CT163. CABARAN HAJI (12): HAJI KANAK-KANAK

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

HajiKanakFatima1Haji

MENABUNG DI USIA MUDA

Pihak Tabung Haji Malaysia telah melakukan kempen kepada ibu bapa di Malaysia supaya memulakan tabungan haji untuk anak-anak sejak kecil lagi agar mereka dapat menunaikan haji dalam usia muda. Saya melihat usaha kempen ini memberi manfaat besar kepada masa depan anak-anak sebagai simpanan pendidikan, sekali gus simpanan Haji.

Sebagai contoh, menyimpan RM50 sejak anak usia sebulan sehingga berumur 25 tahun akan menjumlah simpanan modal sebanyak RM15,600. Belum lagi termasuk bonus dan dividen yang ditambah selama 25 tahun tersebut. Kemungkinan boleh menjangkau RM18,000 hingga RM20,000. Dalam tempoh tersebut, kos tambang haji akan meningkat dari semasa ke semasa. Anak-anak kita dapat menunaikan haji dalam usia yang masih sihat dan bertenaga.

Oleh itu, jangan bertangguh untuk menyisihkan RM50 dari wang gaji bulanan untuk anak-anak. Kita juga boleh menyimpan 10-30 % dari gaji bersih setiap bulan untuk kita sendiri. Menunaikan haji dalam usia muda banyak memberi manfaat dalam menyempurnakan manasik haji yang dilihat sangat mencabar dan memerlukan pergerakan fizikal yang banyak. Haji Muda dapat menjalankan komitmen yang tinggi serta dapat mengharungi pelbagai cabaran dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelektual.

*

UMUR BALIGH

Terdapat jemaah haji yang membawa anak-anak menunaikan haji bersama mereka. Jika dilihat dari pakaian abaya hitam dan berpurdah (bercadar), mereka berasal dari  negara Asia Barat atau Timur Tengah seperti Arab Saudi, Iran, Iraq atau Emiriah Arab Bersatu. Mungkin kerana negara tersebut berhampiran, maka mudah untuk membawa keluarga menunaikan haji.

Menunaikan haji dalam usia muda sangat digalakkan terutama mereka yang sudah mencapai umur baligh. Baligh bermaksud apabila seorang lelaki atau perempuan telah sampai pada tahap umur tertentu dan layak menerima taklif (tanggungjawab) yang disyarakkan seperti solat, puasa, haji dan lain-lain.

Syeikh Dr. Mustafa al-Bugha et.al dalam al-Fiqh al-Manhaji menjelaskan tahap baligh seseorang itu dapat diketahui dengan beberapa perkara:
*
  1. Mimpi keluarnya mani, sama ada lelaki atau perempuan.
  2. Melihat darah haid. Ini khusus untuk perempuan sahaja. Waktu yang menjadikannya baligh disebabkan mimpi atau keluar haid ialah apabila dia mencapai umur sembilan tahun Qamariah. (menurut bulan Islam). Kelewatan atau tidak daripada umur tersebut adalah bergantung keadaan sesebuah negeri dan suasana kehidupan.
  3. Berumur 15 tahun berdasarkan tahun Qamariah (hijrah). Keadaan ini diambil kira apabila tidak berlaku mimpi atau tidak keluar haid.

HajiKanakKanak

capaian google

*

HUKUM HAJI KANAK-KANAK

Haji Kanak-Kanak mengingatkan saya kepada teman sekelas di sekolah menengah dahulu, Hajjah Saadiah Haji Ali Akebar dari Igan, Mukah, Sarawak. Beliau telah pergi haji bersama ibu bapanya semasa kecil. Ketika itu, timbul rasa cemburu di hati kerana masih kecil, sudah pergi haji. Saya sangat teruja mendengar pengalamannya di sana. Hanya sebuah harapan yang wujud di hati mudahan suatu hari nanti saya juga akan menjejak kaki ke Makkah.

Alawi Abbas dan Hassan Sulaiman (2011) dalam Kitab Ibanah Al-Ahkam Syarah Bulugh Al-Maram (jilid 2) berkenaan Bab Haji menjelaskan hadis no. 248. Daripada Ibn Abbas r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Mana-mana kanak-kanak yang telah melakukan ibadah haji kemudian dia mencapai umur baligh, maka ia tetap mempunyai kewajiban untuk melakukan ibadah haji sekali lagi.” (diriwayatkan oleh Ibn Abu Syaibah dan al-Baihaqi)

HAJI adalah FARDHU untuk dikerjakan SATU KALI SEUMUR HIDUP dan HANYA DIWAJIBKAN bagi orang yang sudah mencapai umur baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan. JUMHUR ULAMA menjelaskan bahawa haji yang dilakukan oleh anak kecil masih belum mencukupi haji fardhu sehingga mencapai umur baligh.

Jika ada kanak-kanak melakukan ibadah haji sebelum umur baligh, maka hajinya dianggap sebagai AMALAN SUNAT. Oleh itu, apabila usianya telah mencapai baligh, maka dia WAJIB melakukan haji SEKALI LAGI sebagai haji yang menunaikan RUKUN ISLAM. Kewajiban haji bagi kanak-kanak tidak mencukupi sebelum umur baligh kerana belum dikenakan KEWAJIBAN TAKLIF (tanggungjawab ibadah haji).

nama bayi islam laki-laki

capaian google

*

TANGGUNGJAWAB BAPA ATAU WALI

Banyak cabaran yang mesti diberi perhatian dan menjadi tanggungjawab bapa  atau wali apabila membawa anak-anak bersama untuk menunaikan haji.  Haji Kanak-kanak tidak terkecuali dari melaksanakan segala manasik haji di semua masya’irnya agar kesempurnaan hajinya mendapat ganjaran dari Allah SWT. 

Haji Kanak-kanak yang belum baligh ada dua jenis iaitu MUMAIYIZ (yang tahu membezakan antara yang kotor dan bersih) dan BELUM MUMAIYIZ. Haji Kanak-kanak tetap SAH dan mendapat pahala hajinya sama ada MUMAIYIZ atau BELUM MUMAIYIZ selagi bapa atau walinya telah mengerjakan perkara-perkara sebagaimana yang dilakukan oleh orang berhaji untuk anak- tersebut.

Wali kanak-kanak hendaklah memerintahkan agar dia melakukan perkara-perkara yang mampu dia lakukan. Sedangkan perkara-perkara yang tidak mampu dilakukannya, maka wali yang mesti mengerjakan sebagai pengganti anak tersebut.

Namun begitu, haji yang dilakukan oleh anak kecil masih belum mencukupi haji fardhu yang merupakan Rukun Islam baginya. Wali mendapat pahala kerana usahanya atau kerana dia bersusah payah menggendong anak. Anak pula turut mendapat ganjaran pahala kerana mengerjakannya.

BUDAK COMEL

capaian google

*

MENGHADAPI KARENAH HAJI KANAK-KANAK

Saya tersenyum mengingati betapa comelnya (cute), anak-anak berdarah Arab ini. Hati terpaut dan menyukai mereka. Mata, senyum dan telatah yang dipamerkan sangat menghiburkan. Hati keibuan saya tersentuh sehingga mengaca mata menahan rindu. Rindu pada anak-anak yang ditinggal jauh di Tanah Air. Lantas doa dipanjat agar anak-anak semua selamat dan bahagia dalam peliharaan Tuhan Yang Maha Penyayang.

Kadang kala bila mata saya dan anak-anak itu bertembung, kami saling bertukar senyum tiba-tiba. Seperti ada arus elektrik yang menggerak kuasa senyuman menguntum tanpa disedari. Anak-anak itu malu tetapi matanya tancap menatap mesra. Terhibur dan damai menguasai seluruh urat saraf saat senyum menyatu sedangkan tidak pernah mengenali. Demikianlah Allah menghulurkan kasih sayang-NYA ke dalam jiwa hamba-hamba-NYA di Tanah Suci.

Melihat kepada aktifnya tingkah laku, berlari ke sana sini, bising dengan suara tangisan, pergaduhan, jerit menjerit antara anak-anak, saya yakin banyak cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa bagi menangani masalah yang ditimbulkan anak-anak. Sering saya dengar suara anak-anak menangis dalam masjid ketika solat sedang berlangsung. Tangisan ini tentu mengganggu kekhusyukan tetamu Allah yang sedang bersolat. Kerana itu, tidak hairanlah polis wanita yang bercadar itu tidak membenarkan para ibu yang membawa anak kecil, masuk ke dalam masjid.

Masalah yang paling besar bagi ibu bapa yang membawa anak-anak berhaji ini adalah ketika anak hendak membuang air besar atau air kecil. Akan kedengaran suara marah ibu atau bapa kerana terpaksa keluar dari saf yang telah diduduki kerana hendak menghantar anak ke tandas. Anak-anak ada yang menangis dan masam muka. Emosi ibu bapa pasti tergugat jua setelah bersesak mencari tempat tiba-tiba harus keluar semula dan akhirnya solat di luar masjid. Tidakkah ini mengganggu tumpuan ibu atau bapa untuk beribadah? Akhirnya jadi sibuk dengan anak-anak sedangkan urusan berhaji adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Masya Allah.

Beberapa kali ketika tawaf, saya melihat bapa sedang mendukung anak lelaki atau anak perempuan. Sambil bapanya membaca doa-doa, si anak seperti menyuruh bapanya berjalan cepat-cepat. Bapa pula kelihatan penat dalam keadaan manusia ramai dan perlu menjaga keselamatan anak yang didukungnya. Ada yang gembira dan ada yang beremosi apabila rempuhan tiba-tiba berlaku.

Banyak lagi cabaran yang terpaksa dihadapi oleh ibu bapa yang membawa anak-anak berhaji sama seperti melayan kelaparan, ingin bermain bebas, meminta mainan, melayan emosi anak-anak yang kelelahan di tengah puluhan ribu manusia, bersesakan di Padang Arafah, Muzdalifah dan kehidupan yang mencabar di bumi Mina. Tidak terbayang betapa sukarnya menangani masalah Haji Kanak-Kanak yang mungkin menjadi ujian dari Allah SWT di bumi Haramain ini.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan ada anak-anak yang mudah diurus dan elok tingkahlakunya tanpa menimbulkan sebarang masalah kepada ibubapa. Seperti yang saya lihat dua anak kecil  Arab (lelaki dan perempuan) berusia berusia 2 tahun dan 3 tahun, duduk tenteram bersama abangnya. Ibu mereka (berabaya dan berpurdah) solat di sebelah saya. Anak kecil itu hanya memandang orang di sekeliling dengan tenang dan takut-takut.

anak solehah

capaian google

*

FESYEN PAKAIAN IHRAM

Saya pernah melihat sekeluarga Arab (entah dari negara Arab mana ?) dalam pakaian ihram (lelaki). Anak lelakinya seramai 3 orang mungkin dalam usia 3, 7 dan 12 tahun. Sangat “cute” dengan pakaian ihramnya. Tetapi pakaian ihram mereka pelik sekali. Seperti berfesyen pula.

Pakaian ihram bapa dan anak-anak lelaki itu semua berjahit dan berbutang. Besar pula butang-butang tu. Direka seperti baju cuma tidak bertangan. Entah lucu atau apa ya, saya dan SPH tiba-tiba ketawa dan beristighfar sambil saling bertanya, apakah mereka tidak tahu bahawa pakaian ihram lelaki TIDAK BOLEH BERJAHIT.

PesanFatimaku

Mungkin disebabkan banyaknya cabaran yang harus dilalui, maka pihak Tabung Haji tidak menggalakkan ibu bapa membawa anak-anak kecil bersama. Namun, jika kita yakin dan berdoa bahawa anak-anak tidak menjadi halangan untuk kita beribadah kepada Allah SWT,  tentu  bukan satu masalah yang perlu dirisaukan kerana sikap dan situasi seseorang itu tidak sama.

Cuma apa yang menjadi pemerhatian saya, karenah anak-anak kecil (yang belum baligh), banyak mengganggu tumpuan ibu atau bapa untuk beribadah. Akhirnya ibu bapa menjadi sibuk dengan anak-anak sedangkan urusan ibadah mereka mungkin terabai tanpa disedari. Sedangkan kita faham bahawa tujuan haji adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

anak soleh

capaian google

*

****************

15  April 2013 (Isnin)/ 5 Jamadil Akhir 1434H/ 21.46 malam – Sarikei, Sarawak

AKU…. mengerti, andai pertemuan itu bernoktah hari ini, tentu yang merencananya lebih tahu kenapa seharusnya kita diperlakukan sebegini. Jika engkau tahu bahawa berdiam diri itu bukan bermakna aku mati di seluruh kebahagiaanku.  Tetapi… engkau akan lihat sebuah kebangkitan jiwa yang tidak pernah engkau ketahui sebelum ini… semuanya kerana cintaku pada Ilahi Rabbi.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

IlmuFatima4Kekasih Allah

BUATMU…. TIDAK PERNAH RINDU ITU BERAKHIR

*

DEDIKASIKU UNTUKMU…. berterima kasihlah kepada sesiapa yang berani menegur kesilapan kita. Kadang kala kita hanyut dalam dunia ini tanpa kita sedari kerugian yang kita alami dari umur yang berbaki. Ingin ku berseru padamu…. dekatilah Tuhan kita dengan cinta yang tidak pernah berbelah bagi. Doaku untukmu selalu hadir dalam sejadah cinta Ilahi. Wassalaam. 😀

*

14 thoughts on “CT163. CABARAN HAJI (12): HAJI KANAK-KANAK

  1. Assalamualaikum.
    Hebat sekali pemerintah Malaysia, menganjurkan ibu-bapak menabung untuk haji anak2 mereka. Two thumbs untuk pemerintahannya Mbak Fatimah..Kalau begini anak2 tahu mana depan yg dipersiapkan untuk mereka 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Oleh kerana itu, sudah banyak ibu bapa di Malaysia yang mendaftar haji anak-anak mereka. Akibatnya, giliran menunggu semakin jauh sehingga 40 tahun sekarang ini, mbak.

      Kesedaran itu amat penting kepada pemerintah untuk menggalakkan rakyatnya menabung agar senang di kemudian hari. Mudahan pemerintah Indonesia juga demkian sama.

      Salam manis buat mbak Evi. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Zainal…

      Alhamdulillah, sihat dan baik. Didoakan mas Zainal juga demikian sama.

      Mudahan silaturahmi kembali mengisi perkongsian ilmu di maya ini.
      Terima kasih sudah hadir menyapa.

      Salam hormat selalu. 😀

  2. assalamualaikum,
    memang sekarang banyak orang tua yang membawa anak-anaknya pergi ke tanah suci untuk beribadah haji atau hanya sebatas umroh saja,
    dan itu sebenarnya pendidikan yang baik bagi sang anak..agar bisa lebih mendekatkan diri dengan ALLAH dan Rasul-NYA,..
    namun terkadang orang tua lalai mengikuti dan menuntun sang anak hingga dewasa setelah kembali dari tanah suci, terutama dalam hal tuntunan agama, sehingga banyak dari mereka yang lalai dalam bersikap sebagaimana layaknya seorang muslim…,bahkan lupa untuk kembali ke tanah suci lagi demi memenuhi panggilan ALLAH SWT.
    salam persahabatan selalu dari Makassar – Indonesia

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Hariyanto…

      Alhamdulillah, memang benar bahawa usaha membawa anak-anak kecil ke Tanah Suci adalah tujuan untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Saya termasuk orang yang ingin membawa semua anak-anak ke sana. Insya Allah, di masa mendatang. Aamiin.

      Disiplin sangat penting untuk memastikan anak-anak mentaati perintah ibu bapa dan tidak mendatangkan masalah kepada mereka apabila beribadah baik di mana-mana pun berada.

      Terima kasih mas Hariyanto atas komentar berbobot yang dikongsikan. Mudahan diberkahi Allah SWT hendaknya.

      Salam hormat selalu. 😀

  3. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Subhanallah… salut dengan Haji Kanak-kanak, salut pula untuk oran tua yang mau menanamkan keimanan dan ketakwaan kepada anak-anaknya sejak masa kanak-kanak. Sementara masih banyak orang tua yang lebih mengutamakan hartanya untuk kepentingan duniawi semata.

    Dengan segala risiko yang dihadapi orang tua yang membawa anaknya berhaji, mudah-mudahan tidak mengurangi kekhusyu’an mereka. Yang pasti, itu merupakan salah satu usaha orang tua membekali anak-anaknya agar setelah dewasa tetap melangkah di jalan kebenaran, jalan yang diridai Allah swt.

    Salam hormat senantiasa untuk Mbak Fatimah dan keluarga…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden….

      Sungguh beruntung, jika ibu bapa yang mampu membawa anak-anak berumrah atau berhaji, Semua itu nikmat Allah SWT yang wajib kita syukuri atas limpah kurnia sehingga sekeluarga dijemput hadir menjadi Tetamu yang diraikan.

      Mendidik anak-anak dengan baik mengikut landasan Islam sejak kecil pasti akan diganjari Allah SWT dengan kemuliaan dan selalu dimudahkan segala urusannya walalu di mana mita berada. Yang penting kita hendaklah banyak berdoa dan yakin bahawa Allah SWT yang menunjuk jalan dan membuka ruang kemudahan buat kita.

      Terima kasih untuk komentar yang mencerahkan. Semoga selalu sukses dan dimurahkan rezeki. Aamiin.

      Salam hormat kembali kepada mas Raden dan keluarga di sana juga. 😀

  4. Pingback: CT165. CABARAN HAJI (14): CABARAN HAJI MUDA | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.