CT90. SERBA BARU

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Sudah lama saya memendam perasaan ini. Ia sebuah keinginan yang mesti dilakukan agar tenteram jiwa. Ia sebuah impian yang mahu dijadikan kenyataan. Sejak mengetahui saya akan ke Makkah, harapan itu semakin menggunung tinggi. Dada bagai berombak menahan gementar jiwa. Tidak tahu di mana harus dicari. Hati selalu rasa hampa tidak terperi. Menangislah mata ini di sejadah duka sambil berdoa dalam sujud yang lama ingin merealisasikan cita-cita yang sepertinya “tidak akan terlaksana.”

“Ya Allah, aku ingin memberi sesuatu yang terbaik untuk-Mu.  Perkenankan hasratku ini. Aku tidak tahu di mana harus aku beli dan perolehi. Semua yang ku lihat di Sarikei, tidak ada yang berkenan di hati. Andai aku dapat ke Kuala Lumpur dan pergi ke Mydin untuk membelinya, alangkah bahagia diri ini. Aku mahu ke Kuala Lumpur, ya Allah. Perkenankan aku dapat ke sana dalam apa jua urusan yang membawa aku ke sana”

(Bila mengingatkan doa saya kepada Allah ketika itu, serasa lucunya kini, seperti anak meminta sesuatu sambil menangis sendu tak tertahan dan merintih kepada ibunya. Demikian doa saya pada hampir setiap qiyamulail tanpa henti dan tanpa putus asa sehinggalah tiba masa yang sangat mengejutkan. Subhanallah.)

Serasa diri ini sudah hilang kawalan, apabila hampir setiap hari sehingga menjadi rutin pagi dan petang,  selesai membersih diri dan mencari baju yang akan dipakai, saya akan berdiri lama memerhati sejumlah baju yang memenuhi ruang besar almari pakaian sambil tangan membelek-belek setiap helai baju yang bergantungan.

Saya memikirkan, apakah baju dan telekung yang akan saya bawa ke Makkah ? Saya mahu menemui “Kekasih” dalam keadaan serba baru. Cantik dan menyenangkan. Mahu menghadiahkan rasa syukur yang tidak terhingga dengan segala rezeki yang dikurniakan selama ini, yang dikumpul sekian lama semata-mata untuk menghadap Allah di sana.

Saya mahu menjadi orang baru yang ingin memulai langkah baru bagi meraih cinta-Nya yang abadi dan meraih syurga-Nya yang penuh nikmat. Saya tahu itu bukan syaratnya menjadi hamba yang dicintai Allah. Allah hanya melihat iman dan takwa hamba-Nya. Bukan harta atau benda yang dimiliki. Tetapi saya mahu menyampaikan sesuatu yang terbaik sesuai dengan “pemberian rezeki” yang dikurniakan kepada saya selama ini.

Firman Allah yang bermaksud:

 ”Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya), sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Subhanallah walhamdulillah waAstaghfirullah al-Azdhim

****************

Saya menarik nafas dalam-dalam, menahan sebak di dada. Mata selalu mulai berkaca memikirkan sesuatu yang mustahil akan berlaku. Selalu ada keluhan di hati. Waktu sudah semakin dekat untuk menuju jalan ke Makkah. Harapan setinggi gunung. Serasa mahu terbang mencari apa yang dikehendaki.

“Ya Allah, ringankan beban hatiku yang resah ini.” demikian doa dilafaz.

Mata memandang dengan tidak puas hati baju-baju yang bergantungan cantik yang kebanyakannya fesyen baju kurung kebangsaan, baju kurung Pahang, baju labuh berseluar dan jubah pelbagai warna. Semuanya sudah melekap di tubuh menjadi pakaian harian. Sudah lama tidak membeli baju baru.

Seingat saya kali terakhir membeli baju jubah berseluar dan baju kurung merah adalah pada bulan Ogos 2010 sebagai hadiah untuk diri sempena kejayaan mendapat Ijazah Sarjana Pendidikan di Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor. Sampai saat ini, saya belum lagi membeli baju baru.

Mata selalu merenung antara celahan gantungan baju itu, sehelai telekung baru “kesayangan” saya yang disimpan selama ini khusus untuk menunaikan fardhu haji. Telekung berwarna putih, bersulam penuh bunga halus merah jambu dihiasi dedaun hijau kuning selalu membuat saya tersenyum senang dan bahagia.

Telekung itu mempunyai nilai estetika tersendiri yang sungguh mengesankan. Hati berbicara dan berazam, telekung ini akan menjadi telekung pertama untuk melaksanakan tawaf Umrah Wajib nanti. Alhamdulillah, ternyata Allah memperkenankan doa saya. Aamiin Ya Rabb. Terima kasih untukmu.

Berada di dalam Kompleks Beli Belah lima tingkat di bangunan Zam-Zam Tower berhadapan Masjidil Haram selepas solat Isya untuk makan malam bersama SPH. Memakai “mask” kerana masih menghidap batuk selama berminggu-minggu di Makkah.

**************

Saya tidak putus-putus mengulangi doa di atas sehingga menjadi sebuah zikir yang dilantun saban hari. Setelah saya berfikir, mana mungkin saya dapat ke Kuala Lumpur dalam keadaan sibuk begini jika menggunakan wang sendiri. Panggilan mesyuarat, seminar, bengkel atau kursus kendalian Intitut Pendidikan Guru Malaysia juga tidak pernah saya terima pada semester ke-2 ini, akibat dari penurunan ekonomi Malaysia yang memberi kesan kepada semua sektor kerajaan untuk berjimat dalam pengurusan kewangan.

Makanya, saya  sangat mengharap akan berlaku sesuatu yang “miracle” seperti yang pernah berlaku kepada orang lain. sangat-sangat mengharapkan hal itu berlaku. Namun  tiada bibit-bibit harapan doa itu akan dikabulkan Allah. Akhirnya saya pasrah dan redha, tidak lagi berharapan tinggi untuk ke Kuala Lumpur disebabkan kesibukan tugas yang harus diselesaikan semuanya sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Untuk memujuk hati, saya berusaha membeli juga dua helai jubah berseluar berwarna putih. Tetapi masih juga berdoa saban hari sepertiga malam untuk pergi ke Kuala Lumpur. Masya Allah, malu rasanya dengan sikap sendiri yang meminta-minta sesuatu yang Allah belum mahu berikan. Seperti memaksa Allah pula. Tapi saya yakin Allah mendengar segala rintihan hati ini untuk memberi yang terbaik kepada-Nya sebagai tanda syukur.

Bandaraya Kuala Lumpur (capaian googles)

**************

AKHIRNYA… MASA ITU TIBA

Subhanallah, siapa dapat menduga sesuatu yang “miracle” akan berlaku kepada saya. Hanya tinggal 17 hari lagi untuk berangkat ke Tanah Suci, saya menerima surat panggilan Mesyuarat Penyelarasan Penilaian Penarafan Bintang (STAR RATING) untuk semua Setiausaha STAR RATING di IPGM seluruh negara yang bertempat di IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur.

Membaca surat panggilan mesyuarat atas nama saya, hati bagai tidak percaya bahawa doa yang dipohon selama hampir 5 bulan yang lalu sudah dimakbulkan Allah. Saya akan ke Kuala Lumpur selama 2 hari. Masya Allah. Sungguh Allah Maha Mendengar dan menguji kesabaran saya agar tidak berputus asa untuk berdoa.

“Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku akan perkenankan bagimu (menjawab doamu)” – Al-Mukmin: 60

Mesyuarat hanya dijalankan di waktu pejabat sahaja dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Maka, di sebelah malamnya saya dapat membeli belah segala persiapan baru yang saya inginkan untuk dipakai di Tanah Haramain di pasaraya terbesar Mydin di Petaling Street (China Town), Kuala Lumpur. 

Rasa syukur yang tidak terhingga atas kurnia Allah yang tidak disangka ini. Airmata bercucuran di sajadah bahagia setiap penghujung malam yang hening. Ingin selalu berada dalam selimut sayang-Nya. Ingin selalu bersendirian melepas rindu dalam gurindam zikir yang bertasbih cinta.  Ya Allah, Engkau Tuhan, Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. ALHAMDULILLAH WA SYUKRULILLAH. Aamiin. 

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” (ar-Rahman: 13)

“Terima kasih Ya Allah, doaku dimakbulkan jua.”

****************

21 Febuari 2012 (Selasa)/ 29 Rabi’ul Awwal 1433H/ 10.20 malam- Sarikei, Sarawak

AKU…. dan segala yang dikurniakan Allah, tidak akan mendustai nikmat yang diberikan. Apapun milik-Nya, akan ku terima dengan hati redha dan penuh syukur yang tak terhingga. Siapalah aku yang harus mempersoalkan kehendak-Nya atas apa yang diinginkan-Nya untuk berlaku kepadaku. Wahai Yang Memberi Hati, redhailah aku dengan payung rahmat-Mu setinggi tujuh tingkat langit. Berkatilah aku dengan siraman kasih-Mu seluas tujuh lautan. Ampunilah aku dengan keluasan sayangmu timur dan barat. Aku… hanya hamba-Mu yang lemah. Pandangilah aku, Ya Hasbi Rabbi. Jangan Engkau berpaling pada setiap kali aku MERINDUI-MU. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

SETIAP KALI MENYEBUT NAMAMU….GEMENTAR SELURUH JANTUNG HATIKU

**************


24 thoughts on “CT90. SERBA BARU

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb…

    Nyanyian A.R Rahman – Hasbi Rabbi JalAllah untuk menjadi zikir hati agar segar dan bersemangat.

    Foto-foto di dalam klip video ini selalu mengingatkan saya pengalaman tawaf yang sesak (selepas hari wukuf) dan penuh ujian dalam pelaksanaannya. Subhanallah… saya sangat merindui suasana itu. Semoga akan kembali lagi.

    DEDIKASIKU UNTUKMU… SAHABATKU. 😀

  2. Kiranya setiap manusia yang mempunyai keinginan tulus dan baik untuk berjumpa dengan DIA,maha pencipta,pemberi kasih sayang dan Maha Penolong pasti diberi jalan terbaik untuk bisa berjumpa dengan DIA,,walaupun semuanya tak begitu mulus,karena begitu banyak rintangan yang harus dihadpi.Tapi jika kita yakin dan percaya serta diikuti dengan doa,,saya percaya Bunda pasti bisa berjumpa dengan DIA,,,AMIN

    Semoga Bunda dan keluarga sehat-sehat ya.

    Abed Saragih.

    • Subhanallah… demikianlah Allah cuba menguji manusia untuk meraih cinta-Nya. Memang bukan mudah tetapi harus tabah dan redha.

      Jangan pernah berputus asa dalam mendapat rahmat Allah. DIA adalah sumber segala pengharapan yang tak terjangkau dek akal. Berawal dari-Nya dan berakhir juga dari-Nya.

      Berdoalah… insya Allah akan diperkenankan jua bila tiba waktunya.
      Sungguh, kehebatan Allah dalam mengurus hamba-Nya, sangat mengkagumkan.

      Aamiin… alhamdulillah, saya dan semuanya sihat. Didoakan Abed juga demikian sama.

      Terima kasih untuk komentar yang berbobot dan mencerahkan.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ardian..

      Aamiin… Ya Rahmaan Ya Rahiim. Alhamdulillah.

      Subhanallah… untuk makluman Ardian, kisah-kisah yang saya tulis di blog kebelakangan ini (dalam kategori “Travelog Hajjah 1” dan “Travelog Hajjah 2”) adalah pengalaman haji MENUJU KE MAKKAH yang telah saya laksanakan pada tahun 2011. Ia bermaksud “flash back”. 😀

      Penulisan ini sebagai memberi gambaran dan membantu sesiapa yang belum pernah ke sana dan akan mengalami hal yang sama dengan saya. Mudahan dengan sedikit pengalaman yang diberi Allah ini akan bermanfaat buat semua.

      Maaf Ardian, oleh-olehnya sudah lama habis. Insya Allah, didoakan agar segera menyusul ke sana. Jangan lupa uangnya harus disimpan mulai sekarang kerana belanja hajinya sangat besar.

      Salam sejahtera.

  3. sejuk banget jika blue membaca artikel dari bundaku tersayang ini…
    p kabarnya bunda?
    moga sihat selalu yach……….
    sepertinya hendak ingin pula blue berangkat ke mekah…………….tapi belum siap mental dan rohaninya bunda….doakan saja y bunda
    blue yakin bunda masih mau menitipkan salam doa padaNya buat keinginan blue seorang…………….xiixix
    salam hangat dari blue

    • Alhamdulillah, bunda baik-baik aja.
      Didoakan Blue juga demikian sama dan sukses selalu.

      Insya Allah, jika sudah siap segala mental dan rohaninya, usah ditunggu lama-lama jika “jemputan Allah” sudah datang. Teruskan aja niat yang baik itu. Bunda akan selalu mendoakan. aamiin. 😀

      Terima kasih hadir menyapa bunda.
      Salam hangat kembali.

  4. Ass……
    Semoga selalu diberikan kebarohan dan keridhoan dalam kehidupan, karena itu merupakan kunci dasar dari inti tujuan kita dalam mengarungi kehidupan dalam dunia ini.

    Sukses selalu
    Salam
    Ejawantah’s Blog

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra…

      Aamiin.. Ya Latiif Ya Adl…
      Mudahan doa yang dilampirkan mendapat perkenan Allah buat kita semua untuk bisa menjalani kehidupan selaras dengan syariat Allah dan ajaran Rasulullah.

      Alangkah indahnya hidup ini, jika syiar Islam tertegak gagah kembali di muka bumi ini dan hidup dalam aman harmoni.

      terima kasih mas Indra untuk pesan berbobot yang singkat tapi bermakna.

      Salam sukses juga.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Galerisiswa…

      Semoga beroleh manfaat dari hasil bacaan dan didoakan anda semua sukses dan diredhai Allah dalam menuntut ilmu untuk dunia dan akhirat. Aamiin.

      Terima kasih kerana hadir kemari.
      Salam kenal. 😀

  5. Selalu mendapatkan karuniaNya ya Mbak Siti.
    Artinya mbak sudah jadi kekasih Allah. Apalagi sudah pergi menemui Rabb di mihrabNya.
    Semoga bisa mengikuti jejaknya.
    Salam – Rahman Wahyu.

    • Subhanallah walhamdulillah.
      Masih jauh untuk menjadi kekasih Allah, serasa malu dibilang demikian.
      Saya hanya hamba yang “tidak tahu malu” meminta itu dan ini kepada Allah sahaja.

      Menurut saya, itu adalah anugerah yang dikurniakan setelah lama berdoa dengan pengharapan yang amat tinggi hanya kepada Allah semata-mata. Selain itu, kita harus yakin bahawa Allah Maha Mendengar segala permintaan kita.

      Syukur, Allah Maha Belas Kasihan kepada hambanya yang lemah ini. Saya bisa menikmatinya. Alhamdulillah.
      Aamiin… didoakan mas Rahman juga bisa dijemput dalam rahmat-Nya ke sana nanti.

      Terima kasih untuk kunjungannya.
      Salam sejahtera bersama keluarga di penghujung pekan. 😀

  6. ASSALAMUALAIKUM WBT YA SITI FATIMAH AHMAD…
    DIKESEMPATAN INI AKAK MEMOHON SHARE SETIAP YANG TERCATAT DIBLOG INI..
    SEMOGA DENGAN INI SATU LAGI AMALAN JARIAH DILAKUKAN DAPAT DINIKMATI OLIH SAHABAT2 YANG LAIN JUGA…SEMOGA SETIAP BINGKISAN2 DARIMU AKAK KONGSI BERSAMA ….TERIMA KASIH…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Zamiah….

      Alhamdulillah, silakan kak, jika apa yang dikongsikan berdasarkan pengalaman ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang ingin menambah ilmu. Mudahan ini dapat menjadi amal jariah yang berkekalan buat bekal akhirat.

      Didoakan akak juga mendapat ganjaran baik dan diberkahi Allah dengan kehidupan yang sejahtera.

      Terima kasih kak, sudah membaca dan berkunjung ke mari. Diharap akak sudi untuk hadir lagi di lain masa.

      Salam kenal dan mesra selalu. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.