CT339. RAMADHANKU (1): TERAWIH YANG LELAH

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

TerawihFatima1YangLelah*

MERIAH

Ini kisah Ramdhanku di zaman kanak-kanak ketika sekolah rendah. Apabila tibanya Ramadhan, suasana Kampung Hilir sangat meriah. Surau Kampung Hilir dipenuhi oleh ramai jemaah hingga terpaksa bersolat di beranda surau. Masjid besar sangat jauh. Ia terletak di Kampung Hulu.

Solat Isyak dan solat sunat Terawih dilakukan di Surau. Kami sekeluarga akan ke surau untuk berjemaah dan bertadarus. Hanya mereka yang uzur syar’ie sahaja tidak berjemaah.

Sudah pastinya aku yang masih kecil tidak pernah lepas peluang untuk bersolat. Jika tuang akan dimarahi Emak. Lagi pun aku mesti bertadarus sampai tamat kerana kami akan diberi hadiah berupa wang dan alat tulis sekolah.

Berjemaah di Surau adalah saat yang aku tunggu kerana aku akan bertemu dengan dua orang sepupu rapat iaitu Kechik dan Siti. Kechik, dua tahun lebih tua dariku sedangkan Siti hanya setahun tua dariku. Kami sangat rapat dan selalu bersama-sama.

Kami seperti kanak-kanak yang lain, jarang memberi tumpuan atau khusyuk dalam solat. Masing-masing dengan tingkah laku sendiri dan tidak mengganggu orang lain. Adab dan tertib masih dijaga agar tidak dimarahi oleh Emak atau sesiapa.

Biasanya saf kanak-kanak lelaki dan perempuan berada di saf paling akhir di belakang jemaah dewasa. Maka tidak ada sesiapa yang akan melihat apa yang kami lakukan kecuali mendengar suara sahaja. Saf kanak-kanak perempuan paling belakang berdekatan dinding.

*

41 RAKAAT

Ketika itu, solat sunat terawih kami lakukan sebanyak 38 rakaat tambah 3 witir (41 rakaat). Sangat penat berdiri lama dengan bacaan imam yang berlenggang-lenggok (perlahan).  Imam dahulu terdiri mereka yang sudah tua dan telah menunaikan haji.

Sekali sekala terdengar juga keluhan dari jemaah dengan banyaknya rakaat yang perlu dilaksanakan. Tetapi kini, baik di Surau atau Masjid, solat Terawih dilakukan sebanyak 23 rakaat.

Bayangkan masa yang diambil bagi 41 rakaat. Tentu sekali kanak-kanak tidak dapat memberi tumpuan kepada rakaat sebanyak itu. Ada di antara kami yang berehat dan sambung lagi. Ada yang langsung rebah tertidur kerana kepenatan.

Tetapi berbeza dengan aku yang sentiasa “taat” untuk tidak ponteng setiap rakaat Terawih. Alhamdulillah, kata-kata Ustaz Wan Mohammad Noh (guru agama sekolahku) dan orang tua memberi kesedaran tentang besarnya ganjaran pahala diberi Allah di bulan Ramadhan. Aku mesti menghabiskan solat walau terpaksa menahan ngantuk mata atau penat badan.

*

SOLAT SEBELAH KAKI

Dalam usaha menghabiskan rakaat solat Terawih dan Witir, memang tidak dinafikan ada gangguan-gangguan hati yang tidak menyelesakan seperti berhenti dan duduk berehat di belakang seperti teman yang lain tetapi hati keras menahan.

Perasaan bagai digaru-garu geram menahan ngantuk dan bacaan imam yang lambat. Terkadang timbul marah dalam hati membenci imam yang membaca lambat.

Langkah yang dapat aku fikirkan (sudah tidak khusyuk) secara drastik  dapat meredakan hati yang berbuku ketika solat dek kepenatan, aku selalu menukar-nukar gerakan kaki. Jika rasa penat berdiri dengan dua kaki, aku mengangkat kaki sebelah kanan.

Selepas itu bertukar pula kaki sebelah kiri secara bergiliran. Oleh kerana perempuan memakai telekung, maka gerakan kaki tidak ada sesiapa mengetahuinya kecuali….

Terjadi kisah lucu, di mana aku hampir terjatuh ke sebelah kiri Kechik yang sedang solat. Aku tidak menyangka saat mengangkat kaki sebelah kanan, rasa mengantuk tiba-tiba menyerang dan tidak mampu dikawal.

Lalu tersasar imbangan badan namun sempat menahan diri dari tersungkur ke hadapan. Kechik dan Siti apa lagi, ketawa sampai bergoyang-goyang badan. Aku turut ketawa sama sambil menyambung semula solat.

Aku sudah tidak khusyuk lagi kerana ketawa yang  berlarutan dan harus dikawal. Aduuuh…. keras rasanya perutku menahan ketawa yang tidak mahu berhenti apabila mengingatkan adegan tadi.

ketawa1

*

SOLAT SAMBIL MENYANDAR

Satu lagi perbuatan solat yang biasa aku, Kechik dan Siti lakukan apabila penat berdiri di dalam saf. Tetapi tempatnya mesti dikuasai terlebih dahulu kerana ramai kanak-kanak lain melakukannya.

Apabila sudah penat berdiri dalam barisan saf, cara angkat kaki sebelah sudah tidak mampu menahan penat, aku, Kechik dan Siti akan mencari kesempatan untuk merebut tempat di belakang berhampiran dinding.

Di sini aku rasa lebih khusyuk (ini khusyuk kanak-kanak) dan selesa apabila bersolat dalam keadaan menyandarkan badan ke dinding. Relaks. Kadang kala, aku angkat juga kaki kiri dan kanan silih berganti dan ditahan ke dinding. Kechik dan Siti turut melakukan perkara yang sama.

Rasa khusyuk solat sudah tidak wujud lagi di hati kami. Terutama di akhir-akhir rakaat. Bosannya menunggu solat selesai. Kini, yang terbayang di mata kami adalah kuih muih dan air untuk hidangan moreh bagi menghilang rasa haus.

….. dan cepat-cepat menyelesaikan tadarrus al-Quran agar segera pulang ke rumah untuk bermain bunga api dan meriam buluh. 😀

*

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima6 Julai 2015 (Isnin)/ 19 Ramadhan 1436H/ 11. 50 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. akhirnya ku hanya memilikimu dalam hidupku kini. Akhirnya hanyalah tentang dirimu yang menyakini setiap langkahku. Setelah aku menafikan dirimu. Setelah aku meninggalkanmu. Ya Tuhanku ampuni segala dosaku. Tunjukkanku jalan kembali untukmu. Ya Tuhanku rahmati segala langkahku agar ku temukan indahnya cintamu. Ku sedari hanyalah pada dirimu ku kan temukan cinta sejatiku. Ku sedari hanyalah tentang dirimu yang mendamaikan seluruh jiwaku. Percayalah cintaku untukmu selalu ada di sini…. DI HATIKU.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Tidak pernah aku menafikan bahawa kesunyian tetap melanda hati saat berjauhan denganmu dan tiada khabar berita. Hanya pada Tuhanmu aku berdoa agar kau selalu bahagia dan tersenyum ceria. Tanpa kau sedari aku turut merasainya. Wassalaam. 🙂

*

SyairFatima2Untukmu

*

BIARPUN TANPA SUARA… RINDU TETAP MENYAPA

*

34 thoughts on “CT339. RAMADHANKU (1): TERAWIH YANG LELAH

  1. Saya waktu kecil dulu juga suka shalat tarawih di surau kampung, karena kalau ke masjid cukup jauh juga. Shalat tarawih di kampung saya 23 rakaat terdiri atas shalat tarawih 20 rakaat dan tarawih 3 rakaat. Kalau di kampung saya bacaan ayat shalat yang pendek saja.

    • Sama juga di kampung saya, imam membaca ayat-ayat pendek tetapi kerana bacaannya lambat maka lama juga masa diambil untuk selesai solat. Tambah lagi 41 rakaat, memang penat dan lelah.

      Terima kasih mas Alris kerana sudah berkongsi pengalaman masa kecil di sini. Salam sejahtera. 🙂

  2. Salam Ustazah Siti Fatimah,

    Masa saya membesar, Masjid baru sudah siap dibina berhampiran dengan Kampung Hilir. Tak sempat merasa saat-saat Surau Kampung Hilir menjadi musolla tumpuan / utama untuk solat.

    Mesti meriah dan melimpah ruah dengan jemaah ruang solat yang kecil tu, kan?

    • Assalaamu’alaikum wr.wb, Yan…

      Masya Allah Yan, formal na jak bahasa dirik tok dengan akak…hehehe, lucu akak mbacanya. Ingat tek sapa yang kelakar Malaya tok.

      Dirik nang sik sempat sebab belum lahir agik. Masa akak kecik marek, sigei ya ajaklah suro di kampung kita dan jadi tumpuan semua. Sebab ya suro penuh meriah melimpah ruah.

      Kinik tok Suro Kampung Hilir dah diubah suai jadi duak tingkat. Tingkat atas pake solat, Tingkat debah pake jamuan dan aktiviti lain. Dah sik macam surau masa akak kecik marek hanya setingkat ajak. Mun ada masa kelak, solat juaklah di Surau Kampung Hilir ya.

      Akak nak nanyak… dirik sekeluarga pulang kampung raya tok kah ? Akak dapat tauk, sidak Ani sekeluarga pulang juak nak. Harap kita dapat berkumpul agik tahun tok. Aamiin.

      Terimak kasih Yan udah berkunjung ke blog akak tok. Salam buat Liza kelak. Selamat menjalani ibadah puasa dan didoakan Yan sekeluarga dirahmati Allah SWT. Aamiin. 🙂

  3. assalamualaikum kak
    alhamdulilah ya kak.. ta terasa sudah memasuki 10 akhir Ramadhan, namun sayangnya orang lebih banyak memilih berduyun ke mall 🙂

    moga tarawih kita tetap lancar dan semangat 🙂
    salam manis 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Sussi….

      Alhamdulillah, kalau saya tidak sempat ke mana-mana mbak. Seawal jam 7 pagi ke ofis dan jam 5.30 petang baru sampai rumah. Malam letih dan diperuntukan sedikit masa untuk beribadah dan siapkan tugasan pelajar. Hendak buat biskut dan kek pun tidak ada masa. Hanya order dan beli mbak.

      Mudahan kita memperolehi kebaikan dari 10 malam terakhir yang penuh barakah. Aamiin.

      Salam manis selalu dan terima kasih sudah berkunjung.:)

  4. assalam fatimah …kenangan berteraweh zaman kecil yg xmungkin dilupakan tu…ibadah yg dilakukan sejak kecil akan sebati di jiwa…panjang juga rokaat terawehnya tu…di tempat kak biasanya 21 rokaat saja paling banyak…sekiranya mampu elok dilakukan sunat teraweh dgn jumllah rokaaat yg banyak di malam ramadan yg penuh berkah ini..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak…

      Alhamdulillah, sebatinya itu bergantung kepada kesinambungan kehidupan ke depan kak. Jika ada kesedaran diri dan istiqamah, insya Allah solat terawih dikekalkan walau tidak berjemaah tetapi dilakukan sendirian di rumah (elok untuk muslimah).

      Iya kak, surau saya dulu 41 rakaat (terawih dan witir). Alhamdulillah, jemaahnya tetap ramai. Sekarang tidak lagi, sudah 23 rakaat. Cuma di akhir Ramadhan ada kurung sedikit terutama para ibu, yang oastinya sibuk membuat kek dan biskut. Dulu mana ada orang jual segalanya itu seperti sekarang. Semua kena buat sendiri.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam mesra selalu. 🙂

    • Aamiin Allahumma Aamiin. Insya Allah, jika rajin mencari kebaikan dan keberkatannya, pasti rahmat Allah akan mnyirami dirinya.

      Terima kasih Sucipto Kuncoro sudah berkunjung.
      Salam ramadhan. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya…..

      Alhamdulillah, hanya beberapa hari sahaja lagi. Terasa bumi berputar ligat hingga tidak terasa akan Ramadhan ini akan meninggalkan kita untuk kembali merinduinya di tahun mendatang. Semoga ibadah kita diterima Allah SWT, mbak.

      Terima kasih mbak Lidya dan salam Ramadhan yang indah. 🙂

  5. Assalamualaikum Wr Wb.
    Terdapat beberapa bagian yang mengingatkan saya ketika kecil, shalat disurau dengan imam yang sudah tua sehingga terasa lama. Dan yang membuat tertawa “tersungkur” itu juga pernah mengalaminya akibat dari lelah dan menahan kantuk haha…
    Selamat berpuasa ya!

    • Wa’alaikum salaam wr.wb Kips….

      Pengalaman masa kecil di bulan Ramadhan memang banyak nostalgianya kepada kita sehingga sangat menarik untuk dikongsikan buat pengajaran. Malah ia membuat kita ketawa kembali saat mengingatinya.

      Kehidupan masa lalu yang tinggal sejarah tetapi bermakna besar apabila kita mengulit kembali impaknya sepanjang kronologi perjalanan kehidupan kita.

      Semoga Allah selalu memberi kebaikan dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat dengan melalui jalan yang lurus. Aamiin.

      Terima kasih Kips sudah berkongsi pengalaman di sini.Ternyata kalau mengantuk itu, aksinya tetap sama, ya.

      Salam sejahtera. 🙂

  6. Asslamu’alaikum wr.wb.

    Alhamdulillaah…, berjumpa lagi, Mbak. Apa kabar? Semoga di sepuluh hari terakhir Ramadhan ini tetap istiqamah ya, Mbak.

    Empat pulu satu rakaat dengan bacaan/gerakan imam yang lambat tentu lama sekali ya, Mbak. Apalagi bagi anak-anak, hehehe… lucu yang pengalamannya 🙂

    Salam Ramadhan dari Jogja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Alhamdulillah, baik wal’afiat. Didoakan mas Amazzet dan keluarga di sana juga demikian sama dalam rahmat Allah SWT.

      Aamiin… insya Allah. Mudahan kebaikan selalu melingkungi kita di akhir Ramadhan ini dengan membanyakkan amal ibadah yang diperintahkan Allah SWT.

      Kalau imam baca lambat walau surahnya pendek, tetap tidak mampu ditampung oleh anak-anak kecil yang fokusnya bukan pada solat sepenuhnya. Pengalaman itu memang mengesankan.

      Terima kasih mas Amazzet dan salam hormat. 🙂

    • Begitu juga di Malaysia, kebanyakannya 23 rakaat.
      Alhamdulillah, semangat terawih kekal hingga sekarang.
      Harap semangat itu akan sampai hingga ke hujung nyawa. Aamiin.

      Terima kasih mas Ilyas dan salam takzim. 🙂

  7. Assalamulaikum Wr Wb … Bu SFA

    Wahhh … memang kalau teringat masa kecil dikampung sungguh kenangan manis, termasuk suasana bulan puasanya, mengaji (tadarus) dan sholat taraweh … tetapi saya belum pernan mengalami sholat taraweh sampai 41 rakaat … di Masjidil Haram pun hanya 21 rakaat (saya alami waktu ibadah umrah bulan Ramadhan th.2006).

    Salam sejahtera selalu dari bagian timurnya Jakarta Timur … 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman Jaya…

      Kenangan bulan Ramadhan adalah nostalgia yang kita bawa dalam memori dan tidak akan pernah dilupai selagi ingatan kita masih kuat dan jernih.

      Memang jarang ada 41 rakaat sekarang ini berbanding zaman saya kecil dahulu. Tidak saya ketahui dan tidak pula pernah bertanya kepada orang tua kenapa rakaatnya terlalu banyak. Mungkin mereka ada sebabnya ya.

      Terima kasih Soeman sudah berkongsi kenangan.
      Salam sejahtera. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.