CT292. SUARA MUAZZIN PALING MERDU DI DUNIA

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

MuazzinFatima1SuaraMerduDidunia

*

Saya pernah menerbitkan posting CT48. SUBHANALLAH… ENGKAUKAH MUAZZIN ITU ? dan  CT83. MUAZZIN MUDA  sebagai menghargai bakat yang diasah kepada satu-satunya anak lelaki saya, Muhammad (ketika itu 9 tahun).

Alhamdulillah, sehingga hari ini Muhammad (12 tahun) dalam waktu-waktu yang berkesempatan akan memenuhi  seluruh isi rumah dengan alunan azan yang menyentuh hati.

Sokongan sentiasa diberikan kepada Muhammad agar mengalunkan azan dengan ikhlas dan bersemangat. Walaupun sudah pandai mengalunkan azan, namun pemantauan kepada sebutan makhraj dan melodinya, juga adab-adab muazzin masih diterapkan agar Muhammad mengerti tugas muazzin bukannya mudah.

*

SUARA MERDU ADALAH BAKAT

Suara merdu merupakan anugerah Allah kepada mereka yang terpilih dan tentu sekali ada usaha ke arah kemerduannya. Suara merdu tidak dilahirkan bersama jasad manusia atau menjadi satu warisan turun temurun.

Suara merdu merupakan sebuah bakat dan potensi yang perlu diterbitkan dengan usaha. Suara merdu perlu dilatih dengan tekun, digilap dengan sungguh-sungguh dan dilantun dengan berani.

Hanya mereka yang mahu “menerbitkan” suara merdunya sahaja, akan mencari jalan bagi menghasilkan kejayaan dengan susah payah. Antara bidang yang memerlukan kepada kemerduan suara adalah nyanyian, bersyair, tarannum al-Quran dan azan.

Jika tidak ada latihan yang berterusan,  kemerduan suara akan “hilang” sedikit demi sedikit. Kemahiran tertentu diperlukan untuk menghasil teknik suara yang baik. Walaupun didengari suaranya sudah merdu tetapi latihan tetap dilakukan agar suaranya konsisten merdu sampai bila-bila.

*

TIDAK AMBIL BERAT

Perkongsian saya hari ini lebih kepada pengalaman yang dilalui sepanjang musim haji tahun 2011. Pernahkah anda mendengar suara muazzin di Masjid Nabawi, Madinah dan di Masjidil Haram, Makkah ? Tentu sekali ramai yang pernah mendengarnya kerana sudah mengunjungi dan bersolat di kedua-dua masjid suci tersebut.

Namun bagi yang belum pernah menjejak kaki ke bumi Haramain itu, anda boleh mendengarnya di Youtube. Dari sana, anda dapat menikmati alunan azan oleh muazzin-muazzin yang dilantik mengikut jadual bertugas masing-masing.

Tetapi berapa ramai yang mengambil berat kepada suara yang sedang mengalunkan azan tersebut. Saya yakin untuk mengetahui namanya sahaja kita tidak endahkan. Asal mendengar azan berkumandang kita hanya terfikir untuk solat berjemaah, bergegas ke masjid dan bersedia untuk solat.

Itulah yang berlaku kepada saya di Madinah. Sepanjang melaksanakan ibadah solat di Masjid Nabawi, Madinah, saya tidak mengambil berat kepada muazzin yang melantunkan azan setiap masuk waktu solat.

Menurut sumber Saudi Gazzete, azan di Masjid Nabawi terkenal memiliki irama atau melodi yang unik, berbeza dan tersendiri sehingga menjadi rujukan cara beradzan di seluruh dunia. 

Kebanyak muadzin Madinah telah mewarisi adzan Madinah dari ayah mereka. Mereka sering di bawa ke masjid sejak masih anak-anak untuk belajar azan. Sehingga ramai anak-anak tersebut dilantik menjadi muadzin  sejak usia 15 tahun.

Antara muazzin Masjid Nabawi adalah Bukhari, Al-Hakeem, Al-Nu’man, Al-Najdi, Aldjouli, Al-Khashoggi dan keluarga Al-Afifi.

 *muadzinMADINAH

Para muazzin Masjid Nabawi, Madinah (sumber DI SINI). Terima kasih. Semoga dirahmati Allah SWT.

*

*

MUAZZIN INDONESIA

Tanggal 19 Oktober 2011 merupakan hari pertama saya dan SPH menjejak kaki ke Masjidil Haram. Posting CT257. UMRAH WAJIB (2): LANGKAH PERTAMAKU DI MASJIDIL HARAM mencatat kenangan terindah saat jiwa raga saya bertawaf dan bersaie  untuk menyelesaikan Umrah Wajib (umrah pertamaku) yang termasuk dalam pakej Haji Tamattuk.

Pada malam hari tersebut, saya beristirehat (uzur syar’ie) selama 8 hari dan tidak memasuki Masjidil Haram. Rasa rindu tidak tertahan, sungguh mencengkam hati. Alhamdulillah, selesai bersuci, jejak kedua mula diatur untuk beribadah di Masjidil Haram pada waktu Zohor bersama SPH tetapi di tempat berasingan.

Di sinilah bermulanya suara azan yang mengkagumkan saya. Suara muazzin itu nyaring merdu, jelas segala butir kalimat dan melodinya indah dan penuh semangat.

Tidak pernah saya mendengar azan semerdu suara muazzin ini. Sejak itu, saya mula mengambil kisah tentang siapakah muazzin tersebut. Namun tidak pernah berjaya. nama muazzin tersebut pun, tiada siapa yang tahu.

Menurut andaian saya, suara muazzin itu adalah suara dari nusantara iaitu Indonesia kerana terkenal dengan kemerduan suara yang nyaring dan bersemangat. “Mungkin ini muazzin jemputan dari Indonesia.” begitu bisik hati saya. Langsung saya teringat kemerduan azan dari H. Muammar ZA.

Kenapa saya menyakini demikian kerana saya pernah mendengar alunan merdu azan dari H. Muammar ZA yang sering berkumandang di TV RTM setiap kali masuk waktu solat. Malah, suara azan H. Muammar ZA saya simpan di dalam telefon BB Torch untuk didengari saat saya kesunyian dan “ketakutan”. 😀

*

*

SUARA SIAPAKAH ITU ?

Hampir setiap hari saya mengharap dan menunggu alunan suara muazzin “misteri” yang merdu dan lantang di Masjidil Haram. Entah mengapa, alunan azannya terdengar sangat unik dan menggetarkan.

Jarang saya mendengar melodi yang bertenaga, panjang dan bersemangat. “Semoga aku akan mengetahui muazzin itu suatu hari nanti”, bisik saya penuh harapan.

Alhamdulillah, masa berlalu tanpa disedari. Walaupun sudah kembali ke Tanah Air, namun suara muazzin misteri itu sentiasa didengari di dalam rumah. 

Patung unta yang saya belikan di Lapangan Terbang Jeddah sebagai hadiah kepada Ieesyah akan mengalunkan azan dari suara muazzin misteri setiap kali tubuhnya disentuh dengan kuat.

Begitu juga “laptop” mainan hadiah untuk Iesyah yang dibeli di Madinah, mengandungi bacaan surah-surah lazim, doa-doa harian dan azan. Azan yang berkumandang di dalamnya adalah milik suara muazzin misteri tersebut.

Jadual Waktu Solat yang di”download” dari internet oleh Ieesyah dan disimpan di dalam telefon Samsungnya juga mengalunkan suara muazzin misteri, akan memenuhi ruang rumah sebagai memaklumi masuk waktu solat bagi Bahagian Sarikei.

Setiap hari suara muazzin tersebut memenuhi rumah saya. Selama hampir 3 tahun dibelit oleh rasa ingin tahu siapakah  pemilik suara azan yang sangat merdu namun tidak pernah terfikir untuk mencarinya di dalam youtube.

Alhamdulillah, entah mengapa hati saya terdetik untuk mencari azan paling merdu di dunia pada bulan Ogos yang lalu untuk menghilangkan rasa bosan di pejabat.

*

*

MANTAN KETUA BILAL

Masya Allah, terungkai semua yang selama ini dipendam di dalam hati. Rupanya suara yang merdu nyaring dan lantang indah itu dimiliki oleh mantan Ketua Bilal Masjidil Haram, Sheikh Ali Abdul Rahman Ahmed Mulla.

Beliau adalah muazzin veteran di Masjidil Haram dan merupakan muazzin paling lama berkhidmat untuk Masjidil Haram iaitu 31 tahun sebagai menyambung tradisi keluarga menjadi muazzin di Masjidil Haram.

Sheikh Ali Ahmad Mulla mula tampil mengalunkan azan di Masjidil Haram ketika berusia 14 tahun. Beliau menyeru azan dari menara masjid apabila Abdul Hafeez Khoja (bapa saudara sebelah ibu), Abdul Rahman Mulla (bapa saudara sebelah ayah) dan Ahmad Mulla (datuk) tidak hadir ke masjid. Mereka merupakan muazzin di Masjidil Haram.

Beliau dihormati di seluruh dunia Islam dan rakaman azan beliau banyak dibeli. Pemikiran dan pandangannya dihargai oleh umat Islam dan bukan Islam di seluruh dunia melalui radio, CD, kaset, dan lain-lain media. Selain tugas utama sebagai muazzin di Masjidil Haram, beliau melakukan perniagaan milik sendiri.
*

Sheikh Ali Ahmad Mulla telah dilantik menjadi muazzin di Masjid al-Haram pada tahun 1975. Beliau juga mendapat penghormatan untuk mengalunkan azan di Masjid Nabawi, Madinah.

*

*

*

PesanFatimaku

*

Sesungguhnya, apabila kita dapat menghayati azan sampai ke lubuk hati terdalam dan memahami maksud yang terkandung di dalamnya, kita akan merasai nikmat iman yang tidak terperi.

Air mata pun tidak mampu dibendung kerana rasa cinta yang tinggi kepada Allah SWT yang mempunyai rasa belas ihsan kepada semua hamba-NYA. Kalimah La Ilaha ilallah itu mampu mengetuk lembut hati kita untuk bertaubat dan menginsafi diri atas setiap dosa yang dilakukan.

Hati akan tersentuh sayu mengingati Rasulullah SAW dan perjuangan yang dilalui sehingga seruan DUA KALIMAH SYAHADAH itu sampai kepada kita. Bermohonlah agar mendapat syafaat Rasulullah SAW dan jadilah umat Islam yang benar-benar sejati Islamnya seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Jangan lupa, berdoalah saat menyahut setiap kalimah azan yang berkumandang kerana padanya saat itu ada jawaban Allah SWT untuk hamba-NYA yang berdoa.

*

PADA SUARAMU KU TEMUI CINTA HAKIKI

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima

21 Oktober 2014 (Selasa)/  26 Zulhijjah 1435H/ 9.48 malam.  Sarikei, Sarawak

AKU….. yakin kita dapat mengatasi segala keraguan yang mungkin mempengaruhi segala pemikiran kita dengan bertanya untuk mendapatkan kepastian. Jika tidak segera melakukan pertanyaan, selama itu juga kita akan dihantui keresahan dan kebimbangan yang berpanjangan. Oleh itu, jangan biarkan hidup kita terumbang ambing dengan kesilapan yang tidak pernah disuarakan.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu… cinta harus kita sirami dengan keikhlasan hati dan kefahaman yang tidak berbelah bagi. Walau banyak halangan mendatangi cinta yang terpetri namun bunga-bunga cinta tetap bersemi hingga ke mati.  Wassalaam. 🙂

*

RinduFatima2Hanyadirimu

*

PADA SUARAMU, ADA RINDUKU YANG TIDAK TERUNGKAP

*

25 thoughts on “CT292. SUARA MUAZZIN PALING MERDU DI DUNIA

  1. Assalamualaikum Mbak Fatimah. Saya kalau mendekati Magrib, jauh dari rumah terus mendengar Adzan magrib, rasanya lentuh banget deh ini hati Mbak. Entah sedih atau apa, yang jelas saya ingat banyak hal. Termasuk dosa-dosa saya 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Iya mbak, hati pasti menjadi sayu seakan disentuh oleh gemersiknya suara yang berkumandang. Rasa apakah yang hadir menerpa hati kita.

      Mungkin dengan adanya sekelumit iman yang bersarang di hati kita menjadikan kita sangat dekat kepada Allah SWT dan merasai panggilan-NYA yang indah untuk menghadap-NYA. Beruntunglah hati yang disapa oleh-NYA sebagai jawaban bahawa cinta-NYA tetap ada untuk kita. Aamiin.

      Terima kasih mbak Evi berkongsi rasa di sini.
      Salam sehangat gula aren. 🙂

  2. Assalamualaikum wr wb
    Kak fatimah

    Kumandang adzan menandakan panggilan seorang hamba buat menghadap tuhannya. Namun sayangnya saya blm sempat buka videonya kak. Soalnya sekarang lagi pakai hp 🙂

    Insya Allah nanti coba buka lagi 🙂
    Salam..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Sussi…

      Seruan yang indah buat jiwa yang merindui Rabbnya. Silakan, mbak jika ada peluang mendengarnya. Pasti menyenangkan bathin dan jiwa.

      Terima kasih mbak atas kunjungan.
      Salam mesra. 🙂

  3. Waallaikumsalam warohmatullahiwabarokatu.
    suara merduseorang muadzin memang dapat kemudian menggugah hati untuk tidak menunda panggilan Allah kepada kita umatnya melaksanakan kewajiban menghadap kepada-Nya.

    salam sehat dan ceria selalu, jangan lupa oleh-olehnya dari Mekkah nya ya 😀

    • Beruntunglah mereka yang mengalunkan azan kerana fadhilatnya sangat besar untuk dunia dan akhiratnya.

      Terima kasih kang, oleh-oleh dari Makkah kini sudah tinggal kenangan sahaja. Insya Allah nanti akan pergi Umrah, jika ada waktu mengizinkan. Aamiin.

      Salam sejahtera dan didoakan kang serta keluarga juga sihat. Aamiin. 🙂

    • Azan memang khusus untuk telinga kerana asal azan adalah UZUNUN bermaksud telinga. Pastinya dari pendengaran akan sampai meresap ke hati. Beruntunglah mereka yang mengalunkan azan.

      Terima kasih mas Ilyas. Salam Maal Hijtah 1436.

  4. Masya Allah ya Kak Fatim kalau mendengar suara adzan yang merdu. Hati yang lalai menjadi ingat. Tubuh yang penat ingin segera tersungkur, mengadu kepada Yang Maha Besar. Alhamdulillah, semoga kita tetap dikaruniai keistiqomahan untuk bersegera menyambut panggilan adzan.

    • Aamiin Ya Rabb… mudahan dengan panggilan suci itu akan mendekatkan lagi kita kepada-NYA dan menyegerakan solat seawal waktu di mana kita sering lalai untuk mengadap-NYA. Hanya hati yang merindui-NYA sering dapat menikmati sirat-sirat kata yang memaknai kehidupan dunia dan akhirat.

      Terima kasih Sophie atas kunjungan dan slaam manis selalu di penghujung pekan. 🙂

  5. Assalamu’alaikumwr.wb.

    Alhamdulillaah…, suara dari para muadzin itu, begitu merdu, hingga ke dalam jiwa, mendayu rindu. Sungguh, kalau menurut saya ini buka karena suaranya yang merdu semata, tapi karena mereka juga orang yang shalih, makannya dijaga, bicaranya juga terjaga, lisannya banyak berdzikir. Inilah yang membuat panggilannya menggetarkan hati.
    Ohya, suka H. Muamar ZA juga ya, Mbak. Beliau memang qori’ yang luar biasa.
    Salam dari Jogja ya, Mbak.

    • Wa’alaikum salaam wr,wb, mas Amazzet…

      Benar, hanya jiwa yang bersih dan ikhlas kepada Allah SWT, mampu untuk menarik hati sesiapa sahaja yang memerhati dan mendengar seruan azan yang dikumandangkan.

      Berapa banyak mereka yang bersuara merdu tetapi kurang ditanggapi oleh orang lain. Semua tarikan itu disampaikan dengan izin Allah dan menusuk hingga ke hati para pendengar juga dengan izin Allah SWT.

      Walau suara kurang bagus dan merdu, tetapi di sisi Allah SWT sangat indah jika sang muazzin ikhlas dalam seruannya mengajak manusia kembali kepada Allah SWT. Aamiin.

      Terima kasih mas Amazzet atas kongsian yang mencerahkan. Juga kunjungan yang disenangi. Salam hormat takzim. 🙂

  6. Assalamualaikum Wr.Wb. Mbak Fatimah,

    Suara Adzannya sangat merdu dan membuat jiwa meleleh. Maha Besar Allah dengan segala ciptaaanya….Heran…kenapa diluar sana masih ada yang menyangkal kebenaran islam ya…padahal mendengar Adzan yang merdu seperti ini saja membuat jiwa seperti melayang penuh cinta kepada Allah dan Rasul-Nya…

    Salam dari Yogya…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Yuni…

      Sesiapa yang tidak dapat menikmati makna azan sehingga tidak meresap ke hati, itu bermaksud karat-karat hatinya sangat banyak hingga tidak mampu mencapai keindahan maknanya.. Mudahan kita selalu berdoa agar hati kita lembut dan insaf akan keagungan azan tersebut.

      Terima kasih mbak Yuni dan salam manis selalu. 🙂

    • Alhamdulillah, dengan mendengar suara muazzinnya sudah cukup mengubati rindu kita terhadap Tanah Suci Makkah dan Madinah. Mudahan alunan azan tersebut menguatkan iman dan hati kita untuk menjaga kemakbulan umrah dan kemabruran haji dengan mengingati payahnya perjuangan dalam perjalanan rohani yang pernah ditempuh dulu.

      Terima kasih mas Aziz kerana sudah berkunjung dan salam hormat.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.