CT119.CABARAN HAJI (6): HAID

ssalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

HAID adalah PERMASALAHAN WANITA yang menjadi topik perbincangan PENTING dalam Kursus Haji Bersiri dan Kursus Haji Intensif anjuran pihak Tabung Haji Malaysia kepada semua bakal jemaah haji (lelaki dan perempuan). Satu slot khusus diperuntuk bagi membincangkan tentang HAID dan PERMASALAHAN WANITA kerana ramai bakal hajjah merasa gelisah apabila memikirkan kedatangan haid semasa di Tanah Suci terutama dalam keadaan sedang berihram.

Dalam posting ini, saya hanya memberi fokus kepada cabaran haid dan aktiviti yang patut dilakukan ketika didatangi haid di Tanah Suci. Permasalahan haid di Tanah Suci dialami oleh kebanyakan wanita yang berada dalam usia subur kecuali mereka yang sudah putus haid (menopause).

Umur wanita yang mengalami menopause tidak ada ketentuan had masa. Mengikut Mazhab Imam Syafie, selagi wanita masih hidup, selama itulah mereka bila-bila masa didatangi haid. Umumnya, usia menopause wanita adalah 62 tahun. Sebaliknya, ramai yang sudah putus haid di usia seawal 45 – 55 tahun. Masalah ini bergantung kepada uruf setempat di mana wanita itu menetap. 

Menunaikan ibadah haji dan umrah dengan sempurna tanpa gangguan “tamu bulanan” ini adalah impian kaum Muslimah. Memikirkan waktu uzur yang bakal menjelma, selalu menghadirkan rasa bingung kepada bakal hajjah sehingga ada yang berkeinginan untuk mengambil pil atau suntikan penahan haid. 

Penggunaan ubat (pil atau suntikan) penahan haid untuk kesempurnaan ibadah haji, hukumnya adalah dibolehkan, HARUS, sekiranya tidak memudharatkan penggunanya. Sila rujuk e-FATWA, Portal Rasmi Fatwa Malaysia. Tetapi tidak digalakkan kerana terdapat kes-kes bahawa pengambilan ubat tersebut tidak memberi kesan malah memudharatkan.

Kisah Kak Senah (sudah mendapat izin) akan dijadikan teladan untuk diambil iktibar oleh bakal hajjah yang berniat untuk mengambil ubat penahan haid ini.

*************

Saya tidak pernah berniat untuk menggunakan sebarang ubat penahan haid bagi kesempurnaan ibadah haji. Saya lebih senang melalui kedatangan “tamu bulanan” ini secara alamiah. Tidak semua wanita perlu melakukan penundaan haid ini kecuali mereka yang bermasalah sahaja. Haid menjadi masalah apabila seorang hajjah merasakan, hilangnya peluang untuk mendapatkan ganjaran berganda, solat di Masjid Nabawi atau Masjidil Haram.

Tidak mengapa, itu perasaan baik yang memang patut ada di jiwa Muslimah solehah. Pasti diganjari Allah akan kebimbangan ini. Sebenarnya lebih bijak untuk bakal hajjah mencatat tarikh kedatangan haid pada kalendar setiap bulan (minima 3 bulan) sebelum berangkat ke Tanah Suci. Penandaan ini memudahkan untuk meramal (prediksi), apakah kedatangan haid  berdekatan atau tidak dengan waktu tawaf Umrah atau Tawaf Ifadhah (Haji).

Pengetahuan awal tentang tarikh kedatangan haid memberi persediaan kepada kita untuk menerima ketentuan Allah secara alamiah dengan redha tanpa perlu runsing untuk mengambil ubat penahan haid. Tidak menjadi masalah kedatangan haid semasa menunaikan ibadah Haji atau Umrah KECUALI TAWAF, hendaklah ditangguhkan sehingga suci dari haid.

Lagipun, jika dilihat dari sudut hukum, walaupun dibolehkan, ia tetap seperti “melawan” kehendak Allah yang menganugerahkan masa rehat secara istimewa untuk kaum muslimah. Jadi mengapa hendak menghalangnya, jika nanti ada mudharat ? Biarkan sahaja haid itu hadir seperti biasa. Haid adalah ketentuan Allah kepada kaum wanita dan kita hendaklah redha. Redha adalah ibadah hati yang menuntut kita untuk patuh kepada perintah Allah swt.

Saya selalu berdoa agar kedatangan haid saya melepasi waktu Tawaf Umrah dan Tawaf Ifadhah. Alhamdulillah, apa yang diharapkan, benar-benar dimakbulkan Allah. Kedua-dua waktu haid saya bertamu selepas selesai menunaikan segala Rukun dan Wajib bagi Umrah Wajib dan Haji. Terima kasih Ya Allah kerana memudahkan segala urusan ibadahku di Tanah Suci.

PERINGATAN… Jangan lupa membawa bekalan ‘sanitary pad’ dari Tanah Air kerana di Madinah dan Makkah sangat mahal.

****************

 AKIBAT DARI UBAT PENAHAN HAID

Kak Senah adalah teman sebilik saya di Madinah dan Makkah. Bertugas sebagai Ketua Jururawat di sebuah pusat rawatan kesihatan di Sarikei. Kak Senah berusia 50 tahun. Saya telah mendapat izin Kak Senah untuk menulis tentang beliau yang menjadi “mangsa” dari kesan ubat suntikan penahan haid. Suntikan ini diambil 3 bulan sebelum beliau berangkat ke Makkah.

Saya berbesar hati atas keizinan Kak Senah dan semoga beroleh pahala dari perkongsian ini sebagai pengajaran dan sempadan kepada bakal hajjah yang berniat untuk mengambil ubat atau suntikan penahan haid ini hanya semata-mata bimbang didatangi haid di Tanah Suci. Kak Senah memaklumkan rasa kesal atas apa yang beliau telah lakukan sehingga membawa akibat yang tidak pernah terfikir olehnya.

Sebenarnya, saya tidak tahu tentang hal ini kerana Kak Senah tidak pernah bercerita walaupun kami sudah sebilik hampir 30 hari. Hanya setelah Kak Sennah didatangi haid yang banyak dan dilanda demam panas di Padang Arafah serta berpanjangan demamnya di Mina, barulah saya tahu. Itupun setelah Kak Bedah, teman sejururawat Kak Senah yang memaklumkan.

Demam Kak Senah berlarutan, darah haidnya sangat banyak, badannya lemah dan sakit -sakit. Pening kepala kian berdenyut deras sehingga tidak dapat berjalan dan terpaksa dirawat di Pusat Klinik Tabung Haji, Mina. Urusan melontar Jamrah dilakukan oleh suaminya, Pak Bakar. Cuma sekali sahaja beliau dapat melakukan lontaran Jamrah sendiri dalam keadaan demam yang masih belum sembuh. Keadaan ini berlarutan sehingga kembali ke Makkah. Kak Sennah terpaksa menangguh Tawaf sehingga suci haidnya.

Selama haid tersebut, Kak Senah berada dalam ihram haji. Saya sangat belas kasihan melihat kelemahan sosok tubuh Kak Senah yang sedia kurus. Setiap malam saya berdoa dengan Allah agar sakit Kak Senah cepat sembuh dan darah haidnya kembali normal. Saya turut menangis  apabila melihat wajah Kak Senah dalam tidurnya yang lelah. Saya tahu, beliau menangis tetapi tangisannya tidak ditunjukkan di depan kami. Jika ke Masjidil Haram, saya selalu berdoa di hadapan Kaabah untuk kesembuhan Kak Senah.

Haid Kak Senah telah berlarutan lebih dari 15 hari, melangkau masa normal. Kemudiannya, beliau mendapat nasihat dari Ustazah Pembimbing  agar bersuci kerana darah selebihnya adalah darah Istihadhah. Setelah bersuci barulah Kak Senah dapat mengerjakan Tawaf Ifadhah dan Saie. Namun darah itu masih berlarutan beberapa hari berikutnya. 

Saya hanya berdiam diri tanpa sebarang kata apabila Kak Senah meluahkan perasaannya bahawa sakit yang dialaminya sepanjang mengerjakan haji adalah ‘teguran’ atau pengajaran dari Allah swt buat dirinya yang mengambil suntikan penahan haid. Beliau tahu akan risiko dari pengambil ubat penahan haid adalah 50 -50> tapi beliau mengambil juga kerana yakin akan keberkesanannya setelah mendapat nasihat dari 3 orang doktor. Tapi, kita hanya merancang. Allah jua yang menentukan.

Beliau percaya dengan mengambil suntikan tersebut, haidnya dapat berhenti dan mudah untuk melakukan kerja haji. Beliau rasa bimbang jika datang haid semasa menunaikan haji dan kebimbangan itulah yang beliau lalui dengan kesan dari pengambilan ubat tersebut. Masya Allah. Semoga ada hikmah terkandung di sebalik semua yang berlaku.

*

Semoga apa yang menjadi keinginan dan azam yang hendak dicapai di Tanah Suci, lakukanlah dengan sungguh-sungguh dan tulus ikhlas kerana Allah Taala. Gunakan setiap saat dan detik yang diizinkan Allah sepanjang berada di bumi barakah itu untuk meraih sebanyak mana ganjaran yang telah Allah sediakan khusus untuk para TETAMU-NYA.

Jangan jadikan ibadah Haji dan Umrah kita seperti pakej pelancungan atau berbulan madu kerana tujuan kita menuju negeri tumbuhnya awal iman ini adalah untuk meraih KEREDHAAN ALLAH SWT. Sedikit pengalaman dari khatam al-Quran dan khatam Terjemahan al-Quran adalah sebagai mengajak sama bakal haji dan sesiapa sahaja untuk mempunyai azam yang dapat dijadikan bekal di hari akhirat kelak.

Hanya kepada Allah Yang Maha Pengampun, saya memanjat keampunan jika apa yang ditulis ini tidak menepati apa yang dirancang dan diniatkan. Sebenarnya, saya rasa gementar untuk menulis tentang semua pengalaman dari perjalanan haji ini, tetapi saya memohon kepada Allah di hadapan Baitullah agar meluruskan niat baik saya sebagai satu sedekah ilmu yang berpanjangan untuk meraih jalan ke syurga bersama dengan saudara se-Islam yang lain.

*

*

Astaghfirullah al-Adhzim. Ampuni aku Ya Allah untuk setiap kesilapan dari penulisan ini. Aku mengharap redha dari-MU. Aamiin.

*

**************

30 Julai 2012 (Isnin)/ 10 Ramadhan 1433H/ 1330 petang – Bintangor, Sarawak

AKU….  melihat indahnya lukisan dunia dengan mendalami makna goresan warna yang tercalit di langit kanvasnya. Keindahan dari sejuta keindahan adalah catatan sejarah yang pernah dilakar dari wanginya harum bunga dalam kehidupan yang dipancarkan oleh mekarnya senyummu yang tidak pernah terlihat dari mata penaku. Di situ…. ada rindu yang bertamu. Terima kasih, Ya Allah menenggelamkan aku dalam sejadah cinta-MU.

– SITI FATIMAH AHMAD –

****************

*******

DARI MATA PENAKU… KU LUAH SERIBU RINDU, DAPATKAH KAU BACA SEJUTA MAKNANYA ?

****************

29 thoughts on “CT119.CABARAN HAJI (6): HAID

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb….

    Manusia diberi cabaran untuk menghidupkan dirinya di muka bumi ini. Bumi dicipta untuk manusia. Manusia dicipta untuk akhirat. Ke mana-mana sahaja kita berkelana, JANGAN PERNAH MELUPAKAN ALLAH. DIA-lah pelindung dan tempat memohon segala harapan.

    NEVER FORGET by Maher Zain ft Mersut Kurtis untuk kita jejaki kehidupan ini dengan LA ILAHA ILALLAH.

    DEDIKASIKU UNTUKMU… selagi hidup ini masih menyuburkan dedaun rimbun kasihnya, selagi itu bunga ingatanku tumbuh mekar mengharum wanginya menyapa nalurimu. Tidak pernah melupa… selalu ada di sini…. di hati.

    • Alhamdulillah, tentu bermanfaat untuk Elfarizi di masa depan nanti, jika sudah punya isteri dan anak perempuan. Untuk ilmu permasalahan tentang wanita ini, lelaki “wajib” juga mengetahuinya, El. 😀

      Kerana itu, pihak Tabung Haji Malaysia menyediakan satu slot khusus untuk bakal haji samada lelaki atau wanita untuk dibincangkan bersama.

      Jika berlaku kemusykilan di kalangan wanita, maka lelaki (suami, abang atau adik) bisa membantu menyelesaikan masalah tersebut.

      Terima kasih El. 😀

  2. Assalamulaikum Mbak Siti. Alhamdulillah ya penggunaan pil dan suntikan menunda kedatangan haid dibolehkan saat naik haji. Sayang sekali bagi wanita yang masih subur jika tak perkenankan. Sudah capek berusaha, memantapkan hati dan akhirnya naik haji, eh terhalang melakukan ibadah hanya karena haid. Alhamdulillah itu tak perlu terjadi..:)

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Usah bimbang dengan kedatangan haid semasa di Tanah Suci, mbak. Jalani aja seperti kedatangan biasa di Tanah Air. Tidak ada yang perlu dirisaukan. Insya Allah, semuanya dimudahkan Allah.

      Semua ibadah haji akan dapat dilaksanakan dengan baik walaupun didatangi haid kecuali TAWAF sahaja tidak boleh. Yang selain Tawaf itu dibolehkan bagi yang sedang haid.

      Terima kasih mbak Evi. 😀

      • Oh Tawaf saja yang gak boleh ya Mbak..Terima kasih atas ilmunya. Tapi gak boleh tawaf juga sayang..Mending makan pil atau suntik anti haid saja, kan cuma sementara 🙂

        • Tawaf sahaja tidak boleh ketika masa haid, mbak.
          Apabila sudah mandi hadas besar (suci dari haid), maka bolehlah melakukan Tawaf yang tertinggal itu.

          Setelah tawaf selesai, maka semua manasik haji sudah sempurna. Tidak ada masalah besar sebenarnya jika datang haid dalam mengerjakan haji.

          Hanya wanita suka sangat bingung menghadapinya. Kalau difahami ilmu ibadah haji ini dengan sebaiknya, tentu apa yang dilalui dalam manasik haji tidak menjadi beban yang merisaukan sesiapa. 😀

          Masalahnya, belum sampai ke Tanah Haram, sudah bingung di Tanah Air. Berdoa dengan Allah dan kaji masa haid dalam kalendar, pasti kita akan senang dan tidak risau jika didatangi haid di Makkah atau Madinah.

          Mudahan difahami penjelasan saya, mbak Evi. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Arief…

      Alhamdulillah, saya sangat beruntung jadi wanita juga. 😀
      Masing-masing jantina mempunyai keuntungan tersendiri yang mempunyai peranan dan tugasnya.

      Cuma lelaki, tanggungjawabnya lebih berat dan penuh prihatin kepada wanita.

      Terima kasih Arief. Salam Ramadhan yang mulia.

    • Aamiin… Ya Rabbal’alamiin. Terima kasih untuk doa yang baik dan didoakan juga Nedi dalam rahmat Allah swt.

      Semoga kita sentiasa bersyukur dengan segala pemberian Allah dalam kehidupan ini.

      Terima kasih Nedi.
      Salam Ramadhan. 😀

    • Iya benar, saudara Hariyanto…

      Anugerah istimewa buat wanita yang harus disyukuri nikmatnya sebagai jalan kepada pewarisan manusia. Maka harus difahami, bukan dikesali.

      Salam kenal dan terima kasih sudi berkunjung ke laman ini. 😀

  3. Subhanallah lagunya maherzain sangat menggetarkan jiwaku:)

    Bunda, di Indonesia setahuku memang klo mau naik haji kebanyakan yang wanita juga disuntik biar gak ‘dapet’. so far semua fine, gak ada masalah. dari cerita Bunda di atas aku baru tahu klo usianya di atas 4o tahun agak riskan. thanks. semoga Kak Senah, sahabat Bunda itu sudah lebih baik keadaannya, amin..

    aku baru tahu, klo sedang haid kita boleh baca terjemahan Alquran:)

    Nice Info Bunda Fatimah

    • Hai Wits comel…

      Suntikan anti penahan haid adalah pilihan kepada wanita yang mahu mendapatkannya sahaja. Kalau di Malaysia, ramai yang tidak mengambil suntikan/ubat penahan haid kerana disarankan untuk tidak mengambilnya jika tidak mempunyai sebarang masalah. Risikonya tetap ada.

      Wah… bunda baru tahu kalau di Indonesia kebanyakan wanita yang mahu pergi haji mengambil ubat/suntikan penahan haid ini. Apa benar Wits ? Ingin tahu lebih jelas lagi. Sangat mnenari untuk bunda tahu tentangnya.

      Iya, kalau haid, boleh baca terjemahan al-Quran. Lebih faham lagi maksud firman Allah setelah kita membaca bahasa Arabnya.

      Terima kasih Wits. Salam mesra dari bunda. 😀

  4. assalamu’alaikum Bunda..

    alhamdulillah semua berjalan lancar ya bund, ternyata kita harus terima semua dengan ikhlas, bahkan haid sekalipun, dan ternyata obat penghalang haid itu tidak baik juga ya bund, aku baru tau, aku pikir semua wanita yang mengerjakan haji akan menggunakan obat,, hehehe ternyata salah.

    mohon ma’af lahir bathin bund.. selamat menunaikan ibadah puasa..

    salam rindu dari Jakarta tuk Bunda.. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Fitray….

      Alhamdulillah. Penggunaan ubat penahan haid adalah pilihan sendiri. Tapi tidak digalakkan kerana ada mudharatnya. Sebaiknya lalui seperti biasa dan tidak perlu risau tentangnya. Semua itu ketentuan Allah yang mesti diterima dengan redha.

      Terima kasih Fitray, selamat berpuasa juga.
      Salam rindu kembali buat Fit. 😀

  5. Assalamu’alaikum.
    Salam, ketemu kembali Bunda.
    Kadang saya merenung betapa cepatnya hidup ini terukir dari kehidupan manusia, saya sendiri kadang tidak menyadari bahwa saya semakin beranjak dewasa, namun ada rasa ketakutan dalam diri apabila tidak bisa tunai menjalankan kewajiban kepada-Nya.

    Hidup memang mesti dijalani, dan tentunya juga harus rajin bersyukur kepada Allah.. 🙂
    Karena hidup hanya sekali, maka kita mesti hidup yang berarti.
    Wassalamu’alaikum, salam ramadhan yang mulia buat Bunda.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Arief Rahman…

      Iya, betul Arief. Masa berlalu begitu pantas dan tidak akan kembali untuk kita kesali apa yang telah dilalui. Maka, hadapi hari ini dan hari esok berbekal harapan yang panjang bahawa masih ada esok untuk kita temui sinar yang cerah bagi menggapai impian.

      Jadilah hamba Allah yang selalu bersyukur dengan segala nikmat pemberian-NYA. Hari berlalu tanpa menungggu kita yang masih diulit mimpi. Semoga hidup ini memberi barakah kepada dunia dan akhirat kita. Berusahalah menjadi matang. Aamiin.

      Terima kasih Arief berkongsi hikmah yang mencerahkan.
      Salam Ramadhan kembali. 😀

  6. Assallamualaikum wh.wb. buat sahabat yang dirindui …
    Terima kasih atas artikel yang menarik. Sesungguhnya di sana kita adalah tetamu Allah. Insya Allah … Allah akan melayan kita sebaiknya. Kita kena yakin Allah maha pengasih dan penyayang … mohon sajalah pada-Nya, Insya Allah, Allah akan mempermudahkan segala urusan kita … Do’alah untuk Lea … semoga dengannya Lea akan lebih tenang di sana …
    Salam teramat rindu buat Mah yang jauh … MIss U So Much …

    • Wa’alaikum salaam wr.wb Lea yang diingati…

      Alhamdulillah, setiap langkah menuju Tuhan hendaklah dengan penuh keyakinan dan keteguhan hati tanpa berbelah bagi. Hanya DIA tempat segala pengaduan dan pengharapan.

      Berserah diri kepada-NYA di samping berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam ibadah kita di sana. Tetapi praktiknya harus bermula di Tanah Air, Lea. Jika di rumah kita sudah biasa melakukan kebaikan dan amal ibadah. Insya Allah di sana perbuatan amal itu tidak memberatkan ketika di sana walaupun ujiannya sangat banyak sekali. 😀

      Insya Allah, kamek akan selalu mendoakan dirik selama di sinun kelak. Semoga mendapat haji Mabrur. Aamiin.

      Salam rindu dan sayang selalu dari kamek juak untuk diri di Perak.
      Thanks, Miss you too, my friend. 😀

    • Silakan Eyan…

      Walaupun tulisan ini merujuk kepada kaum wanita, kaum lelaki “wajib” juga mengetahuinya kerana mereka kan punya ibu, isteri, anak dan curu perempuan. 😀

      Jika kaum lelaki tahu tentang permasalahan wanita, maka senang untuk membantu mereka jika terdapatnya kemusykilan yang boleh diminta bantuan dari aspek ilmu dan pengetahuannya tentang fikah wanita ini.

      Terima kasih sudi bersilaturahmi di laman ini.
      Salam kenal. 😀

  7. Assallamualaikum wr.wb.
    Makasih… wawasan ku bertambah lagi.
    Pakai obat atau tidak tetap ada resikonya. Tinggal pilih yang menguntungkan bagi kesehatan agar pelaksanaan ibadah Haj berlalu dengan selamat dan lancar.

    mohon ma’af lahir bathin.. selamat beribadah puasa..
    salam superhangat untuk keluarga

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Cenya…

      Pilihan atas kita sendiri setelah memahami apa yang perlu dilakukan. Kegelisahan tentang haid yang melanda di Tanah Suci berlaku kerana kita tidak yakin dan percaya diri. Kurangnya pengetahuan serta ilmu dalam bab Fikah Wanita selalu membuat kerisauan berbenah di hati wnita.

      Kaum lelaki harus menyiapkan diri dengan ilmu tentang fikah wanita ini. jangan diambil mudah sehingga ramai kaum wanita di Tanah Suci tidak tahu bagaimana menyelesaikan masalah mereka sehingga ada yang melanggar pantang larang semasa berihram yang mengakibatkan wajib membayar dam.

      Semoga bermanfaat, mas Cenya. Terima kasih. 😀
      Salam ramadhan yang hangat di pertengahan bulan.

  8. Pingback: CT118.CABARAN HAJI (5): KHATAM AL-QURAN DI MASJIDIL HARAM, MAKKAH « LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  9. Pingback: CT241. PERJALANAN MENUJU MAKKAH (4): SELAMAT DATANG TETAMU ALLAH | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  10. Pingback: CT296. CABARAN HAJI (16): AKTIVITI KETIKA “HAID” | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.