CT59. 16 MEI 2011: SELAMAT HARI GURU – “SURAT TERBUKA BUATMU GURU”

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


SELAMAT HARI GURU”  BUAT SEMUA SAHABAT GURUKU WALAU DI MANA SAHAJA BERADA.

Surat terbuka ini, ku tujukan khas buat semua sahabat guruku di Malaysia, sempena Hari Guru yang diraikan pada 16 Mei 2011. Tema “GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”, menjulang aspirasi tinggi tentang harapan yang disandang ke bahumu oleh warga Malaysia untuk meletakkan martabat keguruanmu di persada pentas dunia dalam membangunkan negara bangsa.

SAHABATKU, GURU YANG DIHORMATI…

Ketahuilah, aku menulis ini bukan kerana nama. Aku juga menulis  bukan untuk mengguruimu. Aku tidak punya kehebatan yang jitu atau kekuatan yang ampuh untuk mengubah apa-apa yang ada pada dirimu yang sedia ada kini. Tapi atas cita-citaku untuk meraih diri sebagai Guru Sebenar Guru dan kepedulianku yang tinggi dalam bidang keguruan ini, membawa aku untuk meluahkan apa yang terbuku dihatiku. Mencurahkan segala kandungan hasrat tertinggiku padamu sekalian agar dunia keguruan kita dimuliakan oleh sesiapa sahaja. Walau di mana kita berada. Kita adalah sama dalam apa tujuan pun kerana kita adalah INSAN GURU.  Serata dan sejiwa.

SAHABATKU, GURU YANG DIMULIAKAN…

Berdirinya kita dalam taman lautan pendidikan ini, BUKAN kerana perancangan dan rencana kita semata-mata. Tetapi satu suratan yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Mengapa aku berkata demikian ? Pernahkah kita mempedulikan antara ratusan ribu calon yang memohon untuk meletakkan cop keguruan di dahi mereka, yang terpilih adalah kita bagi memenuhi unjuran yang tidak sampai 2000 penempatan setiap tahun.

Tidakkah kita ini termasuk dalam kalangan yang TERPILIH dan BERTUAH ? Bukankah ini satu keuntungan dan rezeki yang tidak terduga ? Marilah bersyukur atas kurnia dan anugerah kerjaya yang tidak memberi kekayaan buat kita tetapi meletakkan ketinggian mulianya kita di mata anak-anak didik  sebagai INSAN YANG PUNYA JASA TIDAK TERHINGGA walau tidak terlihat tanda jasanya.

Cuba kita renungi dibenahan diri, bagaimana laluan yang kita selusuri tika pertama kali menjejak kaki di bumi wadah keilmuan di merata-rata pelusuk di bumi pertiwi tercinta ini. KITA SANGGUP BERBAKTI DI MANA-MANA SAHAJA KITA DITEMPATKAN. ITU AKUAN KITA SENDIRI. DITANDA TANGANI DENGAN RELA HATI, TANPA PAKSAAN. Oleh itu, jangan ada dalam kalangan kita yang merungut, mendesah dan memungkiri janji serta ikrar tersebut. Lalu membuat onar dan olah yang membusuk dan mencemarkan sahabat guru yang meyakini diri dalam tugas yang mulia ini.

SAHABATKU, GURU YANG BERJASA…

Aku pasti dengan kekuatan yang cuba direkuh, kau mengumpul kepercayaan dan keyakinan diri untuk ditebarkan di mana-mana institusi bagi memencak segala ilmu keguruanmu sama ada di kawasan pedalaman yang masih dara hutannya, didiami oleh pelbagai penghuni rimba. Sanggup meredah walaupun payah dan penuh renyah  oleh luluh air peluhmu. Tidak kurangnya renangan airmatamu di pipi lautan yang penuh dengan  rindu dendam yang dalam kepada keluarga yang ditinggalkan. Satu pengorbanan buat anak didik di desa pedalaman yang merindui keikhlasanmu.

Laluanmu ada yang lebih memeritkan. Tika kakimu letih untuk berdiri gagah membelah bukit, menurun curam, meranjau denai dan memeluk dingin air sungai yang menyelimutimu tika perahu tambang yang kau naiki terpaksa kau junjung di batu kepalamu. Cukup mengkagumkan bagi insan guru sepertiku yang tidak pernah punya pengalaman sehebat itu.  Teringat aku akan sebuah buku tulisan Dr. “Aidh Abdullah al-Qarni yang bertajuk PENGALAMAN ADALAH GURU TERBAIK.  Pengalamanmu di desa pedalaman menjadikan engkau manusia yang penuh pesona kehidupan. Kau mampu berhujah dengan seribu satu malam cerita suka dukamu untuk membidik jiwa kontang anak-anak yang jauh dari kemewahan dunia dan kecanggihan teknologinya. Syabas dariku.

SAHABATKU, GURU YANG DISANJUNG…

Walau medanmu di tengah kecanggihan teknologi, gerudi nadi yang meriah di perut kota, bandar dan seumpamanya. Cabaranmu bagiku lebih menuntut kesabaran yang tinggi.  Kau diuji dengan sejuta ragam olah manusia pelajar yang tentunya menjerat  hati untuk lebih banyak mendidik diri.  Kau harus tabah menghadapi semua ini. Janjimu dulu penuh dengan sejuta harapan untuk membentuk anak didikmu menjadi insan berguna. Ingin kau sebar semerbak wangi kasih sayang dalam  menunjuk jalan kebenaran menuju sahsiah yang bermartabatkan manusia berguna.

Oleh itu, jangan putus asa. Jangan berpaling duka. Dirimu adalah insan berilmu yang telah diserap segala kemahiran untuk merancang dan merencana mengikut kreativiti juga inovasimu. Kau telah ditancap kukuh dengan anjakan paradigma yang berasaskan ilmu psikologi untuk menangani segala rencah rempah kemelut tingkah dari pelajarmu yang mindanya mudah diserah kepada apa jua corak pembangunan dunia globalisasi semasa.

SAHABATKU, GURU YANG BERHEMAH TINGGI…

Kita disanjung kerana jasa yang menggunung. Oleskan dunia keguruan dengan harmoni sikap, limpahkan kasih yang berpadan dengan belas ihsan. Taburkan wangi sayangmu ke benak insan  kecil yang mengharapkan petunjuk jalan bagi membidik hati yang gersang menjadi kubang ilmu yang merangsang. Menobat jiwa yang hampa dengan dulang kerohanian. Memerah kekusutan minda dengan jernihan ubat seribu nasihat yang memancang keinsafan.

Aku menyedari wahai sahabatku GURU, betapa dunia digital ini semakin mengeraskan wibawa tugas kita. Kerap kali hati kita diluka dek olah durjana insan yang cuba kita bina dunianya. Kerap kali itu juga kita dibalas dengan tuba. Walau perit onar yang dihadap, janganlah kau sahabat GURU ku melatah tidak tentu pasal. Bersikaplah dengan tenang, kerana jiwa yang tenang sanggup menguasai keadaan. ketenangan adalah pemelihara hikmah yang terbaik.

Engkau adalah pencetus kedamaian bagi jiwa kerdil yang resah. Kemelut sahsiah dan kebejatan olah oleh segelintir pelajar yang sudah lelah dengan dunia belajarnya, semakin memburukkan profesion keguruan. Kita diumpat keji kerana dianggap gagal memenuhi keperluan jiwa untuk disadur dengan emas kata-kata mutiara.  Kita dijeling sergah dengan hamburan hikmah yang tidak berhemah sambil menuding jari bahawa semua kebejatan akhlak yang berlaku adalah salah kita. Sering ditabur atas ubun-ubun kita sewenang-wenangnya tanpa difahami bahawa kita juga manusia yang berperasaan. Kenapa kepada kita sahaja jari telunjuk itu dihalakan. Kemanakah lagi empat jari yang lain ?

SAHABATKU, GURU YANG BUDIMAN…

Aku bersifat optimis terhadap peranan dan tugas guru yang mulia dalam dunia pendidikan. Ingatlah sahabatku GURU, tujuan utama dalam PENDIDIKAN ialah mendekatkan diri kepada ALLAH bukan kerana mencari nama, pangkat, pengaruh atau mengharapkan pujian orang. KERJAYA GURU bukanlah kerjaya untuk mencari kekayaan atau menjadi orang kaya. Kerjaya guru adalah satu PROFESION MULIA. Dunianya diuliti dengan keikhlasan, dipenuhi dengan kasih, dibaluti dengan sayang. disaluti dengan kejujuran, dilimpahi dengan ilmu seribu guna untuk ditabur ke jiwa yang memerlukan ubat penawarnya.

Inginku berpesan dalam bicaraku ini bahawa DUNIA PENDIDIKAN, jangan kita cemari dengan kekasaran tingkah yang mengeras olah. Jangan dilimpahi dengan kata-kata kesat yang menyusut hikmah. Jangan dipompa dengan cerita khayal yang tidak memberi makna kepada jiwa. Jangan kita membusuk diri dengan kerja luar yang tidak berfaedah. Lalu teroleslah dunia pendidikan  yang suci murni dengan  bau darah yang hanyir dan memalukan.

“Tegal nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana seekor kerbau yang membawa lumpur, maka terpalit semuanya.”

Jangan dibiar hati dan nubari anak-anak pelajar kita tersisih dari ucap bicara yang membina. Bicaralah dengan petah sesuai dengan martabat gurumu yang berilmu. Tonjolkan kewibawaan bahawa engkau adalah GURU SEBENAR GURU. Tampilkan budi luhurmu dalam bersikap dan kata berhemah. Serlahkan kebijakanmu tentang ilmu yang disandang agar pelajarmu mengkagumimu sebagai guru mereka yang patut menjadi contoh teladan untuk berjaya. Senyumlah selalu walau pahit menimpa, agar wajah ceria kita mengalir bagai arus memikat hati mereka untuk berlama-lama dengan kita di dunia belajarnya.

SAHABATKU, GURU YANG DIINGATI…

Terakhirnya surat ini kutulis dengan rasa rendah hati. KITA HARUS BANYAK MEMBERI BUKAN BANYAK MENERIMA. Setiap ganjaran yang menjadi upah kepada keperitan dunia guru kita, juga kepayahan minda untuk berfikir demi kejayaan anak bangsa hendaklah diterima dengan redha. Kini kita berasa beruntung (untuk sesetengah kawasan di pedalaman yang ganjarannya bukan alang kepalang tingginya berbanding mereka yang mengajar di kawasan bandar dan sekitarnya) walau ada yang tidak menyangkut kepuasannya kerana dirasakan kurang wajar dari aspek kesaksamaan pengajaran dan tanggungjawab. Tapi bukan itu yang ingin ku bicarakan.

Apa yang perlu kita ingat adalah peranan dan tugas kita walau apapun bayaran dan ganjarannya. Ia bukan milik kita, tetapi milik pelajar, rakyat dan negara sebagai menghargai jasa dan sumbangan untuk sanggup berkorban bagi memberikan pendidikan terbaik dan ilmu yang berguna. WANG BUKAN TUJUAN PENDIDIKAN.

SAHABATKU, GURU YANG BERBAKTI…

Jangan membuang masa berbincang untuk mencipta kecemerlangan dalam masyarakat jika tidak berusaha menuju kehebatan jalannya. Oleh itu, kecemerlangan dunia pendidikan ini harus dimulakan dengan diri sendiri.  Guru harus MEMPERKASAKAN DIRI dari aspek profesionalisme, akauntabiliti dan prinsip dalam tugas. Keutuhan peribadi yang diteladani,  kecekapan dan ketrampilan diri yang unggul. Mental dan keintelektualan yang menyerlah keilmuan. Kestabilan emosi  dalam menangani tribulasi.  Spiritual yang luhur untuk membina kekuatan diri serta bijaksana dalam kepemimpinann. Kita sebagai guru adalah pelopor masa depan. Guru adalah pembina jati diri modal insan. GURU ADALAH PEMBINA NEGARA BANGSA.

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.

Ingin ku tinggalkan pesan orang dulu-dulu yang cukup menyedarkan aku betapa menjadi GURU SEBENAR GURU bukan kepalang ajar.  Untuk kesekian kalinya, bicara surat terbuka ini, bukan untuk mengguruimu sahabatku GURU. Aku juga ingin mengingatkan diri sendiri betapa kita digalas dengan amanah yang besar dan murni.

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

SIAPALAH KITA SEBAGAI GURU, JIKA TIADA MEREKA (PELAJAR) YANG HENDAK DIAJAR ILMU.

Sekian, salam hormat penuh takzim.

SITI FATIMAH AHMAD. Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang. Bintangor, Sarawak

SalamFatima3SalamFatima

15 Mei 2011 (Ahad)/ 12  Jamadil Akhir 1432H/ 10.34 pagi,  SARIKEI, SARAWAK


Aku… guru yang berazam untuk meletakkan diri sebagai Guru Sebenar Guru dan menjadikan anak didikku juga Guru Sebenar Guru.  DUNIA PENDIDIKAN ADALAH DUNIAKU. Aku mencintai dunia ini dengan sesungguhnya. Dunia yang diselimuti dengan ilmu baca dan tulis. Dipenuhi dengan bunga-bunga kebijakan manusia. Disaluti aliran pemikiran yang cerdas. Dibangun dengan kecintaan dan kasih sayang bagi melahirkan insan kamil yang berjiwa ulul albab.

– SITI FATIMAH AHMAD –

TERIMA KASIH CIKGU, JASAMU AKAN DIKENANG HINGGA AKHIR HAYAT


*****************

AWARD HARI GURU DARI MAS BCHREE (…tentu juga dari Mbak Hikmah) mewakili sahabat guru di Indonesia BUAT GURU-GURU DI MALAYSIA

TERIMA KASIH BCHREEDAN SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU DI INDONESIA

73 thoughts on “CT59. 16 MEI 2011: SELAMAT HARI GURU – “SURAT TERBUKA BUATMU GURU”

  1. Assalamu alaikum umi,

    selamat hari guru buat umi dan buat seluruh guru2 yang ada ditempat umi berada…

    salam sayang, salam hangat dan salam mesra selalu buat umiku tersayang,

    Alhamdulillah, neni menjadi orang pertama yang mengoceh dibilik ini..hehe

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni…

      Terima kasih untuk ingatan dan ucapannya Neni.
      Tahniah untuk menjadi yang pertama bagi kesekian kalinya. Seperti berlomba aja ni Nen. Mudahan ada kebaikan yang diperolehi.

      Guru selalu berusaha memberi cahaya kepada kita dan wanginya menyerap ke jiwa kita melalui tunjuk ajar dan ilmu bicaranya.

      Salam sayang, hangat dan mesra kembali dari Umi buat Neni. 😀

  2. Assalamualaikum Bunda yang budiman.

    Pagi ini disentak ingatan terhadap bunda. Lalu segera ke mari; ke halaman bunda yang penuh mutiara-mutiara kata yang mahal nilainya.

    Contohnya di sini, “Terakhirnya surat ini kutulis dengan rasa rendah hati. KITA HARUS BANYAK MEMBERI BUKAN BANYAK MENERIMA”

    Terima kasih bunda atas segala komentar, tips, nasihat dan saranan yang sering diberikan lewat blog ini juga bila berkunjung ke blog pemburu impian.

    Oh ya, barangkali Bonda kenal dengan saudara Fadzli Yusuf dari http://www.fadzliyusuf.com; atas izin Allah sekarang ananda sedang menulis bersama beliau (co-authour ). Bukan satu buku,malah tiga buah buku mahunya.

    Maksud sebenar ziarah kemari untuk mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Guru” buat bunda. Dan khabar itu tadi adalah “hadiah” kepada bunda atas motivasi bunda selama ini. Terima kasih ya bunda atas segalanya…

    Mohon doa bunda agar impian itu jadi nyata.

    Salam ceria & inspirasi

    Pemburu Impian

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Fathuri…

      Alhamdulillah, sukacitanya mendapat khabar kembali dari Fathuri di Terengganu. Maaf kalau lama tidak menyapa di blog Fathuri. Senang mendapat ingatan yang baik dan tentu sekali, bunda juga ingat atas segala kebaikan yang diberi baik berupa ilmu yang dikongsi, semangat yang ditebar dan kebaikan hati yang dihulurkan selama ini.

      Terima kasih atas ucapan hari gurunya. tentu sekali bunda sangta terharu menerima ucapan yang banyak hari ini baik melalui sms, telefon, email, chat dari pelajar, teman dan rakan sekerja. Tidak menyangka mendapat hadiah juga dari pelajar baik yang berada di IPG mahupun serata tempat di Malaysia. Sungguh berbangga menjadi guru.

      Subhanallah. Bunda sangat teruja mengetahui perkembangan terkini dari Fathuri tentang penulisan buku. tambahan lagi bersama sahabat bunda yang dikenali di maya sahaja iaitu Fadzli Yusuf. Selalu bunda berbangga dengan semangat tinggi yang ada pada Fathuri. Semoga berjaya. Hebat ya, 3 buah buku sekali. Bunda berbangga dengan khabar dan “hadiah” dari Fathuri ini. 😀 Terima kasih, sangat menghargainya.

      Bunda juga sekarang sedang menyiapkan buku kedua bunda. Mudahan akan dapat disiapkan dalam sebulan ini. Sungguh, kalau sudah mencintai dunia baca dan tulis, tiada yang mustahil untuk mencapainya. Asal berani bermimpi dan disusuli dengan azam yang kuat, semuanya pasti berjaya.

      Insya Allah, bunda akan selalu mendoakan kejayaan yang dilalui oleh Fathuri dalam memburu impian. Doakan bunda juga. Mudahan setiap impian yang disusuli dengan niat yang baik akan diberkati Allah. Selamat berjaya. Sampaikan salam bunda kepada Fadzli Yusuf. Sahabat motivator yang sangat hebat cara fikirnya. Bertuah fathuri dapat berganding bahu dengan beliau.

      Salam mesra dan tetap bersemangat dari bunda buat Fathuri. 😀

  3. Dari kota Pekalongan Indonesia, Saya ucapkan hari guru Bunda. Semoga, setiap guru akan bisa menjadi guru bagi dirinya sendiri sebelum menjadi guru orang lain. Janganlah sekali-kali bertanya berapa ilmu yang telah diberikan kepada siswanya, tetapi bertanyalah berapa ilmu yang belum sempat diajarkan kepada siswanya, agar kita menjadi guru yang sebenar-benarnya guru. Janganlah mengajar dengan teori karena setiap guru pasti bisa melakukannya, tetapi mengajarkan dengan hati karena setiap murid pasti akan mendoakannya. Sekali lagi selamat hari guru Bunda. Salam persahabatan selalu dari kota Pekalongan.

    • Salam takzim Kang Guru, Mas Teguh…

      Benar mas, guru harus bersedia diri sebelum hadir mendepani orang lain dengan segala ilmu dan kemahiran yang mantap. Guru adalah seorang profesional dalam dunianya.

      Ilmu, akal dan bual adalah senjata ampuh buat guru dalam membidik hati dan minda pelajarnya. Guru sebenar guru selalu pasrah dan meredhai apa yang sedang dialaminya bagi memastikan pendidikan berkualiti dan pembangunan modal insan bisa terarah kepada aspirasi negara dan falsafah pendidikannya.

      Terima kasih mas atas ucapan yang menyemangati jiwa keguruan dan hati yang cintakan dunia keguruan ini tidak akan pernah kalah dengan olah tingkah pelajar yang membadai lelah.

      Salam keguruan dan SELAMAT HARI GURU juga buat mas Teguh di Pekalongan. 😀

  4. Asm….
    Selamat Hari Guru jua buat ktk semua.
    Insyallah kamek akan terbang ke kuching tanggal 5 jun dan balit kl 11 jun. Motor tinggal rumah pian.

    Doa..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Tuan Haji Faisal…

      Terima kasih untuk ucapan selamatnya.
      Alhamdulillah, senang dapat mengetahui khabar kepulangan kita sekeluarga ke Sri Aman. Insya Allah, mudahan ada ruang waktu, datanglah ke Sarikei untuk berambeh.

      Didoakan semua perjalanannya selamat dan dilindungi Allah.
      Selamat Hari Guru buat Ani.

      Salam mesra selalu. 😀

  5. SELAMAT HARI GURU BUNDA
    jasamu tidak akan pernah lekang, jiwamu masih tetap ada di dada kami, meski engkau sudah kembali ke pada-Nya.
    ………………….
    BERIKAN 4 SEBAB KENAPA KAMU HARUS MENGHORMATI GURU?
    1. karena guru mendoakan keberhasilan saya
    2. karena guru memberikan inspirasi agar sy lebih hidup mulia
    3. karena guru pemecah mengalirnya ilmu ke kehidupan saya
    semoga lebih banyak berkarya
    4. karena istriku seorang guru (heeeee ….. 😀 😀 😀 :dsp yang ini bukan bunda)

    • Mas Bchree dan Ayomendidik…

      SELAMAT HARI GURU juga buat Bchree, Hikmah dan tim Ayomendidik di sana. Sangat terharu membaca ungkapan yang manghargai guru di atas.

      Hehehe… sebab-sebab yang tentunya membanggakan seorang guru dan mbak Hikmah. 😀

      Terima kasih banyak atas penghargaan Hari Guru ini. Saya senang menerima semuanya sebagai tanda persahabatan dalam keguruan.

  6. SALAM HORMAT BAGI SELURUH GURU DI KERAJAAN MALAYSIA
    pesan :
    kita punya misi sama, mencerdaskan generasi Islam untuk lebih mencintai Allah dan membuat mereka lebih mampu hidup terhormat
    buat bunda salam hormat!

    • SALAM HORMAT KEMBALI DARI SELURUH GURU DI KERAJAAN MALAYSIA BUAT MAS BCHREE DAN SELURUH GURU DI KERAJAAN INDONESIA.

      Terima kasih atas pesanan yang bernilai zabarjan. Misi dan visi keguruan yang sejiwa san serata menjadikan dunia pendidikan hebat dinaungi oleh ramai guru sebenar guru.

      Guru tidak pernah lelah dan tidak pernah mengalah untuk melahirkan insan terhormat dan membanggakan di masa depan yang tentunya dimulai oleh usaha seorang guru biasa.

      Salam hormat juga dari saya buat Bchree. 😀

    • Terima kasih mas Bchree,
      Sudah dipaparkan di atas sebagai menghargai tanda persahabatan dari Bchree – mewakili guru-guru di Indonesia buat guru-guru di Malaysia.

      Saya sangat senang dan gembira menerimanya.
      Salam keguruan buat mas Bchree dan mbak Hikmah di sana. 😀

    • waduh pak bchree fotonya sudah muncul di sini, jadi aku merasa terwakili Bund.
      ……………
      soalnya sama2 guru daerah dan terakhir sekedar ucapkan
      SALAM HORMAT DARI KAMI SELURUH GURU DI REPUBLIK INDONESIA,BUAT BUNDA DAN SELURUH GURU DI KERAJAAN MALAYSIA .semoga kemakmuran dan kesejahteraannya semakin terjamin he..he

      • Kang Martho…

        Tidak mengapa Kang, ucapan walau telat lebih baik dari tidak ada kan. Saya tetap senang menerima ucapannya.

        Terima kasih atas penghargaan, kunjungan dan salam dari kang sebagai mewakili SELURUH GURU DI KERAJAAN INDONESIA kepada saya dan SELURUH GURU DI KERAJAAN MALAYSIA.

        SELAMAT HARI GURU dari saya dan semua guru-guru di Malaysia.

        Penghargaan ini walau sekadar kata-kata telah memberi dampak besar kepada penyatuan hati antara dua negara yang selalu berusaha meningkatkan pembangunan modal insan dan pendidikan bersama dan bersepadu. Mudahan banyak kebaikan dapat kita perolehi dari ikatan persahabatan ini.

        Salam mesra selalu. 😀

    • Hai Gak Penting…

      Alhamdulillah, kerana manusia diberi hak oleh Allah swt untuk bercakap hal yang sesuai dengan bidangnya. Bukankah ini juga disaran oleh Rasulullah saw agar menyampaikan kebaikan walau satu ayat.

      Silakan jangan bercakap banyak, kalau gak penting bagi anda.

      Terima kasih atas kunjuungan dan semoga mendapat manfaatnya.

      Salam kenal dan ceria hendaknya. 😀

    • untuk banyak cakap :
      heeeee ….. 😀 😀 pakai nama asli dong, biar semua bisa terselesaikan. pakai hati dingin, berbaik sangkalah biar semua jadi lebih baik.
      untuk bunda :
      komentar seperti itu jadikan spam aja la …. atau jangan diaprove
      bikin suana kagak nyaman …… 🙂

      • Hehehe…sabar mas Bchree.
        Demikianlah cabaran kepada guru dalam dunia mendidik akal budi manusia.

        Walau sudah dewasa, namun ada manusia yang belum matang dalam menangani lingkungannya dan belum memahami erti perjuangan dunia pendidikan.

        Biasanya, komentar sinis begini tidak akan saya spam malah akan dijawab sesuai dengan nada tulisannya kembali.

        Sebagai guru dan manusia merdeka, saya tidak akan menyerah kalah untuk membela kebaikan kerana saya juga punya hak bersuara yang sama dengan mereka yang seperti Gak Penting.

        Perbahasan dengan golongan sebegini bisa menambah ilmu dan saya menyukainya. Cuma sayang, tidak disertai nama sebenar. Saya setuju, HARUS PAKAI NAMA ASLI kalau mahu menimbulkan situasi tidak nyaman agar adil dan saksama.

        Terima kasih atas sokongan dari sahabat guru yang tentunya saya hargai. 😀

        Salam mesra selalu.

    • Hai mbak, bundanya Mahes…

      Sayang sekali saya baru ketahuan. Jika tidak tentu ada posting khas untuk para guru @ pendidik di Indonesia pada tarikh tersebut dari saya. Hal ini mungkin saya jarang BW sejak kebelakangan ini.

      Terima kasih mbak atas maklumannya.

      SELAMAT HARI PENDIDIKAN NASIONAL BUAT SEMUA PENDIDIK DI INDONESIA PADA 2 MEI 2011.

      Salam manis dari saya. 😀

  7. Selamat untuk para GURU di manapun berada.

    Guru itu pencetak sumber daya manusia yang berkualitas sebagai generasi penerus suatu bangsa.
    Guru itu memperoleh kepuasan bila murid2nya menjadi lebih pandai darinya.
    Guru itu tak beda dengan pahlawan hanya tanpa tanda jasa

    Tapi rupa2nya ada juga orang yang kurang mengharagai jasa seorang guru. Mungkin ybs belum menyadari atau pernah dikecewakan atau disakiti sikap seorang guru???

    Inilah suatu bukti Siti Fatimah adalah seorang guru dewasa, bijaksana, sabar, tidak mudah terpancing emosinya, tahan menghadapi demooh

    Selamat untuk guru Siti Fatimah. Maju terus!!

    (mbak Siti saya kirim email hari ini)

    • Salam takzim Eyangkung…

      Senang menerima kembali kunjungan dan titipan yang selalu mengesankan saya. Terima kasih Eyang untuk setiap semangat yang ditebar dan dorongan yang selalu menjadi inspirasi untuk terus tabah dan kuat dalam menyonsong kehidupan yang penuh tantangan ini.

      Guru memang selalu demikian sikapnya. Tegas, garang, prihatin, lembut dan mempunyai pelbagai emosi dan personaliti dalam 24 jam kehidupannya. Hal sedemikian tidak diperhatikan oleh pelajar kerana mereka selalu beranggapan guru selalu mencari kesilapan mereka dlam belajar dan bertingkah olah.

      Inilah dunia guru dan dunia pendidikan. Selalu disalah dan disepelekan oleh pelbagai pihak yang tidak faham tugas dan peranan yang dimainkan oleh guru untuk membina jiwa manusia agar tumbuh subur menjadi insan berguna.

      Mungkin disebabkan ada segelintir guru yang tidak berminta jadi guru kerana bagi mereka bidang guru sebagai pilihan terakhir mengakibatkan jiwa guru belum tumbuh sejati dan melahirkan sikap acuh tidak acuh @ enteng dalam menangani masalah pelajar sehingga pelajar tidak menyukai guru dan apa yang diajar mereka.

      Sehingga apa yang tercatat di atas (komentar Gak Penting), menjadi salah satu bukti ketidakpuasan hati seorang insan yang pernah bergelar pelajar suatu ketika dulu. Sehingga tulisannya dikenal sebagai seorang yang pendek akal dan tidak berbudi bahasa.

      Mudahan saya bisa tabah dan kuat menghadapi onar dan olah dari banyak pihak di dunia perguruan ini. Justeru, bukan mudah meletakkan diri di dunia pendidikan jika rasa cinta dan minat tidak mendalam. Guru sebenar guru adalah mereka yang menjiwai dunia guru dengan ikhlas dan selalu berusaha menjayakan misi negara bangsanya.

      Terima kasih Eyang atas sokongan selama ini. Saya amat menghargainya. Email Eyang sudah saya baca dan akan diamati dengan baik untuk dibuat maklum balas.

      Salam mesra selalu dan didoakan Eyang sehat hendaknya. 😀

      • Selamat pagi, semoga mbak Siti selalu bersemangat,

        Setelah membaca semua komentar dan reply komentar artikel ini, membuat saya tertarik untuk reply komentar lagi. Karena saya melihat adanya perilaku, sikap dan sifat manusia yang sering membuat kening saya berkerut. Dan ini malah suatu bahan study untuk kita jadikan kajian yang menarik untuk mendalami kasus2: “Manusia dan perilakunya”.

        Teman-teman blogger yang berkomentar di artikel ini semua menunjukkan apresiasi kepada profesi dan jasa seorang guru, kecuali seorang blogger. Sekalipun komentarnya pendek tapi tiap orang akan tahu dan menafsirkan itu adalah sikap tidak menghargai jasa guru. Dalam komentar saya yll sedikit analisis mungkin blogger itu termasuk mantan murid yang pernah dikecewakan atau disakiti seorang guru!?

        Karena penasaran saya terdorong untuk mengkaji lebih jauh. Sayangnya komentarnya begitu pendek sehingga saya sulit mengetahui gaya bahasanya, apakah ia blogger senegara dengan saya atau blogger dari Malaysia. Dari manapun dia tidak selayaknya dia berkomentar seperti itu.

        Orang yang pernah disakiti memang sering bersikap aneh. Tapi sangat saya sayangkan kalau ia bersikap seperti itu kepada mbak Siti Fatimah Ahmad yang guru (dosen) ini! Kenapa?? Saya sudah membaca setiap artikel dan komentar yang ditulis mbak Siti. Saya menyimak tiap kata dan kalimatnya. Menurut saya tidak ada satupun yang bernada menyakiti fihak lain, tidak ada kritik, tidak ada kesombongan!

        Menurut saya artikel tentang Hari Guru ini juga tidak terlalu panjang. Saya hitung panjang tulisan artikel ini 1.595 words, 11.219 charackter with spaces. Pada umumnya sebuah cerpen untuk media cetak sekitar 7.500 s/d 12.500 charackters with spaces. Tetapi ucapan yang tidak santun “banyak cakap lu” itu bisa saja ditujukan kepada pernyataan yang hanya satu dua kalimat, yang maknanya jelas! Istilah itu apa juga biasa digunakan dalam dialek teman2 blogger di Malaysia? Untung blogger itu tidak kenal istilah lain searti tapi lebih kasar: Banyak mulut lu! Banyak bacot lu! dan sejenisnya.

        Blogger2 yang sudah kenal baik mbak Siti tentu terusik baca komentar pendek yang tidak santun tadi. Termasuk saya dan mas Bchree (ayo mendidik). Sampai2 mas Bchree usul komentar macam itu masukkan spam saja!!

        Tapi jawab mbak Siti:…Biasanya, komentar sinis begini tidak akan saya spam malah akan dijawab sesuai dengan nada tulisannya kembali.
        Perbahasan dengan golongan sebegini bisa menambah ilmu dan saya menyukainya….
        Sikap dan selera mbak Siti sama dengan saya. Saya terpancing untuk membuat analisis. Saya lacak keblog yang menamakan dirinya macam itu tidak banyak identitas yang saya peroleh. Tapi anehnya dia menamakan blognya sebagai “blog Category Educations”. Lalu analisis saya berkembang, mungkin komentar pendek yang tidak santun ditujukan mbak Siti tadi memang untuk MENCOBAI mbak Siti. Dan ini sebagai langkah eksprimen untuk memperoleh data2 untuk study kaus. Tapi itu cara yang ceroboh!

        Mungkin saja ia ingin memperoleh data bagaimana komentar sinis pada blog yang selalu menyajikan artikel2 berbobot, bahasa, tata bahasa dijaga rapi sesuai kaidah, santun tidak pernah mengkritik orang lain, well-come setiap pengunjung yang datang dll.

        Setelah membaca reply komentar saya ini mungkin mbak Siti juga tertarik adanya fenomena kecenderungan sikap orang2 seperti itu?? Mari kita jadikan kasus itu sebagai kajian ilmiah bidang psikologi. Mumpung ada client yang spontan macam itu. Ha, ha, haaaaa.

        Saya juga punya pengalaman yang bagus atas hubungan saya dan guru saya pada saat saya di SMA. Tetapi bagaimanapun saya tetap menghormati beliau sebagai guru saya. Hanya saya prihatin 20 th kemudian saya dengar kabar guru saya yang pada waktu mengajar saya sebagai guru muda/guru baru puteri, kabarnya jadi seorang guru puteri yang “killer” dan beliau 20 th kemudian juga tidak nikah tetap bertahan hidup membujang.

        Putera-puteri mbak siti 4 orang, nanti saatnya mbak Siti menimang cucu akan semakin bahagia hidup ini.

        Maju terus!!

        • Selamat sore Eyangkung yang dihormati…

          Sambil tersenyum dan besar hati membaca penghargaan Eyang terhadap seorang guru ini dan guru-guru secara umumnya. Hmm… terharu sekali sehingga menghadirkan gerimis. 😀

          Saya setuju dengan kenyataan Eyang berhubung dengan kasus “Manusia dan perilakunya”. Ia sesuatu yang sangat menarik untuk dibuat penelitian kenapa ? Mengapa ? dan bagaimana ? Apakah faktor yang menyebabkan seseorang sanggup menuangkan kata2 negatif kepada orang yang tidak dikenalinya ?

          Sepatutnya, orang seperti GP harus mengkaji cara fikir dan gaya tulis seseorang terlebih dahulu sebelum membuang kenyataan semborono yang tentunya tidak diketahui hujung pangkal cerita yang hendak dikongsikan.

          Salut kepada Eyang atas perihatin sehingga mengkaji lebih jauh tentang insan Gak Penting. Sebenarnya, Eyang telah bertemu dengan blog yang sudah dideletekan. pertama kali saya membaca komen Gak Penting, saya terus menyusur ke blog beliau.

          Blog tersebut dimiliki oleh blogger Indonesia yang baru sahaja membuka blog baru. GP adalah ahli Mywapblog.com yang beroperasi menggunakan hape. Saya mengetahui hal ini melalui sahabat blogger yang menggunakan alamat blog yang sama.

          Awal penelitian saya kepada isi kandungan blog GP yang baru mengandungi 2 posting terdapat tulisan beliau yang kurang senang di baca (yang sempat saya ingat, ada tulisan tentang pornografi – wallahu’alaam. dan saya juga merujuk kepada kategori memang asalnya adalah education. Saya sempat berfikir, masak kan blog educatian menulis hal yang tidak sesuai dengan bidangnya.

          Saya tidak sempat membalas kunjungan dan menitip komentar di blog beliau. Pada kali kedua saya ke blog beliau pada hari yang sama, blog tersebut sudah tertulis PAGE NOT FOUND.

          Saya yakin GP sudah kembali ke blog saya semula untuk membaca balasan komentar saya dan mungkin menjadi “silent reader” untuk membaca maklum balas dari komentator yang lain.

          Alhamdulillah, kelihatannya terdapat beberapa lagi sahabat blogger yang prihatin seperti Bchree dan Eyang dalam meneliti sikap “kurang sopan” GP tentang posting ini. walau tulisannya ringkas – Banyak Cakap Lu – tulisan itu tetap negatif dan mempunyai dampak besar kepada martabat guru keseluruhannya. terima kasih kepada yang menyokong dan menghargai apa yang telah saya sampaikan untuk kebaikan para guru keseluruhannya.

          Walau bagaimanapun, komentar GP tetap saya anggap penting dan terima dengan fikiran yang positif walau kali pertama membacanya, hati saya sangat tersentuh. Saya berfikir bagaimana cara terbaik untuk saya membalas komentar tersebut agar lebih bersifat mengingatkan daripada mencemuh semula.

          Dengan hanya tiga patah perkataan yang ditulis, saya tidak dapat membuat kesimpulan keseluruhan terhadap peribadi GP. Berbaik sangka adalah jalan terbaik agar tidak timbul sakit di hati sendiri dan GP yang menerimanya. Guru itu ibarat seorang ibu yang selalu memikirkan kebaikan anaknya.

          Mungkin juga kenyataan GP sebagai pelampias kepada mantan guru yang menyebabkan dia bersangka tidak baik kepada guru2 lain. Walau bagaimanapun, tetap tidak adil jika bersikap demikian kepada guru lain yang tidak berkaitan dengan masalahnya.

          Tentang guru Eyang yang “killer” itu, apakah maksudnya sangat garang dan tidak bertolak ansur ? Apakah benar guru wanita yang masih bujang sehingga ke ujung senja, sikap mereka selalu demikian ? Melalui pemerhatian saya kepada beberapa rakan pensyarah yang masih bujang, mereka sangat tegas, selalu marah-marah dan bercakap banyak. selain itu, ucapannya juga pedas.

          Hehehe… hanya beberapa yang saya kenal dan kenyataan ini tidak melibatkan orang lain di tempat lain. 😀

          Terima kasih Eyang untuk maklum balas yang berbobot terhadap komentar2 di atas dan penelitian lanjut terhadap tulisan saya. Kadang kala komentar sinis seperti ini membuka ruang lain untuk kita menjadi lebih optimis dan kreatif dalam berfikir dan memikirkan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. Ini membantu meningkatkan daya intelektual kita.

          Salam mesra dari saya. 😀

          • Selamat malam mbak Siti,

            Rasa2nya belum tuntas saya komentari tentang kasus komentar Gak Penting (GP) ini. Saya begitu membaca komentarnya di blog ini saya buru2 mencari blog ybs. Tetapi sulit membukanya secara sempurna mungkin betul kata mbak Siti blog itu telah di delete pemiliknya. pada saat itu saya hanya bisa membaca bahwa blog itu menyatakan category education. Ada 2 artikel soal tutorial mywapblog. Nampaknya ia ingin berbagi kepandaiannya. Ini positif.

            Tapi yang terakhir saya coba kesana sudah semuanya kosong. Malah sungguh mengherankan kata mbak Siti ia juga menulis soal pornografi. Tentang artikel atau tulisan yang berwarna porno?

            Sekarang analisis saya berkembang. Mungkin GP tidak memusuhi seorang guru. Komentarnnya yang pendek itu: Banyak Cakap Lu! itu bukan ditujukan kepada profesi guru maupun ditujukan mbak Siti pribadi. Hanya kebetulan ia masuk diblog ini yang kebetulan milik seorang guru pula. Mungkin ia salah seorang blogger yang mengidolakan blog modelnya mbak Siti ini.

            Kalau tanpa pikir panjang ia menulis komentar yang tidak santun, ia blogger yang masih muda jauh lebih muda dari mbak Siti dan semakin jauh lebih muda dari saya! Saya duga ybs. sedang mencari tempat berpijak yang mantap dan mencari pegangan yang kokoh….. Istilah kerennya ia sedang grogy dan terombang-ambing.

            Saya yakin setelah membaca reply mbak Siti dan komentar2 blogger lain merespon komentarnya yang kontroversi itu sekarang ia menyesal.

            Maka saya mendukung sikap mbak Siti yang tetap sabar, ramah, manis dan bijaksana menanggapi komentarnya yang termasuk kurang ajar itu. Sebenarnya ia merindukan seseorang guru seperti mbak Siti yang mampu menuntun dan menenangkan gejolak jiwanya! Ia butuh seseorang yang mampu menampung curahan hatinya (curhat). Nah kalau kalau sudah seperti ini bukankah kita ini guru yang didambakan bisa menyelamatkan muridnya??

            Sungguh ini tantangan unik bagi mbak Siti yang memiliki jiwa “keguruan” yang sudah mantap dan berepengalaman. GP kita anggap blogger yang butuh tuntunan dan dorongan seorang guru senior seperti Siti Fatimah Ahmad. mungkin ia nanti muncul lewat emailnya mbak Siti. Tunggu saja.

            Selamat bertugas semoga sukses

            • Selamat siang, Eyangkung yang dihormati…

              Komentar Eyang banyak menginspirasi saya untuk membuat penelitian tentang kasus psikologi manusia terutama melalui tulisan. Bayangan tulisan juga bisa menghadirkan intepretasi terhadap sikap seseorang.

              Sikap rasional dan profesional seorang blogger dalam menghadapi komentar blogger seperti GP harus diamalkan supaya suasana keruh bisa dijernihkan. Membalas komentar dengan cara yang sama tidak akan memberi ruang perbahasan secara ilmiah dan tidak membuka fikiran kepada penyelesaian positif.

              Mudahan GP bisa mengubah sikap menjadi lebih menghormati orang lain ketika berkomentar. Jika tidak setuju, harus dinyatakan sebab musababnya. Tentu GP juga tidak berkenan kalau adanya komentar demikian ditujukan kepada beliau.

              Tugas guru memang berat. menjadi teladan dan ditiru segala aksi dan sikapnya. Guru ibarat selebriti yang selalu diperhatikan oleh pelbagai pihak. Semoga saya bisa menjadi guru yang tabah dalam menghadapi kondisi seperti ini.

              Terima kasih Eyang untuk kembali berkomentar tentang kasus ini. Senang dapat berbagi untuk manfaat bersama. Didoakan Eyang sehat dan dirahmati Allah.

              Salam mesra selalu. 😀

  8. Karena Guru saya bisa seperti sekarang ini, tapi hari guru di Indonesia kaya’nya masih jauh bunda 😆

    Salam hangat serta jabat erat selalu dari Tabanan

    • Alhamdulillah, tahniah buat mas Sugeng atas kejayaan yang dicapai sehingga kini. Semuanya bermula dari usaha seorang guru biasa yang bersungguh-sungguh mahukan pelajarnya menjadi lebih pandai dari dirinya. Jasa guru tiada taranya.

      Apakah di Indonesia tidak ada hari khusus untuk GURU bagi meraikan para guru keseluruhannya?

      Salam hangat kembali dan senang mendapat kunjungan dari mas Sugeng. 😀

  9. Assalamu alaikum bunda,

    wah.. Sangat mengharukan memang kalau kita mengenang kembali semua jasa-jasa guru kita. Sudah bersusah payah mengajari kita, penuh kasih sayang dan sabar dalam setiap mendidik.
    Saya jadi teringat dengan semua guru-guru saya dulu, dari SD sampai Dosen sekarang. Kalau mereka tidak ikhlas membagikan ilmunya, mungkin kita muridanya akan sangat susah dalam menerima ilmunya.

    hemm..
    Selamat Hari guru bunda,,

    Salam hangat selalu..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Masyhury…

      Guru sangat berjasa besar dalam kemenjadian muridnya di masa depan. Semestinya kita menghargai mereka dengan doa dan apa jua yang tercapai oleh kita sehingga menjadi manusia yang berguna saat ini.

      Terima kasih Masyhury untuk ingatan dan ucapannya.
      Salam hangat kembali. 😀

  10. Assalamu’alaikum Bunda…. 🙂
    Wah maaf telat tapi tak mengapa lah….
    selamat hari guru yach bunda.

    wah sudah lama saya tak berkunjung kemari, kangen rasanya awak ni.
    Bagaimana kabar bunda? 🙂
    Saya harap sehat selalu. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Loewyi…

      Senang dapat kunjungan lagi dari Loewyi. Maaf kalau bunda juga sudah lama tidak menyapa Loewyi di sana.

      Terima kasih juga buat ucapannya. Alhamdulillah, bunda sihat. Didoakan Loewyi juga demikian sama.

      Salam mesra. 😀

  11. asslamu’alaikum
    telat deh mengucapkan hari guru.
    tapi tak apa yang penting iklhas dan tulus saya mengucapkan selamat hari guru.
    guru duluhnya juga seorang murit dan sampai saat ini guru selalu jadi panutan bagi saya,ntah itu guru dalam bidang apa dan jenjang apa.

    salam sejahterah dan adem ayem selalu

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Andi Peace…

      Alhamdulillah dan senang mendapat kunjungan juga ucapan dari Andi. Biar telat asal tetap ada ucapannya. Itukan lebih baik. 😀

      Benar dan setuju, sesiapa yang jadi guru semuanya berawal sebagai murid malah setelah jadi gurupun masih tetap digelar pelajar kerana sambil dia mengajar dia juga belajar dari apa yang diajarnya. Hebat kata2 Andi di atas. Sungguh mengesankan.

      Terima kasih ya kerana kembali menyapa. Insya Allah saya akan ke sana juga.

      Salam mesra selalu. 😀

  12. Assalamualaikum Bunda….bagaimana kabarnya dan keluarga?semoga senantiasa sehat walafiat

    maaf baru sempat berklunjung BUNDA :), belum terlambatkan mengucapkan hari guru :), guru…sangat berjasa di kehidupan saya

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Mila…

      Alhamdulillah, bunda dan keluarga sihat wal’afiat.
      Terima kasih atas ucapan, kunjungan dan sapaan dari Mila. Bunda senang dan berharap silaturahminya tetap terjaga baik.

      Salam sayang dari bunda. 😀

  13. Assalamu’alaikum wr wb bunda…
    selamat haru guru buat bunda & guru2 di Malaysia…. semoga perjuangannya bener2 bermanfaat dan semoga Allah selalu memberkahi,, aamiin…
    Kebetulan, seminggu yang lalu saya juga alhamdulillaah bisa berkunjung ke sekolah saya dulu dan bisa berjumpa dengan guru2 saya waktu SMP,, senangnya hati ini masih bisa akrab sama mereka…

    salaam bunda..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Mabruri…

      Alhamdulillah dan terima kasih atas ucapan yang diberi.
      Aamiin untuk segala doa yang dikirimkan kepada para guru yang tentunya bahagia dengan ingatan dari anak murid mereka di seluruh dunia ini.

      Saya doakan juga guru2 Mabruri di sana, sehat dan bahagia dengan tugas yang diamanahkan. Tentu sekali guru Mabruri gembira dengan kedatangan pelajarnya.

      Rasa dihargai sedemikian cukup mengubat segala luka dan duka mereka oleh tingkah olah pelajar di sekelilingnya. Saya pasti mereka berbangga dengan pencapaian Mabruri sekarang. Salut dari saya. 😀

      Salam mesra selalu.

  14. assalamu’alaykum..
    salam takzim dari udariki…
    untuk cekgu fatimah..

    memang mulia sekali profesinya bunda fatimah ini..

    salam hangat sahabat – udariki

  15. Assalamualaikum,

    Ah, teringat kembali ke beberapa tahun silam saat aku jadi guru di salah satu high school di medan, indonesia.

    Penghargaan kepada guru terasa masih kurang di indonesia jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Mungkin karena tidak banyak yang memilih profesi guru dari hati sendiri. Lebih sering orang jadi guru karena tidak ada pekerjaan lain.

    Untuk guru-guru yang tidak sepenuh hati mengajar murid-murid, semoga posting ini bisa menambah semangat mengajar. Meski tidak banyak, tapi masih bisa dijumpai murid-murid yang menaruh hormat yang tinggi kepada para gurunya.

    Btw, lucu komik pendeknya, aku tertawa melihat celetukan ‘Mak Bapak saya guru, cikgu!’ hahaha.. good one

    Salam kenal dari Medan, indonesia

    • Wa’alaikum salaam Bang Hery…

      SELAMAT HARI GURU dari saya untuk Bang Hery yang tentunya rasa bangga kerana pernah mencurahkan bakti di dunia perguruan. Apakah sekarang juga seorang guru ?

      Mudahan guru-guru di Indonesia bisa menikmati banyak kemudahan sebagaimana guru-guru di Malaysia. Sehingga ramai yang berminat untuk menjadi guru kerana gaji yang besar dan banyak insentif yang diberi khusus buat guru. Malahan peluang untuk guru sekolah rendah/SD dibuka luas untuk melanjutkan pelajaran di peringkat S1 dan S2 dengan pemberian elaun dan biasiswa.

      Kini, kerajaan Malaysia telah mulai memartabatkan profesion keguruan sebagai satu profesi penting dalam membantu pembangunan modal insan dan kemajuan negara Malaysia menuju wawasan 2020. Guru-guru di sekolah rendah/SD seluruhnya akan mempunyai sijil paling minimum S1.

      Terima kasih Bang Hei atas kunjungan perdana. saya sangat mengalukan dan rasa senang mendapat komentar berbobot yang tentunya mengesankan minda dan jiwa. Semoga beroleh manfaat.

      Salam kenal kembali. 😀

  16. Salam Takzim
    Selamat hari Guru buat masyarakat Malaysia dimana saja berada, profesi guru adalah pahlawan tanpa tanda jasa. Guru adalah kupasan kalimat digugu dan ditiru, sehingga prilakunya, ucapannya, pemberiannya harus ditiru oleh anak didik. Jika prilaku guru buruk maka muridnya pun akan berbuat sama, namun jika prilaku guru baik hasil anak didiknya juga baik.
    Buat para guru dan calon guru simaklah surat sang maha guru bunda siti fatimah ahmad ini, semoga menjadi catatan penting. Terima kasih bunda saya hanya bisa mendo’akan semoga bunda dan para guru yang berada di Malasyia diberikan kesehatan yang sempurna
    Salam Takzim Batavusqu

    • Salam hormat Kang Zipoer7…

      Terima kasih atas ucapan selamatnya. Senang menerima kembali kunjungan dari Kang Zipoer yang selalu menghadirkan pesan dan ungkapan semangat. Hal ini tentu menyemarakkan lagi keinginan untuk berbakti dengan penuh redha dan ikhlas kapada anak didik.

      Aamiin… Ya Aziiz Ya Qahhar. Alhamdulillah, saya sihat. Doa yang sebaik selalu membuat kita berada dalam kebaikan. Didoakan Kang Zipoer juga demikian sama.

      Salam mesra selalu. 😀

  17. Assalamu’alaikum Bund

    selamat hari guru Bunda

    Takan ada orang pintar kalau tak ada guru, guru sangat berjasa mengjarkan ilmu untuk mampu melangkah dalam kehidupan ini.

    🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Fitray…

      Terima kasih untuk ucapan yang membuat bunda berbangga menjadi guru. 😀

      Guru selalu menjadi guru kepada sesiapa sahaja. Guru tentunya memahami muridnya kerana dia pernah menduduki tahta murid pada suatu ketika dahulu. Oleh itu, tentu guru faham siapakah muridnya. Mudahan.

      Salam sayang dari bunda. 😀

  18. Bunda,, aku liat ada koment yg tidak pantas di atas, tapi Bunda dengan lapang dada tetap membiarkan koment itu nyata terbaca.

    Aku dapat pelajaran baru hari ini, ketika kita di uji, kita tidak perlu emosi, dan sepertinya orang itu sedang menguji kehebatan Bunda, hasilnya.. Bunda menang .. dua jempol qu buat Bunda.

    Salam sayang selalu buat Bunda,, tetap lah menjadi teladan bagi kita semua.

    🙂

    • Alhamdulillah. Mudahan bunda akan selalu berlapang dada terhadap komen sedemikian kerana risiko menulis tetap ada dan harus di hadapi dengan cara berhemah.

      Namun tidak dinafikan, hati ini tersentuh juga. Anggap sahaja sebagai rencah dunia yang tidak tahu siapakah manusia yang kita hadapi di dunia maya ini. 😀

      Hehehe… thanks ya Fit, jempol2 itu membuat bunda tersenyum dan senang sekali. Salam sayang buat Fit selalu. 😀

  19. Assalamu’alaikum Bu Siti.
    Artikel ibu ini mengingatkan saya pada bapak sendiri yang juga seorang guru. Memang berat perjuangannya. Dengan gaji yang tak seberapa harus mampu mengemban tanggung jawab demi pendidikan bangsa.

    Saya terkesan dengan puisi di puisi Usman Awang: ‘Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca’

    Sangat menyentuh bu.
    Selamat hari Guru bagi guru2 di Malayssia, semoga tetap istiqomah berjuang.

    Salam hangat.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Darin…

      Alhamdulillah, Darin ternyata berada di bawah payung seorang pendidik. Tentu banyak kebaikan yang diperolehi sehingga menjadikan Dari seorang anak yang tahu mengenang jasa seorang guru.

      Benar, puisi Usmang Awang sungguh mengesankan. Puisi itu menjadi kesukaan saya sejak sekolah hingga kini. Ungkapannya memberi makna tersirat yang mempunyai dampak besar kepada insan murid.

      Terima kasih Darin untuk kunjungan yang kesekian kali dan ucapan untuk guru di Malaysia.

      Salam hangat kembali. Selamat berlibur di penghujung pekan. 😀

  20. Selamat hari Guru…saya ikut senang sekarang Gaji Guru di Indonesia sudah mulai membaik tidak seperti dulu bahkan banyak PNS2 iri melihat gaji guru yang memiliki Sertifikasi bisa 2 x gaji mereka setiap bulannya…Ga ada guru kita ga bakal bisa seperti sekarang ini..

    • Hai Lintas Berita…

      Alhamdulillah, kalau gaji guru di Indoensia sudah semakin baik. Itu tandanya kerajaan Indonesia sudah mulai memandang berat kepada kebajikan para guru. Mudahan para guru akan lebih bersungguh-sungguh dalam meningkatkan kemahiran dan profesionalisme mereka di bidang keguruan.

      Salam mesra dan terima kasih untuk ucapannya. 😀

  21. assalamualaikum
    meskipun terlambat, saya kira masih belum telat untuk mengucapkan selamat mengabdi untuk para guru dan membangun generasi yang berpendidikan

    salam dari pamekasan madura

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang CM…

      Ucapan selamat hari guru tidak pernah ada telatnya, kang. Setiap hari adalah hari buat guru kita atas segala jasa yang mereka lakukan kepada kita. Semoga guru selalu berbangga dengan profesi yang disandang serta ikhlas dalam berbakti.

      Salam mesra selalu. 😀

    • Hai mbak PelangiItuAku…

      Senang menatap wajah mbak yang sudah semakin anggun dengan jilbabnya. Mudahan selalu sehat dan diredha Allah kehidupan di dunia dan akhirat.

      Aamiin, Ya Rahmaan Ya Rahiim.
      Terima kasih kembali menyapa. Insya Allah akan berusaha ke sana dalam waktu terdekat. Semoga berhasil dalam kontesnya mbak. 😀

      Salam manis dari saya. 😀

  22. Walaupun saya bukan cikgu… Tapi perkenankanlah saya mengucapkan Selamat Hari Guru….

    Apresiasi saya yang tinggi kepada kakak.. terhadap semua cikgu dan guru di Malaysia dan seluruh dunia.

    Sekali lagi, selamat hari guru walaupun terlambat saya mengucapkannya.

    • Terima kasih atas ucapan dan apresiasi Azzahra. Ia amat bermakna buat saya dan semua guru di persada dunia keguruan ini.

      Sangat merasa dihargai apabila diingati oleh semua yang mengenang jasa para guru.

      Salam hangat selalu. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.