Tag Archive | penghargaan

CT25. “LA TAHZAN” – FROM JOANNA GILBERT AND THE GENG WITH LOVE

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Indahnya kehidupan dan bahagianya diri saat mendapat CINTA dari seseorang. Cinta yang berbalas dari hati yang terdalam. Cinta yang dihadirkan tanpa sebarang paksaan. Lahir dengan sendiri.  Muncul bak pelangi indah yang mewarnai taman hati  SEWANGI BUNGA DUNIA. Cinta yang tidak pernah diminta hadirnya. Malah tidak diketahui bilakah saatnya muncul di depan mata. Continue reading

CT23. HADIAH DARI LANGIT (3): AKHIRNYA TERCAPAI JUA

ssalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Dunia tanpa sempadan tidak semuanya membuahkan hasil negatif jika betul cara penggunaan dan matlamat yang hendak dicapai. Dari belahan dunia mana pun kita berada, segalanya menjadi mudah digapai. Masa menjadi teramat pendek berbanding puluhan tahun yang lalu. Bayangkanlah dulunya, jika mahu berutus khabar sahaja, mengambil masa berhari-hari untuk sampai perkhabaran kita kepada orang yang dituju. Continue reading

CT.15 YANG KEDUA…. DARIMU DARIKU

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Posting ini khas saya nukilkan sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga nilainya kepada sebuah persahabatan maya yang cukup unik persembahannya. Buatmu sahabat-sahabatku sekalian yang selalu sudi menyirami nur kasih dalam setiap komentar di Laman Menulis Gaya Sendiri sebuah nukilan mutiara kata yang dicipta khas :

“PERSAHABATAN IBARAT SEBIJI BENIH yang ditanam, disiram dan dijaga rapi agar mengalir melalui kekuatan akarnya. TUNAS yang kian berputik subur. Membesar menumbuhkan pohon. Berkembang menyerata ranting. Merimbun hijau dedaunan yang tak terhitung, mewangi bunga-bungaan penuh aroma keharuman dan menghasilkan buah ranum yang segar dan menyihatkan. “

– SITI FATIMAH AHMAD – Continue reading