ya Rabb atas doanya yang baik untuk saya. Alhamdulillah. Mudahan mas Anung mendapat yang sama juga.

      Subhanallah… betapa kasih sayang Allah itu meliputi langit dan bumi, menimpa sesiapa sahaja yang selalu menyebarkan kasih sayangnya baik kepada insan sesama mahupun makhluk lainnya.

      Terima kasih mas Anung. Salam mesra hendaknya.😀

  5. andipeace September 21, 2010 at 2:24 pm #

    hehe jadi pingin gendong dan mengajak bicara sikecil yang seperti dimaksud bunda😀

    salam sejahterah selalu

    • SITI FATIMAH AHMAD September 21, 2010 at 9:18 pm #

      Kembali Andipeace…
      Alhamdulillah… senang menerima kunjungan Andi setelah lama menyepi diri. Kemana agaknya gerangan Andi selama ini ya ? Sudah lebaran baru kembali menjelma.

      Betul… anak kecil itu sangat comel, sopan dan menghiburkan. Sangat aktif dan bijak berbicara. Tidak puas melihatnya bila senyumannya beraksi. Manis sekali dengan matanya yang bercahaya ketika berkata-kata. masih boleh saya bayangin wajahnya yang cantik itu.

      Terima kasih Andi. Salam sejahtera juga dari saya.😀

  6. loewyi September 21, 2010 at 7:50 pm #

    Sebelumnya maaf bun….🙂
    Award – award….. silahkan di check….. disini

    • SITI FATIMAH AHMAD September 21, 2010 at 9:22 pm #

      Alhamdulillah..
      Inilah AWARD PERTAMA yang bunda terima setelah membuka blog baru ini.

      Terima kasih nanda Loewyi. Bunda sangat bahagia dan senang menerimanya. Sudah bunda terbangkan dari Indonesia ke Malaysia sebentar tadi. sudah sampai dan masih disimpan. Insya Allah menunggu waktu untuk dipamerkan.

      Salam mesra dari bunda.😀

      • loewyi September 21, 2010 at 9:29 pm #

        Ok… makasih yach bun….
        salam dari Loewyi….😀

        • SITI FATIMAH AHMAD September 21, 2010 at 10:05 pm #

          Iya…terima kasih kembali Loewyi.
          Salam mesra selalu dari bunda.😀

  7. Aliena September 21, 2010 at 10:18 pm #

    Salam hangat bunda siti fatimah. Sungguh bunda seorang yang dikasihi anak-anak dan mengasihi mereka. Semua itu kerna wajah bunda yang juga cantik, membuat mereka suka sama bunda.

    Sepertinya postingan bunda dibuat selepas tengahmalam, setelah anak-anaknya tidur. Tentu anak-anak lagi seronok kerana ibu mereka sentiasa menemani mereka. waduh. seronok meliat keluarga bunda bahgia. ngeblog setelah segala urusan selesai.

    salam hangat selalu.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 22, 2010 at 8:45 am #

      Aliena… Salam hangat kembali.
      Terima kasih hadir berkunjung. Amiin… Mudahan apa yang dimaksudkan diberkati Allah SWT.

      Salam mesra dari saya.😀

  8. aldy~PF September 22, 2010 at 8:00 am #

    Asalamualaikum Bunda,

    Bunda Siti, senyum budak-budak kecil selalu membuat wajah kita menjadi cerah, mereka tersenyum apa adanya, tiada kepura-puraan.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 22, 2010 at 8:47 am #

      Wa’alaikum salaam Nanda Aldy…
      Ketulusan dan keikhlasan pada wajah itulah yang selalu menghilangkan kepenatan sehingga menjadi segar kembali.
      Terima kasih nanda, selamat kembali bertugas.

      Salam ceria dari bunda.😀

  9. Kakaakin September 22, 2010 at 12:02 pm #

    Hehe.. kalo di tempat kerja saya sulit untuk menemui anak yang tersenyum, karena anak-anak yang datang ke tempat kerja saya adalah anak yang sedang sakit🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD September 23, 2010 at 5:54 am #

      Hai Kakaakin..
      Kasihan ya anak-anak itu, kalau tidak sakit pasti mereka antara yang paling suka senyum dan bercanda. Namun, saya pasti mbak Akin selalu memberi senyuman buat mereka bagi meredakan kesakitannya.

      Senyummu menjadi penawar kepada segala kesakitan.
      Salam manis penuh senyuman dari saya.😀

  10. Fir'aun NgebLoG September 22, 2010 at 12:55 pm #

    klo lihat anak orang lain perasaan seperti anak sendiri…
    dan klo liat istri orang lain juga perasaan seperti istri sendiri dech ;p hehehe…

    • SITI FATIMAH AHMAD September 23, 2010 at 6:01 am #

      Fir’aun Ngeblog…
      Salam kenal dan terima kasih sudi berkunjung.
      Alhamdulillah… kalo liat anak orang seperti anak sendiri, maka anak orang akan selamat hidupnya.
      Tapi… yang satu itu bahaya… harus ada kawalan iman dan banyak istighfar lho, mas.😀

      Salam mesra dari saya.

  11. hanif September 22, 2010 at 4:39 pm #

    Ada kenikmatan tersendiri ketika aku menyelami beningnya mata anak-anak. Mata yang penuh dengan kejujuran dan kepolosan. Serasa menemukan kembali kepingan-kepingan kejujuran yang seakan hilang dari jati diriku. Cara bicara mereka yang polos dan apa adanya membuatku akhirnya kembali merenung tentang betapa melegakannya sebuah kejujuran itu.

    salam buat putri Mba Siti tercinta.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 23, 2010 at 6:12 am #

      Apa khabar Budi… senang menerima kunjungan Budi.
      Subhanallah…. betul tu, anak2 memang selalu menyejukkan dan jujur hatinya. Bicara mereka selalu menyenangkan dengan pelbagai persoalan yang membuat kita selalu berfikir secara kreatif dan kritis.

      Salam Budi sudah disampaikan. Ieesyah tersenyum dan suka sambil bertanya… siapa itu ? Susah mahu menerangkan hanya menunjukkan foto di komentar ini.

      Terima kasih Budi. Salam mesra selalu dari saya.😀

  12. akhmad fauzi September 22, 2010 at 5:46 pm #

    Sore bunda Siti?maaf baru mampir lama tak berkunjung …maklum koneksi inetnya….ga ada unlimited…salam buat putrinya bunda siti ya?dari jagoanku ” dida “….” senyumu untuk saudaramu adalah shodaqoh “

    • SITI FATIMAH AHMAD September 23, 2010 at 6:31 am #

      Akhmad…
      Tidak mengapa kok.. hal itu biasa berlaku. terima kasih atas kunjungan yang menyenangkan.

      Salam dari Dida sudah saya sampaikan kepada putri saya, ieesyah. Dia senyum dan gembira hingga menanya.. Dida macam Ieesyahkah ?😀. anak2 kecil selalu membuat kita ketawa dengan ulahnya.

      Dengan senyuman, hati menjadi ceria.Sampaikan juga salam saya dan Ieesyah buat Dida ya.😀

      Salam mesra dari saya.

      • akhmad fauzi September 24, 2010 at 9:47 pm #

        maaf bunda siti, tidak menghormati rasa hormat saya kepada bunda siti……saya menanggapi komentar wong kam fung …..karena blog siti mengunakan bahasa malaysia/melayu, bagaimana kalau blognya bunda siti dikasih translate bahasa indonesia….Affan bunda bukanya sok tahu tapi jujur saja saya ada yang ngerti jg ada yang nggak

        • SITI FATIMAH AHMAD September 24, 2010 at 10:52 pm #

          Akhmad…
          Ngga apa-apa kok. Difahami akan masalah bahasa tersebut. hehehe….. ambil yang ngerti aja mas. Yang tidak ngerti itu tinggalkan.😀

          Terima kasih Akhmad,insya Allah saya akan berusaha untuk menambah icon translate di ruang widgetnya supaya Akhmad, Wong Kam Fung dan sahabat yang lain akan faham.

  13. orange float September 22, 2010 at 10:45 pm #

    asal jangan senyum-senyum sendiri aja ya ntar dikira gila:mrgreen:

    • SITI FATIMAH AHMAD September 23, 2010 at 9:05 am #

      Hehehe… ada2 aja Orange Float.
      Maka, kalau mahu senyum sendiri, harus cari tempat yang tidak dinampak orang. baru namanya senyum siuman…heh.

      Salam manis buat Orange Float.😀

  14. yusami September 23, 2010 at 1:16 am #

    Assalamu’alaikum Wr Wb.
    Senyuman adalah sebuah sedekah ya Bunda, senyuman tulus anak-anak memanglah sangat manis.
    Salam hangat dan sukses selalu.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 23, 2010 at 1:09 pm #

      Wa’alaikum salaam Wr Wb.
      Alhamdulillah, senang dengan kunjungan sahabat guru.
      Iya.. betul mas Yusami. Senyum adalah sebahagian dari iman. Mudahan dengan senyuman akan menceriakan dunia kita dan orang lain.

      Terima kasih dan salam hangat kembali dari saya.
      Semoga sukses juga.😀

  15. unduk September 23, 2010 at 1:58 am #

    mungkin karena anak-anak kecil itu melihat senyum ibu siti lucu seperti senyum mereka, wajah ibu siti cantik seperti wajah mereka, dan hati ibu siti tulus seperti hati mereka, sehingga mereka senang dengan ibu siti🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD September 23, 2010 at 1:18 pm #

      Salam Unduk..
      senang menerima kehadiran Unduk kembali. Hehehe… semuanya mungkin ya…Alhamdulillah, mudah2an apa yang ditulis Unduk itu benar2 sama.

      Yang pasti semua itu atas kasih sayang Allah jua. Semoga Unduk juga demikian.

      Terima kasih ya atas komentar yang membuat saya senyum membacanya. Salam mesra dari saya.😀

  16. arie iswadi September 23, 2010 at 6:20 am #

    Ceritanya mengajak saya tersenyum juga…🙂 bagus bunda.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 23, 2010 at 1:20 pm #

      Alhamdulillah, terima kasih Arie kerana tersenyum.
      Mudahan dengan senyuman itu akan menenangkan kita juga mereka yang memandangnya.
      Salam ceria selalu.😀

  17. dina.thea September 23, 2010 at 5:04 pm #

    Lucunya, kalo lihat anak2 tersenyum, bikin hati senang dan tenang

    • SITI FATIMAH AHMAD September 24, 2010 at 9:50 am #

      Benar Dina.thea…mereka selalu menceriakan dunia orang dewasa. Maka sayangilah mereka.

      Terima kasih sudi singgah.
      Salam manis dari saya.😀

  18. Abi Sabila September 23, 2010 at 5:34 pm #

    seindah-indah wajah manusia adalah ketika sedang tersenyum. Alhamdulillah, subhanallah!

    • SITI FATIMAH AHMAD September 24, 2010 at 9:53 am #

      Subhanallah…. itulah keindahan yang tak terlukiskan. Karena dengan senyuman dunia akan sama tersenyum. yang sakit akan sembuh pedihnya.

      Terima kasih Abi Sabila atas kunjungan.
      Salam kenal dan semoga sukses selalu.

  19. Wong Kam Fung September 23, 2010 at 6:07 pm #

    apakah Ibtisam artinya anak? maaf bila ada beberapa kata yang tidak saya mengerti. bagi saya tulisan-tulisan dalam blog ini terasa malaysia banget🙂

    senang bisa berkunjung kembali

    • SITI FATIMAH AHMAD September 24, 2010 at 9:58 am #

      Alhamdulillah, bisa ketemu kembali dengan Wong Kam Fung. Terima kasih kerana masih sudi ingat untuk bertandang kemari.

      Ibtisam adalah perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud SENYUMAN. Anak saya Si Ieesyah itu kami namakan IBTISAM sebagai nama kedua atau nama panggilan manja buatnya kerana wajahnya sejak lahir hingga kini selalu tersenyum kecuali dia marah dan menangis. Malah dalam menangis juga boleh tersenyum lagi…hehehe, anak ini sangat lucu dan menghiburkan. Bicaralah sangat petah seperti orang dewasa.

      Salam mesra dari saya.😀

  20. Ersis Warmansyah Abbas September 23, 2010 at 7:08 pm #

    Yaps, senyum … senyumlah … senyum itu sedekah

    • SITI FATIMAH AHMAD September 24, 2010 at 11:21 am #

      Alhamdulillah… Yang ditunggu sudah tiba, yang dinanti sudah datang. Terima kasih Tuan Ersis, hadir menyapa setelah sekian lama tidak bertanya khabarnya.

      Kenapa beberapa kali saya ke blog Tuan Ersis, dibilang suspended ya. Apa ada masalahnya sehingga saya menyangka blognya digodamkan. Syukurlah dapat ditautkan kembali ke sana. Ada kesempatan saya akan ke sana seperti selalu.

      Iya.. senyum itu sedakah. Maka, senyumlah selalu dan dunia akan menyinar keceriaannya.

      Salam hormat penuh takzim buat sahabat guruku yang diingati dari saya di Sarikei, Sarawak.:D

  21. nurhayadi September 24, 2010 at 2:23 am #

    Senyuman yang tulus membuat hati menjadi tentram.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 24, 2010 at 11:34 am #

      Untuk tenteramkan hati, maka senyumlah dengan setulusnya.😀

      Salam mesra selalu.😀

  22. dedekusn September 24, 2010 at 7:03 am #

    Subhanallah…..
    Lucu2 & cantik2 banget bunda… menggemaskan…
    Salamku untuk mereka bunda…:mrgreen:

    • SITI FATIMAH AHMAD September 24, 2010 at 11:37 am #

      Alhamdulullah…
      Semua itu anugerah Allah yang terindah..
      Insya Allah akan bunda sampaikan salam nanda Dede itu.
      Terima kasih atas kunjungan yang menyenangkan.
      Salam ceria dari bunda selalu.😀

  23. dedekusn September 24, 2010 at 7:06 am #

    Komentar saya ada yang dianggap **S*P*A*M** bunda, keluarkan ya
    Anaknya Sangat lucu-lucu

    • SITI FATIMAH AHMAD September 24, 2010 at 11:43 am #

      Sudah bunda keluarkan dari Taman Larangan. Maka, lain kali jangan main di sana lagi.😀

      Memang sangat melucukan. Rasa penat balik dari kerja terasa hilang apabila disambut dengan jeritan kesukaan dan pelukan yang erat.

      Terima kasih nanda Dedekusn.
      Salam hangat dari bunda.

  24. ummurizka September 24, 2010 at 9:20 am #

    Assalamu’alaikum bunda, afwan br bisa menyapa krn ada beberapa kesibukan.
    Senyum adalah sedekah, yang mampu membuat suasana menjadi damai dan tentram..

    • SITI FATIMAH AHMAD September 24, 2010 at 11:48 am #

      Wa’alaikum salaam Ummu, sahabat yang baik.
      Tidak mengapa, saya memahami akan kesibukan yang melanda. Mudahan silaturahminya akan tetap terjalin sampai bila-bila.

      Semoga dengan sedekah senyum itu, kita akan merasa damai dan tenteram. Orang yang melihatnya juga bisa merasai yang sama.

      Terima kasih mbak kerana sudi hadir menyapa kembali. senang dikunjungi dalam waktu yang sibuk ini.
      Salam manis dari saya selalu buat Ummu di Indonesia.😀

  25. darahbiroe September 24, 2010 at 10:20 am #

    heheh
    lucu n cute sangat anak nya😀

    • SITI FATIMAH AHMAD September 24, 2010 at 11:49 am #

      Alhamdulillah…
      Terima kasih mas Darahbiroe.

      Salam mesra dari saya.😀

  26. Ifan Jayadi September 25, 2010 at 5:27 am #

    Anak2 merupakan titipan Allah SWT yang tak ternilai harganya. Ia adalah permata yang memberikan kesejukan dikala kita merasa lelah. Senyumnya, kepolosannya, keceriaannya, dan kegembiraannya mampu membuat siapa saja takjub dan terbawa lagi masa anak2 yang menyenangkan tentunta.

    Namun sayang, kadang sering kita jumpai dan dengar juga berita tentang penyiksaan anak2. Sedih mendengarnya karena sama saja mereka telah menyia-nyiakan titipan berharga dari Allah SWT tersebut.

    Salam Persahabatan selalu dari Duniaku Disini.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 25, 2010 at 10:17 am #

      Ifan Jayadi…. Semoga kita tahu menghargai apa yang telah dikaruniakan Allah kepada kita. Terkadang kita jarang mensyukuri apa yang ada pada kita. Bila hilang, barulah terasa.

      Terima kasih atas komentar Ifan yang selalu membuka hati dan minda untuk memikirkannya.Salam persahabatan dari saya juga.😀

  27. Mama Murai September 25, 2010 at 8:58 am #

    Assalaamu’alaikum kak
    anak kecil itu sebenarnya dapat melihat sinar keibuan yang terpancar dari muka akak. Mama juga berperasaan yang sama, kenapa agaknya ada manusia yang hatinya lebih hitam daripada dakwat cina sanggup membuang insan comel kurniaan Allah ini.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 25, 2010 at 10:31 am #

      Wa’alaikum salaam Mama, sahabat yang baik.
      Hati nurani anak-anak kecil amat tulus dan suci. Mereka selalu jujur dalam menilai sesuatu yang memberi daya tarikan kepada mereka. Hargailah anugerah Allah yang terindah ini. Tidak semua manusia dapat memiliki anak, Maka yang dikurniakan anak, hendaklah bersyukur.

      Terima kasih mama atas komentarnya. Senang dengan kunjungan mama yang sudah lama tidak bersapa di maya pada ini.

      Salam sayang dan senyum selalu dari akak buat mama.😀

      • Mama Murai September 25, 2010 at 12:30 pm #

        Minta maaf kak, bukan lupa tapi Mama tengah sibuk bercuti bersama keluarga. Peluang bercuti sebegini memang jarang hadir dalam hidup Mama. Setahun sekali.. Betul kak, Mama setuju dengan akak

  28. SITI FATIMAH AHMAD September 25, 2010 at 12:42 pm #

    Hai Mama…
    Seronok tahu yang mama baru habis bercuti. Bestlah kalau dapat cuti yang lama. Boleh rehatkan minda sambil beriadah bersama keluarga. Semoga cuti yang telah dilalui memberi seribu kenangan yang tak terlupakan kepada mama dan keluarga.

    Selamat kembali buat mama dan teruskan berkarya untuk berkongsi hikmah. Salam mesra selalu.😀

  29. neni September 25, 2010 at 3:06 pm #

    smileeeeeeee….smileeeeeeee………

    • SITI FATIMAH AHMAD September 25, 2010 at 9:07 pm #

      Neni… alhamdulillah, bunda sedang tersenyum saat menatap nama Neni. Bunda rindu lho sama Neni.

      Terima kasih sayang, kerana menyapa bunda dahulu.
      Keep smiling.
      Bunda sayang selalu.😀

  30. Kelabang's Blog September 25, 2010 at 11:18 pm #

    Tak ada senyum setulus balita, senyum yang begitu murni dan suci.
    Salam sejahtera Mak Cik.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 26, 2010 at 8:14 am #

      Senyuman mereka selalu menyejukkan hati. Polos dan indah.
      Terima kasih Mas Zulfa.
      Salam sejatera kembali dari saya.😀

  31. kang ian September 26, 2010 at 10:31 pm #

    lucu banget siti aisyah pasti anaknya pintar🙂

    ==
    http://kang-ian.info
    http://kang-ian.com

    • SITI FATIMAH AHMAD September 27, 2010 at 12:24 am #

      Siti Nor Ieesyah memang anak yang pintar an lucu, Kang Ian. Dia permata hati saya yang selalu menyejuk jiwa.

      Terima kasih kang atas kunjungannya. Kedua-dua Url blog Kang itu akan saya masukkan ke Dunia Sahabat.
      Salam mesra selalu.😀

  32. Saiful ghozi September 27, 2010 at 8:59 pm #

    assalamualaikum bunda siti., naluri keibuan bunda benar2 membuat saya kagum.
    pengalaman perjalanan bunda menggambarkan naluri keibuan yang tinggi.

    • SITI FATIMAH AHMAD September 28, 2010 at 9:49 pm #

      Wa’alaikum salaam mas Saiful.
      Senang selalu mendapat perhatian dari anak2 kecil. Sesungguhnya hal ini disebut oleh Rasulullah saw. Jika kita suka menyayangi dan mengasihi orang lain, maka Allah akan mendatangkan kasih sayang itu kepada sesiapa untuk menyayangi dan mengasihi kita juga.

      Semoga kita selalu dalam rahmah dan barakah Allah.
      Terima kasih mas atas kunjungan.
      Salam mesra dari saya.😀

  33. ^^ You and Me = we are ^^ October 15, 2010 at 9:59 am #

    Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…
    🙂 Dengan senyuman, semerbaklah hari-hari yang kita jalani bersama kenangan yang tiada pernah terlupai..🙂

    Salam,

    • SITI FATIMAH AHMAD October 15, 2010 at 11:26 am #

      Wa’alaikum salaam warahmatullahi wabarakatuh…
      You and Me = We Are

      Hehehe… namanya membuat saya tersenyum senang.😀 Begitu tinggi nilai kolaborasinya. Tahu nggak ? Di Sarikei ini, ada sebuah kedai menjual pakaian pelbagai jenis, namanya You and Me.

      Iya… senyuman selalu membuat orang di sekeliling kita rasa bahagia. Senyuman menjana hati menjadi ceria dan bersemangat. Senyumlah, pasti hari-hari yang kau lalui akan sentiasa dikenang indah dan mewangi harumnya.

      Salam ceria seindah mentari.😀

  34. chandra iman June 17, 2013 at 4:20 pm #

    wah senyumannya manisssss🙂

  35. el halem May 1, 2015 at 1:37 pm #

    salam manissss

  36. Madu di Semarang October 13, 2015 at 4:06 pm #

    Cantik , mirip Bundanya pasti :3

  37. Trainer NLP 0821.4150.2649 October 28, 2015 at 10:36 am #

    Hati-hati Senyum juga bisa membuat salah faham

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: