CT278. 2014 MALAYSIA 57 – CARAKU LAHIRKAN CINTA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Merdeka2014Fatima1CarakuLahirkanCinta

*

KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA…..

…..di mana sahaja berada, detik tarikh  yang bersejarah  akan terus dikenang dalam lipatan hidup selagi jantung ini masih berdegup di bumi tumpah darah kita, sekali lagi datang menjelma untuk ke sekian kali dengan ucapan…

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE – 57

31 OGOS 2014

*

bersama  tema yang diambil dari lirik pertama di dalam LAGU WARISAN, nyanyian penyanyi tersohor Malaysia Allahyarham SUDIRMAN HAJI ARSHAD….

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

*

*

…. maka, DI SINI juga saya bersama keluarga melahirkan rasa CINTA KEPADA NEGARA MALAYSIA dengan menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Dataran Putrajaya untuk mengibarkan JALUR GEMILANG.

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang telah diadakan pada 18 Ogos 2014 (Isnin).

*

LUAHKAN RASA CINTAMU

Untuk melahirkan rasa cinta kepada negara, seseorang atau sesuatu memerlukan bukti yang boleh menampakkan tindakan yang terhasil dari rasa CINTA tersebut.

Mungkin ada yang melahirkan secara senyap atau memendam perasaan dengan tidak menonjolkan keinginan bahawa dia sedang menyintai kerana malu dan segan. Situasi ini pasti merugikan kerana tidak mampu memberi kebahagiaan kepada apa yang dicinta.

Ada jua yang mencurahkan rasa cinta dengan tindakan memberi sesuatu penghargaan yang tidak mampu untuk diucapkan dengan perkataan. Melalui perbuatan yang ditunjukkan dan sikap ambil berat, penuh dengan perhatian sebagai satu cara melahirkan rasa cinta yang memenuhi jiwa.

Jika yang dicinta tidak perasan bermakna yang diberi perhatian tidak mempunyai perasaan. Akhirnya akan kehilangan dan rindu dendam akan mencengkam apabila kesedaran muncul kemudian.

Oleh itu, kombinasi KATA dan PERBUATAN amat penting dalam MELAHIRKAN RASA CINTA yang membara di jiwa. Barulah YANG DICINTA akan mengetahui bahawa dirinya sedang DICINTA dan diberi perhatian.

Jangan sembunyikan RASA CINTA dan RINDU kerana kita akan menjadi sengsara dan kecewa. SERLAHKAN CINTA yang ada di hati, CURAHKAN RINDU yang ada di jiwa. Engkau pasti akan rasa BAHAGIA dan MEMBAHAGIAKAN.

*

INILAH CARAKU LAHIRKAN CINTA

JGemilangFatima1Rumahku

Kibaran Bendera Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sarawak

*

UNTUK NEGARAKU MALAYSIA, satu dari sejuta cara untuk melahirkan rasa cintaku adalah dengan bersama-sama mengibarkan JALUR GEMILANG sebagai menyahut kempen KIBAR JALUR GEMILANG.

Hanya itu yang mampu dilakukan SECARA KECIL-KECILAN untuk memenuhi rasa tanggungjawab kepada NUSA, BANGSA dan NEGARA.

Untuk tujuan tersebyt, Saya dan SPH telah siap menyempurnakan pengibaran Jalur Gemilang, bendera Negeri Sarawak dan negeri-negeri lain dalam Malaysia pada 17 Ogos 2014 (Ahad) di halaman rumah kami dengan meriahnya.

*

SEMANGAT PATRIOTIK

Berikut beberapa foto yang saya potretkan dari pelbagai sudut di halaman juga sekeliling pagar rumah yang meriah dengan gantungan bendera Jalur Gemilang dan bendera-bendera negeri dalam Malaysia.

*

JGemilangFatima2DepanPagar1

Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) dan Bendera Sarawak (Kuning, Merah dan Hitam) di pagar pintu masuk ke halaman rumah. Tidak cukup lengkap akan disambung kemudian. 😀

*

JGemilangFatima3DepanRumah

Pintu pagar dan halaman rumah

*

JGemilangFatima4DepanPagar

Pintu utama masuk dipenuhi bendera berkibar megah

*

JGemilangFatima5PagarRumah

Arah hadapan rumah

*

JGemilangFatima6SisiPagarMasuk

*

JGemilangFatima7HalamanRumahku

Jalur Gemilang dan Bendera Sarawak digantung dari anjung rumah ke pagar kiri dan kanan secara bercapah

*

JGemilangFatima8Benderaku

Bangga dan megah

*

JGemilangFatima9Benderaku

Bahagia dan rasa bertuah

*

JGemilangFatima10HalamanRumahku

Indah dan membahagiakan. Hanya rumah kami setiap tahun, satu-satunya rumah di kawasan taman perumahan ini yang mengibar bendera dengan meriah sekali. Harap ada kesedaran dari jiran-jiran untuk bersama meraikan Bulan Merdeka Malaysia 57.

*

JGemilangFatima11PagarRumahku

Bendera Jalur Gemilang, bendera negeri Sarawak dan semua negeri lain di malaysia, saya kibar dan gantungkan di pagar mengelilingi halaman rumah depan dan belakang.

*

JGemilangFatima12HalamanRumahku

Sebenarnya, saya masih dalam proses menghias laman rumah dengan kibaran bendera yang belum sempurna kerana setiap hari hujan melanda bumi Sarikei. Harap hari ini semuanya berjalan lancar. Aamiin.

*

JGemilangFatima13HalamanRumahku

Alhamdulillah, rumah kami lengkap dengan kibaran bendera

*

Bagaimana dengan anda ! Pernahkah anda mengibarkan bendera kebangsaan atau bendera negeri di rumah ?

*

SELAMAT HARI MERDEKA, MALAYSIA

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima31 Ogos 2014 (Ahad)/  5 Zulkaedah 1435H/ 7.30 pagi. Sarikei, Sarawak

AKU….. ingin nyatakan dari lubuk hatiku yang terdalam bahawa aku cinta padamu. Untuk sebuah nama… rindu tidak pernah pudar. Walau jauh mana jarak kita berada, tidak pernah membuatku untuk berpaling dari kasih yang sudah tersemai di jiwa.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Dedikasiku Untukmu… di sini, aku sentiasa berdiri cuba memahami erti rindu yang tidak berbelah bahagi. Dalam doaku namamu menjadi zikir hati yang tidak terlerai dari jasad walau nanti ia bersemadi di bumi pertiwi. Wassalaam. 🙂

*

*

JGemilangFatima14CintakuLahirkan

*

*

DI SINI…. DI HATI INI, KU LAHIRKAN CINTAKU PADAMU

*

29 thoughts on “CT278. 2014 MALAYSIA 57 – CARAKU LAHIRKAN CINTA

    • Terima kasih jhuanita Tryaz untuk ucap salamnya buat Malaysia.
      Iya, memang ada lomba (pertandingan) menghias rumah dengan bendera sempena Hari Kemerdekaan dari 18 Ogos sehingga 16 September.

      Tetapi saya tidak memasukinya kerana lebih senang meraikan sendiri untuk memeriahkan Bulan Merdeka. Oh… di Indonesia juga ada acara Bulan Merdeka ya.

      Salam sejahtera jhuanita dan terima kasih untuk kunjungan pertama hari ini. 🙂

    • Terima kasih Nelson atas ucap selamat buat Malaysia. Mudahan segala harapan yang kita harapkan untuk kemakmuran negara akan tercapai. Begitu juga kepada negara Indonesia yang baru meraikan dirgahayunya ke 69 yang lalu.

      Salam sejahtera dan terima kasih atas kunjungan. 🙂

  1. Assalamualaikum wr wb
    Bunda fatimah…

    Ternyata saya baru tahu sejarahnya..kalo malaysa hari kemerdekaannya sama dg indonesia di bulan Agustus juga ya bun..

    Selamat Hari raya Merdeka
    Untuk semua rakyat di sana
    Salam 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.ab Purnomo jr…

      Iya, kalau di Indonesia HUT Kemerdekaannya adalah pada 17 Ogos. Malaysia pula 14 hari sesudah itu tetapi tahunnya berlainan kerana Indonesia lebih dahulu merdeka (69 tahun) sedangkan Malaysia baru 57 tahun.

      Terima kasih untuk ucapan selamat buat rakyat Malaysia. Ucapan yang sama juga untuk rakyat Indonesia yang baru meraikannya.

      Salam sejahtera dan semoga sukses. 🙂

  2. Selamat hari Merdeka untuk Malaysia, semoga semakin jaya dan semakin akrab membangun kebersamaan dengan Indonesia. Semoga kita semua dengan ikhlas berjalan bersama dan membuang segala bentuk perkara dan masalah yang seringkali terdengar. Karena bagaimanapun juga kita adalah satu saudara baik serumpun maupun saudara sesama muslim.
    Berjayalah untuk kita semua

    • Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Semoga harapan kita semua akan dikabulkan Allah SWT supaya negara serumpun nusantara dan seagama akan terus bersaudara teguh walau apapun krisis yang melanda. Mudahan semuanya dapat dijaga rapi dan aman damai dalam kebaikan bersama.

      Terima kasih Kang Pakies untuk doa yang dilampirkan buat negara Malaysia juga Indonesia. Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati Allah SWT. Aamiin.

      Salam hormat takzim. 🙂

    • Banyak acaranya seperti acara kemuncak perbarisan kemerdekaan peringkat kebangsaan yang menjadi siaran langsung di tv. Ada juga acara kerohanian dan hiburan.

      Cuma bunda tidak suka kepada acara hiburan seperti konsert yang kononnya bersifat patriotik atau memoir. tetapi apabila melihat acaranya ternyata para selebriti penyanyi dan artis yang terlibat masih terus dijajah pada pakaian, sikap dan cara persembahan. Sungguh memalukan. Bila lagi sedar dan faham erti sebenar kemerdekaan.

      Terima kasih Dina dan semoga sentiasa sukses ya. 🙂

    • Alhamdulillah. Begitulah tahun sejarahnya. Lebih muda dari sejarah kemerdekaan Indonesia.

      Iya mudahan rakyat Malaysia dan Indonesia sentiasa aman damai. Pergolakan selalu diakibatkan oleh politik sedangkan rakyatnya sentiasa berbaik sangka. Kita adalah bangsa serumpun dan seagama.

      Dunia ini selalu membuat manusia tidak keruan hidupnya. Semoga kita selalu dilindungi Alah SWT dalam aman damai dan sejahtera.

      Terima kasih Muhammad Rivai atas kunjungan dan salam sukses. 🙂

  3. dan hati yang merdeka
    jiwa yang merdeka
    pikiran yang merdeka
    tubuh yang merdeka
    perasaan yang merdeka

    salam Merdeka dari Indonesia

    • Mudahan nikmat kemerdekaan yang dirasai kini akan terus kekal membumi di negara tercinta. Namun, siapa yang peduli rupanya masih banyak jiwa yang terjajah oleh budaya hedonisme yang semakin menular di dalam negara. Bila agaknya kita akan merdeka sepenuhnya, jiwa dan raga. Wallahu’alam.

      Terima kasih mas Ilyas dan semoga sukses selalu. 🙂

    • Iya, kedua-duanya dalam bulan Ogos tetapi berlainan tahun.

      Aamiin Ya Rabb. Mudahan kesejahteraan akan melingkungi dua negara seagama dan sejiran agar sentiasa aman tenteram kehidupannya.

      Terima kasih Anis dan salam manis. 🙂

  4. Assalamulaikum Wr Wb … Bu Siti … Selamat memperingati Hari Kemerdekaan Bangsamu .. Bendera Serawak dan Bendera Malaysia selalu dan senantiasa berdampingan seperti ‘induk dan anak… Semoga Selalu Berjaya. Aminnnn

    Wass … dari Kota Bertuah Pekanbaru … 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman Jaya….

      Bendera Kebangsaan Malaysia (Jalur Gemilang) merupakan bendera utama negara. Manakala 13 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan dalam negara Malaysia mempunyai bendera rasmi negeri masing-masing.

      Kedua bendera ini (JG dan bendera negeri) akan selalu digandingkan dalam apa juga acara di negeri masing-masing seperti ibu dan anak. Apakah di Indonesia juga mempunyai bendera khas untuk provinsi (negeri) masing-masing ?

      Terima kasih Soeman atas ucap selamat dan kunjungan.
      Salam sejahtera. 🙂

  5. Bismillah. Assalamu ‘alaikum ummiku yang di Rahmati Alloh

    semoga ummi dalam limpahan Rahmat dan perlindungan dari Alloh semata. aamiin
    ma’af ummi, ananda baru ada kesempatan menyapa ummi yng jauh dimata dekat dihati..

    berkat do’a dan kasih sayang dari ummi pula. Alhamdulillah, ananda telah meraih gelar ( 🙂 ) , bahagia rasanya ummi, senang sekali hati ananda.

    semoga segala salah dan khilaf ananda terampuni

    rindu aku pada ummi…

    ananda lagi proses dngn….. 🙂 ,
    ummi do’akan yah, semoga menjadi yang terbaik
    insya Alloh, akan ananda ceritakan kisah ini kelak, lucu dan menggelikan hehe,
    rindu berbagi bersama ummi, sambil senyam senyum depan komputer… (untung dah mengenakan cadar,, jd aman deh dari perhatian khalayak ramai.. )
    ananda syng ummi..
    salam rindu dan salam kangen dari Makassar..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, anakku Neni yang dirindui…

      Alhamdulillah, Umi sihat dan sejahtera. Didoakan neni dan… 🙂 sihat juga dengan kehidupan baru yang belum lagi Umi ketahui hujung pangkal ceritanya sama ada lucu atau menggelikan… hehehe, belum apa-apa umi dah ketawa geli hati… 😀

      Umi sentiasa menanti sapaan neni untuk mengkhabarkan cerita baru yang sudah lama tidak didengari khabarnya. Umi doakan pengajian Neni sukses dan cemerlang.

      Umi senang menerima perubahan yang berlaku kepada neni sekarang ini. Mudahan semuanya dilindungi dan dirahmati Allah SWT serta akan terus istiqamah dalam mentaati syariat Islam .

      Salam sayang dan rindu dari Umi buat Neni tersayang. 🙂

  6. Assalamualaikum Wr Wb

    Selamat hari kemerdekaan Malaysia… Semoga suatu saat nanti dapat berkunjung ke sana… 🙂 Wah meriah sekali hiasan rumahnya… Pas peringatan hari kemerdekaan Indonesia, kami juga memasang bendera di halaman rumah, meski cuma satu buah saja 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ditya…

      Aamiin Ya Rabb, saya mengalu-alukan hasrat baik Ditya untuk berkunjung ke Malaysia.

      Terima kasih atas ucapan buat Malaysia dan rakyatnya. Semoga dua negara saudara ini akan terus kekal aman dan sentosa dalam kemerdekaan yang telah didakap sekian lama untuk kemejadian bangsanya.

      Hehe… tidak apa Ditya, walau hanya satu bendera, kecil atau besar yang penting adalah semangat patriotik yang ditunjukkan bagi melahirkan rasa cinta yang tidak berbelah bagi.

      Salam ceria. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.