CT243. JADILAH WANITA PALING CANTIK DI DUNIA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

CantikFatima1PalingCantikDiDunia

*

 MAHU JADI CANTIK ?

Saya juga mahu jadi cantik dan selalu mahu kelihatan cantik lahir dan batin. Saya yakin, semua wanita mahu jadi cantik. 

Bukan cantik biasa tapi cantik luar biasa. Bukan sekadar wanita yang paling cantik di tempat kerja, di kampung, di daerah atau di negara kita sahaja, tetapi wanita yang paling cantik di dunia.

Malah lelaki juga mahu wanita yang ada di sekelilingnya kelihatan cantik. 

Cantik bukan sekadar pada bentuk fizik atau rupa paras semata tetapi yang mengesankan adalah kecantikan dalaman yang mampu menyerlah kecantikan luarannya. Kecantikan rohani menyemarak wangi kecantikan lahiriahnya.

Cantik itu juga harus disertai dengan kecerdikan dan kecerdasan akal. Jadilah wanita yang terpelajar, berwawasan dan berilmu. Dengan ilmu, kecantikan diri akan lebih terserlah hasil dari tempias cahaya keilmuan yang memukau.

cintaillahi2

*

BAGAIMANA ISLAM MENILAI YANG CANTIK ?

Islam mempunyai nilaian indah terhadap maksud cantik kepada wanita muslimah. Islam menilai cantik bukan kepada luaran bentuk badannya tetapi lebih memberat kepada cantik rohani yang mengangkat martabat wanita pada kedudukan yang selayaknya diungguli sebagai wanita muslimah.

Wanita yang dipelihara segala kehidupannya dengan kemuliaan melalui syariat. Dialah wanita yang tercantik di dunia kerana menghiasi kecantikan dirinya dengan takwa kepada Allah.  Subhanallah.

Kerana itu kita harus berbangga menjadikan Siti Asiah, Siti Mariam, Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Fatimah, Atikah, Ummu Sulaim dan ramai lagi sebagai contoh teladan dalam kehidupan bersyariat.

Mereka takutkan Allah disebabkan iman yang melekat kuat di jiwa sedangkan mereka dikurniakan kecantikan lahiriah yang dikagumi oleh semua kaum lelaki di zaman mereka.

Mereka memelihara kehormatan diri dari segala kemaksiatan mata dan kemungkaran hati. Mereka sentiasa tegas dalam mendalami ajaran Islam yang disyariatkan tanpa merasa susah untuk melaksanakannya.

Malah redha dan ikhlas penuh kerelaan tanpa berbelah bagi. Kepintaran akal membuat jiwa mereka cantik lahir dan batin. Itulah cantik sejati. Saya sangat mengkagumi mereka dan menjadikan mereka sumber inspirasi dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.

*

“Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai yang indah. Murah hati dan menyukai kemurahatian. Menyukai akhlak yang luhur dan membenci akhlak yang rendah.” –  (HR. Al-Baihaqi)

*

aurat wanita

*

PERMATA YANG BERNILAI

Tidak dinafikan apa yang cantik akan menjadi rebutan dan siulan. Apa yang indah akan selalu ditatapi dengan renungan yang dalam. Sesuatu yang cantik dan indah jika dikendali dengan ilmu dan kebijakan tentu sekali akan sangat bernilai tinggi.

Ia disimpan di tempat yang kukuh sehingga tidak ada sesiapa yang dapat menyentuh dengan sesuka hati. Ia akan digilap penuh perasaan, dipelihara penuh tanggungjawab dan dikaca dengan penghargaan yang tidak terperi.

Demikianlah jika yang cantik itu diberi penghargaan yang seindahnya. Oleh itu hargailah kecantikan diri dalam kesempurnaan kejadian Allah yang sangat unik dari kejadian lelaki yang memuja dan mengkaguminya.

Ibarat emas yang tersimpan di dalam lombong yang kelam di perut bumi. Ibarat mutiara yang bersemayam di istana sang tiram di kelilingi lautan air yang bergelombang. Ibarat berlian yang membenam di bumi paling dalam untuk diterokai.

Bahkan, ibarat bintang gemini yang bergemerlapan jauh di langit tinggi. Cantik dan indah, namun sukar dicari dan dicapai jika tidak dengan kesungguhan hati.

Demikianlah seorang wanita yang mahu kecantikan dirinya dihargai, tentu sekali akan menjaga diri untuk diteladani dan dicemburui.

*

PesanFatima

KEPADA WANITA MUSLIMAH

……. yang redha menjadikan Allah swt sebagai Rabbnya, Rasulullah saw sebagai suri teladannya dan Islam sebagai agama anutan yang diyakininya, maka selimutilah seluruh jiwamu dengan pakaian takwa dan  selubung malu agar engkau terhindar dari sebarang kerosakan lahiriah dan rohaniah.

Dunia hari ini tidak pernah mempedulikan siapakah engkau yang berjalan di atasnya. Maka bekalan iman menjadi keutamaanmu dalam menyelusuri kehidupan ini. Berbanggalah dengan pakaian takwa di tubuhmu kerana itulah pakaian yang disukai Allah SWT.

Setelah engkau sanggup berikrar bahawa “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah”, apakah engkau masih mampu untuk melanggar perjanjian ikrarmu itu ? Jauhilah dirimu dari sifat-sifat wanita barat yang mewarisi segala sifat-sifat wanita zaman jahiliah.

Mereka “berpakaian tetapi bertelanjang” iaitu membuka segala kecantikan peribadi yang sepatutnya menjadi kebanggaan dan hanya direnungi penuh nafsu oleh yang berhak atas dirinya bukan ditelanjangi oleh sesiapa sahaja dengan mata yang tidak mengenal dosa. Malah berbangga mempamerkannya di mata dunia dan diratah pandang oleh lelaki yang bermata keranjang.  Astaghfirullah.

jaga aurat

*

BARAT YANG MEROSAKKAN

Bertaubatlah agar kecantikan peribadi muslimahmu akan terserlah menyinari dunia kehidupanmu. Janganlah engkau tertipu dengan Barat dan model kehidupannya. Semuanya hanyalah bayangan “fatamorgana” yang menipu daya silau matamu.

Mereka tidak akan berhenti dan berputus asa untuk merosak dan menghura hara keperibadian muslimahmu untuk menurut segala telunjuk nafsu yang mengarah kepada kemaksiatan dan kemungkaran.

Lepaskan seluruh pakaian kebiadaban milik mereka dari tubuhmu. Ayuh… selubungkan kesucian peribadimu mulai saat ini dengan pakaian iman yang murni setulus hati kepada Allah saw tanpa berbelah bagi. Kesannya, engkau akan menjadi wanita muslimah  yang paling cantik peribadinya di dunia fana dan di dunia abadi.

Sedarilah kehidupan ini sangat pendek dan memerlukan kebijaksanaan akal untuk melaluinya.

Berusahalah kembali ke jalan yang lurus dan benar, selagi denyut jantungmu masih mengalun irama kesegaran hidup. Selagi nafasmu belum mengisyaratkan lampu merah, maka segalanya masih terbuka untuk menuju pintu keinsafan.  

Jangan habiskan sisa umurmu dengan perbuatan yang sia-sia. Jangan lazatkan nafsumu dengan memuaskan kehendaknya. Jangan biarkan waktu kehabisan minyak manfaatnya. ENGKAU AKAN JADI WANITA YANG PALING RUGI DI DUNIA INI. Rebutlah peluang yang masih berbaki sebelum

RUMAH KATA PERGI KUBUR KATA MARI

*

harapanhatiFatima

KEPADA KAUM LELAKI

Anda adalah pemimpin dan bertanggungjawab dengan pimpinan anda. Anda adalah ketua dalam keluarga. Jika anda seorang suami, didiklah isteri dengan baik dan berhikmah. Jika anda seorang ayah, ajarilah anak-anak dengan tegas dan tabah.

Jika anda seorang abang, pandukan adik perempaun dengan sabar dan sayang. Dunia dan akhirat berkumpul dalam kebijaksanaanmu dalam mengendalikan wanita yang paling cantik (akhlak)-nya di dunia dan di akhirat.

Bimbinglah kami menuju jalan Tuhanmu yang akan meredhai kami untuk menjadi pewaris umat Muhammad di muka bumi. Semoga Allah juga redha padamu. Aamiin.

*

pesonafatima4ku

 *

***************

SalamFatima3SalamFatima22 April 2014 (Selasa)/  22 Jamadil Akhir 1435H/ 9.46 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. jadi mengerti tentang diriku sendiri. Sekuntum senyum mengembang dalam aliran rasa. Perlukah kita menangis kerana segaris luka yang dilemparkan buat membuka duka ? Dewasakan diri untuk semua yang tidak terfikir akan terjadi. Bila Allah menguji manusia, tidak ada apa yang dapat menghalangi. Hanya perlu bersihkan hati lalu di zikir nama Ilahi. Rahsia apakah yang diam dalam kedewasaannya.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…. segala sesuatu dalam kehidupan ini dapat dikerjakan,  dapat didoakan. Jangan mudah berputus asa kerana semua keputusan atas pilihan sendiri untuk menjadi apa yang kita inginkan. Semoga berbahagia dan berjaya. Wassalaam. 🙂

*

*

CINTAKU… MENGKAGUMI DENGAN HATI BUKAN DENGAN FIKIRAN

*

21 thoughts on “CT243. JADILAH WANITA PALING CANTIK DI DUNIA

  1. Salam Takzim
    Cantik sekali tulisannya bunda. Semoga saya belalu bisa menjaga sanak keluarga saya untuk selalu berbuat baik kepada sesama.
    Salam Takzim Batavusqu

    • Salam hormat Kang Zipoer….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Saya doakan semoga semuanya selalu berbuat baik dan dilimpahi Allah SWT dengan barakah-NYA.

      Terima kasih Kang atas kunjungannya.
      Salam takzim kembali. 😀

  2. Assalamu ‘alaikum wr. wb. umiku syng

    Terima kasih telah menghadiah i neni tulisan ini,
    sebagai nasehat buat neni secara pribadi
    rasanya, sngt rindu untuk terus diberi nasehat dari ummi
    sehari tanpa ada nasehat, hidup kurng bermakna 🙂

    Semoga aku, ummi dan seluruh kaum muslimah, dapat memahami kodrat yang sebenarnya sebagai seorang wanita, dan mengapa kita diciptakan sebagai seorang wanita..

    semuanya telah Alloh dan Rolulullah paparkan dalam al-qur’an dan as-sunnah, sisa kita mencari dan terus belajar untuk memahami ‘ilmu tersebut yng terdapat di dala al-qur’an dan as-sunnah ^_^

    salam sayang dan salam rindu selalu buat ummi

    salam semanis kurma dari makassar 😉

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, anakku Neni sayang….

      Alhamdulillah, senang Neni menyukai tulisan Umi ini. Mudahan bisa dijadikan panduan dan petunjuk untuk terus istiqamah dalam mengikut sunnah dan syariat sebaa tanda cintakan Allah dan rasul-NYA.

      Iya, nanti Umi akan selalu menasihati Neni lagi dengan tanda kasih Umi untuk kemenjadian muslimah solehah.

      Marilah bersama mengajak teman dan keluarga untuk selalu menutup aurat dan menjaga ketrampilan diri sebagai muslimah yang dipelihara Allah dengan secantik-cantiknya.

      Sepatutnya, wanita muslimah tidak malu untuk berpakaian mengikut yang disyariatkan. malah berbangga dapat mempamerkan pakaian yang disukai Allah SWt sebagai tanda bersyukur atas nikmat-NYA.

      Hanya sabar dan cinta sejati sahaja yang mampu membuat kita dapat mengikut kehendak yang dicinta. Mudahan cinta kita kepada Allah adalah cinta sejati dan hakiki.

      Salam sayang selalu dari Umi. Hmmm… kenapa ambil salam semanis kurma Umi itu. Neni kan selalu guna salam semanis gula. 🙂

      Rindu selalu dari Umi buat Neni. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….

      Aamiin Ya Rabb, saya doakan mbak memperolehi apa yang diharapkan dari Ilahi. Insya Allah, semua yang baik akan dibalas baik oleh Allah, malah diberi ganjaran dengan awal niat tersebut.

      Terima kasih mbak atas kunjungan.
      Salam manis selalu. 😀

  3. Assalamu’alaikumu wr.wb.

    Apa kabar, Mbak Fatimah, agak lama neh saya tak berkunjung kemari. Saat berkunjung, ee menemukan artikel yang sangat bermanfaat ini.

    Betapa tidak, secantik seperti apa pun fisik seorang wanita, setampan apa pun seorang pria dari segi fisiknya, bila ruhaninya tidak cantik, maka akan membosankan bagi banyak orang, apalagi di hadapan Tuhan.

    Tentu berbeda dengan orang yang cantik ruhaminya. Kecantikan ruhaninya akan melahirkan akhlak yang baik.

    Nah, akhlak yang baik inilah yang membuat wajah seseorang menjadi menyenangkan, ucapan seseorang menjadi baik dan membahagiakan, perilaku seseorang menjadikan orang lain ingin dekat dan nyaman bersamanya.

    Semoga kita termasuk orang yang cantik ruhaninya.

    Salam dari Jogjakarta.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazet…..

      Alhamdulillah, saya sihat. Didoakan mas Amazzet juga demikian sama bersama keluarga di sana. Aamiin.

      Kita berharap para muslimah akan selalu sabar dalam menuruti perintah Allah SWT. Walaupun perintah Allah SWT dalam urusan menjaga kehormatan muslimah dilihat ketat dan banyak peraturannya, namun muslimah harus bersyukur diganjari Allah SWT dengan pahala yang besar dan hebat.

      Tetapi, berapa ramai muslimah yang sanggup bersusah payah menjaga syariatnya. Ramai yang tikda menepati penutupan aurat menurut yang disarankan di dalam surah al-Nisa’ tersebut.

      Allahu Akbar, malah semasa menunaikan haji dan umrah juga ramai jemaah hajjah yang tidak menjaga aurat mereka dengan baik.

      Semoga akhlak yang baik melalui penyucian rohani yang mantap akan melahirkan sifat terpuji dalam diri muslimah agar dapat diteladani. Begitu juga kaum lelaki yang sepatutnya tahu bagaimana mengurus keluarganya.

      Terima kasih mas Amazzet atas kunjungan yang mencerahkan.
      Salam hormat takzim. 😀

  4. cara islm menilai wanita cntik itu dengan cara,,
    dia menutupi auratbnya dengn penuh ikhlas maka akan terpancarnya aura,
    rajin beribadah dn sopan santun..
    itu udah jadi wanita idaman para lelaki 😉
    terimakasih 😀

    • iya benar, Islam sudah cukup sopan mempromosikan kecantikan wanita dengan cara tersendiri sehingga dianggap sebagai hiasan dunia.

      Namun sedihnya, banyak wanita Islam yang tidak mempedulikan apa yang menjadi kesukaan Allah SWT dalam melindungi wanita dari ancaman nafsu dan godaan dunia.

      Terima kasih atas komentar dan kunjungannya.
      Salam sejahtera dan semoa dimurahkan rezeki. Aamiin. 🙂

  5. Assalamualaikum w.b.t ustazah. Alhamdulillah melalui penulisan ustazah di ruang yang bertajuk “Jadilah Wanita Paling Cantik di Dunia”. Ia sangat memberikan inspirasi kepada saya untuk menjadi wanita yang paling cantik dalam sudut pandangan Islam dan wanita yang akan disayangi oleh Allah s.w.t. Subhanallah. Begitu indah sekali perkara yang ustazah kongsikan untuk menjadi seorang wanita yang cantik sepertimana yang diinginkan oleh agama Islam dan berlandaskan tuntutan Allah s.w.t.

    Dalam menjadi seorang Wanita yang cantik, ia bukanlah berpandukan kepada luaran fizikal sahaja, namun Islam amat mementingkan kecantikan dalaman iaitu dari segi akhlaknya, menjaga kehormatan diri, maruah diri dan keluarga dan sentiasa berusaha menjauhkan diri daripada terjebak dengan kemaksiatan dunia.

    Selain itu, sebagai seorang wanita Islam, kita seharusnya berpakaian mengikut tuntutan Islam iaitu berlandaskan empat syarat utama iaitu yang pertama tidak menampakkan warna kulit. Selain itu, pakaian juga tidak boleh menampakkan bentuk tubuh badan. Hal ini sering kita lihat pada zaman sekarang ada wanita yang bertudung terlalu ikut dengan zaman peredaran iaitu kemodenan dalam berfesyen sehingga sanggup menampakkan bentuk tubuh badan demi hendak mengikut ‘trend’ terkini. Cara berpakaian sebegini bukanlah satu cara yang menjadikan kita seorang wanita yang cantik, malah ia merupakan sesuatu yang dilarang oleh Allah s.w.t dalam etika berpakaian dalam Islam. Seterusnya, kita seharusnya bersederhana dalam berpakaian agar tidak menarik perhatian lelaki yang bukan mahram kerana perkara tersebut merupakan satu titik terjadinya kemaksiatan. Akhir sekali, sebagai seorang wanita Islam yang cantik, keterlaluan dalam wangian bukanlah cara untuk menjadi wanita yang paling cantik. Hal ini kerana ianya juga akan menarik perhatian lelaki kerana mereka akan terpikat dan tertarik dengan wangian yang ada pada kita.

    Kesimpulannya, untuk menjadi wanita yang paling cantik di dunia, ianya bukan hanya memandang luaran sahaja, namun kecantikan yang ada di dalam hati merupakan perkara yag penting untuk menjadi seorang wanita yang cantik di sisi Islam. Oleh itu, dengan adanya penulisan ustazah ini, ia sangat memberi tips kepada saya untuk menjadi seorang wanita yang cantik di sisi Islam serta meningkatkan semangat saya untuk terus istiqamah dalam menjaga aurat saya dengan lebih baik, mengikhlaskan hati dalam semua perkara serta menjaga hati daripada perkara maksiat. Semoga kita semua yang bergelar wanita Islam akan menjadi wanita yang paling cantik di dunia di sudut agama Islam sekaligus dapat menjadi wanita solehah untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Inshaa Allah.

    الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
    Maksudnya: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”‏
    Riwayat Muslim (715)

    NUR IZYAN SYAZIANA BINTI USOP
    PISMP PA SK(2) JUN 2020
    SEMESTER 1 TAHUN 2
    IPG KAMPUS BATU LINTANG

  6. Assalamualaikum ustazah. Alhamdulillah melalui penulisan ustazah yang bertajuk “Jadilah Wanita Paling Cantik di Dunia”, banyak input penting yang saya perolehi. Ia sangat memberikan kesan yang mendalam kepada saya untuk menjadi wanita yang paling cantik dan dihormati dalam agama Islam. Penulisan ustazah memperlihatkan betapa indahnya ajaran Islam, agama yang tidak memandang rupa paras dan bentuk badan sebagai standard kecantikan. Malah agama kita telah mengajar bahawa akhlak yang mulia lebih penting dan patut untuk dijadikan standard kecantikan kerana dengan akhlak kitalah yang membawa kepada kemuliaan seseorang wanita itu.

    Sepatutnya kita bersyukur dengan rupa paras yang diberikan oleh Allah kerana semestinya setiap ciptaan Allah itu sempurna disisi-Nya. Kadang-kadang, wujud juga rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain. Dan seringkali juga wujud segelintir wanita yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik. Kita tidak boleh lupa bahawa ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.

    Hal ini mengajar saya untuk sentiasa beringat untuk bersifat malu dalam diri. Seorang wanita solehah perlu menyulamkan dirinya dengan perasaan malu dan berederhana ketika bertutur apatah lagi ketika berpakaian .Pakaian dan tatatertib semasa bertutur juga telah diajar oleh agama Islam bagi memastikan setiap apa yang dilakukan oleh wanita muslimah khususnya sentiasa kelihatan indah. Hal ini juga semestinya hanya memperoleh kebaikan jika kita mengamalkannya. Oleh kerana tiada sifat malu ini lah perkara-perkara buruk dan negatif seperti ini berleluasa, maka telah menjadi tugas dan kewajipan seorang wanita muslim itu untuk membataskan diri dengan menanamkan sifat malu yang tebal dalam diri kita.

    Oleh kerana itu, sentiasalah mengingatkan diri kita untuk membina benteng keimanan dalam diri kita, jadikanlah sifat malu itu sebagai perisai diri , hiasilah diri dengan akhlak yang menawan dan keperibadian yang anggun.Semoga kita semua akan tergolong dalam kalangan wanita solehah yang sejati …insyaAllah.

    SOFIAH INSYIRAH BINTI ZULKEFLI
    PA SK(2) PISMP JUN 2020
    SEMESTER 1 TAHUN 2
    IPG KAMPUS BATU LINTANG

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.