CT359. KEBUN FATIMA (4): BUNGA MATAHARI (1) – MENYEMAI BENIH

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

MatahariFatima1SemaiBenih

*

MINAT

Apakah anda juga peminat bunga matahari atau nama saintifiknya Helianthus annuus L. ? Jawaban saya, YA. Saya sangat meminati bunga matahari. Malah, sangat teruja untuk menanamnya walau pun hayatnya tidak panjang.

Warna kuning dan hijau yang melatari bunga itu menggambarkan ia sangat unik dan memikat hati. Warna kuning yang menyerlah  dan memukau mata saat dipandang. Sedangkan kelopaknya yang hijau meruncing bagai pakain yang membanggakan dirinya.

Beberapa tahun yang lalu, saya pernah menanam banyak pokok bunga matahari di halaman rumah saya. Ia sangat subur dan menjadi. Sangat cantik dan membuat halaman hadapan rumah saya berseri-seri dengan warna kuning yang menyerlah.

Pokok-pokoknya tinggi mengatasi ketinggian saya. Bunganya sebesar pinggan makan dan bijinya besar panjang melonjong. Saya tanam secara berderetan dan kelihatan seperti sebuah taman bunga matahari.  Kini ia hanya tinggal kenangan. 

*

HADIAH DARI LANGIT

Sudah lama saya tidak menanam bunga matahari. Biji benihnya sangat sukar ditemui di Sarikei. Saya berharap dapat membeli biji benih bunga matahari walau pun harganya mahal. Saya berazam untuk mencarinya sehingga dapat.

Alhamdulillah, siapa sangka rezeki datang bergolek. Ketika balik kampung melawat Emak dan Bapak. Emak memberi saya sebungkus kertas yang di dalamnya terdapat biji benih bunga matahari.

Pemberian itu, bagai pucuk dicita ulam mendatang. Mimpi menjadi nyata. ia bagai hadiah dari langit. Allah memakbulkan impian saya. Alhamdulillah. TERIMA KASIH EMAK. 🙂

Biji benih yang diberi nampak kecil dan bunganya juga pasti kecil. Begitu kata Emak apabila saya bertanya bentuk bijinya yang comel-comel itu. Tak mengapalah… yang penting saya sudah memiliki biji benih bunga matahari.

*

PROJEK SEMAI BENIH

Maka projek menanam bunga matahari mula dirancang. Pertama, menyediakan bahan, menyemai benih, menyuburkan tunas, memindah anak pokok dan menanam anak pokok.

Semua aktiviti operasi ini akan saya tulis secara bersiri agar sesiapa yang berminat untuk menanam pokok bunga matahari akan tahu caranya.

Saya akui masih pemula dalam dunia kebun, sekurangnya berkongsi minat dan pengetahuan lebih baik daripada tiada. Betul tak ? 🙂

Foto-foto di bawah menggambarkan aktiviti menyemai biji benih bunga matahari yang saya lakukan. Semoga mendapat manfaat dari kongsian saya ini.

*

MatahariFatima2TapakSemaian1

Bekas jenis plastik tapak semaian sebanyak 50 lubang ini, boleh dibeli dengan harga RM3.50 sahaja. Murah. Jika tidak mahu menggunakan bekas seperti ini, anda boleh guna bekas cawan minuman plastik atau pollybeg yang kecil.

*

MatahariFatima3MasukKapas2

Lubang di dalam ruang tapak semaian agak besar, maka masukkan kapas atau tisu untuk menutupinya agar tanah tidak keluar dengan banyak. Kapas sebagai penapis bahagian bawah untuk memudahkan air keluar.

*

MatahariFatima4Benih100Matahari3

Inilah biji benih bunga batahari pemberian Emak. Bijinya kecil dan comel. Begitulah juga bunganya nanti. Saya akan menanam sebanyak 100 biji benih. Entah jadi atau tidak. Saya masih menyimpan 20 biji bakinya untuk ditanam di kemudian hari.

*

MatahariFatima5TanahMasakKompos4

Sediakan tanah masak (tanah bakar) yang dicampur dengan baja kompos (organik) untuk menanam biji benih. Di Sarikei, harga tanah masak seguni (20 kg) adalah RM11.00. Baja kompos seguni besar (20 kg) adalah RM50.00. Bungkusan kecil seberat 1kg harganya RM4.00 Lebih murah dan untung jika kita membeli baja kompos dalam seguni besar.

*

MatahariFatima6MasukkanTanahSemaian5

Masukkan tanah ke dalam lubang tapak semaian dan ratakan

*

MatahariFatima7TekanTanah6

Tekan sedikit tanah yang diratakan agar mampat. Tujuannya untuk meletakkan biji benih bunga matahari di atasnya.

*

MatahariFatima8TanamBijiMatahari7

Masukkan biji benih bunga matahari di tengah atas tanah

*

MatahariFatima9RataTanahSiap8

Tutupkan biji benih bunga matahari dengan tanah semula. Selepas itu renjiskan dengan sedikit air untuk membasahkan tanah dan biji benih. SIAP

*

MatahariFatima10SiapSemai100Biji9

100 biji benih matahari telah siap disemai. Air perlu direnjis (bukan siram) sebanyak 2 kali sehari untuk menyuburkan pertumbuhan biji benih.

*

PERINGATAN ! biji benih yang sudah ditanam jangan terus di bawah sinar matahari, hendaklah media tapak semaian itu diletakkan di kawasan redup dan teduh. Jika di tanam terus di tapak tanah, tudungkan biji benih dengan daun-daun di atasnya.

*

CUBA TEKA, BERAPA HARIKAH BIJI BENIH ITU MENGELUARKAN TUNASNYA ?

SELAMAT MENCUBA !

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima10 November 2015 (Selasa)/ 28 Muharram 1437H/ 10.35 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. bertanya pada alam yang suram, mengapa dunia tiada lagi aura damainya ? Ke mana menghilang kasih dan sayang yang diberi Tuhan ? Sudah matikan hati yang disiram cinta sehingga manusia tidak lagi berjiwa manusia. Ingat, hidup ini bagai roda yang bergerak pantas untuk mengisahkan perjalanan yang akan dipertanggungjawabkan. Masih adakah penghujung jalan yang damai untuk kita kecapi sebelum kematian melambai tangan ? Matilah sebagai seorang muslim mukmin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. ingin ku khabarkan rindu yang jauh, namun tidak pernah sampai kerana angin tidak bertiup di senja jingga. Lalu hujan rintik mendatang pesan, ribut kan menghilir berlari kencang. Akhirnya, rinduku terpendam jauh ke dasar pantai yang kelam tidak berpandang. Sepi tidak bergema lagi. Doaku selalu untukmu. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

RinduFatimaa3untukmu

*

*

11 thoughts on “CT359. KEBUN FATIMA (4): BUNGA MATAHARI (1) – MENYEMAI BENIH

  1. Assalamualaikum mbak Siti,

    rajin sekali mbak sudah mulai bertanam sekarang, saya salut dan suka sekali ada teman berhobi sama yaitu berkebun. Semoga sukses menyemai biji bunga mataharinya ya mbak.

    Ke depannya Insya Allah mbak Siti akan punya biji bunga matahari yang warna-warni ya mbak, bila kiriman biji bunganya sudah sampai karena ada juga biji bunga matahari warna warni, nggak warna kuning saja tapi ada yang coklat, pasti kebun mbak Siti akan cantik dipenuhi dengan bunga matahari aneka warna 🙂

    Salam manis dari desa dongeng

    Wassalam

    Ely

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ely….

      Alhamdulillah, jika ada biji benih bunga memang asyik sekali berkebun mbak. Cuma, saya salah menanamnya di musim hujan dan pasti ada impak kepada kesuburannya… lihat nanti apakah kemenjadian bunga matahari saya itu.

      Saya sangat berbesar hati atas kiriman biji bunga matahari pelbagai jenis dan warna dari mbak Ely. Sangat teruja sekali kerana ini kali kedua saya menerima biji benih bunga dari luar negara iaitu dari mbak Ely di Jerman.

      Yang pertama dulu dari seorang teman bangsa Jepun di Sapporo, Hokkaido iaitu biji benih bunga Carnation berwarna pink muda. Sangat cantik sekali dan subur. ternyata bunga carnation juga sesuai dengan iklim Sarikei dan harus ditanam secara indoor.

      Saya berharap kiriman mbak Ely akan segera sampai dan akan ditanam untuk menyerikan kebun saya.

      Terima kasih banyak, mbak Ely. Didoakan sihat dan diberkati Allah atas kebaikan mbak Ely selama ini.

      Salam manis selalu. 🙂

  2. Semoga bunga matahari yang ditanam kak Siti tumbuh subur dan berbunga cantik.
    Sewaktu tinggal kost (landlord) saya suka menanam berkebun juga. Waktu itu kami menanam bunga anggrek.

    • Aamiin. Insya Allah. Mudahan jika berbudi dengan tanah akan mendapat hasil baik darinya juga.

      Bagus sekali bunga anggerek. Ia cantik dan berwarna warni jenisnya.. Di Malaysia ia juga disebut bunga orkid.

      Terima kasih mas Alris dan salam sejahtera.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, kak Paridah Ishak…

      Begitu juga harapan saya kak agar bunga matahari tu menjadi. Saya menanam tu ketika musim hujan. Tengoklah nanti apa jadinya biji benih tu. Harap bermekaran indah nantinya.

      Terima kasih kak kerana berkunjung lagi dan salam manis dari Sarikei, Sarawak. 🙂

  3. Akak membayangkan dulu kalau 80 benih semuanya menjadi memang akan ada taman bunga mataharilah kelak. Cantiknya… dan rasa kakak tak sampai seminggu benih dah boleh cambah kalau sentiasa rajin disiram. Biji bunga tu kalau sangai dan makan pun sedap tau hihi…

    • Saya pula membayangkan semua benihnya menjadi dan mengharap tidak ada yang mati di musim hujan ini. kalau “tidak sampai seminggu” memang betul kak tetapi berapa harikah yang tepat ?

      Saya juga suka makan biji matahari (kuaci). Biasanya saya menggemari kuaci yang disangai dengan mentega. Harganya juga mahal sedikit dari kuaci biasa.

      Terima kasih Kak Zakie dan salam manis di penghujung minggu. 🙂

  4. Pingback: CT360. KEBUN FATIMA (5): BUNGA MATAHARI (2) – BABY MATAHARI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.