CT424. CABARAN HAJI (26): MUDAHNYA URUSAN TANDAS DI PADANG ARAFAH

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

tandasarafahfatima1mudahnyaurusan

*

KEHIDUPAN SINGKAT

Salah satu daripada pengalaman haji paling singkat yang ditempuh oleh jemaah haji ialah berada di Padang Arafah untuk berwukuf (berhenti). Kehidupan singkat di Padang Arafah hanya mengambil masa lebih kurang 15 jam sekiranya bermalam atau hanya berhenti sejenak selepas itu berlalu untuk Mabit di Muzdalifah.

Tidak banyak pengalaman menggunakan tandas di Padang Arafah yang dapat saya kongsikan. Semuanya dimudahkan Allah dalam kesesakan manusia sejak saya hadir hingga saya berangkat ke Muzdalifah. Alhamdulillah.

Keadaan tandas di Padang Arafah tidak sama dengan tandas di Masjidil Haram. Ia dibina seperti bentuk kotak dalam 10 pintu di bahagian hadapan dan belakang. Ini bermaksud setiap satu rumah tandas mempunyai 20 pintu bagi kegunaan para jemaah hujjaj yang menempati khemah di Maktab Malaysia atau jemaah haji negara lainnya yang tinggal di dalam khemah di Padang Arafah.

*

sabarfatima5tandasdipadangarafah

*

MAKTAB MALAYSIA DI PADANG ARAFAH

Seperti khemah-khemah jemaah haji yang lain, khemah Maktab Malaysia juga kelihatan sangat sibuk dipenuhi puluhan ribu para hujjaj. Saya, Kak Kasma dan Mastika berada dalam satu kumpulan sedangkan Kak Senah terpisah dalam kumpulan yang lain.

Keadaan yang tidak kondusif ini menjadikan hubungan kami tidak terjalin dengan baik kerana masing-masing mesti menjaga diri sendiri. Keselesaan seperti di bilik hotel sudah tidak terasa lagi. Semuanya harus “survive” tanpa bergantung kepada orang lain.

*

tandasarafahfatima2maktabmalaysia

*

tandasarafahfatima3maktabmalaysiasarawak

*

tandasarafahfatima4khemahwanitasarawak

*

tandasarafahfatima5khemahlelakisarawak

*

PENGALAMAN DI TANDAS PADANG ARAFAH

Saya, Kak Halimah dan Kak Senah selalu membayangkan betapa sukarnya hendak mandi dan membuang air di tandas ketika berada di Padang Arafah kerana terlalu ramainya para hujjaj Malaysia di sana. Rasa ini menggulit hati dan cuba mencari solusi untuk menempatkan diri apabila urusan ke tandas mendatangi.

Kami datang ke bumi Arafah pada jam hampir 9 malam. Saya tidak bimbang untuk memikirkan tentang mandi kerana sudah bersiap awal dari Hotel Sevilla Barakat sebelum berangkat.

Akibat dari kesesakan dalam bas dan mengambil masa yang lama (2 jam) untuk sampai ke Padang Arafah kerana bas kami tersesat jalan, badan rasa berpeluh dan hangat. Keinginan untuk mandi sudah mulai bersarang di fikiran saya.  Saya berdoa kepada Allah SWT agar urusan di tandas selama di Padang Arafah dimudahkan Allah SWT.

Rupanya ramai jemaah hajjah yang penat dan mengambil kesempatan untuk tidur sehingga keadaan di tandas di waktu tengah malam lengang. Saya tidak menyangka begini keadaan tandas di Padang Arafah di waktu tengah malam. Ingatkan sesak dan perlu berbaris panjang dan lama untuk menunggu giliran.

Melihat keadaan ini, saya mengambil kesempatan untuk mandi dengan membersihkan diri seadanya kerana ada jemaah lain yang menunggu untuk mandi juga.

Allah, Ya Allah sesungguhnya urusan di tandas sudah dimudahkan Allah tanpa perlu menunggu lama. Saya sangat gembira dan menjadi lebih tenang untuk menunaikan solat dan tidur di dalam khemah.

Alhamdulillah, nikmat-Mu mana lagi yang hendak aku dustakan, Ya Allah setelah dimudahkan urusan yang disangka “mission immposible” ini.

*

*

tandasarafahfatima6tandaswanitasarawak

*

tandasarafahfatima7tandaslelakisarawak

*tandasarafahfatima8fatimaditandasarafah2011

Tidak menyangka ketika mengambil foto ini, rupanya membelakangi rumah tandas. Keadaan di sini adalah bahagian dapur untuk mengambil air minuman panas untuk sarapan pagi pada hari ke 9 Zulhijjah di Padang Arafah.

*

*

pesanfatimaku

*

KEPADA JEMAAH HAJI

Semasa wukuf dan bermalam di Padang Arafah, tidak perlu bimbang tentang kesesakan di tandas. Apa yang perlu anda buat adalah memohon doa dari Allah agar segala urusan di tandas dimudahkan Allah.

Masa yang paling baik untuk anda ke tandas bagi urusan mandi dan sebagainya adalah di waktu tengah malam sehingga jam 3 pagi. Ketika ini, suasana di tandas masih lengang dan tidak ramai yang menggunakan tandas. Ambillah peluang ini agar anda rasa selesa selama beribadah di Padang Arafah.

Manakala waktu siang, masa sesuai untuk urusan di tandas adalah selepas solat Zohor (selepas khutbah Arafah) kerana ketika ini jemaah haji sibuk dengan bacaan doa dan membaca al-Quran. 

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima24 Febuari 2017 (Jumaat)/ 27 Jamadil Awwal 1438H/ 2.00 petang, Sarikei, Sarawak

AKU…. ingin menyentuhmu dengan hati yang mencinta tanpa rasa lelah, Ku sebut namamu dalam ukiran sayang bersimpul indah dalam tenang menyatu zikir kasih yang mengikat seluruh jiwaku. Wahai Yang Mengambil Hati… ku mencintaimu dalam seluruh urat nadiku yang mengalir di tubuhku. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

 DEDIKASIKU UNTUKMU….  Apa pun yang kau lakukan, aku di sini, selalu ingat padamu dan mendoakan kebahagiaanmu. Aamiin.   Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

Advertisements

12 thoughts on “CT424. CABARAN HAJI (26): MUDAHNYA URUSAN TANDAS DI PADANG ARAFAH

  1. Assalamualaikum Bu Hajjah Fatimah. Informasi yang dibagikan di post ini sangat bermanfaat. Jadi untuk orang2 muslim yang belum menunaikan ibadah haji (seperti saya). Dapat memperoleh pengetahuan yang baik dari saudara muslim yang sudah berpengalaman terlebih dulu.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany….

      Alhamdulillah, semoga pengalaman yang sedikit ini dapat memberi gambaran tentang hal yang selalu merunsingkan para hujjaj apabila berada di masya’ir haji. Mudahan manfaat dari tips yang dikongsikan memudahkan bakal haji semasa di sana nanti.

      terima kasih mbak, sudah berkunjung dan salam manis di penghujung pekan. 🙂

  2. Assalaamu’alaikum wr.wb puan Fatimah

    Salah satu tantangan di tempat2 ramai termasuk di Padang Arafah, ketika ribuan orang datang bersamaan adalah tandas ….
    Tips dan trik puan Fatimah oke … tapi kadang yang bikin pusing kalau harus ke tandas di pagi hari atau siang hari … hhhh
    mudah2-an jumlah tandasnya di perbanyak .. disesuaikan dengan ratio orang yang ada di sana …. supaya tidak repot

    salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Bersapedahan….

      Benar, pihak Arab Saudi perlu perbanyakkan lagi tandas di semua masya’ir haji. Sifat toleransi juga perlu dididik kepada setiap jemaah haji agar ada sifat belas ihsan terutama di tandas. Banyak kejadian di tandas terutama di Mina saya temui hingga ada yang meruntun hati kerana sifat sombong sesetengah hujjaj yang tidak bertimbang rasa.

      Waktu sebaiknya ke tandas adalah tengah malam hingga jam 3 pagi. Sama juga di Mina. masa ini para hujjaj masih tidur kerana keletihan.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam sejahtera.

  3. Assalamu’alaikum wr.wb.mba Fataimah…

    Sungguh ini review yang sangat bermanfaat bagi saya yang belum berhaji, jadi tahu dan bisa menyaksikan melalui foto-foto yang terunggah di postingan mba Fatimah ini. Saya jadi pengen cepat-cepat berangkat ke sana, namun tentu harus sedikit bersabar menunggu mungkin masih sangat lama baru bisa mendapat kesempatan, karena baru saja mendaftar tahun kemarin (2016). Terima kasih sharingnya mba Fatimah.
    Salam takzim dari Dompu

  4. Wa’alaikum salaam wr.wb, mas AR Syamsuddin….

    Alhamdulillah, semoga harapan dan niat untuk ke Tanah Suci akan dipercepatkan Allah SWT. Jika rezeki kita sampai dengan panggilan-NYA, tiada yang tahu cepat atau lambat keberangkatan kita ke Makkah. Berdoalah selalu kerana Allah selalu memperkenankan doa-doa hamba-NYA.

    Semoga apa yang dikongsikan di sini dapat memberi manfaat dan gambaran sepintas lalu pengalaman selama di sana dahulu.

    Terima kasih mas AR Syamsuddin kerana sudah berkunjung dan salam takzim kembali.

  5. Assalamu’alaikum wr.wb. Apa kabar Mbak Fatimah?

    Pengalaman menarik yang Mbak tuliskan disini bermanfaat sekali bagi siapapun yang akan berangkat menunaikan ibadah haji.
    Terima kasih sharing-nya Mbak.

    Salam dari saya di Sukabumi, West Java

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa….

      Alhamdulillah, saya sihat dan didoakan mas Titik dan keluarga di sana dalam rahmat Allah SWT.

      Iya, saya juga berharap ada manfaat yang diperolehi dari tulisan dan pengalaman kami selama di Tanah Suci. Semoga mas Titik akan mempunyai pengalaman yang juga dapat dikongsikan bersama melalui tulisan apabila ke sana nanti. Aamiin.

      Terima kasih kembali sudah berkunjung dan salam takzim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s