CT267. TETAMU MALAYSIA DI KEBUN DUNIA ELY

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

KebunElyFatima1TetamuMalaysia

*

PERTAMA KALI

Sebenarnya, inilah PERTAMA KALI saya mengikuti acara menulis seakan pertandingan (competiton) untuk merebut “hadiah” di dunia maya. Mbak Ely telah membuat saya melakar sejarah sendiri kerana mengikuti penulisan di blog mbak Ely. ๐Ÿ™‚

Hadiahnya sangat berharga bagi saya walaupun bukan berbentuk buku, telefon, wang atau sebagainya. Hadiah itu hanyalah SEKEPING POSKAD CANTIK DARI AUSTRIA yang bakal dihadiahkan oleh mbak Ely Meyer, nun jauh di Jerman.ย ย 

Untuk memperolehi POSKAD AUSTRIA ini, saya perlu bersaing dengan teman-teman pembaca di blog mbak Ely – DUNIA ELY – .ย 

Mengumpul poskad juga salah satu dari hobi saya di masa lalu sama ada dibeli sendiri atau kiriman dari kenalan dalam dan luar negara. Kini hobi tersebut tidak lagi dijalankan.

Oleh itu, peluang mengenali mbak Ely yang pemurah dan rajin berkongsi keindahan dari desa dongengnya di Jerman melalui posting-posting menarik yang dipaparkan dalam DUNIA ELY, mampu mencairkan hati saya untuk “merebut” salah satu dari 13 KARTU POS CANTIK DARI AUSTRIA yang disimpan untuk pembaca blog beliau.ย  ๐Ÿ˜€

*

KEBUN DUNIA ELY

ย Syarat mendapat POSKAD CANTIK DARI AUSTRIA itu, saya harus menjelajah Dunia Ely dan memilih satu posting yang menarik minat saya untuk dibincangkan. Tanpa banyak berfikir, saya terus mencari di ruang KATEGORI.

Dalam ingatan saya hanyalah BUNGA. Sebagai penggemar bunga terutama bunga Matahari dan Tulip, saya yakin mbak Ely telah banyak menulis tentang bunga-bunga yang beliau tanam di kebun beliau. Mbak Ely turut memberi tips menanam bunga dan memelihara bunga dengan baik. Saya mendapat banyak manfaat dari tulisan mbak Ely.

Melalui urutan ke 9, saya mengklik KEBUN DUNIA ELY yang mempunyai 11 postingan tentang apa yang ada di Kebun mbak Ely Meyer ini. Saya meneliti posting terbaru mbak Ely dari atas ke bawah sehingga mata saya terpaku pada posting yang tajuknya hanya mengandungi LIMA HURUF – TULIP.

Posting yang bertarikh 31 Mac 2014 tersebut benar-benar membuat hati saya bergetar, mata saya bersinar dan senyum saya mekar segar. Kenapa ?

Bunga TULIP merupakan bunga kegemaran saya setelah bunga Matahari. Malah saya memasang impian untuk mengunjungi KEUHENHOF (Kicthen Garden) yang dikenali sebagai GARDEN OF EUROPE.

KEUKENHOF, HOLLAND, NETHERLAND โ€“ adalah taman bunga kedua terbesar di dunia setelah DUBAI MIRACLE GARDEN. Keukenhof merupakan syurga bunga tulip yang berkembang cantik dengan pelbagai warna mengasyikkan. Saya teruja ingin duduk di dalam kembangan bunga Tulip itu. ๐Ÿ˜€

*

Keukenhof7

Sumber Googles : KEUHENHOF (Kicthen Garden), GARDEN OF EUROPE yang hanya dibuka pada musim bunga.

*

KUNJUNGAN TANPA UNDANGAN

Tulisan mbak Ely di TULIP tidak panjang.ย  Sangat ringkas, sekadar ingin menjelaskan apa yang beliau lakukan dalam dunia perkebunannya yang indah dan cantik tersebut. Foto-foto menarik yang banyak dipaparkan mampu membawa hati saya untuk terbang menjadi tetamu mbak Ely di sebuah desa dongeng di Jerman.

Saya seakan melihat diri saya disambut mesra oleh mbak Ely yang tentunya sangat terkejut dengan kunjungan saya yang tidak ada khabar beritanya.ย  Malah tidak diundang. Zoooop…. hadir di depan pintu begitu sahaja. ๐Ÿ˜€

Namun, mbak Ely yang sangat peramah dan sentiasa tersenyum, tetap melayani kunjungan saya dengan mesra. Saya memaklumkan kepada mbak Ely bahawa kunjungan saya adalah untuk melihat bunga-bunga tanaman beliau terutama tanaman BUNGA TULIP.

Sebelum saya di bawa melawat Kebun DUNIA ELY, mbak Ely sempat menjamu saya dengan masakannya yang enak dan menyelerakan iaitu Klepon (Snowballs), Kek Zebra, Bakso dan Bubur Sumsum.

Menurut mbak Ely, itulah antara masakan kegemaran beliau apabila rindu dengan kampung halamannya di Jawa Tengah, Indonesia. Saya sangat terharu dapat menikmati masakan mbak Ely dan dapat merasai kerinduan beliau yang jauh di rantau orang.

* KebunElyFatima2HidanganEly

*

TANAMAN TULIP DI DUNIA ELY

Selesai sembang santai sambil menyantap hidangan yang enak, mbak Ely membawa saya mengunjungi KEBUN DUNIA ELY. Hati saya bersorak ria apabila mbak Ely membawa saya ke halaman depan dan belakang rumah beliau untuk melihat hasil tanaman bunga yang sangat cantik, tersusun rapi dan indah berwarna warni.

Kerja tangan mbak Ely memang semuanya menjadi. Banyak sekali bungaannya. Ada bunga Lily, bunga Matahari (kegemaran saya), bunga Tagetes dan bunga Krokus yang berwarna warni. bila saya mendongak ke atas, terdapat juga bunga-bunga di luar jendelanya. Indah dan nyaman di jiwa saya menyaksikan tanaman bunga mbak Ely.

Ada yang bergantungan dalam pot seperti bunga Geranian merah atau Pink, bunga Petunia yang digantung di Gartenhaus (rumah kebun) dan juga di Pergola yang ada tepat di samping pintu dapur rumah Mbak Ely.

Di belakang garaj rumah mbak Ely terdapat kebun sayur yang cantik, sengaja dibuat empat kotak yang mengandungi tanaman sayura yang pelbagai jenis. Keseluruhan kebun sayur itu berukuran kurang lebih 4,5 M x 6 M. Mata saya tidak berkerdip melihat sayur dan poko rempah yang segar bugar.

Namun yang paling menarik perhatian saya adalah kembang Tulip yang sedang mekar. saya tidak tahu bahawa Tulip ini mengembangkan kelopak bunganya apabila mentari mulai bersinar terang. Apa yang saya lihat dari foto dan bunga palsu, kebanyakan bunga Tulip digambarkan MENGUNCUP- tertutup kelopak bunganya.

Saya jadi terpegun dan kagum dengan keindahan bunga Tulip yang terdapat di KEBUN DUNIA ELY. Mbak Ely pandai mendekorasikan tanamannya dengan susunan batas yang memanjang dan berpasangan. Saya jadi cemburu kerana belum mampu mewujudkan impian kebun bunga sendiri.

Saya menyukai Tulip berwarna kuning kerana dapat menyemarakkan alam yang terbentang dengan warnanya yang terang. Tulip Kaimana juga turut mengambil perhatian saya kerana di tengahnya ada warna kuning di samping kelopak merah yang menyerlahkan keindahannya dengan deduan hijau yang segar.

*

mbak Ely Tulip-Kaimana

Bunga Tulip Kaimana, salah satu tulip cantik di Kebun mbak Ely

*

Mbak Ely sangat akrab dengan bunga-bunganya. Mereka seperti sahabat yang tidak dapat dipisahkan kecuali apabila musimnya berakhir. Saya pasti mbak Ely tidak ingin untuk berpisah dengan bunga-bunga tanaman yang cantik tetapi terpaksa merelakan pemergian yang alamiah itu.

Terima kasih, mbak Ely, kunjungan maya yang dihasilkan melalui ketikan foto-foto cantik dari DUNIA ELY mudahan akan dapat direalisaikan suatu hari nanti.

Apabila saya berkesempatan (insya Allah) untuk berkunjung ke KEUKENHOF dan menjelajah negara Eropah yang lain bersama suami, pasti destinasi rumah mbak Ely di Jerman menjadi salah satu pilihan yang tidak akan dilupakan. Aamiin. ๐Ÿ™‚

*

JAWABAN BUAT MBAK ELY

Posting ini saya tulis khusus buat Mbak Ely bagi mengikuti tulisan beliau dalam 13 KARTU POS CANTIK DARI AUSTRIA BUAT PEMBACA DUNIA ELY.

Saya berhenti sejenak dan tersenyum untuk menulis kalimah ini yang menjadi SYARAT WAJIB untuk mengikuti perlumbaan di blog mbak Ely iaitu:

…yang pasti postingan harus diakhiri dengan kalimat…

โ€œKamu mau dikirimi kartu pos cantik dari Austria?โ€

(kalau boleh disertakan jawaban bagi soalan di atas, saya ingin menjawab …. YAAAA,ย  mbak Ely. Aamiin. ๐Ÿ˜€ )

*

Kerana saya dari Malaysia dan menulis dalam Bahasa Melayu (Malaysia), tentulah janggal apabila bercampur dengan Bahasa Indonesia.

hehehe…. alhamdulillah, sekurangnya saya sudah jadikan ia satu “kod” buat mengakhir posting ini, mbak Ely ? ๐Ÿ˜€

*

TulipFatima1TulipKayu

Bunga Tulip diperbuat dari kayu yang saya beli pada tahun 2001 di Padang Besar, Perlis. Kini usianya sudah 13 tahun. Masih cantik dan tidak rosak.

*

***************

SalamFatima3SalamFatima15 Julai 2014 (Selasa)/ 17 Ramadhan 1435H/1039 malamSarikei, Sarawak

AKU…. mengerti bahawa kedewasaan mengajar seseorang mengenal erti kehidupan. Kedewasaan pula mengajar seseorang berfikir dahulu sebelum membuat suatu keputusan. Keputusan hanya akan diambil apabila mengenal pasti bahawa apa yang bakal diputuskan itu tidak akan mengecewakan kita. Walau berat ia tetap harus ditempuh kerana kedewasaan menjadikan kita tabah dan sabar.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…. Di setiap saat, ingatilah Tuhanmu tidak pernah melupakan dirimu walau di mana engkau berada. Berdoalah, kerana Allah SWT sangat dekat denganmu. Wassalaam. ๐Ÿ™‚

*

*WarnaRinduFatima1Untukmu

KU SISIP NAMAMU DI SETIAP KELOPAK TULIP

 

*

47 thoughts on “CT267. TETAMU MALAYSIA DI KEBUN DUNIA ELY

  1. ahai…kak telah terbakar juga dengan pesona pedesaan Jerman..
    aku beruntung sudah dapat satu postcard di periode pertama, insya Allah ikut lagi..
    tak apa kita bersaing kan kak he..he..

    • Hehehe…. wah, beruntungnya Monda sudah dapat satu dari mbak Ely. Di period pertama dulu, akak tidak ikut serta kerana tidak tahu. Alhamdulillah, mbak Ely sudah maklumi awal, jadi akak mencuba. Mana tahu rezeki ramadhan tahun ini, kan.

      Silakan mbak Monda, bersaing itu melahirkan hidup sihat. Kita pasti akan senang kerana berkongsi ide dan pengalaman. Kita biarkan mbak Ely jadi jurinya. ๐Ÿ™‚

      Terima kasih atas kunjungan yang menyenangkan di awal posting ini.
      Salam semanis kurma. ๐Ÿ™‚

  2. Assalamualaikum bunda fatimah,
    ternyata post card dari dunia ely pun akan terbang menuju Malaysia, mudah-mudahan ya bunda, dapat card yang cantik.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….

      Aamiin Ya Rabb, mudahan mbak. Itukan semuanya rezeki Allah yang menentukan. Pilihannya pada mbak Ely kerana ramai juga yang ikut serta. Saya hanya mencuba buat kali pertama dalam penulisan seperti ini.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam semanis kurma. ๐Ÿ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb anakku Neni sayang…

      Memang cantik menawan. Umi ingin melihat bunga itu secara “live” suatu hari nanti.
      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Mudahan doa Neni diperkenankan Allah SWT. Didoakan Neni juga sihat dan sukses di sana.

      Oh ya, Uvi sudah menyapa Umi di sini. Neni bacalah di komentar Neni di posting sebelumnya. Ada doa dari Uvi buat Neni. ๐Ÿ™‚

      Salam rindu dan sayang selalu dari Umi. ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

  3. Selamat pagi mbak Siti,

    hati saya sumrinangah membaca postingan di atas, aneka warna soalnya ๐Ÿ™‚

    Semoga impianny aberkunjung ke Keukenhof suatu hari nanti terwujud ya mbak ๐Ÿ™‚

    Iya saya memang suka bunga mbak, termasuk tulip, beruntung diberi kesempatan buat berkebun dan bercengkerama dengan aneka bunga dan tanaman lainnya ๐Ÿ™‚

    itu tulip dari kayu keren juga ya mbak, belum pernah melihat soalnya ๐Ÿ™‚

    Oh ya, itu kalimat buat mengakhiri postingan โ€œKamu mau dikirimi kartu pos cantik dari Austria?โ€ belum bisa diklik mbak karena belum disertai link hidup, soalnya semua yang ikut melakukan hal serupa, agar sama , terima kasih ๐Ÿ™‚

    Sama sama mbak, terima kasih banyak sudah ikutan ๐Ÿ™‚

    Salam manis dari desa dongeng ๐Ÿ™‚

    • Allahu Akbar, di sana pagi ya mbak Ely. Di sini sudah petang mbak. Tentu masih lama lagi mahu berbuka puasa. kalau musim sejuk, apakah siangnya lebih anjang dari malam, mbak ?

      Saya senang dapat menikmati Kebun mbak Ely. sangat cantik dan membuat saya cemburu, mbak. Dulu saya banyak menanam bunga Matahari di halaman rumah. sangat cantik sekali malah lebih tinggi dari saya. memang bahagia hati kita apabila melihat hasil kerja sendiri. Salu ya, mbak.

      Tulip dari kayu itu memang cantik kalau digabungkan dalam pelbagai warna. tetapi saya hanya mampu membeli beberapa kuntuk di atas kerana harganya sangat mahal.

      Terima kasih sudah memaklumkan kesilapan link yang tidak dipasang. Mungkin kurang memahami maksud dalam bahasa Indonesia yang mbak gunakan. (seperti memberi alasan sahaja ni). ๐Ÿ˜€

      Salam manis kembali mbak dan terima kasih lagi kerana mahu menerima penyertaan hasil pertama dari saya buat GA, mbak Ely di Jerman. ๐Ÿ™‚

      • Kalau musim dingin siangnya pendek mbak, Fajar bisa jam 6 – 7 pagi, Maghribnya jam 4 – 5 sore ๐Ÿ™‚

        Memang sekarang nggak menanam bunga matahari lagi mbak? ๐Ÿ™„

        Bisa dimaklumi jika harganya mahal mbak,namun bisa dinikmati sepanjang masa ya.

        Bisa dimengerti kok mbak, hihihi … nggak juga ๐Ÿ™‚

        Sama sama mbak, terima kasih kembali.

        Salam semanis madu dari desa dongeng ๐Ÿ˜€

        • Oh begitu, untunglah kalau bulan Ramadhannya jatuh pada musim dingin. Kalau musim panas, amat menguji iman kerana masanya yang panjang.

          Sudah tidak lagi mbak kerana tidak ada waktu senggang yang panjang untuk berkebun seperti dulu. waktu kerja saya hanya setengah hari sahaja. Sekarang ini sudah sampai ke petang. Sangat penat dan tidak cukup rehat. ๐Ÿ˜€

          Dulu, halaman rumah saya dipenuhi tanaman bunga-bungaan sama ada atas tanah, dalam pasu atau pot gantung. Semuanya hanya tinggal kenangan. Mungkin beberapa waktu ke depan, akan diusahakan lagi. Mudahan. ๐Ÿ™‚

          Terima kasih mbak, rasanya Jerman dan Malaysia terasa dekat melalui komentar ini….hehehe.

          Selamat berbuka puasa. Mungkin sekarang sudah masuk waktu berbuka di sana, mbak. Di sini saat saya membalas komentar mbak, sedang jam 4.08 pm.

          Salam semanis kurma buat mbak Ely yang jauh. ๐Ÿ™‚

  4. Hi siti..
    bagus sekali postinganya semua diulas terinci.
    plus sampai ke tanggalnya juga.
    Semoga berjodoh dengan postcard dari mbak EL ya mbak Siti.
    Aku juga sering dapat postcard dr berbagai negara dari sabat blog..

    • Terima kasih mbak Ria.. Posting mbak juga bagus tentang Kincir Angin Jerman. Mudahan kita dapat memanfaatkan tulisan kita untuk menjadi lebih baik dalam menyebarkan informasi.

      Wah, untung mbak Ria sudah banyak dapat poskad dari teman blogger. Salut ya, mbak. Terima kasih sudah berkunjung kemari dan senang menerima komentarnya.

      Salam sejahtera dan ceria selalu. ๐Ÿ™‚

  5. Assalamualaikum,
    bunga tulip memang cantik nan menawan…melihatnya..serasa ingin segera beranjak menuju negeri kincir angin “Holland” untuk melihat langsung keindahan bunga tulip…,
    awet juga bunga tulip dari kayu-nya…13 tahun..sungguh usia yang terawat dengan baik…
    selamat berlomba ya..semoga menjadi salah satu pemenang…
    keep happy blogging always..salam dari Indonesia – makassar ๐Ÿ™‚

    • Wa’alaikum wr.wb, mas Hariyanto….

      Bunga Tulip memang cantik dan menawan hati tiap yang memandang. Tanaman yang dapat disusun kemas, selaras tinggi dan berwarna warni menjadikan Bunga Tulip mempunyai ciri khas tersendiri sehingga dijadikan tanaman hiasan di taman atau di halaman rumah.

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Jika ada rezeki, mudahan diperkenankan Allah SWT. aamiin.

      Terima kasih mas Hariyanto atas kunjungan.
      Salam hormat. ๐Ÿ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra Kesuma….

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Mudahan ada rezekinya jika dipilih mbak Ely. ๐Ÿ™‚
      Terima kasih atas kunjungan dan sokongannya.

      Salam hormat. ๐Ÿ™‚

  6. bunganya bagus bagus kok. dari jerman lagi?

    ehmm.. pernah ke jerman langsung untuk melihat lihat kebun bunganya?

    ahaaaaa…. salam blogwalking… oya katanya orang malaysia. kok bisa bahasa indonesia?

    • Setakat ini, belum pernah ke Jerman. Insya Allah, impian ke sana sudah dalam senarai buku impian dalam menjelajah negara-negara Eropah di masa akan datang.

      Saya memang anak jati Malaysia tetapi menjalari dunia blogger Indonesia sudah hampir 6 tahun. Mungkin ini kesan dari silaturahmi yang meningkatkan penggunaan bahasa Indonesia tersebut. ๐Ÿ˜€

      Salam kenal dan terima kasih saudara Muhammad sudah berkunjung perdana di LMGS G2.

  7. Wanita identik dengan bunga. Saya kurang suka bunga, tapi kalau diajak pergi Keukenhof, Holland atau ke Dubai Miracle Garden, mau bangeet :mrgreen:

    Semoga Bunda Siti menjadi salah satu yang beruntung mendapatkan kartu pos cantik dari austria.

    • Lelaki memang kurang menyukai bunga kerana itu sifat semulajadinya berbanding wanita. namun sebaliknya mereka suka melihat bunga-bungaan sambil menikmati keindahannya, ๐Ÿ™‚

      Aamiin… terima kasih atas doanya, nanda Dedekusn.
      Salam ceria di Ramadhan yang mulia. ๐Ÿ™‚

  8. Assalamu’alaikum..
    moga sukses ya GA yg di ikuti. Dan mendapatkan postcard cantiknya.
    Rasanya senang banget dapat postcard dr negeri nun jauh di sana
    selamat berlomba ๐Ÿ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Anis Khoiriyah…

      Aamiin Ya Rabb. Memang menyenangkan kerana poskad dari egara luar sedemikian tidak dijual di negara kita. Selain itu silaturahmi juga terjalin erat melalui cara ini.

      Terima kasih atas kunjungan perdana Ani ke mari. Salam Ramadhan yang mulia dan salam kenal. ๐Ÿ™‚

  9. Assalamualaikum Mbak Fatimah ๐Ÿ™‚
    Foto-foto di Dunia Ely, entah kebun atau landscape selalu mempesona ya Mbak. Aku juga tiap berkunjung ke sana terhibur deh mata dan hati ๐Ÿ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi….

      Iya mbak, benar sekali. Jika bertandang ke Dunia Ely serasa kita dibawa terus masuk ke kebunnya sambil menikmati keindahan yang ditatahias begitu cantik dan tersusun rapi. Saya mendapat banyak manfaat terutama penanaman bunga dari ide dan tips mbak Ely.

      Terima kasih atas kunjungan mbak Evi yang sudah lama tidak bersilaturahmi kemari. Salam semanis gula aren buat mbak Evi dan selamat berbuka puasa. ๐Ÿ™‚

  10. Assalamu’alaikum Bu Fatima
    Saya malah belum tahu kalau mbak Elly mengadakan acara seperti itu, maklum sejak awal ramadhan saya tidak blogwalking sama sekali. Semua tercurah untuk memaksimalkan waktu ramadhan yang mulia.

    Saya juga senang berkunjung dan membaca detail tulisan mbak Elly Meyyer, bahkan saya juga pernah menulis postingan khusus untuk Dunia Elly.

    Semoga ini semua menjadi sebuah jalinan silaturahim yang indah yang berbonus banyak hal kebaikan.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang Pakies…

      GA ini masih belum ditutup dan terbuka sehingga dimaklumi mbak Ely tarikhnya. Silakan Kang Pakies menyertai GA tersebut sebagai merai silaturahmi dengan Mbak Ely. Pasti mbak Ely senang dengan penglibatan dari Kang pakies juga kerana sudah lama kenal dan pernah menulis tentang beliau.

      Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan terutama di hujung Ramadhan dengan aktiviti yang bermanfaat. Terima kasih sudah berkunjung dan selamat berbuka puasa dengan gembira.

      Salam hormat dan sejahtera. ๐Ÿ™‚

  11. wah, saya jadi bingung ingin kasih komentar untuk tulisan ini…karena saking terlenanya menikmati alur ..

    saya hanya bisa berucap..selamat mengikuti “perlombaannya” , mudah2an satu poskad sampai di depan pintu mbak Siti.

    salam hangat selalu dari Sintang..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb KF….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Semoga berjaya dengan harapan yang tinggi. Jika sebaliknya, harus bersyukur dan bertanding lagi di kemudian hari.

      Terima kasih dan salam sehajtera. ๐Ÿ™‚

  12. Selamat pagi mbak Siti,

    Saya ingin memberitahu nih, kalau kamu termasuk yang dapat kiriman kartu pos cantik dari Austria , besok sore mulai pukul 16.00 waktu Indonesia, akan dipajang kartu posnya di Dunia Ely , silahkan milih postcard yang kamu suka ya mbak, terima kasih ๐Ÿ™‚

    • Selamat Petang mbak Ely….

      Alhamdulillah wa Syukrulillah, segala puji bagi Allah atas kurniaan nikmat-Nya ini.

      Dengan suka cita dan rasa bahagia saya ucapkan terima kasih kepada mbak Ely atas pemilihan saya untuk menerima kartu pos cantik dari Austria. Sepanjang hari ini dan tentunya sampai kartu itu kepada saya telah membuat saya tersenyum senang. ๐Ÿ™‚

      Semoga Allah SWT mengurnia rahmat kebahagiaan dan rezeki melimpah atas kebaikan dan susah payah mbak Ely dan keluarga di Jerman.

      Salam semanis kurma. ๐Ÿ™‚

    • Kalau sekarang sudah petang Jumaat mbak. Saya akan check dari semasa ke semasa.
      Terima kasih sekali lagi mbak Ely atas makluman yang indah ini. Kiranya ini hadiah hari raya dari Jerman ya, mbak. ๐Ÿ˜€

  13. Pingback: 58 Kartu Pos Cantik Dari Eropa Buat Pembaca Dunia Ely

  14. Pingback: CT285. POSKAD DARI JERMAN | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.