CT268. BAHAYA (2), JIKA SALAH MASUK “GEAR”

19 Jul

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Bahaya2Fatima1SalahMasukGear

*

FOBIA

Pengalaman terlupa menukar “gear parking” di sebuah stesen minyak di Bandar Sarikei,  pernah saya tulis di dalam posting CT234. BAHAYA (1): JIKA LUPA “GEAR PARKING”,  banyak memberi pengajaran kepada saya untuk berhati-hati apabila hendak memberhentikan kereta di mana-mana lokasi.

Pengalaman itu, membuat saya fobia apabila hendak berhenti, bimbang terlupa lagi. Akhirnya, menjadi “tabiat” saya untuk mengingatkan diri  berkali-kali dengan “gear parking”, secara verbal atau dalam hati  seperti “Fatimah, jangan lupa “gear parking”.

Memang bahaya apabila kita lupa “gear parking”.

*

TERLEBIH BAHAYA APABILA KITA TERSALAH MASUK “GEAR”.

…….terutama yang mengunakan kereta transmisi otomatik. Gear yang biasa tertukar ini adalah “GEAR REVERSE” (UNDUR) dengan “GEAR DRIVE” (PANDU).

Bagaimana ini boleh terjadi. Ikuti pengalaman saya sejak pertama kali memandu kereta otomatik SUV Hyundai Tucson dari September 2013 sehingga sekarang sering tersalah masuk antara “Gear Reverse” dengan “Gear Drive”.

Bagi saya, keadaan ini memang bahaya. Sangat-sangat BAHAYA. Kenapa agaknya ? BEGINI….

*

TRANSMISI MANUAL

Bahaya2Fatima2GearManual

Perhatikan pada tombol gear, terdapat tiga H. Gear satu, tiga dan lima berada di atas. Manakala gear dua, empat dan gear undur berada di bawah. Di tengah garis H ialah neutral.

*

Selama 26 tahun saya menggunakan pelbagai jenis kereta gear manual milik keluarga seperti Toyota Starlet, Proton Saga, Proton Wira, Kancil (milik saya) dan Toyota Unser) berbanding kereta transmisi automatik SUV Hyundai Tucson, milik saya yang baru dibeli dan hanya dua bulan lagi akan mencapai usia 2 tahun.

Menurut saya, memandu kereta transmisi automatik mempunyai sedikit perbezaan dengan kereta transmisi manual. Kereta bergear automatik sangat mudah dipandu kerana kita tidak perlu mempelajari cara mengawal klac dan menukar gear. 

Pemandu yang belajar memandu dengan kereta gear automatik tidak tahu bagaimana memandu kereta bergear manual. Mereka mendapati sangat susah untuk menguasai teknik pertukaran gear dan mengawal klac. Mereka memerlukan masa untuk menguasainya.

Alhamdulillah, saya tidak mempunyai masalah untuk menguasai pemanduan kereta manual dan kereta automatik. Saya boleh memandu kedua-dua jenis kereta ini bila-bila masa sahaja.

*

TRANSMISI AUTOMATIK

Bahaya2Fatima3GearOtoTucson

*

Salah satu dari kelalaian saya apabila memandu kereta automatik dan saya anggap SANGAT BAHAYA, di mana saya selalu

TERSALAH MASUK GEAR DRIVE (PANDU) APABILA HENDAK MENGUNDURKAN KERETA

*

Selama hampir 2 tahun memandu kereta gear automatik, saya sering tersalah masuk “GEAR REVERSE” (UNDUR) kepada “GEAR DRIVE” (PANDU). Keadaan ini sering berlaku di tempat parkir atau mana-mana hentian, apabila saya hendak memulakan perjalanan.

Kebiasaan gear reverse pada kereta manual adalah DI BAWAH. Manakala gear pandu terletak pada tombol gear 1,2,3,4 dan 5 (mengikut jumlah gear). -rujuk foto GEAR MANUAL di atas.

Oleh kerana sudah biasa dengan gear reverse pada kereta manual, maka saya kerap menarik tombol gear (kereta automatik) terus ke bawah sekali (gear drive) untuk mengundurkan kereta dari tempat parkir. Akibatnya kereta saya terdorong ke hadapan.

Keadaan ini membuat saya panik. Saya segera menekan pedal brek secara mengejut. Saya tergamam sambil berusaha memikirkan apakah yang silap pada gear tersebut. Saya mengurut dada dan berusaha menenangkan diri untuk bernafas secara normal.

Saya mengakui kesilapan saya kerana tidak memandang ke arah kotak gear ketika memasukkan gear reverse. Tangan saya terus laju masuk ke gear paling bawah (drive) sedangkan saya sebenarnya hendak mengundurkan kereta.

Satu lagi kelalaian saya ketika hendak reverse, apabila tidak merujuk kepada SKRIN PERTUKARAN GEAR yang berada tepat di hadapan saya seperti di bawah:

*

Bahaya2Fatima5SkrinGear

Skrin petunjuk pertukaran gear secara automatik di hadapan pemandu. Terkadang tidak dilihat kerana belum biasa. Skrin ini sebenarnya sangat membantu pemandu ketika tidak melihat tombol gear di tangan saat menukar atau memasukkan gear.

*

Satu kejadian yang lebih mengesankan saya untuk berhati-hati ketika mengundurkan kereta adalah insiden yang menimpa rakan sejawat, Encik Ling seperti kronologi yang saya jelaskan ini.

*

KRONOLOGI INSIDEN KERETA PROTON PERSONA

Ketika sedang ke WC untuk membasuh muka kerana mengantuk sebelum pulang jam 4.30 petang, saya dimaklumkan satu insiden telah menimpa Encik Ling dan kereta beliau, Proton Persona jenis automatik. Saya pun bergegas ke tempat parkir kerana parkir beliau bersebelahan dengan parkir saya.

Saya sangat terkejut melihat kereta beliau sudah terdorong ke hadapan hampir melanggar serumpun pokok Pinang Sebatang dan pokok bunga Bulu Nenek Kebayan. Saya pun segera kembali ke ofis untuk mengambil telefon bimbit BB Torch untuk menangkap momen-momen menarik sepanjang kejadian tersebut.

Encik Ling memaklumkan kepada saya bahawa beliau hendak mengundurkan kereta tetapi tanpa disedari beliau tersalah masuk ke gear pandu. Akhirnya, setelah menekan minyak dan hilang kawalan kereta beliau telah terlajak laju di hadapan tanpa sempat untuk menekan pedal brek.

Dengan senang hati, saya berperanan sebagai pemberita lapangan untuk membuat laporan bergambar berhubung insiden sebagai kenangan buat Encil Ling. Beliau sangat gembira dengan usaha saya. Alhamdulillah.😀

Berikut adalah kronologi insiden yang menimpa kereta jemana Malaysia, Proton Persona yang meninggalkan kenangan buat Encik Ling dan pengajaran kepada semua yang menggunakan kereta transmisi automatik untuk berhati-hati agar tidak tersalah masuk gear.

 

Bahaya2Fatima7AksidenPersona

1. Ketikan pertama setelah saya mengambil hp BB Torch di ofis dan turut serta memerhati usaha mengundur kembali kereta Mr. Ling dari awal hingga akhir.

Kemudian saya mengalihkan kereta saya (dalam bulatan putih) yang dalam posisi parkir songsang ke tempat lain untuk memudahkan krew penyelamat (terdiri dari pekerja dan pensyarah) berganding bahu bagi menyelamat Proton Persona tersebut.

*

Bahaya2Fatima8AksidenPersona2

2.  Pandangan sisi kedudukan Proton Persona. Kelihatan kedua tayar hadapan terbenam di dalam tanah lumpur basah sehingga tidak dapat dikeluarkan walaupun sudah dicuba untuk mengundurkannya. Oleh itu, bantuan lain diperlukan dalam misi seterusnya.

*

Bahaya2Fatima9AksidenPersona3

3. Toyota Hilux milik Encik Chula digunakan untuk menarik keluar Proton Persona dengan menggunakan tali.

 *

Bahaya2Fatima10AksidenPersona4

4. Usaha menarik Proton Persona dengan Toyota Hilux dan tolakan rakan sekerja secara gotong royong  berjalan lancar

*

Bahaya2Fatima11AksidenPersona5

5. Kereta Proton Persona selamat mendarat di parkir asalnya. Semua orang yang berada di tempat kejadian bertepuk tangan tanda gembira atas usaha jaya yang dijalan hampir 30 minit tersebut. Mr. Ling bersalaman dengan semua para penyelamat sukarela.

*Bahaya2Fatima12AksidenPersona6

6. Mr. Ling (berbaju hijau sebelah kiri) berfoto bersama sebahagian dari para penyelamat sukarela yang terdiri dari pekerja rendah am dan para pensyarah.

*

Bahaya2Fatima13AksidenPersona7

7. Mr Ling tersenyum bahagia dan merasa lega, memasuki kereta beliau untuk pulang ke rumah. Bersama menaiki kereta dengan beliau ialah Mr. Loh.

*

KESAN DARI PERISTIWA ITU…

…..saya lebih suka meletak kereta secara songsang atau mengundur (reverse parking).

*

Bahaya2Fatima6ReverseForwardparking

… berbanding meletak kereta secara hadapan (forward parking). namun begitu dalam banyak keadaan saya terpaksa melakukan forward parking terutama apabila berhenti untuk seketika.

*

Semoga pengalaman saya dan insiden yang menimpa rakan sejawat saya dengan Proton Personanya dapat dijadikan pengajaran untuk selalu ingat tentang kelamatan ketika sedang memandu kereta. Keselamatan diri  dan sikap hati-hati bermula dari MENUKAR GEAR di awal pemanduan.

Setelah pemanduan berjalan lancar dan selesa di jalan raya, anda perlu awas kepada jalanraya dan sikap pemandu lain. Jika lalai, kemalangan jalan raya akan berlaku dan tanpa disedari – MALANG TIDAK BERBAU – kemungkinan kita akan terlibat sama.

*

Bagaimana dengan anda ?

Pasti ada kejadian yang tidak dapat dilupakan apabila tersalah tukar atau masuk gear.

*

***************

SalamFatima3SalamFatima18 Julai 2014 (Jumaat)/  20 Ramadhan 1435H/ 10.48 malam, Sarikei, Sarawak

AKU….. menulis setiap baris bicara pada desir angin semilir untuk membawa pesan rindu yang menjalar di hatiku saat kau jauh entah di mana. Pada awan ku bermadah seloka, bila kan kita dapat bersua. Pada burung ku bernyanyi duka, bila kan kita dapat berpantun ria. Pada hati yang menahan getar ku berharap akan sabar. Pasti kan berkunjung bila tiba masa, janji Tuhan menemukan kita.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu… Selalu ada doa untukmu di mana aku berada. Ingatan selalu mengiringi walau jarak tidak bertepi, walau langkah tidak berhenti walau diri ini sudah bersemadi… Percayalah. Wassalaam.🙂

RinduFatimaku2setiaphari

*

DI SETIAP BUTIR TASBIH ITU, ADA NAMAMU YANG TIDAK PERNAH HILANG DI SINI… DI HATIKU

*

34 Responses to “CT268. BAHAYA (2), JIKA SALAH MASUK “GEAR””

  1. soeman jayas July 19, 2014 at 7:39 am #

    Assalamualaikum wr wb … bu Siti pengalamanmu dalam menyetir mobil sangat lihai juga ya … dalam postingan dapat disajikan secara rinci kiat-kiat mengendarai mobil plus parkir memarkir. Kalau saya paling malas mencari parkir di mall, karena mobil harus dipacu ‘naik dan turun di tempat parkir mall yang sempit. Paling enak pakai sopir pribadi atau naik taxi tinggal duduk manis … atau naik busway, bisa cuci mata … hehehe😉

    • SITI FATIMAH AHMAD July 21, 2014 at 12:23 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb Soeman Jaya….

      Pengetahuan itu didasarkan kepada pengalaman selama puluhan tahun membawa kereta. Maka, kemahiran tentangnya adalah sedikit untuk dikongsikan bersama agar mendapat pengajaran.

      Sebenarnya, saya juga suka menjadi penumpang daripada memandu sendiri. Senang mahu tidur.😀

      Kini, saya lebih suka memandu kereta automatik daripada manual kerana lebih memudahkan pemanduan tanpa perlu mengawal klac dan gear.

      Terima kasih Soeman atas kunjungan dan kongsian pengalamannya.
      Salam sejahtera.🙂

  2. duniaely July 19, 2014 at 8:55 am #

    Aku kalau mau ke luar dari mobil selalu ngecek mbak, terus hidupkan rem tangan, bagaimanapun keadaan mobilnya, takut soalnya kalau yalah masuk gear

    • SITI FATIMAH AHMAD July 21, 2014 at 12:29 pm #

      iya mbak Ely. Sifat berhati-hati itu harus bermula dari awal perjalanan agar tidak dikejutkan oleh sebarang kejadian yang boleh membuat kita panik saat mengalaminya.

      Terima kasih mbak Ely. Salam manis selalu.🙂

  3. Souvenirkita July 19, 2014 at 9:19 am #

    Salam kenal!🙂
    Kalau aku lebih suka pakai kereta yang tranmisi manual, lebih aman dibanding otomatis.

    • SITI FATIMAH AHMAD July 21, 2014 at 12:38 pm #

      Saya dulu pun selalu berkata demikian kerana sudah biasa memandu selama 26 tahun dengan kereta gear manual ini.

      Tapi apabila sudah memiliki kereta automatik, saya lebih menyukai automatik kerana sangat memudahkan pemanduan tanpa perlu menukar klac dan gear.

      Terima kasih atas komentar dan salam kenal.🙂

  4. Kang Pakies July 19, 2014 at 1:27 pm #

    Assalamu’alaikum,
    Sampai detik ini, saya belum pernah menyetir menggunakan mobil dengan gear automatik. Sepertinya saya lebih nyaman menggunakan manual gear, karena bisa mengatur laju kendaraan sesuai dengan kondisinya.

    • SITI FATIMAH AHMAD July 21, 2014 at 12:43 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang Pakies….

      Saya yakin, kalau Kang Pakies sudah mencuba pemanduan kereta transmisi automatik, perasaan itu pasti akan bertukar nada nyamannya. Dulu saya juga berkata demikian, kini sebaliknya. Saya lebih senang memandu dengan gear automatik. Untuk kereta manual, hanya sekali sekala sahaja apabila Tucson perlu direhatkan.

      Terima kasih, Kang Pakies atas pandangannya.
      Salam hormat.🙂

  5. Ciput July 19, 2014 at 11:26 pm #

    Sebenarnya itu adalah permasalah kebiasaan. Ketika sering menggunakan mobil dengan transmisi manual kemudian menggunakan transmisi automatic, pasti pertama tama perlu penyesuaian supaya terbiasa.

    • SITI FATIMAH AHMAD July 21, 2014 at 12:48 pm #

      iya benar, masalah biasa tetapi amat merbahaya jika tidak diperhatikan. Untuk menyesuaikan diri, kita harus selalu memandu kereta tersebut dan jika berlaku kecuaian pasti mengundah padah.

      Terima kasih Ciput atas pandangannya.
      Salam sejahtera.🙂

  6. dedekusn July 20, 2014 at 3:29 pm #

    Hebat, ternya bunda siti lihai juga dalam neyetir.🙂
    Penjelasannya sangat detil bun. Saya belum pernah nyetir mobil yang automatic, Alhamdulillah selama ini lancar-lancar saja belum pernah dan berharap tidak akan mengalami hal-hal yang tidak diharapkan.

    • SITI FATIMAH AHMAD July 21, 2014 at 12:58 pm #

      Alhamdulillah, pengalaman selalu menjadikan kita luas pengetahuan. Mudahan begitulah harapan kita agar semasa memandu selalu dalam kondisi selamat dan aman daripada kejutan yang tidak disangka-sangka. namun bunda punya banyak kejadian tentang pemanduan yang akan dikongsiakan untuk manfaat bersama.

      Terima kasih nanda Dedekusn untuk kunjungan dan komentarnya.
      Salam sejahtera.🙂

  7. Amri Evianti July 21, 2014 at 1:09 pm #

    saya panggilnya apa ya baiknya mbak, bu, atau cek gu? heheh
    saya nggak bisa nyetir mobil mbak, bisanya nyetir sepeda motor dan pernah salah tambah gas, rem depan putus akhirnya nabrak tiang rumah hehehe

    • SITI FATIMAH AHMAD July 21, 2014 at 3:08 pm #

      Semua di atas itu, boleh digunakan oleh mbak Amri. Pilih mana satu yang menyenangkan hati, saya terima sahaja.🙂

      Hehehe…. satu pengalaman yang tentunya mendebarkan saat terjadi. Saya juga pernah merempuh tiang rumah. Syukur tidak apa-apa ya, mbak.

      Terima kasih hadir dan menyapa lagi. Salam manis selalu.🙂

      • Amri Evianti July 22, 2014 at 2:03 pm #

        cek gu aja ya, hehe biar kaya upin ipin. iya alhamdulillah tidak apa-apa🙂

        • SITI FATIMAH AHMAD July 22, 2014 at 2:19 pm #

          hehehe…. iya, tidak apa mbak Amri. Silakan. Saya senang kalau mbak Amri juga senang.🙂

  8. Dede July 21, 2014 at 2:50 pm #

    jadi makin harus berhati-hati kalo dah begini ya mbak

    • SITI FATIMAH AHMAD July 21, 2014 at 3:13 pm #

      iya, satu pelajaran yang baik dan pengajaran yang mengesankan.
      Terima kasih dan salam kenal Dede.🙂

  9. Purnomo Jr July 21, 2014 at 4:38 pm #

    Assalamualaikum wr wb
    Bunda
    Awalnya saya agak binggung..ternyata kata kereta disana itu mobil ya..
    Buat saat ini saya malah jarang bawa mobil lagi bun…
    Mending naik busway..terhindar dari macet hehe

    • SITI FATIMAH AHMAD July 22, 2014 at 1:43 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr…

      Benar, mobil di Indonesia disebut kereta di Malaysia. Kalau di sana, memang selalu sesak (macet) dan sebaiknya menggunakan bas awam dapat menghindar dari kelambatan untuk ke destinasi.

      Terima kasih Purnomo dan salam sejahtera.🙂

  10. pak'e_ipul July 21, 2014 at 5:16 pm #

    kata orang pengalaman adalah guru yang terbaik..
    dan dengan pengalaman mbak Siti seperti yang diutarakan dalm postingan ini menjadi pelajaran agar lwbih berhati-hati

    salam

    • SITI FATIMAH AHMAD July 22, 2014 at 1:45 pm #

      Alhamdulillah, melalui pengalaman kita dapat memperolehi manfaatnya secara pro dan kontra. Mundahan banyak pengajaran yang terkandung di dalamnya untuk dijadikan teladan dan sempadan kepada sesiapa sahaja agar lebih berhati-hati.

      Terima kasih mas Zainal atas kunjungan dan salam ceria di bulan Ramadhan.🙂

  11. Zian July 22, 2014 at 1:10 am #

    ah, syukurlah orangnya gak apa2 ya…
    kalo saya tidak bisa keduanya, manual maupun otomatis. karena memang tidak bisa menyetir, dan tidak ada yang disetir… hehe….

    salam Ramadhan bu Fatimah…🙂

    • SITI FATIMAH AHMAD July 22, 2014 at 2:15 pm #

      Alhamdulillah, semuanya selamat.
      Saya harap di kemudian hari, Zian juga dapat memandu kereta di sana. Semua itu bergantung kepada keinginan kita untuk memudahkan segala urusan.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam Ramadhan kembali.🙂

  12. Muhammad Anton July 23, 2014 at 10:37 am #

    Assalamualaikum kaka Fatimah….

    Dahulu saya juga pernah mengalami kejadian serupa, mobil yang saya kemudikan mendadak hampir terjatuh manakala saya lupa bahwa saya mengemudikan mobil matic (kebiasaan pake transmisi manual). Untung saja cuma ban depan yang sudah terjerembab.

    Maaf kaka, mudahan bahasa saya dapat dipahami. Salam dari Kalimantan.

    • SITI FATIMAH AHMAD July 24, 2014 at 1:44 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Muhammad Anton…

      Pengalaman ini tentunya memberi pengajaran yang bermakna kepada mas Anton agar lebih berhati-hati untuk mengemudikan kereta automatik. Memang sering berlaku kelalaian atau lupa saat memandu tersebut kerana kita sudah terbiasa dengan kereta gear manual.

      Terima kasih mas Anton atas kongsian pengalamannya.
      Salam sejahtera.🙂

  13. Kisah Foto July 23, 2014 at 4:05 pm #

    Assalamualaikum Wr Wb

    Saya malah ndak bisa nyetir mobil, heheehe😀

    • SITI FATIMAH AHMAD July 24, 2014 at 1:46 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, KF…

      Sekurang-kurangnya tidak terjebak kepada keadaan di atas.
      Mungkin suatu hari ini KF akan mempunyai pengalaman memandu kereta, siapa tahu, ya.

      Terima kasih dan salam ceria.🙂

  14. virdausrojaie July 25, 2014 at 9:52 am #

    Subhanallah,jadi teringat ketika pertama kali mengemudikan kereta transmisi otomatik (kia carnival),yg sebelumnya sama sekali belum pernah dg transmisi otomatik,dg berbekal sikit bahasa inggris,dan asbak (asal tebak) saja P (parking),N (neutral),R (return),nah kmudian yg D 😊😊 belum tau,ah coba yg D aja,ternyata melaju kedepan,untung tidak terlalu laju dan depan tak ada kereta lain

    nah,pengalaman yg kedua,diamanahi temen baru kenal untuk pakai Honda CRV 2011 miliknya,alhamdulillah keluar dari rumahnya,aman dan selamat…begitu sampai di jalan raya,tiba2 duar. . . ternyata ada mobil Toyota Avanza mencium sisi belakang mobil yang nanda kemudikan 😞,alhamdulillah waktu itu sedikit biaya yg keluar untuk perbaikan mobil,dan lebih dari itu,Allah berikan kelonggaran kpd si empunya,dan menjadi awal persaudaraan yang sangat baik dg beliau 😊

    • SITI FATIMAH AHMAD July 25, 2014 at 5:21 pm #

      Subhanallah, pengalaman yang tentunya menjadikan nanda Uvi semakin memahami fungsi kereta transmisi automatik selepas itu. Memang sesuatu yang baru kita terokai mempunyai kenangan tersendiri yang nantinya kita akan mengingati pengalaman pertama itu.🙂

      Alhamdulillah, pengalaman kedua membuahkan ukhuwwah yang baik kerana selalunya apabila berlakunya peristiwa tabrak seperti ini akan berakhir dengan persengketaan yang tentunya menyakitkan untuk dikenang. Cuma lain kali harus beewaspada agar tidak berlaku lagi. Semua itu, adalah pesan dari Allah SWT sebagai pengajaran agar berhati-hati di masa depan.

      Terima kasih nanda Uvi kerana membuat Umi tersenyum dalam kelaparan di petang ini. Senang menerima kunjungan nanda di penghujung syawal. Umi ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan bathin.

      Salam rindu dan sayang dari Umi untuk nanda Uvi dan keluarga.🙂

  15. Trainer NLP 0821.4150.2649 October 28, 2015 at 4:34 pm #

    Emang sering ya bUnd ?

    • SITI FATIMAH AHMAD February 19, 2016 at 11:29 am #

      Alhamdulillah, sekarang tidak lagi keliru, mas Ilyas.
      Terima kasih dan salam takzim.

  16. straw February 18, 2016 at 5:47 pm #

    Kat uma ade kete auto tp takot plak nak cube bawak..coz dah biase bwk manual…kne lebih berhati2 lepas nie..

    • SITI FATIMAH AHMAD February 19, 2016 at 11:32 am #

      Sebenarnya, lebih senang bawak auto daripada manual. Dulu saya macam tu jugak. Setia dengan manual dan tidak mahu mencuba auto.

      Alhamdulillah, kalau dibuat pilihan saya pasti memilih auto. Tetapi memandu secara gear manual masih lagi dilakukan kerana masih ada kereta bergear manual di rumah.

      Harap kita hati-hati sajalah memandu mana-mana jenis gear pun.

      Terima kasih Straw dan salam sejahtera.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: