CT231. WAKAF AL-QURAN DI DUA MASJID HARAMAIN

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

WakafFatima1WakafAlQurandiMasjidHaramain

*

SUDAHKAH ANDA BERWAKAF ?

Satu soalan yang boleh dijawab oleh sesiapa sahaja yang pernah berwakaf. Saya yakin anda tentu pernah berwakaf dan faham tentang konsep wakaf yang disyariatkan Islam. Dalam posting ini, saya tidak memperincikan tentang harta wakaf dan pelaksanaannya.

Hanya sekadar berkongsi sedikit pengalaman berwakaf di Tanah Haramain. Mudahan kongsian ini dapat menjana pahala dengan mengajak pembaca yang belum berwakaf di Tanah Suci. Peluang ini tidak selalu datang kepada kita. Rebutlah apabila Allah SWT menjemput kita sebagai Tetamu-NYA.

*

KONSEP WAKAF

WAKAF merupakan satu konsep pemberian harta yang menjadi amalan Rasulullah SAW dan dipanjangkan oleh para sahabat. Ia berlandaskan konsep sedekah yang boleh dinikmati oleh banyak orang, baik secara umum (sesiapa sahaja) mahupun secara khusus (telah ditentukan).

Orang yang berwakaf telah melakukan amalan baik yang sangat dituntut oleh Islam dan mendapat ganjaran yang berterusan dari Allah selagi harta yang diwakafkan itu masih kekal untuk dimanfaatkan oleh mereka yang hidup. Selain itu dengan berwakaf kita juga berusaha untuk mencari keberkatan dalam hidup.

Banyak cara dan bentuk berwakaf yang dapat kita lakukan bagi memperolehi manfaat dunia dan akhirat. Ada orang mampu berwakaf dengan nilai yang besar seperti tanah, rumah, kenderaan, wang dan sebagainya. Ada orang tidak mampu untuk berwakaf seperti itu. Namun masih boleh berwakaf dalam kadar kemampuannya.

Yang penting adalah tujuan kita berwakaf dalam mencari keredhaan Allah di samping keikhlasan kita untuk menyebarkan sedekah bagi manfaat diri dan orang lain. Apabila tujuan wakaf itu jelas dari sumber dan bentuknya, maka pastikan harta yang kita wakaf itu diselenggarakan dengan baik agar tidak statik tetapi bergerak rohnya untuk dinikmati oleh orang lain dan sah disudut syarak.

Jangan lupa memasang niat untuk diri atau sesiapa sahaja di kalangan orang yang kita sayangi dan cintai sama ada mereka masih hidup atau pun telah meninggal dunia. Niat sangat penting agar pahala dari menitip harta wakaf itu dapat mengalir terus sebagai amal jariah (mengalir) dan sampai ke sisi orang yang kita niatkan.

MudahNabawi4Fatima4RakQuranAconNabawi

*

  HARTA YANG BOLEH DIWAKAF

Di mana-mana sahaja kita boleh berwakaf. Malah di seluruh belahan bumi ini terhampar luas untuk kita mewakafkan harta  dalam bentuk yang kita inginkan sama ada dalam HARTA TIDAK BOLEH ALIH seperti bangunan, masjid, jalan raya, sekolah dan sebagainya. Atau HARTA BOLEH ALIH seperti buku, kitab al-Quran, pakaian, senjata, binatang dan seumpamanya.

Terserah kepada kita untuk memilih harta yang dapat memberi manfaat untuk dunia dan lebih lagi keuntungan akhirat. Biasanya, orang memilih untuk mewakafkan sejumlah wang kepada pembinaan bangunan seperti masjid, sekolah, maahad tahfiz, surau dan jalan raya kerana impak besar yang dilihat melalui penggunaan yang berterusan sehingga amal itu mengalir walaupun kita sudah dikandung tanah.

Selain itu, mewakafkan buku-buku yang boleh menjadi sumber rujukan atau kitab al-Quran yang boleh dibaca di mana-mana rumah Allah dan seumpamanya turut menjadi pilihan bagi kebanyakan umat Islam kerana ia mudah diperolehi dan dapat dibaca oleh sesiapa sahaja.

*

WAKAF AL-QURAN DI MASJID HARAMAIN

Wakaf al-Quran di dua Masjid Haramain (Masjid Nabawi dan Masjidil Haram) menjadi pilihan kepada kebanyakan umat Islam sedunia apabila mengunjungi kedua-dua Tanah Suci ini. 

Kitab al-Quran adalah HARTA BOLEH ALIH yang paling mudah diwakafkan dan paling senang diperolehi. Namun masih ramai juga yang tidak melakukannya kerana tidak tahu tentang kelebihan wakaf dan manfaatnya.

Anda tidak perlu membeli al-Quran berdozen-dozen atau selori semata-mata mahu pahala lebih. Tidak juga perlu setiap kitab itu hendak diwakafkan atas nama orang yang masih hidup atau sudah mati. Jika begini keadaannya, tentu menjadi beban yang menyusahkan kerana harus berbelanja banyak untuk membeli kitab. Sedangkan itu bukan itu tujuan utama kita ke Tanah Suci.

*

COP WAKAF

Ini berlaku kepada Kak Kasma. Beliau memberitahu saya bahawa beliau akan membeli banyak kitab al-Quran sebagai wakaf kepada semua anak-anaknya, ibu bapa yang sudah meninggal dan banyak lagi. Panjang senarai nama yang hendak diwakafkan.

Saya tersenyum mendengar penjelasan Kak Kasma. Saya menasihati Kak Kasma, cukuplah membeli beberapa buah kitab sahaja dan niatkan kepada semua nama yang dimaksudkan untuk tujuan sedekah jariah. Alhamdulillah, Kak Kasma mengikut apa yang disarankan oleh saya.

Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan salah faham dalam konsep pelaksanan wakaf. Cukuplah kita membeli beberapa buah kitab al-Quran dan niatkan kepada sesiapa yang kita maksudkan.

Dua hari sebelum berangkat ke Makkah, kami (saya, Kak Kasma dan Kak Senah) membeli kitab al-Quran yang banyak dijual di pintu-pintu masuk ke Dataran Masjid Nabawi seawal jam 2 pagi.

Harga sebuah kitab al-Quran yang kecil (seperti saiz yang dihadiahkan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada para jemaah haji sebelum berangkat pulang ke Tanah Air) adalah RS 25.00 (dua puluh lima riyal saudi). Di Madinah, harganya lebih mahal berbanding di Makkah. Malah, lebih murah membelinya ketika berada di Mina.

Jangan lupa maklumkan kepada penjual bahawa pembelian al-Quran itu untuk diwakafkan kepada Masjid Nabawi atau Masjidil Haram. Penjual akan meletakkan “cop WAKAF” di setiap kitab al-Quran tersebut. Begitu juga jika membeli al-Quran di Makkah dan Mina, mintalah kepada penjual itu untuk meletakkan cop WAKAF.

Setelah itu, anda letaklah di mana-mana rak di dalam Masjid dan berdoa agar ada harta wakaf anda di baca oleh sesiapa sahaja. Sebelum itu, niatkan dahulu tujuan berwakaf untuk diri sendiri dan nama sesiapa yang diharapkan amalan wakaf tadi akan sampai kepadanya baik yang hidup mahupun yan sudah menjadi arwah.

Semoga Allah memanjangkan kebaikan dari wakaf al-Quran kepada mereka. Aamiin.

WakafFatima2RakAlQuranalHaram

*

HARTA WAKAF MILIK ALLAH

Harus difahami, apabila kita telah mewakafkan harta maka kita tidak lagi mempunyai apa-apa hak atau hubungan ke atas harta tersebut kerana sudah dianggap sebagai hak Allah.

Oleh itu, janganlah kita mengungkit atau mendabik dada atas harta wakaf yang diniatkan pada jalan Allah kerana dibimbangi amalan kita menjadi sia-sia dan tidak membantu kita di akhirat kelak.

Anda juga diingatkan, tidak boleh membawa keluar atau mengambil al-Quran wakaf dari Masjid Nabawi dan Masjidil Haram dengan alasan sebagai kenangan, mengambil barakah atau seumpamannya.

Pernah saya melihat seorang bakal hajjah dari India dengan selambanya membawa keluar al-Quran wakaf dari Masjid Nabawi. Beliau telah ditahan di pintu keluar oleh polis bertugas dan memeriksa al-Quran yang dibawa.

Setelah dikenal pasti al-Quran itu adalah wakaf, beliau diarahkan untuk menghantar semula ke dalam Masjid walaupun beliau memberi berbagai alasan untuk menjadikan al-Quran sebagai kenangan atau mengambil barakahnya.

*

PesanFatima

*

KEPADA JEMAAH HAJI DAN UMRAH

Tujuan kita hidup di dunia ini adalah untuk mengabadikan diri kepada Allah SWT dengan beribadah, mentaati perintah dan meninggalkan laranganNya. Kita tentu ingin selalu berada dekat dengan Allah dan ingin menjadi kekasih-NYA. Orang yang dikasihi dan dicintai Allah akan mendapat rahmat, hidayah, berkat, keselamatan dan  perlindungan dari Allah SWT.

Untuk mendekatkan diri kepada Allah, berusahalah melakukan amalan-amalan yang baik semasa hidup seperti bersedekah atau memberikan sebahagian harta kita untuk faedah dan manfaat kepada orang lain. Amalan bersedekah ini termasuk memberi derma, sumbangan, berwakaf dan sebagainya.

Firman Allah SWT:

“Kamu sekali-kali tidak akan dapat mencapai hakikat kebaktian yang sempurna hingga kamu menafkahkan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan apa saja yang kamu nafkahkan itu, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui”. – surah Al-Imran ayat 92

*

Oleh itu, wahai Tetamu Allah, janganlah melepaskan peluang untuk mewakafkan kitab al-Quran kerana berjuta-juta umat Islam akan sentiasa membaca al-Quran dengan menggunakan al-Quran wakaf yang ada di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

Semoga Allah SWT menerima harta zakat yang kita niatkan untuk mencapai keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat. Aamiin.

GurindamFatimaku

*

***************

SalamFatima3SalamFatima 25 Febuari 2014 (Selasa)/ 25 Rabi’ul Akhir 1435H/ 9.38 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…..  perlu menyirami hatiku dengan ilmu dan pengetahuan agar sentiasa segar dan ranum. Hati akan mati jika tidak dihidangkan dengan ilmu yang bermanfaat. Hati akan lesu apabila ilmu yang disuap tidak membawa berkat. Hati akan rebah apabila medan ketahananya tidak dibenteng dengan iman dan takwa. Hati mudah menjadi korban perasaan. Kejayaan meracuninya menjadi manusia sombong. Kekecewaan menghantuinya menjadi manusia pengecut. Ya Allah, jangan Engkau palingkan hatiku dari mengingati-MU. Redhailah aku. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…. Antara kita, hanya ada ruang waktu yang berbicara tanpa kita mampu bersuara. Hanya ada aksara ukiran kata tanpa garisan pena yang melakar. Semua rindu terkumpul dalam rasa yang harumnya tidak pernah bersama. Wassalaam. 😀

RinduFatima2a

*

TELAH KU KUTIP SETIAP SERPIHAN RINDU YANG MENANTI DI GARIS PELANGI

*

33 thoughts on “CT231. WAKAF AL-QURAN DI DUA MASJID HARAMAIN

  1. Assalamualaikum bunda…
    Setuju sekali dengan kalimat, jika beramal tidaklah menunggu kaya, tapi hatilah yang berkata.
    Semoga kita semua dimudahkan untuk mampu beramal tanpa ada keraguan. Amin

    Salam sayang buat bunda dan keluarga di sana ya.. dari asmie di surabaya… 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Asmie….

      Beramal sedekah itu, dapat dilakukan bila-bila masa asal sahaja mampu mengikut kadar kita. tidak perlu banyak, yang penting ikhlas. Insya Allah, ganjarannya malah berlipat ganda mengikut pemberian Allah SWT.

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Marilah kita usahakan beramal jariah untuk akhirat kita pula.

      Salam sayang kembali buat Asmie di sana dan didoakan sihat dalam rahmat Allah SWT. Terima kasih. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Neni yang disayangi…

      Alhamdulillah, Umi sihat dan didoakan neni juga demikian sama di sana. Umi juga rindu akan sapaan Neni. Namun Umi faham kondisi yang sedang dihadapi oleh Neni saat mahu menyiapkan S2 yang kian dekat waktunya.

      Umi doakan Neni sabar, bersungguh-sungguh dan komited dengan pelajaran dan tesisnya.

      Salam rindu semanis kurma dari Neni yang diingati. 😀

      • iya umiku syng

        alhamdulillah umi dapat memahami kondisi ananda

        salam kangen pula dari uvi buat ummi

        salam sayang semanis kurma dan madu…. hehehe

        😉 😉 😉 😉 :-*

        • Alhamdulillah, sifat saling memahami sangat penting agar keharmonian tetap terjaga. Selain itu, berbaik sangka dapat meningkatkan kebahagiaan diri atas setiap yang dilakukan.

          Salam kembali buat Uvi dan salam rindu Umi padanya.
          Salam sayang dan rindu juga buat Neni yang baik. 😀

  2. Assalammualaikum Wr Wb…..

    Membaca artikel bunda ini, saya sangat sependapat bahwa bila kita akan melakukan wakaf tidak harus menunggu kaya. Dan yang terpenting adalah kita bisa menata hati untuk melakukan keberanian hal yang positif ini ya bun. Semoga kita semua bisa melakukannya dengan baik.

    Salam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra….

      Berwakaf tidak semestinya dengan wang, boleh juga dilakukan dalam bentuk lain seperti buku, pakaian, kitab dan sebagainya menurut kadar kemampuan kita. Malah berwakaf dengan wang yang sedikit juga diberi ganjaran besar di sisi Allah SWT.

      Semoga sahaja rezeki kita semakin murah dengan suka bersedekah dan tidak berlengah untuk merebut peluang yang baik di sisi Allah SWT.

      Terima kasih mas Indra atas kunjungan.
      Salam hormat. 😀

  3. Waalaikumsalam,
    saat ini pandangan orang terhadap wakaf kebanyakan hanyalah sebatas harta tak bergerak , misalnya tanah atau bangunan dan wakaf uang sahaja….padahal makna wakaf itu sungguh luas…….sebagaimana yang diulas dalam artikel ini,
    dan memang benar,,,tak perlulah kita menunggu untuk kaya..baru mulai melaksanakan wakaf….sebagaimana bersedekah ….bila kaya..maka semua orang akan mampu ber-wakaf dan ber-sedekah….namun bila kita tak kaya , dan ternyata mampu bersedekah dan ber-wakaf….sungguh alangkah nikmatnya……,
    terimakasih sudah berbagi artikel yang sangat bermanfaat dan mencerahkan serta mengingatkan diri untuk segera melakukan wakaf di jalan ALLAH SWT…….
    keep happy blogging always….salam hangat dari Makassar Indonesia….,… 🙂

    • Begitulah pandangan segelintir umat Islam yang kurang mendapat pendedahan tentang cara menginfakkan hartanya ke jalan Allah SWT. Ramai yang beranggapan harus punya harta banyak baru dapat berderma, memberi sumbangan, berwakaf dan sebagainya.

      Pendedahan dari para ulamak, pendakwah dan sesiapa yang memahami konsep wakaf terutama pihak Baitulmal harus diperluaskan ke dalam masyarakat agar ekonomi Islam dapat berkembang maju dengan pesat dalam membantu kehidupan umat Islam selain peruntukan zakat yang mengutamakan 8 asnaf.

      Oleh itu, marilah berwakaf harta yang semampu kita agar memperolehi kebaikan di sisi Allah SWT yang tentu akan membalas dengan yang lebih baik dari apa yang kita sangkakan. Tidak perlu menunggu kaya, wakaflah semampu adanya.

      Terima kasih mas Hariyanto atas kunjungan dan pandangan berbobot yang mencerahkan. Selamat berwakaf.

      Salam hormat. 😀

  4. Assalamualaikum Wr. Wb.
    Terima kasih telah berbagi informasi bunda, baru tau kalau setiap jamaah diberi Al-Qur’an gratis.Semoga menjadi contoh & dapat diikuti oleh yang lain, oleh kita dengan ikut berwakaf, berinfak, bersodakoh.

    • Wa’alaikum salam nanda Dedekusn…

      Alhamdulillah, semoga bermanfaat. Iya, setiap jemaah haji akan dihadiahkan al-Quran dari King Abdullah bin Abdul Aziz yang mewakili Kerajaan Arab Saudi sebagai tanda mata dari Tanah Suci.

      Insya Allah, diharap kita sama-sama berwakaf untuk kebaikan dunia dan akhirat kita.

      Terima kasih atas kunjungan nanda Dedekusn. Didoakan sihat dalam rahmat Allah SWT. Salam sejahtera. 😀

  5. Assalamualaikum Wr. Wb.

    Subhanallah, adalah nikmat rasanya bila bisa wakaf Al Qur’an di dua masjid tersebut. Wakaf Al Qur’an di masjid kampung saja sudah sangat senang rasanya, ada kepuasan dan kebahagiaan atas hal itu. Kadang juga saya hadiahi karyawan Al Qur’an dengan harapan mereka semangat membacanya.

    Salam hangat selalu dari Bogor ya umi 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Achoey…

      Semoga nanda Achoey akan dapat berwakaf al-Quran di Tanah Suci pula. Aamiin. Memang benar, rasa bahagia dan senang akan mengiringi kita setelah berwakaf kerana Allah SWT tentu akan merahmati mereka yang berwakaf.

      Satu hadiah yang bermanfaat -al-Quran -, selagi ia dibaca selama itulah nanda akan memperolehi kebaikan dari wakaf itu.

      Terima kasih sudah berkunjung.
      Salam hangat kembali buat nanda. 😀

  6. wa ‘alaikum salam warahmatullahi wabaarakatuh..

    subhanallah, beruntung sekali, mereka yang Allah beri taufik, berwakaf Al-Quran di dua mesjid besar itu, yang akan di baca oleh jutaan ummat, dan dia akan mendapatkan pahala yang mengalir.

    • Mudahan ganjaran wakaf itu membantu kita di akhirat kelak. Aamiin.
      Semoga Ummu juga dapat berbuat demikian apabila dijemput Allah ke Tanah Suci di kemudian hari.

      Salam manis selalu dan terima kasih atas komentar Ummu. 😀

  7. Assalamualaikum wr.wb. mbak saya juga sempat wakaf al-qur’an di masjid haram dg membeli di sktr masjid, tapi alangkah kecewa saya stlh mendengar cerita ibu, bahwa ibu menyaksikan sendiri, petugas mengambili kitab yg tdk sama dg kitab yg ada dimasjid haramain. Memang stlh sy teliti alqur’an yg dijual disekitar masjid tdk sama dg alqur’an di masjid, bentuknya lebih tebal tapi lebih ringan, mutu kertasnya lebih jelek dan hiasan covernya hanya dibagian depan, sedangkn kitab yg di masjid hiasannya ada dicover depan&belakang. Utk lbh mantapnya belilah alqur’an utk wakaf waktu mengunjungi pabrik percetakaan alqur’an di madinah. Sdh pasti dijamin asli krn alqur’an di masjid haramain di pasok dari percetakan tsb, sama spt alqur’an yg dibagikan ke jamaah haji scr gratis, hanya beda versi, yakni versi terjemah bahasa masing2 negara. Semoga pengalaman sy ini bermanfaat utk calon2 haji beriktnya.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, saudara Hafid….
      Begitu rupanya cerita al-Quran yang dijual di sekitar Masjid Nabawi. Saya baru tahu. Semoga bakal jemaah haji dan umrah akan berhati-hati dan memerhati keaslian al-Quran yang dibeli.

      Seingat saya, semasa membeli dahulu, tidak pula terfikir untuk membelek-belek cover depan dan belakang al-Quran itu. Hati merasa yakin akan al-Quran yang dijual adalah yang baik tanpa mencuriainya.

      Apa yan saya buat ketika itu adalah memastikan al-Quran tersebut dalam rasm uthmani dan bahasa Arab sepenuhnya.

      Jadi, saudara Hafid mendapat al-Quran dalam versi terjemahan. Saya dan semua jemaah haji KT 3 Sarawak pula mendapat naskhah al-Quran yang semuanya dalam bahasa Arab.

      Terima kasih Hafid atas konsian pengelaman yang berbobot untuk panduan kita bersama. Semoga diganjari Allah SWT dengan kebaikan.

      Salam sejahtera dan takzim. 😀

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.