CT193. PEMILIK CANON EOS 650D

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

CanonFatima1EOS650D

Aku memiliki kamera peribadi pertama ketika di sekolah menengah (SMK SHOAW, Matang, Kuching). Harganya tidak sampai RM100. Bagaimana aku dapat membeli kamera tersebut, aku sudah lupa. πŸ˜€ Walaupun murah, cukuplah sekadar dapat mengambil gambar sebagai kenangan di kemudian hari.

Saat meneliti foto-foto semasa di sekolah menengah, banyak yang kabur dari yang terang. Sudut pengambilannya “entah apa-apa”. Wajah-wajah di dalam foto kelihatan pucat walau senyuman yang dihidang semanis gula. Yang penting klik dan foto itu berhasil. Aku ketawa menatap foto-foto yang sudah berusia hampir 30 tahun itu. Banyak nostalgia yang tercatat melalui kertas cetak warna yang menggunakan filem gulung.

Semasa di universiti, aku membeli kamera baru. Harga tetap murah. Maklumlah, semasa belajar mana ada wang banyak. Hanya mengharap kiriman orang tua dan pinjaman JPA untuk menghidup diri di Bandaraya Kuala Lumpur. Banyak foto yang ku rakam sepanjang 6 tahun pengajian di Universiti Malaya (2 tahun di Kelantan dan 4 tahun di Kuala Lumpur).Β 

Ketika itu, kemahiran memoto semakin meningkat. Kreativitiku semakin bagus apabila aku tahu memilih sudut-sudut terbaik. Namun, aku masih tidak tahu tentang bidang fotografi. Maka, klik sana klik sini lebih kepada mengikut naluri dan rasa hati. Hatiku ingin mengabdikan segala pesona ciptaan Allah SWT. Jika dirasa cantik, terus sudut itu menjadi pilihanku.

*

MINATKU

Boleh aku katakan dalam adik beradikku hanya aku yang berminat dalam bidang fotografi. Aku mengikuti jejak Bapak. Mungkin aku banyak terdedah dengan minat bapak dan sering bersamanya di studio untuk mencuci gambar yang diambilnya.

Minatku di bidang fotografi mula menyerlah pada tahun 2008, semasa aku menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia di peringkat sarjana (S2). Tentu sekali tahap amatur sahaja. Kekangan tugas menyebabkan minatku tidak bercambah baik. Namun aktiviti klik sana klik sini tetap aku usahakan bagi memuaskan minat yang sudah lama bertapak di hati.

hpkamerafatimaku2

Ketika itu, aku membeli sebuah kamera kompak selain menggunakan kamera telefon bimbit LG KS20. Hasil gambarnya boleh tahan dan memuaskan hati. Posting CT19. SESAT DI KOTA BATU… PUTRAJAYA memaparkan sebahagian dari foto yang pernah aku ambil. Namun begitu, aku memasang cita-cita untuk memiliki kamera DSLR yang berjenama untuk mencapai kepuasanku sebagai fotografer amatur.

Aku berazam untuk membeli kamera jenama CANON. Aku suka Jenama CANON kerana sudah terkenal seantero dunia dan tentulah mempunyai keistimewaan tersendiri. Memilikinya membuat aku rasa bertuah. Bagi memantap kefahaman dalam bidang fotografi, aku banyak bertanya dan membaca untuk mencari kepuasan melalui setiap ketikan foto yang diambil.

Β 

CanonFatima2Milikku

*

PEMILIK CANON EOS 650D

Sejak memiliki kamera idaman CANON EOS 650D, 7 bulan lalu, aku semakin minat untuk mencari ruang belajar fotografi. CANON EOS 650D pernahku tulis dalam posting CT141. FOTOGRAFER AMATUR dan CT 144. REVIU KAMERA: CANON EOS 650D,Β 

Alhamdulillah… selain aku, SPH juga berminat dalam foto memoto. Anak keduaku, Intan turut menunjukkan minat yang tinggi dalam bidang ini. Tetapi Intan lebih tertarik dengan kamera berjenama NIKON. Pengetahuannya terhadap kamera amat mengkagumkan walau usianya baru 15 tahun. Kami berkongsi minat yang sama.

Aktiviti semakin menarik apabila anak-anak juga minat dengan foto memoto ini. Aku membenarkan mereka menggunakan kamera CANON EOS 650D bila-bila masa dihendaki. Aku senang anak-anak memiliki kemahiran dalam apa juga ilmu yang menarik minat mereka. Aktiviti ini sihat dijadikan hobi masa lapang.

Setelah puas mempertimbangkan kepentingan “BARANG KEMAHUAN” ini dengan minatku selama 4 bulan, akhirnya CANON EOS 650D ini dibeli dengan harga pasaran semasa RM3899 (EF-S18-135mm f/3.5-5.6 IS STM). Selain itu, aku menambah satu pembelian PRO DIGITAL Super Wide Lenses (Macro) AF 0.45 x 67mm buatan Japan berharga RM593. Alhamdulillah, kini ia jadi MILIKKU.

CanonFatima3Canonku

Foto CANON EOS 650D (atas) diambil menggunakan kamera telefon bimbitku – Blackberry Torch -. Foto ini adalah pilihan terbaik anakku Intan, dari banyak foto yang ku ambil sebagai memberi penghargaan kepada Intan yang sangat berminat dalam bidang fotografi.

CanonFatima8PercumaCanon

Pembelian CANON EOS 650D bersama barangan percuma iaitu aluminium tripod dan beg kamera CANON.

*

MENAMBAH ILMU

Bagi meningkat kefahaman dalam bidang fotografi, setiap bulan aku akan membeli sejumlah majalah berkaitan fotografi seperti Dunia Kamera, Aperture, Digital SLR dan Foto Grafika. Selain itu, buku-buku berkaitan fotografi dan photoshop menambah rujukan pengetahuan tentang bidang fotografi.Informasi yang dikutip dari internet juga banyak manfaatnya.

Apa yang menarik perhatianku pada setiap kandungan majalah fotografi adalah foto-foto yang dihantar oleh pengirimnya, baik yang pro mahu pun masih amatur. Semuanya cantik, menarik dan mengkagumkan. Aku berhasrat untuk menghantar beberapa keping foto yang aku ambil untuk dinilai/kritik oleh juri penilai dalam Diskusi Foto (majalah Aperture) dan Galeria; juga pengkritik Bulan Ini dalam Ruangan Pembaca (Dunia Kamera).

Namun aku mempunyai masalah sebelum aku faham apa yang dikehendaki dari syarat yang disertakan. Penulisan ini akan ku tulis di posting akan datang. Pengetahuan ini sangat menarik bagiku sebagai jurufoto amatur yang baru merangkak memahami warna warni DUNIA KAMERA. Pengetahuan ini juga telah menambah ilmu fotografiku yang masih setahun jagung.

CanonFatima4Majalahku

Majalah yang menyalurkan maklumat tentang fotografi

*

CanonFatima5Bukuku

Buku-buku rujukan tentang dunia kamera dan fotoshop

*

Sehingga kini, aku masih belum berpuas hati dengan foto yang diambil. Masih banyak kekurangan yang perlu dipelajari dalam menghasilkan kualiti foto yang berkesan. Insya Allah,Β  melalui ruangan DARI LENSA MATAKU, paparan foto ketikan dari CANON EOS 650D akan saya kongsikan bersama teman pembaca.

*

Β **************

21 September 2013 (Sabtu)/ 15 Zulkaedah 1434H/ 11.46 pagi- Sarikei, Sarawak

AKU…. dan usia yang kian menuju Tuhannya adalah AKU yang dewasa dalam diri yang semakin mengerti dengan ujian Ilahi. Kematangan berfikir menjadikan diriku tabah menginjak masa yang bukan lagi muda dalam usianya. Aku patuh dan aku taat segala perintah dan larangan-MU untuk menjadi persiapan menghadapi hari besar yang tidak ada sesiapa pun yang membantu. Ya Allah, jangan Engkau berpaling dari-KU hanya kerana aku pernah menyasar ingatanku sebentar kepada-MU. Aamiin. Ya Rabbal’alamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

RinduFatimaku3MenghitungRinduku

*

DALAM KEMBARA INI, ENGKAU TERLALU JAUH DALAM KEDEKATAN YANG HAMPIR

*

27 thoughts on “CT193. PEMILIK CANON EOS 650D

  1. Assalamu’alaikum warohmatullohi wa barokatuh
    Sebelum era digital, untuk menghasilkan foto yang berkualitas memang dibutuhkan teknik dan keahlian dalam fotografi karena dengan kamera menggunakan film sekali jepret maka itulah yang akan kita dapatkan karena nggak bisa diedit sebagaimana fotografi masa kini.
    Semoga dengan kamera EOS ini Mbak Fatimah semakin bersemangat belajar fotografi dan menghasilkan jepretan yang berkualitas untuk merekam moment-moment bersejarah

    • Wa’alaikum salaam wr.wb wa ridhwaanuh, Pakies….

      Iya, memang benar. Saya ingat lagi saya suka memilih filem 36 kerana kita dapat mengetik banyak gambar berbanding 24 dan 12. Tetapi kerana memotonya ala kadar tanpa pengetahuan fotografi yang betul, maka gambarnya hanya biasa-biasa sahaja tanpa seninya.

      Mudahan, kreativiti dalam menghasilkan foto yang menarik dapat dicapai dengan lebih berkesan. Aamiin.

      Terima kasih Pakies untuk kunjungan dan pencerahannya.
      Salam hormat. πŸ˜€

  2. waalaikumsalam,
    membaca postingan ini rupanya ukhti Fatimah punya minat yang sangat besar dengan dunia fotography, apalagi sekarang sudah memiliki kamera Canon EOS 650D, alhamdulillah.
    Belajar memotret memang rada gampang-gampang sulit, namun yang penting ada niat dan kemauan,,maka semua itu akan terbuka jalan untuk mencapai keberhasilan..insya ALLAH…
    saya tunggu postingan mengenai foto-foto hasil shoot dengan Canon EOS 650D….
    salam sukses selalu dari Makassar , Indonesia πŸ™‚

    • Alhamdulillah, Saya terdedah dengan aktiviti memoto ini. Minat itu memang sudah lama sejak kecil kerana Bapak saya juga seorang fotografer dan memiliki studio mencuci gambar sendiri.

      Harap-harap begitulah, dengan adanya kamera baru ini, kegiatan memoto saya kian meningkat dalam kesibukan yang sedang melanda. Tapi benarlah bahawa memoto secara berkualiti ini bukannya senang. Perlukan kesabaran dan minat yang sungguh-sungguh serta “tidak malu” untuk beraksi untuk mengambil foto di khalayak terbuka.

      Terima kasih mas Hariyanto atas kunjungan dan komentarnya.
      Salam hormat dan sukses kembali. πŸ˜€

    • Terima kasih menghargainya, mbak. Tetapi saya masih belajar memoto dan belum puas melihat hasilnya. Ternyata memoto ini perlukan kesabaran yang tinggi dan tidak pernah putus asa.

      Terima kasih dan salam mesra. πŸ˜€

  3. Salam singgah umi,
    wah! nampaknya umi dan saya berkongsi minat yang sama. Saya juga amat meminati dunia fotografi. Asalnya suka-suka mengikut kawan, akhirnya terus jatuh cinta dengannya, maksud saya dunia fotografi.
    Saya lebih menyukai DLSR berjenama Nikon, terutamanya model D90. tetapi saya bukanlah ahlinya dalam memoto, amatur pun belum lagi.

    Nanti bolehlah umi berkongsi tips-tips dalam bidang fotografi ye…

    Salam ukhuwwah,
    abuikhwan@KuantanPahang

    • Alhamdulillah, insya Allah jika ada yang menarik untuk dikongsikan tentang dunia fotografi ini akan saya tulis di kemudian hari.

      Ternyata kamera jenama Nikon juga tersohor dan ramai peminatnya sehingga majalah Foto Grafika memberi diskaun yang menarik kepada pelanggan yang mempunyai kamera Nikon.

      Harap dapat melihat foto ketikan kamera Nikon D90 dari AbuIkhwan.

      Terima kasih atas kunjungan dan kongsiannya.
      Salam hormat dan sejahtera selalu. :D.

  4. Assalamualaikum..
    Dunia Digital khususnya Photografi sudah memasuki ranah digital, semula dari Kamera Ruang Gelap hingga Sensor CMOS dalam Kamera membuat kemudahan untuk menangkap moment yang kita hendaki, salam dari anak Melayu Riau

    • Wa’alaikum salaam wr.wb….

      Alhamdulilllah, dunia teknologi semakin memudahkan kita. Begitu juga dalam teknologi kamera yang menjadikan ketikan jari semakin mantap. Tambah lagi yang bersifat digital, sangat menjimatkan masa, wang dan tenaga tidak seperti kamera yang menggunakan filem gulung.

      Terima kasih dan salam kenal. πŸ˜€

  5. Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh umiku sayang,
    afwan, baru sempat mampir dlaman ummi, krn sesuatu dan lain hal..
    terima kasih, umi telah kongsikan tulisan ini di ruang chat YM kita,

    dan tiba hari ini, ananda meluangkan waktu menyapa ummi nan jauh disana, sebelum mata ini, kedip2 bagai lampu yng dah redup, πŸ™‚

    alhamdulillah wa syukurillah, semoga kedepannya ummi menjadi fotographi yng handal, dan mampu mengambil gmbar neni dari jarak terjauh (hehe… emang umi bisa ? ) πŸ˜‰

    salam rindu dan syng buat ummi…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb wa ridhwaanuh, anakku Neni yang solehah…

      Alhamdulillah, sampai juga pesanan Umi. Harap kesibukan yang melanda akan cepat surut dan kembali aktif bersama Umi. Umi doakan Neni dimudahkan Allah dalam urusan yang dillakukan.

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Terima kasih atas doa yang dilampirkan buat Umi. Hehehe…. ambil sahaja foto kamera Umi di atas dan anggap Umi sedang ambil foto Neni, boleh ? πŸ˜‰

      Salam sayang dan rindu kembali dari Ummi. πŸ˜€

  6. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Bagaimana kabarnya Mbak Fatimah? Semoga baik-baik saja ya. Lama neh saya tak buka2 blog, hehe…

    Hmmm…, sesungguhnya sudah lama saya punya perhatian tersendiri kalo foto-foto di blog Mbak Fatimah bagus-bagus. Ternyata memang suka fotografi ya, Mbak. Kalo saya punya Canon IXUS 95 IS hingga kini masih menemani saya kalo jalan-jalan πŸ™‚

    Salam hangat persaudaraan dari Jogja ya, Mbak.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Alhamdullillah, saya sihat dan baik. Didoakan mas Amazzet dan keluarga dalam kondisi yang dirahmati Allah SWT.

      Dengan minat semua yang kita ingin lakukan tentu kelihatan menarik kerana dibuat dengan hati dan perasaan. Itu sebagai satu kepuasan yang tentunya membuat hati kita bahagia selain dapat dikongsikan bersama teman pembaca.

      Apapun jenis kamera yang kita pakai, semuanya menjadi cantik jika hati kita juga cantik dalam melihat keindahan yang berada di depan mata kita.

      Terima kasih mas Amazzet atas kongsian dan penghargaannya.
      Salam hormat dan sejahtera selalu. πŸ˜€

  7. Assalamu’alaikum. Salam kenal dari saya…
    Wah, kamera canon-nya bagus sekali. Rupanya kepandaian fotografi nya terus berkembang.
    Saya hanya memakai pocket camera canon powershot A2200 untuk mengambil foto yang saya lampirkan ke dalam setiap posting blog. Terkadang juga memakai kamera handphone saja.
    Belum terpikir untuk membeli canon eos 650 D, karena harganya yang mahal. Sementara cukup dg pocket kamera karena kecil, ringkas dan murah…

    Suka sekali dengan posting pada blog ini. Izinkan saya mem-follow blog ini…

    Salam dari saya di Bekasi,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Titik Asa…

      Alhamdulillah, ini lahir dari minat sejak kecil dan ingin merakam keindahan dari sebuah lensa yang berbeza.

      kamera jenis apapun, jika pandai memilih angle/sudut pasti akan menjadi cantik, berseni dan penuh nilai yang tersembunyi. Saya juga menggunakan kamera BB sehingga kini kalau tidak membawa Canon EOS 650D bersama. Sangat membantu dan cantik ambilan fotonya.

      Terima kasih kerana sudi berkunjung perdana. Silakan dan link blog anda juga saya tautkan di Dunia Sahabat.

      Salam kenal kembali. πŸ˜€

  8. Pingback: CT201. BAPAKKU SEORANG FOTOGRAFER | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.