CT312. “SEGALA” MEE UDANG SIMPANG KAMPUNG NYABOR

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

MeeFatima1MeeUdangNyabor

*

TERINGIN

Saya sedang mengemas suratkhabar di bilik bacaan sambil-sambil membaca kandungan yang disisipkan di dalamnya. Ketika membelek-belek akhbar Utusan Sarawak hingga ke halaman 8, ruangan STAIL MAKAN-MAKAN bertajuk “PENANGAN MI UDANG FAMILY CAFE”, membuat kecur air liur ini menatap menu Mi Sup Udang Galah, Mi Ketam dan Ais Kacang.

Saya bergegas menghampiri SPH yang sedang menonton televisyen. Jam menunjukkan pukul 10.45 pagi. Saya belum ada rencana untuk memasak menu apa hari ini. Nanti-nantilah difikirkan kerana saya masih sibuk mengemas bilik bacaan. Kalau malas memasak saya akan mengajak keluarga untuk makan di Restoran EH Delight. Pesan dan makan sahaja. πŸ˜€

*MeeFatima10CafeFamilyUtusanSwk

*

MeeFatima11MiUdangFamilyCafe

*

MeeFatima12MiUdangGalahFCafe

*

PUCUK DICITA ULAM MENDATANG

“Bang, lihat gambar Mee Udang ni, sangat sedap sekali. Nanti kalau kita ke Kuching kita singgah makan Mee Udang di Cafe Familiy, ya.” jelas saya kepada SPH sambil membayangkan harapan yang tinggi untuk makan Mee Udang.

“Di mana tempat Cafe Family itu ? tanya SPH. “Hmm… Tidak ada alamat tetapi di Jalan Haji Taha. nanti kita carilah bang.” balas saya. “Boleh, insya Allah,” jawab SPH pendek. “Bestnya kalau dapat makan Mee Udang, kan bang. Macam mana rasa agaknya ya. Pasti sedap.” ujar saya.

“Apa kata, kita semua ke Simpang Kampung Nyabor sekarang, makan Mee Udang di sana.” cadang SPH sambil senyum-senyum tanpa diduga. “Masya Allah, benarkah ni bang, bestnya.” balas saya dengan gembira tak terkata. Ini namanya PUCUK DICITA, ULAM MENDATANG. Apa lagi, saya pun membuat pengumuman kepada anak-anak.

“Anak-anak sekalian, abah nak bawa kita makan Mee Udang di Simpang Kampung Nyabor sekarang. Mahu ke tidak ? “Horeeee…. mestilah mahu. Jom kita makan udang.” sambut anak-anak dengan gembira. Saya pun memberi arahan untuk semua berkemas cepat. Gembiranya kerana saya tidak perlu memasak hari ini. “Terima kasih, bang.” ucap saya dan berlalu untuk berkemas secepat yang mungkin.

*

TERUJA

Perjalanan dari rumah kami (bandar Sarikei) hingga tepat sampai ke simpang Kampung Nyabor di hadapan Kedai Makan Haji Taib, lokasi yang dituju adalah 58 km.Β  Ia mengambil masa 1 jam. Kami sekeluarga semua teruja untuk menikmati Mee Udang.

Sebenarnya, saya dan SPH hanya mengetahui tentang Mee Udang Simpang Kampung Nyabor ini melalui maklumat yang disampaikan oleh teman-teman sekolah (bacth 1980-1984) melalui WhatsApp SPH. Kemudian Emak saya menambah kuatkan lagi maklumat tersebut kerana pernah makan bersama Hanim sekeluarga.

*

MeeFatima2KedaiMakanNyabor1

Tempat ini nampak sunyi tetapi ramai yang datang untuk makan Mee Udang

*

SEGALA MEE DICAMPUR UDANG

Saya dan SPH membayangkan Mee Udang adalah Mee Sup Udang semata-mata. Rupanya adalah SALAH. Kesilapan ini disebabkan teman-teman hanya memuat naik (upload) foto Mee Udang dalam menu SUP sahaja. Tidak pernah pun ada Mee Udang dalam menu yang lain seperti yang kami makan di Kedai Makan Haji Taib, Simpang Kampung Nyabor ini.

Sebenarnya, lebih elok jika kita dapat memberi maklumat yang benar dan tepat. Oleh itu, saya “bertanggungjawab” memaparkan maklumat yang disebut sebagai MEE UDANG itu.

Foto-foto dibawah diambil untuk memudahkan gambaran dari SEGALA MEE yang DICAMPUR UDANG. Harganya pelbagai jenis mengikut saiz udang yang dikehendaki. Harga paling murah adalah RM11.oo. Sederhana RM13.00 – RM17.00 dan paling mahal RM18 – RM22.00.

Saya memesan semua jenis menu mee dicampur udang galah agar kami semua dapat merasainya. Anak-anak memilih mee kegemaran masing-masing kecuali Ieesyah yang tidak menyukai udang dan memilih Nasi Goreng Ayam untuk dimakan.

*

MeeFatima4MeeSupUdangKongsi

Mee Sup Udang Galah, pilihan saya dan SPH. Tidak puas makan berdua… eh salah, bertiga (Ieesyah juga berkongsi makan untuk minum sup sahaja). Hidangan ini berharga RM18.00. Udangnya ada 6 ekor iaitu seekor udang galah paling besar, dua ekor udang galah dara dan 3 ekor udang galah sederhana kecil. Alhamdulillah, sangat sedap dan sesuai dengan harganya.

*

MeeFatima5MeeGorengUdangIzzah

Pilihan Izzah, sangat pedas dan sangat sedap. Saya menyukai rasa mee gorengnya yang basah. Untuk semua menu berharga RM11.00. Jumlah udang yang dimasak bersama adalah enam ekor bersaiz sederhana kecil. Boleh tahan dan kenyang. Alhamdulillah.

*

MeeFatima6MeeBandungUdang

Pilihan Akram, Mee Bandung. Juga sangat lazat. Tukang Masaknya memang bagus dan pakar memasak mee dan udang.

*

MeeFatima7LaksaSarawakUdang

Laksa Sarawak selalu menjadi pilihan Iffah (anak Sulong) yang utama setiap kali makan di luar. Rasa kuah laksa kurang berkesan di lidah kerana rasa udang menakluki seluruh rasanya. Iffah memberi komen, kuah Laksa Sarawak yang saya masak lebih lazat dan berlemak. Thanks sayang. πŸ˜€

*

MeeFatima8MeeGorengUdangFatima

Kerana tidak puas dan kenyang berkongsi 3 orang untuk Mee Sup Udang, saya memesan satu lagi Mee Goreng Udang. Memang pedas dan lazat. Saya menikmatinya dengan penuh perasaan. hehehe. Alhamdulillah.

*

MeeFatima9NasiGorengAyam

Pilihan Ieesyah yang tidak menyukai udang. Entah saya, lupa harga hidangan ini. Mungkin hanya RM3.50 atau RM4.00 sahaja.

*

Alhamdulillah, semua menu yang dipesan habis dimakan. Rezeki anugerah Allah buat kami sekeluarga di tengah hari yang terik. Jumlah semua “SEGALA” MEE UDANG yang kami makan adalah RM62.00 sahaja. Alhamdulillah, masih di anggap murah berbanding makan di restoran segera tetapi tidak kenyang.

*

RESEPI UDANG DARI DAPUR FATIMA

Tanpa saya sedari, rupanya kami sekeluarga kerap memakan udang dalam sebulan dua ini. Wah… bahaya juga ni. Nanti naik pula kadar kolestrol. Tidak pasal-pasal mendapat penyakit.

Setelah saya meneliti kembali foto-foto masakan dari dapur saya di rumah, kami sekeluarga sudah menikmati 5 menu hidangan udang sebelum MEE UDANG di atas. Benar-benar peminat udang sehingga tidak jemu menikmatinya dengan pelbagai resepi masakan.

*

MeeFatima13Udangkari

Ini udang lapis putih sederhana besar yang dikenali oleh masyarakat tempatan dengan nama Tohe. Harga sekilo adalah RM38.00. Udang jenis laut ini banyak di perairan Kabong.

*

MeeFatima14CendawanUdang

Ini pula udang lapis putih saiz kecil yang sesuai untuk dicampur di dalam masakan sayur. Harga sekilo adalah antara RM16.00 hingga RM20.00.

*

MeeFatima15UdangButter

Masakan Butter Prawn sesuai menggunakan udang lapis putih sederhana besar. Ia perlu digoreng dahulu dengan tepung sebelum diadun dengan masakan butter dan daun kari.

*

MeeFatima16UdangRebusAsam

Ini masakan udang galah paling ringkas. Direbus dengan asam dan serai sahaja. Saiz udang galah ini sederhana kecil sahaja dengan harga RM40.00 sekilo. Sangat mahal.

*

MeeFatima17GorengKunyit

Udang Lapis kecil dimasak goreng kunyit kering. Sangat menyelerakan

*

DUA SIMPANG “SEGALA” MEE UDANG

Selain kedai makan Mee Udang di Simpang Kampung Nyabor, terdapat satu lagi kedai makan Mee Udang berhadapan Simpang Kampung Nyabor iaitu Simpang Kampung Sessang.Β  Untuk mencari kelainan rasa, kami berjanji akan datang ke sini pula untuk mencuba resepi “segala” Mee Udangnya.

Hanya dua simpang kampung ini sahaja yang ada menjual “segala” Mee Udang kerana kedua sungaiΒ  kawasan ini “didiami” udang galah yang sangat banyak. Orang kata, kalau banyak udang di sungai tersebut, maka banyaklah juga buaya di dalamnya kerana buaya suka makan udang.

*

MeeFatima3KedaiMakanNyabor2

Simpang Kampung Nyabor. Di seberang jalan adalah Simpang Kampung Sessang, juga terdapat satu kedai makan yang menjual “segala” Mee Udang.

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima28 Januari 2015 (Rabu)/ 7 Rabi’ul Akhir 1436H/ 8.20 malam, Sarikei, Sarawak

AKU… menitip hati yang sarat rindu dalam kesyahduan malam agar terawat segala resah yang panjang. Aku bertekur dalam tahajud cintaku mengharap ampun dan hulur kasih yang menyentuh damai jiwaku. Hidup ini selalu mengundang resah, bingung dan payah diceritakan. Hanya padaMu segala harapan untuk mengembalikan aku kepada wujud yang tidak ada siapa yang mengenal. Aamiin Ya Rabbi.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

DEDIKASIKU UNTUKMU…Β  Semoga sentiasa di dalam lindungan Allah dan selamat dalam kasih rahmat-NYA di mana sahaja dirimu berada. Aamiin. Wassalam. πŸ™‚

*
*

37 thoughts on “CT312. “SEGALA” MEE UDANG SIMPANG KAMPUNG NYABOR

    • Hai mbak Ummu El Nurien… senang menerima kunjungan mbak yang sudah terlalu lama tiada khabar beritanya. Didoakan mbak sihat dan sentiasa dalam rahmat Ilahi. Mudahan sudah makan siang dan tidak lapar melihat foto-foto sajian di sini, ya. πŸ™‚

      Terima kasih sudah menyapa dan salam mesra selalu. πŸ™‚

  1. Assalamualaikum Bunda Fatimah,
    Suguhan foto makanannya sangat menggugah selera,
    perut yang lapar langsung minta diisi.
    Tapi tetap makan secukupnya ya BUnd.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…

      Iya mbak. Udang di Sarikei sangat banyak dan harganya juga berpatutan. Oleh itu, saya selalu ada bekalan udang di rumah.
      Terima kasih mbak Ysalma dan salam manis selalu. πŸ™‚

  2. Assalamualaikum … bu SFA … Syukur Alhamdulillah …kalau Pucuk dicinta ulam tiba … memang surprice deh … πŸ™‚
    Saya pun ikut senyum dikulum waktu menyimak dialog antara SFA dan SPH … rukun dan mesra ya … menyejukan sekali … trus, sambutan anak2 yang ‘horreee … ada jingkrak2nya gak..? Hihihi … πŸ™‚
    Sayang disayang … saya tidak doyan (Betawi) ‘menu kesukaan bu SFA sekeluarga … was2 sekali sama udang, kepiting dan sejenis lainnya … 😦
    Itu karena ‘trauma masa kecil … sempat ‘alergi berat … kulit badan gatal2 parah sehabis makan udang … hikss πŸ™‚

    Salam sejahtera dari Jakarta Timur …

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman Jaya…

      Alhamdulillah, kami sekeluarga tidak ada yang alergi dengan udang atau sejenisnya. Kata orang tua-tua, untuk melawan alergi udang atau sejenisnya harus terus memakannya secara berfikiran positif bahawa kita tidak alergi disebabkan udang. itulah pengalaman saya masa kecil dulu yang alergi dengan udang dan tanpa disedari saya bebas alergi udang hingga sekarang.

      Terima kasih Soeman dan salam sejahtera. πŸ™‚

  3. assalamu’alaikum wr wb
    bunda fatimah πŸ™‚

    rasa-rasanya pengen ke malaysia nak buat beli udang nih (bikin ngiler)
    tampak lezat kali ‘ udang goreng butter’.
    ieesyah sama seperti upin-ipin nak suka ayam goreng πŸ™‚
    hehe….!!!
    salam nak buat keluarga dan salam hangat dari indonesia.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb Kangjum…

      Udang goreng butter boleh dibuat sendiri. Tetapi perlukan kesabaran kerana banyak langkah yang perlu dilakukan sebelu menghasilkan udang butter yang lazat.

      Anak-anak memang suka ayam goreng terutama yana hanya diperap garam dan kunyit. Pengaruh Upin dan Ipin memang juga di sana.

      Salam sejahtera kembali dan terima kasih. πŸ™‚

  4. Assalamualaikum kak Fatimah
    wah tak kepikir sebelumnya kalo udang terlihat enak bila di campur dengan mie gitu ya kak. Mendadak jadi kepingin hehe πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Sussi…

      Maksudnya di sana belum ada mee dicampur udang besar-besar ya mbak. Kalau di Sarawak, memang sudah lama ada menu seperti itu terutama di kampung-kampung nelayan. Nyabor dan Sessang merupakan kampung nelayan, mbak. Hanya tahu atau tidak sahaja akan wujudnya kedai makan yang menyediakan menu ini.

      Terima kasih sudah berkunjung mbak Sussi dan salam manis selalu. πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, akhi Abdullah….

      Mungkin Mee Udang menu baru di sana. Maka boleh disarankan untuk menjadi satu dari menu jualan yang boleh dikormesialkan terutama kawasan yang mempunyai banyak udang. memang lazat dan menyelerakan.

      Terima kasih dan salam sejahtera. πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr….

      Udang memang sedap dibuat apa sahaja jenis makanan. Kalau saya, lebih suka direbus dengan asam dan serai kerana dapat menghirup kuah (sup) yang pekat dan lazat. Alhamdulillah,

      Terima kasih dan salam sejahtera. πŸ™‚

  5. Assalamualaikum mbak Fatimah..
    Hmm….kami sekeluarga sangat menyukai udang….terutama bila udang dimasak bumbu asam manis….kalau ada kesempatan makan diluar rumah…tak ketinggalan menu udang pasti menjadi salah satu yang diinginkan….mbak…

    salam dari Jogjakarta…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Yuni…

      Menu kegemaran mbak Yuni, Udang masak bumbu asam manis membuat saya teringin untuk merasainya. Pasti berbeza dengan Udang Rebus Asam (seperti foto di atas) yang menjadi kegemaran keluarga saya. Udang selalu membuat kita senang bercerita tentangnya.

      Terima kasih atas kunjungan mbak dan salam mesra selalu. πŸ™‚

  6. Assalamu’alaikum wr.wb, Mbak Fatimah…
    Aduh, saya jadi merasa lapar melihat foto-foto masakan udang ini. Apalagi dengan nasi goreng itu…
    Oh ya itu ada mee Bandung ya Mbak? Apa itu diambil dari nama kota di Indonesia ini ya? Jadi penasaran nih saya…

    Salam dari saya di Sukabumi,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa…

      Saya juga tidak tahu asal nama Mee Bandung ini kerana gelaran lainnya pula adalah Mee Hong Kong. Apakah Mee Bandung juga berasal dari Mee Hong Kong ? Saya pernah bertanya kepada tukang masak Mee ini, semuanya tidak tahu. Di sini juga ada di jual Mee Jawa. Apakah ia berasal dari Tanah jawa juga tidak dikenali asal usulnya. Malah banyak lagi nama-nama negeri lain pada Mee.

      Terima kasih mas Titik dan salam takzim. πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya…

      Iya mbak, harga mee mengikut saiz udang yang dikehendaki. Malah ada jualannya sehingga RM80.00. Kebanyakannya menggunakan udang galah.

      Terima kasih mbak dan slaam manis selalu. πŸ™‚

  7. assalamualaikum mbak, kalo pakai udang windu pasti lebih mantap rasanya, aah jadi lapar nich mbak, tapi awas kalo kebanyakan kolesterol lho, hi hi ………. semoga sehat sll mbak.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, akhi Hafid…

      Kalau udang Windu (di Sarikei disebut Udang Harimau) kurang enak berbanding udang Galah dan Udang Lapis Putih (Tohe). Udang Galah dan Udang lapis Putih, kedua-duanya sangat mahal sehingga mencapai harga RM65.00 sekilo berbanding udang Windu.

      Kalau di Sarikei, udang Windu harganya hanya lebih kurang RM7 – RM20 sekilo. Iya, pastikan kesihatan apabila memakan udang agar terjaga kesihatan.

      Terima kasih dan salam sejahtera. πŸ™‚

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.