CT470. SATU JUTA DI LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2 – APRIL 2018

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

TAHUN KE-8

Alhamdulillah. Tidak menyangka blog LMGS G2 (Generasi Kedua) yang telah dibina semula pada 15 OGOS 2010 (Ahad) setelah blog LMGS yang pertama di”godam” dan berkubur selamanya dimaya sudah memasuki tahun ke 8 pada tahun 2018 ini.

Ini pencapaian yang baik bagi saya sebagai seorang wanita dwi kerjaya yang selalu sibuk dengan tugasan pejabat dan kerja – kerja rumah yang tidak pernah selesai. Jika ada waktu terluang barulah ada kesempatan untuk menitip perkongsian yang difikirkan boleh memberi manfaat untuk para sahabat pembaca yang sudi meluangkan masa membaca di LMGS G2.

Sehingga hari ini saya sudah berkongsi sebanyak CT470 penulisan. Syukur tidak terhingga kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk berkongsi idea dan membaca komentar dari sahabat pembaca yang dikasihi.

Bukan mudah bagi kita memilih dan “membuang masa” untuk singgah ke blog orang lain hanya semata-mata ingin membaca buah fikiran mereka yang menurut kita mempunyai manfaat untuk dibaca. Atau sekadar melihat-lihat foto yang dilampirkan atau merenung sejenak resepi-resepi yang berkenan di hati melalui cerminan jiwa dan mata yang terbuka.

*

MENGHITUNG HARI

Semasa mula-mula membina blog ke-2 ini, saya berfikir bagaimana hendak mengetahui jumlah lawatan pembaca yang singgah ke LMGS G2. Ternyata dengan kemudahan sedia ada yang diberikan WordPress.com melalui APPEARANCE (dashboard) dalam WIDGETS (text) saya menulis DUNIA PERSAHABATAN MULAI 15 OGOS 2010 (AHAD), maka secara otomatik muncullah jumlah yang menunjukkan kunjungan pembaca. Saya sangat teruja. πŸ˜€

Sejak itu, saya mula menghitung hari dan cuba menebak pada tahun ke berapakah agaknya blog LMGS G2 dapat mengumpul pengunjung sehingga berjumlah 1,000,000 (satu juta) orang. Entah siapakah gerangan yang berkunjung pun tidak diketahui.Β  Atas tujuan apakah kunjungan tersebut juga tidak diketahui. Siapa pun mereka, negara mana, bangsa apa dan lain-lain lagi, semuanya tentu ingin mencari kebaikan dari setiap tulisan yang dikongsikan dalam LMGS G2.

Selain khidmat dari WordPress.com yang percuma di atas, saya juga teruja menggunakan khidmat dari Flagcounter.com untuk mengetahui negara pelawat atau pengunjung atau di negara mana mereka berada semasa singgah ke LMGS G2. Saya hanya memilih 100 buah negara sahaja sedang negara di dunia ini ada 198 buah. Ahhh…. terlupa. Ia sesuatu yang amat menarik apabila catatan jumlah negara semakin meningkat. Terasa apa yang saya kongsikan di LMGS G2 menerawang ke seluruh dunia tanpa halangan sempadan. Inilah hebatnya teknologi.

*

*

AKHIRNYA PASTI…..

HARI INI, akhirnya pasti….. pada tahun KE 8 dalam bulan APRIL 2018, jumlah kunjungan yang saya tunggu-tunggu selama ini benar-benar sudah menjangkau ke angka yang menakjubkan. Ia angka yang hebat. Jika dinilai dengan wang, saya sudah menjadi JUTAWAN….hehehe. Inilah jumlah yang hebat tersebut.

*

*

*

*

Alhamdulillah… dengan jumlah SEJUTA yang dilihat petang Isnin ini, saya ingin mengucapkan kepada sahabat pengunjung yang dikasihi,Β  baik yang dikenali dan berkomentar atau pembaca senyap “yang misteri” dengan ucapan ….

 

……… ATAS SOKONGAN ANDA SELAMA INI.

*

AWARD UNTUKMU

Lama sungguh tidak mereka bentuk award persahabatan buat melahirkan rasa sejuta penghargaan kepada sahabat pembaca LMGS G2. Untuk hari yang gemilang dan terbilang ini, saya dengan besar hatinya menghadiahkan ANDA, SAHABAT PEMBACA YANG DIKASIHI dengan DUA AWARD BERIKUT:

*

1. TERISTIMEWA AWARD TQ KE – 1,000,000 LMGS G2

*

2. AWARD PERSAHABATAN LMGS G2

*

Saya harap sahabat pembaca LMGS G2 di mana sahaja berada sudi menerima kedua-dua award di atas dengan penuh gembira dan ceria. Siapa pun anda, sangat saya hargai dan diingati sepenuh hati.

Mudahan kebaikan akan selalu melingkungi kita dan diberkati Allah dalam menyampaikan ilmu walau pun SATU AYAT untuk perubahan hidup yang lebih hebat di dunia dan di akhirat. Apabila kita dapat membantu seseorang, pasti akan ada peluang untuk kita mendapat kebaikan dan ganjaran dari Yang Maha Pemurah.

Mudahan dengan SATU AYAT itu ada hati yang tersentuh dan terkesan. Siapa tahu ? Segalanya mungkin dengan kehendak Allah SWT. Aamiin.

*

***************

SalamFatima3SalamFatima1 April 2018 (Ahad)/ 14 Rejab 1439H/ 10.50 pagi/ Sarikei, Sarawak –Β  SITI FATIMAH AHMAD

Β 

 

 

Β 

UNTUKMU – MY WISH FOR YOU

*

30 thoughts on “CT470. SATU JUTA DI LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2 – APRIL 2018

  1. Assalamualaikum wr.wb. Semoga sehat dan berkah selalu Allah limpahkan pada kita semua umatnya. Aamiin.

    Selamat ya bu Hajjah Fatimah, saya turut senang dan bangga dengan pencapaian ini. Senora dapat selalu istiqomah dalam memberi informasi yang bermanfaat untuk pembaca setianya.

    Salam hangat dari Jakarta Pusat.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany Fatmaningrum….
      Alhamdulillah, mudahan kita semua dalam lindungan Allah SWT. Aamiin.

      Terima kasih mbak kerana selalu berkunjung dan memberi sokongan untuk terus menulis. Mudahan kebaikan melingkungi kita atas apa yang dikongsikan untuk manfaat bersama.

      Salam manis dan salam hangat kembali. πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak….

      Alhamdulillah, kami semua sihat kak. Mudahan akak sekeluarga demikian sama.
      Harap begitulah ya kak, bila kita menulis dan berkongsi pengetahuan, dapat juga info yang memberi manfaat. Terima kasih kerana sudi terima award dari saya untuk kenangan di dunia maya. πŸ™‚

      Salam kasih selalu. πŸ™‚

  2. Assalamualaikum ummi siti fatimah, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Alhamdulillah, dah jadi jutawan hehe.. saya sendiri pun turut merasa teruja. Tentu kita amat gembira jika apa yang kita tulis itu sampai kepada orang ramai dan mereka mengambil manfaat daripadanya. Dan saya percaya setiap yang berkunjung ke sini pasti dapat mencicip manfaat daripada coretan ummi. Siapa tahu, mungkin hasil daripada penulisan kita yang tidak seberapa itu menjadi penyebab hidayah atau perubahan seseorang yang tidak kita kenali dan ketahui siapakah orang itu. dan kita mengetahuinya ketika ia dibuka di hadapan kita pada hari perhitungan amal nanti. Tatkala itu tidakkah kita merasa beruntung dan bertuah? (sekadar penambah perisa)

    #Terima kasih ummi siti fatimah atas atas hadiah awardnya. Dengan besar hati saya menerima kedua-dua award tersebut..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Abu Ikhwan….
      Alhamdulillah, saya dan keluarga sihat wal’afiat di sini. Didoakan Abu Ikhwan sekeluarga demikian sama dalam rahmat Ilahi.

      Walau perkongsian Abu Ikhwan hanya “sekadar penambah perisa”, namun ia membuat hati jadi senang dan sangat berharap jika ada yang berlaku begitu kepada sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah SWT melalui tulisan kecil yang kita kongsikan. Dengan sedikit ilmu mudahan kita mendapat manfaatnya di dunia dan di akhirat. Aamiin.

      Terima kasih Abu Ikhwan sudah berkunjung dan menerima award tersebut.
      Salam sejahtera.

  3. Assalamu’alaikum wr.wb. Mbak Fatimah, apa kabar?

    Saya ucapkan selamat atas pencapaian jumlah kunjungan ke blog-nya yang sudah mencapai 1.000.000 pengunjung. Jumlah kunjungan ini menggambarkan juga sekian banyak persahabatan yang terjalin antara Mbak Fatimah dengan sahabat-sahabat maya melalui media blog, termasuk persahabatan dengan saya.

    Semogalah persahabatan yang telah terjalin ini akan senantiasa berkelanjutan dengan baik.

    Terima kasih atas dua awardnya. Dengan senang hati saya menerimanya dan memajangnya di laman blog award saya pada link ini >> https://sisihidupku.wordpress.com/blog-award/

    Salam persahabatan dari saya di Sukabumi, West Java

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Mudahan silaturahmi yang baik ini menambahkan ilmu dan pengetahuan antara benua yang memungkinkan kita memperolehi kedamaian dan kesejahteraan hidup yang harmoni.

      Teriima kasih mas Titik sudah menerima award dari saya dan juga kunjungannya kemari.

  4. Assalamulaiakmum,
    Wah sudah satu juta views..Hebat Mbak Fatimah. Tentunya ini berkat rajin menulis yang bermanfaat bagi pembaca. Terima kasih juga telah berbagi kebahagiaan dengan saya

  5. Assalamualaikum wr.wb.puan Fatimah,

    wah … hebat sekali .. dalam kurun 8 tahun sudah mencapai satu juta pengunjung .. prestasi yang luar biasa … kereennn
    blog saya masih jauh untuk mencapai kesana .. mudah2-an blog saya juga dapat mengikuti jejak blog ini .. aamiin

    salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Bersapedahan….

      Alhamdulillah, mudahan ada manfaatnya dari setiap kunjungan yang diterima dalam berkongsi dan berbagi cerita. Insya Allah, blog mas juga akan mencapai angka yang sama di kemudian hari. Kita akan lihat nanti pada tahun yang ke berapa pula.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam takzim.

  6. Assalamua’laikum bunda Fatimah.

    Alhmadulillah masih terus aktif menulis di blog hingga saat ini, itu sudah sebuah pencapaian ya bund.
    Selamat untuk pengunjung yang sudah melewati angka 1 juta. Semoga kedepannya terus bertambah juta2 pengunjungnya ya bund. Inshaa Allah.
    Semangat menulis terus buat kita, bund πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…

      Alhamdulillah, selagi masih mampu menulis walau pun sedikit akan tetap diteruskan agar apa yang dikongsikan dapat memberi kebaikan kepada teman pembaca yang lain. Mudahan ya mbak, jutaan lain akan menyusul. πŸ™‚ Aamiin. Semangat menulis juga mbak dan kita tetap saling berkunjung lagi.

      Salam manis dan terima kasih selalu. πŸ™‚

  7. Assalamu’alaikum,mbak Siti..
    .
    Selamat menempuh hidup baru ya..hehehe..
    Maksud saya hidup baru jadi jutawan..dengan perolehan sejuta views di LMGS ini.
    Dan dengan senang hati saya terima kedua-dua awward untuk saya bawa pulang.Terima kasih,semoga sehat selalu dan tetap semangat berkongsi pengetahuan lewat tulisan-tulisannya.
    .
    Salam hangat dari Sintang
    Zainal.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Zainal….

      Alhamdulillah, insya Allah, jika ada rezeki akan jadi jutawan kalau rajin menyimpan wang. Jutawan pengunjung pun sudah mencukupi dan ini tentu menyenangkan jika ada manfaat yang diperolehi ke LMGS G2 ini. Mudahan ya.

      Terima kasih sudah berkunjung dan menerima award di atas serta memajangkannya.
      Salam sejahtera.

  8. Pingback: #9 Awward Persahabatan – Blog Cilik

  9. Assalamu’alaikum, Mbak Fatimah. Alhamdulillaah…, selamat ya, Mbak. Semoga ini semua menjadikan kebaikan dan pahala semakin bertambah di hadapan Allah Swt. Karena, betapa banyak kebaikan dan manfaat yang didapatkan banyak pengunjung di blog ini,

    Salam takzim dari Jogja,
    Akhmad Muhaimin Azzet

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Alhamdulillah wa syukrulillah. Aamiin Allahumma Aamiin.
      Mudahan kebaikan selalu melingkungi kita di dunia dan di akhirat.
      Semoga Allah menerima amal ibadah kita walau hanya dengan secoret tulisan.

      Terima kasih mas Amazzet kerana masih ingat untuk berkunjung kemari.
      Salam takzim kembali dan didoakan sihat sejahtera dalam rahmat Allah SWT.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.