Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
*
ATAS DESAKAN
Kasihan melihat anak-anak mendesak untuk merasai biskut raya buatan Mama, maka saya dengan penuh semangat memperkenankan hajat mereka walaupun saya sangat sibuk dengan tugasan yang sedang melanda di pejabat.
Seingat saya, lebih kurang 8 tahun lamanya saya tidak membuat biskut raya sendiri. Alasan penat dengan segala urusan kerja di pejabat tidak dapat ditolak kerana memang itulah yang sebenarnya berlaku.
Kepenatan di siang hari menyebabkan saya memilih untuk membeli biskut raya yang sudah siap. Hanya tunjuk dengan jari sahaja seperti yang pernah saya catat dalam CT272. KUIH TUNJUK: KUASA JARI DAN MULUT.
Aktiviti tunjuk menunjuk kepada biskut yang sedap di mata itu sangat menarik. Apa yang kita mahu pasti akan sampai ke tangan dengan jayanya. Yang penting, wang mesti cukup. Betul tak ? Tak ada wang, baik buat sendiri.
Sebenarnya membuat biskut raya sendiri LEBIH JIMAT BERGANDA-GANDA daripada membeli yang ternyata SANGAT MAHAL dan belum tentu sedap. 😀
*
ANAK-ANAK TERUJA
Apabila anak-anak melihat saya membeli bahan-bahan membuat biskut, semuanya teruja termasuk Izzah (puteri ke-2) yang sedang menyambung pelajaran dalam Diploma Sains di UiTM Kampus Samarahan.
Iffah (puteri sulung) sangat genbira dan yang terlebih teruja adalah Ieesyah dan Muhammad. Mereka berdualah yang sangat-sangat mendesak saya membuat biskut dan kek.
Namun ada syaratnya, saya hanya bersetuju dan bersemangat untuk membuat biskut. Cadangan untuk kek ditolak kerana saya tidak minat dengan kek. 😀
Setelah memilih biskut yang mudah dibuat dan dianggap sangat lazat, saya dan SPH membeli semua bahan yang dikehendaki.
Alhamdulillah, dengan bantuan SPH, Iffah, Muhammad dan Ieesyah, saya dapat menyiapkan 5 jenis biskut.
*
BISKUT RAYA FATIMA 2016
Inilah biskut-biskut raya saya tahun 2016 ini. Sila nikmati dengan mata dan hati. Semuanya sedap dan lazat. 😀 Alhamdulillah.
*
Sedap…. biskut kegemaran Muhammad. Satu adunan habis kerana Muhammad yang makan, Saya terpaksa buat satu adunan baru untuk hari raya.
*
Sedap …. Ieesyah sangat suka kerana biskut ini bahannya dari susu pekat.
*
Sedap… berinti kacang tanah bergula dan disalut dengan gula kastor. Saya suka.
*
SANGAAAAT SEDAP…. bahan pastrinya adalah resepi saya sendiri setelah banyak kali mencuba pelbagai resepi pastri lain. Biskut No. 1 pilihan keluarga. SPH, saya dan anak-anak SANGAAAT SUKA. 😀
*
Sedap. Tetapi terlalu rangup dan manis. Kurang mendapat sambutan. Saya harus mengurangkan gulanya di masa akan datang.
*
SYUKUR SELALU
Alhamdulillah, saya sanget bersyukur kerana dengan izin Allah SWT jua saya dapat merealisasikan hajat anak-anak untuk membuat biskut raya sendiri pada tahun ini.
Ternyata kemeriahan raya amat dirasai oleh anak-anak apabila membantu saya membentuk, membakar dan menyimpan biskut dalam balang sambil menikmati alunan lagu-lagu raya melalui corong radio.
*
“Tahun ini baru rasa ada raya sebab Mama buat biskut raya sendiri. ” komen Ieesyah dengan riangnya. “Tapi tak best sebab Mama tak buat kek raya.” sambung Muhammad.
*
*
*
***************
11 Julai 2016 (Isnin)/ 6 Syawal 1437H/ 9.49 malam, Sarikei, Sarawak
AKU…. dan setiap hela nafas yang berselerak di hembusan bayu patut ku syukuri kerana detik-detik yang disinggahinya memberi makna tersendiri dalam sejarah hidup ini. Ada tangis tawa yang menyambut seluruh peristiwa. Ada senyum marah yang mengiringi kelibat sentuh rasa di jiwa raga. Hanya pada-MU ku berharap agar selalu berada di jalan lurus dengan bekal iman dan takwa menuju redha kasih-MU. Aamiin.
– SITI FATIMAH AHMAD –
***************
*
DEDIKASIKU UNTUKMU…. Dalam bayangan mata yang tidak pernah hilang, kau selalu ada walau titis hujan cuba melenyapkannya. Dalam sentuh kalbu yang halus berilusi, kau selalu hadir walau panas gersang cuba menghapuskannya. Percayalah, kau tetap ada di SINI…. DI HATIKU. Doaku selalu untukmu. Aamiin. Wassalaam. 🙂
*
*
Siti selamat lebaran dan mohon maaf lahir bathin ya
Selamat hari raya juga Winny dan maaf zahir bathin untuk selama silaturahmi ini.
Terima kasih atas kunjungan dan salam manis selalu. 🙂
Assalamualaikum wr wb, kak Siti.
Biskut dan kek buatan sendiri lebih puas memakannya.
Selamat hari raya iedul fitri 1437 H, maaf lahir dan batin.
Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris….
Betul itu, membuat biskut dan kek sendiri memberi kepuasan tersendiri untuk menyambut hari raya terutama anak-anak yang tentunya ingin merasai biskut buatan sendiri.
Terima kasih sudah berkunjung dan selamat hari raya kembali.
Salam Aidil Fotri yang mulia.
Mohon maaf lahir batin juga ya mbak, wah masakannya enak sekali kalau saya lihat semua makanan diatas saya tidak buat mbak karena kebanyakan kueh kueh biasa saja dan jadi gak kepikiran deh buat kueh seperti di atas, sebenarnya sih pengen buat tapi gak inget dan alasan lain tidak membuatnya karena belum hapal benar resep dan cara membuatnya, ahi hi hi.
Sebenarnya cara membuat biskut ini tidaklah sukar dan rumit berbanding membuat kek Kang Nurul Iman. Kita hanya perlu mengikuti langkah2 mudah yang sudah disediakan. Kalau saya, hanya memilih bahan yang simple tetapi lazat dan mudah dibuat.
Semua biskut saya di atas sangat mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja. Insya Allah, akan saya kongsikan di masa akan datang agar sesiapa boleh merasainya.
Terima kasih Kang sudah berkunjung dan salam takzim.
Sedapnya. Jadi lapar saya ummi
Alhamdulillah, yang lazat dan sedap selalu membuat kita lapar.
Salam Syawal yang indah Liza. 🙂
biskut buat sendiri mmg sgt enak kan ct…salam idilfitri maaf zahir batin
Iya kak Paridah. Bukan setakat enak tetapi menjimatkan kos daripada membeli yang sudah siap.
Selamat hari raya Aidil Fitri, maaf zahir dan bathin.
Terima kasih atas kunjungan akak dan salam seindah Syawal. :d
Assalamu’alaikum wr.wb.
Mbak Fatimah, mohon maaf lahir dan batin ya. Semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah Swt.
Hmmm, sepertinya saya tertarik yang Arabian Nite 🙂
Salam dari Jogja,
@muhaiminazzet
Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…
Aamiin Allahumma Aamiin. Mudahan banyak keberkatan dan rahmat Allah meliputi kita umat islam di Syawal yang mulia ini.
Memang lazat biskut itu dan mudah pula membuatnya. Insya Allah, jika ada kesempatan, nanti saya kongsikan resepinya di sini, bolehlah isteri mas Amazzet mencubanya.
Terima kasih atas kunjungan, maaf zahir dan bathn kembali.
Salam takzim.